perpuluhan pendaraban
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Matematik
Tahun : 4 Wibawa
Tarikh : 11 April 2013
Hari : Khamis
Masa : 60 minit (9.55 am – 10.55 am)
Bilangan Murid : …./25 orang
Tajuk : Perpuluhan
Bidang pembelajaran : Darab Perpuluhan.
Objektif Pembelajaran :
a) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor satu digit.
b) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor 10.
c) Murid dapat menyelesaikan masalah perpuluhan dalam kehidupan seharian.
Hasil pembelajaran : Pada akhir bab ini, murid harus dapat :
a) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor satu digit 5 daripada 8 dengan tepat.
b) Murid dapat mendarab nombor perpuluhan sehingga dua tempat perpuluhan dengan nombor 10, 7 daripada 10 dengan baik.
c) Murid dapat menyelesaikan masalah perpuluhan dalam kehidupan seharian 2 daripada 4 dengan betul.
Pengetahuan sedia ada : Murid tahu bagaimana …
a) Menolak nombor dan operasi dalam bentuk lazim.b) Kegunaan nombor perpuluhan dalam kehidupan seharian seperti
berat, masa dan sebagainya.c) Menyusun nombor perpuluhan dalam operasi penambahan dan
penolakan.d) Menentukan nilai tempat perpuluhan dalam operasi penambahan
dan penolakan.
Sumber / ABM: laptop, lcd, lagu, tali, “broshure” harga barang, kad gambar, lembaran kerja.
Kemahiran berfikir :
1. Membuat kaitan2. Menyelesaikan masalah
Nilai murni : Bersemangat, bekerjasama, menghormati, berusaha, keberanian
Langkah / Masa Kandungan Langkah-langkah/ aktiviti Catatan
Set induksi
(5 minit)
Teknik
visualisasi/
pengenalan
1. Guru memulakan proses P&P dengan
bertanya khabar kepada murid dan
memeriksa kekemasan serta
kebersihan kelas.
2. Guru menunjukkan persembahan silap
mata menggunakan tali.
3. Dua orang murid dipanggil untuk
menjadi sukarela.
4. Guru mengaitkan persembahan silap
mata tersebut dengan pembelajaran
hari ini.
Kemahiran :
- Penjanaan idea
- Sintesis idea
BBM :
- Tali
KBKK :
- Menganalisis
Langkah 1
(13 minit)
Imaginasi/
konsep
1. Guru menunjukkan persembahan
multimedia kepada murid.
2. Murid di minta untuk memberi tumpuan
terhadap persembahan slaid.
3. Murid diminta menjelaskan langkah-
langkah yang telah dinyatakan
persembahan slaid.
4. Guru memberi bimbingan semasa
murid menjelaskan langkah-langkah
dalam pendaraban perpuluhan.
5. Murid juga diminta untuk
menyelesaikan masalah yang diberi
oleh guru.
Kemahiran :
- Penjanaan idea
- Sintesis idea
Nilai :
- Menghormati
- Berdisiplin
ABM :
- Laptop
- Lcd
Langkah 2
(20 minit)
Pengukuhan
Aktiviti
kumpulan
“Jom Membeli”
1. Guru meminta murid duduk dalam
kumpulan.
2. Guru memberikan penjelasan kepada
setiap kumpulan tentang aktiviti yang
akan dijalankan.
3. Setiap kumpulan akan diedarkan satu
“broshure harga barang” dan kertas
kira-kira.
4. Terdapat 5 stesen yang perlu dilalui
oleh setiap kumpulan.
5. Apabila guru meniupkan bunyi wisel,
Nilai :
- Berkerjasama
- Berusaha
-
Kemahiran :
- Aplikasi idea
- Sintesis idea
ABM :
- “broshure harga
barang”, kertas
murid diminta membuka sampul surat
pada stesen yang diduduki. Sampul
surat tersebut mengandungi gambar
barang yang ingin dibeli oleh murid.
Murid perlu merujuk harga barang pada
broshure yang diberi. Bilangan barang
ditentukan oleh bilangan gambar yang
ada dalam sampul surat tersebut. Murid
perlu mengira jumlah harga barang
tersebut menggunakan teknik
pendaraban perpuluhan. Murid diberi
masa selama 3 minit untuk
menyelesaikan tugasan tersebut.
6. Apabila wisel dibunyikan lagi, setiap
kumpulan diminta bergerak ke stesen
yang berikutnya dan menyelesaikan
tugasan yang diberi.
7. Aktiviti tamat apabila kesemua
kumpulan telah melalui 5 stesen.
8. Guru membincangkan jawapan hasil
kira-kira murid secara bersama-sama.
kira-kira, kad
gambar barang.
Kecerdasan pelbagai :
- Kinestatik
- Logik matematik
- Intrapersonal
Langkah 3
(15 minit)
Aktiviti individu
- “kotak minda”
1. Murid diminta duduk di tempat masing-
masing.
2. Murid diminta untuk menjawab soalan
di dalam lembaran kerja yang diberi.
3. Guru membimbing murid yang
memerlukan.
4. Kemudian, guru memainkan muzik dan
murid diminta menggerakkan “kotak
minda” melalui semua murid.
5. Murid yang memegang “kotak minda”
ketika muzik dihentikan harus
mengambil satu kertas dari kotak
tersebut. Kertas tersebut tertera
nombor soalan.
6. Murid berkenaan perlu menunjukkan
penyelesaian bagi soalan yang telah
dinyatakan pada kertas yang dipilih
pada papan putih.
7. Guru akan memberi penerangan
secara mendalam apabila terdapat
Nilai murni :
- Keberanian
- Bekerjasama
Kemahiran :
- Penjanaan idea
- Sintesis idea
ABM :
- Lembaran kerja,
“kotak minda”,
lagu.
Kecerdasan pelbagai :
- Intrapersonal
- Logik Matematik
ramai murid tidak dapat menjawab
sesuatu persoalan.
8. Langkah 5 diulang sebanyak 3 kali.
9. Guru memberikan pujian dan galakan
kepada murid.
Penutup
(7 minit)
Ulang kaji 1. Guru menguji kefahaman murid
berkaitan tajuk yang diajar pada hari
ini.
2. Murid menyatakan hasil pembelajaran
yang dapat pada hari ini.
3. Guru meminta beberapa orang murid
memberikan refleksi tentang
pembelajaran pada hari ini.
4. Guru memotivasikan murid dan
memberi galakkan kepada murid untuk
meneruskan pengajian.
Nilai :
- Bersemangat
- Menghargai