pertanian

21
Nama (Malay Name) Pokok Pisang Awak Keluarga (Family) MUSACEAE Nama Saintifik (Scientific Name) Musa paradisiaca Musa acuminata x balbisiana Colla (ABB Group) cv. 'Pisang awak' Saiz Biasa (Size) 10 cm (flower) Nama Lain (Other Names) Awak Banana Fruit Nama Thai (Thai Name) Kluay Namwaa Nama Kambodia (Cambodian Name) Douem Jack Asal : Pisang berasal daripada kawasan Tropika. Kawasan Utama Tanaman : Di Malaysia tanaman pisang diusahakan di kebanyakan negeri-negeri. Walau bagaimanapun, kawasan yang terbesar pengeluaran terletak di negeri Pahang dan Perak. Kegunaan : Pisang enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat kek, pencuci mulut, kuih, ia juga sangat enak dimakan selepas digoreng panas-panas. Kandungan Zat Makanan : Kandungan Kandungan / 100 gm yang boleh dimakan Tenaga 103 kcl Air 73.3 gm Protin 1.3 gm

Upload: tarmimi-bin-jain-aam

Post on 20-Jun-2015

722 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertanian

Nama (Malay Name) Pokok Pisang AwakKeluarga (Family) MUSACEAENama Saintifik (Scientific Name) Musa paradisiacaMusa acuminata x balbisiana Colla(ABB Group) cv. 'Pisang awak'Saiz Biasa (Size) 10 cm (flower)Nama Lain (Other Names) Awak Banana FruitNama Thai (Thai Name) Kluay NamwaaNama Kambodia (Cambodian Name) Douem Jack

Asal :Pisang berasal daripada kawasan Tropika.

Kawasan Utama Tanaman :Di Malaysia tanaman pisang diusahakan di kebanyakan negeri-negeri. Walau bagaimanapun, kawasan yang terbesar pengeluaran terletak di negeri Pahang dan Perak.

Kegunaan :Pisang enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat kek, pencuci mulut, kuih, ia juga sangat enak dimakan selepas digoreng panas-panas.

Kandungan Zat Makanan :

KandunganKandungan / 100 gm yang boleh dimakan

Tenaga 103 kcl

Air 73.3 gm

Protin 1.3 gm

Lemak 0.4 gm

Karbohidrat 23.6 gm

Serat 0.5 gm

Page 2: Pertanian

Abu 0.9 gm

Kalsium 11.0 mg

Posporus 17.0 mg

Besi 0.6 mg

Sodium 29.0 mg

Potasium 241.0 mg

Kerotin 300 mg

Vit B1 0.07 mg

Vit B2 0.08 mg

Niasin 0.7 mg

Asid Askorbik 17.3 mg

TANAMAN BOTANIA

Batang :Batang pisang sebenarnya dibentuk daripada seludang daun yang dikenali sebagai batang pseudo. Saiz batang pseudo atau palsu ada yang kecil atau besar serta tinggi dan rendah mengikut kultivar pisang.

Sulur :Sulur bertumbuh keluar dari umbisi yang tertanam dalam tanah. Pada amnya, terdapat 2 jenis sulur iaitu sulur pedang dan sulur air.Sulur pedang terbentuk dari umbisi induk dan mengeluarkan daun runcing dan menirus keatas. Sulur air terbentuk dari tunas utama umbisi induk dan tidak disyorkan kerana pertumbuhan kurang cergas.

Daun :Daun pisang adalah helaian daun dihujung batang pseudo yang terdiri dari susunan seludang yang teguh. Saiz daun matang mencapai 2.0 meter panjang dan 5 cm lebar. 

Bunga :Setelah matang, pertumbuhan hujung batang palsu bertukar kepada pengeluaran jambak bunga. Bunga-bunga tersusun dalam beberapa kelompok pada ruas ditandan.Setiap buku atau ruas ditangkai mengeluarkan bunga betina.Pada hujung pula terdapat bunga jantan. 

Buah : Buah pisang terbentuk tanpa pendebungaan, dikenali sebagai partenokarpe. Kelompok-kelompok buah pada tangkai atau tandan dipanggil sisir.Setiap sisir terdiri daripada sejumlah buah pisang disebut jejari.

Page 3: Pertanian

Kultivar / Klon :

Varieti Ciri-ciri

1. Berangan

Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 –20 kg. Setiap sisir terdapat 12–20 jejari. Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 12–18 cm dengan ketebalan 2.5–3.5 cm. Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut. Isi tegang, kekuningan oren, wangi, kering dan manis rasanya.

2. Mas Berat tandan sederhana diantara 8-12 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 14-18 jejari sesisir.Jejari kecil diantara 8-12sm panjang dan 2-3 cm garispusat. Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan sungguh menarik setelah masak keseluruhannya. Isi tegang, kuning keemasan, harum kewangian dan sangat manis.

3. Cavendish

Antara jenama yang ditanam ialah Montel,Comel,Cabana atau Sun king. Berat tandan melebihi 20 kg dan 15-25 sisir. Jejari berukuran diantara 15-22 sm panjang dan garispusat 3.5-4.0 sm. Kulit yang tebal dan mudah tanggal dari gantungan sisir dan berwarna kuning apabila sidah dibuat rawatan pemasakan dengan suhu rendah. Isinya berwarma putih pekat, bertekstur halus, lembut, manis dan berbau wangi.

4. Rastali Sesuai untuk hidangan segar. Berat tandan antara 10-15 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 12-16 jejari setiap sisir. Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan mudah tanggal. Panjang jejari 10-15 sm dan 3-4 sm garis pusat, kulit senang dikupas dan sangat nipis. Isinya lembut, berwarna putih, rasanya manis sedikit masam dengan rasa berkelat jika belum masak sepenuhnya.

5.Tanduk Sesuai untuk goreng. Berat tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari. Seringkali hingga 5 jejari sesisir. Saiz pisang tanduk besar dengan ukuran 25-35 sm panjang dan 6-7 sm garispusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isinya krim berwarna oren, setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.

6. Nipah Hanya untuk digoreng. Berat tandan antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Jejari bersegi, pendek dan padat dengan kulit yang tebal.Kulit berwarna kuning setelah masak. Panjang jejari diantara 10-15m dan 3-5 sm garispusat. Isi krim putih bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya.

7. Raja Boleh dimakan segar atau digoreng. Berat tandan 10-15 kg dengan 6-9 sisir. Setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15 sm dan 3-4 sm garispusat. Kulit tebal berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya krim oren dengan bertekstur kasar.

8. Nangka Sesuai untuk goreng.Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit . Berat tandan 12-14 dengan 6-8 sisir.Setiap sisir terdapat 14-24 jejari dan bentuk jejari bersegi, memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar.

9. Awak Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat tandan ialah 18-22 kg dengan 8-12 sisir. Setiap sisir 10-16 jejari dan panjang jejari ialah 10-15 sm dan 3-5 sm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit

Page 4: Pertanian

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :Tanaman pisang sesuai diusahakan dikawasan bersuhu antara 12- 32ºC dengan taburan hujan antara 1000 – 3000 mm.

Tanah :Pisang boleh ditanam dipelbagai jenis tanah. Tanah yang paling sesuai ialah sederhana gembur, dengan saliran yang baik.PH tanah antara 5.5 – 8.0.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :Menggunakan sulur dari pokok induk dan anak pokok dari tisu didik. Sulur pedang sesuai digunakan.

Jarak Tanaman :Sistem tanaman empat segi sama, empat segi tepat dan tiga segi digunakan. Untuk sistem tanaman tunggal, jarak tanaman yang sesuai ialah 3.0m x 1.5 m manakala untuk sistem tanaman bercampur, jarak tanaman yang sesuai ialah 2.4m x 2.4 m.

Menanam :Sediakan lubang 0.3 m x 0.3 m x 0.3 m dan biarkan terdedah ke matahari selama 2 – 4 minggu. Campurkan baja organik atau kompos sebanyak 5 – 10 kg/lubang dan 100 gm TSP/lubang.

Cantasan :Cantasan sulur dilakukan untuk menjaga pertumbuhan pokok induk, pemilihan sulur yang sihat dan pengeluaran buah yang berkualiti tinggi. Cantasan dilakukan dengan pisau tajam dengan membuang sulur air yang kurang cergas meninggalkan pokok induk.Dua sulur bagi setiap perdu.

Pembajaan :Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Umur pokok (Bulan) Jenis Baja Kadar Baja

Semasa menanamCIRP Baja Organik

0.15 kg 10.0 kg

1–2 15:15:15 0.5 kg

4 15:15:15 0.5 kg

5–6 12:12:17:2 0.5 kg

>6 12:12:17:2 1.0 kg

Page 5: Pertanian

Pengurusan Air :Pengairan adalah penting terutama pada peringkat awal pertumbuhan pokok. Pengairan titis atau mikro adalah disyorkan.Dikawasan yang sentiasa menakung air, perlu ada sistem saliran yang baik.

Pembungkusan Buah :Pembungkusan buah dilakukan untuk menjamin mutu buah yang tinggi. Biasanya, sarung plastik polietilena bersaiz 75cm x 120 cm digunakan semasa peringkat akhir bunga mengorak.

PENGURUSAN PEROSAK 

Penyakit :Penyakit yang sering menyerang pisang adalah seperti berikut :

Penyakit Tanda-tanda Pembasmian

1. Bintik daun (Sigatoka) (Mycosphaerellamusicola)

Bintik-bintik kecil berwarna perang kekuningan atau jalur-jalur hijau kekuningan selari dengan urat daun. Kemudian bintik-bintik ini membesar dan bujur dengan bahagian tengah berwarna perang terang yang dikelilingi warna perang gelap. Bintik-bintik ini akan bercantum antara satu sama lain yang mengakibatkan bahagian daun yang diserang menjadi perang dan kering.

Gunakan kultivar yang resistan. Sembur racun benomyl.

2. Penyakit Panama (Fusarium witt) (Fusarium oxyspotrium)

Berpunca dari tanah. Simptom pertama bermula dengan daun tua menjadi kuning atau tangkai daun melekang walaupun daun masih hijau. Akhirnya semua daun layu dan mati.

Gunakan varieti yang resisten. Menjaga kebersihan ladang. Gunakan bahan tanaman yang bebas dari penyakit.

Serangga :Serangga yang biasa menyerang pisang adalah seperti berikut :

Perosak Tanda-tanda Kawalan

1. Pengorek umbi pisang (Cosmopolites sordidus)

Larva mengorek dan makan umbi pisang. Umbi berlubang dan akan menjadi perang dan busuk. Daun bertukar menjadi kuning. Anak-anak pisang lemah dan mati.

Gunakan bahan tanaman tanpa penyakit dengan celup ke dalam air panas selama 5 – 10 minit. Menyiram racun dieldin pada pangkal pokok. Menjaga kebersihan ladang.

2. Nematod Akar-akar yang berjangkit bertukar ke warna coklat kemerahan dan akhirnya menjadi hitam. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam berbintik dan pecah terutama dibahagian umbi dan menjadi reput

Merendam dalam air panas. Menjaga kebersihan ladang. Menyiram dengan racun feramiphos.

3. Lalat Buah Larva menyerang buah. Terdapat bintik-bintik Membungkus buah.

Page 6: Pertanian

hitam bekas tusukan dikulit buah.

Rumpai :Kawalan pada peringkat awal pertumbuhan rumpai perlu dilakukan secara manual tanpa kimia. Rumpai diantara barisan tanaman boleh juga dikawal dengan menanam kacang penutup bumi.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :Pisang mula mengeluarkan hasil pada umur 6 – 8 bulan selepas ditanam.

Hasil :Bergantung kepada jenis kultivar/varieti.

JenisUmur Pokok (Tahun)

1 2 3

Berangan 13 26 24

Embun 18 36 30

Mas 8 16 14

Indeks Mengutip Buah :

Varieti Tarikh Penuaian (minggu selepas berjantung)

Cavendish 20 - 23

Mas 7- 9

Berangan 11-14

Embun 12-15

Rastali 11-13

Nangka 22

Tanduk 20

MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL

Pasca Tuai :Tandan pisang dipotong dan dibawa ke rumah pengendalian. Sisir-sisir buah dipisahkan dari tandan dan jejari-jejari yang cacat atau tidak bermutu dipotong dan diasingkan.Sisir-sisir pisang kemudian dibersih, dirawat, dikering, digred dan dibungkus kedalam bakul atau kotak-kotak pembungkusan.

Page 7: Pertanian

Penyimpanan :Tempoh penyimpanan buah pisang boleh dilanjutkan, apabila simpan pada suhu 13º-14º C. Jumlah kos pengeluaran untuk tempoh 3 tahun ialah RM 10,864.00 berdasarkan harga selepas di ladang.

EKONOMI

Nilai Bersih Kini @ 10 % ialah : 

Embun RM 10,592.00Berangan RM 21,292.00Rastali RM 5, 345.00 Mas RM 6,146.00

Nisbah faedah kos @ 10% ialah : 

Embun 1.65 Berangan 2.32 Rastali 1.33 Mas 1.38

Pengelasan saintifikAlam: Tumbuhan

Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Magnoliopsida

Order: Solanales

Famili: Solanaceae

Genus: Capsicum

KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili Hijau, Cili Merah

Page 8: Pertanian

Nama Saintifik : Capsicum annum

Kandungan Amaun/100g

Protein 2.8 g

Karbohidrat 9.5 g

Lemak 0.7 g

Serabut  0 g

Kalsium  15.0 mg

Besi 1.8 mg

Fosforus 80 mg

Kalium 0 mg

Natrium 0 mg

Karotena beta 2730.0 ug

Vitamin B1 0.2 mg

Vitamin B2 0.1 mg

Vitamin C 175.0 mg

Niacin 0.7 mg

KETERANGAN BOTANI

Batang :Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu .

Akar :Sistem akar tunjang dan akar serabut. 

Daun :Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' .

Bunga :Berwarna putih, dari ketiak daun . 

Buah :Merah dan tirus dihujung .

Page 9: Pertanian

Cara Pendebungaan :Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%)

Kultivar :

Varieti Ciri-ciri

Kulai  (Baris 15)

Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat pedas. Sederhana tahan kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Hasil sebanyak 15-20 tan/ha.

MC 4Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 12-20 tan/ha.

MC 5Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 15-25 tan/ha.

MC 11Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus dan sedikit tahan pada Choanephora . Hasil sebanyak 17-24 tan/ha.

MC 12Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan Choanephora dan 'escape' pada virus. Hasil 15-29 tan/ha.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu : 20-33° C .

Taburan hujan :1500-2000 mm/tahun.

Ketinggian :Sehingga 500 m atas parat laut

Jenis tanah :Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.

pH tanah :5.5 - 6.8 

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan : Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .

Page 10: Pertanian

Penyediaan anak benih: Jenis bahan tanaman : Biji benihKeperluan biji benih   : 300-500 gmRawatan biji benih     : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih . Masa menyemai       : Enam minggu sebelum menanam Tempat menyemai    : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian

Penanaman di ladang : Umur anak benih      : 6 mingguJarak tanaman         : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara barisKepadatan tanaman : 8,570 pokok. Menyulam               : 1 minggu selepas menanam Junjung pokok         : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam 

Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .

Pembajaan : Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Tanah Jenis BajaKadar (t/ha/musim)

Masa  (Minggu lepas tanam)

Cara

1. Bris

RuduaTahi ayam NPK12:12:17:2

10  2

-1 * 2,8 & 14  

Gaul dalam tanah keliling pokok

BagingTahi ayam  NPK12:12:17:2

30  3

-1 * 2,8 & 14

Gaul dalam tanah keliling pokok

2. Bekas Lombong

PasirTahi ayam NPK12:12:17:2

20 3

-1 * 2,8 & 14

Gaul dalam tanah keliling pokok

3. Gambut NPK12:12:17:2 2 2,8 & 14 Keliling pokok

4. MineralTahi ayam NPK12:12:17:2

5 1.5

-1 * 2,8 & 14 

Gaul dalam tanah keliling pokok

* Satu minggu sebelum tanam

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Simptom Cara Kawalan

Page 11: Pertanian

Serangga/Penyakit

Kutu Daun (Aphis spp.) [Vektor virus]

Daun kerekot, bunga gugur dan buah terbantut .

Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selepas mengubah ke ladang. Selepas 2.5 bulan di ladang, sembur dengan permethrin, cypermethrin atau dimethoate apabila serangan virus melebihi 20% populasi pokok yang ditanam.

Kutu Trips  (Thrips spp.) [Vektor virus]

Daun kerekot dan bunga gugur .

Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selang 7-10 hari sehingga pokok berumur 2.5 bulan. Sembur racun chlorpyrifos atau malathion jika serangan virus melebihi 20% selepas pokok berumur 2.5 bulan

Lalat buah  (Bactrocera  spp.)

Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang, kering serta berkedut. .

Sembur dengan chloryrifos pada masa mula berbuah. Sembur dengan 'protien bait' yang dicampur dengan racun perosak.

Antraknos  (Colletotrichum capsici)

Bintik yang lekok dan berpusar berwarna keperangan terdapat di kulit buah. Bintik bertukar menjadi kehitaman. .

Rawat biji benih dengan captan . Musnah buah yang diserang Sembur mancozeb (0.01 % b.a)

Bintik daun (Cercospora capsici)

Bintik kecil berwarna perang pada daun.

Musnah bahagian yang diserang penyakit. Sembur dengan benomyl. Amalkan tanaman giliran dengan sayuran lain.

Reput pangkal (Sclerotium  rolfsii)

Daun-daun kelihatan layu. Pangkal dan akar menjadi hitam dan reput.

Cabut dan bakar pokok yang diserang.

Layu bakteria  (Pseudomonas  solanacearum)

Daun-daun kelihatan layu dan menjadi kuning. Jika akar atau batang dipotong dan direndam dalam air, ianya mengeluarkan cecair jaluran putih.

Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran baik. Gilirkan tanaman.

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai .

Hasil (kg/ha) :15000 

Tempoh kutipan hasil :3 - 6 bulan

Ciri buah masak :

Page 12: Pertanian

Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya.

Cara memungut :Buah dipetik dengan tangkainya. 

Masa mengutip :Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil : Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan.

Penyimpanan : Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu.

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/haRM 7,570 (Tenaga Keluarga) RM 11,560 (Tenaga Upah)

Pendapatan Kasar/ha RM 30,000 (@ RM2.00/kg)

Pendapatan Bersih/haRM 22,430 (Tenaga Keluarga) RM 18,440 (Tenaga Upah)

Pengelasan saintifik

Alam: Tumbuhan

Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Magnoliopsida

Order: Fabales

Famili: Fabaceae

Genus: Psophocarpus

Page 13: Pertanian

Spesies: P. tetragonolobus

Pokok Kacang Botor (bahasa Inggeris: winged bean atau Goa bean), juga dipanggilkacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang, ialah tumbuhan kekacang tropika  yang berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan baik dalam iklim tropika  lembap dengan hujan lebat dan oleh itu, banyak terdapat di kawasan khatulistiwadari Filipina dan Indonesia ke India, Myanmar, dan Sri Lanka.

Pokok Kacang Botor merupakan sejenis pokok menjalar yang tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Setinggi 3-4 meter, pokok ini adalah lebih tinggi dan besar, berbanding pokok kekacang biasa.Pokok Kacang Botor ialah tumbuhan herba saka, tetapi boleh ditumbuh sebagai pokok semusim.

Lenggai kacang biasanya sepanjang 15-22 sentimeter (6-9 inci) dan mempunyai empat sayap, dengan tepi yang beropol-ropol pada sepanjangnya.Kulitnya lekit-lekit, dan isinya kelihatan separuh lut cahaya di dalam lenggai yang muda.Ketika lenggai cukup masak, warnanya bertukar menjadi perang-abu dan lenggai itu terbelah untuk membebaskan biji-bijinya. Bunganya besar dan berwarna biru pucat.Kekacangnya serupa dengan kacang soya dari segi kegunaan dan kandungan pemakanan, dengan kandungan protein sebanyak 29.8% - 39%.

Pokok Kacang Botor merupakan salah satu pokok mengikat nitrogen yang terbaik, denganpenodulan dilaksanakan oleh Rhizobium, sejenis bakteria tanah. Disebabkan keupayaannya untuk mengikat gas nitrogen dari atmosfera, pokok ini tidak memerlukan atau tidak memerlukan banyak baja.

Sebagai pokok tropika, Pokok Kacang Botor amat peka akan fros. Pokok ini tidak akan berbunga jika panjang siang melebihi 12 jam. Biji benih mempunyai kulit yang keras, dan untuk membantu percambahan, biji benih boleh direndam sebelum menanam.Pokok ini bertumbuh dengan cepat, dan mencapai panjang sebanyak empat meter dalam tempoh beberapa minggu.

[sunting]Kegunaan

Pokok Kacang Botor telah diberi nama samaran, "pasar raya satu spesies", kerana hampir semua bahagian tumbuhan ini boleh dimakan.:

Lenggai mudanya yang digunakan sebagai sayur atau ulam merupakan bahagian tumbuhan yang paling banyak dimakan, dan boleh dituai dalam tempoh 2-3 bulan selepaspenanaman.

Kacang mempunyai rasa yang sama dengan pucuk asparagus.

Bunga  sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri.

Daun  muda boleh dimasak sebagai sayur daun yang serupa dengan daun bayam.

Akar  yang mempunyai perisa kacang boleh digunakan sebagai sayur berubi yang serupa dengan ubi kentang. Akar pokok ini lebih kaya dengan protein, berbanding ubi kentang.

Page 14: Pertanian

Biji-biji kering amat berguna sebagai tepung, dan boleh dijadikan minuman seakan-akan kopi.

Setiap bahagian Pokok Kacang Botor boleh membekalkan vitamin A dan vitamin-vitamin yang lain. Adalah mungkin bahawa dengan sedikit pembaikan genetik melalui pembiakbakaan pilihan, Pokok Kacang Botor boleh meningkatkan taraf hidup berjuta-juta orang di negara-negara tropika yang miskin.

Pengelasan saintifik

Alam: Tumbuhan

Divisi: Tumbuhan berbunga

Kelas: Liliopsida

Order: Zingiberales

Famili: Zingiberaceae

Genus: Curcuma

Spesies: C. longa

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit.Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

[sunting]Khasiat

Suatu kajian telah dilakukan oleh saintis penyelidik dari Universiti Tel Aviv, Israel mendapati kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali Curcumin.Dalam dos yang tinggi, unsur itu

Page 15: Pertanian

mampu memberikan kesan terapeutik untuk menentang keradangan. Menurut Dr. Shahar Lev-Ari dari Fakulti Kesihatan Awam, Perubatan Sackler Univeristi Tel Aviv, kajian yang dilakukan bersama para penyelidik lain mendapati Curcumin mampu melawan kanserapabila digabungkan dengan sejenis ubat antiradang yang lain. Curcumin bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser. (Kosmo 17 Jun 2011)

Pengelasan saintifik

Alam: Hidupan

Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Liliopsida

Order: Poales

Famili: Poaceae

Genus: Cymbopogan

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dariSri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia,Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakandi kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) danCaribbean.

[sunting]Penanaman

Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair atau berpaya.Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat.Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia

Page 16: Pertanian

berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

[sunting]Kegunaan

Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.

Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat(Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak.Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

[sunting]Sebahagian spesies

Cymbopogon ambiguus  – Rumput berbau lemon Australia (pokok asli Australia)

Cymbopogon bombycinus  – Rumput Minyak Sutera (pokok asli Australia)

Cymbopogon citratus  – Serai makan

Cymbopogon citriodora  – Serai India Barat

Cymbopogon flexuosus  – Serai India Timur

Cymbopogon martini

Cymbopogon nardus  – Serai wangi

Cymbopogon obtectus  – Rumput biji sutera (pokok asli Australia)

Cymbopogon procerus  (pokok asli Australia)

Cymbopogon schoenanthus

Cymbopogon winterianus  – Rumput Citronella