pertandingan cerita

9
ANGSA YANG PINTAR Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ANGSA YANG PINTAR Pada zaman dahulu, tinggal sekawan angsa putih yang besar. Setiap hari, angsa-angsa ini akan mengikut tuan mereka ke sebatang sungai untuk berenang dan bermain. Pada suatu hari, tuan angsa terpaksa meninggalkan angsa-angsa di sungai itu kerana perlu pulang ke rumah untuk menyelesaikan suatu perkara yang penting. Sebaik sahaja tuan angsa meninggalkan tempat itu, datang pula seekor serigala. Serigala itu berasa sungguh gembira apabila melihat begitu banyak angsa. Serigala itu mendekati sungai itu sambil berfikir : aku boleh makan sepuas- puasnya hari ini. "Tuan kita tiada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk menghubungi tuan kita itu dengan segera", kata angsa- angsa itu dengan perasaan cemas. Pada masa itu, seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai lalu berkata, "Encik serigala,aku pernah terdengar khabar mengatakan kamu memiliki suara yang sangat merdu. Sebelum aku menjadi makanan kamu, bolehkah aku mendengar nyanyian kamu?". Selepas mendengar kata-kata angsa itu, serigala berasa gembira lalu berkata, "Tentulah boleh". Serigala itu terus menyanyi dengan kuat. Tuan angsa yang mendengar jeritan serigala itu, bergegas lari ke sungai itu dengan membawa sebatang kayu. Serigala itu segera memberhentikan nyanyiannya lalu melarikan diri dari situ. Sekian, Terima Kasih.

Upload: najibtarubus

Post on 18-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

OK

TRANSCRIPT

ANGSA YANG PINTAR

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ANGSA YANG PINTARPada zaman dahulu, tinggal sekawan angsa putih yang besar. Setiap hari, angsa-angsa ini akan mengikut tuan mereka ke sebatang sungai untuk berenang dan bermain.

Pada suatu hari, tuan angsa terpaksa meninggalkan angsa-angsa di sungai itu kerana perlu pulang ke rumah untuk menyelesaikan suatu perkara yang penting.

Sebaik sahaja tuan angsa meninggalkan tempat itu, datang pula seekor serigala. Serigala itu berasa sungguh gembira apabila melihat begitu banyak angsa. Serigala itu mendekati sungai itu sambil berfikir : aku boleh makan sepuas-puasnya hari ini. "Tuan kita tiada di sini. Kita perlu mencari jalan untuk menghubungi tuan kita itu dengan segera", kata angsa-angsa itu dengan perasaan cemas.

Pada masa itu, seekor angsa yang pintar berjalan di tebing sungai lalu berkata, "Encik serigala,aku pernah terdengar khabar mengatakan kamu memiliki suara yang sangat merdu. Sebelum aku menjadi makanan kamu, bolehkah aku mendengar nyanyian kamu?".Selepas mendengar kata-kata angsa itu, serigala berasa gembira lalu berkata, "Tentulah boleh". Serigala itu terus menyanyi dengan kuat. Tuan angsa yang mendengar jeritan serigala itu, bergegas lari ke sungai itu dengan membawa sebatang kayu. Serigala itu segera memberhentikan nyanyiannya lalu melarikan diri dari situ. Sekian, Terima Kasih.

SANG KAMBING YANG BIJAK

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk SANG KAMBING YANG BIJAK

Seekor serigala yang kelaparan sedang mencari makanan di sebidangpadang yang luas. Tiba-tiba, Sang Serigala ternampak sekawan kambingsedang meragut rumput di tepi padang. Sang Serigala segera menerkamkawanan kambing tanpa ragu-ragu kerana terlalu lapar.

Anjing ternakan menyedari kawanan kambing diserang oleh SangSerigala dan mempertahankan keselamatan kambing-kambing tersebut. Sang Serigala terpaksa melarikan diri demi keselamatannya. Dia meninggalkan tempat itu dengan kecewa.

Sang Serigala terlantar di tepi sungai kerana mengalami cedera parah. Iaberasa dahaga dan teringin sekali minum air. Tetapi Sang Serigala tidakbermaya bangun untuk mendapatkan air. Pada ketika itu, seekor kambingmendekati Sang Serigala yang sedang nyawa-nyawa ikan. Sang Serigala yang licik segera mendapat akal.

Sang Serigala menunjukkan wajah hiba-hiba untuk mendapatkan bantuankambing itu. Hai, Sang Kambing yang dihormati, tolong dapatkan air untuksaya, saya amat dahaga. Dengan bantuan kamu, barulah saya bermaya untuk mencari makanan dan tidak mati kebuluran di sini, Sang Serigala meminta bantuan daripada Sang Kambing.

Sang Kambing meninjau Sang Serigala dari jauh. Sang Kambingmenyedari Sang Serigala itu mengancam nyawa mereka selamaini. Kebanyakan ahli keluarganya terkorban dimakannya. Kalau saya membantu kamu, maka saya akan jadi buruan kamu nanti. ujar Sang Kambing kepada Sang Serigala lalu meninggalkan tempat itu. Sekian, Terima Kasih.

ANAI-ANAI DENGAN GERGASI

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ANAI-ANAI DENGAN GERGASIDi sebuah busut, tinggal beribu-ribu ekor anai-anai. Anai-anai itu dipimpin oleh Raja Anai-anai. Raja Anai-anai sangat adil. Baginda disayangi oleh rakyatnya.Suatu hari, Raja Anai-anai ditangkap oleh gergasi. Ratu Anai-anai sangat sedih. Beberapa ekor anai-anai berusaha menyelamatkan raja mereka." Aku akan membebaskan raja kamu jika kamu dapat membina sebuah istana. Istana itu mesti disiapkan dalam masa sepuluh hari," kata gergasi itu.Anai-anai itu pun pulang. Mereka memberitahukan permintaan tersebut kepada Ratu Anai-anai.

"Sanggupkah kalian membina istana itu?" tanya Ratu Anai-anai."Kami sanggup, tuanku," jawab semua anai-anai. Sejak hari itu, anai-anai mula bekerja. Mereka memeras keringat siang dan malam.Gergasi datang melihat anai-anai bekerja. Gergasi memandang rendah terhadap mereka.

"Jangan melakukan kerja yang sia-sia. Tidak mungkin kamu dapat menyiapkan istana itu dalam masa sepuluh hari," katanya sambil ketawa.Anai-anai tidak menghiraukan kata-kata gergasi itu. Mereka terus bekerja.Pada hari kesepuluh, gergasi datang menemui Ratu Anai-anai. Alangkah terkejutnya gergasi apabila melihat sebuah istana tersergam indah. Gergasi pun membebaskan Raja Anai-anai seperti yang dijanjikan. Semua anai-anai berbesar hati. Berkat kerajinan, mereka dapat menyelamatkan Raja Anai-anai. Sekian, Terima Kasih.

HARIMAU GUNUNG LEDANG

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk HARIMAU GUNUNG LEDANG

Pada zaman dahulu, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang ternakan dibahamnya. Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu. Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah.

Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti semua kerbau yang telah dibaham itu, kata orang kaya itu dengan marah. Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung di bawah sepohon pokok.

Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut harimau itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.

Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.

Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak itu lebih kuat daripadanya.

Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.

Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat hairan melihat keberanian budak itu.Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak bergerak, Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang peliharaan orang kampung.

Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya. Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau datang membaham binatang ternakan di kawasan itu. Sekian, Terima Kasih.

BERUK TUNGGALSelamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada pengacara majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang dihormati guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk BERUK TUNGGALKononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu. Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur. Kerjanya bertani. Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan Beruk Tunggal.Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan. Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku, kata Raja Tikus. Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu? Tanya Beruk Tunggal. Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas, kata Raja Tikus. Baiklah, aku terima pemberian itu! kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya. Kahwin dengan beruk? Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal. Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana. Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal. Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang pemuda yang kacak.Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda, kata putera Raja Kayangan. Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah. Sekian, Terima Kasih.