peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysia...

21
TERHAD TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) MANUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4) STPM 2018 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja. ______________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2018 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Upload: hakhanh

Post on 24-Aug-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

0 TERHAD

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

MANUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4)

STPM 2018

PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja. ______________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2018

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Page 2: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

1 TERHAD

Kandungan

Bil Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 2

2.0 Objektif Penilaian 2

3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2

3.1 Arahan Am 2

3.2 Tanggungjawab Pengetua 2

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3

3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4

3.5 Tanggungjawab Calon 5

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6

5.0 Format Penulisan 7

6.0 Struktur Penulisan 8

7.0 Penskoran Markah 9

8.0 Skema Penskoran Markah 9

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon 10

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11

11.0 Format Penulisan 12

12.0 Struktur Penulisan 12

Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14

Lampiran 16-20

Page 3: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

2 TERHAD

BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan

Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.

Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM.

2.0 Objektif Penilaian Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:

2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini

2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sebuah organisasi yang baik

2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes berkenaan

2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus

3.1 Arahan am

3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu.

3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.

3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah. Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu penggal kerja kursus.

3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Perniagaan

3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan

3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan

3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)

Page 4: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

3 TERHAD

3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) ke MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah dalam e-submission

3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja kursus

3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar kepada MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni)

3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya

3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan

3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus

3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus

3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja

3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik

3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara individu

3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).

3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon

3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa

Page 5: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

4 TERHAD

membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus.

3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu

3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Kamarudin bin Kusni) dengan menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4.

3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus calon

3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan

3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon

3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)

3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.

3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan

3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta

3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan

3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

Page 6: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

5 TERHAD

3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus

3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.

3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat

3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus

3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).

3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus.

3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.5 Tanggungjawab Calon

3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.

3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga sehingga tamat penggal tersebut.

3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.

3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data.

3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu.

3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

Page 7: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

6 TERHAD

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon

27 April

2018

Tugasan kerja kursus diterima

• Taklimat tugasan kerja kursus kepada calon (sila rujuk manual kerja kursus)

• Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my

• Memahami skop tugasan kerja kursus

• Merancang jadual kerja

27 April hingga 27 Mei 2018

Taklimat PN dengan Guru Tingkatan 6

• Menghadiri taklimat tersebut dan memberikan sepenuh perhatian semasa taklimat berlangsung

28 Mei hingga

1 Jun 2018

Persiapan awal sebelum menjalankan kerja kursus

• Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk dan jadual kerja

• Menyediakan surat-menyurat

• Menjelaskan pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai

• Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus

Membuat persiapan awal:

• Keperluan kewangan • Pengesahan sekolah dan

kebenaran penjaga • Perancangan kerja • Penyediaan peralatan dan

instrumen seperti borang soal selidik

• Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder, sumber Internet, dan sumber-sumber lain.

4 Jun hingga 2 Sept. 2018

Penyediaan dan penulisan laporan Kerja kursus untuk sesi penilaian

• Membimbing pelajar sepanjang penghasilan KK

• Membantu penyelesaian masalah yang timbul

• Memantau perkembangan tugasan

• Membimbing calon untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan

• Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan

• Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik

• Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan

• Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat

• Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta, dan lain-lain

• Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari

Page 8: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

7 TERHAD

Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon

• Berlatih membuat

pembentangan mengikut format yang sesuai

3 Sept. hingga

21 Sept. 2018

Sesi pembentangan dan penilaian

• Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan

• Hantar laporan bertulis • Sesi pembentangan

(10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon)

22 Sept. hingga 22 Okt.

2018

Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM

• Menghantar markah ke MPM

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan)

5.0 Format Penulisan 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi

mencari maklumat tambahan.

5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci

(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak

(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna peach (Lampiran 1)

(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan

5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

Page 9: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

8 TERHAD

6.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan

Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.

(b) Objektif kajian

Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan.

(c) Latar belakang kajian

Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.

(d) Kaedah kajian

Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya.

(e) Dapatan kajian dan perbincangan

Calon diminta untuk:

(i) menghitung nisbah kewangan, (ii) mentafsir dapatan daripada pengiraan tersebut, (iii) membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan (iv) menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat.

Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.

(f) Penutup

Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan

(g) Senarai rujukan

Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan

(h) Lampiran

Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja

Page 10: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

9 TERHAD

7.0 Penskoran markah

Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.

8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus

Bil. Kriteria Markah

1 Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3

2 Objektif kajian 2

3 Latar belakang kajian 6

4 Kaedah kajian 7

5 Dapatan kajian dan perbincangan

(i) Susunan dan kekemasan laporan 10

(ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15

(iii) Analisis dan pentafsiran 15

(iv) Gaya dan bahasa 5

6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10

7 Rujukan 3

8 Lampiran 3

9 Pembentangan

(i) Kerelevanan 2

(ii) Soal jawab 2

(iii) Kebahasaan 2

(iv) Kreativiti 2

(v) Keterampilan 2

10 Kemahiran manipulatif 5

11 Kemahiran insaniah 6

JUMLAH MARKAH 100

Page 11: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

10 TERHAD

BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon

9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.

9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga sehingga tamat penggal tersebut.

9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.

9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data.

9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu.

9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

Page 12: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

11 TERHAD

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan calon

27 April 2018

Tugasan kerja kursus diterima

• Menerima arahan tugasan. Semak http://www.mpm.edu.my

• Memahami skop tugasan kerja kursus • Merancang jadual kerja

28 Mei hingga 1 Jun 2018

Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal: • Keperluan kewangan • Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga • Perancangan kerja • Penyediaan peralatan dan instrumen seperti

borang soal selidik • Mengenal pasti sumber rujukan, seperti

sumber sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumber lain.

4 Jun hingga 2

Sept. 2018

Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian

• Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik

• Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan

• Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat

• Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain

• Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari

• Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai

3 Sept. hingga 21 Okt.

2018

Sesi pembentangan dan penilaian

• Hantar laporan bertulis • Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit

sahaja untuk setiap calon)

Page 13: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

12 TERHAD

11.0 Format Penulisan

11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan.

11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci

(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna peach (Lampiran 1)

(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)

(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)

(d) Penulisan kertas kerja kursus

11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

12.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(a) Tajuk, Abstrak dan Pengenalan

Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.

(b) Objektif kajian

Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan.

(c) Latar belakang kajian

Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.

(d) Kaedah kajian

Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya.

Page 14: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

13 TERHAD

(e) Dapatan kajian dan perbincangan

Calon diminta untuk:

(i) menghitung nisbah kewangan, (ii) mentafsir dapatan daripada pengiraan tersebut, (iii) membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan

(iv) menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat.

Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.

(f) Penutup

Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan

(g) Senarai rujukan

Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan

(h) Lampiran

Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja

Page 15: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

14 TERHAD

Page 16: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

15 TERHAD

Soalan Kerja Kursus Calon diminta untuk:

(i) menghitung nisbah kewangan, (ii) mentafsir dapatan daripada pengiraan tersebut, (iii) membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan (iv) menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat.

Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan. Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.

Page 17: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

16 TERHAD

LAMPIRAN 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2018

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN GURU

TARIKH

Page 18: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

17 TERHAD

LAMPIRAN 2 BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat KK Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon

Tarikh Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

Alamat

Page 19: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

18 TERHAD

LAMPIRAN 3 BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………

Tarikh Aktiviti

Aktiviti dalam penghasilan kerja kursus

(Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan

Calon Tandatangan

Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2018 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ………………..………………………………

Nama Guru: ……….……………………………………………….

Tarikh : …………………............................................................

Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada

bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.

Page 20: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

19 TERHAD

LAMPIRAN 4 BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : …………………………… No. Kad Pengenalan : ……………………………

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Kriteria Penilaian Markah Penuh

Markah Guru

Markah Penyelaras

1. Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3 2. Objektif Kajian 2 3. Latar belakang kajian 6 4. Kaedah Kajian 7 5. Dapatan Kajian dan Perbincangan

(a) Susunan dan kekemasan laporan 10 (b) Kecukupan, ketepatan dan

kesesuaian maklumat 15

(c) Analisis dan pentafsiran 15 (d) Gaya dan bahasa 5

6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10 7. Rujukan 3 8. Lampiran 3 9. Pembentangan

(a) Kerelevanan 2 (b) Soal jawab 2 (c) Kebahasaan 2 (d) Kreativiti 2 (e) Keterampilan 2

10. Kemahiran Manipulatif 5 11. Kemahiran Insaniah 6

Jumlah Markah 100 PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………

Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….

No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………….

Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : …………………………………………

No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ………………………. Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

Page 21: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)webmpm.mpm.edu.my/perisian/9464_manualKK18P3/2.1... · SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) ... 3.4.11 Membimbing calon dalam

TERHAD

20 TERHAD

LAMPIRAN 5 BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: …………………………..

Nama: ……………………..…………………….. Nama: ………………………………………………..

No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ……………………………….

Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………...

No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): ……………………………

(bimbit): …………………………. (bimbit): ………………………………

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.