perpustakaan - pnm · 2016. 3. 30. · buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh...

10
SEKITAR PERPUSTAKAAN 9 AZAH AZIZ: IKON BUDAYA MALAYSIA Dato’ Zawiyah Baba 1 & Daeng Haliza Daeng Jamal 2 Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Azah Aziz ialah seorang yang tidak asing lagi dalam menyanjung tinggi tradisi budaya Melayu dengan memelihara dan mengamalkannya. Didikan ibunya sejak kecil telah berjaya membentuk peribadi wanita yang lengkap dengan norma masyarakat Melayu dan Islam menjadikan anak jati Johor ini memiliki keperibadian wanita Melayu unggul walaupun mempunyai darah kacukan Melayu, Arab dan Turki. Penelitian hasil karyanya dan tulisan mengenainya mendapati beliau cenderung menulis tentang budaya, hal ehwal wanita dan sastera kanak-kanak. Sebahagian penulisannya didapati hasil pengamatan dan pengalaman hidup khususnya berkaitan hal ehwal wanita dan budaya Melayu. Manakala kerjayanya sebagai wartawan pula telah membawa beliau bertemu dengan tokoh-tokoh wanita terkemuka dunia disamping berpeluang mengumpul sastera berkaitan kanak-kanak. Kecenderungannya dalam bidang penulisan menjadikan ikon wanita unggul Malaysia ini berjaya menerbitkan banyak buku dan rencana sepanjang hidupnya. Penulisan mengenai busana Melayu berjudul ‘Rupa dan gaya: busana Melayu’ pula merupakan karya agung ketika hayatnya. Kata Kunci: Azah Aziz, ikon wanita Malaysia, tokoh budayawan, sastera kanak-kanak dan pejuang wanita. Pengenalan Azah Aziz atau nama sebenarnya Sharifah Azah Syed Mohammed Alsagoff telah dilahirkan di Singapura pada 21 Ogos 1928 dan dibesarkan di Johor Bharu. Tokoh budaya ini juga adalah isteri kepada tokoh akademik tersohor negara Profesor Ungku Aziz. Hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang juga merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia. Wanita kacukan Melayu, Turki dan Arab ini dilahirkan dalam kalangan orang berpengaruh negara. Cucu kepada Datuk Jaafar Mohamed (Menteri Besar pertama Johor) ini juga adalah anak saudara kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO dan ibunya Azizah Jaafar tokoh pendidikan yang terbilang. Wanita berwajah lembut ini mula mendapat pendidikan di Sekolah Convent Johor Bharu. Beliau memulakan kerjayanya di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bharu pada tahun 1949. Kemudian, pada tahun 1951, beliau bertugas selaku setiausaha di Jabatan Sains Sosial, Universiti Malaya, Singapura. Pada tahun 1953, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura diketuai oleh Pendeta Za’ba. Oleh itu, beliau memerlukan seorang setiausaha bagi membantunya dalam kerja-kerja pentadbiran. Berbekalkan ilmu trengkas dan menaip, Azah segera memohon jawatan tersebut dan diterima menjadi setiausaha kepada Pendeta Za’ba di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau juga pernah menjadi setiausaha kepada 1 Dato’ Zawiyah Baba ialah Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Ketua Projek portal malaycivilization.ukm.my. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected]. 2 Daeng Haliza Daeng Jamal ialah pembantu penyelidik di ATMA dan boleh dihubungi melalui dhaliza_leo@yahoo. com. Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 02-Dec-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

9

AZAH AZIZ: IKON BUDAYA MALAYSIA

Dato’ Zawiyah Baba1 & Daeng Haliza Daeng Jamal2

Institut Alam dan Tamadun MelayuUniversiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Azah Aziz ialah seorang yang tidak asing lagi dalam menyanjung tinggi tradisi budaya Melayu dengan memelihara dan mengamalkannya. Didikan ibunya sejak kecil telah berjaya membentuk peribadi wanita yang lengkap dengan norma masyarakat Melayu dan Islam menjadikan anak jati Johor ini memiliki keperibadian wanita Melayu unggul walaupun mempunyai darah kacukan Melayu, Arab dan Turki. Penelitian hasil karyanya dan tulisan mengenainya mendapati beliau cenderung menulis tentang budaya, hal ehwal wanita dan sastera kanak-kanak. Sebahagian penulisannya didapati hasil pengamatan dan pengalaman hidup khususnya berkaitan hal ehwal wanita dan budaya Melayu. Manakala kerjayanya sebagai wartawan pula telah membawa beliau bertemu dengan tokoh-tokoh wanita terkemuka dunia disamping berpeluang mengumpul sastera berkaitan kanak-kanak. Kecenderungannya dalam bidang penulisan menjadikan ikon wanita unggul Malaysia ini berjaya menerbitkan banyak buku dan rencana sepanjang hidupnya. Penulisan mengenai busana Melayu berjudul ‘Rupa dan gaya: busana Melayu’ pula merupakan karya agung ketika hayatnya.

Kata Kunci: Azah Aziz, ikon wanita Malaysia, tokoh budayawan, sastera kanak-kanak dan pejuang wanita.

Pengenalan

Azah Aziz atau nama sebenarnya Sharifah Azah Syed Mohammed Alsagoff telah dilahirkan di Singapura pada 21 Ogos 1928 dan dibesarkan di Johor Bharu. Tokoh budaya ini juga adalah isteri kepada tokoh akademik tersohor negara Profesor Ungku Aziz. Hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang juga merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia. Wanita kacukan Melayu, Turki dan Arab ini dilahirkan dalam kalangan orang berpengaruh negara. Cucu kepada Datuk Jaafar Mohamed (Menteri Besar pertama Johor) ini juga adalah anak saudara kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO dan ibunya Azizah Jaafar tokoh pendidikan yang terbilang.

Wanita berwajah lembut ini mula mendapat pendidikan di Sekolah Convent Johor Bharu. Beliau memulakan kerjayanya di Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bharu pada tahun 1949. Kemudian, pada tahun 1951, beliau bertugas selaku setiausaha di Jabatan Sains Sosial, Universiti Malaya, Singapura. Pada tahun 1953, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura diketuai oleh Pendeta Za’ba. Oleh itu, beliau memerlukan seorang setiausaha bagi membantunya dalam kerja-kerja pentadbiran. Berbekalkan ilmu trengkas dan menaip, Azah segera memohon jawatan tersebut dan diterima menjadi setiausaha kepada Pendeta Za’ba di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau juga pernah menjadi setiausaha kepada

1 Dato’ Zawiyah Baba ialah Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dan Ketua Projek portal malaycivilization.ukm.my. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected].

2 Daeng Haliza Daeng Jamal ialah pembantu penyelidik di ATMA dan boleh dihubungi melalui [email protected].

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

10

Ketua Pengarang New Strait Times, Tan Sri Leslie Hoffman pada tahun 1957. Kemudian beliau ditawarkan menjadi wartawan antaranya di Jabatan Pengarang Berita Harian dan Utusan Melayu. Beliau telah bertugas dengan Berita Harian selama 16 tahun, Utusan Melayu selama 4 tahun dan seterusnya bergerak sebagai penulis bebas. Pada awalnya, beliau menjadi setiausaha kepada editor di Berita Harian (Zaharah Nawawi 2001 & Zainuddin Maidin 2012).

Ikon budaya Malaysia perkataan ikon berasal daripada bahasa Inggeris, icon yang merujuk kepada perkara yang dikagumi sebagai ingatan untuk dicontohi. Istilah ikon kemudiannya diluaskan lagi dengan menganggap seseorang yang bergelar ikon itu lebih dianggap sebagai personaliti contoh dalam apa jua bidang. Bagi Azah Aziz yang begitu sinonim dengan gelaran ikon budaya Malaysia, memperlihatkan usaha tanpa jemu beliau dalam memartabatkan seni budaya Melayu. Selain itu, personalitinya yang sentiasa beridentitikan budaya Melayu dengan sentiasa berbaju kurung Johor dan busana tradisional menjadikan beliau merupakan pengamal budaya Melayu tegar walaupun busana tradisional sering kali berubah fesyen mengikut peredaran zaman. Selain itu, beliau juga cenderung mengenengahkan sastera tradisional terutamanya sastera kanak-kanak dengan mengumpul dan mencipta pantun, gurindam dan pepatah. Usahanya ini bukan sahaja dilihat mampu memelihara sastera tradisional dan menyemai sikap nasional tetapi juga mampu memupuk kasih sayang dan nilai kekeluargaan.

Dunia Penulisan

Di awal pembabitannya dalam bidang penulisan, beliau bermula dengan mengumpul pantun dan puisi kanak-kanak yang dibukukan pada tahun 1967 berjudul Puisi Kanak-kanak (Zaharah Nawawi 2001 & Zainuddin Maidin 2012). Kesungguhannya mengumpul sastera kanak-kanak ini adalah kerana cintanya yang mendalam terhadap sastera tradisional masyarakat Melayu disamping mengagumi keindahan berbahasa dan pemikiran orang Melayu dalam menyampaikan nasihat, tunjuk ajar dan hal-hal berkaitan kehidupan kepada generasi muda dalam bentuk kreatif ini. Menyorot kembali kerjayanya sebagai penulis, beliau telah berkecimpung dalam lapangan penulisan pada tahun 1957 di akhbar Berita Harian sebagai editor sebelum mengendalikan ruangan Dewan Wanita dengan menggunakan nama samaran Ratnamala (Zaharah Nawawi 2001). Sepanjang mengendalikan ruangan ini, beliau banyak menulis rencana berkaitan hal kewanitaan merangkumi resipi, kekeluargaan, kesihatan, ekonomi dan temubual bersama beberapa tokoh wanita. Beliau juga cenderung menulis berkaitan kesaksamaan hak terutamanya dari segi gaji dan pendidikan. Berdasarkan analisis penulisannya dari awal pembabitannya dalam bidang ini mendapati beliau lebih gemar menulis tentang isu-isu berkaitan wanita (Khadijah Hashim 1990). Minatnya dalam hal ehwal kewanitaan ini sentiasa berterusan biarpun beliau bertukar syarikat penerbitan akhbar bahkan sehingga menjadi penulis bebas.

Pejuang wanita

Berkaitan dengan kesaksamaan hak, beliau secara serius mendedahkan bahawa wanita juga mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki khususnya dalam bayaran gaji dan pendidikan (Khadijah Hashim 1990). Melalui bahasa yang sopan dan mudah difahami, beliau menyatakan bahawa wanita sepatutnya mendapat hak yang sama seperti kaum lelaki. Beliau juga pernah menulis mengenai sambutan Hari Wanita untuk beberapa tahun misalnya 1964 dan 1978 yang membincangkan tentang sumbangan, peranan dan nasib wanita Malaysia khususnya di luar bandar. Beliau merumuskan semua wanita sama ada di bandar atau desa sepatutnya mendapat gaji yang sama termasuk dalam sektor profesional, peladangan, perkhidmatan, pertanian

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

11

dan sebagainya. Beliau juga ada mengulas hak mendapat pendidikan yang sama seperti lelaki dalam semua lapisan pendidikan dengan mengambil contoh bilangan pelajar wanita di Universiti Malaya (UM) bagi tempoh tahun 1961-1969. Rencana mengenai jumlah pelajar wanita di UM yang mencatatkan peningkatan ini sekurang-kurangnya telah membuka mata pembaca khususnya wanita tentang pentingnya mengubah nasib kaum wanita melalui pendidikan.

Namun, fenomena ini semakin berubah seiring dengan perubahan masa yang memperlihatkan berlakunya peningkatan jumlah siswi di institut pengajian tinggi sehingga mencetuskan kebimbingan dalam kalangan pemimpin berkaitan dengan kemerosotan jumlah pelajar lelaki (www.mohe.gov.my 2011). Jika dilihat dari sisi lain, perubahan ini mungkin juga ada kaitannya dengan rencana Azah Aziz berkaitan jumlah siswi di UM. Perubahannya tentunya melahirkan perasaan gembira dihati wanita berjiwa besar ini kerana rencana yang ditulis sekurang-kurangnya membuka mata wanita termasuk di desa tentang pentingnya pendidikan. Bagi memastikan wanita Malaysia dapat memahami kepentingan mendapatkan hak yang sama seperti lelaki, beliau telah menulis mengenai beberapa tokoh wanita dunia yang sempat ditemubual ketika menjadi wartawan. Objektif rencana berkaitan tokoh wanita ini ditulis adalah untuk membuka mata wanita Malaysia tentang nasib dan perkembangan wanita dari negara lain. Selain itu, beliau juga berharap dengan adanya penulisan mengenai pencapaian wanita luar, wanita Malaysia dapat mengetahui dan merebut peluang yang ada seperti mana dilakukan wanita luar negara. Misalnya beliau menemubual angkasawan wanita pertama dunia dari Soviet Union, Valentina Nikolayeva Tereshkova. Dalam rencananya ini, beliau telah menekankan bahawa wanita juga mampu melakukan perkara setanding lelaki sehingga meneroka angkasa. Temubualnya bersama beberapa tokoh pemimpin wanita antaranya bekas pemimpin India, Indira Gandhi dan isteri bekas Presiden Republik Arab Mesir, Jehan Sadat pula menunjukkan pengaruh wanita dalam membela nasib rakyat terutamanya wanita yang sering kali diperlekehkan. Selain itu, Azah Aziz juga berkongsi cerita tentang mengurus masa dengan baik bagi wanita yang menjalankan tugas sebagai isteri, ibu dan bekerja melalui temubual bersama Belinda, isteri Muhammad Ali, peninju heavyweight terkenal di seluruh dunia (Khadijah Hashim 1990). Berikut adalah jadual penulisan Azah Aziz mengenai wanita:

Jadual 1: Penulisan terpilih Azah Aziz Mengenai Wanita

Judul Sumber Wanita Kita Selalu Berseminar. Kenapa, Ya? Jelita, Mei, 1979

Kain Dagang Luar Jelita, September, 1978

Dari Alam Semesta Dipetik Ilham Aneka Jelita, Ogos, 1978

Menambah Seni Dan Seri Dengan Kraftangan Tanahair Sendiri Jelita, Julai, 1983

Loceng Digoncang, Keretapi Pun Bergoyang

Warkah Dari Azah, Jelita, April, 1979

Inilah Belinda, Isteri Dan Ibu Yang Sejati Wanita, Julai, 1975

Bagaimana Kalau Diubah Tarikh Hari Wanita

Utusan Zaman, 4 September 1977

Sumber: Azah Aziz. 1990. Selayang Kenangan. Kuala Lumpur: AMK Interaksi

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

12

Sastera kanak-kanak

Cintanya terhadap sastera Melayu memang tidak dapat dinafikan apabila beliau sering menyelitkan serangkap pantun dalam hampir setiap rencananya. Baginya khazanah budaya Melayu ini secara tidak langsung dapat berfungsi sebagai penyeri rencananya. Selain itu, beliau juga mendalami ilmu kesusasteraan Melayu dengan mengambil kursus sastera Melayu di Universiti Malaya, bimbingan Pendeta Za’ba ketika menjadi setiausaha kepada tokoh bahasa tersohor negara itu (Zaharah Nawawi 2001 & Sulasiah Munajir 2009). Selain itu, beliau juga giat mengumpul sajak, cerpen dan pantun kanak-kanak. Usaha dan minatnya ini didapati kerana mengagumi kecerdikan masyarakat Melayu dalam mendidik anak-anak tentang nilai-nilai moral yang disampaikan secara tidak langsung melalui sastera lisan ini. Pada pandangannya, pantun sastera kanak-kanak perlu dipelihara kerana hal ini dapat menjadi medium untuk mendidik anak kecil tentang nilai-nilai moral yang terdapat dalam bait-bait sajak, cerita dalam cerpen dan pantun hasil pemikiran kreatif masyarakat Melayu terdahulu. Namun disebalik usaha murninya ini, beliau berhadapan dengan kesukaran menerbitkannya. Hasil pantun yang telah dikumpul tidak mendapat sambutan segelintir penerbit atas pelbagai alasan. Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan niat dalam memastikan sastera lisan ini sampai kepada anak bangsanya, beliau telah mengambil alternatif untuk menerbitkan sendiri buku pantun ini dibawah syarikat penerbitnya, Akaz Publication. Di samping itu, sebagai tanda kesungguhannya dalam mempopularkan sastera kanak-kanak ini, beliau telah menerbitkan lagu kanak-kanak dalam bentuk cakera padat (CD) yang mendapat sambutan amat menggalakkan (Zawiyah Baba 2012). Selain sastera rakyat ini, Azah juga bergiat aktif dalam menulis haiku, iaitu puisi Jepun yang juga telah diterjemahkannya ke Bahasa Melayu. Sebagai pelopor sastera haiku dalam lapangan persuratan Melayu, beliau telah diberi penghormatan sebagai juri pertandingan menulis haiku tajaan Japan Airlines (JAL) dari tahun 1990 hingga 1994 (Zaharah Nawawi 2001). Terbitan terakhir mengenai sastera kanak-kanak oleh Azah Aziz berjudul Sayang: Pantun Dan Seoka Kanak-Kanak diterbitkan pada tahn 2008. Berikut adalah jadual penerbitan buku mengenai sastera kanak-kanak hasil tulisan dan yang dikumpulkan oleh Azah Aziz:

Jadual 2: Senarai terpilih buku sastera kanak-kanak karya dan yang dikumpulkan Azah Aziz

Judul buku TahunAdek Sayang : Irama Kanak-Kanak 1970

Adik Comel 1982

Adik Sayang (Edisi ke2) 1975

Bangau Kurus 1984

Dendang dan Dondang Kanak-Kanak 1989

Ditaman Seni 1987

Ibu 1982

Keluarga Kita 1982

Kenangan Budi 1982

Marilah Bermain 1993

O Bangau dan Burung Kenek-Kenek 1982

Pantun Melayu 1982

Puisi Kanak-Kanak 1967

Sayang : Pantun & Seloka Kanak-Kanak 2008

Sumber: Koleksi Perpustakaan Negara

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

13

Budayawan

Sepanjang bertugas sebagai wartawan, penulis rencana sehingga menjadi penulis bebas, beliau didapati gemar menulis tentang pakaian tradisional Melayu khususnya busana wanita. Beliau bukan sahaja menulis tentang keindahan busana tradisional Melayu tetapi juga sentiasa menggalakkan masyarakat termasuk kakitangan kerajaan dan swasta untuk memakai baju tradisional. Dalam masa yang sama, beliau juga menulis tentang pentingnya memelihara dan memulihara busana tradisional Melayu dengan tidak mengenakan busana tradisional tersebut dengan pakaian moden misalnya seluar jeans dan sebagainya (Zaharah Nawawi 2001 & Rosmah Dain 2004). Wanita yang memiliki lebih daripada 100 helai koleksi busana tradisional Melayu seperti baju kurung, baju Melayu dan kebaya ini juga ada menulis mengenai keindahan kraftangan tradisional Melayu seperti labu sayung, kendi dan bakul mengkuang yang dilihat bukan sahaja sebagai perhiasan bahkan mampu menjana ekonomi keluarga (Rosmah Dain 2004). Sebagai tanda cintanya terhadap busana Melayu, beliau telah menghasilkan buku hasil kajiannya sendiri bertajuk ‘Rupa dan Gaya: Busana Melayu’. Buku yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2006 ini dianggap magnum opus atau karya agungnya berjaya dihasilkan ekoran penyelidikan yang dijalankan sebagai Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM (Azah Aziz 2006 & Zawiyah Baba 2006) pada 1 Ogos 1994 hingga 31 Julai 1996 pertama kalinya dan seterusnya pelantikan kali kedua pada 1 Ogos 1998 hingga 31 Julai 1999. Sebagai seorang yang amat teliti dan mempunyai cinta yang amat mendalam terhadap busana dan budaya Melayu, Azah Aziz telah mencurahkan usaha dan tenaga meneruskan penyelidikan beliau termasuk berbincang dengan orang tua-tua, merujuk sastera klasik Melayu termasuk hikayat, pantun, syair, gurindam, ungkapan dan lain-lain buku rujukan berkaitan tekstil dan busana termasuk kamus-kamus lama, sehingga berpuas hati dengan segala aspek karya yang akan dihasilkan. Tidak hairanlah penyediaan manuskrip buku ini telah mengambil masa hampir sepuluh tahun selepas beliau menjalankan penyelidikan sebagai Karyawan tamu ATMA. Penantian penerbitan buku ini sememangnya tidak sia-sia kerana hasilnya jelas suatu penerbitan yang agung dan wajar diangkat sebagai salah satu karya agung mengenai budaya Melayu.

Selain itu, kasih sayangnya terhadap busana Melayu turut dicurahkan kepada anak patung sehinggakan beliau sendiri menjahit persalinan tradisional Melayu untuk anak patung tersebut. Kemahiran menjahit baju tradisional Melayu yang dipelajari daripada ibunya ini bukan sahaja sebagai koleksi peribadinya tetapi pernah digunakan sebagai bahan pameran dalam Pameran Antarabangsa Anak Patung (World Festivals of Dolls) yang telah dianjurkan oleh Muzium Negara pada tahun 1978. Sebanyak 35 buah anak patung wanita dengan persalinan busana tradisional Melayu telah digunakan dalam pameran tersebut (Zaharah Nawawi 2001). Ketokohan dan keseriusan beliau dalam memartabatkan busana tradisional Melayu telah membuatkan beliau sering dijemput sebagai juri dan penceramah antaranya di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beliau juga sering dijemput untuk menganjurkan pertunjukkan fesyen busaneka di Universiti Malaya pada tahun 1990. Beliau juga pernah diminta untuk menguruskan pertunjukkan pakaian tradisional Melayu sempena Pesta Kesenian Rakyat Universiti-universiti Asean atau AUFAF (Asean Universities Folk Arts Festival) (Zaharah Nawawi 2001). Berikut adalah beberapa penulisan beliau mengenai busana Melayu:

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

14

Jadual 3: Senarai Terpilih Penulisan Azah Aziz Mengenai Busana Melayu

Kesungguhan Azah Aziz dalam memulihara dan memelihara tradisi Melayu khususnya busana juga diakui oleh peminat busana, para sarjana dan sering menjadi bahan penulisan artikel akhbar. Misalnya Utusan Malaysia menulis tentang kesungguhan budayawan ini dalam mengamal dan menyanjung tinggi tradisi budaya Melayu. Rencana yang banyak disiarkan dalam ruangan rencana dan keluarga akhbar ini mengupas tentang usaha yang dilakukan oleh budayawan ini. Usaha paling ketara dilakukan Azah Aziz yang sentiasa menjadi bahan dalam tulisan rencana ialah dengan sentiasa mengenakan baju kurung dalam penampilannya. Antara yang disentuh dalam kebanyakan rencana adalah usaha berterusan Azah Aziz dalam memperjuang dan memartabatkan khazanah budaya Melayu. Ada juga rencana yang berkongsi tentang penjagaan koleksi busana tradisional oleh budayawan ini dan pendapatnya tentang masa depan busana tradisional Melayu ini. Selain itu, Azah Aziz juga pernah mengulas tentang pentingnya memelihara sastera kanak-kanak yang dilihat berpotensi menjadi medium dalam memupuk kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan. Berikut adalah artikel akhbar mengenai ketokohan Azah Aziz dalam memelihara dan memulihara khazanah budaya Melayu:

Seni Pakaian Melayu di Semenanjung Malaysia

Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Malaysia 1989

Pakaian Melayu Purba: Jurnal Persatuan Muzium Malaysia (12): 95-99; 1993

Seni pakaian Melayu di Semenanjung Malaysia

Persidangan Antarabangsa Tamadun Melayu (2nd: 15-20 Aug 1989: Kuala Lumpur) : Vol. 5, Paper 60.

Peranan filem Dalam Memelihara Nilai-nilai Kebudayaan Tradisional

Seminar / Bengkel Industri Perfileman Malaysia (3 Mar 1981 : Kuala Lumpur).

Pakaian Kebangsaan Sebagai Satu Unsur Memupok Keperibadian kebangsaan Malaysia

Kongress Kebudayaan Kebangsaan (16-20 Aug 1971: Kuala Lumpur): Paper 38.

Pakaian anon. Mac, 1989

Mempopularkan kain batik Sarung anon. 24 Julai, 1987

Kain Dagang Luar Jelita, September, 1978

Dari Alam Semesta Dipetik Ilham Aneka Jelita, Ogos, 1978

Menambah Seni dan Seri Dengan Kraftangan Tanahair Sendiri Jelita, Julai, 1983

Judul buku Sumber

Rupa & Gaya : Busana Melayu Penerbit: Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

15

No. Judul Buku Penulis Sumber

1. Nama Pancaindera, Idea Azah Aziz

Zainuddin Maidin Rencana, Utusan Malaysia, 15 Julai 2012

2.Kak Azah Sinonim Dengan Budaya dan Kewartawanan

Nizam Yatim Rencana, Utusan Malaysia, 10 Julai 2012

3. Tokoh Budayawan, Azah Aziz Meninggal Dunia

Faizah Izzani Zakaria Dalam Negeri, Utusan Malaysia, 9 Julai 2012

Jadual 4: Beberapa Artikel Akhbar Mengenai Azah Aziz Dalam Memperjuangkan Khazanah Budaya Melayu:

Selain itu, kesungguhannya ini juga diterjemahkan dalam bentuk penulisan melalui hasil karya agungnya iaitu buku Gaya dan Rupa: Busana Melayu (2006). Beberapa ulasan mengenainya turut dilakukan oleh beberapa penulis rencana. Misalnya Zawiyah Baba (2006) mengulas tentang kandungan karya agung budayawan kelahiran Johor ini yang dilihat begitu jelas menerangkan tentang ketelitian orang Melayu dalam menghasilkan kerja seni. Di samping itu, beliau juga menyatakan Azah Aziz begitu teliti dalam menerangkan tentang khazanah bangsa Melayu ini. Buku setebal 376 mukasurat yang dilengkapi dengan senarai rujukan dan indeks pada bahagian akhir menjadikan buku ini lengkap sebagai buku ilmiah yang boleh dijadikan sumber rujukan bagi pengkaji. Beliau turut mengulas lanjut tentang tekstil masyarakat Melayu yang terdiri daripada pelbagai jenis dengan nama-nama dan gambar indah.

Selain itu, Rahana Md (2007) pula mengulas mengenai diskusi bicara buku ini yang telah dianjurkan pada tahun 8 Februari 2007 oleh Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kandungan yang disentuh oleh ahli panel ialah dari sudut penyampaiannya, pembukuan dan isi kandungannya. Penyampaian yang bukan sahaja

4. Pantun Harus Jadi Media Popular

anon. Rencana, Utusan Malaysia, 26 Mei 2008

5.Azah, Abdul Rahman Terima Ijazah Kehormat UPSI

anon. Kampus, Utusan Malaysia, 13 Ogos 2008

6.Abadikan Budaya Melayu

Zawiyah Baba Rencana, Utusan Malaysia, 9 Oktober 2006

7. Mengabadikan Busana Tradisi Bangsa

Saadah Jaffar Rencana, Utusan Malaysia, 31 Julai 2006

8.

Cintanya Pada Budaya Asli -- Songket dan Tembaga Menjadi Koleksi Berzaman

anon. Rencana, Utusan Malaysia, 13 September 1998

9.Busana Aziz - Pelihara Identiti Bangsa Melayu

Rosmah Dain Keluarga, Utusan Malaysia, 2 Oktober 2004

10. Budayawan Cintakan khazanah Alam Melayu

Noor Azam Shairi Rencana, Utusan Malaysia, 23 Mac 2002

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

16

diterang dan jelas tetapi juga diserikan dengan kata-kata dari bijak pandai Melayu seperti pantun, gurindam dan ungkapan. Ada juga pantun yang dihasilkan sendiri oleh Azah Aziz yang turut diselitkan untuk menggambarkan tentang keindahan hasil seni ciptaan orang Melayu. Dari sudut pembukuan, buku ini dilihat mempunyai tarikan tersendiri dengan kapsyen, gambarajah dan susun aturnya yang menarik dalam menjelaskan tentang sesuatu penyataan. Falsafah disebalik buku berkulit tebal dengan warna merah tua bersepuh keemasan ini ialah melambangkan warna kesukaan masyarakat Melayu. Buku ini mengandungi 12 bab yang terdiri daripada busana Melayu dan aksesori termasuk aksesori lelaki.

Saadah Jaffar (2006) juga mengulas tentang buku yang dianggapnya bukan sahaja fizikalnya kelihatan mewah tetapi juga isi kadungannya juga mewah dengan maklumat tentang khazanah alam Melayu yang dihuraikan dengan menarik dan jelas. Beliau juga menyatakan buku ini dapat dihuraikan dengan baik dan menarik kerana Azah Aziz menyampaikannya dengan sepenuh hati berdasarkan pengalaman hidupnya. Kebanyakan koleksi dalam buku ini adalah koleksi peribadinya. Komitmen pencinta warisan Melayu ini bukan sahaja jelas terbukti dengan terbitnya buku ini malah berjaya meninggalkan senaskah buku yang menghuraikan tentang koleksi warisan Melayu dengan baik untuk rujukan generasi akan datang.

Tokoh pemikir

Seorang pemikir lazimnya dinilai dan dihargai melalui penulisan, pengucapan atau hasil karyanya. Bagi Azah Aziz pengiktirafan beliau sebagai pemikir bidang budaya Melayu adalah berteraskan penulisan, pengucapan, penghayatan dan amalan sebagai peraih pakaian dan tekstil tradisional, persembahan pertunjukan dan ketrampilan beliau yang sentiasa berbaju kurung atau kebaya Melayu. Semasa hayatnya, beliau dianggap pakar rujuk bagi busana tradisional dan sastera klasik kanak-kanak. Cinta terhadap busana dan sastera Melayu tersemai dalam jiwa Azah Aziz dipupuk dan ditanam oleh tidak lain dan tidak bukan ibunya sendiri allahyarhamah Ibu Azizah Jaafar (1989-1974), seorang guru yang dianggapnya seorang nasionalis dan patriot Melayu (Azah Aziz 2006). Mengikut pengakuan Azah Aziz (2006) sendiri:

“Daripada ibulah saya mula-mula mempelajari tentang busana dan tekstil Yang menjadi pakaian orang Melayu Johor, wanita dan lelaki, termasuklah Baju kurung Teluk Belanga yang termasyur itu. Kerana pengaruh ibulah jua maka saya kagum dan terpesona dengan pantun, gurindam dan persuratan Melayu”.

Pelantikan beliau sebagai ahli badan-badan kerajaan dan badan berkanun yang bertanggungjawab dalam memajukan pelbagai aspek budaya, termasuk yang berikut menunjukkan pengiktirafan, ketokohan Azah Aziz sebagai Tokoh Budayawan Negara:

i) Ahli Majlis, Penasihat Kebudayaan Kebangsaan (1978- 1983)ii) Ahli Lembaga Penasihat KARYANEKA (1987 sehingga dibubarkan)iii) Ahli Lembaga Pembangunan Kraftangan Malaysia iv) Ahli Tribunal Hakcipta (1987-1989)v) Ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia (1992 – 2005)

Ketokohan beliau sebagai budayawan turut diiktiraf apabila beliau dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Johor, Wanita Cemerlang Avon Tan Sri Fatimah dan Anugerah Jarum Berlian. Pada tahun 2008, beliau dianugerahkAn pula Ijazah Kehormat Doktor Kesenian dan Doktor Pendidikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana ketokohannya dalam bidang

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

17

kebudayaan, dan kewartawanan (Sulasiah Munajir 2009). Sebagai mengiktiraf ketokohan serta menghargai sumbangan Azah Aziz terhadap budaya Melayu, ATMA telah memilih beliau sebagai salah seorang tokoh pemikir yang wajar dikaji dan diabadikan dibawah projek Tokoh Pemikir Alam Melayu. Projek ini melibatkan pengesanan dan pengumpulan semua penulisan oleh beliau, penulisan tentang beliau oleh penulis lain. Sumber-sumber yang diterbitkan yang dikumpul tentang beliau akan didigitalkan sebagai usaha pemuliharaan dan bagi memudahkan dan menggalakan rujukan dan penyelidikan tentang seorang ikon budaya Melayu.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hasil karya Azah Aziz banyak tertumpu kepada hal berkaitan wanita, sastera dan busana. Sepanjang kerjayanya, beliau didapati lebih banyak menulis rencana berkaitan topik berkaitan wanita ketika menjadi penulis bebas. Di awal pembabitan dalam penulisan khususnya di penerbitan akhbar beliau didapati gemar mengumpul dan menulis tentang sastera terutamanya pantun dan puisi kanak-kanak. Sebagai seorang penulis, beliau sentiasa menyumbang idea dan berkongsi cerita dengan pembaca khususnya wanita melalui rencananya walaupun telah bergelar penulis bebas. Menyedari perjuangan yang tidak mengenal erti jemu dalam isu-isu wanita, busana tradisional Melayu dan dunia sastera, maka Zaharah Nawawi yang juga rakan wartawan Azah Aziz telah membukukan kisah hidup budayawan jelita ini. Buku tersebut berjudul “Azah Aziz: Kartika di langit seni” diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001. Kembalinya Puan Azah Aziz kerahmatullah pada tahun 09 Julai 2012 pada usia 84 tahun merupakan satu kehilangan besar seorang pencinta dan pejuang budaya dalam masyarakat Melayu dan juga Malaysia. Semoga pemikiran dan kesungguhan cinta beliau terhadap budaya Melayu yang diwarisi melalui karya dan penulisan beliau akan dihayati dan dimanfaatkan serta dilestarikan oleh generasi kini dan akan datang agar ‘budaya Melayu tidak hilang didunia’ seperti beliau hasratkan.

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: PERPUSTAKAAN - PNM · 2016. 3. 30. · Buku pantun yang telah diterbitkan juga pernah ditolak oleh kementerian pelajaran sebagai salah satu teks kurikulum sekolah. Bagi meneruskan

SEKITARPERPUSTAKAAN

18

Rujukan

Anon. 1998. Cintanya pada budaya asli- Songket dan tembaga menjadi koleksi berzaman.Rencana, Utusan Malaysia, 13 September.

Anon. 2008. Pantun harus jadi media popular. Rencana, Utusan Malaysia, 26 Mei.

Faizah Izzani Zakaria. 2012. Tokoh budayawan, Azah Aziz meninggal dunia. Dalam Negeri, Utusan Malaysia, 9 Julai.

Azah Aziz. 1990. Selayang kenangan. Kuala Lumpur : AMK Interaksi.

Azah Aziz. 2006. Rupa & gaya : busana Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006

http://www.mohe.gov.my/portal/keratan-akhbar-selanjutnya/269-tangani-segera-jurang-bilangan-pelajar-wanita-lelaki-di-ipt.html (25 Oktober 2012).

Khadijah Hashim. 1990. Selayang kenangan. Kuala Lumpur : AMK Interaksi.

Nizam Yatim. 2012. Kak Azah sinonim dengan budaya dan kewartawanan. Rencana, Utusan Malaysia, 10 Julai.

Noor Azam Shairi. 2002. Budayawan cintakan khazanah alam Melayu. Rencana, Utusan Malaysia, 23 Mac

Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI). 2004. Biografi tokoh wanita Malaysia. Subang Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

Rahana Md. 2007. Buku Busana Melayu khazanah warisan inspirasi Azah. Keluarga, Utusan Malaysia, 28 Februari.

Rosmah Dain. 2004. Busana Aziz-Pelihara identiti bangsa Melayu. Utusan Malaysia, 2 November.

Saadah Jaffar. 2006. Mengabadikan busana tradisi bangsa. Rencana, Utusan Malaysia, 31 Julai.

Sulasiah Munajir. 2009. 20 tokoh wanita. Bangi: Medium Publications

Zaharah Nawawi. 2001. Azah Aziz : kartika di langit seni. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Zainuddin Maidin. 2012. Nama Pancaindera, idea Azah Aziz. Utusan Malaysia, 15 Julai.

Zawiyah Baba. 2006. Abadikan budaya Melayu. Utusan Malaysia. 9 November.

Zawiyah Baba. 2012. Peranan Azah Aziz sebagai penasihat Perpustakaan Negara Malaysia, Bangi, Tembual, 25 Oktober.

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©2013 – Perpustakaan Negara Malaysia