dalam kelab dan persatuan di sekolah manambahbaik

20
- ). \:! JALAN TUN ABDUL RAZAK. 30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN. Telefon : 05-50t 5000 Faks : 05-527 7273 Pctrtal : wwn,.pelajaranperak.gov.nty " I Mal ays i a : Ra lq, at D i da hulu ka n, P en c a p a i an D ittt ant a kan " Pegawai Pendidikan Daerah, Seluruh Negeri Perak. Tuan, PROGRAM PROJEK INOVASI MENENGAH. Ruj.Karni : J.PeI.Pk.(KOKU) 453112 Jld 6 (+l ) Tarikh : lb Oktober 2013 DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH Sukacita saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat manambahbaik kegiatan kokurikulum dengan menggalakkan pihak sekolah supaya menganjurkan aktiviti berunsur inovatif dan kreatif dalam kegiatan kelab dan persatuan di sekolah menengah. 3. Sehubungan dengan itu, sebanyak RM 1738.80 telah dimasukkan ke dalam akaun sekolah bagi melaksanakan program tersebut dan perlu dihabiskan dalam tahun semasa. Mohon kerjasama tuan untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua sekolah menengah di daerah tuan. 4. Sebarang pertanyaanberkenaan perkara ini sila hubungi pegawai di jabatan ini, Encik Nor Haslan Bin Nor Zaman (Penolong Pengarah Kokurikulum) di talian 05-5015i55 5. Ke{asama tual dalam menjayakan perkara ini amatlah dihargai Sekian, terima kasih. ..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " Sektor Pen gurusan Sekolah, b.p. Pengarah Pendidikan Perak. s.k 1. Pengarah Pendidikan Perak " C I NTAILAH BAHASA K ITA'' (Sila c'atatkan rujukan peiabttt ini apabila be rltrrbu.nq) Saya yang (ABD. M N YUSOF, PNIP.,.,r.uN., antr. ) Ketua Sekto mffi cERTiFTEO TO rSO 9tur:2003 cERrilO:AF1165 CEFTIFIED TO ISO 9001,2m6

Upload: vuonglien

Post on 31-Dec-2016

311 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

- ). \:!

JALAN TUN ABDUL RAZAK.30640 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.

Telefon : 05-50t 5000 Faks : 05-527 7273 Pctrtal : wwn,.pelajaranperak.gov.nty

" I Mal ays i a : Ra lq, at D i da hulu ka n, P en c a p a i an D ittt ant a kan "

Pegawai Pendidikan Daerah,Seluruh Negeri Perak.

Tuan,

PROGRAM PROJEK INOVASIMENENGAH.

Ruj.Karni : J.PeI.Pk.(KOKU) 453112 Jld 6 (+l )

Tarikh : lb Oktober 2013

DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH

Sukacita saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat

manambahbaik kegiatan kokurikulum dengan menggalakkan pihak sekolah supaya

menganjurkan aktiviti berunsur inovatif dan kreatif dalam kegiatan kelab dan persatuan di

sekolah menengah.

3. Sehubungan dengan itu, sebanyak RM 1738.80 telah dimasukkan ke dalam akaun

sekolah bagi melaksanakan program tersebut dan perlu dihabiskan dalam tahun semasa. Mohon

kerjasama tuan untuk memanjangkan maklumat ini kepada semua sekolah menengah di daerah

tuan.

4. Sebarang pertanyaanberkenaan perkara ini sila hubungi pegawai di jabatan ini, Encik

Nor Haslan Bin Nor Zaman (Penolong Pengarah Kokurikulum) di talian 05-5015i55

5. Ke{asama tual dalam menjayakan perkara ini amatlah dihargai

Sekian, terima kasih.

..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Sektor Pen gurusan Sekolah,b.p. Pengarah Pendidikan Perak.

s.k 1. Pengarah Pendidikan Perak

" C I NTAILAH BAHASA K ITA''(Sila c'atatkan rujukan peiabttt ini apabila be rltrrbu.nq)

Saya yang

(ABD. M N YUSOF, PNIP.,.,r.uN., antr. )Ketua Sekto

mfficERTiFTEO TO rSO 9tur:2003

cERrilO:AF1165CEFTIFIED TO ISO 9001,2m6

Page 2: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN

PERUNTUKAN PROJEK INOVASI

KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH 2013.

Page 3: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

1. Agihan peruntukan adalah berdasarkan kepada bilangan sekolah menengah yang ada di

setiap negeri seluruh Malaysia.

2. Jabatan Pendidikan Negeri akan melakukan agihan peruntukan ke setiap sekolah (menengah).

Jabatan Pendidikan Negeri tersebut akan menerima peruntukan sebanyak RM ____________

3. Panduan agihan peruntukan adalah seperti jadual yang dilampirkan.

4. Menggunakan peruntukan ini sebagai bantuan untuk penghasilan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan di sekolah.

5. Pihak sekolah wajib menganjurkan pertandingan berbentuk inovasi melalui Kelab dan Persatuan.

6. Penyertaan pertandingan terdiri daripada semua kelab dan persatuan yang ada di sekolah.

7. Tempoh pertandingan berakhir pada ……………………………………

8. Setiap Kelab dan Persatuan boleh merancang dan menyediakan kertas projek lebih dari satu

inovasi, tetapi projek inovasi hanya dikhaskan kepada satu sahaja.

9. Pertandingan Inovasi terbuka kepada semua Kelab dan Persatuan yang ada di sekolah.

10. Peruntukan ini mestilah dihabiskan dalam tahun semasa.

Aliran Proses Projek Inovasi Persatuan dan Kelab Sekolah

Page 4: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

Pertandingan Peringkat Sekolah

( Akhir Jun )

Pertandingan Peringkat Negeri

( Akhir September )

Pertandingan Peringkat Daerah

( Akhir Ogos)

Pertandingan

Peringkat

Kebangsaan

Page 5: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI

( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Page 6: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

2

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pihak pengurusan sekolah berhubung

pelaksanaan kegiatan kelab persatuan sekolah melalui penghasilan projek

berinovasi sebagai kegiatan mingguan secara terancang dan teratur dari aspek

pelaksanaannya.

2.0 DEFINISI INOVASI

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovasi dalam mana-mana

aspek kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti kelab/persatuan di sekolah dengan

tujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kelab/persatuan, Pelaksanaan

idea-idea ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem

penyampaian, perkhidmatan serta memberi faedah kepada warga sekolah dan

komuniti setempat. Idea-idea ini, boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam

bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja mahu pun pengenalan teknologi

yang terkini.

3.0 PENGENALAN

Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab

dan persatuan dan; 1Murid 1Sukan adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari

oleh semua murid dalam sistem pendidikan negara (Akta Pendidikan 1996). Selain

berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik

darjah, bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam

membentuk perwatakan dan jati diri individu serta memupuk semangat patriotisme

dan perpaduan.

Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh dilaksanakan di dalam dan di luar waktu sekolah. Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama dalam kegiatan kelab dan persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa dan minat serta kebolehan diri yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan murid-murid dalam pembuatan projek seperti Program Robotik dan F1 In School maka amatlah wajar pembelajaran di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi diperluaskan. Maklum balas Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan

Page 7: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

3

penelitian yang menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu arah tuju yang baru selaras dengan keperluan negara di masa akan datang dapat dihasilkan. 4.0 KONSEP Projek inovasi kelab/persatuan merupakan sesuatu penghasilan projek berinovasi dalam kelab/persatuan sebagai kegiatan mingguan di sekolah-sekolah. Pelaksanaan sepenuhnya oleh murid secara maksimum dengan mendapat bantuan dari aspek pengurusan dan kewangan dari pihak sekolah secara minimum. 5.0 MATLAMAT

Melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek

secara menyeluruh bagi setiap murid dalam kegiatan kelab/persatuan di sekolah-

sekolah sepanjang tahun.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang

yang diperolehi semasa P&P.

6.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan

dikalangan murid.

6.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab dan

persatuan.

6.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea,

masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.

6.5 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi murid-

murid dan warga sekolah.

6.6 Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi

pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan murid bagi

membentuk hala tuju yang jelas untuk menghasilkan pendidikan yang

berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

6.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Khas yang dapat membentuk keseimbangan murid dari

aspek intelek, jasmani ,emosi, rohani dan sosial.

6.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk

memperkembangkan bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan

Page 8: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

4

projek inovasi dengan mengikut kreativiti murid berdasarkan garis

panduan yang disediakan.

7.0 TAFSIRAN

Dalam melaksanakan Projek Inovasi Kelab/Persatuan, melainkan jika konteksnya

menghendaki makna yang lain:

“ kegiatan kokurikulum ” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan

murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

“murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan

atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;

“murid berkeperluan khas” ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah

pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan;

“kelab/persatuan” ertinya Sesuatu kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan,

berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang

mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta

bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam

melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan

dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat

persatuan atau pihak sekolah dengan mengikut kecenderungan kebitraan sekolah

masing-masing.

“guru penasihat” ertinya mana-mana guru yang dilantik atau mana-mana guru

yang di arahkan oleh pihak sekolah untuk mengurus dan mengendalikan projek

inovasi sekolah pada tahun semasa.

8.0 TATACARA PELAKSANAAN

Perlu menyediakan kertas cadangan projek terlebih dahulu sebelum sesuatu projek

dilaksanakan.

8.1 Kandungan kertas cadangan projek adalah seperti berikut;

Tajuk projek

Pengenalan

Rasional projek

Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian

Page 9: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

5

Objektif projek

Skop dan limitasi projek

Kepentingan dan impak projek

Anggaran kos projek

Tinjauan / Kajian literature

Kaedah penyelidikan atau metodologi projek

Pelan perancangan projek

Kesimpulan

8.2 Maklumat tambahan

Hasil projek adalah hak milik sekolah itu sendiri dan pihak sekolah boleh

menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik dengan murid

dan atau penaja luar.

Murid digalakkan untuk menyertai pertandingan dan pembentangan

hasil inovasi di seminar dan kolokium di semua peringkat.

Sekolah digalakkan mengemukakan permohonan bagi mendaftar harta

intelek projek murid.

Murid digalakkan memasarkan produk akhir yang mempunyai nilai

komersial dengan kerjasama kelab koperasi, kelab keusahawanan,

kolaborasi, jualan terus dan organisasi atau agensi.

8.3 Mempunyai titik mula dan titik tamat yang jelas ( dalam tempoh masa

tertentu)

8.4 Mempunyai objektif tertentu untuk dicapai

8.5 Mempunyai satu siri aktiviti kerja

8.6 Melibatkan penggunaan sumber-sumber masukkan seperti tenaga, modal,

bahan dan peralatan.

8.7 Hanya dibenarkan apabila dipersetujui oleh guru pembimbing dengan

kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.

8.8 Murid perlu mendapatkan surat kebenaran menjalankan aktiviti luar daripada

pihak sekolah dan ibu bapa. Semua aktiviti yang dijalankan di luar kawasan

sekolah mestilah diiringi oleh guru pengiring.

8.9 Pelaksanaan projek perlu dilaksanakan dalam tempoh masa sekurang-

kurangnya dua belas (12) kali perjumpaan sepanjang tahun.

Page 10: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

6

9.0 PERANAN MURID

Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard

yang ditetapkan.

Bertemu dengan guru pembimbing atau menghadiri sesi pembelajaran

mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Membuat kajian awal dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea,

hala tuju projek yang mempunyai nilai komersial.

Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan

kemahiran analitikal yang diperolehi sepanjang pengajian dan

menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua.

Melengkapkan borang-borang kemajuan murid dan dokumen-dokumen

lain sekiranya perlu.

Menyerahkan buku log potfolio projek kepada guru penasihat untuk

semakan dan pengesahan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Menyediakan laporan akhir projek berserta produk untuk proses penilaian.

10.0 PERANAN GURU PENASIHAT

Memastikan pelajar memilih projek yang selaras dengan objektif Projek Inovasi.

Melantik dan memandu jawatankuasa menjalankan tugas.

Menguruskan permohonan kelulusan kewangan melaksanakan projek, kebenaran waris , kebenaran penglibatan pihak luar daripada pengurusan sekolah dan stakeholder.

Merancang dan memastikan strategi dan jadual operasi projek dengan kerjasama pelajar.

Memastikan jawatankuasa menguruskan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.

Menentukan pelajar melaksanakan projek dengan berkesan.

Page 11: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

7

Memastikan jawatankuasa menyediakan minit mesyuarat dan mendokumentasikan laporan projek.

Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan di luar kawasan sekolah .

Bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan kehadiran ahli dan laporan kewangan.

Memastikan aspek bimbingan , pengawasan disiplin dan keselamatan kepada ahli-ahli dititikberatkan.

Penghargaan kepada pelajar dalam bentuk hadiah dan sijil.

Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan bantuan khidmat terhadap pelaksanaan projek.

11.0 PERANAN PENGETUA

Membincangkan pelaksanaan projek inovasi dalam mesyuarat

Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan jawatankuasa lain seperti JK

Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum.

Mempertimbang dan meluluskan permohonan melaksanakan projek.

Melantik jawatankuasa pelaksana di peringkat kelab dan persatuan.

Memantau pelaksanaan projek dan peruntukan kewangan.

Menyemak dan mengesahkan penilaian penghasilan projek inovasi.

Menyelaras bantuan khidmat agensi luar, pihak swasta , dan komuniti

setempat.

12.0 PENILAIAN PROJEK INOVASI

Penilaian projek inovasi murid dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian

dan kebolehan murid dalam menyiapkan sesuatu projek. Ini akhirnya akan

memberikan markah akhir penglibatan murid dalam kokurikulum.

Bentuk Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:

Kertas Cadangan

Kertas cadangan untuk mengadakan atau menjalankan sesuatu projek.

Buku Log

Page 12: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

8

Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan pencapaian

murid seperti catatan aktiviti, isu, cabaran dan penyelesaian yang telah

dilaksanakan. Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh guru

pembimbing.

Laporan Projek

Satu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau

maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh ahli

projek.

Pembentangan

Murid dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi

pembentangan yang telah ditetapkan. Sesi pembentangan ini memberi

peluang kepada murid untuk berhujah mempertahankan hasil projek serta

bertukar pendapat secara ilmiah.

Hasil Projek

Potfolio

Pengumpulan sistematik hasil kerja murid yang mempamerkan

keupayaan perkembangan dan pencapaian dalam projek yang

dijalankan.

Manual Pengguna

Dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk memberi bantuan

kepada pengguna menggunakan sistem tertentu. Kebanyakkan

manual pengguna mengandungi kedua-dua panduan bertulis dan imej-

imej berkaitan.

Perisian

Arahan-arahan lengkap dalam bentuk carta alir dan prosedur yang

mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-

aktiviti pemprosesan maklumat.

Bahan Fizikal

Perkhidmatan

PENUTUP

Semua pihak dikehendaki mematuhi tatacara dan prosedur inovasi kelab dan

persatuan. Semua pihak dimestikan mengikuti sebarang peraturan yang terkandung

dalam Surat Pekeliling Iktisas yang sedang berkuatkuasa terutamanya yang

berkaitan dengan aspek keselamatan dan kewangan. Sekiranya terdapat sebarang

pertanyaan berhubung pelaksanaan inovasi kelab dan persatuan bolehlah

Page 13: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

9

menghubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Mula

Taklimat Projek

Pemilihan Tajuk Projek dan

Penyediaan Kertas Cadangan

Pembentangan Kertas Cadangan

Diterima

?

Aktiviti Projek

Pembetulan

YA

Penyerahan hasil projek

dan draf laporan

Diterima

?

Membentang projek

Menghantar laporan

Menyemak laporan dan

menilai hasil projek

Penambahbaikan

Guru Pembimbing Projek

Murid

Ketua Kumpulan

Guru Pembimbing

Murid

Murid

Panel/Guru Pembimbing

TIDAK

TIDAK YA

Page 14: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

CARTA ORGANISASI PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN

JAWATANKUASA INDUK PERINGKAT SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua Timbalan Pengerusi : GPK Kokurikulum Naib Pengerusi : GPK Pentadbiran GPK HEM PK Petang Setiausaha : Guru Kanan Mata Pelajaran Penolong Setiusaha : Guru Kanan Mata Pelajaran Bendahari : Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir (Kewangan) Ahli Jawatankuasa : Setiausaha Kokurikulum Penyelaras Badan Beruniform Penyelaras Kelab dan Persatuan Penyelaras Kelab Sukan dan Permainan Ketua-Ketua Bidang Penyelaras Kokurikulum Tingkatan Enam (jika ada) Guru Bimbingan dan Kaunseling Semua Ketua Guru Penasihat Kelab dan Persatuan

JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH

Penasihat : Pengetua GPK Kokurikulum

Guru Pembimbing :Guru Penasihat Kelab dan Persatuan Pengerusi : Murid Timbalan Pengerusi : Murid Setiausaha : Murid Bendahari : Murid Ahli Jawatankuasa : Ahli-ahli kelab dan persatuan. (bergantung kepada keperluan) Jawatankuasa Kecil : Mengikut keperluan

Page 15: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI

Objektif Pertandingan Inovasi

i. Memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh

organisasi Jabatan ;

ii. Memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara

bekerja yang diamalkan;

iii. Memperkenalkan dan menyebarkan hasil inovasi yang boleh dicontohi

untuk faedah organisasi Jabatan yang lain ; dan

iv. Menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan

kepada pelanggan.

Kriteria Penilaian Pertandingan Inovasi

1. TUMPUAN PENILAIAN PERTAMA : IDEA ( 20 MARKAH )

Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari

segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi

tersebut.

1.1 Kreativiti

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana projek inovasi yang

dihasilkan memenuhi ciri-ciri keaslian dan adaptasi. Penerangan

mengenai kriteria ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

i. Keaslian - Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli.

ii. Adaptasi - Inovasi yang dihasilkan merupakan

penambahbaikan atau pengubahsuaian idea

sedia ada. 39

Page 16: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

2. HASIL INOVASI OUT PUT ( 30 MARKAH )

Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan

dan replicability sesuatu inovasi itu.

2.1 Tahap Pelaksanaan ( 20 markah )

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan

inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan

sehingga ke peringkat seperti berikut :

i. Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau

ii. Secara percubaan (di peringkat prototaip).

2.2 Replicability ( 10 markah )

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang

dihasilkan memenuhi ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi

boleh diguna pakai seperti berikut :

i. Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan

ii. Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan

tanpa melibatkan kos yang tinggi.

3. IMPAK OUT COME ( 40 MARKAH )

Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien

(kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.

3.1 Efisien ( 20 markah )

Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang

dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang

kepada : 40

Page 17: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

i. Penjimatan masa;

ii. Penjimatan kos;

iii. Peningkatan Produktiviti; dan

iv. Mudah digunakan (user-friendly).

3.2 Signifikan ( 20 markah )

Kriteria ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang

dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang

nyata inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan

kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dalam :

i. Perkhidmatan Awam;

ii. Organisasi; dan

iii. Bahagian/seksyen/unit.

5. PENGURUSAN ( 5 MARKAH )

Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen

pihak pengurusan atasan.

5.1 Komitmen

Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan

atasan dalam memberi sokongan dari segi :

i. Kewangan

ii. Pengurusan Sumber Manusia

iii. Insentif 41

iv. Penghargaan

v. Peralatan.

Page 18: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

6. PERSEMBAHAN ( 5 MARKAH )

Persembahan yang jelas terutama dari aspek teknikal, penggunaan visual

yang berkesan, komunikasi oral dan pengucapan awam yang berkesan.

Page 19: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BORANG PENILAIAN PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

BIL PERKARA MARKAH MARKAH YANG

DIPEROLEHI

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kertas kerja Tajuk Latar belakang Objektif Jawatankuasa pelaksana Kos Projek Pelan Perancangan Projek (Carta Gantt) Tempoh Pelaksanaan ( 4 – 12 bulan)

Senarai semak Pelaksanaan mengikut jadual

Skop dan Limitasi Projek Ada Data Awal Ada Data Akhir Rumusan Cadangan tindakan susulan

Pernyataan masalah atau persoalan kajian

Penyataan masalah Tindakan susulan

Tinjauan / Kajian Yang Lepas (menyatakan sekurang-kurangnya satu yang berkaitan dengan projek) Kaedah Penyelidikan/Metodologi Projek Persembahan Projek Penyampaian Dokumen sokongan (brosur, iklan dll) Kerjasama Keberhasilan / Perkongsian (digunakan oleh semua)

Dalam sekolah Luar sekolah

1 1 1 1 1 1

1 1

1 1 1 1

1 1

1

1

1 1 1

1 1

8. BONUS KESELURUHAN

BONUS (SKALA 1- 5)

5

Page 20: DALAM KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH manambahbaik

Adalah diperakui bahawa segala butiran dan maklumat yang diberikan adalah benar. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ............................................ ........................................... Pengetua/Guru Besar Jabatan Pelajaran Negeri Cop rasmi Cop rasmi: Tarikh : Tarikh :