persepsi pelajar spi terhadap matapelajaran … · 2008-05-02 · dari kecil hingga dewasa ......

24

Upload: buinguyet

Post on 25-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran
Page 2: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran
Page 3: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN MANHAJ AL-

TAFSIR

MUHAMAD BALYA BIN ABD RASHID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________________

Nama Penulis : MUHAMAD BALYA BIN ABD.RASHID

Tarikh : 20 APRIL 2008

Page 5: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w

Teristimewa buat ayahnda dan bonda tercinta....

Abd Rashid bin Abd RahmanAbd Rashid bin Abd RahmanAbd Rashid bin Abd RahmanAbd Rashid bin Abd Rahman & & & & Zaimah Bte Abd RahmanZaimah Bte Abd RahmanZaimah Bte Abd RahmanZaimah Bte Abd Rahman

Terima kasih kerana telah memberi dorongan dan sokongan....

Jasa kalian tidak akan anakanda lupakan....

Pengorbanan dalam mendidik anakanda....

Dari kecil hingga dewasa.....

Buat kekanda & adindakekanda & adindakekanda & adindakekanda & adinda ku...

Hamidah, Hamizan, Zainab, A'tikah, Mohd Napis, Nu'aman, Zulfakar, Mohd NasuhaHamidah, Hamizan, Zainab, A'tikah, Mohd Napis, Nu'aman, Zulfakar, Mohd NasuhaHamidah, Hamizan, Zainab, A'tikah, Mohd Napis, Nu'aman, Zulfakar, Mohd NasuhaHamidah, Hamizan, Zainab, A'tikah, Mohd Napis, Nu'aman, Zulfakar, Mohd Nasuha

Kalian menjadi pendorong untukku teruskan Perjuangan ini..

Ku doakan agar kalian berjaya di dunia & akhirat....

Buat Teman Teristimewa.

Terima Kasih atas segalanya, segala jasa dan pengorbananmu tidak akan aku lupakan.

Buat Sahabatku..

Hamdan OmarHamdan OmarHamdan OmarHamdan Omar

Buat rakan-rakanku....

Rakan-rakanku 4SPI4SPI4SPI4SPI, Adik, Adik, Adik, Adik----adik adik adik adik 3SPI3SPI3SPI3SPI, , , , 2SPI, 1SPI2SPI, 1SPI2SPI, 1SPI2SPI, 1SPI

Terima kasih kerana telah membantu....

Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya....

Buat semua....

Terima kasih di atas segala-galanya....

Page 6: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Pencipta sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah yang

amat dikasihi. Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana

dengan berkat dan keizinanNya, penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini berjaya

disiapkan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada penyelia, Ustaz Abdul

Hafiz bin Abdullah yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar,

sumbangan idea dan nasihat dalam menjayakan projek ini. Semoga segala kerjasama dan

pengorbanan masa dan waktu yang telah beliau curahkan akan mendapat balasan

keberkatan daripada Allah S.W.T.

Ungkapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah fakulti

Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang telah

banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-

sahabat seperjuangan serta semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan PSM ini.

Dengan kerjasama dari semua pihak, Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan

dengan jayanya. Semoga budi baik yang telah kalian curahkan mendapat balasan yang

baik daripada Allah S.W.T. Amin...

Page 7: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap

matapelajaran Manhaj al-Tafsir. Aspek yang dikaji ialah penguasaan pelajar SPI

terhadap matapelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran, dan kepentingan

matapelajaran tersebut. Seramai 115 pelajar SPI telah dijadikan sampel dalam kajian ini.

Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibina sendiri oleh

penyelidik. Darjah kebolehpercayaan (alpa cronbach) bagi instrumen kajian yang

digunakan dalam kajian ini ialah 0.864. Data dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS 12.0). Analisis data dilakukan secara

deskriptif (frekuensi dan peratus). Dapatan kajian menunjukkan pelajar SPI mempunyai

persepsi yang positif dan minat yang tinggi terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir.

Secara keseluruhannya, persepsi terhadap kepentingan matapelajaran ini berada pada

tahap tinggi dengan nilai skor 4.15. Penguasaan terhadap matapelajaran Manhaj al-

Tafsir mencatatkan nilai skor min yang sederhana iaitu 3.61. Manakala purata min bagi

proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Manhaj al-Tafsir ialah 3.80 iaitu

berada pada tahap yang tinggi.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

vi

ABSRACT

The purpose of having this research is to indetify the perception of SPI student

for subject Manhaj al-Tafsir. The aspects that are going to be studied here is student

understanding for this subject, the teaching and learning process and the importance of

this subject. There are 115 students have been chosen as the samples in this research.

The instument which is used in this research including questionnaire which is

constructed by the researcher. The reliability degree (alpha cronbach) for this research is

0.864. The data were analyzed by Statistical Package For Social Science (SPSS 12.0)

software with descriptive analysis (by frequency and percentage). The outcome of the

research represent the SPI students have a positive perception and high interest about

Manhaj al-Tafsir subject. For overall, the perception of the importance this subject was

present in the highest level and the value of mean is 4.15. The understanding for this

subject represent the medium mean score with 3.16, while the mean average for teaching

and learning for this subject is 3.80 which are in the highest level.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 10: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

viii

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Pelajar SPI 9

1.8.3 Matapelajaran 9

1.8.4 Manhaj al-Tafsir 10

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Al-Qur'an Dan Ilmu tafsir 13

2.2.1 Al-Qur'an pada Bahasa 13

2.2.2 Al-Qur'an Pada Istilah 14

2.2.3 Al-Qur'an Diwahyukan Kepada 15

Nabi Muhamad s.a.w

2.2.4 Sejarah Penurunan Al-Qur’an 16

2.2.5 Hikmah Diturunkan Al-Qur’an 20

Secara Beransur-ansur

2.2.6 Ilmu Al-Tafsir 22

2.2.6.1 Definisi Tafsir 22

2.2.6.2 Keutamaan Ilmu Tafsir 23

2.2.7 Syarat Untuk Menjadi Mufassir 26

Page 11: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

ix

2.3 Perbahasan Ilmu Manhaj al-Tafsir 26

2.3.1 Metodologi pentafsiran Al-Qur'an 28

2.3.2 Tafsir bi al-Ma’thur 28

2.3.2.1 Kelemahan Pendapat Sahabat 30

Dan Tabi‘in dalam metode

Tafsir bi al- Ma’thur

2.3.2.2 Kitab-kitab Tafsir bi al-Ma'thur 31

2.3.3 Tafsir bi al-Ra’yi 32

2.3.3.1 Pembahagian Tafsir Bi Al-Ra’yi 32

2.3.3.2 Karya-karya Tafsir bi al-Ra’yi 34

2.3.4 Tafsir al-Isyari atau Sufi 35

2.3.4.1 Pendapat Ulama Tentang 36

Tafsir Al-Isyari

2.3.5 Tafsir al-Tahlili 36

2.3.6 Tafsir al-Ijmali 37

2.3.7 Tafsir al-Muqaran 37

2.3.8 Tafsir al-Maudhu'iy 38

2.3.8.1 Bentuk-bentuk Tafsir al-Maudhu'iy 39

2.4 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 40

2.4.1 Konsep Pengajaran 40

2.4.2 Konsep Pembelajaran 41

2.4.3 Bentuk Perlaksanaan Pengajaran 42

Yang Berkesan

2.4.4 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 43

Manhaj al-Tafsir

2.4.4.1 Kaedah Syarahan 44

2.4.4.2 Kaedah Pembentangan Kumpulan 45

Page 12: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

x

2.5 Sinopsis Matapelajaran Manhaj al-Tafsir 46

2.5.1 Rujukan Pembelajaran yang dicadangkan 47

2.6 Kepentingan Mempelajari Manhaj al-Tafsir 48

2.7 Kajian-kajian yang Lepas 50

2.8 Penutup 53

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 54

3.2 Reka Bentuk Kajian 55

3.3 Lokasi Kajian 55

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 56

3.5 Instrumen Kajian 56

3.6 Tatacara Kajian 58

3.7 Analisis Data 58

3.8 Jangka Masa Kajian 59

3.9 Kesimpulan 50

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 61

4.2 Dapatan Kajian 61

4.3 Bahagian A: Maklumat Peribadi Responden 62

4.3.1 Jantina 62

4.3.2 Umur 63

4.3.3 Tahun Pengajian 64

4.3.4 Kelulusan 64

4.3.5 CGPA Terakhir 65

4.4 Analisis Data Bahagian B, C, dan D 65

Page 13: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

xi

4.4.1 Bahagian B (Objektif Pertama) 66

4.4.2 Bahagian C (Objektif Kedua) 72

4.4.3 Bahagian D ( objektif Ketiga) 78

4.5 Kesimpulan 89

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 90

5.2 Perbincangan 91

5.2.1 Latar Belakang Responden 91

5.2.2 Mengenal Pasti Penguasaan Pelajar SPI 93

Terhadap Matapelajaran Manhaj al-Tafsir

5.2.3 Mengenalpasti Persepsi Pelajar SPI 95

Terhadap Proses P&P Manhaj al-Tafsir

5.2.4 Persepsi Terhadap Kepentingan 97

Manhaj al-Tafsir

5.3 Rumusan 99

5.4 Cadangan 100

5.4.1 Cadangan Tindakan 101

5.4.2 Cadangan kajian Lanjutan 102

5.5 Penutup 103

BIBLIOGRAFI 104

LAMPIRAN 108

Page 14: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT

3.1 Jangka masa Kajian 59

4.1 Taburan Jantina Responden 62

4.2 Taburan Umur Responden 62

4.3 Taburan Tahun Pengajian 62

4.4 Taburan Kelulusan 63

4.5 Taburan CGPA Terakhir 65

4.6 Keputusan Peperiksaan Manhaj al-Tafsir 66

4.7 Kefahaman Topik Matapelajaran 67

4.8 Kesukaran Matapelajaran Manhaj al-Tafsir 67

4.9 Kefahaman Sukatan Matapelajaran 68

4.10 Menerangkan Metode-metode Pentafsiran 68

4.11 Keyakinan Menyampaikan kepada orang lain 69

4.12 Ketidakfahaman Metode-metode yang digunakan 69

4.13 Pembahagian Metode Tafsir bi al-Mathur 70

4.14 Membezakan metode-metode Pentafsiran 70

4.15 Merujuk bahan rujukan yang lain 71

4.16 Penerangan Pensyarah berkaitan Matapelajaran 72

4.17 Pensyarah Menjelaskan kandungan Matapelajaran 72

4.18 Pengajaran Pensyarah 73

4.19 Pengajaran pensyarah Menarik 73

Page 15: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

xiii

4.20 Kepelbagaian Teknik Pengajaran 74

4.21 Pendekatan Pengajaran 74

4.22 Teknik Menarik Minat Pelajar 75

4.23 Mengulangkaji sebelum Pembelajaran 76

4.24 Membuat Perbincangan bersama pensyarah 76

4.25 Kemukakan persoalan kepada Pensyarah 77

4.26 Meningkatkan CGPA 78

4.27 Penting Kepada Pelajar pengkhususan Peng. Islam 78

4.28 Berasa rugi jika tidak Mempelajari matapelajaran ini 79

4.29 Menambahkan Ilmu Pentafsiran al-Qur'an 80

4.30 Tidak Penting untuk kursus SPI 80

4.31 Memberikan Motivasi dan Semangat 71

4.32 Bentuk Metode yang tidak boleh di gunakan 82

4.33 Matapelajaran ini tidak Meningkatkan pengentahuan 82

Dalam bidang pentafsiran al-Qur'an

4.34 Terdorong untuk menkaji al-Qur'an 83

4.35 Intisari Kandungan matapelajaran

manhaj al-Tafsir banyak memberi manfaat 84

4.36 Objektif pertama 85

4.37 Objektif Kedua 86

4.38 Objektif Ketiga 88

Page 16: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

xiv

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

FP - Fakulti Pendidikan

s.a.w - Sallallahu Alaihi Wassalam

S.W.T - Subhanahu Wata’ala

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pendidikan Islam)

UM - Universiti Malaya

UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package For Social Science

SPACE - Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan

Berterusan

CGPA - Cumulative Grade Point Average

Page 17: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik 108

B Surat Akuan Pelajar dari PPIPS, 113

UTM Skudai

C Surat Permohonan Kepada 114

Perpustakaan UM

Page 18: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Al-Qur’an merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w,

penurunannya menjadi garis panduan yang jelas kepada umat manusia seluruhnya.

Kandungannya merangkumi segala keperluan manusia baik dari segi aspek, akidah,

ibadat, muamalat, hukum-hukum jenayah, kekeluargaan, akhlak, ekonomi, politik dan

sebagainya. Menurut Abdul Razak Mahmud (1989: 5) Al-Qur’an ialah kalam Allah

S.W.T yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad s.a.w yang

disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir dan membacanya adalah satu

ibadat.

Proses mendalami ilmu al-Qur’an pentafsiran merupakan satu aspek yang

terpenting dalam memahami isi kandungannya dan ianya juga dikira sebagai asas

pembinaan generasi muslim yang celik ilmu pengetahuan. Menurut Muhamad Ali al-

Shabuni (1996: 89) Tafsir merupakan kunci gudang penyimpanan yang terkandung

Page 19: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

2

dalam al-Qur'an.Tanpa dengannya kita tidak mungkin sampai kepada gudang

penyimpanan yang penuh dengan permata mutiara itu. Menurut Mazlan Ibrahim

(2002: 3) Tujuan yang paling tinggi dari tafsir iaitu menzahirkan hidayah al-Qur'an dan

pengajarannya serta menerangkan maksud yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.

Sejak awal penurunan al-Qur’an lagi Allah S.W.T telah mengamanahkan

RasulNya, dengan tugas mentafsirkan makna yang terkandung dalam al-Qur’an. Ini

dapat difahami melalui Firman Allah S.W.T : (Surah al-Nahl 16:44):

ÏM≈uΖÉi�t7ø9 $$ Î/ Ì� ç/–“9 $#uρ 3 !$ uΖø9 t“Ρr& uρ y7ø‹s9 Î) t� ò2Ïe%!$# tÎi t7çF Ï9 Ĩ$ ¨Ζ=Ï9 $ tΒ tΑÌh“çΡ öΝÍκ ö�s9 Î)

Νßγ‾= yès9 uρ šχρ ã� ©3x tGtƒ ∩⊆⊆∪

Terjemahannya :

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang

jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab suci

(yang menjadi panduan) ;Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai

Muhammad) Al-Qur’an yang memberi peringatan, supaya engkau dapat

menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan

kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

Rentetan daripada itu, zaman sahabat juga al-Qur’an ditafsirkan, sehingga ke

zaman tabi‘in, kemudian tabi‘ tabi‘ in mereka juga membuat pentafsiran terhadap al-

Qur’an. Kesemua generasi pentafsir al-Qur’an ini menggunakan manhaj atau metode

pentafsiran yang pelbagai.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

3

Menurut Muhamad Ali al-Shabuni (1996: 95) Secara ilmiah, Tafsir terbahagi

kepada tiga bahagian. Yang pertama Tafsir bi al-riwayah yang juga dikenali dengan

Tafsir bin-nakl ataupun Tafsir bi al-ma’tsur. Tafsir bi al-riwayah ini dibahagi kepada

tiga bahagian. Adakalanya pentafsiran al-Qur’an dengan ayat al-Qur’an, pentafsiran al-

Qur’an dengan Hadis Nabi, dan pentafsiran al-Qur’an dengan ucapan para sahabat.

Yang kedua adalah Tafsir bi al-dirayah yang disebut juga sebagai Tafsir bi al-

Ra’yi. Dalam Tafsir ini seorang pentafsir al-Qur’an berpegang pada ijtihadnya. Bukan

berpegang kepada Atsar yang diambil dari para sahabat atau para tabi‘in. Tafsir Bi al-

Ra’yi adalah suatu bentuk ijtihad yang dibangunkan di atas dasar-dasar yang benar serta

kaedah-kaedah yang betul yang harus digunakan setiap orang yang hendak mentafsirkan

al-Qur’an.

Menurut Fauzi Deraman (2001: 97)Tafsir bi al-Ra'yi terbahagi kepada dua

bahagian iaitu Tafsir bi al-Ra'yi al-Mazmum (Tafsir yang tercela) dan yang kedua ialah

Tafsir bi al-Ra'yi al-Mamduh. Tafsir bi al-Ra'yi al-Mamduh adalah pentafsiran yang

sesuai dengan tujuan syari', jauh dari kebodohan dan kesesatan, sesuai dengan kaedah-

kaedah Bahasa Arab serta berpegang pada uslub-uslubnya dalam memahami nas-nas al-

Qur’an. Sesiapa yang mentafsirkan al-Qur'an dengan pendapatnya, iaitu dengan

ijtihadnya dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut, serta berpegang kepadanya

dalam memberikan makna-makna terhadap ayat-ayat al-Qur'an.

Tafsir bi al-Ra'yi al-Mazmum adalah pentafsiran al-Qur'an tanpa berdasarkan

ilmu dan juga tidak mengetahui kaedah-kaedah bahasa atau syari’ah, ataupun mereka

mentafsirkan ayat Allah berdasarkan mazhabnya yang rosak ataupun keadaan bi’ahnya

yang tersesat.

Page 21: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

4

Tafsir yang ketiga adalah Tafsir al-Isyari. Ia Merupakan suatu bentuk ta’wil al-

Qur'an yang berbeza dengan zahir lafaz atau ayat, kerana ianya menjuruskan kepada

isyarah-isyarah yang sangat rahsia yang hanya diketahui oleh sebahagian Ulul Ilmi dan

‘ arifin (orang yang ma‘rifat kepada Allah).Sehingga mereka mampu menemui rahsia-

rahsia al-Qur’an.

Menurut al-Farmawi (2002: 23) kebanyakan ulama tafsir menulis kitab-kitab

tafsir yang menggunakan berbagai kaedah tafsir iaitu Metode Tahlili, Metode Ijmali,

Metode Muqaran dan Metode Maudhui'y. Penghuraian yang lebih lanjut terhadap

metode-metode tersebut adalah di dalam perbincangan yang selanjutnya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendekatan yang diambil oleh pentafsir dalam mentafsirkan ayat-ayat suci al-

Qur'an melalui penulisan adalah berbeza-beza mengikut tempat dan masa serta mengikut

kepelbagaian kaedah (metode tafsir) masing-masing. Namun begitu perlu kita sedari

bahawa di sana terdapat cara dan ketetapan tertentu yang telah digariskan oleh ahli tafsir

agar ianya tidak terkeluar dari kehendak asal al-Qur'an. Di antaranya ialah keperluan

untuk menguasai Bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu Nasikh Mansukh, Asbab al-Nuzul

dan lain-lain. Dengan kata lain seorang pentafsir perlu menguasai ulum al-Qur’an

sebelum mereka melayakkan diri untuk mentafsirkan al-Qur'an.

Selain itu seorang Mufassir perlu menguasai ilmu Manhaj al-Tafsir dan usul al-

Tafsir supaya hasil pentafsiran mereka tidak terseleweng dari kehendak agama Islam

sendiri, begitu juga agar mereka tidak terpesong dari pengertian ayat al-Qur’an itu

sendiri. Ini menunjukkan pengetahuan terhadap Manhaj al-Tafsir merupakan perkara

Page 22: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

5

pokok bagi seseorang Mufassir sebelum mereka memilih pendekatan metode yang

sesuai untuk mentafsirkan ayat al-Qur’an.

Jika kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang ilmu pentafsiran al-Qur'an

ini, terdapat juga golongan Mufassir ini mentafsirkan al-Qur'an semata-mata untuk

kepentingan diri mereka yang hanya mengikuti nafsu mereka sahaja. Mereka telah

melakukan penyelewengan dalam agama Islam itu sendiri. Perkara ini tidak akan dapat

dikesan atau dijejaki melainkan seseorang yang pakar dalam bidang ilmu Manhaj al-

Tafsir dan Usul al-Tafsir. Hal ini amat merbahaya dan ianya boleh merosakkan

pegangan ataupun pemahaman masyarakat terhadap persoalan akidah, ibadat, muamalat

dan segala hukum hakam yang berkaitan dengan agama Islam.

Sememangnya ilmu yang berkaitan dengan pentafsiran al-Qur’an amat penting

dan perlu dikuasai dengan baik oleh bakal pendidik yang bergelar ustaz dan ustazah.

Pemahaman mereka yang jelas dan benar terhadap ilmu yang berkaitan dengan al-

Qur’an ini akan menjadikan mereka sebagai pendakwah-pendakwah yang berilmu,

bertakwa dan mempunyai ilmu yang cukup sebelum mereka membimbing orang lain.

Mata pelajaran ini memberi gambaran yang jelas kepada pelajar tentang penggunaan

manhaj atau kaedah untuk mentafsirkan ayat-ayat suci al-Qur’an.

1.3 Pernyataan Masalah

Matapelajaran Manhaj al-Tafsir merupakan matapelajaran teras, yang wajib di

ambil oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam). Kod mata pelajaran ini ialah SLQ 2112 yang mana akan ditawarkan

kepada pelajar pada semester pertama tahun kedua pengajian.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

6

Berdasarkan kepada pengalaman penyelidik yang telah mengambil matapelajaran

ini pada semester I sesi 2005/ 2006 yang lalu, Pemahaman serta penguasaan pelajar

termasuk penyelidik sendiri, terhadap ilmu Manhaj al-Tafsir masih lagi di suatu tahap

yang kurang memuaskan. Penyelidik juga percaya pelajar-pelajar lain juga beranggapan

sedemikian , berdasarkan pemerhatian penyelidik bersama mereka ketika perbincangan,

pembentangan kertas kerja dan sebagainya.

Oleh itu, berdasarkan kepada situasi tersebut, maka penyelidik merasakan suatu

keperluan untuk menjalankan kajian ini bagi meninjau dan mengetahui persepsi pelajar

SPI terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir, sejauhmana penguasaan pelajar SPI,

proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Manhaj al-Tafsir serta kepentingan

matapelajaran Manhaj al-Tafsir kepada mereka.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

1. Mengenalpasti penguasaan pelajar SPI terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir.

2. Mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran Manhaj al-Tafsir.

3. Mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan matapelajaran Manhaj

al-Tafsir.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ... Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap matapelajaran

7

1.5 Persoalan Kajian

1. Sejaumanakah penguasaan pelajar SPI terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir?

2. Apakah persepsi pelajar SPI terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran Manhaj al-Tafsir?

3. Apakah persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan matapelajaran Manhaj al-

Tafsir?