persetian pengakap

8
PERSETIAAN PENGAKAP (UP!) Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Yang saya, Dengan seberapa daya upaya saya, akan; Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap masa; Dan Menurut Undang-undang Pengakap (UP!)

Upload: lowchen-ochen

Post on 28-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

berguna untuk semua pengakap kanak-kanak

TRANSCRIPT

PERSETIAAN PENGAKAP(UP!)

Bahawa dengan sesungguhnya,Saya berjanji dan bersetia,Yang saya,Dengan seberapa daya upaya saya,akan;

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,Menolong orang pada setiap masa;Dan Menurut Undang-undang Pengakap

(UP!)

UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1.Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2.Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

3.Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4.Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5.Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6.Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7.Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8.Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9.Pengakap itu jimat dan cermat

10.Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

LAGU UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1.Dipercayai 2.Taat 3.Berguna 4.Bersaudara 5.Berbudi 6.Kasihkan binatang 7.Menurut perintah 8.Tabah hati 9.Berjimat 10.Suci fikiran,Suci perkataan,Suci perbuatan

HORMAT PENGAKAP

Hormat pengakap diberikan selepas penerimaan hadiah kurniaan dan istiadat mengibarkan bendera.

Dalam keadaan sedia, angkat tangan kanan ke penjuru kening.

Tiga jari ini bermaksud tiga perkara penting dalam persetiaan pengakap, iaitu: Taat kepada tuhan, raja dan negara Menolong orang pada setiap masa Menurut undang-undang pengakap

Semua pengakap di dunia memberi hormat tiga jari seperti rajah di sebelah. COGAN KATA (MOTTO) PENGAKAP

Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik

Pengakap Muda - Selalu Bersedia

Pengakap Remaja - Pandang Luas

Pengakap Kelana - Berkhidmat