pertandingan mereka cipta logo …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/syarat penyertaan... ·...

8
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 1 PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (ENFORCEMENT AGENCY INTEGRITY COMMISSION) TEMA Penjenamaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan / Enforcement Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah memaparkan peranan Suruhanjaya bebas yang memantau, mendidik dan mencegah salahlaku serta memupuk budaya integriti Agensi Penguatkuasaan Persekutuan. 1. LATARBELAKANG SURUHANJAYA Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah untuk mempertingkatkan integriti agensi penguatkuasaan, mengurangkan dan membenteras salah laku di kalangan pegawai penguatkuasa dan memupuk serta menebalkan keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan. Suruhanjaya akan menjalankan fungsinya seperti termaktub di bawah Seksyen 4(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) seperti berikut:- (a) menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang Pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan sedemikian; (b) merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai penguat kuasa; (c) melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;

Upload: dokhanh

Post on 07-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Syarat Penyertaan... · MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA ... Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 1

PERTANDINGAN

MEREKA CIPTA LOGO

SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

(ENFORCEMENT AGENCY INTEGRITY COMMISSION)

TEMA

Penjenamaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan / Enforcement

Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah memaparkan

peranan Suruhanjaya bebas yang memantau, mendidik dan mencegah

salahlaku serta memupuk budaya integriti Agensi Penguatkuasaan

Persekutuan.

1. LATARBELAKANG SURUHANJAYA

Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah untuk mempertingkatkan integriti

agensi penguatkuasaan, mengurangkan dan membenteras salah laku di

kalangan pegawai penguatkuasa dan memupuk serta menebalkan

keyakinan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan.

Suruhanjaya akan menjalankan fungsinya seperti termaktub di bawah

Seksyen 4(1) dan (2) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

2009 (Akta 700) seperti berikut:-

(a) menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap

seseorang Pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu

agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta

mengadakan pendengaran mengenai aduan sedemikian;

(b) merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan,

menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai

penguat kuasa;

(c) melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan

menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;

Page 2: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Syarat Penyertaan... · MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA ... Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2

(d) mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek

tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan;

(e) menggalakkan kesedaran, mengadakan penambahbaikan serta

menganjurkan pendidikan berhubung dan tentang integriti di

dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan mengurangkan serta

membenteras salah laku di kalangan pegawai penguat kuasa;

(f) membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau

mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau

sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti

dan menghapuskan salah laku di kalangan pegawai penguat

kuasa;

(g) mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran tatacara

penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu

berhubung dengannya; dan

(h) membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan,

termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di

bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-

apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya.

(i) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan

semua perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya

perlu bagi, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan

fungsinya.

Page 3: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Syarat Penyertaan... · MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA ... Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 3

2. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan

Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua warga Malaysia.

Setiap peserta dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu penyertaan.

Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan

peserta sendiri. Objektif pertandingan ini adalah untuk memilih satu logo

baru untuk Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

2.2 Spesifikasi

2.2.1 Reka cipta logo perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi

komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dan dalam

bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4.

2.2.2 Setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan

ringkas seperti konsep dan warna yang dipilih. Logo tersebut

perlu:-

a. mengandungi Logo dan perkataan Suruhanjaya Integriti

Agensi Penguatkuasaan;

b. melambangkan Suruhanjaya sebagai sebuah sebuah

Suruhanjaya bebas yang memantau, mendidik dan

mencegah salahlaku serta memupuk budaya integriti

Agensi Penguatkuasaan Persekutuan.

2.2.3 Logo yang direka cipta perlu sesuai untuk digunakan sebagai

identiti Suruhanjaya sebagai badan pemantau integriti Agensi

Penguatkuasaan serta logo tersebut hendaklah memberi

gambaran grafik yang amat berkesan kepada organisasi dan

pelanggan Suruhanjaya.

Page 4: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Syarat Penyertaan... · MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA ... Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 4

2.2.4.Persembahan logo boleh mengunakan tidak lebih daripada 3 (tiga)

warna (tidak termasuk warna putih), warna korporat Suruhanjaya

adalah:-

a. Emas

b. Merah

c. Hitam

2.2.5. Reka bentuk hendaklah dilukis dengan grafik komputer.

2.2.6. Rekaan logo hendaklah kemas dan menarik.

2.2.7. Logo hendaklah mudah difahami dan jelas maksudnya.

2.2.8.Peserta hendaklah memastikan logo baru Suruhanjaya yang

direka mestilah asli (hakcipta terpelihara), baru dan tidak boleh

mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum,

budaya, dan agama. Suruhanjaya ini tidak akan

bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada

pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.

2.2.9.Logo hendaklah dibuat dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa

Inggeris.

2.3. Dokumen Permohonan Penyertaan

Setiap peserta yang ingin menyertai pertandingan ini dikehendaki

menghantar dokumen-dokumen seperti berikut:-

2.3.1.Borang Penyertaan hendaklah dilengkapkan oleh setiap peserta

yang ingin menyertai pertandingan ini. Borang adalah seperti yang

terdapat di Lampiran A.

Page 5: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Syarat Penyertaan... · MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA ... Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 5

2.3.2. Logo

Maklumat berikut hendaklah dicatatkan dengan jelas dibelakang

hasil karya masing-masing (hendaklah menggunakan HURUF

BESAR sahaja) iaitu:-

(a) Maklumat Diri

i. Nama Penuh :

ii. Nombor Kad Pengenalan :

iii. Alamat :

iv. No. Telefon/Telefon Bimbit :

v. Alamat E-Mel :

(b) Softcopy logo (CD) hendaklah menggunakan software Adobe

Illustrator dan disimpan dalam format .eps atau .ai atau .jpeg (High

Resolution).

(c) Penerangan ringkas logo hendaklah menggunakan lampiran

berasingan.

3. Tarikh Tutup Penyertaan

Tarikh tutup penerimaan penyertaan adalah pada 31 Oktober 2011.

4. PENILAIAN

4.1 Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang

diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini.

4.2 Setiap penyertaan akan dinilai melalui penelitian terhadap karya

yang dihantar kepada Urusetia pertandingan.

Page 6: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Syarat Penyertaan... · MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA ... Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 6

4.3 Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan

MUKTAMAD oleh Panel Penilai dan sebarang surat menyurat

tidak akan dilayan. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan

meminda reka bentuk karya yang disertai sekiranya perlu dan

karya yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi

HAKMILIK KEKAL SURUHANJAYA. Pihak kami berhak

untuk tidak memulangkan karya yang telah dihantar sebagai

penyertaan pertandingan ini.

5. HADIAH PERTANDINGAN

5.1 Pemenang akan dihubungi melalui e-mel/telefon. Walau

bagaimanapun, Suruhanjaya berhak untuk tidak memilih

pemenang dalam kalangan peserta yang bertanding

sekiranya Panel Penilai memutuskan bahawa tiada peserta

yang layak dianugerahkan sebagai pemenang.

5.2 Hanya satu reka bentuk logo yang terbaik sahaja akan dipilih

untuk memenangi pertandingan ini.

5.3 Johan pertandingan mereka cipta logo akan menerima wang

tunai berjumlah RM1,500.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima

Ratus Sahaja).

Page 7: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Syarat Penyertaan... · MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA ... Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 7

LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO

SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN

A. BUTIRAN PESERTA

1. Nama : ________________________________________

2. No. Kad Pengenalan: ________________________________________

3. Alamat : ________________________________________

________________________________________

4. No. Tel. Bimbit : ________________________________________

5. Email : ________________________________________

B. CADANGAN PENJENAMAAN SURUHANJAYA

1. Logo : ______________________________________

2. Lampiran Logo (hendaklah pada kertas saiz A4) dan softcopy di

dalam CD (1 unit).

3. Penerangan ringkas logo.

C. PENGAKUAN PESERTA

Adalah dengan ini saya memperakui bahawa penyertaan hasil karya saya

ini adalah asli dan tidak pernah dihantar ke mana-mana pertandingan

seumpamanya sebelum ini. Saya juga faham bahawa penyertaan saya

akan dibatalkan secara serta merta jika saya melanggar peraturan ini.

Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat sebarang

tuntutan atau apa jua bentuk tindakan daripada mana-mana pihak

terhadap saya yang berkaitan dengan hasil karya saya. Saya juga

bersetuju bahawa jika saya terpilih, rekaan saya ini akan menjadi hak

milik Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan saya tiada hak ke

atasnya selepas ini.

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Page 8: PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO …e-tatatertib.jpm.gov.my/userfiles/file/Syarat Penyertaan... · MEREKA CIPTA LOGO SURUHANJAYA ... Agency Integrity Commission, reka cipta logo hendaklah

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 8

Nota : Sila gunakan HURUF BESAR sahaja.

D. ALAMAT UNTUK MENGEMUKAKAN PENYERTAAN

Penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:-

Urusetia Pertandingan Mereka Cipta Logo

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Aras 5, Blok Menara, Bangunan Menara Usahawan

No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2

62652 Putrajaya, Malaysia

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

(1) Encik Mohd Shah – (03) 8888 6521

(2) YM Tengku Azam Zuhairi – (03) 8888 5250

(3) Puan Raihan – (03) 8888 6549

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Tarikh Terima Penyertaan : ___________________

No. Daftar : ___________________