permohonan keluar islam di mahkamah...

14
57 PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAH Mohd Al Adib Samuri Jabatam Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Malaysia sebagai sebuah negara multi-etnik dan multi-agama mempunyai undang-undang khusus untuk mentadbir pemelukan Islam dan, di sebahagian negeri, untuk keluar Islam. Di negeri yang memperuntukkan undang-undang berkaitan keluar Islam dengan jelas seperti Selangor, individu yang berhajat untuk keluar Islam perlu membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan surat pengisytiharan keluar Islam yang diperlukan bagi menggugurkan perkataan Islam dalam NRIC. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana mahkamah syariah di Malaysia memproses permohonan keluar Islam dan menganalisa fail kes dan alasan penghakiman yang ditulis oleh hakim syarie. Kajian telah menganalisa kandungan 8 fail kes permohonan keluar Islam yang telah selesai diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di negeri Selangor bermula dari tahun 2011 sehingga 2015. Kajian mendapati, hakim Syarie telah meluaskan tafsiran nas agama dalam membuat keputusan berkaitan permohonan keluar Islam, namun keputusan itu dibuat bukan berasaskan konsep ‘kebebasan beragama’ yang mungkin dilihat asing oleh hakim Syarie. Kata kunci: Permohonan Keluar Islam, Malaysia, Kebebasan Beragama, Mahkamah Syariah, Hakim Syarie PENGENALAN Malaysia sebagai sebuah negara multi-etnik dan multi-agama seringkali menghadapi isu- isu berkaitan agama yang berpotensi menjejaskan sensitivi kaum dan mengundang kontrovesi. Antara isu itu ialah murtad atau keluar dari Islam yang sehingga kini masih diperdebatkan di pentas akademik dan mahkamah. Ini kerana seseorang boleh meninggalkan agama lain untuk memeluk Islam tanpa perlu menjalani proses perundangan, tetapi mereka yang ingin keluar dari Islam perlu melalui proses undang-undang yang rumit dan panjang. Di samping itu, sebahagian pemohon yang ingin keluar Islam berasa keliru sama ada perlu menggunakan saluran mahkamah sivil atau syariah, dan undang-undang Islam di sebahagian negeri pula tidak menjelaskan prosedurnya secara terperinci. Ini mempertaruhkan hak kebebasan beragama individu di Malaysia, terutamanya apabila hak itu hanya boleh ditentukan oleh mahkamah atau negara. Hak beragama setiap rakyat sememangnya dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia. Setiap individu bebas untuk menganut dan mengamalkan agama pilihan mereka. Walaupun Malaysia menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana dalam Perkara 3, namun semua agama lain dibenarkan oleh Perlembagaan untuk dianut dan diamalkan, tetapi terhad untuk disebarkan kepada orang Islam. Peruntukan Perlembagaan ini telah menjadi kerangka kepada wacana pertukaran agama di Malaysia. Realitinya, sebagaimana pendapat sebahagian pengkaji, peruntukan kebebasan beragama di Malaysia adalah terhad dan tidak dinikmati sepenuhnya oleh individu yang ingin meninggalkan agama Islam.

Upload: lebao

Post on 08-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

57

PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAH

Mohd Al Adib Samuri

Jabatam Syariah, Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Malaysia sebagai sebuah negara multi-etnik dan multi-agama mempunyai undang-undang

khusus untuk mentadbir pemelukan Islam dan, di sebahagian negeri, untuk keluar Islam.

Di negeri yang memperuntukkan undang-undang berkaitan keluar Islam dengan jelas

seperti Selangor, individu yang berhajat untuk keluar Islam perlu membuat permohonan di

Mahkamah Syariah untuk mendapatkan surat pengisytiharan keluar Islam yang diperlukan

bagi menggugurkan perkataan Islam dalam NRIC. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan

untuk melihat sejauhmana mahkamah syariah di Malaysia memproses permohonan keluar

Islam dan menganalisa fail kes dan alasan penghakiman yang ditulis oleh hakim syarie.

Kajian telah menganalisa kandungan 8 fail kes permohonan keluar Islam yang telah selesai

diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di negeri Selangor bermula dari tahun 2011

sehingga 2015. Kajian mendapati, hakim Syarie telah meluaskan tafsiran nas agama dalam

membuat keputusan berkaitan permohonan keluar Islam, namun keputusan itu dibuat

bukan berasaskan konsep ‘kebebasan beragama’ yang mungkin dilihat asing oleh hakim

Syarie.

Kata kunci: Permohonan Keluar Islam, Malaysia, Kebebasan Beragama, Mahkamah

Syariah, Hakim Syarie

PENGENALAN

Malaysia sebagai sebuah negara multi-etnik dan multi-agama seringkali menghadapi isu-

isu berkaitan agama yang berpotensi menjejaskan sensitivi kaum dan mengundang

kontrovesi. Antara isu itu ialah murtad atau keluar dari Islam yang sehingga kini masih

diperdebatkan di pentas akademik dan mahkamah. Ini kerana seseorang boleh

meninggalkan agama lain untuk memeluk Islam tanpa perlu menjalani proses perundangan,

tetapi mereka yang ingin keluar dari Islam perlu melalui proses undang-undang yang rumit

dan panjang. Di samping itu, sebahagian pemohon yang ingin keluar Islam berasa keliru

sama ada perlu menggunakan saluran mahkamah sivil atau syariah, dan undang-undang

Islam di sebahagian negeri pula tidak menjelaskan prosedurnya secara terperinci. Ini

mempertaruhkan hak kebebasan beragama individu di Malaysia, terutamanya apabila hak

itu hanya boleh ditentukan oleh mahkamah atau negara.

Hak beragama setiap rakyat sememangnya dijamin oleh Perkara 11 Perlembagaan

Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia. Setiap individu bebas

untuk menganut dan mengamalkan agama pilihan mereka. Walaupun Malaysia menjadikan

Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana dalam Perkara 3, namun semua agama lain

dibenarkan oleh Perlembagaan untuk dianut dan diamalkan, tetapi terhad untuk disebarkan

kepada orang Islam. Peruntukan Perlembagaan ini telah menjadi kerangka kepada wacana

pertukaran agama di Malaysia. Realitinya, sebagaimana pendapat sebahagian pengkaji,

peruntukan kebebasan beragama di Malaysia adalah terhad dan tidak dinikmati sepenuhnya

oleh individu yang ingin meninggalkan agama Islam.

Page 2: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

58

Sehubungan itu, apabila membincangkan isu permohonan keluar Islam di Malaysia,

undang-undang adalah fokus utama dalam memahami dan menangani isu ini. Artikel ini

akan membahaskan secara ringkas tentang undang-undang dan bidangkuasa mahkamah

dalam membicarakan kes permohonan keluar Islm di Malaysia. Selanjutnya, sejumlah kes-

kes permohonan keluar Islam di Mahkamah Tinggi Syariah di negeri Selangor akan

dianalisis dan dibincangkan, sekaligus memberikan sudut pandang baru tentang isu

permohonan keluar Islam di sebuah negara majoriti Muslim.

MURTAD DALAM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai dwi-sistem undang-undang iaitu

undang-undang sivil berasaskan common law yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan dan

undang-undang syariah yang ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Berasaskan Perlembagaan

Persekutuan, pentadbiran agama Islam adalah di bawah bidangkuasa Sultan dan kerajaan

negeri. Senarai II Senarai negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah

memperincikan secara literal skop perkara-perkara Islam yang menjadi bidangkuasa Negeri

sekaligus memberikan kuasa kepada badan perundangan negeri menggubal undang-undang

Islam dalam perkara yang disenaraikan. Isunya, murtad tidak disenaraikan secara literal

dalam Perlembagaan dan ini telah mengakibatkan isu yang berpanjangan dalam wacana

perundangan di Malaysia. Dua aspek yang sering menjadi perdebatan secara kritikal dalam

akademik dan mahkamah ialah sejauhmana undang-undang memberikan kuasa kepada

negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan murtad yang dilihat melanggar hak

kebebasan beragama dan mahkamah manakah yang berbidangkuasa untuk membicarakan

kes murtad atau permohonan keluar Islam.

Sejauhmana undang-undang memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk

menggubal peruntukan berkaitan permohonan keluar Islam? Pertama, secara jelas,

Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 74 dan 77 dan Senarai II - Senarai Negeri,

Jadual Kesembilan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri membuat undang-

undang untuk memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk ‘menentukan

perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad’ orang Islam, yang secara tersirat termasuk soal

murtad. Kedua, peruntukan enakmen pentadbiran Islam negeri yang memuatkan

peruntukan berkaitan prosedur pemelukan Islam dan keluar Islam. Ini diperkukuhkan

dalam kes Lim Yoke Khoon lwn. Pendaftar Muallaf, Majlis Agama Islam Selangor & Yang

Lain [2006] 4 CLJ 515, yang mana Mahkamah Tinggi sivil memutuskan bahawa

mahkamah Syariah berbidangkuasa untuk membicarakan kes permohonan keluar Islam. Ini

kerana s. 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor dengan nyata

memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa membuat

pengisytiharan mana-mana orang itu bukan lagi seorang Muslim. Ketiga, wujudnya

peruntukan tersirat dalam statut berkaitan Islam di negeri-negeri yang menggambarkan

badan perundangan negeri boleh menggubal apa sahaja undang-undang Islam selagi

dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini diterangkan dalam kes Md Hakim

Lee V Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur [1998] 1 MLJ 681. Dalam

kes ini, Mahkamah Tinggi sivil menolak permohonan plaintif untuk keluar Islam kerana

bidangkuasa mahkamah Syariah lebih luas mencakupi ‘over a person professing the

religion of Islam’. Mahkamah berkata, “...even if no express provisions are provided in the

Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993, because under art 74 of the

Constitution, it is within the competency of the legislature to legislate on the matter. Its

absence from the express provision in the Act would not confer the jurisdiction in the civil

court.” Malahan, jika undang-undang negeri telah menggubal undang-undang berkaitan

pendaftaran pemelukan Islam, sudah pasti secara tersirat mahkamah Syariah

Page 3: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

59

berbidangkuasa untuk membicarakan kes keluar Islam, sebagaimana yang diputuskan

dalam kes Tongiah Jumali & Anor v. Kerajaan Negeri Johor & Ors, [2003] 2 CLJ 281.

Secara jelas, permohon keluar Islam tidak boleh dibuat di luar mahkamah. Identiti agama

seseorang di Malaysia ditadbir oleh undang-undang. Jika individu yang ingin keluar Islam

mengekspreskan niat mereka di luar mahkamah Syariah seperti dalam surat akuan

bersumpah, afidavit, ataupun sidang akhbar, mahkamah tetap tidak boleh iktiraf. Hanya

surat pengisytiharan keluar Islam yang dikeluarkan oleh mahkamah Syariah selepas

melalui proses perbicaraan sahaja yang diiktiraf oleh undang-undang. Perkara ini telah

diputuskan dalam kes Zubeydah Shaik Mohd lwn. Kalaichelvan Alagapan & Yang Lain

[2003] 8 CLJ 840. Dalam kes ini, defendan kedua yang bernama Siti Mariam Mohamad

Ismail, seorang yang asalnya India Muslim, telah menandatangani suatu surat akuan

bersumpah mengatakan dirinya telah keluar Islam dan kemudiannya berkahwin dengan

seorang lelaki Hindu secara adat Hindu. Defendan kedua juga telah menukar namanya di

NRIC kepada M. Tarini. Plaintif iaitu ibu kandung defendan kedua yang beragama Islam

memohon ke mahkamah sivil mengisytiharkan bahawa anaknya masih Islam dan

perkahwinannya dengan defendan pertama yang beragama Hindu adalah tidak sah dan

terbatal. Hakim Mahkamah Tinggi sivil menganggap dokumen itu tidak mencukupi dan

perlukan pengisytiharan daripada mahkamah syariah untuk mengatakan defendan kedua

tidak lagi beragama Islam. Begitu juga dalam kes Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

lwn. Hun Mun Meng[1993] 1 CLJ 179, seorang gadis Cina telah memeluk Islam pada usia

18 tahun 20 hari dan mengambil nama Nurul Ain Hun bte Abdullah pada tahun 1992.

Bagaimanapun, setelah diketahui keluarganya, bapanya bertindak menahan gadis itu di

suatu tempat yang tidak diketahui selama dua minggu sehingga menyebabkan plaintif

memohon perintah habeas corpus untuk mahkamah mengatakan tahanan itu tidak sah.

Bagaimanapun, gadis itu telah membuat sidang akhbar dan afidavit menyatakan bahawa

dirinya ingin kembali kepada agama asal. Faiza Tamby Chik Justice di Mahkamah Tinggi

Sivil memutuskan bahawa:

“Saya berpendapat bahawa keputusan Cik Nurul Ain Hun untuk keluar

daripada agama Islam melalui afidavit tersebut belumlah boleh disifatkan

muktamad sehingga beliau sendiri menyatakan hasratnya sedemikian

kepada pemohon (Majlis Agama Islam) dan keputusan tersebut

didaftarkan.”

Persoalan selanjutnya ialah, mengapa individu tersebut perlu pergi ke mahkamah untuk

memohon keluar Islam? Ini kerana, dalam sesetengah perkara seperti perkahwinan,

undang-undang hanya mengiktiraf hak seseorang berasaskan status agamanya. Di

Malaysia, perkahwinan hanya menjadi sah di sisi undang-undang apabila agama pasangan

itu adalah sama dan mereka tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan. Maka,

Muslim hanya boleh mengahwini Muslim dan wajib mendaftarkannya di bawah undang-

undang Islam negeri. Manakala, individu bukan Islam hanya boleh mengahwini bukan

Islam dan didaftarkan di bawah undang-undang sivil atau adat sebagaimana yang

diperuntukkan oleh Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)

1976 [Akta 164]. Bagi membolehkan perkahwinan berlangsung dan sah, bukan Islam yang

ingin mengahwini Muslim perlu memeluk Islam terlebih dahulu sebelum boleh

mendaftarkan perkahwinan mereka di bawah undang-undang Islam. Namun, terdapat juga

situasi yang Muslim sanggup untuk meninggalkan agama mereka untuk mengahwini

pasangan bukan Islam, sebagaimana yang akan dibincangkan dalam sebahagian besar kes-

kes dalam artikel ini. Selain itu, terdapat juga situasi yang pasangan Muslim dan bukan

Islam telah berkahwin secara adat sehingga mendapat anak, tetapi masih belum

Page 4: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

60

mendaftarkan perkahwinan di bawah undang-undang sivil. Bagi membolehkan pendaftaran

perkahwinan sivil dibuat, individu yang masih Muslim perlu menukar agama mereka

kepada bukan Islam. Hanya selepas pendaftaran di bawah undang-undang sivil, barulah

mereka menikmati hak perkahwinan yang dijamin undang-undang seperti nafkah isteri dan

anak, sah taraf anak, penjagaan anak, perwarisan, alimoni, harta perkahwinan, dan pencen.

Situasi-situasi yang digambarkan di sini adalah punca kepada permohonan mereka untuk

keluar Islam yang dibuat di mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Apabila individu tersebut telah membuat keputusan untuk membawa kes mereka ke

mahkamah, mereka akan melihat kepada peruntukan undang-undang berkaitan

permohonan keluar Islam di negeri berkaitan. Jika negeri itu memperuntukkan undang-

undang dan prosedur permohonan keluar Islam, individu tersebut boleh memfailkan saman

ex-parte dan penyata tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah di negeri kelahiran mereka,

jika dirinya dilahirkan sebagai Muslim, atau di negeri mereka mendaftarkan pemelukan

Islam mereka. Majlis Agama Islam negeri akan dijadikan sebagai pihak defendan kerana

mereka adalah institusi rasmi yang bertanggungjawab terhadap orang Islam dan

pendaftaran mualaf. Mahkamah Syariah akan mendengar permohonan ini sebagaimana kes

mal yang lain dengan mendengar hujah pihak plaintif yang mahu keluar Islam dan pihak

defendan yang mahu mempertahankan status plaintif sebagai Muslim. Khusus untuk di

Selangor, iaitu subjek kajian ini, pihak defendan boleh memohon ke mahkamah untuk

mengarahkan plaintif menghadiri sesi kaunseling akidah sebanyak 12 kali selama setahun.

Berbeza dengan Negeri Sembilan, sebagaimana dalam kajian Samuri & Quraishi (2014),

Selangor tidak mempunyai peruntukan undang-undang prosedur keluar Islam yang

terperinci yang melibatkan Jabatan Mufti dalam mempengaruhi keputusan mahkamah.

Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor membuat keputusan sendiri tanpa cadangan atau

keputusan daripada pegawai kaunseling akidah tersebut.

Walaupun terdapat negeri yang menawarkan saluran undang-undang untuk seseorang

membuat permohonan keluar Islam, terdapat juga negeri yang menyekatnya dengan

memperuntukkan kesalahan murtad atau cubaan keluar Islam dalam enakmen jenayah

syariah negeri. Contohnya, di Melaka dan Perak, individu yang disabitkan kesalahan boleh

dihukum penjara sehingga 2 tahun, atau denda RM3000, atau kedua-duanya, atau dengan

perintah tahanan di pusat pemulihan akidah tidak melebihi 6 bulan. Selain itu, individu

Muslim yang berkahwin secara adat dengan bukan-Muslim juga terdedah dengan risiko

untuk didakwa atas kesalahan Syariah yang lain seperti bersekedudukan. Contohnya, dalam

kes Priyathaseny & Ors v. Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Hal Ehwal Agama

Islam Perak & Ors [2003] 2 CLJ 221, plaintif pertama adalah seorang berbangsa Melayu

dan lahir dalam keluarga Islam yang telah memeluk agama Hindu. Dia telah menukar

namanya kepada nama Hindu dan berkahwin di bawah adat Hindu dengan seorang lelaki

Hindu dan dikurniakan dua orang anak. Selepas kelahiran anak pertama, plaintif telah

ditangkap dan dibicarakan oleh mahkamah syariah kerana kesalahan bersekedudukan. Atas

nasihat peguam Syarie ketika itu, plaintif telah mengaku bersalah dan dikenakan denda

sebanyak RM5000 (EU1000+). Bukan itu sahaja, individu yang keluar dari Islam dan

menjalankan missionari agama lain juga pernah dikenakan perintah tahanan di bawah Akta

Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagimana dalam kes Minister for Home Affairs,

Malaysia & Anor. v. Jamaluddin Othman [1989] 1 CLJ (Rep). Jamaluddin, seorang Melayu

yang asalnya beragama Islam telah memeluk Kristian dan didakwa telah menyebarkan

agama Kristian terhadap orang Melayu-Islam yang lain sehingga menyebabkan beliau

ditahan kerana menjejaskan ketenteraman awam. Bagaimanapun, mahkamah memutuskan

bahawa “the Minister has no power under s. 8(1) of the Internal Security Act to deprive a

Page 5: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

61

personof his right to profess and practise his religion which is guaranteed under Article

11 of the Constitution. The freedom to profess and practise one’s religion is itself subject

to the general laws of the country as expressly provided in Clause (5) of Article 11 of the

Constitution. ...mere participation in meetings and seminars for the dissemination of

Christianity among Malays cannot make a person a threat to the security of the country

under s. 8(1) of the Internal Security Act.”

Kesannya, sebahagian individu yang ingin keluar Islam telah pergi ke mahkamah sivil

kerana khuatir permohonannya di mahkamah syariah akan mendedahkan diri mereka

kepada tindakan perundangan jenayah syariah. Selain itu, para pemohon mungkin lebih

percaya dan yakin dengan keadilan yang mereka akan perolehi di mahkamah sivil

terutamanya dalam isu yang memerlukan tafsiran perlembagaan seperti hak kebebasan

beragama dan keabsahan peruntukan undang-undang Syariah. Persoalannya, adakah

mahkamah sivil ada bidangkuasa untuk membicarakan permohonan keluar Islam?

BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH DALAM PERKARA MURTAD

Pindaan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah punca mengapa mahkamah

sivil tidak berbidangkuasa membicarakan kes permohonan keluar Islam. Pada tahun 1988,

Parlimen Malaysia telah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan

peruntukan Artikel 121(1A) bagi menaiktaraf kedudukan mahkamah Syariah. Berdasarkan

peruntukan tersebut, Mahkamah Sivil tidak ada bidangkuasa terhadap perkara Islam yang

terletak di bawah bidangkuasa mahkamah Syariah. Mahkamah sivil juga tidak boleh

membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah Syariah. Mahkamah sivil adalah

terikat dengan niat asal Parlimen yang telah menggubal pindaan itu dengan tidak

membicarakan kes-kes melibatkan perkara Islam seperti permohonan keluar Islam.

Selanjutnya, berdasarkan doktrin duluan kehakiman, mahkamah sivil terikat dengan

keputusan kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Lina Joy v. Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan & Yang Lain [2007] 3 CLJ 557 FC pada 2007. Pada tahun 2004, Lina Joy,

seorang wanita Melayu yang dilahirkan dalam keluarga Muslim telah membuat

permohonan untuk menggugurkan perkataan Islam dalam NRIC di Mahkamah Tinggi

Sivil, bagi membolehkan dia berkahwin dengan pasangan bukan-Muslimnya. Lina Joy,

sebagaimana kes-kes sebelum ini, tidak membuat permohonan ke mahkamah Syariah.

Mahkamah Tinggi telah menolak permohonannya, begitu juga rayuannya turut ditolak oleh

Mahkamah Rayuan (tahun 2005) dan mahkamah paling tinggi iaitu Mahkamah

Persekutuan (tahun 2007). Mahkamah konsisten memutuskan bahawa mahkamah sivil

tidak mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan permohonan conversion out of Islam.

Mahkamah sivil juga tidak boleh mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara untuk

menggugurkan perkataan Islam dalam NRIC Lina Joy. Hanya mahkamah Syariah adalah

forum yang layak untuk membicarakan kes sebegitu dan boleh mengeluarkan surat

pengistiharan keluar Islam untuk tindakan Jabatan Pendaftaran Negara. Ramai pengkritik

yang melihat bahawa keputusan ini telah menjejaskan hak beragama individu yang ingin

menukar agama di Malaysia.

Pasca kes Lina Joy iaitu bermula tahun 2007, mana-mana individu yang ingin keluar Islam

tidak lagi perlu ke mahkamah sivil untuk membuat permohonan itu dan mengheret Pejabat

Pendaftaran Negara ke mahkamah. Biarpun kes Lina Joy telah diputuskan dan mengikat

mahkamah selepasnya, masih terdapat individu yang memfailkan kes permohonan keluar

Islam di mahkamah sivil dengan memohon Jabatan Pendaftaran Negara menggugurkan

nama Islam dalam kad pengenalan. Contohnya dalam kes James v. Kerajaan Malaysia No.

R3(2)-24-02-2006 (decided on 2009), Mohd Ismail Abd Ghani v. Ketua Pengarah

Page 6: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

62

Pendaftaran Negara & Anor [2011] 5 CLJ 663, Jamilah Jan Vasanthegokelam v. Ketua

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Menteri Dalam Negeri, Kerajaan Persekutuan

Malaysia [2015] 1 LNS 653 (decided on 2015), Mohd Jefrey Mohd Baser v. Ketua

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Menteri Dalam Negeri, Kerajaan Persekutuan

Malaysia [2015] 1 LNS 597 (decided on 2015), Mohd Syafiq Abdullah @ Tiong Choo Ting

v. Director of Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Agama Islam, Director-General ofNational Registration Malaysia, State Government of Sarawak [2015] 1 LNS 812, Petra

Pek Chong Le @ Nur Shafiqah v Director of Jabatan Agama Islam Sarawak & Ors [2014]

3 ShLR 32, dan Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen v. Director of Jabatan Agama Islam

Sarawak & Ors [2015] 3 CLJ 399. Kesemua kes ini konsisten mengikut keputusan akhir

Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy bahawa mahkamah sivil tiada bidangkuasa

untuk membicarakan kes permohonan keluar Islam kerana perkara itu terletak di bawah

bidangkuasa mahkamah Sharia, walaupun pemohon sudah mengisytiharkan diri mereka

bukan lagi Muslim.

Memandangkan mahkamah sivil secara konsisten mengatakan persoalan ini adalah

bidangkuasa mahkamah syariah, maka bagaimana kes-kes permohonan keluar Islam ini

dibicarakan di Mahkamah Syariah? Sehingga hari ini, tidak banyak kes permohonan keluar

Islam yang dilaporkan dalam jurnal undang-undang di Malaysia. Dalam tiga kes di bawah,

terdapat beberapa pendekatan mahkamah Syariah yang boleh dikenal pasti dalam

memproses permohonan keluar Islam.

Pertama, mahkamah Syariah mensyaratkan pemohon membuktikan mereka telah keluar

Islam dengan cara perbuatan seperti telah melakukan ritual agama lain. Dalam kes Akbar

Ali & Satu Lagi lwn. Majlis Ugama Islam Negeri Sembilan & Yang Lain [2004] CLJ (Sya)

39 (diputuskan pada 1996), dua orang perayu telah memohon pengisytiharan mahkamah

Syariah yang mereka bukan lagi Muslim dan memohon Pendaftar Saudara Baru untuk

mengeluarkan nama mereka daripada senarai orang Islam. Bagaimanapun, di mahkamah

perbicaraan pertama, hakim mengarahkan perayu-perayu terlebih dahulu membuktikan

kemurtadan mereka tetapi mereka gagal berbuat demikian. Di mahkamah rayuan Syariah,

perkara yang sama diminta. Ahmad Ibrahim Appeal Justice di Mahkamah Rayuan Syariah

di Negeri Sembilan memutuskan :

“…soal sama ada seseorang telah keluar dari agama Islam hanya boleh

diputuskan selepas pemeriksaan cermat fakta-fakta dan hukum syarak dan

perkara itu adalah sebaik-baiknya dijalankan oleh Mahkamah Syariah. Kami

melihat dari affidavit perayu bahawa mereka hanya berkata mereka berhasrat

untuk keluar dari agama Islam. Mereka berkata mereka telah dilahirkan dan

didaftarkan sebagai Muslim namun pada hakikatnya mereka tidak pernah

menerima pengajaran, mengamalkan atau mengikuti ajaran agama Islam.

Mereka tidak menyebutkan bahawa mereka telah memutuskan untuk keluar

dari agama Islam, seperti yang dikehendaki dalam fakta yang menunjukkan

bahawa mereka telah keluar dari agama Islam. Tidak ada akuan berkanun atau

apa-apa keterangan bahawa mereka telah membuat apa-apa yang berlawanan

dengan agama Islam, seperti termasuk agama lain atau mengambil bahagian

dalam upacara-upacara agama lain.”

Kedua, mahkamah syariah hanya mengiktiraf Muslim yang memeluk Islam dan mendaftar

secara sah ketika dewasa. Dalam kes Re Declaration on Religious Status of Mohd Shah @

Gilbert Freeman, [2009] 4 ShLR 90, pemohon adalah seorang anak lelaki kepada bapa

yang beragama Islam dan ibunya pula beragama Kristian. Bagaimanapun, pemohon telah

dibaptiskan sejak berusia tiga tahun dan tidak pernah memeluk Islam atau dibesarkan

Page 7: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

63

sebagai Muslim. Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan permohonan pemohon

sebagai seorang bukan Islam kerana pemohon tidak pernah didaftarkan sebagai orang Islam

di mana-mana pejabat agama dan mahkamah syariah adalah mahkamah yang

berbidangkuasa untuk membicarakan permohonan keluar Islam. Bagaimanapun,

Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan Mohd Shah untuk menukarkan namanya

kepada nama bukan Islam kerana pertukaran nama adalah bidangkuasa Jabatan Pendaftaran

Negara.

Ketiga, biarpun telah mendaftar sebagai Muslim, mahkamah syariah akan melihat kepada

amalan agama selepas permohonan keluar Islam iaitu sama ada pemohon masih melakukan

ritual agama lain. Dalam kes Siti Fatimah Tan Bt Abdullah v. Majlis Agama Islam Pulau

Pinang (07100-043-0191-2006), plaintif yang asalnya beragama Buddha telah memeluk

Islam pada 1999 semata-mata bagi membolehkan dirinya berkahwin dengan seorang lelaki

Muslim warganegara Iran. Namun, setelah 4 bulan, suaminya telah menghilangkan diri.

Plaintif mendakwa bahawa dia tidak pernah mengamalkan Islam dan tidak pernah belajar

tentang Islam, dan masih menyembah berhala pada setiap hari dan ke tokong walaupun

setelah berkahwin. Yang Arif Othman bin Ibrahim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah

memutuskan:

“Berdasarkan keadaan palintif dan qarinah-qarinah yang ditunjukkan itu

amat jelas bahawa beliau tidak mengamalkan ajaran Islam sejak dari mula

memeluk Islam lagi, akibat dari kekurangan inilah beliau ingin kembali

kepada agama asalnya iaitu buddha. Walaupun mahkamah memandang

serius hal ini, tetapi mahkamah tidak mempunyai pilihan melainkan

memutuskan iaitu permohonan plaintif ini diluluskan.”

Bagaimanapun, responden sebagai institusi Islam telah membawa kes ini ke Mahkamah

Rayuan Syariah. Mahkamah Rayuan Syariah ([2009] 1 CLJ (Sya) 162) sekali lagi

mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dengan mengatakan:

“Keterangan menunjukkan bahawa responden memeluk Islam hanya untuk tujuan

berkahwin, tidak pernah melakukan amalan-amalan Islam dan masih menyembah berhala

walaupun setelah memeluk Islam. Oleh yang demikian, yang arif hakim betul bila

menyatakan responden ‘tidak tahu tentang Islam dan tidak mengamalkan Islam sejak

berkahwin sampai sekarang’. Ini bererti responden gagal memenuhi kehendak s. 107(1)(b)

Enakmen 2004 serta syarat-syarat syahadahnya. Ini selanjutnya bermakna bahawa,

berdasarkan peruntukan s. 107(1), lafaz syahadah yang dilakukan oleh responden adalah

satu pemelukan yang tidak sah ke dalam Islam.”

Apabila plaintif berjaya dalam tuntutannya seperti kes-kes di mahkamah syariah di atas,

mahkamah akan mengeluarkan surat pengisytiharan keluar Islam. Kemudiannya, plaintif

akan melampirkan surat itu bersama borang permohonan menggugurkan perkataan Islam

di Jabatan Pendaftaran Negera. Prosedur ini berdasarkan Rules 5.4.1, Direction of National

Registration Department Bil. 9/2007 yang menyebut:

“Bagi permohonan penukaran agama daripada Islam kepada bukan Islam, Pemohon

hendaklah mengemukakan surat pengesahan keluar dari agama Islam yang dikeluarkan

oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam negeri atau perintah Mahkamah Syariah.”

Untuk sampai ke destinasi akhir, iaitu mendapatkan surat pengistiharan keluar Islam

pemohon telah menghabiskan banyak resources. Proses yang panjang ini lebih banyak

berada di peringkat mahkamah syariah. Sehubungan itu, wujud keperluan untuk

menganalisa kes-kes di mahkamah syariah yang belum pernah diterbit atau dilaporkan, bagi

Page 8: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

64

mendalami isu conversion out of Islam di Malaysia, yang akan dibincangkan dalam topik

seterusnya.

CASES ON CONVERSION OUT OF ISLAM IN SHARIA HIGH COURT

Semua kes yang dirujuk dalam penulisan ini adalah kes-kes yang dibicarakan di Mahakamh

Tinggi Syariah Selangor bermula tahun 2011 sehingga 2015. Setiap perbicaraan memakan

masa antara 4-5 tahun untuk mahkamah mengeluarkan keputusan. Semua kes yang dipetik

dalam kajian ini adalah kes yang telah selesai dan tiada rayuan lagi dibuat oleh mana-mana

pihak. Bagi tujuan penulisan artikel ini, semua nama kes dan nombor fail tidak dinyatakan

bagi menjaga kerahsiaan identiti plaintif.

Kes 1: Zulaika

Ibu bapa plaintif beragama Islam dan telah meninggal dunia dan dia kemudiannya telah

tinggal bersama keluarga angkat yang beragama Hindu. Status agama dinyatakan dalam

surat beranak dan kad pengenalannya ialah Islam memandangkan plaintif telah dilahirkan

setelah ibu bapa mereka memeluk Islam. Dalam afidavit di Mahkamah, plaintif mendakwa

bahawa dirinya tidak pernah belajar tentang agama Islam di sekolah, tidak pernah hidup

sebagai muslim dan tidak tahu tentang akidah dan hukum Islam. Plaintif berhujah bahawa

dia mengamalkan cara hidup Hindu, bersembahyang dengan cara Hindu dan merayakan

perayaan agama tersebut. Plaintif berkahwin dengan lelaki Hindu pada tahun 2000

mengikut adat resam hindu dan tidak mendaftarkannya di bawah undang-undang sivil.

Hasil perkahwinan itu, pada 2006, mereka mendapat anak dan agama anak didaftarkan

sebagai Hindu. Peguam plaintif berhujah bahawa cara pembesaran plaintif ini tidak

menepati definisi Islam dalam s. 2(c) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor

(EPAINS) 2003, “seseorang yang dibesarkan atas asas bahawa dia orang Islam”. Berikutan

permohonan tersebut, mahkamah telah mengarahkan plaintif melalui 12 kali proses

perundingan akidah selama setahun. Setelah proses itu, plaintif telah membuat pilihan

dengan yakin untuk terus berada dalam agama Hindu. Berdasarkan nota perundingan

akidah, pegawai Jabatan Agama mencatatkan bahawa perkara yang menyebabkan plaintif

mahu memohon keluar dari Islam adalah kerana telah menganut dan mengamalkan agama

Hindu sejak kecil, mempunyai keluarga dan dua anak beragama Hindu, dan mendakwa

adik-beradik angkat yang semuanya beragama Hindu. Nota juga merekodkan yang plaintif

tidak menolak kebenaran Islam, malah mengatakan tiada masalah dengan ajaran Islam,

tetapi mahu mengesahkan perkahwinan Hindu mereka di mahkamah sivil.

Peguam plaintif juga berhujah bahawa plaintif sebagai warganegara mengharapkan

keadilan daripada mahkamah syariah, selaku mahkamah yang berbidangkuasa, dan

mahkamah mestilah menunjukkan keadilannya. Hakim Syarie Tuan Salehan Haji Yatim di

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor memutuskan bahawa plaintif bukan lagi seorang Islam

pada 26 November 2015, selepas lebih empat tahun kes difailkan. Uniknya, hakim

membenarkan permohonan plaintif kerana status bangsanya adalah bukan Melayu. Ini

kerana, berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lina Joy pada 2007,

orang Melayu Muslim tidak boleh memohon untuk keluar Islam kerana Perlembagaan

Persekutuan Malaysia mentakrifkan Melayu sebagai seorang Muslim. Hakim Syarie

menyatakan:

“...kes tersebut berbeza dengan keadaan plaintif yang mana plaintif merupakan

seorang berketurunan Indian Muslim berdasarkan sijil kelahiran Plaintif yang

menyatakan bangsa ibu dan bapa kandung plaintif. …ibu bapa plaintif berasal dari

India dan memeluk agama Islam untuk mendapatkan status kewarganegaraan.

Page 9: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

65

…Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat konsep pemakaian bagi perkara

160(2) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak terpakai ke atas plaintif kerana

plaintif bukanlah seorang yang berbangsa Melayu.”

Selanjutnya, mahkamah menyentuh sama ada plaintif adalah seorang Muslim menurut

perspektif undang-undang. Hakim menyatakan “…ternyata bahawa perkataan Islam yang

tercatat dalam kad pengenalan plaintif langsung tidak menepati kehendak definisi seorang

Islam seperti yang dijelaskan dalam s. 2 EPAINS 2003. Melihat kepada situasi kehidupan

plaintif dan bentuk amalan yang diamalkan oleh plaintif, secara jelas menggambarkan

bahawa plaintif langsung tidak pernah dididik, diajar, diasuh, didedahkan dengan ajaran

Islam sejak kecil sehingga dewasa. Plaintif wajar diisytiharkan bukan lagi seorang Islam

sejak kecil.”

Kes 2: Mumtaz

Ibu bapa plaintif telah memeluk Islam sebelum kelahiran plaintif. Surat beranak plaintif

pada tahun 1983 mencatatkan agamanya adalah Islam. Setelah ibu bapanya meninggal

ketika dia berusia 12 tahun, Plaintif telah tinggal bersama bapa saudaranya dan dibesarkan

dalam suasana keluarga Hindu. Apabila dewasa, plaintif berkahwin dengan lelaki India

Hindu dan mempunyai dua anak perempuan. Dalam afidavitnya, plaintif mendakwa tidak

pernah menerima pengajaran Islam, mengamalkan cara hidup Muslim, dan merayakan

perayaan Islam. Plaintif telah diarahkan oleh Mahkamah Syariah untuk menghadiri sesi

perundingan akidah selama setahun dan telah menghadirinya selama 9 kali. Dalam nota

perundingan akidah, pegawai Jabatan Agama mencatatkan faktor plaintif membuat

permohonan keluar dari Islam adalah kerana plaintif mendakwa telah beramal dalam agama

Hindu sejak kecil.

Setelah selesai perbicaraan, Hakim Syarie Tuan Mohamad Zakian b. Dio mengisytiharkan

bahawa plaintif sebagai seorang bukan Islam pada 20 November 2015. Hakim dalam kes

ini membahaskan peruntukan undang-undang berkaitan status agama anak hendaklah

mengikut agama ibu bapa. Bagaimanapun, prinsip hukum Islam itu tidak terpakai dalam

kes ini. Ini kerana hakim telah membezakan keadaan diri plaintif yang sudah dewasa dan

boleh memilih agama sendiri dan bukan lagi kanak-kanak yang terpaksa mengikut agama

ibu bapa sebagaimana yang dikehendaki undang-undang.

“...Mahkamah boleh bersetuju dengan hujah Defendan juga bahawa prinsip syarak

berkaitan status agama kanak-kanak mesti disandarkan kepada agama ibu bapanya.

Dengan hormat, mahkamah bersetuju setakat prinsip tersebut adalah prinsip yang

telah jelas dibahas dan ditetapkan oleh fuqaha. Namun prinsip tersebut dipakai di

mahakamah bila mana orang yang dipersoalkan status agamanya ketika

perbicaraan bila mana orang itu masih lagi kanak-kanak dan belum baligh

sebagaimana dalam kes yang banyak dibicarakan di mahkamah sivil dalam isu

pemelukan seorang ibu atau bapa. Dalam kes ini, faktanya, ketika Plaintif hadir ke

mahkamah telah bernikah dan mempunyai anak. Maka, mahkamah berpendapat

prinsip yang dihujahkan oleh Defendan itu tidak boleh digunapakai.”

Hakim dalam kes ini juga melihat kepada agama dan amalan plaintif sewaktu beliau

mencapai usia baligh iaitu ketika datangnya haidh yang pertama:

“Mahkamah juga telah melihat kepada amalan agama plaintif ketika selepas baligh pada

usia 13 tahun. Terbukti, plaintif telah mengamalkan agama Hindu dan didedahkan dengan

amalan agama tersebut. Bagi Mahkamah Syariah, plaintif bukan seorang Islam kerana

Page 10: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

66

mempercayai Tuhan selain Allah setelah usia balighnya. Mahkamah memutuskan bahawa

“mahkamah boleh berpuashati bahawa walaupun P dilahirkan daripada ibu bapanya yang

Islam, tetapi atas kecuaian mereka, P membesar dengan input dan didikan dan amalan serta

akidah selain Islam iaitu kepercayaan dan amalan agama Hindu.”

Kes 3: Bibi

Plaintif telah lahir pada 1984 setelah ibu bapa mereka memeluk Islam. Ketika beumur

setahun, ibu bapanya bercerai dan ibu plaintif menitipkan plaintif di rumah neneknya.

Berikutan itu, plaintif telah dibesarkan oleh ibu saudara yang beragama Hindu. Plaintif

memaklumkan kepada mahkamah bahawa dirinya mengetahui daripada saudara maranya

bahawa bapanya telah memeluk Islam sebelum bercerai dengan ibunya. Sehubungan itu,

surat beranak menyatakan status agama plaintif sebagai Islam. Plaintif turut mendakwa

yang dirinya tidak pernah bertemu bapanya. Setelah mencapai umur dewasa, plaintif telah

berkahwin secara adat Hindu pada 2003 dengan lelaki Hindu. Pliantif turut mendakwa

bahawa dia tidak pernah mengamalkan Islam sepanjang hidupnya dan merupakan seorang

Hindu yang taat. Pihak mahkamah syariah telah memerintahkan plaintif untuk menjalani

sesi perundingan akidah pada 2011 dan plaintif telah memberikan komitmen dengan

menghadiri sebahnyak 12 kali sesi perundingan akidah pada 2011 dan 2012. Setelah proses

perundingan tersebut, Plaintif masih mahu meneruskan permohonan untuk keluar daripada

Islam di mahkamah. Dalam nota yang ditulis oleh pegawai penasihat akidah yang

dibentangkan di mahkamah, plaintif disifatkan sebagai seorang penganut Hindu yang taat.

Kesimpulan ini difahami menerusi cara plaintif mendidik anak-anak dengan ajaran Hindu,

sering ke kuil, mempunyai bilik sembahyang khas di rumah, dan juga rajin membaca kitab

dan buku agama Hindu.

Setelah mendengar hujah pihak-pihak dalam kes ini, Hakim Syarie Tuan Mawardi bin Che

Man di Mahkamah Tinggi Syariah telah mengisytiharkan bahawa plaintif adalah seorang

bukan Islam pada 28 Oktober 2015. Dalam kes ini, mahkamah mensyaratkan agar kanak-

kanak yang memeluk Islam turut perlu mengucap syahadah dan plaintif dalam kes ini tidak

pernah mengucapkan kalimah syahadah. Ini kerana plaintif didaftarkan sebagai seorang

Islam di surat beranak hanya kerana bapanya telah memeluk Islam sebelum itu.

“Berdasarkan kes MAIPP v. Fatimah Tan Abdullah, seseorang yang memeluk Islam

berdasarkan s. 108 EPAIS 2003 dengan melafazkan syahadah dianggap bukan lagi Islam

selagi mana beliau tidak memenuhi rukun atau syarat syahadah tersebut. Maka, bagi kes

berdasarkan s. 2(b) EPAIS 2003 yang mana Islam seseorang kanak-kanak itu melalui

Islamnya ibu bapa atau salah seorang daripada ibu atau bapa mereka juga perlu dipastikan

syahadahnya sejak mereka kecil sehingga meningkat umur baligh. Adalah tidak wajar

untuk berpegang Islam seorang kanak-kanak itu hanya semata-mata kepada pengislaman

ibu bapa mereka, sedangkan syahadah dengan perlaksanaan rukun dan syarat sahaja baru

menunjukkan pengislaman kanak-kanak tersebut dianggap sempurna. ...Justeru itu, dengan

proses rundingcara akidah yang dijalankan kepada Plaintif sebanyak 12 sesi, dan dari

laporan istitabah ini menunjukan bahawa Plaintif sama sekali tidak pernah melafazkan

syahadah setelah mencapai umur baligh. Situasi ini secara jelas menunjukkan bahawa sejak

baligh sehingga proses istitabah dilaksanakan ke atas dirinya, Plaintif tidak pernah

bersyahadah bagi menyatakan keIslamannya bersesuaian dengan agama ibu bapanya ketika

beliau dilahirkan. Maka dengan itu, mahkamah berpuashati menyatakan bahawa Plaintif

bukan seorang Islam sejak beliau baligh sehingga selesai proses istitabah dijalankan.

Page 11: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

67

Melalui dasar keadilan yang menjadi teras, maka mahkamah menyatakan bahawa plaintif

adalah bukan seorang Islam. Perkara ini bertepatan dengan al-Nisa ayat 58.”

Kes 4: Sahathevan

Bapa plaintif yang asalnya beragama Hindu telah memeluk Islam dan mendaftarkannya di

Pejabat Agama Islam. Kemudiannya, bapa plaintif berkahwin dengan ibu plaintif yang turut

memeluk Islam kerana perkahwinan itu. Bagaimanapun status agama ibu telah

dipertikaikan kerana tiada bukti rasmi tentang keIslamannya. Dalam perbicaraan, ibu

plaintif dalam kes tersebut mendakwa bahawa mereka berkahwin mengikut adat Hindu di

kuil dan bukannya mengikut upacara Islam. Plaintif lahir pada tahun 1975 dan ayahnya

telah meninggalkan keluarganya ketika dia berusia 5 tahun dan dia dibesarkan oleh ibunya.

Bagi mengukuhkan kesnya di mahkamah syariah, plaintif telah mendakwa dirinya

menganuti agama Hindu semenjak kecil dan merayakan perayaan Hindu. Plaintif juga

mendakwa yang dirinya tidak pernah menerima pendidikan Islam di sekolah rendah kerana

tiada Muslim di sekolah itu, namun pernah mengikutinya ketika di sekolah menengah.

Plaintif juga mendakwa adik beradiknya yang lain kini beragama Hindu, dan ada yang telah

meninggal dunia dan dikebumikan di tanah perkuburan Hindu dan ada yang sedang

memohon untuk keluar Islam di mahkamah syariah di negeri lain. Plaintif telah berjaya

menukar namanya kepada nama Hindu dan berkahwin dengan seorang wanita Hindu di

kuil Hindu. Beliau tidak dapat mendaftarkan perkahwinan itu kerana status agamanya

sebagai Islam di NRIC dan menyebabkan dia terpaksa memohon untuk keluar Islam di

Mahkamah Syariah. Setelah menerima arahan mahkamah, plaintif telah menghadiri

sebanyak 12 kali sesi penasihatan akidah dari tahun 2011 sehingga 2012. Bagaimanapun,

plaintif masih mahu meneruskan permohonannya. Dalam nota sesi penasihatan akidah itu,

plaintif menyatakan yang dia mahu keluar Islam kerana ibu bapa plaintif adalah saudara

baru dan tidak pernah mengamalkan dan membimbing plaintif. Berikutan itu, plaintif tidak

mengamalkan cara hidup Islam. Beliau juga sudah berkahwin mengikut adat Hindu dan

mempunyai dua anak. Keputusannya untuk keluar Islam didorong oleh keluarga, saudara

mara dan persatuan Hindu Sangam. Dalam nota itu juga tertera yang plaintif tidak menolak

kebenaran Islam dan tiada masalah dengan agama Islam.

Hakim Syarie Tuan Mawardi bin Che Man di Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan

bahawa plaintif bukan lagi seorang Islam pada 21 Ogos 2015. Keputusan itu dicapai dengan

melihat agama dan amalan plaintif ketika dia mencapai umur baligh. Mahkamah berhujah:

“Mahkamah berpuashati menyatakan bahawa situasi atau keadaan plaintif adalah

bercanggah dengan peruntukan s. 2(a), (c) dan (d) EPAIS 2003. Berdasarkan

keterangan plaintif, saksi plaitif 1 dan saksi plaintif 2 (kedua-duanya non-Muslim)

dan dokumentasi yang dikemukakan, plaintif bukanlah seorang yang mengaku

menganut agama Islam, sebaliknya mengakui secara bersumpah sebagai seorang

penganut agama Hindu. Plaintif juga bukan seorang yang dibesarkan atas asas

bahawa dia orang Islam atau seorang yang lazim dikenali sebagai orang Islam.

Plaintif dibesarkan pada kebanyakan masanya selepas beliau berumur 12 tahun oleh

ibunya yang mengamal adat resam dan agama Hindu. Plaintif secara lazimnya

seorang berketerunan India yang kebanyakannya beragama Hindu di Malaysia.

Plaintif juga telah berkahwin dengan isterinya mengikut adat resam Hindu. Oleh

itu, mahkamah berpuashati bahawa Plaintif bukan seorang Islam berdasarkan s. 2(1)

EPAIS 2003 terhadap tafsiran dan definisi orang Islam pada perkara (a), (b), dan

(c).”

Page 12: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

68

“Melihat kepada situasi kehidupan Plaintif dan bentuk amalan yang diamalkan oleh

Plaintif, secara jelas menggambarkan bahawa sejak kecil lagi, beliau telah tinggal

dengan ibunya yang beragama Hindu. Sejak itu, Plaintif telah mengamalkan cara

hidup dan adat resam Hindu sehingga memfailkan permohonan ini. Mahkamah

berpuashati menyatakan bahawa Defendan di dalam kes ini gagal membuktikan

sebaliknya situasi tersebut.”

Selain itu, Mahkamah Tinggi Syariah turut membincangkan tentang status perkahwinan

ibu bapa plaintif. Oleh kerana tiada sebarang bukti wujudnya perkahwinan yang sah di

antara ibu bapa P menurut hukum syarak. Ini kerana ikatan perkahwinan yang sah di sisi

Islam akan mengikat agama anak yang dilahirkan dalam perkahwinan itu. Hakim

menyebut:

“Jika sekalipun tidak wujud perkahwinan di antara ibu dan bapa plaintif, maka

status agama plaintif adalah tertakluk kepada agama ibunya. Ibu plaintif

menafikan telah memeluk Islam dan mahkamah sukar untuk menentukan sama

ada ibu plaintif telah memeluk Islam atau sebaliknya. ...Pokok persoalan

pengislaman ibu plaintif ini juga gagal dibuktikan oleh Defendan 1 mahupun

Defendan 2. Ketiadaan maklumat pengislaman ini dikuatkan lagi dengan

penafian ibu plaintif sendiri (Saksi Plaintif 1) yang tidak memeluk Islam

sepanjang hidup dengan bapa plaintif sebaliknya mereka berkahwin secara adat

agama Hindu di kuil Hindu.”

Kes 5: Alamelu

Kes ini adalah rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah daripada perbicaraan terdahulu di

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Responden dilahirkan pada 1943, berbangsa India dan

beragama Hindu. Responden menyatakan bahawa beliau memeluk Islam dan berkahwin

dengan seorang lelaki Islam bernama Abdul Kadir selama setahun kerana suaminya itu

telah meninggal dunia. Responden mendakwa bahawa beliau tidak pernah diajar tentang

Islam oleh suaminya atau mana-mana pihak dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.

Beliau telah tua dan mahu meneruskan sisa kehidupan sebagai seorang yang beragama

Hindu. Responden mendakwa bahawa dia telah mengamalkan ajaran Hindu dan pergi ke

kuil. Responden mahu menggugurkan nama Islam dalam NRIC dan perkataan Islam.

Mahkamah Tinggi Syariah telah beri penghakiman pada 13 Ogos 2014 dan membenarkan

permohonan plaintif (responden) berdasarkan s. 61(3)(b)(x) EPAIS (Selangor) 2003.

Mahkamah juga mengisytiharkan plaintif adalah bukan seorang Islam. Tuan Salehan bin

Haji Yatim dalam alasan penghakimannya memfokuskan kepada ketiadaan bukti yang jelas

bahawa plaintif telah mengucap syahadah dan didaftarkan secara rasmi sebagai Muslim di

Pejabat Agama Islam. Mahkamah memutuskan:

“setelah membuat penelitian terhadap keterangan pihak-pihak, mahkamah

mendapati pihak defendan tidak dapat membuktikan plaintif telah memeluk agama

Islam mengikut prosedur dan juga hukum syarak sama ada melalui keterangan saksi

defendan ataupun pembuktian secara dokumen sokongan. Sepatutnya pihak

defendan perlu mengemukakan pembuktian pemelukan agama Islam plaintif

melalui buku daftar masuk Islam dari pejabat agama Islam daerah Kota Setar.

Namun, mahkamah mendapati pihak defendan telah gagal berbuat demikian.

Mahkamah dengan ini berpuas hati bahawa pemelukan Islam palintif tidak

dibuktikan sah mengikut hukum syarak atau prosedur. Dokumen yang hanya

menyatakan plaintif beragama Islam hanyalah kad pengenalannya yang mana

terdapat catatan ‘Islam; dan juga surat daripada pejabat agama Islam Daerah Kota

Page 13: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

69

Setar… Walaupun kad pengenalan plaintif dicatat agama Islam, namun pemelukan

Islam plaintif dari sudut hukum syarak didapati tidak sah kerana tidak dibuktikan

sama ada plaintif ada melafazkan kalimah shahadah ataupun tidak. Oleh itu,

mahkamah berpuashati bahawa tafsiran orang atau definisi sebagai orang Islam

terhadap plaintif adalah tidak menepati seperti kehendak s. 2 EPAINS 2003.”

Majlis Agama Islam Selangor sebagai Perayu tidak berpuashati dengan keputusan di atas

dan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan

Syariah Selangor telah mengekalkan keputusan mahkamah bicara dan mengisytiharkan

responden 1 adalah seorang bukan Islam pada 4 Disember 2015. Hakim di mahkamah

tertinggi ini merujuk kepada amalan agama Hindu selepas responden dikatakan memeluk

Islam sebagai suatu perkara yang membatalkan akidah Islam responden. YAA Tan Sri Dr.

Ibrahim bin Lembut, YA Dato’ Seri Dr. Md. Yusup bin Che The dan YA Datuk Aidi bin

Moktar berhujah:

“Penyaksian bahawa ‘Tiada Tuhan selain Allah’ adalah bermakna tiada

sembahan yang hak melainkan Allah. Penyaksian seperti ini adalah tidak

memadai hanya dengan kata-kata, bahkan lebih daripada itu mestilah beriman

dengan maknanya dan beramal dengan segala yang diperintahkan. Kami dapati

keadaan ini tidak berlaku pada responden 1. Daripada fakta kes ini, repsonden

1, masih berterusan dengan amalan dan kepercayaan agama Hindu selepas

memeluk Islam pada tahun 1968 sehinggalah permohonannya difailkan pada

2009. Berdasarkan fakta kes dan keterangan yang ada, kami berpendapat tujuan

responden 1 memeluk Islam hanyalah untuk membolehkannya berkahwin dengan

lelaki Islam sahaja. Responden 1 tidak pernah melaksanakan tuntutan Islam dan

membersihkan dirinya daripada perkara yang syirik. Oleh yang demikian, kami

berpendapat kelakuan dan amalan responden 1 telah menunjukkan dengan jelas

tentang status akidahnya yang telah terkeluar dari akidah Islam.”

KESIMPULAN

Permohonan keluar Islam di Malaysia mesti dibuat di mahkamah Syariah, walaupun

terdapat beberapa individu masih mencuba nasib mereka di mahkamah sivil dengan

menggunakan hujah berdasarkan undang-undang sivil. Memandangkan mahkamah sivil

tidak mahu mencampuri bidangkuasa mahkamah Syariah, maka individu yang ingin keluar

Islam tidak perlu lagi membazirkan masa dan tenaga untuk membuat permohonan di

mahkamah sivil. Mahkamah Syariah bersedia untuk mendengar dan mempertimbangkan

permohonan mereka.

Konsep ‘kebebasan beragama’ mungkin asing bagi para hakim Syarie di Malaysia

walaupun sudah banyak literatur yang ditulis oleh ulama dan sarjana Islam kontemporari

tentang itu. Biarpun para hakim Syarie di Malaysia yang membenarkan individu itu keluar

Islam tidak berhujah atas konsep ‘kebebasan beragama’, namun mereka telah meluaskan

tafsiran nas-nas agama berkaitan murtad dan pemelukan Islam, berlawanan dengan apa

yang ditafsirkan oleh juris klasik dan apa yang dipegang oleh majoriti Muslim di Malaysia.

Tindakan para hakim Syarie itu telah memberikan kelegaan kepada pemohon yang mahu

mendapatkan hak perkahwinan atau identiti mereka di sisi undang-undang. Keputusan

hakim itu juga boleh dilihat sebagai suatu contoh bagaimana kebebasan beragama diberikan

di Malaysia. Ini sekaligus membuktikan bahawa mahkamah Syariah yang berbidangkuasa

untuk membicarakan kes ini adalah kompetent dan melayan setiap pemohon dengan adil.

Page 14: PERMOHONAN KELUAR ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAHukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2016/10/06-Mohd-Al-Adib... · Persekutuan iaitu dokumen undang-undang tertinggi di Malaysia

70

Suatu lagi perkara penting yang dapat disimpulkan dalam kajian ini ialah tentang fenomena

permohonan keluar Islam yang majoritinya datang daripada etnik India yang merupakan

anak kepada ibu bapa yang telah lama memeluk Islam dahulu. Permohonan itu adalah

refleksi kepada isu sosial dan agama yang menekan komuniti India yang mengalami

diskriminasi dan peminggiran. Selain itu, kesan dasar Islamisasi terhadap komuniti minoriti

seperti India adalah suatu yang menarik untuk dikaji dalam kajian akan datang.

PENGHARGAAN

Penyelidik mengucapkan terima kasih kepada dana penyelidikan daripada Universiti

Kebangsaan Malaysia (GUP-2016-017) kerana menjayakan penyelidikan ini.

RUJUKAN

Samuri, M. A., & Quraishi, M. (2014). Negotiating Apostasy: Applying to “Leave Islam”

in Malaysia. Islam & Christian-Muslim Relations, 25(4), 507-523.

doi:10.1080/09596410.2014.907054