permata - · pdf filearba'iyah mohd noor ... aziah adi perjuangan politik dan sumbangan...

24
PERMATA BUDI EDITOR ARBA'IYAH MOHD NOOR ABU HANIFAH HARIS Karya Sumbangsih Sempena Persaraan Profesor Datin Paduka Datuk Dr. Ramlah Adam Kim Keum Hyun

Upload: vohanh

Post on 06-Mar-2018

254 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

PERMATABUDI

ED

ITOR

AR

BA

'IYA

H M

OH

D N

OO

RA

BU

HA

NIFA

H H

AR

IS

EDITOR

ARBA'IYAH MOHD NOORABU HANIFAH HARIS

Buku ini dihasilkan bagi mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Hajah Ramlah Adam sebagai seorang pendidik selama lebih empat puluh tahun selain jasa dan peranan beliau dalam kepimpinan akademik yang telah diberikan khususnya kepada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dan negara Malaysia amnya. Sumbangan beliau dalam bidang sejarah terutamanya penulisan mengenai biografi beberapa tokoh penting di Malaysia amat besar maknanya sehingga beliau begitu dikenali oleh ramai sarjana di dalam mahupun luar negara. Beliau juga sering menjadi pakar rujuk dalam hal berkaitan dengan sejarah Malaysia, khususnya mengenai biografi tokoh serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Segala ilmu yang terkandung dalam karya-karya beliau telah memperkayakan tradisi keilmuan di tanah air kita. Makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah hasil sumbangan rakan taulan, anak didik beliau dan para sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu. Semoga segala ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalam mencorakkan lagi tradisi kegemilangan ilmu di Malaysia.

Karya SumbangsihSempena PersaraanProfesor Datin Paduka Datuk Dr.

Ramlah AdamPERM

ATA BUD

IK

arya Sumbangsih Sem

pena PersaraanProfesor D

atin Paduka Datuk D

r. Ramlah A

dam

Kim Keum Hyun

Page 2: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja
Page 3: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja
Page 4: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja
Page 5: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

Universiti Malaya2016

Page 6: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

Diterbitkan olehPenerbit Universiti Malaya

Universiti Malaya50603 Kuala Lumpur

www.umpress.com.my

Ahli Pengasas Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) No. 196906

Ahli Pengasas Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

© Arba’iyah Mohd Noor, Abu Hanifah Haris, 2016

Semua hak terpelihara.Tiada mana-mana bahagian jua

daripada penerbitan iniboleh diterbitkan semula atau disimpan

dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk

dengan apa cara sekali puntermasuk elektronik, mekanikal, fotokopi,

rakaman atau lain-lain tanpamendapat izin daripada Penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Arba’iyah Mohd Noor, Abu Hanifah Haris ISBN 978-983-100-891-1

Dicetak olehPenerbit Universiti Malaya

Universiti Malaya50603 Kuala Lumpur

Page 7: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

vii

Kandungan

Senarai Jadual ixPendahuluan xi

Abdul Hadi Haji Hasan: Nasionalis dan Pemikiran Nasionalisme, 1900-1937 1Aziah Adi

Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, 1960-1976 31Abu Hanifah Haris

Dato’ Harun Idris: Tokoh Pembangunan Seimbang Negeri Selangor, 1964-1976 49Arba’iyah Mohd Noor

Tan Sri Mohd Khir Johari, 1923-2006: Dari Saberkas ke Umno Salina Haji Zainol 75Adelina Jubail

Menelusuri Kepimpinan Tun Razak dalam Pilihan Raya Pertama (1955) Persekutuan Tanah Melayu 99Mohd Sohaimi Esa

Page 8: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

viii

Permata Budi

Tun Sambanthan dan Konsep 1 Malaysia 111Ummadevi Suppiah

Perkembangan Ekonomi Pulau Pinang di bawah Kepimpinan Tun Dr. Lim Chong Eu, 1969-1974 127Tew Peng Kooi

Wanita dalam Kemelut Politik Kerajaan Melayu Melaka dan Johor-Riau 155Haryati Hasan

Syair Sultan Maulana dari Kedah dan Syair Perang Mengkasar dari Goa: Gambaran Pengarang Melayu Terhadap Penjajah 171Mardiana Nordin

Perkembangan Kesedaran dan Gerakan Politik Sarawak, 1830-an hingga 1963 195Ho Hui Ling Perundangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1914: Analisis Terhadap Peranan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Enakmen Terpilih 219Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Rus Nur Hannah binti Ahmad Zainy

Peristiwa Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu, 1941-1942 259Azhar Mad Aros

Api Perjuangan Guru-Guru Melayu Melaka pada Zaman Jepun 281Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif

Tuntutan Brunei Terhadap Limbang, 1945-1963 299Habids’ Buhigiba Mohamad Bustamam

Parti Keadilan Sejahtera (PKS): Ideologi dan Struktur Organisasinya 315Hasanudin Daud

Hubungan Amerika Syarikat-Turki pada Era Perang Dingin, 1945-1989 337Azlizan Mat Enh Norhayati Binti Mat Ali

Page 9: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

ix

Kandungan

Akhbar Suara Benar: Tumpuan Isu Ekonomi Masyarakat Melayu, 1932-1933 365Mohd Shukry Abdullah

Perkembangan Kegiatan Perusahaan Tembaga dalam KalanganMasyarakat Melayu di Terengganu pada Abad ke-20 401Norazilawati binti Abd Wahab

Program Pembangunan Kesedar sebagai Mekanisme Pembangunan Masyarakat Luar Bandar di Kelantan 431Wan Rafyah Wan Muhd Zin Norhaslina Hassan

Reformasi Sektor Pelabuhan di Asia Tenggara: Kajian Kes di Indonesia dan Vietnam 451Hanizah Idris

Peranan dan Komitmen British Terhadap Pendidikan Wanita Melayu di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1896-1941 469Muhammad Ridzuan Idris

Kesihatan Awam di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Sebelum Perang Dunia Kedua 499Noraini Mohamed Hassan Isu Pengambilan Todi dalam Kalangan Buruh India di Ladang Sebelum Perang Dunia kedua 523Parameswari Krishnan

Program Pembinaan Kapasiti dan Kesedaran: Kajian Kes Arkib Negara Malaysia 543Sivachandralingam Sundara Raja

Mengulangi ‘Sejarah Selamat’: Masa Lepas dalam Masa Depan 555Mohamad Abu Bakar

Page 10: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja
Page 11: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xi

Jadual 5.1: Jumlah Kerusi dan Peratusan Undi Parti-parti Politik dalam Pilihan Raya Tahun 1955 106Jadual 7.1: Kedudukan Kawasan Perusahaan* Antara Tahun 1969 Hingga Tahun 1974 143Jadual 7.2: Bilangan Pelawat ke Pulau Pinang, 1969-1974 148Jadual 17.1: Bilangan Buruh-buruh India Selatan di Estet- estet dalam Negeri-negeri Selat dan Negeri- negeri Melayu Bersekutu Tahun 1929-1933 382Jadual 17.2 : Bilangan Orang Melayu Bekerja dalam M.C.S Tahun 1931 Terpapar dalam akhbar Suara Benar 387Jadual 18.1: Senarai Pengusaha Tembaga Putih Terkenal 414Jadual 18.2: Jaminan Keselamatan Produk Tembaga Bagi Tujuan Eksport 416Jadual 19.1: Keluasan Bagi Setiap Jajahan KESEDAR 437Jadual 19.2: Ciri-ciri Asas Wilayah Kelantan Selatan 437Jadual 19.3: Keluasan Kawasan RKT dan Tanaman Semula Sehingga Tahun 2007 444Jadual 19.4: Unjuran Taburan Penduduk Mengikut Wilayah 445Jadual 20.1: Pelabuhan Indonesia di bawah Operator- Operator Pelabuhan (IPC) 458

Senarai Jadual

Page 12: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xii

Permata Budi

Jadual 20.2: Jumlah Kontena di 11 Pelabuhan Utama di bawah IPC 2005-2007 460Jadual 21.1: Statistik Sekolah Perempuan Melayu di NNMB Pada Tahun 1898 Sehingga 1901 474Jadual 21.2: Objektif Kurikulum Pendidikan Melayu Tajaan British 482Jadual 21.3: Sukatan Pelajaran Sekolah Perempuan Melayu 483Jadual 21.4: Sukatan Pelajaran Bagi Mata Pelajaran Anyaman Bagi Sekolah Perempuan Melayu di Tanah Melayu Selepas Tahun 1916 484Jadual 21.5: Sukatan Pelajaran Bagi Mata Pelajaran Jahitan Bagi Sekolah Perempuan Melayu di Tanah Melayu Selepas Tahun 1916 485Jadual 21.6: Jumlah Pelajar Perempuan, Kedatangan dan Peratusan Kedatangan di Sekolah Perempuan Melayu, Perak Pada Tahun 1895-1896 487Jadual 21.7: Perbandingan Peratusan Kehadiran Pelajar di Negeri Selangor Pada Tahun 1899 488Jadual 21.8: Kurikulum Sekolah Inggeris di Tanah Melayu 491Jadual 21.9: Perincian Sukatan Pelajaran Bagi Sekolah Inggeris Tahun 1930 492Jadual 22.1: Jumlah Katil Hospital di NNMB, 1906-1910 501Jadual 22.2: Senarai Penerbitan, Pengeluaran dan Pengedaran Bahan Kempen Kesihatan Awam di NNMB, 1925 dan 1926 508Jadual 23.1: Jumlah Buruh India di Ladang-ladang di Tanah Melayu dari 1931 hingga 1935 524Jadual 23.2: Jumlah Hasil Kedai Todi Kerajaan dan Ladang di negeri Selangor dari Tahun 1932 hingga 1938 535Jadual 23.3: Jumlah Kedai Todi Kerajaan, Awam dan Ladang di Perak dan Selangor, 1931-1939 535Jadual 23.4: Jumlah Hasil Semua Kedai Todi di Persekutuan Tanah Melayu mulai 1948 hingga 1959 536

Page 13: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xiii

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya, buku Permata Budi telah dapat direalisasi dan diterbitkan. Buku ini karya sumbangsih yang ditujukan khas kepada Profesor Datin Paduka Datuk Dr. Hjh. Ramlah Adam sebagai tanda menghargai sumbangan dan kepimpinan akademik yang telah diberikan khasnya kepada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dan negara Malaysia amnya. Ketokohan beliau dalam dunia akademik berkaitan Sejarah Malaysia sememangnya diakui oleh sarjana tempatan dan luar negara. Beliau sentiasa menjadi pakar rujuk dalam hal berkaitan dengan sejarah Malaysia, khususnya penulisan mengenai tokoh biografi serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau akan terus menjadi kenangan sepanjang zaman.

Oleh yang demikian, sebagai penghormatan terhadap jasa dan sumbangan beliau sebagai salah seorang tokoh akademik terkenal, pihak Jabatan Sejarah Universiti Malaya berusaha menerbitkan buku ini. Pengiktirafan terhadap seseorang tokoh akademik di Jabatan Sejarah yang telah dijadikan satu amalan oleh pihak jabatan. Usaha menerbitkan buku seumpama ini merupakan kali keempat dilakukan selepas buku Jendela Masa diterbitkan pada 2001 sempena persaraan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, buku Persada Jauhari sempena persaraan Profesor Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yusoff Hashim dan

Pendahuluan

Page 14: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xiv

Permata Budi

buku Dastar Pendeta sempena persaraan Profesor Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali yang diterbitkan pada tahun 2012. Sesungguhnya usaha menerbitkan buku-buku ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada para tokoh akademik malah dapat memartabatkan lagi disiplin ilmu sejarah selain menjulang nama Jabatan Sejarah, Universiti Malaya di peringkat nasional dan global.

Para penyumbang bab dalam buku ini merupakan anak didik, sarjana tempatan dan rakan seperjuangan Profesor Datin Paduka Datuk Dr. Hjh. Ramlah Adam. Bab-bab yang ditulis ini merupakan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh mereka dengan bidang kepakaran masing-masing. Keseluruhannya, buku ini mengandungi 25 bab yang menyentuh tentang sejarah Malaysia dan luar Malaysia dalam aspek biografi tokoh, politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial.

Tulisan berkenaan biografi tokoh yang memaparkan peranan dan sumbangan mereka menjadi fokus perbincangan tujuh orang penulis. Antaranya ialah penulisan biografi tokoh nasionalis di Tanah Melayu sebelum merdeka iaitu Abdul Hadi Hasan. Aziah Adi menerusi tulisannya bertajuk “Abdul Hadi Haji Hasan: Nasionalis dan Pemikiran Nasionalisme, 1900-1937” memaparkan tentang pemikiran nasionalisme yang dibawa oleh Abdul Hadi khususnya menerusi pengajaran mata pelajaran sejarah ketika menjadi tenaga pengajar di Sultan Idris Training College (SITC). Beliau juga telah menghasilkan buku Sejarah Alam Melayu bagi menanamkan konsep politik yang mendalam ke dalam jiwa penuntutnya. Kegiatan dan pemikiran Abdul Hadi di SITC ini telah menyebabkan beliau dianggap sebagai pelopor kepada kesedaran nasionalisme dalam kalangan penuntutnya seterusnya pemikiran ini tersebar bukan sahaja di seluruh pelosok Tanah Melayu tetapi juga di Brunei dan Singapura.

Penulisan mengenai tokoh biografi selepas merdeka pula dapat dilihat melalui penulisan Abu Hanifah Haris yang bertajuk “Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, 1960-1976” yang membicarakan tentang penglibatan aktif Wan Abdul Kadir dalam politik dan badan bukan kerajaan (NGO). Selaku ahli politik selama hampir 20 tahun, beliau telah mencurahkan bakti bukan sahaja kepada masyarakat khususnya di Kuala Terengganu dan Kemaman tetapi juga di Malaysia amnya selain terlibat dalam rundingan bagi menyelesaikan pergolakan umat Islam di Pulau Mindanao dan Sulu, selatan Filipina.

Selain itu, Arba’iyah Mohd Noor dalam tulisannya bertajuk “Dato’ Harun Idris: Tokoh Pembangunan Seimbang Negeri Selangor,1964-1976” menyentuh mengenai ketokohan, peranan dan sumbangan Dato’ Harun Idris sebagai penggerak pembangunan negeri Selangor pada era kepimpinannya. Pada era ini, beliau telah membangunkan pelbagai

Page 15: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xv

Pendahuluan

aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial. Beliau juga menubuhkan beberapa agensi baru seperti PKNS, membuat penyusunan semula daerah dan membuka bandar dan perkampungan baru bagi rakyat tempatan selain memantapkan sektor perindustrian, pertanian, pendidikan dan sebagainya.

Di samping itu, Salina Haji Zainol dan Adelina Jubail dalam penulisan bertajuk “Tan Sri Mohd Khir Johari, 1923-2006: Dari SABERKAS ke UMNO” pula membincangkan biografi dan sumbangan tokoh politik Melayu Kedah iaitu Tan Sri Mohd Khir Johari. Sebagai Setiausaha SABERKAS, Mohd Khir Johari dan Tunku Abdul Rahman telah bekerjasama bagi menentang kekejaman Bintang Tiga, selain turut bekerjasama menentang Malayan Union dan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama-sama UMNO. Selepas merdeka, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting dalam UMNO selain portfolio menteri kabinet semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Sumbangan beliau tidak terhad kepada bidang politik sahaja, tetapi turut terlibat dalam kegiatan sosial dan pernah memimpin beberapa pertubuhan sosial seperti WWF Malaysia dan Kelab Kiwanis.

Sementara itu, sumbangan dan peranan pemimpin tertinggi negara dapat ditelusuri dalam tulisan Mohd Sohaimi Esa bertajuk “Menelusuri Kepimpinan Tun Razak dalam Pilihan raya Pertama (1955) Persekutuan Tanah Melayu”. Paparannya adalah berkenaan dengan sikap Tun Razak yang berhadapan dengan beberapa isu dan cabaran penting semasa menghadapi pilihan raya pertama peringkat Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Semua isu tersebut dapat ditangani secara bijaksana dan berhikmah, terutamanya isu pembahagian kerusi dalam pilihan raya dan penggubalan Manifesto Perikatan. Kemenangannya merebut kerusi pilihan raya di Semantan telah menjadi titik-tolak dalam menentukan kerjaya politik seterusnya.

Manakala sumbangan tokoh pemimpin bukan Melayu juga diutarakan oleh Ummadevi Suppiah dalam tulisannya bertajuk “Tun Sambanthan dan Konsep 1 Malaysia” yang membincangkan mengenai ketokohan dan peranan Tun Sambanthan. Peranan beliau bukan sahaja sebagai Presiden MIC dan seorang menteri yang cuba memajukan politik dan sosioekonomi masyarakat India dan rakyat Malaysia tetapi juga menerapkan konsep 1 Malaysia dengan menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai asas bagi pembentukan negara bangsa, mencorakkan jati diri bagi negara Malaysia demi perpaduan semua kaum di negara ini.

Selain itu, Tew Peng Kooi dalam tulisannya bertajuk “Perkembangan Ekonomi Pulau Pinang di Bawah Kepimpinan Tun Dr. Lim Chong Eu,

Page 16: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xvi

Permata Budi

1969-1974” menganalisis mengenai sumbangan Lim Chong Eu terhadap ekonomi di Pulau Pinang. Beliau menjelaskan bahawa kemenangan GERAKAN di bawah kepimpinan Chong Eu dalam Pilihan Raya Umum 1969 membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Sepanjang perkhidmatan beliau, kegiatan ekonomi Pulau Pinang telah mengalami perkembangan yang pesat melalui penubuhan Penang Development Corporation (PDC) dan Zon Perdagangan Bebas. Chong Eu juga telah mengubah struktur ekonomi Pulau Pinang yang berteraskan pertanian kepada berorientasikan eksport, mengadakan rombongan ke luar negara bagi menarik lebih ramai pelabur serta memajukan industri pelancongan di Pulau Pinang yang berpotensi besar untuk menarik kehadiran ramai pelancong.

Selain biografi tokoh, aspek politik merupakan antara komponen yang difokuskan oleh para penulis. Antaranya ialah kedudukan wanita dalam politik tradisional melalui penulisan Haryati Hasan bertajuk “Wanita dalam Kemelut Kerajaan Melayu Melaka dan Johor-Riau”. Penulisan ini memperkatakan tentang peranan beberapa orang wanita daripada golongan bangsawan pada era Kesultanan Melayu Melaka dan Johor-Riau berdasarkan naskhah Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis. Wanita dilihat sebagai makhluk yang lemah sehingga menjadi ‘alat’ untuk kepentingan politik, sebagai ‘hadiah’, pemuas nafsu serakah sesetengah pihak dan sebagainya. Namun, pada masa yang sama kedudukan wanita juga ditonjolkan dalam satu sisi yang lain iaitu mempunyai kuasa seperti Puteri Janilan, malah ada juga yang berpengaruh dalam politik istana seperti peranan yang ditunjukkan oleh Tun Fatimah dan Tengku Tengah.

Sebuah lagi tulisan yang bertemakan politik tradisional ialah “Syair Sultan Maulana dari Kedah dan Syair Perang Mengkasar dari Goa: Gambaran Pengarang Melayu Terhadap Penjajah” yang diusahakan oleh Mardiana Nordin. Penulisan ini memberi perhatian kepada gambaran pengarang Melayu tentang penglibatan kuasa asing atau penjajah terhadap tanah air berdasarkan naskhah Syair Sultan Maulana dari Kedah dan Syair Perang Mengkasar dari Goa di Sulawesi. Melalui medium syair, kedua-dua pengarang dilihat berjaya menggambarkan perasaan dan gambaran orang Melayu terhadap penjajah walaupun akhirnya kerajaan Goa tewas kepada Belanda, manakala Kedah pula terpaksa akur terhadap pertuanan Siam. Kedua-dua naskhah ini berjaya menggambarkan perkongsian gaya pengarangan dan persamaan ciri penulisan walaupun dari dua buah wilayah yang berbeza.

Seterusnya, perkembangan politik di Sarawak dipaparkan menerusi penulisan Ho Hui Ling bertajuk, “Perkembangan Kesedaran dan Gerakan Politik di Negeri Sarawak, 1830-an hingga 1963”. Paparannya adalah

Page 17: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xvii

Pendahuluan

berkenaan bibit kesedaran politik awal dalam kalangan penduduk Sarawak yang dapat dikesan ketika era pentadbiran Pangiran Indera Mahkota dan James Brooke. Antara faktor kesedaran tersebut ialah peluang pendidikan yang wujud di Sarawak dan peranan akhbar Fajar Sarawak yang membawa kepada penubuhan PMS pada tahun 1939. Kesedaran ini terus berkembang menjadi satu gerakan politik untuk memperjuangkan kepentingan negeri dan kaum sehingga membawa kepada berlakunya gerakan antipenyerahan, diikuti kegiatan politik berparti pada lewat 1950-an dan awal 1960-an, gagasan Malaysia dan kemerdekaan Sarawak pada 16 September 1963.

Selain itu, penulisan mengenai perundangan dibincangkan dalam penulisan Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus dan Nur Hannah Ahmad Zainy bertajuk “Perundangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1909-1914: Analisis Terhadap Peranan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Enakmen Terpilih”. Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ini adalah sebuah institusi perundangan pusat yang meluluskan kesemua undang-undang yang dikuatkuasakan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Penubuhan MMP ini juga telah menyebabkan pihak British memiliki kuasa yang sangat luas sehingga berjaya menguasai dua elemen pemerintahan yang terpenting iaitu perundangan dan kewangan. Antara undang-undang yang dibincangkan adalah seperti Enakmen Rubber Dealers 1909 merupakan antara undang-undang terawal yang diluluskan MMP, Enakmen No. 19, 1913 iaitu enakmen yang memberi pengabsahan kepada pasukan polis NNMB dan Negeri-negeri Selat (NNS), Enakmen No. 8, 1912 memberi kuasa kepada Pesuruhjaya Tinggi menandatangani sebarang perjanjian dengan pihak luar bagi pihak raja-raja Melayu dan beberapa yang lain.

Tema mengenai pendudukan Jepun juga menjadi fokus perbincangan dalam buku ini. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu menjadi topik perbincangan Azhar Mad Aros dalam artikel yang bertajuk “Peristiwa Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu, 1941-1942”. Tulisan ini menunjukkan bahawa Jepun telah melakukan strategi yang teratur dan sistematik dalam menyerang Tanah Melayu iaitu memulakan pendaratan tenteranya di Thailand dan Kota Bharu seterusnya menyerang kesemua negeri di Tanah Melayu termasuk Singapura dalam masa 70 hari. Hal ini menyebabkan British gagal bertahan dan terpaksa menyerah kalah dan menandatangani surat perjanjian dan mengisytiharkan penyerahan Tanah Melayu kepada Jepun tanpa syarat.

Sebuah lagi tulisan berkaitan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dihasilkan oleh Mohd Shahrul Azha Mohd Sharif bertajuk “Api Perjuangan Guru-guru Melayu Melaka pada Zaman Jepun”. Tulisan ini membicarakan tentang perjuangan nasionalisme yang digerakkan

Page 18: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xviii

Permata Budi

oleh guru Melayu di Melaka ketika itu. Dalam penulisan tersebut, beliau menganalisis penglibatan guru-guru Melayu dalam perjuangan menentang penjajah khususnya di Melaka melalui penglibatan mereka dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM), diikuti Malai Seinin Club (MSC) dan Badan Kebajikan Melayu Melaka (BKMM). Pengharaman KMM dan MSC serta perubahan kepimpinan pertubuhan tersebut sengaja dilakukan oleh Jepun kerana mengetahui bahawa jangka hayat sesuatu pertubuhan yang singkat tidak akan melahirkan seorang tokoh pemimpin, selain sesuai dengan dasar Jepun di Semenanjung Tanah Melayu yang cuba menimbulkan suasana yang tidak akan membawa kepada kemunculan pemimpin yang boleh menjadi simbol perjuangan rakyat. Akibat tekanan Jepun, perjuangan BKMM mulai merosot sekali gus menjejaskan pengaruh guru-guru Melayu di Melaka dalam perjuangan menentang penjajah.

Manakala isu politik berkaitan tuntutan wilayah pula dibincangkan dalam penulisan Habids’ Buhigiba Mohamad Bustamam bertajuk “Tuntutan Brunei Terhadap Daerah Limbang, 1945-1963”. Penulisan ini membincangkan mengenai kedudukan Limbang yang dimiliki oleh Sultan Brunei yang dirampas oleh Charles Brooke pada tahun 1890. Rundingan yang berlarutan antara ketiga-tiga wilayah sehingga ke saat-saat akhir menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia seolah-olah menjadikan Daerah Limbang sebagai ‘bahan dagangan’ bagi pembentukan Persekutuan Malaysia. Namun akhirnya Daerah Limbang dikekalkan dalam negeri Sarawak. Sekiranya kerajaan British menyerahkan Daerah Limbang kepada kerajaan Brunei, besar kemungkinan Persekutuan Malaysia akan kehilangan penyertaan Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, tidak ada jaminan daripada kerajaan Brunei akan turut serta bersama Malaysia. Justeru pengekalan Daerah Limbang dalam pentadbiran Sarawak merupakan satu tindakan yang tepat bagi mengelakkan kegagalan rancangan pembentukan Malaysia.

Sebuah lagi tulisan yang melibatkan politik serantau dipaparkan dalam tulisan Hasanudin Daud bertajuk “Parti Keadilan Sejahtera (PKS): Ideologi dan Struktur Organisasinya”. Dalam penulisan ini, Hasanudin Daud menjelaskan bahawa PKS menjadikan Islam sebagai asas perjuangan berteraskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. Matlamat perjuangan PKS adalah untuk mewujudkan pemerintahan dan masyarakat yang berpegang kepada Islam melalui saluran undang-undang dan sistem demokrasi yang diamalkan di Indonesia. PKS juga menggunakan strategi yang menonjolkan nilai universal Islam dan elemen demokrasi seperti antirasuah, memperjuangkan hak asasi manusia, serta urus tadbir yang baik khususnya ketika Pilihan Raya

Page 19: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xix

Pendahuluan

Umum 2004 dan Pilihan Raya Umum 2009. Dalam struktur parti, PKS juga meletakkan Majlis Syura sebagai kuasa tertinggi untuk menentukan hala tuju parti. Malah PKS juga menetapkan bahawa sesiapa saja rakyat Indonesia layak menjadi ahli parti tersebut tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Politik luar negara yang melibatkan Timur Tengah seperti Turki pula dibahaskan oleh Azlizan Mat Enh dan Norhayati Mat Ali dalam tulisan mereka bertajuk “Hubungan Amerika Syarikat-Turki pada Era Perang Dingin, 1945-1989”. Penulisan ini memaparkan sikap Amerika Syarikat yang dianggap bertanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan serta kebebasan negara-negara di dunia supaya dapat diwujud dan dikekalkan dalam tempoh yang panjang. Dasar luar Amerika Syarikat terhadap Turki pada era Perang Dingin merupakan antara usaha Amerika Syarikat untuk membendung pengaruh komunis ke negara tersebut. Amerika Syarikat telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang sangat besar kepada Turki dalam era tersebut terutamanya dari segi ekonomi dan pertahanan selain berjaya mencapai objektif mereka untuk menyekat pengaruh komunis ke Turki pada era Perang Dingin. Pada masa yang sama, Turki juga dilihat dapat mengukuhkan bidang ekonomi dan pertahanannya hasil bantuan dan kerjasama yang erat dengan Amerika Syarikat.

Selain aspek politik, aspek ekonomi sama ada di dalam dan luar negara juga turut dipaparkan oleh beberapa orang penulis dalam buku ini. Antaranya tulisan berkenaan isu ekonomi yang dibincangkan oleh Mohd Shukry Abdullah bertajuk “Akhbar Suara Benar: Tumpuan Isu Ekonomi Masyarakat Melayu, 1923-1933”. Melalui akhbar Suara Benar, Mohd Shukry membincangkan tentang isu berkaitan kemelesetan ekonomi, seruan untuk memajukan ekonomi, kemasukan buruh imigran dan isu pekerjaan yang sangat berkait rapat dengan kehidupan pada waktu itu. Kemelesetan ekonomi telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu bukan sahaja dari segi nilai eksport komoditi getah malahan aktiviti perniagaan, perdagangan di bandar-bandar utama, peningkatan harga barangan secara mendadak, pengenalan cukai oleh British terhadap barangan import dan sebagainya. Kemelesetan ekonomi ini menimbulkan tekanan hebat dalam kalangan orang Melayu, antaranya pencagaran tanah akibat pinjaman wang daripada ceti. Situasi yang melanda orang Melayu pada waktu itu mendorong Suara Benar tampil mencadangkan beberapa inisiatif baru bagi mengeluarkan orang Melayu daripada kesengsaraan krisis ekonomi tersebut seperti menanam pelbagai jenis tanaman komersial lain seperti nipah dan tembakau, mewujudkan kedai syarikat selain mempunyai sikap bekerjasama antara satu sama lain.

Page 20: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xx

Permata Budi

Sebuah lagi tulisan berkaitan ekonomi ialah tulisan Norazilawati Ab Wahab bertajuk “Perkembangan Kegiatan Perusahaan Tembaga dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Terengganu pada Abad ke-20”. Tulisan ini memaparkan tentang perusahaan tembaga yang menjadi antara perusahaan terpenting pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abdin III. Tepak sireh, pinggan mangkuk, gelas, sudu, pahar bertingkat, dulang tembaga bertudung, pelita meja dan sebagainya merupakan antara produk terbaik dan mendapat permintaan tinggi pada ketika itu kerana nilai estetikanya yang sentiasa diberi perhatian selain harga yang berpatutan. Faktor saluran modal, dana, pameran, pengecualian cukai dan sebagainya telah menjadi transaksi penting dalam amalan pihak kerajaan untuk membantu pengusaha-pengusaha tempatan mengusahakan tembaga. Usaha-usaha ini juga membawa impak yang cukup besar sehinggakan kegiatan perusahaan tembaga turut menjadi salah satu ekonomi terpenting sekitar abad ke-20 di Terengganu.

Manakala penulisan berkenaan peranan Kelantan Selatan Development Authority (KESEDAR) dalam membangunkan kawasan luar bandar khususnya di Kelantan pula menjadi topik perbincangan Wan Rafyah Wan Muhd Zin dan Norhaslina Hassan dalam artikel bertajuk, “Program Pembangunan KESEDAR di Kelantan Sebagai Mekanisme Pembangunan Masyarakat Luar Bandar di Malaysia dalam Menyelusuri Globalisasi”. Tulisan tersebut menjelaskan bahawa program pembangunan yang dikendalikan oleh KESEDAR berjaya mencapai matlamat utama bagi Transformasi Kedua Luar Bandar yang memfokuskan kepada usaha merancang dan melaksanakan modenisasi kawasan luar bandar bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Peranan dan tanggungjawab KESEDAR juga semakin mencabar seiring dengan matlamat menjadikan Wilayah Kelantan Selatan (WKS) sebagai salah satu wilayah termaju bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di Malaysia sejajar dengan Wawasan 2020.

Di samping itu, fokus kepada ekonomi pelabuhan negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Vietnam pula dibincangkan oleh Hanizah Idris dalam tulisannya yang bertajuk “Reformasi Sektor Pelabuhan di Asia Tenggara: Kajian Kes di Indonesia dan Vietnam” iaitu melibatkan perkembangan sektor pelabuhan di Indonesia dan Vietnam sejak tahun 1960-an. Menurut beliau, Indonesia sangat bergantung kepada sektor pelabuhan kerana hampir 90 peratus aktiviti import dan eksport di Indonesia adalah melalui laut, sekali gus mendorong Indonesia giat memajukan pelabuhannya agar mampu memenuhi permintaan domestik dan antarabangsa. Di Vietnam pula, sektor pelabuhan turut berkembang pesat dan pelan pembangunan pelabuhan boleh direalisasikan melalui penstrukturan semula sektor pelabuhan

Page 21: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xxi

Pendahuluan

dengan mengambil kira penglibatan sektor swasta dalam pengendalian operasi pelabuhan seperti kebanyakan negara Asia Tenggara lain.

Selain itu, beberapa aspek sosial yang berlaku sebelum Perang Dunia Kedua turut diberi perhatian dalam penulisan buku ini. Antaranya isu pendidikan wanita Melayu yang menjadi topik perbincangan Muhammad Ridzuan Idris bertajuk, “Peranan dan Komitmen British Terhadap Pendidikan Wanita Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1896-1941”. Tulisan ini membincangkan tentang sikap kerajaan British terhadap pendidikan wanita Melayu yang dirasakan tidak memberi pulangan ekonomi kepada kerajaan British berbanding pendidikan bagi lelaki. Akibatnya, British dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam menambah bilangan sekolah, memberi bantuan kewangan dan memajukan kurikulum pendidikan di sekolah-sekolah perempuan Melayu. Sebaliknya usaha yang dilakukan hanya bertujuan untuk memenuhi desakan orang Melayu. Tahun 1920-an dan 1930-an pula memperlihatkan peningkatan kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk memberikan pendidikan kepada pelajar perempuan, selain mendesak agar peluang dan bantuan yang lebih baik diberikan untuk pendidikan wanita Melayu. Meskipun pegawai British kemudiannya mula berusaha untuk memajukan pendidikan wanita Melayu, tetapi usaha yang dilakukan tidak mampu untuk mengatasi masalah tersebut sepenuhnya disebabkan masalah kekurangan peruntukan kewangan dan dasar pendidikan British terhadap pendidikan Melayu ketika itu.

Aspek sosial lain yang dipaparkan dalam buku ini ialah tulisan Noraini Mohamed Hassan bertajuk “Kesihatan Awam di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Sebelum Perang Dunia Kedua”. Tulisan ini memaparkan tentang perkhidmatan hospital dan dispensari yang dibangunkan oleh British di Negeri-negeri Melayu bagi memberikan kemudahan rawatan kepada pesakit. Peningkatan jumlah pesakit menyebabkan British mengambil inisiatif untuk mendirikan hospital yang baharu, menaik taraf kemudahan sedia ada dan melantik kakitangan perubatan yang lebih ramai. Masyarakat juga digalakkan untuk mempelajari dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat bagi mengelakkan dari dijangkiti pelbagai jenis penyakit, mengenali simptom-simptom penyakit utama seperti malaria, beri-beri, penyakit kelamin dan puru, menitikberatkan penjagaan bayi yang baru lahir dan kanak-kanak, menjadikan kediaman mereka lebih bersih dan sebagainya. Langkah-langkah berbentuk preventif ini disebarluaskan kepada masyarakat melalui akhbar, poster, brosur, risalah, ilustrasi, pameran, syarahan dan filem sinematograf. Secara umumnya dua kaedah iaitu perubatan dan pendidikan dilaksanakan oleh British dalam

Page 22: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xxii

Permata Budi

mengurangkan masalah kesihatan yang melanda masyarakat di NNMB sebelum Perang Dunia Kedua.

Manakala masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat India sebelum Perang Dunia Kedua pula disentuh oleh Parameswari Krishnan dalam tulisannya bertajuk “Isu Pengambilan Todi dalam Kalangan Buruh India di Ladang Sebelum Perang Dunia Kedua”. Beliau mengupas mengenai faktor yang membawa kepada pengambilan todi dalam kalangan buruh India. Antaranya persepsi peminum todi yang menganggap todi mempunyai zat-zat yang baik untuk badan, sikap pemilik kedai todi yang mengamalkan sistem kredit menyebabkan pelanggan menikmati todi tanpa perlu membayar secara serta-merta dan sikap pihak kolonial yang bertanggungjawab mengawal dan menentukan dasar-dasar pengambilan todi. Daripada laporan daripada kajian jawatankuasa Ross yang dibentuk menunjukkan bahawa todi membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada kehidupan buruh di ladang. Hal ini menunjukkan bahawa pihak kolonial sengaja menjadikan buruh India ketagihan kepada todi agar mereka dapat dieksploitasi dengan mudah.

Beberapa aspek lain yang diutarakan oleh penulis buku ini ialah berkenaan peranan organisasi yang dihasilkan oleh Sivachandralingam Sundara Raja bertajuk “Program Pembinaan Kapasiti dan Kesedaran: Kajian Kes Arkib Negara Malaysia”. Beliau menganalisis tentang kepentingan pembinaan kapasiti iaitu usaha mengembangkan kemahiran kakitangan Arkib Negara Malaysia (ANM) dalam pengurusan aktiviti dan program kesedaran iaitu melalui penganjuran aktiviti untuk mendidik masyarakat umum bagi merealisasikan peranan ANM sebagai penyimpan dan pemelihara rekod serta koleksi awam yang mempunyai nilai sejarah. Dalam penulisan ini, beliau menggambarkan bahawa pembinaan kapasiti dan program kesedaran untuk kakitangan ANM amat penting untuk dilaksanakan. Kakitangan ANM bukan sahaja perlu mahir dalam tugas-tugas hakiki mereka, tetapi juga perlu berkebolehan tinggi, bersedia untuk menerima pembaharuan, berusaha untuk meningkatkan tahap intelek serta memiliki perasaan cinta terhadap sejarah. Usaha ini akan dapat melahirkan masyarakat yang berasa bangga terhadap warisan negara, serta berusaha untuk memelihara aset tersebut dengan lebih baik.

Selain itu, tulisan Mohamad Abu Bakar bertajuk, “Mengulangi ‘Sejarah Selamat’: Masa Lepas dalam Masa Depan” cuba menganalisis konsep ‘Sejarah Selamat’ dan kepentingan memahaminya serta kewajaran melanjutkan perbincangannya ke masa hadapan. ‘Sejarah Selamat’ merujuk kepada pemahaman berkenaan kehadiran masa lalu berdasarkan perjalanan masa dan deretan peristiwa dalam sejarah.

Page 23: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

xxiii

Pendahuluan

Dalam tulisannya, beliau menjelaskan bahawa sejarah sebagai realiti atau kenyataan hidup yang lepas tidak boleh diubah, tetapi sejarah sebagai pemahaman tentang masa lepas boleh mengalami perubahan bergantung kepada pengetahuan atau sudut pandangan. Menurut beliau lagi, mengulangi sejarah bukan bermaksud menghidupkan segala yang terkandung di dalamnya, tetapi bermaksud menyaring masa lalu dan membawa sebahagian daripadanya ke masa hadapan. Pengulangan ‘Sejarah Selamat’ juga penting kerana mampu mengekalkan kedudukan masyarakat dan negara dalam suatu kesinambungan dengan mempertahankan kerangka politik dan sosial sebagai penyalur perkembangan hari ini dan akan datang.

Sajian ilmu dalam buku ini bertujuan memberikan santapan minda dan membuka ruang kepada para sarjana dan peminat sejarah untuk meluaskan lagi skop kajian penyelidikan pada masa akan datang. Kajian dan penulisan sejarah yang dilakukan ini pastinya akan mengangkat martabat kesejarahan ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan kajian-kajian lain yang bersifat saintifik. Semoga buku ini dapat membuka laluan untuk memaparkan dan menjelaskan kepada masyarakat tentang kepentingan sejarah sebagai wadah untuk memberi pengajaran masa kini dan akan datang, menerapkan nilai murni serta membentuk persefahaman antara sesama masyarakat. Akhir kata diucapkan ribuan terima kasih kepada semua penulis yang menyumbangkan tulisan masing-masing, para pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Cik Sofiah Othman yang turut membantu dalam melaksanakan penulisan buku ini serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini.

EditorDr. Arba’iyah Mohd NoorDr. Abu Hanifah Haris

Page 24: PERMATA -   · PDF fileARBA'IYAH MOHD NOOR ... Aziah Adi Perjuangan Politik dan Sumbangan Dato’ Wan Abdul Kadir Ismail, ... Sivachandralingam Sundara Raja

PERMATABUDI

ED

ITOR

AR

BA

'IYA

H M

OH

D N

OO

RA

BU

HA

NIFA

H H

AR

IS

EDITOR

ARBA'IYAH MOHD NOORABU HANIFAH HARIS

Buku ini dihasilkan bagi mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Hajah Ramlah Adam sebagai seorang pendidik selama lebih empat puluh tahun selain jasa dan peranan beliau dalam kepimpinan akademik yang telah diberikan khususnya kepada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya dan negara Malaysia amnya. Sumbangan beliau dalam bidang sejarah terutamanya penulisan mengenai biografi beberapa tokoh penting di Malaysia amat besar maknanya sehingga beliau begitu dikenali oleh ramai sarjana di dalam mahupun luar negara. Beliau juga sering menjadi pakar rujuk dalam hal berkaitan dengan sejarah Malaysia, khususnya mengenai biografi tokoh serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Segala ilmu yang terkandung dalam karya-karya beliau telah memperkayakan tradisi keilmuan di tanah air kita. Makalah yang dimuatkan dalam buku ini adalah hasil sumbangan rakan taulan, anak didik beliau dan para sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu. Semoga segala ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalam mencorakkan lagi tradisi kegemilangan ilmu di Malaysia.

Karya SumbangsihSempena PersaraanProfesor Datin Paduka Datuk Dr.

Ramlah Adam

PERMATA BU

DI

Karya Sum

bangsih Sempena Persaraan

Profesor Datin Paduka D

atuk Dr. Ram

lah Adam