pertandingan projek inovasi kelab dan persatuan sekolah menengah_surat

Upload: ramlah-mohamed-jamli

Post on 05-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

like

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAMINISTRY OF EDUCA TION MALA YSIABahagian Kokurikulum dan KesenianDivision of Co-Curricular and ArtsAras 3, Blok E9, Kompleks EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJA YAMALAYSIA

    _ KEMENTERIANPENDIDlKANMALAYSIA

    Tel. : + 603-8872 1610Faks (Fax): + 603-88721608/1609Portal: www.moe.gov.my(Website)

    Ruj. TuanRuj. KamiTarikh

    : KPM.BKK. (KOKU) 100-16/11/01 ('I.Ql..bMei 2014~b Rejab 1435H

    Pengarah,Jabatan Pendidikan Negeri.

    YBhg. Dato'/Tuan/Puan,

    PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAHMENENGAH 2014

    Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

    2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013 - 2025 (lnisiatif Perkukuhan Aktiviti Kokurikulum) akan melaksanakanPertandingan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan sekolah menengah yang akanmelibatkan semua peringkat, daripada peringkat sekolah hinggalah ke peringkatkebangsaan. Projek Inovasi Kelab dan Persatuan di bawah Inisiatif Perkukuhan AktivitiKokurikulum telah mula dilaksanakan pada tahun 2013, di mana semua 2348 buahsekolah menengah di seluruh Malaysia telah diberikan peruntukan untuk melaksanakanProjek Inovasi Kelab dan Persatuan sekolah.

    3. Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon jasa baik YBhg. Oato'/Tuan/Puanuntuk memaklumkan kepada semua sekolah menengah di bawah kawalan JabatanYBhg. Dato'fTuan/Puan akan perkara ini. Untuk makluman YBhg. Dato'fTuan/Puan,semua sekolah diwajibkan menyertai pertandingan ini yang mana semua murid akanterlibat dalam melaksanakan projek inovasi. Secara langsung projek inovasi inimerupakan penambahbaikan aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan sekolah yangmenjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Maklumat berkaitan perkara ini(Syarat dan Peraturan Pertandingan, Borang Penyertaan, Borang Penilaian, InstrumenPenilaian) boleh dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysiaseperti berikut: http://www.moe.gov.rny/v/Muat-turun-BKK.

    4. Dalam hal ini, bagi pelaksanaan pertandingan tersebut di peringkat daerah dannegeri, Bahagian ini akan mengagihkan waran peruntukan PFII Tahun 2014bagi Inisiatif Perkukuhan Aktiviti Kokurikulum di bawah PPPM 2013-2025.Pegawai Bahagian ini, Encik Wan Mohd Ariffin bin Wan Hussin (03-88721636 1 emel:[email protected]) sedia membantu untuk memberikan penjelasan lanjut.

    "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

  • Kerjasama dan sokongan pihak YShg. Dato'!Tuan/Puan amat kami sanjung tinggi dandidahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA""PERPADUAN MELALUI KOKURIKULUM"

    Saya yang menurut perintah,

    (ZAINUPengarahSahagian Kokurikulum dan KesenianKementerian Pendidikan Malaysia

    S.k. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)