perniagaan online: punca pendapatan wanita masa kini

1
WANITA CETUS EDISI 7 64 Perolehi Banyak Manfaat Penyertaan remaja P ada zaman yang serba moden dan canggih, perniagaan internet menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Antara perniagaan online yang popular di Malaysia ialah Lazada, Ana Muslim, Al-Humaira dan banyak lagi. Perniagaan internet adalah perniagaan yang dilakukan secara atas talian dengan menggunakan internet sebagai platform antara penjual dan pembeli. Dalam meniti arus kemodenan ini, bidang pekerjaan yang dulunya dikuasai oleh kaum adam, kini turut disertai oleh kaum hawa. Sumbangan wanita melibatkan hampir setiap sektor sama ada politik, pendidikan, ekonomi, dan sebagainya. Akhir-akhir ini, ramai kaum wanita menyertai bidang perniagaan di mana mereka menjual pelbagai jenis barangan seperti tudung, baju, telekung dan banyak lagi sebagai perniagaan online. Wanita yang berkerjaya dalam perniagaan telah lama wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Usahawan wanita yang terulung tersebut ialah isteri baginda Nabi Muhammad iaitu Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid yang mana merupakan usahawan yang amat terkemuka dan sangat berjaya. Kaum hawa pada masa kini turut menjejaki langkah seperti beliau, cuma pada zaman moden ini, kebanyakan kaum wanita lebih menjurus ke arah perniagaan internet terutamanya bagi suri rumah. Hal ini kerana ciri-ciri keistimewaan yang ada pada sesebuah perniagaan internet memudahkan kerja mereka dengan hanya berniaga melalui Facebook, Twitter, Instagram, Myspace dan sebagainya. Selain boleh menampung perbelanjaan keluarga, kadar kos yang murah menyebabkan kaum hawa lebih tertarik untuk berniaga atas talian. Sehubungan dengan itu, mereka tidak perlu menanggung kos sewa kedai atau premis untuk berniaga. Perniaga online hanya perlu menyediakan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC serta talian internet. Pada masa yang sama, mereka perlu memulakan modal serendah RM500 ke RM1000 sahaja. Sehubungan itu, Noor Shadayani Osman, 35, merupakan pengusaha Jubah Muslimah Moden dan Gorgeous Dresses, memulakan perniagaan dengan menjual tudung secara online. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana sebanyak dua helai sahaja berjaya dijual. Walaupun demikian, kegagalan kecil itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk terus berusaha. Lantaran itu, Noor Shadayani meneruskan perniagaannya apabila mendapat idea untuk menjual jubah dari Thailand. “Saya memulakan modal saya sebanyak RM1000 untuk menjual jubah yang diambil dari Thailand. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran, ianya semakin berkembang sampai sekarang,” kata ibu tunggal kepada dua orang anak yang kini hampir empat tahun beliau menggembleng tenaga dan usaha dalam dunia perniagaan online yang diceburi. Noor Shadayani yang dulunya bekerja sebagai pegawai pentadbiran di salah sebuah syarikat swasta mengatakan, terdapat banyak faedah yang beliau dapati melalui jualan online. Antaranya, dapat lebih ruang dan masa bersama anak-anak walaupun adakalanya beliau sibuk mengedit dan mengemas kini gambar untuk jualan di laman sosial. Selain itu, beliau juga dapat menambah ilmu tatkala menguruskan perniagaan. Hal ini demikian, sebagai peniaga seseorang perlu sentiasa menganalisa permintaan dan kehendak pelanggan mengikut keadaan semasa yang sentiasa berubah mengikut trend. Di samping tiada had masa dan kekangan untuk kaum hawa melakukan perniagaan secara atas talian, mereka boleh meluaskan pasaran mereka di serata dunia dengan membuka laman web perniagaan mereka dan meletakkan di semua pautan media sosial. Melalui rangkaian tersebut berjuta-juta orang di dunia ini boleh melihat laman web perniagaan mereka dan ia akan tersebar luas sekaligus menarik minat pelanggan antarabangsa untuk membeli produk tersebut. Dalam temu bual bersama Noor Shadayani, beliau juga mempunyai pelanggan dari luar negara. Antara pelanggannya yang berada di luar negara ialah dari New Zealand, Singapore dan Brunei. Oleh itu, maka terbuktilah bahawa perniagaan online mampu membantu kaum wanita memasarkan perniagaan mereka ke serata dunia. Dalam pada itu juga, golongan remaja juga tidak ketinggalan berkecimpung dalam bidang perniagaan online. Dalam temu bual bersama seorang remaja yang dikenali sebagai Nur Fateha, 22, perniagaan online yang diusahakannya baru menjejaki tiga bulan atas minatnya untuk berniaga. Fateha yang menjual shawl labuh di laman sosial iaitu Facebook, telah menempuh cabaran ketika mengusahakan perniagaan online di mana pada awalnya ibu bapa beliau tidak menyokong kerjaya tersebut. Namun, setelah menunjukkan usaha dan minat yang mendalam terhadap perniagaan online, pelajar lepasan pengajian perniagaan e-commerce ini mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk meneruskan kerjaya tersebut. Justeru itu, jelaslah bahawa wanita yang bekerja sebagai suri rumah mampu menjana hasil yang lumayan dengan berniaga secara atas talian. Kita tidak boleh memandang enteng dengan kemampuan wanita yang hanya membasuh baju, mengemas rumah mahupun mengasuh anak kerana mereka mampu berdiri sama tinggi dengan kaum adam. Dengan adanya perniagaan online seperti ini, wanita mampu mengorak langkah ke persada dunia. NURFAIZAH ABDUL RAHMAN Perniagaan Online: Punca pendapatan wanita hari ini

Upload: hadi

Post on 07-Feb-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sebagai rujukan sahaja

TRANSCRIPT

Page 1: Perniagaan Online: Punca Pendapatan Wanita Masa Kini

WANITA

CETUS EDISI 764

Perolehi Banyak Manfaat

Penyertaan remaja

Pada zaman yang serba moden dan canggih, perniagaan internet menjadi semakin popular dalam

kalangan masyarakat di Malaysia. Antara perniagaan online yang popular di Malaysia ialah Lazada, Ana Muslim, Al-Humaira dan banyak lagi. Perniagaan internet adalah perniagaan yang dilakukan secara atas talian dengan menggunakan internet sebagai platform antara penjual dan pembeli. Dalam meniti arus kemodenan ini, bidang pekerjaan yang dulunya dikuasai oleh kaum adam, kini turut disertai oleh kaum hawa. Sumbangan wanita melibatkan hampir setiap sektor sama ada politik, pendidikan, ekonomi, dan sebagainya. Akhir-akhir ini, ramai kaum wanita menyertai bidang perniagaan di mana mereka menjual pelbagai jenis barangan seperti tudung, baju, telekung dan banyak lagi sebagai perniagaan online. Wanita yang berkerjaya dalam perniagaan telah lama wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Usahawan wanita yang terulung tersebut ialah isteri baginda Nabi Muhammad iaitu Siti Khadijah Binti Al-Khuwailid yang mana merupakan usahawan yang amat terkemuka dan sangat berjaya. Kaum hawa pada masa kini turut menjejaki langkah seperti beliau, cuma pada zaman moden ini, kebanyakan kaum wanita lebih menjurus ke arah perniagaan internet terutamanya bagi suri rumah. Hal ini kerana ciri-ciri keistimewaan yang ada pada sesebuah perniagaan internet memudahkan kerja mereka dengan hanya berniaga melalui Facebook, Twitter, Instagram, Myspace dan sebagainya.

Selain boleh menampung perbelanjaan keluarga, kadar kos yang murah menyebabkan kaum hawa lebih tertarik untuk berniaga atas talian. Sehubungan dengan itu, mereka tidak perlu menanggung kos sewa kedai atau premis untuk berniaga. Perniaga online hanya perlu menyediakan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC serta

talian internet. Pada masa yang sama, mereka perlu memulakan modal serendah RM500 ke RM1000 sahaja. Sehubungan itu, Noor Shadayani Osman, 35, merupakan pengusaha Jubah Muslimah Moden dan Gorgeous Dresses, memulakan perniagaan dengan menjual tudung secara online. Namun, nasib tidak menyebelahi beliau kerana sebanyak dua helai sahaja berjaya dijual. Walaupun demikian, kegagalan kecil itu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk terus berusaha. Lantaran itu, Noor Shadayani meneruskan perniagaannya apabila mendapat idea untuk menjual jubah dari Thailand. “Saya memulakan modal saya sebanyak RM1000 untuk menjual jubah yang diambil dari Thailand. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran, ianya semakin berkembang sampai sekarang,” kata ibu tunggal kepada dua orang anak yang kini hampir empat tahun beliau menggembleng tenaga dan usaha dalam dunia perniagaan online yang diceburi. Noor Shadayani yang dulunya bekerja sebagai pegawai pentadbiran di salah sebuah syarikat swasta mengatakan, terdapat banyak faedah yang beliau dapati melalui jualan online. Antaranya, dapat lebih ruang dan masa bersama anak-anak walaupun adakalanya beliau sibuk mengedit dan mengemas kini gambar untuk jualan di laman sosial. Selain itu, beliau juga dapat menambah ilmu tatkala menguruskan perniagaan. Hal ini demikian, sebagai peniaga seseorang perlu sentiasa menganalisa permintaan dan kehendak pelanggan mengikut keadaan semasa yang sentiasa berubah mengikut trend. Di samping tiada had masa dan kekangan untuk kaum hawa melakukan perniagaan secara atas talian, mereka boleh meluaskan pasaran mereka di serata dunia dengan membuka laman web perniagaan mereka dan meletakkan di semua pautan media sosial.

Melalui rangkaian tersebut berjuta-juta orang di dunia ini boleh melihat laman web perniagaan mereka dan ia akan tersebar luas sekaligus menarik minat pelanggan antarabangsa untuk membeli produk tersebut. Dalam temu bual bersama Noor Shadayani, beliau juga mempunyai pelanggan dari luar negara. Antara pelanggannya yang berada di luar negara ialah dari New Zealand, Singapore dan Brunei. Oleh itu, maka terbuktilah bahawa perniagaan online mampu membantu kaum wanita memasarkan perniagaan mereka ke serata dunia.

Dalam pada itu juga, golongan remaja juga tidak ketinggalan berkecimpung dalam bidang perniagaan online. Dalam temu bual bersama seorang remaja yang dikenali sebagai Nur Fateha, 22, perniagaan online yang diusahakannya baru menjejaki tiga bulan atas minatnya untuk berniaga. Fateha yang menjual shawl labuh di laman sosial iaitu Facebook, telah menempuh cabaran ketika mengusahakan perniagaan online di mana pada awalnya ibu bapa beliau tidak menyokong kerjaya tersebut. Namun, setelah menunjukkan usaha dan minat yang mendalam terhadap perniagaan online, pelajar lepasan pengajian perniagaan e-commerce ini mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk meneruskan kerjaya tersebut. Justeru itu, jelaslah bahawa wanita yang bekerja sebagai suri rumah mampu menjana hasil yang lumayan dengan berniaga secara atas talian. Kita tidak boleh memandang enteng dengan kemampuan wanita yang hanya membasuh baju, mengemas rumah mahupun mengasuh anak kerana mereka mampu berdiri sama tinggi dengan kaum adam. Dengan adanya perniagaan online seperti ini, wanita mampu mengorak langkah ke persada dunia.

NURFAIZAH ABDUL RAHMAN

Perniagaan Online:Punca pendapatan wanita hari ini