pertologan cemas asas.pptx

Upload: christine-zoey-kiankok

Post on 07-Mar-2016

296 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PERTOLOGAN CEMAS ASAS

PERTOLOGAN CEMAS ASASOLEHENCIK RAZALI BIN HAJI YUIPG KAMPUS BATU LINTANGKUCHINGPENGENALANPertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh.

Apakah yang perlu dilakukan ?

Jangan panik. Anda perlu bertenang. Fikir.Lakukan perkara yang sepatutnya dilakukan mengikut tertibnya yang logik. Apabila memberikan pertolongan cemas, laksanakannya mengikut kemampuan anda.Jangan cuba untuk menjadi wira. Hubungi atau dapatkan bantuan secepat mungkin.Adalah amat penting bagi setiap pengamal pertolongan cemas melaksanakan tindakan mereka dengan pantas. Tindakan segera ini adalah perlu untuk menyelamatkan nyawa dan anggota badan. Seorang mangsa yang tidak boleh bernafas dengan baik, atau mengalami pendarahan berlebihan, perlukan bantuan segera. Jika pertolongan cemas itu pantas dan berkesan, mangsa tersebut akan memiliki peluang yang lebih cerah untuk pulih. Cuba bertenang dan fikirkan semua tindakan anda. Pengamal pertolongan cemas yang tenang dan terkawal telah terbukti dapat mengawal keadaan dengan cekap dan berkesan.

KEADAAN MEMERLUKAN BANTUAN Sakit dada yang teruk atau sakit di bahagian abdomenPendarahan yang teruk atau tidak dapat dikawalLuka terbakar yang terukTercekikPatah tulang atau terseliuhKecederaan yang terukSerangan jantungRenjatan habaPengambilan dadah yang berlebihanKeracunanRenjatanTidak sedarkan diri

TEKNIK SAFES - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan)* Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukanA - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan dgn berhati2 dan menilai keadaan tersebut)* Kemungkinan wujudnya bahaya di kawasan sekeliling tidak dpt dipastikan & boleh membahayakan penyelamat & seterusnya menambahkan lagi masalah. Peningkatan bilangan mangsa akan mengurangkan keupayaan bantuan perubatan yang ada.* Bahaya boleh jadi di dalam bentuk wayar elektrik hidup, risiko letupan atau kebakaran dari tumpahan minyak, haiwan berbisa dan lain-lainF - Free from danger (Bebas dari bahaya)* Mangsa mesti dibebaskan dari segala bahaya atau perkara yang menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau dibuang dengan penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta, alihkan wayar elektrik yang hidup menggunakan batang kayu, halau haiwan berbahaya seperti ular, dan lain2 lagiE - Evaluate casualty's condition (Menilai keadaan pesakit)

PERTOLOGAN CEMAS PRIMERLakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami kecederaan terukSALURAN UDARA - periksa sama ada saluran udara mangsa dan pastikan iasama ada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atapun bendasing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka.GUNAKAN dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat.KELUARKAN gigi palsu hanya jika alat tersebut longgar.ELAK dari memasukkan tangan terlalu dalam kerana ini boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara.BERNAFAS - periksa sama ada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan pernafasan.EDARAN (circulation) - periksa sama ada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada)

KECEDERAAN MATACara yang paling baik bagi mengeluarkan bendasing dari mata adalah dengan membiarkan ia keluar bersama air mata, tetapi kadangkala adalah perlu untuk membasuhnya keluarBasuh mata dengan menuangkan air dengan banyak ke atas mataJika bendasing itu dapat dilihat dan berada di permukaan mata, cuba keluarkannya dengan perlahan-lahan menggunakan hujung bucu sapu tangan ataupun dengan menggunakan putik kapas.Jika bendasing tersebut terbenam di dalam mata, jangan cuba keluarkannya. Tutup mata tersebut menggunakan lapikan mata yang steril atau menggunakan kain yang bersih dan minta bantuan perubatan dengan segeraJangan sekali-kali gunakan sebarang bahan kimia. Ia boleh menyebabkan kecederaan mata yang serius.TERBAKARDi dalam kes terbakar yang teruk, minta bantuan perubatan dengan segeraBuangkan semua aksesori dan pakaian yang mengecut dari kawasan yang terlibat.Rendamkan kawasan yang terlibat ke dalam air sejuk dengan segera ataupun kenakan tuala yang basah dan lembab di kawasan tersebut. Anda juga boleh menuangkan air ke bahagian yang terbakar itu atau letak di bawah air sejuk yang mengalir. Teruskan rawatan ini selagi kesakitan masih dirasai.Untuk luka terbakar yang disebabkan oleh bahan kimia, tuangkan air di atas kulit atau letakkan dibawah air yang mengalir. Kemudian tutupkan kawasan tersebut dengan kain yang bersih untuk mengelakkan gangguan oleh udara.Jika luka terbakar tersebut adalah besar, tenangkan mangsa dan lakukan rawatan untuk renjatanPERINGATANBertindak dengan segera, setiap saat boleh membawa perubahanJangan gerakkan mangsa yang mengalami kecederaan leher atau belakang kecuali dalam keadaan yang sangat diperlukanDapatkan seseorang untuk menghubungi ambulans dan doktor sewaktu anda sedang memberikan pertolongan cemasJangan tarik pakaian mangsa luka terbakarBertenang dan tenangkan mangsaJangan paksa mangsa yang tidak sedarkan diri untuk mengambil sebarang cecair

Kecederaan Tisu LembutDefinisi LukaSejenis kecederaan kepada tisu badan yang menyebabkan pengaliran darah.

Boleh berlaku diluar atau didalam badan

Sebab- Sebab LukaAkibat alat tajam.

Akibat alat tumpul.

Jenis Luka2 Jenis.Luka Terbuka.Luka Tertutup. kulit tidak pecah. lebam. bengkak. renjatan. boleh libatkan organ lain. pendarahan banyak. renjatan.jangkitan kuman.Jenis-Jenis Luka Terbuka1.Luka Terhiris.

> disebabkan alat tajam seperti pisau dan kaca.> senang ditautkan.> pendarahan banyak

2.Luka Tikaman.

> disebabkan alat tajam seperti paku dan jarum.> liang kecil tetapi dalam.> risiko jangkitan tinggi

3.Luka Terkoyak.

> disebabkan alat tajam seperti dawai kawat dan alat jentera.> tisu rosak teruk.> pendarhan tidak sebanyak luka terhiris.

4.Luka Tembakan.

> disebabkan peluru.> luka kecil ditempat tembusan tetapi luas diruang keluar.> organ dalaman boleh rosak.

Jenis-Jenis Luka Tertutup1.Contusion

> pukulan kuat seperti penumbuk.> kemerah-merahan dibawah kulit.

2.Haematoma

> pukulan dengan alat tumpul.> kebiru-biruan dibawah kulit.

3.Calar Balar

> kulit tersiat.

Akibat Luka

Jangkitan Kuman

Tumpahan Darah (Pendarahan).

Maut

Renjatan

Rawatan Asas Luka1.Hentikan Pendarahan

2.Hindar dari jangkitan kuman.

3.Rawat Renjatan

4.Segera ke hospital

Pendarahan (Tumpahan Darah)Definisi PendarahanPendarahan terjadi daripada sistem edaran yang tercedera

Pendarahan Berlaku Melalui:1.Arteri> darah yang keluar bewarna merah terang kerana mengandungi oksigen.> darah memancut keluar mengikut denyutan jantung.

2.Vena> darah yang keluar berwarna merah kehitaman kerana mengandungi karbon dioksida.

> darah mengalir keluar perlahan-lahan.

3.Kapilari> darah meleleh keluar

Rawatan Pendarahan1.Bersih luka daripada kotoran

2.Tekanan terus ke atas luka.

4.Tinggikan anggota yang luka.5.Tekanan langsung pada nadi (arteri).

6.Periksa Nadi7.Periksa Pernafasan

8.Rawat renjatan, jika ada.9.Segera ke hospital

Berdarah Hidung

Punca Hidung Berdarah1.Biasa berlaku pada kanak-kanak.

2.Terjadi kerana selsema yang teruk.

3.Terjadi kerana cuaca terlalu panas

4.Terjadi kerana sentuhan kuat pada hidungRawatan Hidung Berdarah1.Duduk dan tunduk kepala ke bawah sedikit.

2.Picit bahagian lembut hidung selama 10 minit, lepaskan jika maseh berdarah dan ulang picit selama 10 minit lagi.

3.Bernafas melalui mulut

4.Jangan hembus hidung dalam beberapa jamObjek Luar Yang Terlekat Pada Tubuh

Cara Merawat1.Bagi objek yang terbenam dalam, jangan dicabut objek tersebut. Jika dicabut, pendarahan banyak boleh berlaku.

2.Tekan kiri-kanan luka untuk berhentikan pendarahan.

PEMULIHAN PERNAFASANPRINSIP PRINSIP PEMULIHAN PERNAFASANMENILAI MANGSA KECEDERAANMEMBUAT PENILAIAN ANDA SENDIRIKEDUDUKAN PEMULIHANPERNAFASAN BANTUANMEMULIHKAN PEREDARAN DARAHPEMULIHAN PERNAFASAN BAGI KANAK - KANAKURUTAN CPRPENGENALAN OKSIGENBAHAN BAHAN LAINBADANDIBAWA KE DALAM Dipindahkan melalui aliran darah SEL* proses penting dalam kehidupan kitaTenagaOtak mesti mendapatkan bekalan oksigen secara terus menerus Kehilangan oksigen dalam 3 5 minit mengakibatkan :

3 faktor terlibat dalam pembekalan oksigen ke otak:PRINSIP PEMULIHAN PERNAFASANJantung terhenti - rantaian ikthiar untuk hidup Pemulihan pernafasan ABC

MENILAI MANGSA KECEDERAANBertindak mengikut rumusan anda.Rawat mangsa sebagaimana patutDapatkan bantuan jika perluSedar , bernafas dan ada denyutan nadiMEMBUAT PENILAIAN ANDA SENDIRI Apabila terserempak dengan seseorang yang jatuh terbaring di hadapan anda, anda hendaklah membuat penilaian yang ringkas dan pantas. Bertindak mengikut kaedah pemulihan pernafasan ABC, untuk menentukan keutamaan dan tindakan yang dibuat. Penilaian yang dibuat hendaklah bedasarkan tiga soalan penting: a. Adakah mangsa itu pengsan? b. Adakah mangsa itu bernafas? c. Adakah terdapat denyutan nadinya ? MEMASTIKAN SAMA ADA MANGSA SEDAR 1

Gunakan kaedah gerak dan jerit ( shake and shout )Perhatikan mata mangsa, adakah ia berkelip atau terbuka? Tanya satu soalan atau beri satu arahan, contohnya: Apakah yang telah berlaku atau Buka mata anda! Bercakap dengan kuat dan jelas berhampiran telinga mangsa Gerakkan bahu si mangsa dengan perlahan- lahan. Seseorang mangsa kecederaan yang berada dalam keadaan kesedaran berubah yang teruk dan akan meracau, mengerang atau bergerak sedikit. Seseorang mangsa kecederaan yang langsung tidak sedarkan diri tidak akan menunjukkan gerak balas. MEMBUKA SALUR UDARA 2

MEMBUKA SALUR UDARA Salur darah bagi seseorang mangsa yang pengsan mungkin menjadi sempit atau tersekat menyebabkan pernafasannaya menjadi sukar dan tidak berupaya bernafas. Sebab utama bagi faktor tersebut ialah kehilangan kawalan otot di dalam tekak, akan mengakibatkan lidah mengendur ke belakang dan menutup tekak. Mengangkat dan merebahkan kepala si mangsa ke belakang akan mengangkat lidahnya dari ruang masuk ke udara.

Lidah Salur udara tersekat Keadaan tidak sedarkan diri melemahkan daya kawalan otot. Ini mengakibatkan lidah mengendur ke belakang dan menutup tekak. Mangsa tidak dapat bernafas.

Lidah Salur udara terbukaKedudukan kepala dicondong ke kepala dan dagu diangkat membolehkan lidah terangkat ke belakang tekak. Ini menjadikan salur terbuka dan lapang. UNTUK MEMBUKA SALUR UDARA1 Buang sebarang halangan pada murid mangsa

2Letakkan dua jari di bawah dagu mangsa, angkat rahangnya. Letakkan sebelah lagi tangan pada dahi si mangsa dan condongkan kepalanya ke belakang.

JIKA anda mengesyaki kecederaan pada leher atau kepala si mangsa, berhati- hatilah mengendalikan kepalanya, condongkan sekadar cukup untuk membuka salur udara.

MEMASTIKAN PERNAFASAN3

Letakkan pada muka anda hampir dengan mulut mangsa.Lihat, dengar dan rasa pernafasannya. - Lihat pergerakan dadanya - Dengar bunyi pernafasannya. - Rasa pernafasannya ke atas pipi anda Lihat, dengar dan rasa selama lima saat sebelum membuat keputusan bahawa pernafasan mangsa tidak ada lagi.

Lihat pada bahagian dada bagi memastikan sebarang pergerakan Jika jantung berdenyut dengan sempurna, ia akan menghasilkan satu denyutan pada nadi leher ( nadi karotid ) di mana arteri- arteri karatoid utama melalui bahagian ini menuju ke kepala. Arteri- arteri ini terletak pada di kedua- dua belah larinks, antara halkm dan otot jalur yang menjalar dari belakang telinga merentasi leher sehinggalah ke bahagian atas tulang dada. MEMASTIKAN DENYUTAN NADI 4

UNTUK MEMBUKA NADA KAROTID 1 Dengan kepala tercondong ke belakang, rasalah halkum mangsa dengan kedua jari anda. Sorotkan jari- jari anda ke arah anda ke belakang ruang antara halkum dan otot- otot berlikat, rasa pergerakan nadi karotid.

2Rasa selama lima saat sebelum membuat keputusan bahawa pergerakan nadi atau denyutan nadi telah terhenti.

KEDUDUKAN PEMULIHAN

Siku dibengkokkan. Buka salur udaranya dahulu melalui kaedah mencondongkan kepala dan dagu diangkat.

Kepala

PERNAFASAN BANTUAN

JIKA DADA TIDAK BERGERAK NAIK JIKA anda tidak dapat memberi nafas ke dalam dada mangsa, periksa dengan teliti: Kepala mangsa berada dalam keadaan tercondong secukupnya. Anda telah meletakkan mulut serapat- rapatnya ke atas mulut mangsa. Anda telah menutup keseluruhan hidung mangsa. Salur udara tidak terhalang oleh muntah, darah dan lain- lain bahan.MENGELUARKAN HALANGAN 1 Sapu di sekeliling bahagian dalam mulut mangsa dengan jari anda, dengan syarat rahangnya rehat. Jika anda melakukan ini pada kanak- kanak, berhati- hatilah untuk mengelakkan bahagian belakang tekaknya. 2 Jika tindakan ini gagal, tepukkan bahagian belakangnya dan tekan perutnya.

Bentuk- bentuk lain pernafasanMemberi pernafasan mulut ke hidung 1 Dengan keadaan mulut mangsa tertutup, lekatkan dengan ketat bibir anda di sekeliling hidungnya dan kemudian tiup.2 Buka mulut mangsa yang membenarkan pernafasan keluar. Teruskan proses ini pada kadar yang normal. Bayi hendaklah diberi pernafasan mulut ke mulut dan juga mulut ke hidung.

Pernafasan mulut ke stoma Laryngectomee ialah seorang yang telah mengalami pembedahan peti suara dan larinksnya telah dibuang. Pembedahan ini meninggalkan satu lubang terbuka ( stoma ) pada bahagian lehernya, di mana proses pernafasan berlaku. Pernafasan bantuan hendaklah diberi menerusi stoma ini. Jika anda gagal bergerak naik dan udara anda terbebas dari mulut mangsa, dia adalah sorang partial breather. Anda haruslah menutup mulut dan hidungnya dengan jari anda ketika memberi pernafasan mulut ke stoma.

MEMULIHKAN PEREDARAN DARAH:TEKANAN DADATEKANAN DADAJika tidak terdapat denyutan nadi, maka nadi telah terhenti. Maka, anda haruslah membekalkan satu peredaran batuan dengan melakukan tekanan dada supaya darah dapat dihantar ke otak.

3. Tindihkan tapak tangan anda dan selang selikan jari-jari anda.

Anda mungkin dapati adalah berguna untuk mengira satu dan dua dan untuk mengira waktuPEMULIHAN PERNAFASAN BAGI KANAK-KANAK Kanak-kanak amat jarang mengalami jantung terhenti. Bagaimanapun, terdapat bahaya pada salur udara yang tersumbat dan pernafasan yang tersekat. Pernafasan bantuan dan tekanan dada boleh dilakukan ke atas kanak-kanak yang lebih besar seperti yang dilakukan ke atas orang dewasa. Tetapi, proses ini perlu dilakukan dengan lebih pantas dan dengan tekanan yang kurang. Teknik-teknik yang dilakukan ke atas kanak-kanak dan bayi memerlukan pengubahsuaian.

URUTAN CPRnya ahli pasukan pertolongan cemas, tugas anda akan menjadi lebih mudah. Dalam setiap kes, anda hendaklah melaksanakan teknik pemulihan pernafasan dengan tabah dan bersunguh-sungguh sama ada sehingga denyutan nadi kembali pulih atau bantuan profesioanal tiba untuk mengambil alih tugas atau keletihan fizikal memaksa nada untuk berhenti bertindak. Apabila seseorang mangsa kecederaan tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas, anda mesti melakukan kombinasi teknik bantuan pernafasan dan tekanan dada. Urutan teknik ini dinamakan pemulihan pernafasan peparu-jantung atau CPR ( cardio-pulmonary resuscitation).Jika anda keseorangan, anda mesti mendapatkan bantuan sebelum melakukan CPR.Dengan adanya seorang pembantu, sebaik-baik

BAGAIMANA MENGANGKAT DENGAN BETUL???

KAEDAH MENOPANGBerdiri di sebelah mangsa, iaitu di bahagian yang cedera. Letakkan lengan mangsa itu di atas tengkuk anda.Letakkan sebelah lagi tangan anda di sekeliling pinggang mangsa itu. Pautlah pinggang atau tali pinggang untuk menopang.Gerakkan kaki di bahagian dalam. Melangkahlah perlahan-lahan mengikut langkah mangsa tersebut. satu tongkat mungkin boleh diberi kepada mangsa sebagai sokongan tambahan. Beri keyakinan kepada mangsa.

KAEDAH MENGHERET @ MENARIKLetakkan lengan mangsa pada dadanya. Anda hendaklah mencangkung di belakang mangsa itu & letakkan lengan anda di bawah ketiak mangsa tersebut.teguhkan tangan anda dan heretlah mangsa itu. Jika mangsa boleh duduk, silangkan tanganya pada dada & letakkan tangan anda di bawah ketiak mangsa tersebut. kemudian genggam pergelangan tangannya dengan teguh & heret mangsa tersebutJika mangsa memakai jaket, bukalah butang jaket. Tarik jaket ke atas. Pegang jaket dari bawah ketiak & heretlah mangsa.

KAEDAH MENDUKUNG

KAEDAH MENGGENDONG

USUNGAN BAGI 2 ORANG MEMBERI PERTOLONGAN CEMASMangsa yang sedar boleh dipindahkan dengan menggunakan usungan 2 tangan.

Usungan kaedah di luan dan buritan boleh digunakan untuk memindahkan mangsa yang tidak sedarkan diri.

Dalam sebarang kecemasan, kaedah ini digunakan untuk mengangkat mangsa ke atas pengusung @ mengangkay ke atas kerusi.KAEDAH DUDUK 2 TANGAN

USUNGAN DI LUAN & BURITAN

PERATURAN AM MENGGUNAKAN PENGUSUNG