tahap tekanan akademik dan kerisauan pelajar ... papers/jssh vol. 9 (2...tahap tekanan akademik dan...

7
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 9(2): 87-93 (2001) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras Kemahiran Hidup RAHIL HJ. MAHYUDDIN, ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE & NORAN FAUZIAH YAACOB* Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selangor *Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintijlk Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah, Malaysia Keywords: Kemahiran Hidup, Kemahiran Manipulatif, stres, komponen teras ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan dan kerisauan pelajar dalam mempelajari komponen teras mata pelajaran Kemahiran Hidup. Seramai 146 responden menjadi subjek kajian. Kebanyakannya atau 76.7% merupakan pelajar sekolah menengah, selebihnya merupakan pelajar pendidikan guru dalam bidang pendidikan vokasional. Stres diukur dengan menggunakan item yang telah dibentuk sendiri oleh pengkaji dengan nilai alpha 0.68. Pelajar didapati paling stres apabila merasa bersalah kerana gagal mencapai apa yang diharapkan, dan merasa resah apabila menunggu keputusan ujian Kemahiran Hidup. Beberapa dapatan berbentuk kualitatif berkaitan dengan faktor yang menyebabkan stres dan kerisauan dibincangkan. Penyelidik telah menyenaraikan beberapa cadangan yang praktikal untuk menangani tekanan akademik pelajar Kemahiran Hidup. Proses pengajaran-pembelajaran komponen Kemahiran Manipulatif dan Perdagangan dan Keusahawanan perlu diperbaiki untuk mengurangkan stres pelajar, ABSTRACT The purpose of this study was to identify stress and anxiety level of students in learning the core component of the Living Skills (Kemahiran Hidup) subject. Most of the subjects (76.7%) were secondary school students, the others were university student teachers majoring in vocational education. Stress was measured by using items developed by the researchers. Students felt most stressed when they felt guilty because they failed to achieve what was expected of them, and felt uneasy while waiting for the living skills examination results. Several qualitative research findings related to factors contributing to stress and anxiety were discussed. The researchers had listed several practical recommendations to handle students academic stress in learning the living skills subject. The teaching and learning process for manipulative skills as well as the commerce and entrepreneurship components need to be improved to reduce students' stress. LATAR BELAKANG Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk membolehkannya mengendalikan hidup secara produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah. Mata pelajaran ini dirancang untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi empat komponen wajib untuk semua pelajar. Bahagian pilihan pula mengandungi tiga komponen, dan pelajar dikehendaki memilih satu daripada tiga komponen tersebut Sejak diperkenalkan, bahagian teras Kemahiran Hidup merangkumi aspek Kemahiran

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

32 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 9(2): 87-93 (2001) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar MempelajariKomponen Teras Kemahiran Hidup

RAHIL HJ. MAHYUDDIN, ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE &NORAN FAUZIAH YAACOB*

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia,43400 UPM, Serdang, Selangor

*Sekolah Bahasa dan Pemikiran SaintijlkUniversiti Utara Malaysia

06010 Sintok, Kedah, Malaysia

Keywords: Kemahiran Hidup, Kemahiran Manipulatif, stres, komponen teras

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan dan kerisauan pelajar dalam mempelajarikomponen teras mata pelajaran Kemahiran Hidup. Seramai 146 responden menjadi subjekkajian. Kebanyakannya atau 76.7% merupakan pelajar sekolah menengah, selebihnya merupakanpelajar pendidikan guru dalam bidang pendidikan vokasional. Stres diukur dengan menggunakanitem yang telah dibentuk sendiri oleh pengkaji dengan nilai alpha 0.68. Pelajar didapati palingstres apabila merasa bersalah kerana gagal mencapai apa yang diharapkan, dan merasa resahapabila menunggu keputusan ujian Kemahiran Hidup. Beberapa dapatan berbentuk kualitatifberkaitan dengan faktor yang menyebabkan stres dan kerisauan dibincangkan. Penyelidik telahmenyenaraikan beberapa cadangan yang praktikal untuk menangani tekanan akademik pelajarKemahiran Hidup. Proses pengajaran-pembelajaran komponen Kemahiran Manipulatif danPerdagangan dan Keusahawanan perlu diperbaiki untuk mengurangkan stres pelajar,

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify stress and anxiety level of students in learning the corecomponent of the Living Skills (Kemahiran Hidup) subject. Most of the subjects (76.7%) weresecondary school students, the others were university student teachers majoring in vocationaleducation. Stress was measured by using items developed by the researchers. Students felt moststressed when they felt guilty because they failed to achieve what was expected of them, and feltuneasy while waiting for the living skills examination results. Several qualitative research findingsrelated to factors contributing to stress and anxiety were discussed. The researchers had listedseveral practical recommendations to handle students academic stress in learning the living skillssubject. The teaching and learning process for manipulative skills as well as the commerce andentrepreneurship components need to be improved to reduce students' stress.

LATAR BELAKANG

Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran teras dalam Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran inibertujuan membekalkan pelajar dengankemahiran asas untuk membolehkannyamengendalikan hidup secara produktif dalamdunia teknologi dan perdagangan yang kompleksdan sentiasa berubah. Mata pelajaran inidirancang untuk mencapai hasrat FalsafahPendidikan Negara iaitu untuk mewujudkan

insan yang seimbang dan harmonis dari segiintelek, rohani, emosi dan jasmani.

Mata pelajaran ini terbahagi kepada duaiaitu bahagian teras dan bahagian pilihan.Bahagian teras mengandungi empat komponenwajib untuk semua pelajar. Bahagian pilihanpula mengandungi tiga komponen, dan pelajardikehendaki memilih satu daripada tigakomponen tersebut

Sejak diperkenalkan, bahagian terasKemahiran Hidup merangkumi aspek Kemahiran

Rahil Hj. Mahyuddin, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Noran Fauziah Yaacob

Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,dan Kekeluargaan. Tetapi sejak tahun 1996komponen reka cipta telah diperkenalkan dalamKemahiran Hidup. Komponen ini diperkenalkanuntuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif,inovatif dan inventif dalam pengeluaran sesuatuproduk teknologi. Reka cipta adalah penghasilansesuatu projek atau barangan baru ataupengubahsuaian dalam bidang teknologi untukmemenuhi kehendak pengguna. Projek yangdihasilkan pelajar adalah daripada idea yangtersendiri atau diubah suai dan berpotensi untukdipasarkan. Menurut Hanafi Ramal:

"Kurikulum Reka cipta menekankan pemikirananalitikal, kritikal, lateral dan inventif ke arahmenghasilkan sesuatu reka cipta yang bergunadalam bentuk konkrit dan berfungsi"

(1996)

Berikut diterangkan penjelasan terperinci 3lagi komponen teras Kemahiran Hidup, Ketiga-tiga teras ini merupakan fokus kajian ini.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran Manipulatif membekalkan pelajardengan pengetahuan dan kemahiran praktisdalam bidang teknologi. Tujuannya adalah untukmembolehkan pelajar berfungsi secara berkesandalam masyarakat yang berorientasikan teknologikhususnya di tempat tinggal dan di tempatbekejpa kelak. Komponen ini merangkumi teknikoperasi, alatan elektromekanikal yang mudah,teknologi bahan dan aspek kuantitatif. Antaraaktiviti yang dijalankan oleh pelajar ialah kerja-buat-sendiri yang mudah berkaitan denganbinaan, pemasangan, penyenggaraan, baik pulih,unsur-unsur pengurusan diri, dan perkebunan.Aspek pengiraan kos digabungjalinkan dalampembinaan projek.

Perdagangan dan Keusahawanan

Perdagangan dan Keusahawanan membekalkanpelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asasperniagaan dan keusahawanan yang menekankanamalan perniagaan termasuk aspek kewangandan simpan kira, pengurusan perniagaan, etikadalam perniagaan, dan pengeluaran. Pelajarjuga dibekalkan dengan pengetahuan dankemahiran mengenai konsumerisme. Tujuannyaadalah untuk memupuk sikap berdikari, yakindiri, semangat ingin tahu, ingin mencuba dantidak berputus asa, meningkatkan inisiatif, daya

mereka cipta serta berkeupayaan mengenai pastipeluang perniagaan, menggunakan peluangperniagaan dengan bijaksana dan bertindaksebagai pengguna dan pengeluar yangbertanggungjawab.

Kekeluargaan

Komponen Kekeluargaan membekalkan pelajardengan kemahiran interaksi antara individudengan keluarganya dan masyarakat, Bagimembolehkan pelajar melakukan interaksi ini iaterlebih dahulu perlu mengetahui danmemahami pelbagai aspek dirinya sendiri.Melalui perkembangan diri, ia dapat wujud danmengukuhkan perhubungan mesra dengankeluarganya serta masyarakat sekelilingnya. Olehyang demikian Komponen Kekeluargaandibahagikan kepada tiga aspek iaitu PeningkatanKendiri, Kesejahteraan Keluarga, danKeharmonian Hidup Bermasyarakat. Kemahiranyang dibekalkan adalah untuk membantu pelajarmenguruskan hal-hal peribadinya denganberkesan, mengamalkan sikap yangbertanggungjawab dan mesra serta berinteraksisecara bersopan santun dengan orang lain sepertiahli keluarga, rakan sebaya, dan guru, sesuaidengan nilai masyarakat.

Memandangkan komponen KemahiranHidup begitu terasing antara satu dengan laindan juga diajar secara berasingan maka satukajian yang dapat mengenai pasti tahap kerisauandan tekanan pelajar semasa mengikuti matapelajaran ini dianggap wajar dijalankan. Setakatini belum ada lagi kajian yang dijalankan untukmeninjau tahap kerisauan dan tekanan pelajarterhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup,walaupun ianya telah diperkenalkan sejak 10tahun lalu. Menurut Russel dan Hattie (1991)terdapat banyak literatur berkaitan dengantekanan yang dialami remaja berpunca daripadapihak sekolah. Sekolah sebagai penyumbangutama rasa tertekan pelajar perlu diberi perhatianmemandangkan kebanyakan masa seorangpelajar diluangkan untuk mengikuti pelajaranberbentuk akademik. Antara faktor dalam aspeksekolah termasuklah guru. Guru mengalamistres kerana bebanan kerja dan berhadapandengan pelajar yang agresif (Hui dan Chan1996) dan apabila guru dikehendaki mengajarpelbagai komponen dalam Kemahiran Hidupyang sebahagiannya asing bagi guru itu, secaratidak langsung mungkin akan mempengaruhitahap keupayaan pelajar untuk belajar mata

88 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001

Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras Kemahiran Hidup

pelajaran Kemahiran Hidup. Jadi adalahmembimbangkan sekiranya perasaan tekanan inibetul-betul wujud disebabkan faktor berkaitandengan tekanan akademik.

Russel dan Hattie (1991) juga mendapatidalam kajian mereka bahawa tekanan rakansebaya, tekanan ibu bapa, kepentingan sekolahdan ketakutan pada kegagalan merupakan 4faktor yang signifikan untuk menyumbangkepada tekanan akademik. Di samping itu pelajarjuga menghadapi tekanan terhadap gredakademik, masa yang tidak mencukupi untukmenyempurnakan keperluan kendiri, dankebimbangan berkaitan dengan kehidupan masahadapan (Glenn & Rottman 1988). Akhir sekali,dapatanjegede (1996) mendapati pelajar melihatkebimbangan mendapat markah yang rendahdalam peperiksaan merupakan satu faktor yangamat menekankan mereka. Pelajaran KemahiranHidup sebenarnya membebankan pelajar keranaterlalu banyak komponen yang perlu digabung-jalinkan.

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pastitahap tekanan dan kerisauan pelajar dalammempelajari semua komponen teras dalamKemahiran Hidup.

Kajian ini cuba menjawab soalanpenyelidikan berikut:a. Apakah tahap stres pelajar sekolah dan

universiti dalam mempelajari KemahiranHidup?

b. Adakah terdapat perbezaan tahap stresmengikut kategori pelajar?

c. Apakah tahap kerisauan pelajar mengikutkomponen Kemahiran Hidup tertentu?

d. Apakah faktor yang menyumbang kepadakerisauan dalam mempelajari KemahiranHidup?

METODOLOGIKajian ini adalah berbentuk tinjauan yangmenggunakan soal selidik yang terbahagi kepada3 bahagian, iaitu, pertama mengandungimaklumat peribadi pelajar; kedua, soal selidikuntuk mengukur stres dengan nilai kepercayaan0.68 dan ketiga, soal selidik mengukur tahapkerisauan akademik pelajar. Empat belas itemdibina untuk mengukur stres dan bagi setiapitem, responden diberi 4 pilihan iaitu, "tidakpernah", "kadang-kadang", "selalu" dan "amatselalu". Skor 1 diberi untuk "tidak pernah",skor 2 untuk "kadang-kadang", skor 3 untuk"selalu" dan skor 4 untuk "amat selalu". Prosedur

skor ini digunakan untuk menentukan tahapstres iaitu skor tinggi untuk tahap stres yangtinggi dan skor rendah untuk tahap sebaliknya.Untuk mengukur tahap kerisauan, pelajardiminta menyatakan sejauh mana kerisauan'telah mereka alami dalam mempelajari setiapkomponen KH secara spesifik. Skala berikutdigunakan untuk mengukur kerisauan, iaitu skor1 untuk sangat "tidak merisaukan", skor 2 untuk"tidak merisaukan", skor 3 untuk "merisaukan"dan skor 4 untuk "sangat merisaukan".

Daripada 14 item yang dibentuk untukmengukur tahap stres, nilai Cronbach Alphamenunjukkan tiga item adalah berbezaberbanding sebelas item yang lain untukmengukur stres. Dengan mengeluarkan tigaitem itu, nilai alpha yang pada mulanya ialah0.57 meningkat kepada 0.68. Akhirnya untukanalisis pengukuran stres, sebelas item sahajadigunakan. KH merupakan salah satu matapelajaran baru yang diperkenalkan dalam KBSMdan bebanan mempelajari komponen yangpelbagai dalam satu pelajaran mungkinmenimbulkan tahap kerisauan yang tinggi danseterusnya melibatkan tekanan (Benjamin 8c Walz1987). Oleh kerana itu, kajian ini mendapatikedua-dua instrumen (stres dan kerisauan) amatrelevan untuk mengukur kedua-duapembolehubah itu dalam mempelajari KH.

Skala Likert digunakan untuk mengukurstres dan tahap kerisauan akademik. Item dalamsoal selidik digubal berdasarkan konstruk umumuntuk mengukur stres dan kerisauan. Soal selidikini dibina sendiri oleh pengkaji khusus untukKH. Seterusnya item ini dikaitkan dengan matapelajaran KH untuk mengukur tahap stres dankerisauan mempelajari mata pelajaran tersebut,

Dari segi sampelan, jumlah pelajar sekolahyang menjadi responden ialah 110 orang dan 36yang lain merupakan pelajar-pelajar pendidikanvokasional, sebuah universiti tempatan. Duakumpulan pelajar ini dipilih untuk menjelaskansama ada kedua-dua kumpulan ini secaraberasingan mengalami kerisauan dan stresapabila mengikuti pelajaran KH. Fokus kajianini hanyalah untuk meninjau sama ada wujudperasaan risau dan stres apabila mengikuti matapelajaran KH, dan sampel pelajar universitiyang dipilih merupakan bakal guru yang akanmengajar mata pelajaran KH di sekolah.

Data dikumpul dengan menggunakanpembantu penyelidik yang pergi ke sembilansekolah di kawasan Hulu Langat. Sekolah dipilih

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001 89

Rahil Hj. Mahyuddin, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Noran Fauziah Yaacob

secara rawak. Data dianalisis denganmenggunakan pengaturcaraan statistical packagefor the Social Science (SPSS), statistik deskriptif(min, peratus dan sisihan lazim) digunakanuntuk menginterpretasi data.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini melaporkan pelbagai aspek dapatankajian ini yang mengandungi tahap stres dankomponen kurikulum Kemahiran Hidup yangmenimbulkan tahap kerisauan yang tinggi.Kajian ini juga menerangkan faktor-faktorkerisauan. Jadual 1 menunjukkan responsterhadap sebelas item yang mengukur stres.Berdasarkan respons tersebut, pelajar didapatiberada dalam kategori paling stres apabila berasabersalah kerana gagal mencapai apa yangdiharapkan. Kedua, mereka berasa amat resahapabila menunggu keputusan ujian KemahiranHidup.

STRES DAN KATEGORI PELAJAR

Apabila dianalisis mengikut kategori pelajar,kedua-dua kumpulan dari aspek persepsi skorstres menunjukkan tidak ada perbezaansignifikan terhadap stres dalam mempelajari KH.Skor min untuk pelajar pendidikan guruuniversiti ialah 23.82 dan pelajar sekolahmenengah ialah 24.00.

KERISAUAN DALAM KOMPONENKEMAHIRAN HIDUP

Daripada lima komponen Kemahiran Hidup,dapatan keseluruhannya menunjukkan pelajarpaling risau dalam Kemahiran Manipulatif,diikuti dengan Perdagangan dan Keusahawanan,Ekonomi Rumah Tangga, Kekeluargaan danSains Pertanian. Rajah 2 menunjukkan respontei'hadap kelima-lima komponen ini.

JADUAL 1Statistik deskriptif tentang item stres

Item Tidakpernah

Kadang-kadang

Kerap(dalam

peratus)

PalingKerap

1. Saya selalu berasa kecewa.

2. Saya rasa tertekan kerana jangkaanprestasi terlalu tinggi.

3. Saya rasa bersalah kerana tidakmencapai apa yang dijangkakan.

4. Saya rasa ibu bapa mengharapkan A sahaja.

5. Saya sentiasa berasa letih dari segi fizikal.

6. Saya sentiasa berasa letih dari segi mental.

7. Saya sentiasa rasa cepat naik darah.

8. Saya sering lupa walaupun untuk perkara biasa.

9. Saya berasa gelisah apabila menunggukeputusan ujian KH.

10. Saya rasa terganggu apabila melakukan sesuatukerja KH dalam satu masa.

11. Saya berasa gelisah apabila memikirkan apakahyang akan dilakukan seterusnya dalam KH.

12.3

17.8

9.6

69.9

58.2

38.4

15.1

21.2

41.8

2.1

2.1

9.6

19.9

19.9

24.7

19.2

6.8

17.8

11.6

36.3

31.5

64.4

63.0

63.7

69.9

31.5

42.5

44.5

29.5

12.3

11.0

12.3

19.2

36.3

28.1

15.3

18.5

2.7

0.7

4.1

2.7

13.0

17.1

2.7

Peringatan: Peratus tidak menunjukkan 100% sebab "missing value".

9 0 Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001

Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras Kemahiran Hidup

JADUAL2Statistik deskriptif kerisauan untuk mempelajari komponen Kemahiran Hidup

Komponen

Kemahiran ManipulatifPerdagangan & KeusahawananEkonomi Rumah TanggaKekeluargaanSains Pertanian

Sangat risau

%10.423.44.84.10.7

Risau

%56.942.838.626.911.0

Tidak risau

%27.129.044.153.142.1

SangatTidak risau

%5.64.812.415.941.4

Analisis perbandingan skor peratusan untukkelima-lima komponen mengikut kategoripelajar, menunjukkan pelajar sekolah menengahpaling risau dalam Perdagangan danKeusahawanan, diikuti dengan KemahiranManipulatif, Sains Pertanian, Ekonomi RumahTangga dan Kekeluargaan. Bagi pelajar universitipula, mereka lebih risau dalam KemahiranManipulatif, diikuti dengan Perdagangan danKeusahawanan, Sains Pertanian, Ekonomi RumahTangga dan Kekeluargaan. Didapati kedua-duakumpulan pelajar menunjukkan mereka palingrisau dalam mempelajari komponen KemahiranManipulatif dan Perdagangan dan Keusahawananlebih daripada komponen lain. Ini keranakomponen Kemahiran Manipulatif adalah luasdan memerlukan latihan yang mendalam untukmenguasai kemahiran teknik operasi, alatanelektronik, teknologi bahan dan aspek kuantitatif(pengiraan kos). Pelajar terpaksa melakukanaktiviti sendiri yang memerlukan keupayaanberfikir secara kreatif untuk menyempurnakanprojek.

Dalam mempelajari komponen Perdagangandan Keusahawanan, kandungan silabus adalahluas. Aspek yang dipelajari termasuk asasperniagaan, simpan kira dan kemahirankeusahawanan yang banyak memerlukankefahaman konsep dan fakta yang bolehmengelirukan pelajar, terutama bagi mereka yangpertama kali mengikuti komponen ini di sekolahdan juga di universiti.

Bagi komponen lain, apa yang dipelajariadalah berkaitan dengan pengalaman dalamkehidupan seharian, seperti yang terdapat dalamkomponen kekeluargaan di mana perhubungansesama insan, peningkatan kendiri, kesejahteraankeluarga dan keharmonian hidup bermasyarakat.

Responden juga ditanya tentang sebab-sebabmereka suka atau tidak suka mempelajari mata

pelajaran Kemahiran Hidup. Kebanyakanresponden (95%) memberi sebab yangkebanyakannya berkait dengan perasaan risau.Faktor-faktor yang menyebabkan risau diutarakandalam bahagian perbincangan berikut.

PERBINCANGANStres, mengikut deflnisi bererti tekanan ke atasindividu oleh apa juga situasi sama ada positifatau negatif. Dalam kajian ini didapati pelajarsekolah mahupun pelajar universiti mengalamistres sama ada kerap, paling kerap dan kadang-kadang dalam situasi mempelajari KemahiranHidup dan juga semasa ujian. Antara puncastres ialah rasa bersalah kerana gagal mencapaiapa yang dijangkakan serta rasa gelisahmenunggu keputusan ujian. Selain itu stres dikalangan pelajar-pelajar adalah kerana perasaankecewa, letih dari segi fizikal dan mental, keraplupa serta perasaan tertekan kerana harapanyang dikenakan ke atas mereka amat tinggi.Stres di kalangan pelajar sekolah atau universitiseperti ini adalah sejagat. Literatur menyatakanstres di kalangan pelajar sering berpunca darisegi akademik. Russel dan Hattie (1991),Benjamin & Walz (1987) serta Jegede (1996)menyokong pernyataan tersebut apabila antarahasil dapatan mereka ialah pelajar mengalamistres kerana takut gagal dalam peperiksaan,mendapat gred rendah, kandungan kursus yangsukar, serta perasaan tertekan hasil harapan yangtinggi daripada ibu bapa serta rakan sebaya.

Mengikut Benjamin dan Walz (1987),apabila pelajar itu terlalu risau, ia menimbulkankeadaan stres. Antara yang ditekankan sebagaipunca risau ialah kandungan kursus akademik.Dalam kajian ini, didapati bahawa komponenkursus Kemahiran Hidup yang menimbulkankerisauan ialah Kemahiran Manipulatif dandiikuti dengan Perdagangan dan Keusahawanan,

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001 91

Rahil Hj. Mahyuddin, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie 8c Noran Fauziah Yaacob

Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian danKekeluargaan. Antara sebab pelajar sekolahrisau ialah mereka tidak berminat (30%) dalammata pelajaran Kemahiran Hidup terutama sekalidalam komponen Menjahit dan Pertukangan.Dua puluh lima peratus mendapati sukarmengikut pengajaran guru sebab car apenyampaian amat membosankan. Disebabkansukar memahami pengajaran, terdapat 23%menyatakan mata pelajaran Kemahiran Hidupadalah sukar. Lapan belas peratus menyatakanterlalu banyak fakta yang harus diingati danmembosankan.

Sebab-sebab lain yang membuatkan merekarisau ialah ketidakupayaan mengingat apa yangdipelajari. Dapatan ini adalah konsisten dengandapatan yang diutarakan oleh Jegede (1996).Sebab kerisauan yang lain termasuklahketidaktenteraman emosi kerana persekitaranrumah yang bising, tidak cukup masa, tidakboleh menumpukan perhatian, lemah, tidakcukup tidur, kabur serta tidak menguasaikemahiran asas dalam mata pelajaran.

Bagi pelajar pendidikan guru pula, kerisauandalam Kursus Kemahiran Hidup boleh dikaitkandengan kurang pengetahuan asas dan jugadibebankan dengan ujian yang kerap dan inimembuatkan mereka merasa terlalu banyakbahan yang hendak dipelajari dan selalu berasakurang yakin pada diri sendiri.

Walaupun begitu sebahagian kecil pelajarmemberi maklum balas yang positif sepertimengatakan mata pelajaran/kursus KemahiranHidup adalah senang, menyeronokkan danrelevan dalam hidup seharian. Mereka sukakanaspek praktikal sebab mencabar kreativiti mereka.Bagi pelajar pendidikan guru pula kursusuniversiti dapat membentuk keyakinan diri.

Walaupun begitu kerisauan dan stres dikalangan pelajar ini mungkin kerana tidakmempunyai strategi mengatasi masalah yangberkesan. Oleh itu beberapa strategi untukmengatasi stres ini harus difikirkan.

CADANGAN

Antara cadangan untuk mengurangkan stres dankerisauan ialah:

a. Menggalakkan penglibatan pelajar dalampengajaran-pembelajaran bilik darjahterutama sekali komponen Perdagangan danKeusahawanan dan Kemahiran Manipulatif.Kurangkan aspek penilaian berbentuk

sumatif dan lebihkan formatif supaya pelajardapat mengekalkan kemahiran yangdipelajari bagi setiap komponen denganberkesan.

b. Membina perhubungan positif antara guru-pelajar. Guru digalakkan menyelesaikanmasalah pelajar dengan menunjukkankepekaan, kemesraan dan memaparkan sifatmenerima serta memahami. Dalam setiapkomponen yang diajar, guru hendaklahberkemampuan membina perhubungan ini.Oleh itu untuk mewujudkan suasana iniguru haruslah melengkapkan diri danberupaya menguasai isi dan menggabung-jalinkan setiap komponen.

c. Guru perlu membina kemahiran mendengaruntuk meningkatkan perbincangan, denganmengadakan aktiviti untuk mengurangkanstres seperti menulis esei, membincangkantentang isu yang berkaitan dengan perasaandan perhubungan serta mengajar bagaimanamemberi respons dengan tenang. Untuktujuan itu, guru hendaklah lebih terbukadengan memberi maklumat tentang apayang dijangkakan. Guru juga perlu memberimaklum balas tentang apa yang harusdilakukan untuk meningkat prestasi. Antaramatlamat maklum balas ialah untukmengintegrasikan stail pengajaran-pembelajaran, meningkatkan penglibatanpelajar dan meluaskan proses pemikirankritikal,

d. Mewujudkan inokulasi stres iaitumemberitahu pelajar terlebih dahulutentang kesukaran yang mereka akan temuidan alami. Pelajar harus menguruskankaunseling rakan sebaya dan mewujudkankumpulan membantu diri sendiri untukmempelajari Kemahiran Hidup.

e. Pihak Kementerian perlu merancangkurikulum Kemahiran Hidup yang lebihmantap, supaya wujud fleksibiliti dalampemilihan komponen Kemahiran Hidup danmenentukan apa yang harus menjadi terasdi sekolah tertentu. Daripada tujuh bidangkomponen, pihak sekolah tentukan apakahbidang teras mengikut kemampuan sekolah.Pihak sekolah perlu menentukan kombinasikomponen yang lebih sesuai untuk pelajarmereka. Dicadangkan adakan penilaian yangdibentuk oleh pihak sekolah dan bukanpenilaian umum. Ini mungkin dapatmengurangkan stres. Sekolah perlu

92 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001

Tahap Tekanan Akademik dan Kerisauan Pelajar Mempelajari Komponen Teras Kemahiran Hidup

mengadakan penilaian berterusan mengikutkomponen Kemahiran Hidup yang spesifiksupaya pelajar faham tentang iklimpengajaran-pembelajaran Kemahiran Hiduptersebut.

f. Menggalakkan guru Kemahiran Hidupmenyedari bahawa pelajar yang mengikutiKemahiran Hidup sebenarnya mengalamistres. Dicadangkan guru-guru KemahiranHidup menghadiri kursus berkaitan denganstrategi menangani stres pelajar.

Dengan perancangan rapi strategipengajaran-pembelajaran tersebut, pelajarmungkin boleh mempunyai perasaan yangmereka ada kawalan tentang pendidikan merekasendiri.

RUJUKAN

BENJAMIN, L. & G.R. WALZ. 1987. Counseling Studentsand Faculty for Stress Management. EricClearinghouse: Counseling and PersonnelServices, Ann Arbor, Mich.

GLENN, G. & L, ROTTMAN. 1988, Perceptions of stressin undergraduate college students. Journal ofCollege and University Student Housing 18(2): 14-20.

Hui, E.K.P. & D.W. CHAN. 1996. Teacher stress danguidance work in Hong Kong secondary schoolteachers. British Journal or Guidance andCounseling 24 (2): 199 - 211.

JEGEDE, O. 1996, The validity of the science studentstress inventory using a sample of South Africanhigh school students. Research in Science andTechnological Education 14(1): 67-89.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN. 1992. KBSM HuraianSukatan Pelajaran Kemahiran HidupBersepadu.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN. 1996. Modul Guru: Rekacipta.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN. 1996. Sukatan Pelajarandan Huraian Sukatan Pelajaran Reka cipta.

RUSSEL, J. & J. HATTIE. 1991. Academic Stressamongst adolescents: An examination byEthnicity, Grade and Sex.

Diterima: 14 Februari 2000

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 9 No. 2 2001 93