persepsi pelajar spi yang berkahwin tentang … · terima kasih atas doa dan sokonganmu. ... cara...

32
PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: duongnhu

Post on 19-Jul-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN

SEMASA BELAJAR

NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN SEMASA BELAJAR

SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL__________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

_____________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 24, KAMPUNG PARIT WAHAB BENUT, 82210 PONTIAN, JOHOR DARUL TA’ZIM. Tarikh : APRIL 2006

____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Nama Penyelia : USTAZ KAMARUL AZMI BIN JASMI

Tarikh : APRIL 2006

DISAHKAN OLEH:

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan : …………………………………………...

Nama Penyelia : USTAZ KAMARUL AZMI BIN JASMI

Tarikh : APRIL 2006

i

PERSEPSI PELAJAR SPI YANG BERKAHWIN TENTANG PERKAHWINAN

SEMASA BELAJAR

NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………...

Nama Penulis : NOR RASHIDAH BINTI ABDUL JAMAL

Tarikh : APRIL 2006

iii

DEDIKASI

Buat insan yang dikenang

Bonda

Nuraihan Binti Sulong

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanannu dalam mendidik dan membesarkanku

serta sentiasa mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga.

Ayahanda

Abdul Jamal Bin Abdul Jalil

Terima kasih atas doa dan sokonganmu.

Khas untuk suami tersayang Norilfairuz Bin Abdullah

Terima kasih atas pengorbananmu sepanjang pengajianku di UTM yang sentiasa

memberi dorongan dan kekuatan untuk meneruskan pengajian.

Anakanda

Izz Hakimi Bin Norilfairuz

Ketahuilah ilmu dan kejayaan yang diperolehi bukan sesuatu untuk dibanggakan tetapi

ilmu untuk diamalkan dan mengajak manusia untuk mencintai Allah agar selamat di

dunia dan di akhirat.

Sahabat

Jasa dan pertolonganmu semua akan kukenang hingga akhir hayat dan semoga Allah

melimpahkan rahmat buat kita semua.

Terima Kasih.

iv

PENGHARGAAN

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan

kurniaNya dan dengan izinNya projek ini dapat dijalankan serta disempurnakan. Selawat

serta salam buat Rasulullah saw, ahli keluarga baginda, para sahabat dan sekalian

mujahidin Islam.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Kamarul Azmi Bin

Jasmi, selaku penyelia tesis yang banyak membantu dalam memberi bimbingan serta

dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga buat pelajar tahun satu sehingga

tahun lima SPI di atas kerjasama yang diberikan.

Tidak dilupakan juga buat suami tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang

sama-sama berjuang di jalan Allah, serta buat semua yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam membantu laporan ini. Segala sumbangan dan dorongan kalian

akan diberkati, Insya Allah. Akhir kata, sekian terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar SPI

tentang perkahwinan semasa belajar. Antara aspek-aspek yang diberikan perhatian oleh

pengkaji ialah tentang latar belakang pelajar, cara pengurusan kewangan, penerimaan

keluarga, dan tanggungjawab pelajar terhadap keluarga semasa belajar. Kajian ini

melibatkan seramai 23 orang yang terdiri daripada pelajar tahun satu sehingga tahun lima

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) . Alatan kajian yang

digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu

bahagian A,B,C, D dan E. Maklumat yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan

(SPSS) Statistical Packages Of Science Social Version 12.0 dan hasil analisis

ditunjukkan dalam bentuk peratus dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

responden dapat menguruskan kewangan terhadap keluarga, ini berdasarkan kepada min

keseluruhan iaitu sebanyak 3.66. Walaubagaimanapun min keseluruhan bagi item-item

penerimaan keluarga dan masyarakat sebanyak 3.18, ini menunjukkan bahawa kedua-dua

belah pihak menerima perkahwinan anak mereka semasa belajar. Manakala min

keseluruhan bagi pembahagian masa terhadap keluarga pula ialah 3.91 ini menunjukkan

bahawa mereka boleh membahagikan masa terhadapa keluarga dan belajar serta

tanggungjawab terhadap keluarga pula min keseluruhannya ialah 3.99 ini menunjukkan

bahawa mereka masih lagi menunaikan tanggungjawab yang di amanahkan kepada

mereka sambil menguruskan tanggungjawab terhadap pelajaran. Hasil daripada dapatan

kajian ini diharap dapat menjelaskan persepsi pelajar tentang perkahwinan semasa belajar

dan menjadi pendorong kepada pelajar yang sudah berkahwin untuk meneruskan

pengajian dan menguruskan tanggungjawab di dalam sebuah rumahtangga.

vi

ABSTRACT

This research objective is to define the perception of married SPI student’s on the

topic marriage while studying. The aspects focused on the research are student

background, financial management, approval and acceptance of family and how their

responsibility to their family while studying. This research involved by 23 students, from

year one to year five who are from Bachelor of Science with Education (Islamic Studies).

The instrument used is questionnaire. It divides into five sections. There are sections A,

B, C, D and E. The raw data were processed by using SPSS (Statistical Packages of

Science Social Version 12.0) and the result showed in percentage and frequency. Based

on the over all min, that is 3.66 the result shows that respondents can manage their

financial properly. However the whole min to items acceptance of family and society is

3.18. It means both of family accepted their sons or daughters weddings. While over all

min of time management is 3.91. The figure approved that married student can manage

their time wisely between study and family. They are also can commits and responsible

with their family because the min showed it about 3.99. As the conclusion, hopefully, the

research can describe students’ perception on marriage while studying and also motivate

the other married people to pursue studying.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI CARTA xv

SENARAI AYAT AL-QURAN xvi

SENARAI HADIS xvii

SENARAI TRANSLITERASI xviii

SENARAI SINGKATAN xix

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Kajian 6

1.3 Pernyataan Kajian 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

viii

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Penutup 12

BAB II SOROTAN PENULIS

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kajian Lepas 13

2.3 Keluarga dalam Islam 19

2.4 Tanggungjawab Keluarga dalam Islam 21

2.3.1 Tanggungjawab Suami 21

2.3.2 Tanggungjawab Isteri 23

2.3.3 Tanggungjawab Kaum Kerabat (Keluarga) 25

2.5 Hukum Belajar dalam Islam Ketika Berkahwin 25

2.6 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar

Berkahwin Semasa Belajar 28

2.7 Masalah-masalah yang Timbul Semasa

Perkahwinan 30

2.8 Pandangan Islam Terhadap Wanita yang

Berkahwin dan Belajar 33

2.9 Penutup 35

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Populasi Kajian 36

3.4 Sampel Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.5.1 Soal Selidik 37

3.6 Tatacara Kajian 40

3.6.1 Kajian Rintis 40

3.6.2 Kajian Sebenar 41

3.7 Analisis Data 43

3.8 Jangkamasa Kajian 43

3.9 Penutup 45

BAB IV ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 46

4.2 Analisis Data dan Keputusan 46

4.2.1 Bahagian A:Latar Belakang Responden 46

4.2.2 Bahagian B:Cara Pengurusan Kewangan

Terhadap Keluarga 55

4.2.3 Bahagian C:Penerimaan Keluarga dan

Masyarakat 58

4.2.4 Bahagian D:Pembahagian Masa Terhadap

Keluarga 62

4.3 Tahap Keseluruhan Objektif Kajian 68

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 74

5.2 Perbincangan 75

5.2.1 Latar Belakang Responden 76

5.2.2 Cara Pengurusan Kewangan Terhadap

Keluarga 77

5.2.3 Penerimaan Keluarga dan Masyarakat 78

5.2.4 Pembahagian Masa dan Tanggungjawab

Terhadap Keluarga 80

5.3 Rumusan 81

5.4 Cadangan 83

5.5 Kajian Lanjutan 87

5.6 Penutup 88

BIBLIOGRAFI 89

LAMPIRAN 93

xi

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 39

3.2 Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian 39

3.3 Ringkasan Tugas yang Dijalankan Sepanjang Jangkamasa Kajian 44

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47

4.2 Taburan Asal Negeri Responden 48

4.3 Taburan Responden Mengikut Jantina 48

4.4 Taburan Tahun Pengajian Responden 49

4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Latar Belakang Pendidikan

Sek. Men. Rendah (PMR dan Kebawah) Responden 49

4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Pendidikan Sek. Men. Tinggi

(Tingkatan 4 dan SPM) Responden 50

4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Lepasan SPM Responden

dan Sebelum Masuk UTM 50

4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Pernah Bekerja

Sebelum Masuk UTM 51

4.9 Taburan Bilangan dan Peratusan Pasangan Responden

adalah Pelajar atau Tidak 52

4.10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Suami atau Isteri

Tinggal Bersama 52

4.11 Taburan Bilangan dan Peratusan Jumlah Anak Responden 53

4.12 Taburan Bilangan dan Peratusan Tempoh Berkahwin Responden 53

4.13 Taburan Bilangan dan Peratusan Kerjaya Bapa Responden 54

4.14 Taburan Bilangan dan Peratusan Kerjaya Ibu Responden 54

4.15 Taburan Skor Bagi Responden yang Bergantung kepada

xii

Perbelanjaan Kewangan PTPTN 55

4.16 Taburan Skor Suami Memberi Nafkah Perbelanjaan Kepada Isteri 56

4.17 Taburan Skor bagi Suami atau Isteri Membuat Mesyuarat

Kewangan 56

4.18 Taburan Skor Keluarga Sebelah Suami Membantu Meringankan

Beban Kewangan 57

4.19 Taburan Skor Pasangan Responden ada Bekerja untuk

Menampung Pendapatan Keluarga 57

4.20 Taburan Skor Responden Memiliki Sumber Pendapatan Sampingan58

4.21 Taburan Skor bagi Sebahagian daripada Kaum Keluarga

Responden tidak Menyukai semasa Berkahwin 58

4.22 Taburan Skor Keluarga Sebelah Perempuan lebih Sukar

Membenarkan Berkahwin semasa Belajar 59

4.23 Taburan Skor Sekiranya Responden ada Masalah Merujuk

Kepada Kaum Keluaga 59

4.24 Taburan Skor bagi Kedua-dua Belah Pihak Keluarga sering

Menghubungi Responden 60

4.25 Taburan Skor bagi Ibu bapa Responden seringkali Menziarahi

dan Mengambil Berat akan Keluarga Responden 61

4.26 Taburan Skor bagi Cuti Semester Responden (Suami atau Isteri)

Tinggal lebih Lama di Kampung 61

4.27 Taburan Skor bagi Responden Merasa Seronok Berkahwin 62

4.28 Taburan Skor bagi Responden Melaksanakan Tanggungjawab

Terhadap Keluarga dan Belajar 62

4.29 Taburan Skor bagi Responden Menyelesaikan Tanggungjawab

Keluarga Dahulu Berbanding Belajar 63

4.30 Taburan Skor bagi Isteri Memahami Situasi Suami Yang

Masih Belajar 63

4.31 Taburan Skor bagi Suami lebih Memahami Situasi Isteri

Yang Masih Belajar 64

4.32 Taburan Skor bagi Responden Membahagikan Waktu Siang

xiii

untuk Belajar dan Waktu Malam untuk Keluarga 64

4.33 Taburan Skor Suami banyak Membantu

Menguruskan Rumah tangga 65

4.34 Taburan Skor bagi Suami atau Isteri Membantu Tugasan Belajar 65

4.35 Taburan Skor bagi Responden Gembira Menimang Cahayamata 66

4.36 Taburan Skor bagi Responden Gembira Bila Dapat Menjaga

Sendiri Anak 66

4.37 Taburan Skor bagi Responden Kadang-kadang Bergaduh dengan

Suami atau Isteri 67

4.38 Taburan Skor bagi Pasangan Responden Banyak Menyediakan

Kemudahan Belajar 67

4.39 Cara Pengurusan Kewangan Terhadap Keluarga 68

4.40 Penerimaan Keluarga dan Masyarakat 70

4.41 Pembahagian Masa dan Tanggungjawab Terhadap Keluarga 71

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Rangka Kerja Kajian 42

xv

SENARAI CARTA

NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT

4.1 Cara Pengurusan Kewangan Terhadap

Keluarga 69

4.2 Penerimaan Keluarga dan Masyarakat 71

4.3 Pembahagian Masa dan Tanggungjawab

Terhadap Keluarga 73

xvi

SENARAI AYAT AL-QURAN

NO. QURAN SURAH MUKA SURAT

1.1 Surah an-Nisa’: 1 1

1.2 Surah Yasin : 32 3

1.3 Surah al-Rum : 21 4

1.4 Surah al-Hujarat : 13 5

2.1 Surah as-Shu cara’:11 16

2.2 Surah an-Nahl : 72 18

2.3 Surah al-Baqarah : 187 20

2.4 Surah at-Taubah : 71 20

2.5 Surah al-Baqarah : 228 22

2.6 Surah an-Nisa’: 34 22

2.7 Surah al-Taubah : 122 26

2.8 Surah Yusuf : 76 27

2.9 Surah al-Acraf : 189 29

2.10 Surah al-Nisa’ : 19 32

2.11 Surah al-Ahzab : 33 33

xvii

SENARAI HADIS

NO. HADIS HADIS RIWAYAT MUKA SURAT

2.1 al-Bukhari dan Muslim 24

2.2 al-Tirmidhi 24

xviii

SENARAI SINGKATAN

S.W.T - Subhanahu Wata cala

saw - Sallallahu calaihi wa-sallam

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPI - Sarjana Muda Pengajian Islam

Sek. - Sekolah

Ren. - Rendah

Men. - Menengah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMA - Sekolah Menengah Agama

SAR - Sekolah Agama Rakyat

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

xviii

SENARAI TRANSLITERASI

Huruf Hija’iyyah

Huruf Rumi Huruf Hija’iyyah Huruf Rumi

ا a ط t ب b ظ z ت t ع c

ث th غ gh ج j ف f ح h ق q خ kh ك k د d ل l ذ dh م m ر r ن n ز z و w س s ه h ش sh ء ’ ص s ي y ض d

xix

SENARAI SINGKATAN

S.W.T - Subhanahu Wata cala

saw - Sallallahu calaihi wa-sallam

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPI - Sarjana Muda Pengajian Islam

Sek. - Sekolah

Ren. - Rendah

Men. - Menengah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMA - Sekolah Menengah Agama

SAR - Sekolah Agama Rakyat

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Dalam agama Islam pelbagai ayat daripada beberapa surah dalam kitab suci al-

Quran telah diturunkan dan menyentuh secara langsung tentang perkahwinan, khususnya

di dalam falsafah perkahwinan. Antara ayat tersebut yang berbunyi:

ياأيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجاال آثيرا ونساء واتقوا الله الذي تتساءلون به

واألرحام إن الله آان عليكم رقيبا [Quran 1.1] “Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan

2

(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”

Surah an-Nisa’, 4:1; Abdullah Basmeih, 1995: 178

Berhubung dengan ayat di atas, maka perkahwinan mempunyai tujuan yang

penting daripada segi menyusun pergaulan antara lelaki dan perempuan bagi

mewujudkan suasana kasih sayang dan memperindahkan kehidupan. Melalui

perkahwinanlah kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan

antara pasangan dapat dijamin.

Ayat al-Quran tersebut memperlihatkan kepada kita bagaimana perkahwinan

adalah sesuatu yang fitrah dan sekaligus ada kaitannya dengan persoalan ketaqwaan

kepada Allah S.W.T. Ia juga memperlihatkan kebesaran Allah S.W.T. Salah satu

perlindungan Allah S.W.T ialah dengan menurunkan rasa tenteram dan rahmah

(mawaddatan-wa-rahmah) kepada seluruh keluarga yang terlibat dengan institusi

perkahwinan khusus kepada suami dan isteri.

Dalam Islam kebahagian rumah tangga amat berkait rapat dengan faktor

bimbingan dan rahmah dari Allah S.W.T. Ini amat difahami kerana tujuan utama

perkahwinan dari kaca mata Islam ialah penerusan zuriat manusia yang bertaqwa kepada

Allah S.W.T untuk memakmurkan bumi Allah ini (Fatimah, et. al., 2005: 588).

Menurut Ahmad (2003) manusia akan menghadapi berbagai kepincangan

sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur mengikut peraturan tertentu. Tujuan

perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat

mewujudkan suasana kasih sayang dalam keluarga. Dalam perkahwinan, kewajipan dan

peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan. Sebaliknya jika peraturan-

peraturan itu tidak dipatuhi sama ada kejahilan atau sengaja mengingkarinya, maka

3

pasangan itu akan sentiasa dilanda arus yang menjadikan kehidupan mereka tidak aman

dan harmoni.

Menurut Burhanuddin, et. al. (1999: 7) perkahwinan adalah salah satu ketentuan

semulajadi (sunnatullah) yang berlaku kepada semua makhluk Allah seperti manusia,

haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai makhluk Allah yang paling mulia, manusia

memiliki peraturan-peraturan tertentu dalam melaksanakan sunnatullah ini. Firman Allah

S.W.T yang berbunyi:

سبحان الذي خلق األزواج آلها مما تنبت األرض ومن أنفسهم ومما ال يعلمون

[Quran 1.2] “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

Surah Yasin, 32:36; Abdullah Basmeih, 1995: 1165

Ayat ini menjelaskan bahawa manusia diciptakan berpasang-pasangan sama ada

ianya mengetahui ataupun tidak diketahuinya. Islam menganjurkan perkahwinan dan

melarang segala bentuk perhubungan seks diluar nikah. Ia seharusnya melalui institusi

perkahwinan dan hidup berkeluarga dengan ikatan yang berpanjangan serta berkekalan

untuk bersama dan memainkan peranan di dalam kehidupan bermasyarakat (Khurshid,

1996: 14).

Perkahwinan juga adalah satu pertalian dan ikatan yang khusus dan lebih kecil

seperti ikatan yang terjalin melalui darah keturunan (Abdul Rahman, et. al., 1995: 31).

4

Menurut Muhammad (1997: 33) perkahwinan ialah memanjangkan zuriat dengan

cara yang teratur dan sihat. Ia sebagai matlamat di dalam institusi perkahwinan. Islam

menekankan fungsi perkahwinan sebagai satu jalan untuk hidup dan menjadi teman bagi

memenuhi keinginan yang tertentu. Firman Allah SWT yang berbunyi:

ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة إن في ذلك آليات لقوم يتفكرون

[Quran 1.3] “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Surah al-Rum, 30:21; Abdullah Basmeih, 1995: 1059

Ini adalah satu bukti atau tanda kekuasaan Allah S.W.T, bahawasanya diciptakan

lelaki dan pelengkapnya adalah perempuan juga daripada rusuk lelaki supaya boleh

bermesra dan ada perasaan sayang-menyayangi di antara satu sama lain untuk melahirkan

zuriat, inilah yang diperkatakan oleh ayat al-Quran di atas.

Menurut Ahmad (2003) terdapat satu lagi masalah yang menjadi persoalan ialah

perkahwinan sekufu' atau setaraf. Ia diukur dari segi taraf kehidupan, sama ada mereka

memiliki ilmu pengetahuan atau tidak. Ia juga akan mempengaruhi sesebuah kehidupan

dalam berkeluarga sekiranya suami tidak memiliki taraf pendidikan yang baik manakala

isteri memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi daripada suami, maka akan jatuh atau

mengaibkan suami dengan taraf hidupnya. Mungkin disebabkan masalah ini sesebuah

rumahtangga akan pincang dan berlakunya penceraian yang tidak diduga hanya kerana

sekufu’.

5

Menurut Zuarida (2005) `Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', 'Sama cantik

sama padan' dan `Bagai pinang dibelah dua'. Itulah kepelbagaian ungkapan yang sering

benar diucapkan apabila hendak memuji kecantikan dan ketampanan sepasang pengantin

baru. Luahan perasaan sebegini jelas membuktikan naluri kita sebagai manusia yang

gemar kepada keindahan, dan menolak sesuatu yang tidak sepadan atau tidak secocok.

Perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya

dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang

hayat. Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya setaraf dalam banyak hal supaya

rumahtangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.

Kesesuaian atau sefahaman dalam memilih suami mahupun isteri, merupakan

asas dalam membina keluarga Muslim. Kesesuaian bukan sahaja dinilai dari aspek

kedudukan, harta kekayaan dan pendidikan akan tetapi kesamaan atau sefahaman dalam

agama Islam turut diambil kira. Firman Allah SWT berbunyi:

ياأيها الناس إنا خلقناآم من ذآر وأنثى وجعلناآم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أآرمكم عند الله أتقاآم إن الله عليم خبير

[Quran 1.4] “Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Surah al-Hujurat, 49:13; Abdullah Basmeih, 1995: 1387

Berhubung dengan ayat di atas Allah S.W.T menjadikan lelaki dan perempuan

untuk saling kenal-mengenal di antara satu sama lain dan makhluk inilah yang paling

mulia daripada mahkluk-makhluk Allah yang lain.

6

Aspek pendidikan boleh dikaitkan dengan profesion atau kerjaya dan

penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman

baginda Rasulullah saw. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah

dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar. Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal

bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah saw mengenepikan soal darjat antara kedua-

duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama

(Abdul Kadir, 2002:118).

1.2 Latar Belakang Kajian

Kehidupan berkeluarga adalah satu lumrah di dalam kehidupan walaupun masih

belajar. Banyak terdapat rintangan dan halangan di dalam kehidupan berumah tangga.

Dengan keadaan ekonomi yang pesat membangun kewangan amat penting dan menjadi

sumber utama di dalam sesuatu urusan. Di dalam kehidupan berumah tangga ia

memerlukan sumber kewangan yang kukuh bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Perkahwinan dapat menyatu-padukan antara satu kaum dengan satu kaum yang

lain (Abd. Kadir, 2002: 22) menjalinkan hubungan di antara satu sama lain dengan saling

berhubung dengan keluarga yang lain.

Dewasa ini, penerimaan keluarga dan masyarakat terhadap perkahwinan mereka

yang berkahwin semasa belajar. Mereka tidak boleh menerima mereka yang berkahwin

semasa belajar kerana bagi mereka tidak boleh melakukan kerja di dalam dua masa yang

sama. Kita jangan jahil terhadap sesuatu perkara.

7

Pelbagai cara boleh diatasi kepada masalah gejala sosial ini antaranya dengan

mengamalkan cara hidup Islam dalam membina pelajar yang berakhlak dan mempunyai

jati diri serta berkeupayaan untuk menghindari akan tingkah laku yang boleh membawa

kepada masalah sumbang mahram ini dengan pendidikan ilmu agama yang cukup yang

perlu diterapkan dalam diri, keluarga, masyarakat secara keseluruhannya. Dengan

memperkayakan diri dengan ilmu yang bermanfaat, mengukuhkan akidah dan akhlak,

membaca dan menghayati al-Quran serta melibatkan diri dalam program-program

kemasyarakatan.

Seterusnya membina sikap positif dalam diri dengan bertanggungjawab,

mempunyai sensitiviti yang tinggi, tidak mudah menyalahkan orang lain dan boleh

mengawal diri sendiri serta keluarga.

Bagi seorang suami juga perlu memainkan peranan sebagai ketua keluarga untuk

memimpin sesebuah rumah tangga dan bertanggungjawab memandu keluarga ke arah

kebahagiaan di dunia dan akhirat, menerapkan pendidikan yang efektif, menjadi role

model, bersikap terbuka dan perlu meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan serta

pendidikan bagi memudahkan sesuatu pengurusan dan pentadbiran di dalam hidup

berkeluarga.

Apa yang ingin dikupas di sini ialah sejauhmana persepsi pelajar yang berkahwin

tentang perkahwinan semasa belajar memandangkan banyak tanggapan yang negatif

terhadap masalah pengurusan rumah tangga semasa belajar.

8

1.3 Pernyataan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap

urusan rumah tangga semasa belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengetahui persepsi pelajar tentang cara pengurusan kewangan terhadap keluarga

di kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang sudah berumah tangga.

1.4.2 Melihat beberapa persepsi terhadap penerimaan keluarga dan masyarakat bagi

mereka yang telah berkahwin semasa belajar.

1.4.3 Meninjau persepsi pelajar yang berkahwin terhadap pembahagian

masa belajar serta melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.

9

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa

persoalan iaitu:

1.5.1 Apakah persepsi pelajar yang berkahwin tentang urusan kewangan

sama ada terhadap keluarga dan kegunaan semasa belajar.

1.5.2 Apakah persepsi pelajar yang berkahwin tentang penerimaan

keluarga dan masyarakat terhadap perkahwinan semasa belajar .

1.5.3 Bagaimanakah persepsi pelajar yang berkahwin terhadap pembahagian

masa belajar dan melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.