nama persatuan ini ialah s club 2 file · web viewpoliteknik sultan haji ahmad shah....

27
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH ARTIKEL SATU KELAB DAN UNDANG-UNDANG Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali dengan nama NAMA KELAB dipanggil Kelab sahaja. Pejabat : pejabat kelab ini ialah : ALAMAT OPERASI ARTIKEL DUA Keterangan berkenaan logo ARTIKEL TIGA Cogan kata : Nyatakan jika ada. ARTIKEL EMPAT Bahasa rasmi : Bahasa Melayu Ketua Pendaftar : Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Upload: trantu

Post on 02-Feb-2018

274 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

ARTIKEL SATU

KELAB DAN UNDANG-UNDANG

Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN)

Nama: Kelab ini dikenali dengan nama NAMA KELAB dipanggil Kelab sahaja.

Pejabat : pejabat kelab ini ialah : ALAMAT OPERASI

ARTIKEL DUA

Keterangan berkenaan logo

ARTIKEL TIGA

Cogan kata : Nyatakan jika ada.

ARTIKEL EMPAT

Bahasa rasmi : Bahasa Melayu

Ketua Pendaftar : Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan

Haji Ahmad Shah

Pendaftar : Penasihat Jawatankuasa Perwakila Pelajar, POLISAS

Page 2: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Penasihat : Nama Penasihat

ARTIKEL LIMA

Tujuan: Kelab ini ditubuhkan untuk:

1. Visi

2. Misi

3. Objektif

i. Menanam minat di kalangan mahasiswa POLISAS dalam pelbagai aktiviti

sosial yang sihat.

ii. Membina sifat-sifat mahasiswa yang cekap, berstrategi dan bersistematik

dalam menguruskan sesuatu aktiviti.

iii. Melahirkan mahasiswa mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.

iv. Mengelolakan pelbagai aktiviti yang sihat.

v. Memberi pengalaman, pengetahuan dan menanam sifat sosial yang positif

melalui aktiviti yang dikelolakan.

4. Hala tuju

Menjadikan NAMA KELAB sebagai saluran sosial yang sihat dengan

memastikan setiap aktiviti yang dikelolakan mempunyai unsur-unsur moral yang

baik.

ARTIKEL ENAM

Seksyen 1 : Jenis Keahlian

Page 3: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

a) Semua pelajar yang _________ sepenuh masa adalah menjadi ahli biasa kelab.

b) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli

dan dihantar kepada setiausaha yang akan mengemukakan permohonan itu

kepada jawatankuasa untuk diluluskan.

c) Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan

tanpa memberi sebab-sebabnya.

Seksyen 2 : Hak Ahli

a) Masuk bertanding, mencadang atau menyokong sesuatu pencalonan dan

mengundi dalam pemilihan kelab.

b) Mengundi, bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam Mesyuarat Agung

Tahunan.

c) Mengemukakan cadangan atau aduan kepada kelab sekiranya berbangkit

Seksyen 3 : Kewajipan Ahli

Tiap-tiap ahli mesti mematuhi perkara-perkara yang berikut di bawah ini:

a) Mematuhi dan mendukung Perlembagaan Kelab dan peraturan badan-badan

yang bergabung dengannya;

b) Menghormati dan melaksanakan keputusan pihak pentadbir kelab;

c) Mempertahankan maruah, kehormatan dan hasrat kelab;

d) Menghormati dan memelihara harta benda kelab;

ARTIKEL TUJUH

Page 4: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Jawatankuasa Induk

Seksyen 1: Ahli Jawatankuasa Induk

Jawatankuasa Pusat yang akan mengendalikan perjalanan kelab ini adalah terdiri

daripada yang berikut:

1. Pengerusi

2. Timbalan Pengerusi

3. Setiausaha Agung

4. Bendahari Agung

5. Biro ...

Semua pemegang jawatan hendaklah dipilih untuk tempoh selama setahun

melalui Mesyuarat Agung Tahunan.

Seksyen 2: Fungsi dan Kuasa

a) Bertanggung jawab menentukan dasar kelab sejajar dengan tujuan dan objektif

perlembagaan kelab.

b) Merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan kelab dengan mengambil kira

bimbingan dan nasihat penasihat kelab.

c) Mengawal harta benda dan kewangan kelab secara teratur dan sempurna.

d) Menerima dan mengkaji laporan dari semasa ke semasa daripada semua

jawatankuasa yang tercatat dalam Artikel Sepuluh.

e) Mendengar dan menerima aduan dan rayuan serta membuat ketetapan

sewajarnya apabila berlaku pertentangan terhadap peraturan-peraturan yang

dibuat oleh Jawatankuasa Pusat dan jawatankuasa menurut Artikel Sepuluh.

Page 5: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Seksyen 3 : Mesyuarat Jawatankuasa Pusat

a. i) Mesyuarat Biasa

i. Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya empat kali pada

setiap bulan.

ii. Setiausaha Agung akan memberitahu tentang mesyuarat yang

akan diadakan tidak lewat satu minggu sebelum tarikh dan masa

mensyuarat diadakan.

iii. Setiausaha Agung akan menyedia dan menyampaikan agenda

mesyuarat kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.

iv. Ahli-ahli majlis perlu memberitahu Setiausaha Agung jika terdapat

sebarang pindaan dan tambahan kepada agenda sehari sebelum

mesyuarat diadakan.

ii) Mesyuarat Luar Biasa

i. Mesyuarat Luar Biasa akan diadakan apabila ada hal-hal yang

memerlukan perhatian segera ATAU apabila satu permohonan

bertulis untuk mengadakan mesyuarat tersebut ditandatangani

oleh dua pertiga daripada jumlah ahli jawatankuasa atau ahli

biasa yang diterima oleh Setiausaha Agung.

ii. Setiausaha Agung akan memanggil mesyuarat tersebut dalam

masa dua hari setelah menerima permohonan tersebut.

iii. Setiausaha Agung akan membuat pemberitahuan sehari sebelum

mesyuarat tersebut diadakan.

iv. Mesyuarat akan membincangkan hal yang ternyata dalam agenda

itu sahaja.

iii) Mesyuarat Tergempar

Page 6: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

i. Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengadakan Mesyuarat

Tergempar Jawatankuasa Pusat.

ii. Mesyuarat hanya akan membincangkan perkara khas yang

dibangkitkan.

b. Korum

Dua pertiga daripada jumlah ahli kelab cukup menjadi korum mesyuarat.

c. Mana-mana ahli Jawatankuasa Pusat yang tidak menghadiri mesyuarat

sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa memberi keterangan bertulis, boleh

dilucutkan jawatan dengan persetujuan dua pertiga ahli Jawatankuasa Pusat.

Sekiranya ada mana-mana ahli dilucutkan jawatannya, maka kelab akan

mengadakan pemilihan kecil untuk mengisi kekosongan itu.

d. Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

Sekiranya Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi akan mempengerusikan

mesyuarat tersebut.

e. Setiausaha Agung hendaklah mencatat dan menyimpan minit tiap-tiap

mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan mengemukakan minit itu dalam mesyuarat

berikutnya untuk pengesahan.

f. Setiausaha Agung hendaklah memaklumkan tarikh, tempat dan agenda semua

mesyuarat kepada Jawatankuasa Pusat kepada Penasihat sekurang-kurangnya

48 jam sebelum mesyuarat itu dimulakan. Penasihat boleh menghadiri

mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

g. Setiausaha Agung hendaklah menyampaikan salinan minit semua mesyuarat

Jawatankuasa Pusat kepada Penasihat Kelab, sekurang-kurangnya 7 hari

selepas mesyuarat itu diadakan.

Seksyen 4: Tempoh Perkhidmatan

a. Ahli Jawatankuasa Pusat akan mula bertugas sebaik sahaja keputusan

pemilihan diumumkan secara rasmi.

Page 7: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

b. Ahli Jawatankuasa Pusat akan menjalankan tugasnya sehingga keputusan

pemilihan baru diumumkan dengan rasmi atau sehingga kelab ini dibubarkan.

ARTIKEL LAPAN

Juruaudit

Seksyen 1: Juruaudit Dalam

a. Dua orang Juruaudit Dalam hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Kelab.

b. Mereka seharusnya tidak menjadi sebarang ahli Jawatankuasa Kelab ini.

c. Mereka yang dilantik akan memegang jawatan selama setahun.

d. Juruaudit Dalam bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan akaun

persatuan pada tiap-tiap bulan.

Seksyen 2: Juruaudit Luar

a. Dua orang Juruaudit Luar akan dilantik oleh Pendaftar.

b. Juruaudit Luar ini bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan akaun

persatuan pada akhir tahun kewangan atau pada bila-bila masa yang diarahkan

oleh Pendaftar.

c. Mereka membuat laporan kepada jawatankuasa yang berkenaan.

ARTIKEL SEMBILAN

Tugas dan Kuasa Penyandang Jawatan

Page 8: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

a. Pentadbiran kelab ini adalah di bawah tanggungjawab satu Jawatankuasa

Pusat.

b. Jawatankuasa Pusat bertangungjawab mengelola, mengatur dan mentadbir

kerja-kerja harian kelab.

c. Jawatankuasa ini membuat keputusan tentang perjalanan kelab dengan tidak

terkeluar dari dasar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.

d. Jawatankuasa tidak boleh membuat tindakan yang bertentangan dengan

keputusan Mesyuarat Agung.

e. Jawatankuasa ini juga bertangungjawab memberi laporan tentang kegiatannya

pada tahun lalu kepada Mesyuarat Agung Tahunan.

f. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga

bulan dan notis panggilan mesyuarat hendaklah dikeluarkan oleh Setiausaha

kepada ahli-ahli 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.

g. Tidak kurang daripada tiga orang ahli jawatankuasa boleh memanggil supaya

diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa.

h. Ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebanyak

tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai

telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah

boleh diambil terhadapnya.

i. Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai lain

untuk menjalankan tugas dan urusan kelab. Ia boleh melantik petugas yang

difikirkan sesuai dan layak. Ia juga boleh menggantung dan melucutkan

jawatan petugas kerana cuai, curang, tidak cekap, engkar atau kerana sebab-

sebab yang difikirkan boleh merosakkan kelab.

j. Antara satu Mesyuarat Agung ke satu Mesyuarat Agung, jawatankuasa boleh

memberi tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan ini. Apabila perlu

boleh memutuskan perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang ini.

Page 9: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Seksyen 1: Pengerusi

a. Semua Menyuarat Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Agung Tahunan

dipengerusikan oleh Pengerusi.

b. Pengerusi berhak memberi undi pemutus dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Pusat yang dipengerusikannya. Ia bertanggungjawab terhadap kesempurnaan

perjalanan semua mesyuarat itu.

c. Pengerusi berhak memanggil Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Pusat

apabila difikirkan perlu.

d. Pengerusi menjadi ahli ex-officio bagi semua jawatankuasa dalam kelab

seperti yang tercatat dalam Artikel Sepuluh.

e. Pengerusi hendaklah menandatangani semua cek bersama-sama dengan

Bendahari setelah diluluskan untuk pembayaran oleh Jawatankuasa Pusat.

f. Pengerusi mewakili kelab dalam semua perjumpaan dan menjadi pegawai

perhubungan antara pihak pentadbiran dan pengurusan dengan kelab. Ia

bertanggungjawab memastikan tiap-tiap ahli menjalankan tugas dengan cekap

dan berkesan.

Seksyen 2: Timbalan Pengerusi

a. Apabila Pengerusi tidak hadir, segala tugas, kuasa dan tanggungjawab

Pengerusi berpindah kepada Timbalan Pengerusi.

Seksyen 3: Setiausaha Agung

Page 10: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Setiausaha Agung bertanggugjawab:

a. Menjalankan perintah Mesyuaat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.

b. Menyimpan semua rekod kelab kecuali rekod kewangan dan

menyelenggarakan semua surat menyurat rasmi, buku-buku dan kertas-kertas.

c. Menghadiri semua mesyuarat dan membuat catatan perjalanannya.

d. Menguruskan jemputan semua mesyuarat kelab dan Jawatankuasa Pusat.

e. Menandatangani semua cek dan baucer kelab bersama-sama Pengerusi dan

Bendahari.

f. Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat.

g. Menyimpan minit semua mesyuarat kelab.

h. Menjadi ahli ex-officio dalarn sernua jawatankuasa kelab.

i. Menyediakan laporan tahunan kelab dan membentangkannya dalam

Mesyuarat Agung Tahunan.

j. Membuat semua kenyataan atas nama kelab dan Jawatankuasa Pusat setelah

dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat dan Pendaftar.

Seksyen 4: Bendahari

Bendahari bertanggungjawab:

a. Bagi semua hal yang bersabit dengan kewangan kelab.

b. Mengutip, menyimpan serta membayar semua kumpulan wang bagi pihak

kelab.

C. Menyimpan semua akaun kelab serta bertanggungjawab atas betulnya akaun

Page 11: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

itu.

d. Menyimpan semua wang dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa

Pusat

dalarn masa 24 jam setelah wang itu diterima.

e. Menandatangani dan mengeluarkan resit serta menurunkan tandatangan pada

baucer dan cek kelab bersama-sama Pengerusi dan Setiausaha.

f. Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM100.00.

g. Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan kelab dan satu salinan

hendaklah disampaikan kepada Pendaftar.

h. Menyediakan draf anggaran belanjawan tahunan kelab untuk perbincangan dan

kelulusan jawatankuasa Pusat.

i. Menyediakan dan mengedarkan penyata kewangan tahunan kelab yang telah

diaudit oleh Juruaudit Luar, sekurang-kurangnya dua minggu Sebelum

Mesyuarat Agung Tahunan dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada

Pendaftar.

Seksyen 5: Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi

Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi bertanggungjawab untuk:

a. Menyelaras aktiviti sukan dan rekreasi yang diselenggarakan oleh kelab.

b. Mengendalikan aktiviti sukan dan rekreasi sehingga berjaya.

Seksyen 6: Pengerusi Jawatankuasa Persatuan

Pengerusi Jawatankuasa Persatuan bertanggungjawab untuk:

Page 12: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

a. Menyelaras aktiviti persatuan yang diselenggarakan oleh kelab.

b. Mengendalikan aktiviti persatuan sehingga berjaya.

Seksyen 7: Pengerusi Jawatankuasa Badan Beruniform

Pengerusi Jawatankuasa Badan Beruniform bertanggungjawab untuk:

a. Menyelaras aktiviti Badan Beruniform yang diselenggarakan oleh kelab.

b. Mengendalikan aktiviti badan beruniform sehingga berjaya.

ARTIKEL SEPULUH

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA PERSATUAN

Jawatankuasa Berpersatuan

Seksyen 1: Jawatankuasa Sukan

Perlembagaan telah memperuntukkan bagi setiap ahli jawatankuasa Sukan yang terdiri

daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan beberapa orang

ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pusat yang terdiri daripada pengerusi/ketua kelab

sukan supaya memenuhi semua tanggungjawab sepertimana yang diperuntukkan di

bawah:

i) Merancang dan mengendalikan kegiatan sukan.

ii) Mengawal dan mentadbir berbagai-bagai program kelab sukan.

Page 13: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Seksyen 2: Jawatankuasa Persatuan

Perlembagaan telah memperuntukkan bagi setiap ahli jawatankuasa Persatuan yang

terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Persatuan dan Timbalan Pengerusi

Jawatankuasa Persatuan dan beberapa orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa

Pusat supaya memenuhi semua tanggungjawab sepertimana yang diperuntukkan di

bawah:

i) Menyelaraskan semua kegiatan kelab anjuran Badan Persatuan.

ii) Merancang dan menjalankan kegiatan kelab anjuran Badan Persatuan.

iii) Bekerjasama dengan semua kelab dan persatuan.

iv) Merancang dan menyediakan kemudahan berpersatuan kepada seluruh ahli

persatuan.

Seksyen 3: Jawatankuasa Badan Beruniform

Perlembagaan telah memperuntukkan bagi setiap ahli jawatankuasa Badan Beruniform

yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Badan Beruniform dan Timbalan

Pengerusi Jawatankuasa Badan Beruniform dan beberapa orang ahli yang dilantik oleh

Jawatankuasa Pusat supaya memenuhi semua tanggungjawab sepertimana yang

diperuntukkan di bawah:

i) Menyelaraskan semua kegiatan beruniform anjuran Badan Beruniform.

ii) Merancang dan menjalankan kegiatan anjuran Badan Beruniform.

Merancang dan menyediakan kemudahan kepada seluruh ahli Badan Beruniform.

Seksyen 4 : Sistem Yuran

a. Tiada yuran keahlian dikenakan.

Page 14: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

b. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh

dikenakan kepada ahli-ahli dengan persetujuan 2/3 daripada jawatankuasa

tertinggi.

c. Sekiranya terdapat ahli yang gagal membayar yuran khas atau kutipan wang,

Jawatankuasa berhak memberi amaran atau memberhentikan keahliannya

dengan persetujuan 2/3 daripada jawatankuasa tertinggi.

Seksyen 5 : Berhenti Daripada Menjadi Ahli

a. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah memberi

kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada setiausaha.

b. Ahli yang berkenaan hendaklah membayar segala hutangnya.

Seksyen 6 : Bilangan Ahli Jawatankuasa

Bilangan ahli bagi jawatankuasa-jawatankuasa dalam Artikel Sepuluh Seksyen 1,2 dan

3 di atas dicadangkan seramai lima hingga sepuluh orang.

Seksyen 7 : Mesyuarat Jawatankuasa

a. Semua jawatankuasa yang tercatat dalam Artikel Sepuluh Seksyen 1,2 dan 3 di

atas hendaklah mengadakan mensyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap satu

minggu.

Page 15: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

b. Setiausaha jawatankuasa hendaklah memberitahu ahli-ahli jawatankuasanya

sekurang-kurang 24 jam sebelum mesyuarat diadakan.

ARTIKEL SEBELAS

Kewangan

Seksyen 1: Tahun Kewangan

Tahun kewangan kelab hendaklah berakhir pada setiap 31 Disember setiap tahun

ataupun hari terakhir dalam bulan terakhir setiap semester kuliah.

Seksyen 2: Bayaran Yuran

a. Setiap ahli kelab tidak akan dikenakan bayaran yuran untuk menyertai kelab ini.

Namun begitu, setiap ahli kelab diwajibkan menyumbang sejumlah wang bagi

sebarang jenis aktiviti yang melibatkan kelab.

b. Jawatankuasa Pusat akan menentukan jumlah bayaran dan cara pungutan

bayaran sekiranya perlu.

Seksyen 3: Kumpulan Wang Kelab

a. Sumber Kumpulan Kewangan Kelab adalah daripada:

i. Semua kutipan bayaran yang dikutip daripada ahli kelab;

ii. Wang lain yang diperolehi daripada sumber-sumber yang telah

dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Pusat dan Pendaftar serta

mematuhi Prosedur Penajaan Universiti.

Page 16: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

b. Kelab hendaklah menyimpan kumpulan wang kepada Bendahari Kelab.

c. Akaun kelab hendaklah diaudit pada tiap-tiap akhir bulan oleh Juruaudit Dalam

dan pada akhir tahun kewangan oleh Juruaudit Luar seperti yang tercatat dalam

Artikel Lapan Seksyen 1 dan 2.

Seksyen 4: Sistem Kewangan

a. Wang kelab hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi

melaksanakan tujuan kelab. Ia tidak boleh digunakan untuk membayar denda

atau membantu ahli-ahli yang dikenakan hukuman kerana melanggar undang-

undang Universiti dan Kelab.

b. Bendahari hendaklah menyimpan kesemua wang tunai yang dikumpulkan

dengan selamat. Segala rekod akuan penerimaan wang tunai daripada ahli

hendaklah direkodkan untuk rujukan.

c. Setiap perbelanjaan untuk kegunaan kelab hendaklah dipohon melalui Ketua

Biro kepada Bendahari. Bendahari bertanggungjawab untuk memaklumkan

kepada Jawatankuasa Pusat mengenai setiap permohonan perbelanjaan bagi

tujuan kelulusan.

d. Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta imbangan kira-kira bagi

setiap aktiviti hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh

Pemeriksa Kira-Kira mengikut Artikel Lapan Seksyen 1 dan 2 selewat-lewatnya

seminggu selepas tamat sesuatu aktiviti. Penyata yang telah diaudit hendaklah

dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

e. Tahun Kewangan Kelab adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.

ARTIKEL DUA BELAS

Mesyuarat Agung

Seksyen 1: Jenis Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung Persatuan adalah terdiri daripada:

Page 17: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

a) Mesyuarat Agung Tahunan.b) Mesyuarat Agung Luar Biasa.c) Mesyuarat Agung Tergempar.

Seksyen 2: Mesyuarat Agung Tahunan

a) Pengelolaan persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.b) Mesyuarat Agung Tahunan adalah kuasa tertinggi persatuan dan hendaklah

diadakan pada bulan Januari tiap-tiap tahun.c) Mesyuarat Agung Tahunan bagi persatuan hendaklah diadakan secepat

mungkin setelah berakhir tahun kewangan. Setiausaha Agung Kehormat hendaklah memberitahu ahli-ahli tentang tarikh, masa, tempat dan agenda (aturcara mesyuarat) sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mesyuarat itu diadakan.

d) Panggilan untuk memberikan cadangan yang hendak dibahaskan, cadangan-cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan pemilihan ahli jawatankuasa hendaklah diberi oleh setiausaha kepada ahli-ahli tidak lewat daripada 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.

e) Notis pemberitahuan itu hendaklah diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh semua ahli.

f) Pencalonan untuk memilih pegawai dan ahli jawatankuasa dan cadangan untuk dibincangkan dalam mesyuarat agung hendaklah dihantar oleh ahli-ahli kepada setiausaha tidak lewat daripada tujuh hari selepas penerimaan pemberitahuan mesyuarat.

g) Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah memasukkan perkara berikut dalam agendanya:

i. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergenpar sekiranya kedua-dua mesyuarat itu diadakan.

ii. Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat dalam (i) di atas.iii. Membentang dan menerima Laporan Tahunan Persatuan tentang kerja-

kerja yang dilakukan oleh persatuan pada tahun lalu.iv. Membentangkan dan mengesahkan Penyata Kewangan Persatuan bagi

tahun yang telah diaudit.v. Membentangkan dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan

Persatuan bagi tahun berikutnya.vi. Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang

akan datang.vii. Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan

kepada Jawatankuasa Pusat sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat agung.

viii. Menguruskan lain perkara, iaitu yang dibentangkan dalam mesyuarat itu.

Setiausaha Agung Kehormat hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung yang

lalu, laporan Tahunan, Penyata Kewangan, Anggaran Belanjawan dan Usul-usul yang

akan dibahaskan, kepada semua ahli persatuan selewat-lewatnya 48 jam sebelum

mesyuarat diadakan.

Page 18: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Seksyen 3: Mesyuarat Agung Luar Biasa

a. Setiausaha Agung hendaklah mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat Agung

Luar Biasa sekiranya:

(i) Diarah dan difikirkan oleh Jawatankuasa Induk.

(ii) Setiausaha Agung menerima permohonan bertulis daripada sekurang-

kurangnya satu pertiga daripada jumlah ahli kelab dengan menyatakan

tujuan hendak diadakan mesyuarat tersebut.

(iii) Pengumuman dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah

diedarkan oleh setiausaha kepada semua ahli dalam tempoh lima hari.

b. Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Luar Biasa ini hendaklah dipaparkan

di papan kenyataan kelab sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat itu

diadakan.

c. Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda sahaja,

yakni tentang perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.

Seksyen 4: Mesyuarat Agung Tergempar

a. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya:

(i) Diarahkan oleh Jawatankuasa Induk.

(ii) Diminta oleh satu pertiga daripada ahli jawatankuasa atau dua pertiga

daripada jumlah ahli yang mengemukakan permintaan secara

bertulis.

b. Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat oleh

Setiausaha Agung dengan memaparkan kenyataannya di papan kenyataan

kelab selewat-lewatnya 24 jam sebelum mesyuarat itu diadakan.

Page 19: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

c. Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja yang menjadi

agenda untuk dibincangkan.

Seksyen 5: Korum Mesyuarat Agung

a. Korum semua jenis mesyuarat agung ialah dua pertiga daripada jumlah ahli

kelab.

b. Bagi Mesyuarat Agung Tahunan, jika korum tidak mencukupi selepas setengah

jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat itu, maka mesyuarat itu

hendaklah ditanggungkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada dua minggu)

yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.

c. Sekiranya korum tidak juga mencukupi selepas setengah jam daripada waktu

yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka mesyuarat itu

bolehlah dijalankan tetapi mesyuarat itu tidak boleh membuat pindaan dan/atau

tambahankepada Perlembagaan kelab serta tidak boleh membuat keputusan

yang berkaitan dengan semua ahli.

d. Bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar, jika korum

tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu mesyuarat itu maka

mesyuarat itu hendaklah dibatalkan.

Mesyuarat itu tidak boleh diadakan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan akan datang

kecuali jika perkara yang akan dibincangkan lain daripada perkara yang dibawa untuk

perbincangan dalam mesyuarat yang dibatalkan itu.

ARTIKEL TIGA BELAS

PEMILIHAN JAWATAN KUASA PUSAT

Page 20: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Seksyen 1: Cara Pemilihan

a. Pemilihan ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah diadakan selewat-lewatnya

seminggu sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan iaitu sebanyak satu kali

setiap tahun, iaitu pada awal tahun bulan Januari.

b. Pemilihan ini adalah bagi melantik ahli-ahli Jawatankuasa Pusat seperti yang

tercatat dalam Artikel Tujuh, Seksyen 1.

c. Semua calon yang akan bertanding dalam pemilihan hendaklah dicadangkan

oleh ahli biasa kelab. Calon, pencadang dan penyokong hendaklah

menandatangani borang Penamaan Calon. Borang pencalonan hendaklah

diserahkan selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh pengundian.

d. Pemilihan dijalankan dengan cara mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

e. Seorang ahli tidak boleh mencadang atau menyokong lebih daripada seorang

calon untuk satu-satu jawatan

f. Tiap-tiap calon tidak boleh bertanding lebih daripada satu jawatan dalam

sebarang pemilihan.

g. Apabila lebih daripada seorang calon yang bertanding untuk jawatan yang sama

mendapat bilangan undi yang sama, maka pemilihan kecil bagi memilih

penyandang jawatan itu akan diadakan.

Seksyen 2: Pemilihan Kecil

Jika terdapat jawatan yang menjadi kosong dalam Jawatankuasa Pusat disebabkan oleh

pertambahan jawatan baru, perletakan jawatan atau meninggal dunia, satu pemilihan

kecil hendaklah diadakan bagi memilih penyandang jawatan tersebut. Tetapi sekiranya

keadaan tidak mengizinkan bagi mengadakan pemilihan, maka Jawatankuasa Pusat

dengan persetujuan Pendaftar bolehlah melantik calon yang kedua mendapat undi

terbanyak dalam pemilihan yang lalu, hendaklah dipanggil, untuk memegang jawatan

tersebut bagi memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Page 21: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Seksyen 3: Jawatankuasa Pemilihan

Pemilihan ahli jawatankuasa akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang

dinamakan suruhanjaya pemilihan jawatankuasa yang akan dibentuk pada akhir tahun

sebelumnya, pada bulan Disember, seterusnya ia perlu mendapat pengesahan daripada

Pendaftar. Suruhanjaya bertanggungjawab dalam setiap hal yang berkaitan dengan

pemilihan ahli jawatankuasa pusat dan pemilihan kecil.

ARTIKEL EMPAT BELAS

PINDAAN DAN TAMBAHAN PERLEMBAGAAN

Seksyen 1: Sebarang pindaan dan/atau tambahan kepada perlembagaan persatuan

hendaklah dibuat dalam Mesyuarat Agung Persatuan dan hanya boleh berkuatkuasa

apabila telah diluluskan oleh Pendaftar.

Seksyen 2: Sebarang pindaan dan/atau tambahan kepada perlembagaan persatuan

hanya boleh dibuat dengan persetujuan dua pertiga daripada jumlah ahli persatuan

dalam Mesyuarat Agung.

Seksyen 3: Cadangan pindaan dan/atau tambahan kepada perlembagaan persatuan

hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung sekurang-kurangnya

tujuh hari sebelum mesyuarat agung diadakan

ARTIKEL LIMA BELAS

BADAN GABUNGAN

Seksyen 1 : (a) Semua kelab di bawah Jawatankuasa Pusat dengan sendirinya

menjadi badan gabungan kepada kelab

Page 22: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

(b) Badan gabungan ini hendaklah mempunyai perlembagaan sendiri

yang dipersetujui oleh Pendaftar.

(c) Badan-badan gabungan adalah bertanggungjawab terhadap

semua

aktivitinya.

Seksyen 2 : Badan gabungan boleh mendapat kemudahan berikut daripada kelab :

(a) Boleh menggunakan semua kemudahan kelab yang disediakan

itu;

(b) Boleh meminta bantuan kewangan daripada persatuaan untuk

menjayakan projek-projek yang hendak dijalankan.

Seksyen 3 : Kelab dan / atau badan-badan gabungannya tidak boleh bergabung

dengan sebarang kesatuan, kelab atau pertubuhan luar.

(a) Kelab dilarang menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu

bagi kegunaan rasmi seperti undang-undang dan peraturan,

mesyuarat, penulisan minit, surat menyurat, kenyataan dan

seumpamanya.

ARTIKEL ENAM BELAS

PERLETAKAN JAWATAN

Seksyen 1 : Ahli Majlis Tertinggi

Page 23: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

a. Mana-mana ahli Majlis Tertinggi yang hendak meletakkan jawatan hendaklah

menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung.

b. Perletakan jawatan hanya dianggap sah selepas dipersetujui oleh Majlis

Tertinggi.

c. Jika Setiausaha Agung hendak meletakkan jawatan, maka surat perletakan

jawatan hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Kelab.

d. Bagi mengisi kekosongan jawatan, satu pemilihan kecil akan diadakan seperti

dinyatakan dalam Artikel Tiga Belas Seksyen 2.

e. Jika semua ahli Majlis Tertinggi serentak meletakkan jawatan, maka surat

perletakan jawatan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar Kelab.

f. Pendaftar akan melantik ahli-ahli Majlis Sementara bagi mengendalikan

perjalanan kelab sehingga satu pemilihan Majlis Tertinggi diadakan.

Seksyen 2 : Ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa Kelab

a. Mana-mana ahli jawatankuasa yang tercatat dalam Artikel Sepuluh, Seksyen 1,2

dan 3 hendak meletakkan jawatan hendaklah menyampaikan surat perletakan

jawatan mereka kepada Pengerusi untuk disampaikan kepada Majlis Tertinggi.

b. Perletakan jawatan hanya dianggap sah selepas dipersetujui oleh Majlis

Tertinggi.

c. Majlis Tertinggi boleh melantik mana-mana ahli bagi mengisi kekosongan

jawatan itu.

ARTIKEL TUJUH BELAS

TATA TERTIB

Page 24: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Seksyen 1: Lembaga Tata Tertib Kelab

Kelab telah menubuhkan sebuah Lembaga Tata Tertib demi menjaga nama baik kelab

dan kepentingan ahli-ahlinya. Mana-mana ahli yang didapati melakukan sesuatu yang

bertentangan dengan perlembagaan dan mencemarkan nama baik kelab akan diambil

tindakan sewajarnya.

Seksyen 2: Ahli Lembaga Tata Tertib Kelab

Ahli Lembaga Tata Tertib Kelab terdiri daripada:

a. Pengerusi sebagai Pengerusi;

b. Setiausaha Agung sebagai Setiausaha; dan

c. Empat orang yang dilantik oleh jawatankuasa daripada kalangan ahli sebagai ahli.

Seksyen 3: Tugas dan Kuasa Lembaga Tata Tertib Kelab

Ahli Lembaga Tata Tertib Kelab bertugas dan berkuasa untuk:

a. Memeriksa, meneliti dan mengendalikan semua hal tata tertib yang dikemukakan

oleh jawatankuasa dan ahli kelab.

b. Mengadakan perbicaraan selepas berunding dengan penasihat-penasihat bagi

menentukan kedudukan mana-mana ahli yang dituduh melakukan kesalahan serta

mengemukakan hukuman sekiranya yang tertuduh itu sabti kesalahannya.

c. Merujuk mana-mana kes yang dianggap berat dan serius kepada Lembaga Tata

Tertib melalui Penasihat Kelab untuk tindakan selanjutnya.

d. Menyediakan laporan perbicaraan da menyampaikan satu salinan laporan tersebut

kepada Pengerusi melalui Penasihat Kelab.

Page 25: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

Seksyen 4: Jenis-Jenis Hukuman

Lembaga Tata Tertib Kelab boleh mengenakan hukuman-hukuman kepada mana-mana

ahli yang dibicarakan dan disabitkan kesalahannya, antaranya:

a. Digantung daripada menyertai aktiviti kelab;

b. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan oleh

kelab;

c. Mengganti semula barang-barang yang dirosak atau dihilangkan oleh yang

tertuduh;

d. Diberi amaran bertulis jika didapati bersalah;

e. Dihadapkan kepada Lembaga Tata Tertib Kelab, jika kes didapati berat dan serius.

Seksyen 5: Lembaga Rayuan

Sebuah Lembaga Rayuan telah ditubuhkan dan berperanan untuk:

a. Mengkaji dan meneliti dari masa ke semasa segala keputusan perbicaraan dan

hukuman yang dibuat oleh Lembaga Tata Tertib Kelab.

b. Mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang telah dibicarakan oleh

Lembaga Tata Tertib yang dirujuk oleh yang terdakwa.

Seksyen 6: Ahli Lembaga Rayuan

Ahli Lembaga Rayuan terdiri daripada:

Page 26: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

a. Penasihat kelab sebagai pengerusi;

b. Dua orang Penasihat Kelab sebagai ahli;

c. Setiausaha akan dilantik dari masa ke semasa.

ARTIKEL LAPAN BELAS

SURAT MENYURAT

Seksyen 1 : Surat Menyurat

Semua surat menyurat kelab yang dihantar keluar oleh kelab hendaklah mengikut

saluran tertentu.

Seksyen 2 : Segala surat, pengunmuman, kenyataan dan bulletin kelab hendaklah

ditandatangani oleh :

a) Pengerusi atau Setiausaha

b) Penasihat Kelab

ARTIKEL SEMBILAN BELAS

TAFSIRAN

1) Mana-mana ahli Jawatankuasa Pusat yang memerlukan penjelasan dalam

penafsiran perlembagaan persatuan hendaklah merujuk kepada Pendaftar.

2) Sebarang penafsiran perlembagaan persatuan yang baru perlu dibincangkan

serta diluluskan oleh Pendaftar terlebih dahulu.

Page 27: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

3) Segala penafsiran yang tidak mendapat kelulusan dari Pendaftar akan ditolak

serta merta serta.

4) Segala keputusan yang dikeluarkan oleh Pendaftar adalah muktamad.

ARTIKEL DUA PULUH

PENGGANTUNGAN KELAB

Seksyen 1 :

Pendaftar berhak menggantung kelab atau aktiviti kelab sekiranya berlaku sesuatu yang

bertentangan dengan kepentingan kelab.

Seksyen 2 :

Dalam tempoh penggantungan kelab, segala aktiviti kelab adalah dibekukan sehingga

kepada suatu masa yang ditentukan oleh pendaftaran.

ARTIKEL DUA SATU

PEMBUBARAN KELAB

Seksyen 1:

a. Kelab ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5

daripada semua ahli kelab.

b. Sekiranya kelab hendak dibubarkan, segala hutang dan tanggungan persatuan

yang sah mengikut undang-undang hendaklha dijelaskan.

Page 28: Nama persatuan ini ialah S Club 2 file · Web viewPOLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH. ARTIKEL SATU. KELAB. DAN UNDANG-UNDANG. Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN) Nama: Kelab ini dikenali

c. Baki wang yang tinggal hendaklah dilangsaikan mengikut cara yang dipersetujui

dalam Mesyuarat Agung Pembubaran.

d. Jika kelab tidak lagi dapat berjalan mengikut undang-undang, Pendaftar boleh

menggantung atau menarik balik pendaftaran kelab.

e. Apabila pendaftaran kelab ditarik balik, ini bermakna kelab ini telah terbubar

dengan sendirinya.