persepsi pelajar-pelajar kemahiran hidup … file2 kemahiran hidup elektif pertanian di tiga buah...

22
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU ELEKTIF PERTANIAN TERHADAP MATA PELAJARAN PERTANIAN DI TIGA BUAH SEKOLAH DI DAERAH BATU PAHAT NORYZANA BTE OTHMAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC 2004

Upload: vominh

Post on 16-Jun-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU ELEKTIF

PERTANIAN TERHADAP MATA PELAJARAN PERTANIAN DI TIGA BUAH

SEKOLAH DI DAERAH BATU PAHAT

NORYZANA BTE OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 2: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang
Page 3: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang
Page 4: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang
Page 5: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

iv

DEDIKASI

Buat suami tercinta, Mohd.Razib B Ali.

Terima kasih di atas kesabaran dan pengorbananmu

kasih sayang dan kesetiaanmu ibarat mentari yang menyinari jiwa ini

Buat abah dan mama yang dihormati

Encik Othman B Abd Majid dan Puan Kalthom Bte Hj Hamzah

terima kasih atas doronganmu dan pengorbananmu

Buat puteri dan puteraku yang disayangi

Nur Amrina Roshada dan Muhammad Ammar

kejayaan ini adalah sedikit kasih sayang yang ibu korbankan buat kalian

Jadikanlah jalan yang ku rintis ini sebagai jambatan untuk kalian ke puncak jaya

Buat semua kaum keluarga dan rakan taulan

Doa dan sokongan kalian akan dikenang selamanya

Page 6: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, syukur

Alhamdulillah dengan limpah dan kurniaNya laporan projek ini dapat disiapkan

dengan sempurna.

Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada pensyarah pembimbing Encik Mohsin B Uzir yang banyak

memberi bimbingan , pendapat, tunjuk ajar dan sokongan yang diperlukan dalam

usaha menyiapkan projek penulisan ini.

Terima kasih juga diucapkan juga kepada pihak Kementerian Pendidikan,

Jabatan Pendidikan Johor, pengetua-pengetua dan guru-guru serta pelajar-pelajar Sek.

Men. Keb. Sri Gading, Sek.Men. Keb. Tun Ismail,Parit Raja dan Sek.Men.Keb.Rengit

Batu Pahat yang terlibat dalam kajian ini di atas kerjasama yang diberikan.

Akhir sekali tidak lupa juga buat teman-teman seperjuangan yang telah

membantu dalam menyiapkan projek ini.

Terima kasih.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar terhadap

mata pelajaran Pertanian. Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan

2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat.

Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang diperolehi dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science (SPSS) versi 10.0

untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan mendapati faktor minat

memberikan pengaruh yang paling tinggi dalam persepsi para pelajar Kemahiran

Hidup yang mengikuti elektif Pertanian. Ini diikuti dengan faktor pengetahuan dan

pengajaran guru. Beberapa cadangan telah diberikan kepada pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia , pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar. Hasil kajian ini

diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

vii

ABSTRACT

The purpose of this research is to know the students perception about

agriculture subject. Form two students from Batu Pahat area were involve in this

research. The school involve in this research is Sek Men Keb Sri Gading, Batu Pahat,

Sek.Men Keb.Tun Ismail, Parit Raja and Sek. Men. Keb. Rengit. The total of

respondents were 113. Statistical Package of Social for Windows (SPSS) versi 10.0 is

for analysed data to get frequency, percentage and mean. The Kemahiran Hidup

students who were in agriculture elective give high perception for interest factor in

this research. Then followed by knowledge and teacher`s teaching factor. A few

proposed are given to Kementerian Pendidikan Malaysia, school, parents and

students. Hopefully from this research will be a guideline others.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

JUDUL i

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 4

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 8

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 9

Page 10: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

ix 1.8 Terminologi 10

1.9 Penutup 14

BAB 11 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan 15

2.1 Kemahiran Hidup 16

2.0 Persepsi pelajar 17

2.3 Minat 18

2.4 Keupayaan pelajar 19

2.5 Kemudahan 19

2.6 Pengetahuan pelajar 20

2.7 Faktor guru 21

2.8 Rumusan 22

BAB III METADOLOGI

3.0 Pengenalan 23

3.1 Reka bentuk kajian 23

3.2 Populasi kajian 24

3.3 Instrumen kajian 25

3.4 Kandungan soal selidik 25

3.5 Kajian Rintis 27

3.6 Penganalisian Data 28

3.7 Pengesahan Kajian 30

Page 11: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

xBAB IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 31

4.1 Bahagian A-Latar Belakang Responden 32

4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan

Jantina 32

4.1.2 Taburan Responden Berdasarkan

Bangsa 33

4.1.3 Taburan Responden Berdasarkan

Tempat Tinggal 33

4.1.4 Taburan Responden Berdasarkan

Pekerjaan Ibu/bapa atau Penjaga 34

4.1.5 Taburan Responden Berdasarkan

Pilihan 35

4.1.6 Taburan Responden Berdasarkan

Keahlian kelab/persatuan 35

4.2 Rumusan Bahagian A 36

4.3 Bahagian B-Analisis Deskriptif 37

4.4 Dapatan Persoalan Kajian 1 38

4.5 Dapatan Persoalan Kajian 2 41

4.6 Dapatan Persoalan Kajian 3 44

4.7 Dapatan Persoalan Kajian 4 47

4.8 Dapatan Persoalan Kajian 5 50

4.9 Taburan Analisis Semua Persoalan

Kajian 53

4.10 Penutup 54

Page 12: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

xiBAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 55

5.1 Perbincangan Kajian 56

5.1.1 Latar Belakang Responden 56

5.1.2 Faktor Minat 57

5.1.3 Faktor Keupayaan 59

5.1.4 Faktor Kemudahan 60

5.1.5 Faktor Pengetahuan 62

5.1.6 Faktor Pengajaran Guru 63

5.2 Rumusan Kajian 64

5.3 Cadangan-cadangan 67

5.3.1 Kementerian Pendidikan

Malaysia 68

5.3.2 Pihak Pengurusan Sekolah 69

5.3.3 Pihak Ibu/bapa/Masyarakat 69

5.3.4 Pelajar-pelajar 70

5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 71

5.5 Penutup 71

BIBLIOGRAFI 73

LAMPIRAN 77

Page 13: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 1.1 Jumlah Keluasan, Keluasan Sesuai Untuk

Pertanian Dan Keluasan Kawasan Pertanian

Yang Dimajukan Mengikut Daerah

(Keluasan Fizikal) Bagi Setiap Daerah

Dalam Negeri Johor. 5

Jadual 1.5 Bilangan Pelajar Tingkatan 2 Mengikut

Elektif 8

Jadual 1.7 Enrolman Pelajar Kemahiran Hidup Pilihan

Pertanian Tingkatan 2 Di Tiga Sekolah

Terpilih Di Daerah Batu Pahat. 9

Jadual 3.2 Bilanagan Pelajar Tingkatan 2 lektif Pertanian 24

Jadual 3.4 Jadual Item Dan Persoalan Kajian 26

Jadual 3.6a Menunjukkan Skor Tiga Mata 29

Jadual 3.6b Menunjukkan Tahap Min 29

Jadual 4.1.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 32

Jadual 4.1.2 Taburan Responden Berdasarkan

Bangsa 33

Jadual 4.1.3 Taburan Responden Berdasarkan

Tempat Tinggal 33

Jadual 4.1.4 Taburan Responden Berdasarkan

Pekerjaan Ibu/bapa atau Penjaga 34

Jadual 4.1.5 Taburan Responden Berdasarkan

Pilihan 35

Page 14: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

xiiiJadual 4.1.6 Taburan Responden Berdasarkan

Keahlian kelab/persatuan 35

Jadual 4.4 Analisis Faktor Minat 38

Jadual 4.5 Analisis Faktor Keupayaan Pelajar 41

Jadual 4.6 Analisis Faktor Kemudahan 44

Jadual 4.7 Analisis Faktor Pengetahuan Pelajar 47

Jadual 4.8 Analisis Faktor Pengajaran Guru 50

Jadual 4.9 Taburan Analisis Semua Persoalan Kajian 53

Jadual 5.2 Kedudukan Persoalan Kajian Mengikut Min

Yang Tertinggi 64

Page 15: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran EPRD Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Johor

D Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia

E Surat Pengesahan Soal Selidik

F Analisis Data Kajian Rintis

Page 16: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

BAB I

PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Kepesatan pembangunan negara Malaysia sebagai sebuah negara industri yang

sedang membangun turut menjadikan sistem pendidikan di negara ini berubah.

Situasi perubahan ini telah menjadikan sistem pendidikan yang sedia ada perlu

berkembang selaras dengan kepesatan pembangunan negara. Keperluan tenaga mahir

yang semakin meningkat menjadikan pendidikan dibidang sains dan teknologi perlu

ditingkatkan. Sebagai sebuah negara yang selama ini berkonsepkan pertanian,

Malaysia kini telah menuju kepada sebuah negara perindustrian (Zulkifli

Senteri,1997). Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menggubal satu dasar

dan Falsafah Pendidikan Negara yang bersesuaian dengan Dasar Perindustrian

Negara.

Menurut Yahya Emat (1993), sebelum Kurikulum Bersepadu Kemahiran

Hidup di laksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia, negara ini menpunyai

corak pendidikan yang beraneka jurusan. Ia mula diperkenalkan di sekolah-sekolah

menengah pada tahun 1965. Pada masa itu, sistem pendidikan ini hanya

memperuntukkan pelajar memilih satu daripada empat mata pelajaran elektif iaitu

Seni Perusahan, Perdagangan, Sains Rumah Tangga dan Sains Pertanian. Pemilihan

ini juga adalah mengikut kecenderungan , bakat dan minat para pelajar.

Page 17: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

2

Setelah lama menjadi acuan kepada pemikiran pelajar di Malaysia, sistem

aneka jurusan ini didapati mempunyai kelemahan kerana terlalu menekankan ciri-ciri

pengkhususan dalam satu-satu bidang elektif sahaja. Sistem sebegini tidak memberi

peluang kepada pelajar mempelajari bidang elektif yang lain dan menyekat daya

kreatif para pelajar. Ini kerana menurut Razaq dan Norzaini (2000), pelajar yang

kreatif dan inovatif merupakan aset yang amat berharga kepada masyarakat dan

negara. Menyedari permasalahan ini, satu kurikulum baru telah digubal dengan

tujuan supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari semua bidang elektif.

Usaha penyemakan semula kurikulum ini merupakan satu usaha

penambahbaikan yang bertujuan untuk memantapkan keperluan dan kehendak Akta

Pendidikan, memenuhi semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Menurut Wan Mohd.Zahid (1990) dalam Abd Shukor Abd Rahman, pelajar

seharusnya diberi peluang sama rata untuk mengikuti kursus pendidikan yang

mempunyai semua unsur teknologi dan keusahawanan. Menyedari hakikat ini, maka

sistem aneka jurusan telah digubal kepada Kurikulum Bersepadu Kemahiran Hidup.

Penggubalan kurikulum ini mempersiapkan pelajar dengan keupayaan dan kredibiliti

bagi menghadapi cabaran pendidikan abad ke -21 yang mana ia lebih mengutamakan

perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ia juga bertujuan

untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan

mereka mengendalikan kehidupan harian dengan lebih produktif dalam dunia

teknologi yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah (Hj Osman b Jaafar,1992).

Sumber yang diperolehi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (1992),

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada 2 iaitu

I. Bahagian teras II. Bahagian Elektif (pilihan)

Page 18: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

3 Bahagian Teras Bahagian teras mengandungi tiga komponen yang wajib untuk semua pelajar

iaitu Kemahiran Manipulatif dimana kemahiran ini membekalkan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran praktis dalam bidang teknologi. Aktiviti yang dijalankan

oleh pelajar adalah berkonsepkan `kerja buat sendiri’. Komponen ini merangkumi

teknik operasi, pengenalan kepada alatan elektromekanikal mudah, teknologi bahan

dan aspek kuantitatif.

Komponen kedua ialah Perdagangan dan keusahawanan. Tujuannya untuk

membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran perniagaan dan

keusahawanan. Ia meliputi aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan perniagaan

dan etika dalam perniagaan dan pengeluaran.

Komponen ketiga pula ialah komponen kekeluargaan dimana pelajar

dibekalkan dengan kemahiran interaksi antara individu dengan keluarga dan

masyarakat di sekelilingnya.

Bahagian Elektif

Bahagian elektif mengandungi tiga komponen, tetapi pelajar dikehendaki

memilih satu komponen sahaja dan pelajar akan kekal dari tingkatan 1 hingga 3.

Pilihan pertama ialah Kemahiran Manifulatif Tambahan (KMT).Ia adalah lanjutan

daripada komponen Teras Kemahiran Manipulatif. Pilihan KMT membolehkan

pelajar mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam Lukisan Kejuruteraan, Enjin,

Elektik dan Elektronik.

Page 19: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

4

Pilihan kedua ialah Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Ia membekalkan pelajar

dengan pengetahuan dan kemahiran mengendalikan urusan diri dari segi makanan dan

pemakanan, pakaian dan tempat kediaman.Tujuannya untuk membolehkan pelajar

menyediakan makanan yang seimbang, mengamalkan tabiat dan etika makan yang

baik mengurus pakaian sendiri dan menjaga keselesaan tempat kediaman.

Manakala pilihan ketiga pula ialah Pertanian (SP). Para pelajar pilihan tiga ini

akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran asas praktis yang berkaitan

dengan pengeluaran tanaman dan ternakan. Disamping itu pelajar turut didedahkan

kepada asas perdagangan dan keusahawanan dalam bidang pertanian.

1.1 Latar Belakang Masalah

Menurut Surtahman Kastin Hasan dan Zulkifli Senteri (1997), pertanian

merupakan satu bidang yang sudah tua dan akan pupus dalam menghadapi cabaran

era perindustrian. Menurut beliau lagi, pertanian kini dilihat sebagai satu sektor yang

kecil dan kian kurang mendapat perhatian terutama dalam lapangan pekerjaan. Ini

berikutan pula dengan Malaysia yang kini berada dalam alam siber yang

berteknologi dan berkembang dengan pesat dalam dunia Sains dan teknologi

maklumat. Berikutan dengan itu jugalah, sistem pendidikan di sekolah kini turut

mengalami beberapa pembaharuan selaras dengan kehendak negara sebagai sebuah

negara industri. Dalam kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu, elektif Pertanian

masih menjadi satu komponen dalam mata pelajaran di sekolah.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

5

Kajian Othman Kassim (1998), menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti

kurikulum Kemahiran Hidup elektif Pertanian menunjukkan reaksi yang tidak begitu

minat terhadap kerja-kerja amali Pertanian. Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar ini

malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti amali yang dijalankan oleh guru elektif itu

sendiri. Kebanyakan pelajar dari sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat ini adalah

terdiri daripada keluarga petani (rujuk Jadual 1.1). Persoalannya di sini ialah adakah

pelajar-pelajar ini berminat dengan mata pelajaran Pertanian berdasarkan latar

belakang keluarga mereka atau mereka lebih cenderung memilih elektif selain

daripada Pertanian.

Jadual 1.1: Jumlah keluasan, keluasan sesuai untuk pertanian dan kawasan

pertanian yang dimajukan mengikut daerah bagi setiap daerah dalam negeri

Johor.

Daerah Jumlah

keluasan

daerah (Ha)

Keluasan sesuai

untuk pertanian

(Ha)

Keluasan

sesuai untuk

pertanian

(%)

Keluasan

kawasan

pertanian yang

dimajukan

(Ha)

Keluasan

kawasan

pertanian yang

dimajukan

(%)

Batu Pahat 196,691.00 152,000.00 77.28 122,284.30 62.2

Johor Bahru 178,347.00 137,000.00 76.82 76,056.12 42.6

Kluang 287,213.00 226,000.00 78.69 169,431.00 69.7

Kota Tinggi 348,816.00 235,000.00 67.37 169,431.00 48.6

Mersing 287,966.00 70,000.00 24.31 54,294.00 18.9

Muar 237,976.00 185,000.00 77.74 142,392.41 59.8

Pontian 93,374 79,000.00 84.61 57,783.62 61.9

Segamat 287,017.00 2,000.00 69.68 170,825.78 59.5

Johor 1,917,400 1,284,000.00 66.97 993,364.56 51.8

Page 21: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

6

Berdasarkan latar belakang masalah di atas pengkaji ingin membuat kajian

tentang persepsi pelajar-pelajar tingkatan 2 yang mempelajari Kemahiran Hidup

Bersepadu tentang Pertanian yang di ajarkan di sekolah

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah di atas, pengkaji mendapati bidang

Pertanian

merupakan satu bidang yang telah tua dan hampir pupus. Bidang ini juga kurang

mendapat perhatian terutamanya sebagai bidang pekerjaan (Surtahman Kastin Hassan

dan Zulkifli Senteri (1997). Menurut Othman Kassim (1998) pula, pelajar-pelajar

yang mengikuti Kemahiran Hidup Bersepadu elektif Pertanian menunjukkan reaksi

yang kurang minat dan malas dalam melakukan aktiviti amali.

Oleh yang demikian akan menumpukan kajian ini kepada lima aspek yang

berkaitan dengan persepsi pelajar. Aspek yang akan dikaji ialah minat pelajar

terhadap mata pelajaran Pertanian, keupayaan pelajar dalam menjalankan amali

Pertanian, kemudahan peralatan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

pertanian, pengetahuan pelajar terhadap bidang Pertanian dan pengaruh guru dalam

pengajaran mata pelajaran Pertanian.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar

Kemahiran Hidup di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat terhadap mata pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian secara khusus. Dalam kajian ini pengkaji

hanya menumpukan kepada:

Page 22: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP … file2 Kemahiran Hidup Elektif Pertanian di tiga buah sekolah di daerah Batu Pahat. Responden kajian adalah seramai 113 orang. Data yang

7

1.3.1 Mengenalpasti apakah persepsi pelajar-pelajar terhadap mata pelajaran

Pertanian dari aspek minat.

1.3.2 Meninjau apakah persepsi pelajar-pelajar Kemahiran Hidup elektif

Pertanian dari aspek keupayaan dalam melaksanakan kerja-kerja amali

pertanian.

1.3.3 Mengenalpasti sama ada faktor kemudahan peralatan di sekolah

mempengaruhi persepsi pelajar Kemahiran Hidup terhadap mata

pelajaran

Pertanian.

1.3.4 Meninjau apakah persepsi pelajar-pelajar Kemahiran Hidup tentang

asas Pertanian.

1.3.5 Mengenalpasti sejauhmanakah pengaruh guru dalam membentuk

persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pertanian.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan- persoalan yang menjadi asas kepada kajian adalah seperti berikut;

1.4.1 Apakah persepsi pelajar-pelajar Kemahiran Hidup elektif Pertanian

dari sudut minat terhadap mata pelajaran Pertanian?

1.4.2 Apakah persepsi pelajar-pelajar Kemahiran Hidup elektif Pertanian

dari aspek keupayaan dalam melaksanakan kerja-kerja amali

Pertanian?

1.4.3 Adakah kemudahan pertanian yang terdapat di sekolah mempengaruhi

persepsi pelajar Kemahiran Hidup terhadap mata pelajaran Pertanian?

1.4.4 Adakah pengetahuan tentang asas Pertanian mempengaruhi persepsi

pelajar-pelajar Kemahiran Hidup elektif Pertanian?

1.4.5 Adakah proses pengajaran guru dapat mempengaruhi persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran Pertanian?