laporan perkhemahan pengakap

Click here to load reader

Post on 13-Dec-2015

399 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LAPORAN

TRANSCRIPT

PERKHEMAHAN BERSEPADU BADAN NGO & TKRS PERINGKAT SEKOLAH JARINGAN 2015.Pada hari Jumaat, 31 Julai 2015 yang lalu, PENGAKAP SK Agama (MIS) Sibu telah menghantar peserta bagi menyertai Perkhemahan Bersepadu TKRS & Badan NGO Peringkat Sekolah Jaringan selama dua hari satu malam bertempat di SK Batu 15, Kem Oya, Sibu. Perkhemahan ini disertai oleh seramai 31 orang murid SK Agama (MIS) Sibu bersama 7 orang guru pembimbing. Perkhemahan ini bermula jam 3:00 petang dengan pendaftaran dan taklimat. Disusuli dengan aktiviti pemasangan khemah. Pada sebelah malam dijalankan aktiviti malam kebudayaan. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan berkonsepkan RIMUP dan sentiasa bergerak dalam kumpulan sepanjang aktiviti berlangusng. Pagi Sabtu (1 Ogos 2015) aktiviti kawad kaki, ikatan, bantu mula dan pemasangan khemah dijalankan serentak berkonsepkan station di mana setiap kumpulan akan pergi ke satu station sehingga siren dibunyikan. Kemudian mereka akan bergerak ke station lain secara kitaran. Pada masa ini peserta mempelajari dan berlatih kawad kaki, ikatan seperti buku sila, simpul manuk dan bunga geti. Selain itu di station perkhemahan pula peserta belajar cara memasang khemah dengan betul sementara di station bantu mula peserta mempelajari cara member bantu mula dengan cara yang betul. Selepas itu, aktiviti diteruskan lagi dengan masakan rimba. Aktiviti berjalan dengan lancar mengikut masa yang ditetapkan. Setelah selesai semua aktiviti, aktiviti diteruskan lagi dengan majlis perasmian penutup yang dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum SK Batu 15. Majlis Perasmian Penutup ini telah tamat pada jam 1:00 petang. Perkhemahan ini dapat memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan kepada peserta. Di harap ia dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh,07 Julai 2015

....................................................(NOR HAZLILA BINTI BASIRAN)Guru Penasihat TKRSSK Agama (MIS) Sibu

LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PERKHEMAHAN BERJALAN.