persiapan dan sambutan peringkat negeri dan luar...

4
Jika ditinjau di peringkat negeri juga, banyak persiapan diatur oleh pelbagai pihak. Contohnya dalam akhbar Utusan Melayu, 29 Ogos 1957 memuatkan berita tentang persiapan petani-petani di Kedah untuk menabur bunga emas-perak dalam perayaan Kemerdekaan. Bunga emas dan bunga perak yang berbentuk kecil sebagai bunga lawang akan ditabur dalam Majlis perjumpaan beramai- ramai penanam-penanam padi dan ahli-ahli Syarikat Kerjasama Kedah Utara bagi menjayakan kemerdekaan Tanah Melayu. Tujuannya adalah dengan harapan kelak benih-benih padi ini akan tumbuh dengan subur sebagai bunga-bunga emas dan perak dan kehidupan petani akan lebih makmur. Untuk tujuan tersebut, hampir 30 tahil emas dan perak telah ditempah untuk ditaburkan. Manakala di Kangar, Perlis rumah-rumah dan kedai yang dihias cantik sempena sambutan Hari Kemerdekaan diberi hadiah. Turut diadakan majlis makanan kepada kanak-kanak serta olahraga di samping pertunjukan kesenian dan kebudayaan.Malah, pada 31 Ogos syarikat-syarikat bas di Kedah dan Perlis mengeluarkan hadiah merdeka kepada semua pekerjanya termasuk yang sedang bercuti. Seramai 600 pekerja bas menerima $6 seorang pada hari tersebut. Di Pulau Pinang juga diadakan upacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu dan menurunkan Union Jack disamping bacaan doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid serta Kenduri Merdeka kepada golongan miskin. Begitu juga acara wayang gambar percuma, pembacaan sajak dan pancaragam diadakan bagi menyambut kemerdekaan . Ucapan-ucapan tahniah dan kesyukuran akan dibuat dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Di Perak acara perbarisan kanak-kanak sekolah, pengakap dan St.John Ambulanc diadakan di samping peraduan menyanyi, tarian orang darat, zapin, ronggeng, bersilat, wayang kulit dan sandiwara. Tujuh buah sekolah di Parit, Perak akan mengadakan sukan, perlawanan bola sepak dan pada malam harinya acara aneka warna. Kerajaan Perak juga membenarkan orang ramai memalu tabuh atau gendang raya dan ketuk-ketuk selama 10 minit di masjid dan madrasah-madrasah di kampung-kampung seluruh negeri Perak pada tengah malam 30 Ogos sempena menyambut Hari Merdeka. Di Melaka akan diadakan sembahyang kesyukuran serta bacaan Quran dan berzanji. Pada waktu lahirnya Persekutuan yang merdeka, akan dilaungkan azan dan dibunyikan beduk. Hadiah juga akan diberikan kepada kanak-kanak yang dilahirkan antara jam 12.05 tengah malam 31 Ogos hingga 6 petang 31 Ogos 1957. Wang sebanyak $180 diberikan kepada golongan miskin yang melahirkan anak di hospital Melaka, Alor Gajah dan Jasin. Malah nama-nama jalan turut diminta agar kerajaan mengubahnya dan membaiki tempat-tempat bersejarah. Di Johor pintu-pintu gerbang berlampu dipasang dan perbelanjaan $40,000 diperuntukkan untuk menjamu golongan miskin, mengadakan hiburan ,temasya sukan laut dan pertunjukan bunga api. Peraduan Ratu Kebaya diadakan di samping persembahan lagu Melayu asli dan lakonan pentas. Jamuan besar-besaran juga akan diadakan bagi meraikan Tunku Abdul Rahman sebagai tanda penghormatan.Turut dicadangkan acara Pengisytiharan Kemerdekaan di Segamat dibaca dalam empat bahasa . Di Kota Bharu, Kelantan disiapkan 28 buah rebana istimewa diperbuat daripada batang kelapa dan dihias dengan perkatan Merdeka huruf Jawi dan Rumi. Sembahyang hajat turut disempurnakan. Perarakan nasi kunyit di samping permainan tradisional seperti wayang kulit, menorah, mak yong, dikir barat, gasing turut diadakan. PERSIAPAN DAN SAMBUTAN PERINGKAT NEGERI DAN LUAR NEGARA

Upload: others

Post on 19-Aug-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSIAPAN DAN SAMBUTAN PERINGKAT NEGERI DAN LUAR …bukuteks.dbp.gov.my/media/media/uTWGkIKAWF.pdf · 2019. 7. 23. · Kenduri Merdeka kepada golongan miskin. Begitu juga acara wayang

182

2BA

B

Jika ditinjau di peringkat negeri juga, banyak persiapan diatur oleh pelbagai pihak. Contohnya dalam akhbar Utusan Melayu, 29 Ogos 1957 memuatkan berita tentang persiapan petani-petani di Kedah untuk menabur bunga emas-perak dalam perayaan Kemerdekaan. Bunga emas dan bunga perak yang berbentuk kecil sebagai bunga lawang akan ditabur dalam Majlis perjumpaan beramai-ramai penanam-penanam padi dan ahli-ahli Syarikat Kerjasama Kedah Utara bagi menjayakan kemerdekaan Tanah Melayu. Tujuannya adalah dengan harapan kelak benih-benih padi ini akan tumbuh dengan subur sebagai bunga-bunga emas dan perak dan kehidupan petani akan lebih makmur. Untuk tujuan tersebut, hampir 30 tahil emas dan perak telah ditempah untuk ditaburkan.Manakala di Kangar, Perlis rumah-rumah dan kedai yang dihias cantik sempena sambutan Hari Kemerdekaan diberi hadiah. Turut diadakan majlis makanan kepada kanak-kanak serta olahraga di samping pertunjukan kesenian dan kebudayaan.Malah, pada 31 Ogos syarikat-syarikat bas di Kedah dan Perlis mengeluarkan hadiah merdeka kepada semua pekerjanya termasuk yang sedang bercuti. Seramai 600 pekerja bas menerima $6 seorang pada hari tersebut. Di Pulau Pinang juga diadakan upacara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu dan menurunkan Union Jack disamping bacaan doa selamat dan kesyukuran di masjid-masjid serta Kenduri Merdeka kepada golongan miskin. Begitu juga acara wayang gambar percuma, pembacaan sajak dan pancaragam diadakan bagi menyambut kemerdekaan . Ucapan-ucapan tahniah dan kesyukuran akan dibuat dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Di Perak acara perbarisan kanak-kanak sekolah, pengakap dan St.John Ambulanc diadakan di samping peraduan menyanyi, tarian orang darat, zapin, ronggeng, bersilat, wayang kulit dan sandiwara. Tujuh buah sekolah di Parit, Perak akan mengadakan sukan, perlawanan bola sepak dan pada malam harinya acara aneka warna. Kerajaan Perak juga membenarkan orang ramai memalu tabuh atau gendang raya dan ketuk-ketuk selama 10 minit di masjid dan madrasah-madrasah dikampung-kampung seluruh negeri Perak pada tengah malam 30 Ogos sempena menyambut Hari Merdeka. Di Melaka akan diadakan sembahyang kesyukuran serta bacaan Quran dan berzanji. Pada waktu lahirnya Persekutuan yang merdeka, akan dilaungkan azan dan dibunyikan beduk. Hadiah juga akan diberikan kepada kanak-kanak yang dilahirkan antara jam 12.05 tengah malam 31 Ogos hingga 6 petang 31 Ogos 1957. Wang sebanyak $180 diberikan kepada golongan miskin yang melahirkan anak di hospital Melaka, Alor Gajah dan Jasin. Malah nama-nama jalan turut diminta agar kerajaan mengubahnya dan membaiki tempat-tempat bersejarah. Di Johor pintu-pintu gerbang berlampu dipasang dan perbelanjaan $40,000 diperuntukkan untuk menjamu golongan miskin, mengadakan hiburan ,temasya sukan laut dan pertunjukan bunga api. Peraduan Ratu Kebaya diadakan di samping persembahan lagu Melayu asli dan lakonan pentas. Jamuan besar-besaran juga akan diadakan bagi meraikan Tunku Abdul Rahman sebagai tanda penghormatan.Turut dicadangkan acara Pengisytiharan Kemerdekaan di Segamat dibaca dalam empat bahasa . Di Kota Bharu, Kelantan disiapkan 28 buah rebana istimewa diperbuat daripada batang kelapa dan dihias dengan perkatan Merdeka huruf Jawi dan Rumi. Sembahyang hajat turut disempurnakan. Perarakan nasi kunyit di samping permainan tradisional seperti wayang kulit, menorah, mak yong, dikir barat, gasing turut diadakan.

PERSIAPAN DAN SAMBUTAN PERINGKAT NEGERI DAN LUAR NEGARA

Page 2: PERSIAPAN DAN SAMBUTAN PERINGKAT NEGERI DAN LUAR …bukuteks.dbp.gov.my/media/media/uTWGkIKAWF.pdf · 2019. 7. 23. · Kenduri Merdeka kepada golongan miskin. Begitu juga acara wayang

183

2BAB

Di Terengganu “Pesta Merdeka”akan diadakan selama empat hari berturut-turut mulai 31 Ogos dengan pertunjukan joget moden, rodat, boria ,wayang kulit, bangsawan dan mak yong. Jalan raya sejauh 10 batu akan dihias dengan bendera-bendera dan lampu-lampu. Manakala tiga jenis semboyan akan dibunyikan serentak pada malam 30 Ogos. Tabuh Masjid Besar Sultan Zainal Abidin akan dipalu, semboyan fire station akan didengungkan dan genta di Bukit Puteri akan diketuk. Penduduk di Rembau, Negeri Sembilan turut megadakan kenduri dan bacaan doa selamat.Turut diadakan adalah istiadat barisan kehormat disusuli dengan PengisytiharanKemerdekaan dan apada malamnya majlis doa selamat dan jamuan diadakan. Perayaan juga akan diserikan dengan sukan padang dan pesta kesenian dan kebudayaan. Di Samantan, Pahang, perayaan merdeka disambut dengan mengadakan pertandingan sukan darat dan sungai, jamuan makan dan tarian ronggeng. Dato’Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran akan merasmikan upacara ini .Rombongan Pengakap dari Kuala Lipis Pahang akan mengadakan lawatan ke selatan Tanah Melayu dan berada di Kuala Lumpur kemudiannya bagi meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan.

Sebahagian daripada gambar-gambar sambutan Perayaan Kemerdekaan yang terdapat di Memorial Pengistiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka.

Page 3: PERSIAPAN DAN SAMBUTAN PERINGKAT NEGERI DAN LUAR …bukuteks.dbp.gov.my/media/media/uTWGkIKAWF.pdf · 2019. 7. 23. · Kenduri Merdeka kepada golongan miskin. Begitu juga acara wayang

184

2BA

B

Semangat merdeka turut dirasai oleh rakyat Tanah Melayu yang berada di luar negara.• Di London, perayaan perayaan sambutan kemerdekaan diadakan di Trafalgar Square pada

pagi 31 Ogos. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan di Malaya House selepas pengisytiharan kemerdekaan dibaca oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di United Kingdom, Encik Nik Ahmad Kamil. Sambutan besar-besaran yang bermula sejak 26 Julai, telah berlangsung selama 36 hari.

SAMBUTAN LUAR NEGARA

Para pegawai dan kadet tentera yang menyertai perbarisan sempena sambutan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London 31 Ogos 1957.

Sebahagian rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang berada di London menyaksikan upacara sambutan kemerdekaan negara diisytiharkan oleh Nik Ahmad Kamil, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di Trafalgar Square, London pada 31 Ogos 1957.

• Di Indonesia, perayaan selama dua hari diadakan secara besar-besaran di Kota Raja, Padang, Medan, Pekan baru, Jambi, Palembang, Bandung, Surabaya, Jogjakarta, Jakarta dan Banjarmasin. Radio republic Indonesia menyiarkan ucapan-ucapan hari merdeka selama lapan malam berturut-turut bermula 22 Ogos.

• Sambutan-sambutan turut diadakan juga di Arab Saudi, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Filipina, Burma dan Rusia.

Page 4: PERSIAPAN DAN SAMBUTAN PERINGKAT NEGERI DAN LUAR …bukuteks.dbp.gov.my/media/media/uTWGkIKAWF.pdf · 2019. 7. 23. · Kenduri Merdeka kepada golongan miskin. Begitu juga acara wayang

185

2BAB

Sambutan perayaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Jakarta, Indonesia pada 31 Ogos 1957.

Sambutan perayaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Tokyo, Jepun pada 31 Ogos 1957.Sumber:1. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Negara, Bandar Hilir, Melaka.2. Samsiah Muhamad (edit) 2007 Citra Merdeka 1957-2007. Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia

dan Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.3. Zakiah hanum 1997. Maka Merdekalah Negara Kita. Kuala Lumpur. Adhicipta (M)Sdn.Bhd.