persembahan jkkdi

13
Latar Tempat Istanbul, Turki – Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke Istanbul, Turki. Grand bazaar – Terdapat lebih 6000 gerai di Grand bazaar. Penulis membeli-belah di situ. Sebuah kedai di Grand Bazaar – Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh seorang peniaga di situ. Bas – Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Calaleddin Rumi and The Whirling Dervishes di dalam sebuah bas.

Upload: a

Post on 21-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KOMSAS

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEMBAHAN JKKDI

Latar Tempat

• Istanbul, Turki – Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke Istanbul, Turki.

•Grand bazaar – Terdapat lebih 6000 gerai di Grand bazaar. Penulis membeli-belah di situ.

•Sebuah kedai di Grand Bazaar – Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh seorang peniaga di situ.

•Bas – Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Calaleddin Rumi and The Whirling Dervishes di dalam sebuah bas.

Page 2: PERSEMBAHAN JKKDI

Latar Masa

•Hari kelima lawatan ke Turki – Penulis membeli-belah di Grand Bazaar dan dipaksa membeli jaket kulit kijang.

•Hari keenam lawatan ke Turki – Penulis melawat Egyptian Market.

•Malam terakhir di Istanbul – Penulis menyusun barang-barang untuk dibawa pulang.

Page 3: PERSEMBAHAN JKKDI

Latar Masayarakat

•Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan

Contohnya, seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan diri.

•Masyarakat peniaga yang tidak beretika Contohnya, seorang peniaga di Grand

Bazaar memaksa Mas membeli jaket kulit yang dijualnya.

Page 4: PERSEMBAHAN JKKDI

Latar Masyarakat

•Masyarakat yang pandai berpura-pura Contohnya, seorang peniaga di Grand

Bazaar berpura-pura baik namun bersikap kasar apabila barangannya tidak dibeli.

Page 5: PERSEMBAHAN JKKDI

Binaan Plot

•Permulaan cerpen ini dimulai apabila penulis menyertai sekumpulan pelancong dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulis memerihalkan duit bekalan yang dibawanya dan perancangannya untuk membeli cenderamata bagi keluarganya dan sahabat handainya.

•Pada tahap perkembangan, penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat membeli-belah yang dikenali Grand Bazaar. Mereka dinasihati oleh pemandu pelancong agar lebih berhati-hati kerana tidak mahu mereka terjerat olet tipu muslihat peniaga di situ.

Page 6: PERSEMBAHAN JKKDI

•Tahap perumitan bermula apabila seorang peniaga lelaki tidak berpuas hati terhadap penulis yang tidak membeli jaket yang telah di cubanya. Peniaga tersebut menghina penulis. Dia berasa terkilan kerana tertipu dengan layanan mesra yang telah diberikan oleh pekedai Turki itu.

•Klimaks cerpen ini adalah apabila penulis ingin menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagi menghilangkan sifat ego pembeli bahawa dia sebernanya membeli barangan terpakai.

Page 7: PERSEMBAHAN JKKDI

•Peleraian cerpen ini bermula apabila penulis mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan.

Page 8: PERSEMBAHAN JKKDI

Gaya Bahasa

•Simile -seperti diri sendiri -bagaikan menjadi orang tawanan di

dalam kedai •Bahasa Inggeris -`Please come in, all musim ladies. There

are many colours and design inside. I will give all of you the best price.’ Pujuk pekedai Turki itu lagi.

Page 9: PERSEMBAHAN JKKDI

Gaya Bahasa

•Sinkope -`Eh, lawanya jaket tu! Macam yang kita

tengok kat Grand Bazaar semalam. Murah ke?’

•Pengulangan kata -Kasih sayang sesama insan sepatutnya

disebarkan secara meluas. Tanpa mengira apa bangsa, apa agama, apa negara setiap manusia perlu dilayan dengan sebaik bicara.

Page 10: PERSEMBAHAN JKKDI

Nilai

•Kesabaran. Contohnya, penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket.

•Keprihatinan. Contohnya, penulis begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.

•Berjimat-cermat. Contohnya, penulis telah membuat senerai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.

Page 11: PERSEMBAHAN JKKDI

Nilai

•Suka menimba ilmu. Contohnya, penulis minat membaca terutama hasil karya penulis tersohor.

•Baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cederamata untuk keluarga dan sahabatnya yang berada di tanah air.

Page 12: PERSEMBAHAN JKKDI

Pengajaran

•Para peniaga sewajarnya mematuhi etika perniagaan dan tidak mengugut atau menggunakan kekerasan terhadap pelanggan.

Contoh: Pekedai di Grand Bazaar bertindak kasar apabila penulis enggan membeli jaket di kedainya.

•Sekiranya berkemampuan, kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong ke luar negara.

Contoh: Penulis melancong ke Istanbul, Turki untuk menambah pengetahuan dan pengalaman.

Page 13: PERSEMBAHAN JKKDI

Pengajaran

•Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin.

Contoh: Penulis berasa simpati terhadap wanita tua yang menjual makanan burung di Trafalgar Square.

•Kita perlulah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang semakin pupus.

Contoh: Penulis mendermakan wang jualan jaketnya kepada mana-mana zoo yang memiliki kandang kijang.