persediaan sebelum bersalin - … sebelum bersalin.pdf · keras untuk baby…guna sabun mandi until...

Download Persediaan Sebelum Bersalin - … Sebelum Bersalin.pdf · keras untuk baby…guna sabun mandi until baby 6 bulan, ... - Pada ketikan ini, kepala bayi sudah berada pada perineum dan

If you can't read please download the document

Upload: lamquynh

Post on 07-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • Persediaan Sebelum Bersalin

    Kalau dah hampir sebulan nak bersalin, akak mesti nervous kan. Orang lama yang

    dah 2-3 kali bersalin pun masih nervous, inikan akak yang belum ada pengalaman

    lahirkan si kecil ni.

    Tapi akak jangan risau. Kami dari NonaRoguy.com telah kumpulkan tips, petua dan

    persediaan yang perlu akak lakukan sebelum dibawa masuk ke bilik bersalin.

    Persediaan #1: Kelengkapan yang perlu dibawa ke hospital

    Saya listkan di bawah barang-barang yang perlu dipek siap-siap sebulan sebelum

    bersalin. Bukan apa, kita tak mahu tergesa-gesa, nanti ada yang tertinggal.

    Kemaskan barang yang perlu dibawa kepada 2 beg. 1 beg untuk keperluan bayi dan

    1 beg untuk keperluan ibu.

  • Beg Keperluan Bayi

    1. Pakaian (baju) Disarankan bawa baju yang berbutang depan. Senang sikit

    nak pakaikan nanti.

    2. Lampin kalau ada 10 helai pun dah cukup. Lebih mudah kalau guna

    pampers pakai buang kan. So, kalau nak beli pampers pakai buang, cari saiz

    yang paling kecil untuk newborn baby.

    3. Pelapik getah untuk memudahkan tukar lampin bayi. Cari yang ringan ye.

    4. Kelambu baby Paling penting Kulit baby ni sensitive. Gigitan nyamuk

    bahaya untuk bayi yang baru lahir.

  • 5. Tilam baby kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat

    dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal

    baby jangan tinggi sangat.

    6. Wet tissue untuk lapkan najis baby waktu malam. Letih nanti masa

    berpantang asyik bangun tiap-tiap malam.

    7. Kain ikat perut baby untuk elakkan baby kembung perut. Boleh dapatkan di

    kedai.

    8. Stokin tangan dan kaki baby untuk elakkan bayi kehilangan haba. Juga

    boleh elakkan kulit lembut baby tercalar terkena kuku.

    9. Sapu tangan

    10. Kain Selimut baby

    11. Botol susu kecik..beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Yn

    short neck(putting pendek).

    12. Susu Formula - hari pertama, susu badan tak banyak keluar. Jadi Baby

    mudah lapar. Boleh beri baby susu formula utk alas perut sementara susu

    badan banyak.

    ( Peringatan : kalau boleh sentiasa bagi susu badan, susu badan adalah yang

    terbaik Allah kurniakan sehingga baby umur 6 bulan , rujuk artikel setitis

    susu ibu anugerah tak ternilai..)

    13. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan..ada sabun khas..kat

    supermarket ada.

  • 14. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby. Sabun basuh

    keras untuk babyguna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain

    lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan

    rendamkan sahaja.

    15. Ball Cotton untuk cuci pusat baby

    16. Minyak bayi

    17. Mandian dan losen bayi

    Beg keperluan ibu

  • 1. Pad yang murah dan selesa sebab nak kena tukar selalu. Rugi lah kan kalau

    yang mahal.

    2. Kain Sarung

    3. Stokin

    4. Ubat balut perut-balut perut selepas 5 hari..sebab luka dah ansur pulih

    5. Pati gamat/pil gamat-utk cpat sembuh luka

    6. Bra breast fedding..Tanya kat kedai..ia senang untuk susukan bayi.

    7. Bengkung untuk kempiskan balik perut.

    Di bawah pula Dokumen yang perlu dibawa untuk mendaftar masuk ke wad

    bersalin.

    1. Kad Pengenalan

    2. Kad rekod kesihatan

    3. Kad atau surat jaminan insurans

    4. Surat rujukan majikan

    5. Surat jaminan majikan

    6. Dokumen dari pihak hospital

    Ok Selesai bab persediaan. Next adalah proses bila masa kelahiran tiba.

  • Tanda kelahiran Akak perlu tahu tanda-tanda awal kelahiran supaya akak lebih bersedia.

    Antara tanda-tanda awal kelahiran ialah:

    1. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi

    boleh berlaku secara tiba-tiba

    2. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut

    3. Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu

    4. Sengal di bawah perut seperti senggugut

    5. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit

    6. Kontraksi berlaku semakin kerap

    Info: Waktu kelahiran; tempoh masa melahirkan biasanya dibahagikan kepada tiga

    tahap. Ia biasanya akan berlaku dalam tempoh 12 hingga 16 jam bagi ibu yang baru

    pertama kali hamil dan kurang 12 jam bagi yang sudah berpengalaman.

    Tahap pertama

    - Kelahiran bermula:

    - Rasa sakit pada bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan

    pengembangan serviks

    - Rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga bahagian bawah abdomen

    (rongga perut)

    - Keadaan ini berlaku dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah

    setiap kali berlakunya kontraksi

    - Tanda-tanda, akan keluarnya mukus yang bercampur darah dari faraj

    - ini adalah disebabkan mukus mula memenuhi srviks

  • Tahap kedua

    - Serviks terbuka sepenuhnya dan air ketuban keluar dengan banyak akibat

    pundi ketuban pecah

    - Doktor atau bidan akan memerhatikan pundi kencing anda supaya tidak

    mengembung kerana boleh menghalang kepala bayi daripada turun

    - Semasa proses kelahiran, anda perlu baring pada posisi yang sesuai sambil

    meneran sekuat hati apabila kecutan rahim sampai ke puncaknya

    - Pada ketikan ini, kepala bayi sudah berada pada perineum dan bahagian

    dubur mulai mengembang

    - Tugas yang paling kritikal pada tahap kedua ialah untuk mengelak perineum

    terkoyak

    Tahap ketiga

    - Proses pengeluaran uri dan selaput ketuban

    - Uri biasanya cepat lekang, ia akan mengambil masa dua hingga lima minit

    selepas bayi lahir

    - Selepas ia lekang sepenuhnya, doktor akan menggunakan sebelah tangan

    untuk menolak rahim yang mengecut ke arat pusat, manakala tangan satu

    lagi akan memegang tali pusat ke atas untuk meringankan berat uri yang

    keluar

    - Proses menghentikan pendarahan dan menjamin pengecutan serta

    penarikan rahim dengan sempurna

  • Urutan perineum dan episiotomy

    - Urutan perineum biasanya urutan yang dipraktikkan oleh wanita hamil di

    kawasan faraj sebagai persediaan untuk bersalin

    - Urutan dilakukan untuk mengurangkan risiko perineum daripada terkoyak

    ketika kelahiran berlaku

    - Episiotomi biasanya dilakukan oleh doktor dengan menggunting sedikit faraj

    untuk memudahkan laluan bayi

    - Tidak semua wanita hamil memerlukan episiotomi kecuali pada kes-kes

    tertentu seperti kandungan sulung, sebelum prosedur vakum atau forsep dan

    juga kelahiran songsang

    Set Bersalin Nona Roguy

    6 Produk Dalam 1 Set

    http://NonaRoguy.com

    http://nonaroguy.com/