pernyataan refleksi internship

12
of 47

Upload: muhd-aqilazmihassan

Post on 26-May-2017

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Refleksi Internship

of 47

Page 2: Pernyataan Refleksi Internship

1.0 Pendahuluan

Page 3: Pernyataan Refleksi Internship

Kursus PPK 290/2 Internship 1 adalah bertujuan memberi pendedahan awal danpengalaman sebenar kepada pelajar tentang pengendalian program pendidikan khas integrasidi sekolah. Pelajar kursus ini sebagai guru pembantu hanya dikehendaki membuatpemerhatian dan membantu guru serta melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yangdijalankan di sekolah supaya mereka mendapat pengalaman yang sesuai. Pada akhirinternship, pelajar akan mempunyai pemahaman yang jelas tentang peranan guru pendidikankhas di sekolah.Semasa menjalani latihan ini, pelajar tidak akan melakukan tugas-tugas sebenar gurupendidikan khas. Mereka hanya dikehendaki melibatkan diri dalam empat tugas iaitumembuat pemerhatian terhadap tugas-tugas guru pendidikan khas, pengurusan murid-muridkeperluan khas, serta pemerhatian terhadap aktiviti pengajaran dalam kelas pendidikan khas.Selain itu, tugas guru pembantu juga meliputi membantu guru pendidikan khas mengurusmurid-murid pendidikan khas, mengendali aktivitipengajaran dalam kelas pendidikan khas,mengkaji keperluan murid dan menulis laporan RPI serta menulis jurnal harian danmenyediakan laporan reflektif.

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USMSMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 22.0 PenghargaanSyukur Alhamdulillah, saya berjaya melalui internship atau praktikal selama sebulandi SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh wargaSMK Rosli Dhoby, terutamanya kepada Tuan Pengetua, Penolong Kanan Pendidikan Khasdan guru-guru pendidikan khas kerana memberi peluang dan kebenaran kepada saya untuk menjalani internship selama sebulan di sekolah ini.Terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru yang sudi membimbing danmembantu saya selama saya berada di sekolah ini. Saya juga berterima kasih kepadapensyarah-pensyarah saya yang telah banyak membantu. Hasil daripada pembelajaran yangsaya ikuti di Universiti Sains Malaysia, telah saya aplikasikan sepanjang saya berada disekolah ini.Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada pelajar-pelajar pendidikan khasSMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak kerana telah banyak membantu saya sepanjang sayamenjadi guru pembantu di sekolah ini. Kerjasama yang mereka berikan amat bermakna buatsaya. Setelah sebulan berada di sekolah ini, banyak

Page 4: Pernyataan Refleksi Internship

pengalaman dan ilmu yang sayaperolehi. Saya juga dapat menambah pengetahuan mengenai bahasa-bahasa isyarat yangmereka gunakan di sekolah dan dalam perbualan harian. Akhir kata, sekali lagi saya inginmengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu saya termasuklah keluargasaya dan seluruh warga SMK Rosli Dhoby, Sibu, Sarawak.

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USMSMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 33.0 Objektif InternshipObjektif utama Internship 1 adalah untuk memberi pendedahan awal dan pengalamansebenar (field experience) kepada pelajar. Pelajar akan ditempatkan dalam program-program pendidikan khas yang sesuai dengan bidang tumpuan selama sebulan (4 minggu).Semasa menjalankan internship, pelajar dikehendaki membuat pemerhatian, membantu danmelibatkan diri dalam program-program yang dijalankan supaya mereka akan mendapatpengalaman yang sesuai. Pelajar diberi peluang untuk mengkaji ciri-ciri diagnostik ketidakupayaan murid, dan cara mengurus dan mengajar murid-murid tersebut. Pelajar akanbertugas sebagai guru pembantu (teaching assistant) kepada guru-guru pendidikan khasdalam program-program tersebut. Pada akhir internship, pelajar akan mempunyaikefahaman mengenai peranan guru pendidikan khas dalam program integrasi inklusif ataubadan bukan kerajaan.

Page 5: Pernyataan Refleksi Internship

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USMSMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 44.0 Refleksi Internship4.1 Refleksi Hari Pertama (9 Julai 2012 / Isnin)Hari pertama berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby, hari pertamasebagai guru pembantu. Sekolah yang merupakan tempat saya praktikal ini mempunyaiProgram Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Program ini diwujudkansejak tahun 2002. Sewaktu itu, program ini masih berada di skala yang kecil. Merekamenggunakan sebuah kelas sahaja. Guru-guru pula menggunakan sedikit ruang di dalamkelas tersebut sebagai tempat rehat guru. Pada permulaan program ini dahulu, hanyaterdapat sedikit sahaja pelajar pendidikan khas. Namun sehingga tahun 2012, merekaberkembang daripada 1 kelas kepada 5 kelas. Dahulunya hanya untuk pelajar Tingkatan 1sehingga 3 sahaja, namun kini sudah mempunyai kelas tingkatan 4 dan 5. Hal inimenunjukkan program ini sudah banyak membangun setelah 11 tahun diwujudkan. Jikadahulu, guru hanya menumpang ruang di dalam kelas pelajar, namun kini mereka sudahmempunyai bilik rehat guru yang tersendiri. Selain itu, mereka juga mempunyai 2 orangpembantu pendidikan khas. Mereka adalah Kak Lily dan Kak Siti Hawa. Tugas merekaadalah untuk membantu guru-guru dan para pelajar di sini. Mereka membantu guru daripadasegi menyediakan salinan lampiran mengajar, serta membuat tugas-tugas lain. Bagi pelajarpula, mereka membantu pelajar untuk memesan makanan di kantin dan sekiranya terdapataktiviti luar bilik darjah, mereka membantu untuk memasak makanan untuk para pelajar.Bagi hari pertama, tidak banyak perkara yang dilakukan. Saya tiba di sekolah padapukul 6.20 pagi, kerana sudah menjadi kebiasaan semasa bersekolah di sini dahulu. Waktupersekolahan bermula pada pukul 6.50 pagi. Pada kebiasaannya, pelajar-pelajar akan

Page 6: Pernyataan Refleksi Internship

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USMSMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 5berhimpun di tapak perhimpunan untuk upacara menaikkan bendera. Namun, pada hari ini,cuaca tidak mengizinkan, hujan yang turun menyebabkan pelajar-pelajar hanya menunggudi dalam kelas dan bersedia untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.Para pelajar sudah dilatih untuk berdikari dalam menjaga kebersihan kelas masing-masing. Sebelum masuk ke kelas, sudah menjadi rutin harian, mereka akan mengambilkunci kelas masing-masing untuk membuka bilik darjah. Kelas pendidikan khas di siniadalah sebanyak 5 buah, iaitu daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Setiap wakildaripada kelas masing-masing akan mengambil kunci kelas yang terletak di bilik guru.Selepas kelas dibuka, murid-murid akan membuat pembersihan di kelas masing-masing.Guru kelas setiap tingkatan sudah menyediakan jadual bertugas untuk memudahkan pelajarmengetahui tugas masing-masing.Tidak banyak pemerhatian dilakukan pada hari ini. Saya melakukan pemerhatian diseluruh kelas pendidikan khas daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Para pelajarkelihatan ramah apabila saya memasuki kelas mereka, walaupun mereka berasa hairandengan kehadiran saya. Pada hari pertama, interaksi antara saya dan pelajar-pelajar di sinitidak begitu berkembang. Mereka masih kekok untuk menegur. Interaksi antara guru pulabaik, mungkin disebabkan saya sudah mengenali mereka semasa zaman persekolahandahulu.Kelas pertama yang saya masuk adalah kelas Tingkatan 1. Dalam kelas ini, ada 4orang pelajar. Namun seorang pelajar tidak hadir ke sekolah. Apabila saya masuk untuk pemerhatian, pelajar-pelajar tersebut kelihatan rajin untuk membuat kerja. 3 orang pelajarini dikenali dengan nama Tan Wui Chen, Saadiah bt Yusuf dan Eileen Kung. Ketiga-tiga

Page 7: Pernyataan Refleksi Internship

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USMSMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 6mereka mengalami masalah pendengaran. Di dalam kelas ini, mereka menggunakan papanputih untuk menggantikan papan hitam. Penggunaan papan putih ini, pada pendapat sayaamat sesuai untuk pelajar pendidikan khas. Tulisan yang ditulis di papan putih kelihatanlebih jelas berbanding di papan hitam. Kebanyakan sekolah di Sarawak masih lagimenggunakan papan hitam di dalam kelas. Jadi, menjadi satu kelainan di dalam kelas-kelaspendidikan khas ini apabila mereka menggunakan papan putih. Di dalam kelas ini jugaterdapat rak penyimpanan buku pelajar, mesin jahit, rak simpanan kasut, kipas dan peralatansukan. Susun atur tempat duduk pelajar adalah berhadapan dengan guru (Lihat LampiranA).Kelas kedua yang saya masuki adalah kelas Tingkatan 2. Kelas ini mempunyai 5orang pelajar yang kesemuanya lelaki. Mereka adalah Alexander, Mohd Fikri, Micheal,Ting dan Nicholas. Menurut guru yang mengajar, pelajar yang bernama Nicholas, barumemasuki sekolah pada tahun 2011 iaitu semasa dia berada di Tingkatan 1. Pelajar tersebuttidak pernah menerima sebarang pendidikan semenjak daripada kecil. Oleh itu, apabilapelajar tersebut memasuki sekolah pada tahun 2011, pelajar tersebut tidak mempunyaisebarang pengetahuan mengenai bahasa isyarat dan pelajaran yang diajar. Hal inimerupakan satu cabaran bagi guru-guru untuk mengajar pelajar tersebut daripadapengajaran yang paling asas. Pelajar-pelajar lain kesemuanya bekas murid daripada sekolahrendah pendengaran. Di dalam kelas ini, terdapat papan putih, rak simpanan buku pelajar,alat pemancar (LCD), televisyen dan kipas.Kelas seterusnya adalah kelas tingkatan 3. Kelas ini terdapat hanya 2 orang pelajarsahaja. Mereka adalah David dan Mohd Rizal. Di dalam kelas ini terdapat papan putih, rak simpanan buku pelajar, rak simpanan kasut, televisyen, kipas dan tempat simpanan alat

Page 8: Pernyataan Refleksi Internship

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USMSMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 7pemancar. Pelajar yang bernama Rizal mempunyai sering sakit menyebabkan badannyayang kurus semakin kurus. Jika diperhatikan, pelajar tersebut kelihatan mempunyai penyakitlain yang menyebabkan badannya sangat kurus. Rizal tidak mempunyai masalahpendengaran yang serius. Hal ini kerana dia mampu mendengar percakapan guru. Dia akanmenjawab semula dalam bahasa isyarat.Dalam kelas Tingkatan 4 pula, terdapat 4 orang pelajar iaitu Albert, Afiq, Monicadan Teng. Pelajar yang bernama Teng, merupakan pelajar perempuan yang berbangsa Cina.Pelajar tersebut lewat memasuki kelas pendidikan khas. Hal tersebut kerana menurut guruyang mengajar, pelajar tersebut lewat dikenalpasti sebagai mempunyai masalahpendengaran. Menurut pemerhatian saya, pelajar tersebut kelihatan tidak dapatmenyesuaikan diri lagi berada dalam kelas pendidikan khas tersebut. Seperti yang kita tahu,apabila seseorang tidak menggemari akan sesuatu, dia akan berperlakuan agresif sepertisuka marah dan sukar untuk mendengar arahan guru. Pelajar tersebut mempunyai perlakuantersebut yang menyebabkan guru-guru sukar untuk memberi arahan kepadanya. Selain itu,walaupun pelajar tersebut tidak mempunyai masalah pendengaran yang serius, guru-guruterpaksa bercakap dalam nada yang tinggi supaya dia mampu mendengar. Pelajar tersebut juga mencuba untuk bercakap, namun butiran percakapannya sukar untuk dikenalpasti. Halini menimbulkan kesukaran dalam proses interaksi.Kelas Tingkatan 5 pula terdapat 7 orang pelajar iaitu Nurhidayah, Nabil, Hadi, Alvin,Hazemi, _____ dan ______. Dalam kelas ini terdapat kemudahan seperti papan putih, rak simpanan buku, rak kasut, kipas dan OHP. Menurut guru yang mengajar, para pelajar didalam kelas ini mempunyai sikap dan pencapaian akademik yang baik. Apabila saya masuk untuk memerhati, mereka rajin membuat kerja yang guru berikan. Terdapat guru yang

Page 9: Pernyataan Refleksi Internship

PPK290 Internship / Pendidikan Khas Tahun 2/USMSMK Rosli Dhoby/Sibu/Sarawak Page 8memberitahu bahawa ada pelajar di dalam kelas ini berpotensi untuk mendapat gred Adalam mata pelajaran tertentu. Walaupun mereka sukar untuk faham akibat masalahpendengaran yang dihadapi, namun mereka tidak berputus asa untuk fahami subjek yangguru ajar. Pemerhatian kelima-lima kelas membolehkan saya tahu serba sedikit mengenaipelajar dan tingkahlaku mereka di dalam kelas.Waktu pengajaran dan pembelajaran tamat pada pukul 1 tengah hari. Saya bernasibbaik kerana berkesempatan terlibat dalam aktiviti mereka pada hari itu. Aktiviti itu bermulapada pukul 2 petang. Aktiviti yang diadakan adalah aktiviti penanaman bunga di kawasanyang berhadapan dengan kelas pendidikan khas. Melalui aktiviti tersebut, dapat dilihatkerjasama antara pelajar sangat baik. Walaupun mereka berada dalam tingkatan yangberlainan, mereka boleh berinteraksi sesama sendiri seperti rakan-rakan yang normal. Malahmereka kelihatan lebih rapat antara satu sama lain. Hal ini mungkin disebabkan oleh jumlahpelajar yang sedikit. Guru-guru memberi tunjuk ajar kepada mereka cara-cara untuk penanaman pokok.Pada permulaannya, mereka mencabut keseluruhan tanaman yang tumbuh dikawasan yang hendak ditanam. Kemudian, beberapa orang pelajar ditugaskan untuk mencangkul tanah bagi menggemburkan tanah-tanah yang ada. Apabila melihatkan merekamelakukan tugasan yang diberi, tergambar bahawa pelajar-pelajar tersebut amat tekunmelakukan kerja yang melibatkan kemahiran. Berbeza suasananya apabila dibandingkanantara mereka berada di dalam kelas dan di luar kelas. Aktviti yang melibatkan kemahiranvokasional lebih menarik minat mereka. Walaupun sukar untuk mendengar, mereka mampumelaksanakan tugasan penanaman pokok tersebut dengan baik. Aktiviti luar tersebutdigunakan oleh guru sebagai latihan amali untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Aktiviti

Page 10: Pernyataan Refleksi Internship

SearchSearch History: