logo dan bendera2

21

Click here to load reader

Upload: ummu-ishlah

Post on 14-Apr-2016

199 views

Category:

Documents


131 download

DESCRIPTION

menerangkan tentang logo dan bendera negeri di malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Logo Dan Bendera2

Logo dan maksud Jata Negara Malaysia

Gambar di atas merupakan Logo Jata Negara Malaysia yang asal .

Gambar di atas merupakan Logo Jata Negara Malaysia yang terbaru.Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan

Page 2: Logo Dan Bendera2

13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Jata Negara Malaysia yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu

Page 3: Logo Dan Bendera2

menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raj

Maksud lambang pada LOGO JATA NEGARA MALAYSIA

Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan,

Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.

Page 4: Logo Dan Bendera2

Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan.

Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan.

Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.

Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

PERLIS INDERA KAYANGAN

BENDERA NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja. Warna biru pula melambangkan rakyat.

Page 5: Logo Dan Bendera2

Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat Baginda.

KEDAH DARUL AMAN

Page 6: Logo Dan Bendera2
Page 7: Logo Dan Bendera2

BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam. Perisai maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

SELANGOR DARUL EHSAN

Page 8: Logo Dan Bendera2

BENDERA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama Islam ditunjukkan dengan warna putih.

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BENDERA NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Page 9: Logo Dan Bendera2

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.

PAHANG DARUL MAKMUR

BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar. Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa

Page 10: Logo Dan Bendera2

makna bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

KELANTAN DARUL NAIM

BENDERA NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat dan Raja yang memerintah. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja

Page 11: Logo Dan Bendera2

negeri ini.

TERENGGANU DARUL IMAN

BENDERA NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Page 12: Logo Dan Bendera2

JOHOR DARUL TAKZIM

BENDERA NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

PERAK DARUL RIDZUAN

Page 13: Logo Dan Bendera2

BENDERA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak

Page 14: Logo Dan Bendera2

Darul Ridzuan.

MELAKA DARUL AZIM

BENDERA NEGERI MELAKA DARUL AZIM Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

PULAU PINANG PULAU MUTIARA

Page 16: Logo Dan Bendera2

dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka

Page 17: Logo Dan Bendera2

SABAH DI BAWAH BAYU

BENDERA NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini. Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili. Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.

Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini

Page 18: Logo Dan Bendera2

mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

WILAYAH PERSEKUTUAN

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUANBendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.Warna kuning membawa maksud kedudukan

Page 19: Logo Dan Bendera2

yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;

Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.

Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.