persediaan mengajar sastera hang tuah
TRANSCRIPT
RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR KESUSASTERAAN MELAYU.
Nama guru pelatih Norazalina Binti Haji Tahir ( 07B0204)
Tarikh 27 hb September 2010.
Hari Isnin.
Kelas Tingkatan 6 bawah.
Bilangan Pelajar 14 Orang.
Masa 60 Minit ( 8.00-9.00 Pagi ).
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu.
Tajuk Pelajaran Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah Bab 24 ( Hang Tuah Jatuh Sakit ).
Alat Bantu Mengajar/ Belajar 1. Projektor 8.Sampul surat
2. Komputer riba 9.Penanda markah bewarna hijau.
3.Tayangan video 10.Penanda markah bewarna merah
4.Tayangan slaid 11.Papan tulis putih
5.Marker pen 12.Alat pembesar suara.
6.Manila kad 13.Latihan kerja rumah
7. Nota edaran
Pengetahuan Sedia Ada Pelajar sudah membaca Hikayat Hang Tuah bab 24.
Pendekatan Koperatif.
Pennggabungjalin Kemahiran lisan, kemahiran mendengar, kemahiran menulis, kemahiran berfikir.
Teknik Penerangan, soal jawab, perbincangan, kuiz.
Kaedah Mengajar Kaedah berfokus.
Fokus utama: Peristiwa-peristiwa penting.
Fokus sampingan: Nama-nama watak.
Objektif am Mengenali peristiwa-peristiwa penting.
Objektif khas Melalui sesi pengajaran ini, pelajar diharapkan mampu:
1) Menyatakan peristiwa-peristiwa penting menggunakan ayat sendiri.
2) Menyatakan nama-nama watak yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah bab 24.
Penyerapan Nilai -Bekerjasama.
-Menghargai pendapat rakan.
-Persaingan sihat ( kuiz ).
Penyerapan Ilmu -Teknik membentang.
Aktiviti -Berbincang dalam kumpulan.
-Membentang dapatan.
-Kuiz.
Bahan Rujukan - Kassim Ahmad, penyelenggara ( 1991 ). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
-Mohd.Noor Yunus ( 1997 ). Hikayat Hang Tuah Karya Agung. Kuala Lumpur: Pustaka Delta Pelajaran Sdn.
Bhd.
-Rozaiman Makmun ( 2008 ).Buku 1 Bimbingan Memahami Hikayat Hang Tuah.Tungku Link Universiti Brunei
Darussalam.
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU .
Aktiviti
Langkah Isi Pelajaran Catatan dan Alat Bantu
Mengajar
Guru
( Pengajaran )
Pelajar
( Pembelajaran )
Pendahuluan:
( 2 minit )
-Memberi salam dan
membaca doa
sebelum memulakan
pengajaran dan
pembelajaran.
Guru memberi salam dan
memulakan bacaan doa
sebelum mengajar bersama-
sama pelajar.
Pelajar menjawab salam dan
membaca doa sebelum belajar
beramai-ramai
Induksi set:
( 5 minit )
-Tayangan video
mengenai
peperangan.
Guru mengarahkan pelajar
untuk menumpukan perhatian
terhadap tayangan video.
Guru bertanya pendapat
pelajar mengenai video yang
ditayangkan.
a)Apakah pendapat kamu mengenai
tayangan video tadi?
Para pelajar memberi perhatian
terhadap video yang ditayangkan.
Pelajar-pelajar menjawab
pertanyaan guru dengan
mengemukakan pendapat mereka
mengenai video tersebut.
CATATAN:
-Teknik soal jawab.
-Kemahiran lisan.
ABM:
-Komputer riba
-Projektor
-Alat pembesar suara
-Tayangan video
Guru mengaitkan tayangan
video tersebut dengan isi
pelajaran pada hari ini iaitu
mengenai peristiwa-peristiwa
penting.
Pelajar memberi maklumbalas
dengan berinteraksi dengan guru.
Langkah
Perkembangan:
Langkah 1:
( 10 minit )
-Maksud peristiwa,
peristiwa-peristiwa,
peristiwa-peristiwa
penting.
-Peristiwa-peristiwa
penting dalam
Hikayat Hang Tuah
pada awal bab 24.
( hal.514-518)
-Nama-nama watak
Guru bertanya kepada pelajar:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan
a)Peristiwa.
b)Peristiwa-peristiwa.
c)Peristiwa-peristiwa penting.
Guru menayangkan slaid serta
memberi penerangan tentang
pengertian peristiwa,
peristiwa-peristiwa, dan
peristiwa-peristiwa penting.
Para pelajar menjawab
pertanyaan guru dengan
mengemukakan idea-idea mereka
mengenai maksud peristiwa,
peristiwa-peristiwa dan
peristiwa-peristiwa penting.
Pelajar menumpukan perhatian
pada tayangan slaid dan
berinteraksi dengan guru.
CATATAN:
-Teknik soal jawab.
-Kemahiran berfikir
dan lisan.
ABM:
-Komputer riba.
-Projektor.
-Tayangan slaid.
dalam bab 24.
Guru bertanya kepada pelajar
mengenai peristiwa-peristiwa
penting yang terdapat dalam
Hikayat Hang Tuah bab 24.
Guru memilih beberapa orang
pelajar untuk mengenali
peristiwa-peristiwa penting.
Guru memberikan penerangan
tentang beberapa peristiwa
penting yang terdapat di awal
bab 24.
Pelajar memberikan maklum
balas dengan menjawab
pertanyaan guru mereka.
Beberapa orang pelajar dipilih
untuk mengenalpasti peristiwa-
peristiwa penting yang terdapat
dalam Hikayat Hang Tuah bab
24.
Pelajar memberikan perhatian
dan maklumbalas terhadap
penerangan guru.
Langkah 2:
( 20 minit )
- Aktiviti
berkumpulan
pembentangan.
Guru mengarahkan para
pelajar untuk membentuk 2
kumpulan.
Para pelajar dibahagikan kepada
2 kumpulan iaitu kumpulan 1 dan
kumpulan 2.
CATATAN:
-Teknik perbincangan.
-Kemahiran berfikir
-Peristiwa-peristiwa
penting dalam
Hikayat Hang Tuah
(hal 519-528).
Guru mengarahkan pelajar
mengadakan perbincangan.
Guru akan memantau
perbincangan pelajar dari satu
kumpulan ke satu kumpulan
yang lain.
Guru mengarahkan pelajar
untuk melakukan
pembentangan selepas pelajar
mengadakan perbincangan.
Guru membandingkan
jawapan pelajar dengan
menayangkan slaid mengenai
peristiwa-peristiwa penting
-a)Setiap kumpulan
mengandungi 7 orang pelajar.
-b)Setiap pelajar dalam setiap
kumpulan akan mengadakan
perbincangan tentang:
b i)Kumpulan 1 akan mengenal pasti
dan menyatakan peristiwa peristiwa
penting yang terdapat dalam Hikayat
Hang Tuah dari halaman 519 hingga
halaman 524.
b ii)Kumpulan 2 akan mengenalpasti
dan menyatakan peristiwa-peristiwa
penting yang terdapat dalam Hikayat
Hang Tuah dari halaman 524 hingga
-Kemahiran menulis.
-Kemahiran lisan
.ABM:
-Kad Manila
-Pen marker.
yang terdapat dari halaman
519 hingga halaman 528
dalam Hikayat Hang Tuah.
Guru mengarahkan beberapa
orang pelajar untuk membaca
beberapa peristiwa penting
yang ditunjukkan melalui
tayangan slaid.
Guru mengedarkan nota
peristiwa-peristiwa penting
dan nama-nama watak bab 24.
halaman 528.
Para pelajar akan
membentangkan hasil dapatan
mereka.
Pelajar membaca peristiwa-
peristiwa penting yang
dipaparkan melalui tayangan
slaid.
Aktiviti
pengukuhan:
-Aktiviti kuiz Guru mengarahkan wakil
setiap kumpulan untuk
memilih nombor soalan
melalui sampul surat yang
Kedua-dua kumpulan akan
memilih nombor soalan daripada
sampul surat yang
CATATAN:
-Kemahiran
mendengar, lisan dan
Langkah 3
( 16 minit )
disediakan.
Guru mengendalikan kuiz
dengan mengajukan beberapa
soalan kepada peserta-peserta
dalam setiap kumpulan secara
bergilir-gilir.
disediakan.Rujuk lampiran 2.
Para pelajar menjawab soalan
kuiz dari nombor satu hingga
nombor 10 dan juga soalan
bonus.
Kumpulan yang mengutip
markah yang paling banyak akan
memenangi kuiz tersebut.
berfikir.
ABM:
-Komputer riba
-Projektor.
-Tayangan slaid
-Sampul surat.
-Penanda markah
bewarna hijau.
-Penanda markah
bewarna merah
Langkah 4:
( 5 minit )
-Rumusan peristiwa-
peristiwa penting
dalam bab 24.
Guru membuat rumusan.
tentang peristiwa-peristiwa
penting dalam bab 24.
Pelajar memberikan perhatian
dan maklumbalas terhadap
rumusan guru.
CATATAN:
-Kemahiran
mendengar, lisan dan
-Latihan kerja rumah. Guru memberikan latihan
kerja rumah kepada pelajar.
( Rujuk lampiran 3 )
berfikir.
ABM:
-Latihan kerja rumah
Penutup:
( 2 minit )
-Selesai pengajaran
dan pembelajaran
Guru menutup pengajaran
dengan membaca doa
( Surah Al’As ) beramai-
ramai.
Pelajar membaca doa ( Surah
Al-‘As ) setelah selesai
pengajaran dan pembelajaran.
Jumlah
….......
60 minit.
……….
Penilaian Kendiri
Catatan Guru
Tanda Tangan Ketua Jabatan
(….......................................)
Tanda Tangan Pengetua
(….......................................)
LAMPIRAN 1. NOTA
HIKAYAT HANG TUAHBAB 24- HANG TUAH JATUH SAKIT.
Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah bab 24:
1-Mahkota Raja Melaka terjatuh ke laut di Selat Singapura ketika tunduk melihat ikan emas yang berenang-renang di bawah kapal kenaikan.
2-Hang Tuah sanggup menyelam ke dalam laut semata-mata untuk mengambil mahkota Raja Melaka namun terlepas kembali apabila seekor buaya
putih meragut keris Taming Sari.
3-Raja Melaka sedih kehilangan Mahkota begitu juga Hang Tuah jatuh sakit kerana kehilangan keris Taming Sari.
4-Raja Melaka tidak mahu Hang Tuah bersedih lalu menghadiahkan keris warisan Bukit Siguntang Mahabiru.
5-Dong Manila dan Dong Cuala, nakhoda Feringgi yang dikalahkan oleh Hang Tuah di Cina membalas dendam dan dengan bantuan Raja Portugal,
mereka menyerang Melaka dengan 500 buah kapal perang.
6-Orang Sakai terlihat kehadiran kapal Feringgi dan mengkabarkannya kepada Penghulu Sakai.
7-Penghulu Sakai dan pengikutnya mengintip dan berjaya menangkap beberapa orang tawanan untuk mendapatkan maklumat.
8.Penghulu Sakai segera belayar ke Melaka menyampaikan khabar Feringgi dalam pelayaran menyerang Melaka.
9-Oleh sebab Hang Tuah sedang sakit, Bendahara Paduka Raja mengambil tugas Hang Tuah untuk menjaga Melaka daripada diserang oleh orang-
orang Feringgi.
10-Raja Melaka menitahkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa mengintip armada Feringgi.
11-Maharaja Setia dan Maharaja Dewa berjaya menawan dua kapal Feringgi yang paling hadapan.
12-Hang Tuah sihat sedikit lalu mencadangkan agar Melaka menghadapi Feringgi di laut.
13-Hang Tuah membawa Maharaja Setia dan Maharaja Dewa serta tentera meninjau barisan hadapan armada Feringgi dan berjaya menewaskan 4
kapal Feringgi manakala 6 kapal berundur mendapatkan bantuan.
14-Armada Feringgi mara menyerang balas namun Dong Suala dan Kapitan Gabernador terkena bedilan.
15-Hang Tuah terjatuh dalam air akibat terkena bedilan namun tidak cedera.
16-Armada Feringgi berundur setelah Kapitan Gabernador meninggal dunia manakala Dong Suala sakit tenat.
17-Raja Melaka melawat Hang Tuah setelah mendapat berita bahawa Hang Tuah terkena bedilan.
18-Hang Tuah tidak sihat dan sering demam-demam, selama tiga hari tiga malam Hang Tuah tidak makan, tidur dan bercakap.
19-Pada hari ke empat Hang Tuah beransur sihat dan pergi mengahadap Raja Melaka.
Watak-watak yang terlibat:
Raja Melaka, Hang Tuah, Buaya Putih, Tun Teja, Raden Emas Ayu, Seluruh isi istana, Dong Manila, Dong Suala, Armada Feringgi, Kapitan
Gabernador, Raja Portugal, Orang Sakai, Pengulu Sakai, Maharaja Setia, Maharaja Dewa dan beberapa watak sampingan yang lain.