persejarahan negara patani

17
SELAMAT DATANG DEWAN PERSIDANGAN MAJLIS PERMESYUARATAN RAKYAT MELAYU PATANI PARLIMEN PATANI DALAM BUANGAN TARIKH : 28 RABIUAL AWAL 1434 / 9HB FEBRUARI 2013 LOKASI : BANGUNAN MCOBA KUALA LUMPUR

Upload: sahabat-patani

Post on 04-Aug-2015

208 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persejarahan  negara  patani

SELAMAT DATANG DEWAN PERSIDANGAN

MAJLIS PERMESYUARATAN RAKYAT MELAYU PATANI

PARLIMEN PATANI DALAM BUANGAN

TARIKH : 28 RABIUAL AWAL 1434 / 9HB FEBRUARI 2013

LOKASI : BANGUNAN MCOBA KUALA LUMPUR

Page 2: Persejarahan  negara  patani

PERSEJARAHAN NEGARA PATANIKEBANGKITAN,

PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN PEMBEBASAN

MAJLIS PERMESYUARATAN RAKYAT MELAYU PATANI

(M.P.R.M.P)

Page 3: Persejarahan  negara  patani

LATARBELAKANG NEGARA PATANI :

Negara Patani adalah sebuah Negara yang terletak dalam

lingkungan Gugusan Pulau-pulau Melayu ( Malay

Archepilago) di Asia Tenggara (South East Asia) yang

meliputi seluruh Nusantara Indonesia, Brunei, Philipina,

Madagaska Malaysia dan Patani.

Negara Patani bermula dari Segenting Kra (Ithmus of

Kra) bersempadankan Negara Burma (Myanmar), Negara

Siam (Thai) Ayutthaya) di sebelah Utara dan di sebelah

Baratnya bersempadankan Laut Andaman dan Laut Selat

Melaka dan Negeri-Negeri Perlis, Kedah, Perak dan di

sebelah Selatannya Negeri Kelantan (Malaysia) , manakala

di sebelah Timurnya bersempadankan Laut China Selatan.

 

Penduduk asalnya adalah terdiri dari Bangsa Melayu

Patani dalam kelompok Bangsa Melayu serumpun yang

besar yang mempunyai lebih dari 200 juta Ummat dengan

Negara Patani menyumbangkan seramai 3 juta orang.

Page 4: Persejarahan  negara  patani

KESAN PENJAJAHAN SIAM KE ATASNYA

Kini, anda lebih mengenali Patani dengan panggilan Selatan

Thailand (South Thailand) daripada mengenalinya sebagai

sebuah Negara Patani yang mempunyai sejarahnya yang

panjang.

Justeru itu, kajian dari sudut sejarah, geografi dan

pasarana masyarakatnya yang amat unik dan masih mewarisi

nilai-nilai tradisi dan budayanya yang tersendiri, menjadi

satu keperluan untuk tujuan tersebut

Page 5: Persejarahan  negara  patani

KEPENDUDUKAN DAN PERWILAYAHAN NEGARA PATANI

Kini di 14 Wilayah-wilayah Patani Selatan Thailand didiami oleh pelbagai bangsa dengan jumlah

penduduknya mencapai 15 juta orang. Kira-kira 5 juta tinggal di 5 wilayah Pattani, Yala, Narathiwat,

Songkhla dan Satun. Komposisi kaum/bangsa di 5 wilayah ini dianggarkan 80% Melayu, 12% Siam, 6%

China dan 1.5% India/Pakistan dan 0.5% lain-lain etnik.

 

Manakala di 9 wilayah lain iaitu Chomphon, Raknong, Suratthani, Trang, Krabi, Nakhorn Sri Thammarat,

Phuket, Phangnga dan Phatthelung; komposisi kaum dianggarkan : Melayu dan/atau Thai Muslim 35%, Siam

Buddhist 30%, China 20%, Pakistan/India 0.7% lain-lain etnik (Burma, Laus & Kembodia, Eropah) 8%.

Selepas Kerajaan Melayu Patani ditakluki dan dijajah oleh Kerajaan Siam Ayuthaya, Penjajah Siam secara

perlahan-lahan telah menukarkan nama-nama

semua 14 wilayah ini dengan nama-nama baru atau diadoptasikan dari nama-nama asal Melayu :

Chomphon (Chupak); Raknong (Renong); Krabi (Gerbi); Surathani (Surat/Chahaya); Trang (Terang); Nakhon

Sri Thammarat (Legor); Phuket (Bukit); Phatthalung (Bedelong); Songkhla (Sanggora); Satun (Setul); Pattani

(Patani); Yala (Jala); Narathiwat (Menara).

Page 6: Persejarahan  negara  patani

DASAR ASSIMILASI DAN PENGHAPUSAN ETNIK :

Majoriti orang Melayu di 9 wilayah utara , kini menjadi minoriti akibat dari dasar-dasar

assimilasi dan penghapusan etnik dan dasar penghijrahan yang menggalakkan orang-

orang di sebelah utara dibawa masuk ke wilayah-wilayah tersebut tanpa sebarang

penentangan yang ketara.

Tetapi di 5 wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat mereka tidak

berjaya melaksanakan dasar-dasar tersebut sepenuhnya kerana adanya perjuangan yang

berterusan menentang dasar-dasar tersebut dan menentang segala kezaliman serta

kekejaman Penjajah Thai melalui gerakan politik pembebasan.

Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat penentangan terbuka dalam negeri,

mereka bersedia untuk berhijrah keluar negeri sebagai satu daya protes dan

meneruskan perjuangan pembebasan mereka di Negara-negara baru yang mereka huni.

Page 7: Persejarahan  negara  patani

DASAR ASSIMILASI DAN PENGHAPUSAN ETNIK :

Majoriti orang Melayu di 9 wilayah utara , kini menjadi minoriti akibat dari dasar-dasar

assimilasi dan penghapusan etnik dan dasar penghijrahan yang menggalakkan orang-

orang di sebelah utara dibawa masuk ke wilayah-wilayah tersebut tanpa sebarang

penentangan yang ketara.

Tetapi di 5 wilayah Songkhla, Satun, Pattani, Yala dan Narathiwat mereka tidak

berjaya melaksanakan dasar-dasar tersebut sepenuhnya kerana adanya perjuangan yang

berterusan menentang dasar-dasar tersebut dan menentang segala kezaliman serta

kekejaman Penjajah Thai melalui gerakan politik pembebasan.

Bagi mereka yang tidak mampu untuk membuat penentangan terbuka dalam negeri,

mereka bersedia untuk berhijrah keluar negeri sebagai satu daya protes dan

meneruskan perjuangan pembebasan mereka di Negara-negara baru yang mereka huni.

Page 8: Persejarahan  negara  patani

KERAJAAN KESULTANAN MELAYU DI PATANI :

Menuntut catatan sejarah Asia Tenggara dan Sejarah Dunia , menjelaskan bahawa sejak abad Kedua dan

Ketiga lagi telah wujud sebuah Kerajaan Melayu sebelum Islam yng berpusat di Patani dengan nama Negara

Langkasuka. Daerah pemerintahannya meliputi seluruh utara Semenanjung Tanah Melayu (Malay Peninsula) dari

Segenting Kera (Ithmus of Kra) sehingga ke selatan bersempadankan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan,

(Malaysia sekarang).

 

Setelah pemerintahan Langkasuka menerima Islam dalam Abad 10, maka sebutan nama Negara Langkasuka

digantikan dengan nama Kerajaan Melayu Islam Patani atau panggilan ringkasnya Negara Patani. Ini dibuktikan

dari kesan peninggalan Batu Nesan bertulisan Kufi di perkuburan tua Kota Marhum di Tanjung Budi bertarikh

1039 Masehi.

Pusat pemerintahan Kerajaan Patani pada waktu itu berperanan sebagai pusat pertukaran barangan dan

perdagangan (Barter Trade) antara Negara Timur dan Barat. Keadaan ini telah menjadikan Negara Patani

sebuah Negara terkenal , termaju dan teragung di Rantau ini disamping Negara Pasai (Acheh sekarang).

Ini juga membuktikan kewujudan Negara Patani mendahului Kerajaan Melayu Melaka, yang hanya wujud

dalam tahun 1411 Masehi.

Page 9: Persejarahan  negara  patani

T I N D A KA N P R O V O KAT I F K E R A J A A N AY U T T H AYA ( T H A I L A N D ) T E R H A D A P N E G A R A

PATA N I :

Keadaan Negara Patani yang masyhor dan strategic ini telah

menimbulkan irihati (jealous) Kerajaan Siam Ayutthaya untuk bertindak

dan menguasai Negara Patani menghantar Tentera Lautnya ke Perairan

Patani bagi menggugat keamanan dan kemajuan perdagangan serta

mengganggu kedatangan kapal dagangan dari luar memasuki pelabuhan

Negara Patani.

Dengan itu berlakulah peperangan antara kedua-dua Negara dalam

tahun 1603; 1632 dan 1633 dengan kekalahan teruk di pihak Siam.

Keadaan ini amat mengecewakan Kerajaan Siam dan menjadi api dendam

kesumat yang berpanjangan.

Page 10: Persejarahan  negara  patani

D A S A R P E M E N C I L A N AT Y U TT H YA T E R H A D A P PATA N I :

Bagi tujuan meneruskan usaha dan niat untuk menghancurkan Kerajaan Patani,

Kerajaan Siam Ayutthaya melancarkan beberapa strategi baru bagi melemahkan

Kerajaan Patani untuk tujuan penaklukannya kemudian. Antara lain ialah :1) menyerang dan menakluki wilayah-wilayah Utara Negara Patani, yang dianggap

lemah, dimana kekuatan ketenteraan pusat tidak begitu utuh dan menyeluruh. Dengan itu bermulalah penaklukan satu demi satu wilayah seperti Chomphon, Raknong, Suratthani dan lain-lain sehingga ke Legor ( Nakhorn Sri Thammarat) menjadi mangsa kepada pencerobohan tersebut.

2) memencilkan Negara Patani dengan mengganggu gugat Negara-negara jiran untuk tidak membuat perhubungan Negara Patani dengan ancaman perang terhadap mereka.

 

Strategi itu begitu berkesan dan berjaya sehingga pelabuhan dan pusat perdagangan

Negara Patani telah kehilangan daya saing dengan pelabuhan Negara lain seperti

Melaka,(Malaysia) yang jatuh ketangan Penjajah Portugis (Portugal), dalam tahun 1511

dan Batavi (Indonesia) jatuh kepada Belanda (Dutch). Keagungan Negara Patani dan

pelabuhan serta kekuatannya telah kian menurun dan kekuatan pertahanan menjadi

goyah dan tercabar serta dicabar.

Page 11: Persejarahan  negara  patani

K E J AT U H A N K E R A J A A N PATA N I & T I N D A KA N B A L A S D E N D A M S I A M :

Berdasarkan fakta sejarah , Kerajaan Melayu dikalahkan oleh Kerajaan Siam

Ayutthaya pada tahun 1786 iaitu kira-kira 183 tahun setelah usahanya gagal

dalam bebarapa kali percubaan serangan ke atas Negara Patani sejak tahun 1603.

 

Angkatan Tentera Siam dibawah pimpinan Praya Klahom telah berjaya mendarat

kan tenteranya, lalu berlakulah peperangan yang amat sengit didarat dan laut

dengan diketuai sendiri oleh Sultan Mohamad yang menduduki takhta selepas

kemangkatan Sultan Emas Chayam dalam tahun 17865. Dalam peperangan ini

(1786) baginda Sultan telah mangkat syahid.

 

Serentak dengan kekalahan dan kejatuhan Kerajaan Melayu Patani ini, maka

bermulalah tindakan balas dendam yang bersifat pencabulan, kekejaman dan

kezaliman terhadap rakyat Melayu Patani.

Page 12: Persejarahan  negara  patani

P E R M U L A A N KUA S A T H A I L A N D K E ATA S N E G A R A PATA N I :

Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1787 Kerajaan Siam Ayutthaya telah

meletakkan Negara Patani di bawah kuasa pentadbiran Raja Nakhorn Sri

Thammarat ( Legor) dan telah melantik Tengku Lamidin seorang kerabat di Raja

Patani sebagai raja boneka dengan mengangkat sumpah untuk taat setia dan

patuh kepada pemerintahan Kerajaan Ayutthaya serta menghantar “ Bunga Ufti”

sekali dalam masa 3 tahun sebagai tanda bersetuju bernaung di bawahnya.

 

Sebagai tanda menunjukkan kuasanya, Kerajaan Thailand telah membuat

beberapa penyusunan semula wilayah-wilayah , maka daerah-daerah dalam

wilayah Patani telah dirombak . Daerah Tiba (Thepa), Chenak (Channak),

Sanggora (Songkhla), Bedelung (Pathalung) dikeluarkan dari wilayah Patani lalu

diletakkan atau dimasukkan kedalam Wilayah Nakhorn Sri Thammarat (Legor).

Page 13: Persejarahan  negara  patani

P E M B E R O N TA KA N 1 7 8 9 ; 1 8 0 8 ; & I M P L I KA S I N YA

Pada tahun 1789 , Tengku Lamidin mengetuai gerakan pemberontakan bersama rakyat menentang kuasa-kuasa

pentadbiran Kerajaan Ayutthaya yang dipeturunkan kepada Raja Nahkorn Sri Thammarat. Pada peringkat awalnya,

pemberontakan ini amat berjaya sehingga dapat menguasai semula seluruh daerah Patani yang diserahkan kepada Raja

Legor/ Nakhorn dan menguasai semula seluruh system pentadbiran dan institusi Negara Patani. Setelah tiga tahun

memerintah dan mempertahan kedaulatannya, Kerajaan Patani di bawah Sultan Lamidin telah dikalahkan pada tahun

1791 dan Negara Patani sekali lagi jatuh ke tangan Kerajaan Siam Ayutthaya. Manakala Sultan Lamidin turut terbunuh

dalam peperangan.

 

Sebagai implikasi dari kekalahan Negara Patani kali ke 2 ini, Kerajaan Siam telah mengaplikasikan system Pesuruhjaya

(Commissioner System ) disamping seorang Raja/Sultan yang dilantik . Raja Datuk Pengkalan telah dilantik sebagai

Sultan dalam era kedua kejatuhan Negara Patani.. Dalam tahun yang sama , Daerah Songkhla telah naik taraf

menjadi wilayah baru di luar Wilayah Patani dan Wilayah Nakhorn Sri Thammarat serta berfungsi sebagai Pusat

Pentadbiran baru kepada Kerajaan Siam.

Dalam tahun 1808, satu lagi pemberontakan menentang Kerajaan Ayutthya dan mengejutkan Pentadbiran Siam di

Songkhla apabila Sultan Datuk Pengkalan yang dilantik bangun bersama rakyatnya membebaskan semula Negara Patani

dari penjajah Siam (Thai) dan dalam tahun 1810 mereka kecundang untuk kesekian kalinya. Akibat dari kekalahan ini,

Sultan sendiri terbunuh manakala pembesar lain telah ditangkap dan tawan, sesetengahnya berpindah membawa diri ke

pendalaman atau berhijrah ke Negeri-negeri Melayu jirannya.

Page 14: Persejarahan  negara  patani

P E R L A K S A N A A N D A S A R P E C A H - P E C A H & P E R I N TA H :

Negara Patani telah dipecahkan kepada 14 wilayah kecil iaitu Pattani; Nongchik;

Yala; Raman; Yaring; Teluban dan Legeh, dengan melantik beberapa Raja-Raja

memerintah wilayah-wilayah kecil ini dengan diberi mentadbir dalam urusan adat

istiadat dan hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan sahaja. Raja-Raja ini

ditentukan tempuh kedudukan mereka selama mana mereka patuh dan taat kepada

Kerajaan Thai.

Manakala 7 wilayah kecil yang lain diletak terus di bawah pemerintahan yang

berpusat di Songkhla. Seperti Narathiwat, Satun; dan Songkhla sendiri.

Tindakan begini dibuat dengan tujuan untuk melupuskan kedaulatan Raja-Raja dan

merupakan satu proses awal untuk menjadikan semua wilayah Negara Patani sebagai

sebahagian dari kawasan daerah kepunyaan Negara Thai

Page 15: Persejarahan  negara  patani

P E M B E R O N TA KA N TA H U N 1 8 3 2 :

Semua Raja-Raja di 7 wilayah yang dahulunya dipecah-pecahkan kembali bersatu

menentang penjajah Thai . Gerakan ini berjaya menguasai semula semua daerah dan

wilayah dan terus mara sehingga hampir ke pusat pentadbiran Siam di Songkhla.

Kekurangan kelengkapan senjata api dan masalah logistik merupakan penyebab utama

kegagalan mereka dalam setiap peperangan yang mereka hadapi. Orang-orang Patani

telah dikalahkan dengan teruk apabila bantuan 4 ketumbukan tentera dari Bangkok tiba

di pelabuhan Songkhla dengan peralatan senjata yang lebih baik seperti senapang dan

meriam. Kekalahan kali ini merupakan peperangan terakhir yang dipelopori oleh Raja-

raja Melayu Patani, manakala Kerajaan Siam secara berterusan memperketatkan

penguasaannya ke atas Negara Patani.    1. Raja Wilayah Pattani dinamakan Praya Wichit Pakdi, 2. Raja Wilayah Nngchik “ Praya Phichar Phibul 3. Raja Wilayah Teluban “ Praya Ratna Pakdi 4. Raja Wilayah Yala “ Praya Narongrit Pakdi 5. Raja Wilayah Legeh “ Praya Pupa Pakdi 6. Raja Wilayah Yaring “ Praya Pipit Pakdi

7. Raja Wilayah Raman “

Page 16: Persejarahan  negara  patani

L A N G KA H P E N G H A P U S A N R A J A - R A J A M E L AY U PATA N I 1 9 0 2 :

Sultan Sulaiman Shariffaddin Patani telah mangkat dalam tahun 1899, Tengku Abdul

Qadir Qamaruddin telah ditabalkan sebagai Sultan Patani, yang mana baginda merupakan

sultan terakhir di Patani.

1902 menjadi tahun perlaksanaan untuk menghapuskan keseluruhan hak yang masih

tinggal kepada Raja-Raja Melayu

Pihak Thai telah menyatukan semula ketujuh-tujuh negeri kecil Patani dan diletakkan di

bawah satu pemerintahan pusat yang dipanggil “Bariwen”. Perlantikan seorang Pesuruhjaya

Thai untuk mengepalai pentadbiran baru di situ, tetapi masih diletakkan di bawah

pengurusan dan penguasaan Pesuruhjaya Tinggi Siam yang berpejabat di Sanggora

(Songkhla).

Bangkok telah menghantar seorang pegawai kanannya ke Patani untuk memujuk atau

jika perlu memaksa Raja-Raja berkenaan untuk melepaskan semua hak dan kuasa kepada

Raja Thai. Sebagai balasan, Raja-Raja itu serta keluarganya dijanjikan pampasan dan

wang persaraan untuk sepanjang hayat, dengan syarat perbendaharaan dan kewangan

negeri-negeri berkenaan diserahkan kepada Raja Siam.

Page 17: Persejarahan  negara  patani

Pada tahun 1899, Raja Patani Sultan Abdul Qadir Qamaruddin menaiki takhta negeri Pattani selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Sulaiman Sharifaddin. Sultan Qamaruddin sama sekali tidak dapat menerima semua saranan dan syarat yang dikemukakan oleh pihak Raja Siam. Baginda dapat merasakan segala tipudaya dan helah serta niat jahat penjajah Siam untuk melenyapkan segala saki baki kedaulatan dan hak serta kuasa Raja-Raja Melayu dan bertujuan menipu orang-orang Melayu dan menelan negeri-negeri Melayu pada akhirnya. Sultan Qamaruddin telah membuat bantahan dan menuduh Thailand untuk : 1. cuba menghapus segala bentuk tradisi Melayu dan Islam yang

berhubung kait dengan undang-undang Syariah, keadilan, jenayah, muamalat, pembahagian harta pusaka dan lain-lain.

2. cuba memperkenal dan mengamalkan pengajaran agama Buddha kepada umat Melayu Islam Patani.

3. membatalkan hukuman ke atas orang-orang Islam yang hadir menunaikan solat Jumaat.

4. membiarkan perlakuan jenayah seks orang- orang Siam terhadap perempuan Islam .

5. perlantikan Pesuruhjaya Siam ke Patani bertujuan untuk melaksanakan kutipan cukai secara paksa kepada rakyat.

6. campurtangan Pesuruhjaya Siam dalam urusan pungutan cukai pintu atau kepala yang dibuat untuk tujuan menghantar Bunga Ufti ke Bangkok.

7. Pesuruhjaya Siam telah mengenakan cukai garam secara paksa.