tinjauan mengenai persepsi pelajar sekolah … · abg is, kak yu, iyah, fadhil, faisal dan ayih,...
TRANSCRIPT
TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
BERKENAAN FAKTOR – FAKTOR YANG MENDORONG MEREKA
MENGIKUTI TUISYEN SWASTA DI DAERAH KOTA BHARU KELANTAN
MAZLIYANA BINTI MAKHTAR
Universiti Teknologi Malaysia
ii
TINJAUAN MENGENAI PERSEPSI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
BERKENAAN FAKTOR – FAKTOR YANG MENDORONG MEREKA
MENGIKUTI TUISYEN SWASTA DI DAERAH KOTA BHARU KELANTAN
MAZLIYANA BINTI MAKHTAR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
iv
DEDIKASI
Khas buat orang-orang tersayang….
Ayahanda yang dihormati, Hj.Makhtar bin Mat Taib
Dan bonda tercinta, Hjh. Sepuriah binti Hj Arifin
Setinggi – tinggi penghargaan buat jasa kalian
InsyaAllah segala jasa yang diberikan akan ku balas.
Buat suami yang ku sanjungi dan ku cintai,
Kau pembakar semangatku, kaulah pendorongku,
Kau amat bermakna buatku,
Shazery Bin Hj Shokery.
Terima kasih ku titipkan jua buat adinda-adinda tersayang,
Abg Is, Kak Yu, Iyah, Fadhil, Faisal dan Ayih,
Kejayaan ku semai,
Kelakkan ku tuai.
Setulus ingatan buat rakan- rakan seperjuangan,
Segala pahit manis bersama kalian akan ku ingati selamanya.
Semoga Allah merestui perjuangan kita.
Amin….
v
PENGHARGAAN
Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat
dan izinnya dapat saya menyiapkan kajian ini. Ucapan penghargaan terima kasih yang
tidak terhingga ingin saya abadikan terutama untuk pensyarah pembimbing yang
dikasihi, Dr. Azlina bt. Mohd Kosnin di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, pendapat dan
kerjasama yang telah beliau berikan sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan
rakan-rakan di atas segala sumbangan idea dan kerjasama dalam proses penyiapan kajian
ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada suami tersayang, Shazery Shokery yang telah
memberi saya sokongan moral serta dorongan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.
Seterusnya kepada Pengetua pusat-pusat tuisyen, guru-guru serta pelajar-pelajar
yang terilbat dalam kajian ini. Iaitu dari Pusat Tuisyen Anggun, Pusat Tuisyen Kami dan
Institut Pendidikan Cemerlang, Kelantan Darul Naim.
vi
ABSTRAK
Kajian dijalankan untuk melihat persepsi pelajar sekolah menengah
terhadap faktor-faktor yang mendorong mereka mengikuti kelas tuisyen swasta selepas
waktu persekolahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 80 orang pelajar sekolah
menengah daripada tingkatan satu hingga lima. Kajian dijalankan di tiga buah pusat
tuisyen di Negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mengumpul data
dengan mencari frekuensi, peratusan diikuti min. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
faktor utama yang mendorong para pelajar untuk menghadiri kelas tuisyen swasta adalah
diri mereka sendiri di mana mereka ingin meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
Ini diikuti dengan faktor ibu bapa, kendiri, dan rakan sebaya. Faktor guru pula adalah
faktor yang paling kurang mendorong pelajar-pelajar untuk ke kelas tuisyen. Keutamaan
faktor-faktor tersebut adalah berdasarkan nilai peratusan dan purata nilai min. Dalam
faktor meningkatkan prestasi, para pelajar cenderung untuk menghadiri kelas tuisyen
kerana tuisyen membantu mereka menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru
sekolah dan mereka mengakui bahawa mereka lebih mudah untuk mengikuti pelajaran
yang diajar di sekolah setelah mengikuti tuisyen. Dalam faktor ibu bapa pula, antara
punca-punca pelajar-pelajar ke kelas tuisyen kerana keinginan ibu bapa tersebut yang
mahu anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Keinginan
pelajar untuk lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran setelah menghadiri
tuisyen serta keinginan untuk meningkatkan minat mereka dalam mata pelajaran yang
susah adalah di antara faktor yang mempengaruhi pelajar untuk ke kelas tuisyen swasta.
Bagi faktor rakan sebaya pula, sebab utama pelajar hadir ke kelas tuisyen adalah kerana
mereka tidak lagi mahu berasa malu dengan rakan-rakan setelah prestasi mereka
bertambah baik.Untuk faktor yang terakhir iaitu faktor guru, kecenderungan para pelajar
untuk ke kelas tuisyen swasta adalah kerana guru di sekolah tidak dapat memberikan
perhatian yang lebih kepada mereka kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to seek the perception of the secondary
school students on the factors that encourage them to attend tuition classes after regular
class hours. 80 secondary schools students, which consist of form one to form five boys
and girls, were selected as samples for this research. This research was done at three
tuition centers at Kelantan. Questionnaires were used as a method of collecting data for
this research, and later the data were translated into frequencies and percentages. The
outcome of this research shows that the main factor that inspires the students to attend to
tuition classes after school hours is the students themselves. Whereby the students want
to excel themselves in their studies by attending to the tuitions. Other factors that affect
the students in taking tuition classes are the parent factor, followed by the student’s self
esteem factor and friend’s influence factor. The factor that least encourages the students
to attend to tuition classes after school hours is the teachers. The importance level of each
factors are based on percentages and weighed average calculation. For the first factor;
students want to excel themselves in their studies, the students believe that attending
tuition classes help them in doing their homework given by their school teachers and also
the tuition helps them to have better understanding of the subjects taught at school. For
the parent factor, the students attend tuition classes because of the influence from their
parents that want their children to do well in their studies. As for the student’s self esteem
factor, the students desire to be more active in classes’ activities and to make themselves
having more interest in critical subjects are the main reason why the students are taking
tuition classes. For the friend’s influence factor, the main reason the students attend
tuition classes is because they do not want to be embarrassed with their peers as their
exam grades are getting better. And the last factor is the teacher factor. The students are
taking tuition classes because the teacher in school could not give them full attention due
to too many students in the classroom and the students get better attention in tuition
classes than in school.
viii
KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar belakang masalah 4 1.3 Pernyataan masalah 6 1.4 Objektif kajian 6 1.5 Persoalan kajian 6 1.6 Skop dan batas kajian 7 1.7 Kepentingan kajian 8 1.8 Definisi istilah 8
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13 2.2 Tuisyen dalam senario pendidikan 13 2.3 Kajian berkaitan 17 2.4 Kajian -kajian lepas berkaitan tuisyen 22
BAB 3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 23 3.2 Reka bentuk kajian 23 3.3 Instrumen kajian 24 3.4 Populasi dan persampelan 26 3.5 Prosuder Kajian 27 3.6 Penganalisisan data 28 3.7 Jadual kajian 29
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN HASIL
4.1 Pendahuluan 30 4.2 Analisis data 30
ix
4.2.1 Analisis berkenaan faktor ibubapa yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 31
4.2.2 Analisis berkenaan faktor guru yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 34
4.2.3 Analisis berkenaan faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 37
4.2.4 Analisis berkenaan faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 40
4.2.5 Analisis berkenaan faktor peningkatan prestasi yang mendorong pelajar sekolah menengah mengikuti kelas tuisyen 42
BAB 5 PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 46 5.2 Perbincangan 47
5.2.1 Faktor ibu bapa 47 5.2.2 Faktor guru 49 5.2.3 Faktor diri sendiri 50 5.2.4 Faktor rakan sebaya 51 5.2.5 Faktor peningkatan prestasi 52
5.3 Cadangan 53 5.3.1 Cadangan kepada sekolah 54 5.3.2 Cadangan kepada guru 55
5.4 Rumusan 56 5.5 Cadangan kajian lanjutan 57
RUJUKAN 58
LAMPIRAN 60
x
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Lima Pemeringkatan Skala Likert 25
3.2 Jadual populasi dan persampelan
berdasarkan lokasi 26
3.3 Jadual aktiviti kajian 29
4.1 Klasifikasi min dan tahap 31
4.2 Taburan kekerapan, peratusan dan min
berkaitan dengan faktor ibu bapa dalam
mendorong pelajar sekolah menengah
mengikuti tuisyen swasta. 32
4.3 Taburan kekerapan, peratusan dan min
berkaitan dengan faktor guru dalam
mendorong pelajar sekolah menengah
mengikuti tuisyen swasta. 35
4.4 Taburan kekerapan, peratusan dan min
berkaitan dengan faktor kendiri dalam
mendorong pelajar sekolah menengah
mengikuti tuisyen swasta. 38
4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min
berkaitan dengan faktor rakan sebaya
dalam mendorong pelajar sekolah
menengah mengikuti tuisyen swasta. 41
xi
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min
berkaitan dengan faktor peningkatan
prestasi dalam mendorong pelajar sekolah
menengah mengikuti tuisyen swasta 43
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Perkaitan di antara tiga perkara
penting dalam proses pengajaran –
pembelajaran. 16
4.1 Ibu bapa menggalakkan saya
menghadiri tuisyen 33
4.2 Ibu bapa mahu saya mendapat
keputusan yang baik dalam
peperiksaan. 33
4.3 Ibu bapa tidak dapat membantu saya
dalam pelajaran kerana sibuk 33
4.4 Rajah menunjukkan peratusan
responden berkaitan dengan faktor
guru dalam mendorong pelajar
sekolah menengah mengikuti kelas
tuisyen swasta. 36
4.5 Rajah menunjukkan peratusan
responden berkaitan dengan faktor
kendiri dalam mendorong pelajar
sekolah menengah mengikuti kelas
tuisyen swasta. 39
4.6 Rajah menunjukkan peratusan
responden berkaitan dengan faktor
rakan sebaya dalam mendorong
xiii
pelajar sekolah menengah mengikuti
kelas tuisyen swasta. 42
4.7 Rajah menunjukkan peratusan
responden berkaitan dengan faktor
peningkatan prestasi dalam
mendorong pelajar sekolah menengah
mengikuti kelas tuisyen swasta. 44
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
1 Borang soal- selidik 60
2 Pengesahan pelajar Universiti Teknologi
Malaysia
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ( Shahril @ Charis etc
1994.) Usaha ini bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Kurikulum pendidikan di Malaysia memberi penekanan kepada perkembangan
kanak-kanak yang menyeluruh termasuk perkembangan kognitif, sikap dan psikomotor
serta memupuk nilai-nilai murni untuk menjadi rakyat yang berguna. Dengan itu,
kurikulum dibentuk untuk menanam nilai-nilai yang murni untuk menghasilkan tenaga
kerja mahir dan terlatih untuk pembangunan negara. Walau bagaimanapun, system
pendidikan Malaysia sentiasa berubah mengikut kesesuaian pada masa tersebut dan akan
datang.
2
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada 1982 sebagai
percubaan dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1988. Kurikulum ini dirancang bagi
membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi ,manusia
dengan alam sekelilingnya dan perkembangan diri. Aspek yang dititik berat dalam bidang
komunikasi ialah membaca, mengira dan menulis.
Pelajar-pelajar sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah sentiasa diuji
kecerdasan mereka melalui beberapa ujian atau peperiksaan yang dikendalikan oleh pihak
sekolah dan pihak kementerian pendidikan . Semua pelajar sekolah menghadapi
peperiksaan penggal yang dikendalikan oleh pihak sekolah selain peperiksaan tertentu
seperti pelajar-pelajar sekolah rendah akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR).
Di sekolah menengah pula telah dibentuk Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM). Ianya lanjutan daripada Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah.
Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah dibentuk bertujuan untuk mengembangkan
potensi diri pelajar dari segi rohani dan jasmani termasuk intelek, rohani, emosi dan
psikomotor..
Pelajar-pelajar sekolah menengah menghadapi 3 peperiksaan utama semasa
mereka belajar selain peperiksaan penggal iaitu Penilaian Menengah Rendah (Tingkatan
3), Sijil Peperiksaan Malaysia (Tingkatan 5) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(Tingkatan 6)
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan segala keperluan bagi
pelajar-pelajar menjalani proses pembelajarannya yang lengkap dari peringkat pra-
persekolahan hingga pengajian tinggi. Walaupun begitu, terdapat sesetengah pelajar-
pelajar ini yang merasakan masih ada kekurangan dengan apa yang disediakan oleh pihak
sekolah. Oleh itu, mereka pergi ke kelas-kelas tuisyen sama ada di bangunan perniagaan
atau rumah kediaman bagi memenuhi kehendak mereka.
3
Sehubungan dengan itu, di kebelakangan ini, sekolah swasta tumbuh dengan
begitu pesat daripada peringkat tadika hingga ke peringkat universiti. Dalam menghadapi
gejala pendidikan swasta, kerajaan mengamal satu dasar yang liberal iaitu pertumbuhan
institusi pendidikan swasta di benarkan dengan meluas demi menampung permintaan
yang semakin meningkat dan keterbatasan di institusi pengajian tinggi sektor awam.
Dengan ini juga tidak ketinggalan pusat-pusat tuisyen telah bercambah dengan
banyaknya selaras dengan permintaan pelajar-pelajar yang semakin meningkat.
Sistem pendidikan negara pada masa kini lebih menumpukan kepada peperiksaan
. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja yang
dibenarkan memasuki sekolah - sekolah berasrama penuh. Begitu juga ia menjadi ukuran
untuk memasuki pusat pengajian tinggi dan memohon pekerjaan . Pelajar-pelajar yang
mengikuti pembelajaran formal di sekolah adalah ramai . Sesuatu kelas diduduki
melebihi 30 orang pelajar dan mereka ini terdiri daripada pelbagai perbezaan seperti
kecerdasan, minat dan motivasi. Guru-guru tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian
terhadap setiap pelajarannya.
Menurut Mok Soon Sang (1994), perkembangan murid dari segi intelek, rohani,
sosial dan jasmani adalah berbeza di antara satu sama lain. Di dalam sebuah kelas,
biasanya terdapat murid-murid lembab, sederhana dan cerdas.Pengetahuan lepas serta
kadar pembelajaran juga berbeza-beza. Oleh kerana pengajaran secara kelas hanya boleh
menggunakan satu kaedah yang sama, maka kaedah pengajaran secara kelas tidak dapat
menolong setiap murid memperkembangkan potensi intelek, rohani, social dan jasmani
secara menyeluruh dan seimbang.
Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang menghadiri kelas tuisyen ingin
memenuhi kehendak mereka untuk memperolehi keputusan peperiksaan yang baik selain
untuk memahirkan diri mereka dalam menguasai sesuatu mata pelajaran seperti Bahasa
Inggeris, Bahasa Melayu dan Matematik.
4
1.2 Latar belakang masalah
Pada masa kini, pusat-pusat tuisyen atau kelas-kelas tuisyen tumbuh bercambah
selaras dengan pertambahan bilangan para pelajar sekolah terutamanya di bandar-bandar.
Tenaga pengajarnya terdiri daripada guru-guru yang telah berpengalaman mengajar
sesuatu mata pelajaran tertentu.
Kebiasaannya seseorang mengaitkan sekolah swasta dengan murid-murid yang
tercicir dalam sistem persekolahan kerajaan. Walaupun perkara ini masih terdapat tetapi
pada masa ini ramai murid yang maju belajar di sekolah-sekolah swasta sama ada untuk
mengikuti tuisyen atau sengaja dihantar oleh ibu bapa untuk mengejar kecemerlangan
akademik.Para pelajar yang mengikuti tuisyen juga terdiri daripada pelajar-pelajar yang
akan menduduki peperiksaan besar iaitu UPSR( Ujian Penilaian Sekolah Rendah), PMR
(Penilaian Sekolah Rendah), SPM(Sijil Peperiksaan Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia) Beginilah keadaannya dalam sistem pelajaran pada masa ini, sistem
yang menitikberatkan peperiksaan dan sijil, sistem yang menyebabkan orang semakin
berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat yang semakin sukar bagi seseorang yang
mahu memajukan diri belajar di peringkat kolej atau universiti.
Keghairahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menghadiri tuisyen
mungkin di dorong oleh beberapa faktor. Mengikut Razali Arop (1991), salah satu
sebabnya ialah masyarakat semakin memandang berat terhadap pendidikan anak-anak
mereka. Sekarang ini para ibu bapa mahukan anak mereka memperolehi bukan sekadar
ilmu pengetahuan, tetapi mahu terus mendapat pendidikan tinggi. Seterusnya prestasi
pencapaian akademik anak-anak sangat diberi perhatian dan bukan hanya setakat lulus
sahaja.
5
Walaubagaimanapun, pelajar yang mengikuti tuisyen bukan hanya terdiri
daripada pelajar-pelajar sekolah menengah tetapi terdapat juga murid-murid darjah satu
dan dua. Pelajar juga cenderung untuk mengikuti tuisyen kerana ia dianggap sebagai gaya
hidup remaja masa kini dan ramai di kalangan pelajar mengikutinya sebagai satu rutin
dalam kehidupan mereka. Remaja cenderung untuk meniru perlakuan rakan sebaya
mereka supaya mudah diterima di kalangan kelompok tersebut. Mengikut Atan Long
(1991), kelompok ini sangat berpengaruh dan mempunyai ahli-ahli mereka sendiri dan
menentukan tingkah laku ahli kelompoknya. Ahli kelompok akan akur dengan nilai dan
peraturan kelompok kerana mereka merasa yang mereka dipunyai dan diterima oleh
kelompok. Jika sesuatu kelompok meletakkan tuisyen sebagai salah satu aktiviti mereka,
ahli kelompok akan mengikutinya.
Persoalan yang timbul, mengapakah tuisyen begitu popular pada masa ini?
Mengapakah ibu bapa sanggup menghantar anaknya ke tuisyen sedangkan di kelas-kelas
ini pelajar-pelajarnya terpaksa membayar sejumlah wang tersebut kepada tenaga pengajar
kelas tuisyen tersebut? Ibu bapa pelajar tersebut telah menaggung kos pembelajaran yang
tinggi iaitu yuran sekolah dan kelas tuisyen.
Perubahan sikap di kalangan masyarakat terhadap pendidikan menambahkan
kepekaan mereka terhadap pemilihan bidang ilmu yang mereka rasakan sesuai dengan
keperluan pekerjaan dan kehidupan. Mengikut Razali Arap (1991), pemilihan dalam
bidang ilmu menyebabkan semakin ramai pendidik terlibat dalam bidang kurikulum
kerana kurikulum sebenarnya menjadi nadi atau wadah bagi semua program pendidikan.
Dengan mengikuti tuisyen, para ibu bapa dapat menilai prestasi anak-anak mereka
sama ada meningkat atau tidak. Ibu bapa dapat mamantau perkembangan pelajaran anak
mereka melalui latihan-latihan yang diberikan oleh guru mereka, dimana kebanyakkan
daripada pusat tuisyen akan melatih para pelajarnya dengan soalan-soalan yang banyak
seperti soalan- soalan peperiksaan tahun- tahun sebelumnya.Di sini, pengkaji ingin
6
melihat apakah faktor – faktor yang mendorong para pelajar mengikuti tuisyen swasta
sama ada diri mereka sendiri atau faktor-faktor sekeliling mereka.
1.3 Pernyataan masalah
Kini semakin ramai pelajar yang mengikuti kelas tuisyen atau pusat tuisyen yang
terdiri daripada pelbagai peringkat usia atau pelajar sekolah rendah dan menengah.Ibu
bapa pelajar ini membayar yuran pendidikan anaknya dengan harapan anaknya itu dapat
menguasai pelajaran atau untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pendidikan. Dengan
ini pengkaji ingin mengkaji sejauh mana kelas tuisyen ini dapat membantu dan
meningkatkan prestasi akademik para pelajar tersebut. Selain itu, pengkaji juga ingin
mengenalpasti faktor dan penyebab utama mereka mengikuti kelas tuisyen.
1.4 Objektif kajian
Di dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah mengenalpasti beberapa objektif iaitu:
I. Mengenalpasti faktor ibu bapa yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
II. Mengenalpasti faktor guru yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
III. Mengenalpasti faktor kendiri yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
IV. Mengenalpasti faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen
V. Mengenalpasti faktor peningkatan prestasi yang mendorong pelajar ke kelas
tuisyen
7
1.5 Persoalan kajian
Pengkaji menjalankan kajian ini untuk meninjau aspek-aspek berikut:
I. Adakah faktor ibu bapa yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?
II. Adakah faktor guru yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?
III. Adakah faktor kendiri yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?
IV. Adakah faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?
V. Adakah faktor peningkatan prestasi yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen?
1.6 Skop dan batasan kajian
Kajian ini khusus untuk mengenalpasti faktor-faktor pelajar menghadiri tuisyen
swasta selepas waktu persekolahan. Walaupun ada banyak kelas tuisyen dijalankan ,
sama ada dianjurkan oleh orang perseorangan di rumah, oleh persatuan atau anjuran di
sekolah atau kelas tuisyen anjuran swasta, untuk kajian ini pengkaji hanya mengambil
kira tuisyen yang dijalankan di kelas atau pusat tuisyen yang dianjurkan oleh pihak
swasta.
Kajian ini hanya dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 5 yang
menghadiri tuisyen di luar waktu persekolahan biasa. Kajian hanya tertumpu di tiga buah
pusat tuisyen yang terpilih sahaja. Di kelas tuisyen ini biasanya bilangan pelajarnya
ramai dan datang dari berbagai latar belakang akademik. Cadangan kajian dijalankan di
pusat tuisyen sekitar bandar Kota Bharu iaitu Pusat Tuisyen Anggun, Pusat Tuisyen
Kami dan Pusat Tuisyen Institusi Pendidikan Cemerlang.