pertanian lestari (natural farming): transformasi … · kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan...

7
BIL. 45 APRIL 2015 BIL. 45 APRIL 2015 Pertanian pada asasnya ialah suatu usaha menghasilkan bahan-bahan makanan dengan cara bercucuk tanam, menternak binatang, memelihara dan menangkap ikan. Fungsi pertanian pada peringkat awal adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun, apabila meningkatnya tamadun manusia, fungsinya telah bertambah kepada perniagaan, mengindahkan alam sekitar dan rekreasi. Norhayati Abdul Rahman Pusat Konsultasi dan Penyelidikan PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi Untuk Koperasi Walaupun kita sedang bergerak dengan pesatnya ke arah sebuah negara maju, pada asasnya negara kita ialah sebuah negara pertanian. Contohnya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) merupakan kawasan- kawasan yang dihuni oleh produk pertanian dengan luas. Kawasan-kawasan tanaman seperti getah, kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya merupakan produk tanaman pertanian yang diusahakan dalam skala besar. Begitu juga dusun buah-buahan seperti durian, rambutan, limau, manggis, mangga, pisang, cempedak dan lain-lain lagi.Turut ditanam juga sumber sayur-sayuran seperti cili, timun, petola, bayam, lobak, labu dan sebagainya. Usaha mencapai kemajuan dalam bidang pertanian memerlukan berbagai pendekatan dari semua aspek seperti pengurusan, ekonomi dan teknologi. Walau bagaimanapun, bidang pertanian di negara ini perlu disesuaikan dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam dunia hari ini. Penggunaan pendekatan baru dan teknologi moden perlu dititikberatkan secara menyeluruh dalam pembangunan pertanian di negara kita. Pelbagai bahan kimia seperti baja dan racun serangga yang digunakan bagi memperoleh hasil yang tinggi bagi sebuah ladang komersial. Penggunaan racun dan baja kimia yang berleluasa mula menimbulkan kesan sampingan selepas 40 hingga 50 tahun terutama kesannya terhadap alam sekitar. Banyak kajian mendapati sisa racun dan bahan kimia dapat dikesan dalam makanan yang diambil setiap hari. Di samping itu, penggunaan racun berleluasa menyebabkan populasi serangga perosak bertambah tinggi kerana rintang atau imun terhadap racun yang diberikan selain memusnahkan serangga yang baik dan biasanya berguna sebagai agen polinasi (pendebungaan). Justeru, pertanian lestari adalah langkah bijak petani bagi mengatasi masalah ini. Pertanian Lestari Pertanian lestari merupakan satu konsep pertanian mapan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Produk pertanian lestari adalah selamat dimakan, mengurangkan pencemaran alam sekitar selain menstabilkan pendapatan petani. Peralihan daripada pertanian konvensional kepada pertanian lestari mempunyai banyak kelebihan. Selain menyumbang kan kepada pencemaran, pertanian konvensional juga membebaskan gas rumah hijau - karbon dioksida, metana dan nitros oksida yang menyebabkan pemanasan global. Penggunaan baja nitrogen secara berterusan menghasilkan nitros oksida sebagai hasil sampingan. Walaupun sektor pertanian di negara ini hanya menyumbang 10 hingga 15 peratus gas rumah hijau berbanding sektor perindustrian, tetapi jika diuruskan dengan baik akan dapat memperlahankan proses pemanasan global. Dalam semua keadaan, terdapat unsur karbon yang menghasilkan gas rumah hijau. Oleh www.mkm.edu.my DIMENSIKOOP BIL. 45 APRIL 2015 61

Upload: lamnhu

Post on 11-Apr-2019

304 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi … · kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya ... (air, Pengurusan perosak dan penyakit a.udara, cahaya matahari dan

BIL. 45 APRIL 2015 61

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 61

Pertanian pada asasnya ialah suatu usaha menghasilkan bahan-bahan makanan dengan cara bercucuk tanam, menternak binatang, memelihara dan menangkap ikan. Fungsi pertanian pada peringkat awal adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun, apabila meningkatnya tamadun manusia, fungsinya telah bertambah kepada perniagaan, mengindahkan alam sekitar dan rekreasi.

Norhayati Abdul RahmanPusat Konsultasi dan Penyelidikan

PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi Untuk Koperasi

Walaupun kita sedang bergerak dengan pesatnya ke arah sebuah negara maju, pada asasnya negara kita ialah sebuah negara pertanian. Contohnya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) merupakan kawasan-kawasan yang dihuni oleh produk pertanian dengan luas. Kawasan-kawasan tanaman seperti getah, kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya merupakan produk tanaman pertanian yang diusahakan dalam skala besar. Begitu juga dusun buah-buahan seperti durian, rambutan, limau, manggis, mangga, pisang, cempedak dan lain-lain lagi.Turut ditanam juga sumber sayur-sayuran seperti cili, timun, petola, bayam, lobak, labu dan sebagainya.

Usaha mencapai kemajuan dalam bidang pertanian memerlukan berbagai pendekatan dari semua aspek seperti pengurusan, ekonomi dan teknologi. Walau bagaimanapun, bidang pertanian di negara ini perlu disesuaikan dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam dunia hari ini. Penggunaan pendekatan baru dan teknologi moden perlu dititikberatkan secara menyeluruh dalam pembangunan pertanian di negara kita.

Pelbagai bahan kimia seperti baja dan racun serangga yang digunakan bagi memperoleh hasil yang tinggi bagi sebuah ladang komersial. Penggunaan racun dan baja kimia yang berleluasa mula menimbulkan kesan sampingan selepas 40 hingga 50 tahun terutama kesannya terhadap alam sekitar. Banyak kajian

mendapati sisa racun dan bahan kimia dapat dikesan dalam makanan yang diambil setiap hari. Di samping itu, penggunaan racun berleluasa menyebabkan populasi serangga perosak bertambah tinggi kerana rintang atau imun terhadap racun yang diberikan selain memusnahkan serangga yang baik dan biasanya berguna sebagai agen polinasi (pendebungaan). Justeru, pertanian lestari adalah langkah bijak petani bagi mengatasi masalah ini.

Pertanian Lestari

Pertanian lestari merupakan satu konsep pertanian mapan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Produk pertanian lestari adalah selamat dimakan, mengurangkan pencemaran alam sekitar selain menstabilkan pendapatan petani. Peralihan daripada pertanian konvensional kepada pertanian lestari mempunyai banyak kelebihan. Selain menyumbang kan kepada pencemaran, pertanian konvensional juga membebaskan gas rumah hijau - karbon dioksida, metana dan nitros oksida yang menyebabkan pemanasan global. Penggunaan baja nitrogen secara berterusan menghasilkan nitros oksida sebagai hasil sampingan. Walaupun sektor pertanian di negara ini hanya menyumbang 10 hingga 15 peratus gas rumah hijau berbanding sektor perindustrian, tetapi jika diuruskan dengan baik akan dapat memperlahankan proses pemanasan global. Dalam semua keadaan, terdapat unsur karbon yang menghasilkan gas rumah hijau. Oleh

www.mkm.edu.myDIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 61

Page 2: PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi … · kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya ... (air, Pengurusan perosak dan penyakit a.udara, cahaya matahari dan

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201562 BIL. 45 APRIL 201562

itu, karbon perlu diselamatkan daripada bebas ke udara kerana jika karbon berada di dalam bumi, suhu dijangka akan stabil.

Pertanian lestari juga merupakan salah satu kaedah bagi mengatasi masalah pembebasan gas rumah hijau dan pemanasan global. Pertanian lestari banyak bergantung kepada bahan semula jadi yang terdapat dalam tanah. Misalnya, bagi mendapatkan unsur nitrogen dalam baja, mikrob yang digunakan mampu mengambil nitrogen daripada udara untuk dipindahkan ke pokok. Biasanya dalam pertanian lestari, tanah akan subur apabila terdapat banyak karbon di dalamnya. Pertanian lestari menggunakan bahan kimia yang minimum dan tidak merosakkan alam sekitar. Contoh pertanian lestari adalah pertanian organik dan pertanian semula jadi. Kedua-dua pertanian ini menggunakan sumber semula jadi seperti baja organik dan arang daripada kayu bagi menambahkan unsur karbon dalam tanah. Ramai yang tidak mengetahui bahawa hujung rerambut akar mengeluarkan karbon bagi menggalakkan pertumbuhan mikrob. Manakala pokok yang sihat akan mengeluarkan cairan daripada hujung akar bagi menggalakkan pertumbuhan mikrob. Penggunaan racun atau baja kimia yang digunakan akan mengganggu kitaran flora dan fauna. Dalam pertanian lestari, nutrien dalam pokok akan berada dalam keseimbangan dan mengurangkan serangan serangga. Terdapat teori yang mengatakan serangga kurang menyerang pokok yang mempunyai keseimbangan semula jadi. Jika menggunakan banyak racun perosak, mikrob pada pokok akan mati dan memudahkan serangan serangga dan penyakit.

Kini, permintaan terhadap makanan organik dan semula jadi bertambah tinggi dengan kesedaran terdapat pelbagai penyakit seperti kanser. Kesedaran awam mengenai kepentingan agroalam sekitar bagi mengekalkan produktiviti pertanian perlu diperhebatkan oleh kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi, MARDI dan lain-lain lagi.

Amalan pertanian lestari sangat sesuai dilaksanakan di Malaysia. Di negara kita terdapat pelbagai spesies tanaman, ikan dan haiwan ternakan di samping persekitaran yang harmoni untuk menjalankan pertanian lestari. Pertanian lestari merujuk kepada kebolehan sesebuah ladang untuk mengekalkan pengeluaran tanaman serta memelihara ekosistem semulajadi secara berterusan. Dengan peningkatan taraf hidup, pengguna kini lebih cenderung memilih

bahan makanan berkualiti dan selamat dari sisa kimia (racun perosak, baja, hormon dan sebagainya). Bagi menampung permintaan pengguna, beberapa inisiatif diambil untuk menggalakkan petani/ pengusaha menceburi dalam perladangan organik. Ini juga merupakan usaha meningkatkan pendapatan petani/ pengusaha memandangkan harga barangan makanan organik pada amnya adalah 2-3 kali lebih tinggi berbanding yang bukan organik. Salah satu cara untuk menghasilkan makanan organik adalah melalui kaedah pengeluaran Natural Farming.

Natural Farming (NF)

Natural Farming (NF) adalah salah satu daripada kaedah pengeluaran bagi menghasilkan tanaman makanan organik. Kaedah pengeluaran NF telah lama diamalkan di Thailand, Indonesia, Korea dan beberapa negara di Asia. Konsep NF telah diperkenalkan pada 1965 oleh Han Kyu Cho yang berasal dari Korea. Berbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan padi diusahakan menggunakan teknik pengeluaran ini. Contohnya di Selangor, konsep NF telah dicuba oleh Puan Wahidah binti Hambali, pegawai dari Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (AIDA) Barat Laut Selangor. Beliau telah memperkenalkan konsep NF kepada petani-petani di Sungai Leman, Sekinchan Selangor pada tahun 2011 dan terbukti bahawa dengan mengamalkan kaedah NF memberi kesan yang sangat positif dan amat memberangsangkan kepada hasil produk pertanian mereka.

Han Kyu Cho,Pengasas Nature Farming dari Korea sejak 1965.

Page 3: PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi … · kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya ... (air, Pengurusan perosak dan penyakit a.udara, cahaya matahari dan

BIL. 45 APRIL 2015 63

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 63

iii.Pengurusan tanaman a. Penggunaan fomulasi baja mengikut peringkat tanaman. b. Amalan kultura.

iv. Pengurusan perosak dan penyakit a. Kawalan secara kultura. b. Kawalan secara fizikal. c. Kawalan secara biologi. d. Kawalan bukan kimia.

v. Pengurusan rumpai a. Kawalan secara kultura. b. Kawalan secara fizikal. c. Kawalan secara biologi. d. Kawalan bukan kimia.

Projek NF di Kg Parit 9, Sg. Leman, Sekinchan Selangor

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan projek NF ini. Ia turut dijalankan di Kg Parit 9, Sg Leman Sekinchan, Selangor. Projek untuk menghasilkan produk berasaskan Natural Farming ini diberi nama Produk SRI (System of Rice Intensification). Projek ini dianggotai seramai 23 orang yang merupakan penduduk Kampung Parit 9, Sg Leman yang menjalankan aktiviti pertanian padi dan sayur-sayuran serta tanaman kontan. Projek NF ini dimulakan pada bulan Februari 2011. Ianya dijalankan secara bergotong-royong pada peringkat awal pembelajaran oleh kumpulan penanam sayur-sayuran.

Mereka diberi khidmat bimbingan dan sokongan teknikal oleh Jabatan Pertanian Daerah Sabak Bernam melalui pegawai kawasan. Projek ini beroperasi di Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) yang dibangunkan oleh pihak FAMA. Pada April 2011, selesai kesemua silibus pembelajaran NF secara hands on kepada petani. Petani mula memahami konsep NF dan mempraktikkan kepada ladang masing-masing. Pada bulan Mei 2011, selepas mencuba produk NF pada tanaman masing-masing, satu promosi besar-besaran tentang kebaikan dan faedah menggunakan baja berasaskan alam sekitar ini dijalankan oleh kumpulan ini yang diberi nama Kumpulan PPL Parit 9. Pada Julai 2011, teknologi ini dipindahkan kepada petani yang menanam padi dan berhasil memberi impak kepada pengurangan kos.

Kumpulan PPL Parit 9 telah membuat jualan produk baja NF (menggunakan formula seperti dalam rajah berikut) kepada kawan-kawan sekitar kampung dan

Konsep Natural Farming

NF adalah satu kaedah pengeluaran yang menggunakan sumber semula jadi termasuk mikroorgsnisma setempat Indigenous Microogranism (IMO), baja berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air, udara, cahaya matahari dan tanah). Faktor-faktor tersebut dapat membantu meningkatkan populasi dan aktiviti hidupan setempat. Mikroorganisma setempat sahaja digunakan kerana ia sesuai dengan keadaaan setempat. Mikroorganisma yang dibawa dari luar berkemungkinan tidak sesuai dan mungkin mengganggu sistem hidupan yang sedia ada. Secara amnya, kehidupan dalam pertanian boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :i. Tempoh Pertumbuhan Tampang (vegetative period).ii. Tempoh Peralihan (cross-over period).iii. Tempoh Pertumbuhan Produktif (productive period).

Setiap tempoh pertumbuhan memerlukan rawatan yang khusus untuk membolehkannya mencapai pertumbuhan yang maksima.

Kebaikan i. Meningkatkan keuntungan melalui: a. Pengurangan kos pengeluaran sehingga 30 peratus. b. Menggunakan bahan input tempatan yang lebih murah dan mudah diperolehi. c. Meningkatkan pengeluaran hasil 4-6 kali ganda (telah berjaya di Korea).

ii. Hasil yang selamat dimakan a. Bahan-bahan input yang digunakan terdiri daripada produk fermentasi dan ekstrak daripada tumbuhan dan haiwan. b. Tidak menggunakan input kimia sintetik (baja,racun perosak, hormon).

Elemen-elemen Pengeluaran

Pengeluaran produk secara NF menekankan kepada lima perkara utama iaitu:i. Penyediaan baja. a. Penyediaan baja asas. b. Membuat fomulasi baja.

ii. Pengurusan Tanah a. Penyediaan dan penggunaan Indegenous Microorganism (IMO). b. Penyediaan dan penggunaan sungkupan. c. Pengurusan kelembapan tanah (field capacity). d. Penyediaan dan penggunaan kompos. e. Pembajakan minima (Minimum tillage).

Page 4: PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi … · kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya ... (air, Pengurusan perosak dan penyakit a.udara, cahaya matahari dan

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201564 BIL. 45 APRIL 201564

mendapat sambutan yang baik. Pada Ogos 2011, Jabatan Pertanian Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000.00 untuk pembangunan bengkel yang baru dan peralatan asas untuk penyediaan Produk SRI ke arah lebih komersial. Pada bulan September 2011, projek yang beroperasi ini diberi nama baru SRI D 9. Sehingga Disember 2011, jualan produk telah mencapai RM50,000.00 untuk tempoh tiga bulan iaitu majoriti pengguna adalah petani padi. Jabatan Pertanian Selangor juga telah memberi peruntukan sebanyak RM15,000 untuk memperkemaskan lagi struktur operasi SRI D 9. SRI D 9 telah mengkomersialkan produk SRI dan semua masyarakat kampung telah mendapat manfaat daripada produk yang murah, mesra alam, jimat serta menjana pendapatan tambahan sebagai tenaga kerja dalam penyediaan baja Natural Farming ini.

Pada tahun 2012, SRI D 9 telah mendapat kontrak kerajaan melalui Projek Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor sebanyak RM150,000.00 untuk menyediakan produk SRI dan diberi kepada peserta projek di kawasan kampung ini. Sehingga kini, projek ini masih diteruskan untuk kebaikan produk pertanian

Penyediaan ‘Indigenous Microogranism’ (IMO)

Bahan-bahan yang diperlukan: • Nasi sejuk• Gula merah• Bekas• Air

Cara membuatnya:• Nasi diletakkan dalam bekas (7 cm dalam ).• Letakkan bekas tadi di bawah pokok buluh/ jerami padi selama 2-3 hari.• Nasi yang telah difermentasikan (IMO 1) dicampurkan gula merah (1:1).• Simpan campuran nasi + gula merah selama lima hari (IMO 2).• Ambil 1 gm IMO 2 + 1000 ml air + 10 kg dedak beras + air beras (yang diperam 3 hari). Kemudian biarkan 3-5 malam (IMO 3).• Campur dan tutupkan dengan sungkupan 1 bahagian (IMO 3) dan 1 bahagian tanah dengan kelembapan 65 peratus.• Peram 3-5 hari (IMO 4).

Bengkel yang digunakan untuk Projek SRI D 9

Pn. Wahidah Hambali bersama penduduk Kg Parit 9, Sg Leman Sekinchan yang terlibat dalam Projek SRI D 9

dan masyarakat sejagat. Hasil kejayaan SRI D 9 ini, beberapa lawatan telah dilakukan ke kampung ini oleh Exco Pertanian Selangor, FAMA Negeri Sabah, Felcra Training Centre, Persatuan Usahawan Kuala Langat, Profesor dari Universiti Cornell di New York, Universitas Pertanian Bogor Indonesia, BERNAS, Team Ladang Kontrak Selangor dan lain-lain lagi.

Indigenous Microogranism’ (IMO) dan Kompos

Natural Farming menitikberatkan peranan mikroorganisma tempatan dan baja-baja NF dalam sistem perladangannya. Mikroorganisma ini boleh dibiakkan melalui berbagai kaedah antaranya adalah proses penyediaan IMO 1 hingga IMO 4. Ia boleh digunakan dalam penyediaan kompos untuk mempercepatkan proses pereputannya.

Page 5: PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi … · kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya ... (air, Pengurusan perosak dan penyakit a.udara, cahaya matahari dan

BIL. 45 APRIL 2015 65

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 65

Rajah 1: Penyediaan IMO 1 hingga IMO 4

NasiNasiyang

diselaput

IMO 1+

Gula

(IMO 3)Dedak + IMO +

air berasDedak IMO2

Diletakkan di bawah pohon buluh selama

2-3 hari

Frementasiselama 3-5

Tanah IM04

Simpan selama 3-5 hari dan kelembapan 65%

Air basuhan beras

Mikrob di bawah pokok buluh

Pokok buluh digunakan untuk penyediaan IMORajah 2 : Membuat Kompos

Tanah

Sisa tumbuhan Hampas Kelapa Sawit

* Sungkupan bermaksud terdiri daripada sebarang bahan yang dapat diletakkan di atas permukaan tanah untuk menghalang pengaliran air hujan.

Sungkupan

Penduduk Kg Parit 9, Sg Leman Sekinchan bersama-sama dalam penyediaan IMO

PenyediaanKompos

Bahan-bahan yang diperlukan:• IMO 4.• Hampas kelapa sawit/jerami padi/sisa tanaman/ haiwan.• Air.

Cara membuatnya:• Letakkan hampas sawit setebal 10 cm di atas tanah.• Siram dengan air untuk melembabkannya sehingga 65 peratus.• Taburkan IMO 4, lapiskan dengan hampas sawit dan siram.• Buatkan lapisan seterusnya seperti di atas sehingga mencapai ketinggian 60 - 70 cm.• Letakkan sungkupan.• Lepas 3 minggu bahan-bahan ini akan bertukar menjadi kompos.

Page 6: PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi … · kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya ... (air, Pengurusan perosak dan penyakit a.udara, cahaya matahari dan

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 201566 BIL. 45 APRIL 201566

Baja asas yang telah siap disimpan di dalam bekas

Rajah 3: Pembuatan FPJ

Sayur/tumbuhandipotong kecil-kecil

Disimpan selama5-7 hari & ditapis

FPJ sediauntuk digunakan

Gula Merah

Baja-baja Natural Farming

Baja NF disediakan melalui proses osmosis dengan menggunakan bahan-bahan di sekeliling ladang seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sisa tanaman bersama gula merah. Selain daripada itu, baja NF boleh juga diperbuat daripada tulang dan kulit telur yang dicampur dengan cuka asli.

Baja AsasFermented Plant Juices (FPJ)

Bahan-bahan yang digunakan:• Tumbuhan hijau/sayur-sayuran - kangkung, batang pisang.• Gula merah.• Kertas putih.• Rubberband/ tali.• Bekas seramik/ plastik.

Cara membuatnya:• Gaulkan sayur dengan gula merah (1:1) dan masukkan ke dalam bekas (2/3 bahagian bekas).• Tutupkan dengan kertas dan ikat.• Simpan ditempat redup selama 5 – 7 hari. • Tapis dan disimpan di dalam bekas.

Baja Asas Fermented Fruit Juices (FFJ)

Bahan-bahan yang diperlukan:• Buah-buahan yang masak dan manis - rambutan, mangga, pisang dan lain-lain.• Gula merah.• Kertas putih.• Bekas seramik/plastik.

Cara membuatnya:• Gaulkan buah-buahan dengan gula (1:1) dan masukkan dalam bekas (2/3 bahagian bekas).• Tutupkan dengan kertas.• Simpan ditempat sejuk dan gelap 5 – 7 hari dan tapis.• Cecair ini disimpan di dalam bekas sehingga 2/3 penuh.

Rajah 4: Pembuatan FFJ

Buah-buahandipotong kecil-kecil

Disimpan selama5-7 hari & ditapis

FPJ sediauntuk digunakan

Gula Merah

Buah-buahan digunakan dalam penyediaan Fermented Fruit Juices (FFJ)

Page 7: PERTANIAN LESTARI (NATURAL FARMING): Transformasi … · kelapa sawit, padi, kelapa, tembakau dan lain-lainnya ... (air, Pengurusan perosak dan penyakit a.udara, cahaya matahari dan

BIL. 45 APRIL 2015 67

DIMENSIKOOP

BIL. 45 APRIL 2015 67

Kesimpulan

Secara umumnya, konsep NF boleh diterokai dan dicuba oleh koperasi terutama koperasi yang terlibat dalam aktiviti pertanian, perladangan dan penternakan. Malah, kaedah penyediaan baja kompos ini juga boleh digunakan oleh mana-mana koperasi untuk menjana pendapatan koperasi dan anggota seterusnya memberi kebaikan kepada masyarakat dengan penggunaan kaedah NF.

Koperasi seharusnya mengambil peluang daripada cabang baru konsep NF dalam pertanian untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang disarankan oleh pihak kerajaan. Melalui penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan usaha ini akan dapat memberi peluang perniagaan kepada gerakan koperasi, komuniti setempat dan masyarakat. Di samping itu gabungan bersama koperasi bagi memberi impak yang lebih besar dan ketara akan dapat dihasilkan melalui pakatan strategik dan melalui pelbagai program bagi membantu koperasi yang aktif dan berpotensi tetapi kekurangan sumber seperti dana dan aset seperti tanah. Koperasi boleh mengambil peluang ini sama ada untuk menjadi pengeluar produk NF atau agen pemasar atau

penjual kepada pengguna. Konsep menang-menang adalah disarankan agar kelebihan yang ada pada setiap koperasi dapat digembleng secara maksimum.

NF merupakan kaedah yang sepatutnya diaplikasi lebih awal di Malaysia kerana pada dasarnya ia merupakan konsep pertanian lestari.

Koperasi boleh menjadikan NF satu alternatif bagi menghasilkan produk organik yang selamat kepada pengguna, mesra alam, mudah dipraktikkan dan memberikan pulangan yang maksima. Menyedari hakikat ini, koperasi perlu mengambil langkah proaktif dengan menggunakan kaedah SRI (System of Rice Intensification) untuk meningkatkan pengeluaran tanaman khasnya kepada koperasi pertanian dan masyarakat amnya. Langkah ini adalah selaras dengan enam bidang keberhasilan aktiviti ekonomi dalam DKN 2011-2020 iaitu bidang pertanian dan industri asas tani. Dalam Teras Strategik TS1 menyatakan koperasi juga perlu mengaplikasikan teknologi hijau terutama bagi koperasi pertanian dan penternakan.

Rujukan

Nur Wahidah Hambali (2003). Manual Natural Farming. Malaysia:Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia

Shamry M.sani.(2010, Mei 12). Pertanian Lestari Jamin Bekalan Makanan. Utusan Borneo, p 1.