pernyataan profesional internship (sebelum) lch

3
PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012 (SEBELUM INTERNSHIP) Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Sepanjang tempoh Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat kepemimpinan dan pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada seorang mentor. Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu taklimat oleh unit praktikum telah diadakan pada 18 Jun 2012 bersamaan hari Isnin di Dewan Seri Melati. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit Praktikum, Encik Taufik bin Ahmed Sepanjang taklimat, saya telah didedahkan dengan apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship dengan lancar. Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan seperti penyediaan

Upload: leong-chunhung

Post on 23-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

intern

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional Internship (Sebelum) Lch

PERNYATAAN PROFESIONAL INTERNSHIP 2012

(SEBELUM INTERNSHIP)

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan

untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada

dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Pelajar dikehendaki untuk

merancang, melaksana dan menilai projek atau aktiviti yang berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti

rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah. Sepanjang tempoh

Internship, pelajar akan didedahkan dengan sifat kepemimpinan dan

pengurusan pelbagai aktiviti di sekolah dengan bimbingan daripada seorang

mentor.

Sebelum menjalani Internship di sekolah selama satu bulan, satu

taklimat oleh unit praktikum telah diadakan pada 18 Jun 2012 bersamaan hari

Isnin di Dewan Seri Melati. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Unit

Praktikum, Encik Taufik bin Ahmed Sepanjang taklimat, saya telah

didedahkan dengan apa itu internship dan projek yang boleh dijalankan di

sekolah. Pelbagai input yang berguna telah diperoleh sepanjang hari taklimat

dijalankan untuk memastikan para pelajar dapat menjalankan Internship

dengan lancar.

Berdasarkan taklimat yang telah diberikan oleh Unit Praktikum Institut

Pendidikan Guru Kampus Gaya, terdapat banyak perkara yang perlu

dilakukan seperti penyediaan portfolio, menyediakan kertas kerja untuk setiap

projek atau program yang telah dirancang serta cara untuk menguruskan

sesuatu program dengan lancar dan berkesan. Penyediaan portfolio adalah

wajib bagi pelajar untuk menyimpan bahan bukti dan bahan proses

pendokumentasian sepanjang menjalankan Internship. Sebelum menjalani

Internship, saya telah merancang projek yang akan dilaksanakan di sekolah

kelak berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan sepanjang menjalani

praktikum fasa 3 di SJK (C) Yue Min, Penampang. Saya telah mengambil

keputussan untuk membuat mural di sekolah tersebut sebagai projek utama.

Page 2: Pernyataan Profesional Internship (Sebelum) Lch

Selain itu, semasa di sekolah nanti, saya juga perlu menjalankan

proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Namun, waktu

pengajaran pada kali ini telah dikurangkan kepada dua hingga empat waktu

sahaja untuk memberi ruang masa melaksanakan dan menyiapkan segala

projek yang telah dirancang sebelum memulakan Internship di sekolah

masing-masing. Penyediaan rancangan pengajaran pada kali ini juga adalah

lebih ringkas kerana saya hanya perlu menulis ringkasan rancangan

mengajar dalam bentuk bertaip. Tujuannya adalah untuk menjimatkan masa

bagi membolehkan saya dan rakan-rakan menjalankan projek dengan baik

dan lancar.

Melalui program Internship ini, saya berharap agar dapat menimba

pengalaman sebanyak mungkin terutama dalam aspek pengurusan sesuatu

program atau aktiviti yang akan menjadi kebiasaan kepada saya apabila

menjadi bakal guru yang sebenar kelak. Saya juga berharap agar dapat

memperbaiki segala kelemahan yang ada sepanjang menjalani praktikum

pada semester yang lalu terutama dari aspek komunikasi antara saya dengan

murid serta guru-guru.

Akhirnya, saya berharap agar program Internship ini dapat memberi

peluang dan membuka ruang kepada saya dalam usaha untuk meningkatkan

tahap keyakinan diri, ketahanan mental dan fizikal dalam menghadapi

cabaran sebagai seorang bakal guru kelak, membentuk sifat kepemimpinan

serta akhlak yang baik serta dapat memupuk dan menerapkan nilai

profesionalisme keguruan dalam usaha melahirkan bakal guru yang produktif

serta efektif kepada bangsa dan negara.