arah tuju perbelanjaan pembangunan d

12
ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PENGENALAN d ektor awam meinainkan peranan yang penting dalam menyediakan perkhidmatall awam kepada rakyat. Rakyat amat mengharapkan agar segala kemudahan awam seperti keselamatan. kemudahan infrastruktur, telekomunikasi. pengangkutan, kesihatan dan pendidikan dapat disediakan dengan teratur kepada mereka. Semua perkara tersebut adalah berhubung rapat dengan peranan yang perlu dimainkan oleh belanjawan awam yang terdiri daripada hasil dail perbelanjaan negara. Berdasarkan Laporan Ekonomi 200012001, hasil negara meliputi semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk hasil cukai iaitu; cukai langsung (seperti cukai pendapatan, syarikat, individu, petroleum dan lain-lain), cukai tidak langsung (seperti duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan lain-lain) dan hasil bukan cukai (sepel-ti lesenlpennit. perkhidmatanbayaran, pendapatan pelaburan dan lain-lain). Hasil digunakan oleh kerajaan untuk membiayai sebahagian besar kegiatan kerajaan, terutamanya perkhidmatan awam yang diperlukan bagi mernelihara dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan menlperuntukkan bahawa semua cukai atau kadar yang hendak dipungut atau dikenakan terhadap individu atau rakyat perlu dilakukan mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Perbelanjaan negara dibal~agikan kepada dua bentuk perbelanjaan iaitu perbelanjaan mengurus dan ~erbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus boleh diidsntifikasikan sebaoai perbelanjaan yang berulang setiap tahun dall beflerusan,at,, jug, disebut sebagai perbelanjaan penggunaan (INTAN, 199 1). Perbelanjaan mengurus ini lebih tertumpu kepada perbelanjaan dalam menguruskan hal-ha1 pentadbiran negara. Ianya boleh diklasifikasikan kepada

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

PENGENALAN

d ektor awam meinainkan peranan yang penting dalam menyediakan perkhidmatall awam kepada rakyat. Rakyat amat mengharapkan agar segala kemudahan awam seperti keselamatan. kemudahan

infrastruktur, telekomunikasi. pengangkutan, kesihatan dan pendidikan dapat disediakan dengan teratur kepada mereka. Semua perkara tersebut adalah berhubung rapat dengan peranan yang perlu dimainkan oleh belanjawan awam yang terdiri daripada hasil dail perbelanjaan negara. Berdasarkan Laporan Ekonomi 200012001, hasil negara meliputi semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk hasil cukai iaitu; cukai langsung (seperti cukai pendapatan, syarikat, individu, petroleum dan lain-lain), cukai tidak langsung (seperti duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan lain-lain) dan hasil bukan cukai (sepel-ti lesenlpennit. perkhidmatanbayaran, pendapatan pelaburan dan lain-lain).

Hasil digunakan oleh kerajaan untuk membiayai sebahagian besar kegiatan kerajaan, terutamanya perkhidmatan awam yang diperlukan bagi mernelihara dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan menlperuntukkan bahawa semua cukai atau kadar yang hendak dipungut atau dikenakan terhadap individu atau rakyat perlu dilakukan mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.

Perbelanjaan negara dibal~agikan kepada dua bentuk perbelanjaan iaitu perbelanjaan mengurus dan ~erbelanjaan pembangunan. Perbelanjaan mengurus boleh diidsntifikasikan sebaoai perbelanjaan yang berulang setiap tahun dall beflerusan, at,, jug, disebut sebagai perbelanjaan penggunaan (INTAN, 199 1). Perbelanjaan mengurus ini lebih tertumpu kepada perbelanjaan dalam menguruskan hal-ha1 pentadbiran negara. Ianya boleh diklasifikasikan kepada

Page 2: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

<-

;I Ke~~elbuguran lsu d u h m Pentudbrrun durr Pe~mbung~~nurr dl Mulaysla

perbelanjaan tanggungan (charge experzditure) dan perbelanjaan bekalan ( S L L ~ ~ Z ~ expenditure).

Perbelanjaan pembangunan merupakan perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang dan mempunyai pulangan dalam jangka panjang. Perbezaan yang nyata antara perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan adalah perbelanjaan mengurus melibatkan ulangan perbelanjaan yang berterusan setiap tahun yang juga dikenali sebagai perbelanjaan penggunaan. Sebaliknya, perbelanjaan pembangunan memerlukan peruntukan modal yang besar dan melibatkan aliran wang keluar masuk dalam satu tempoh jangka panjang. Selain itu, perbelanjaan pembangunail juga dikatakan dibiayai dengan jumlah wang pinjaman yang sangat besar lalu menghasilkan kesan terhadap aliran faedah dan kos kepada rakyat. Oleh itu, ia perlu diuruskan dengan teratur dan teliti.

KONSEP PERBELAN JAAN PEMBANGUNAN

Perbelanjaan pembangunan merupakan satu istilah khusus yang digunakan dalam belanjawan awam negara Malaysia. Di negara barat seperti Amerika Syarikat dan Britain, perbelanjaan pembangunan juga dikenali sebagai pelaburan modal (Miller, 1992 & Northcott, 1992). Pelaburan modal ini diangzap sebagai satu garis panduan penting dalam organisasi awam bagi mengimbangi usaha untuk membangunkan ekonomi dan rakyat. Daripada pelaburan yang dijalankan, kerajaan berhasrat untuk membentuk rakyat yang dapat bersaing sesama mereka bagi merebut peluang seperti pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya (Miller. 1992). Oleh itu, pelaburan modal yang melibatkan perbelanjaan modal yang besar serta melibatkan pulangan jangka masa panjang perlu dilakukan dengan teratur dan berhati-hati bagi mengelakkan kerugian kepada negara.

Northcott (1 992), berpendapat bahawa pelaburan modal dikaitkan dengan pro-iek pembangunan yang perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat seperti berikut: (i) Identifikasi projek (ii) Definisi projek (iii) Analisis dan penerimaan (kelulusan) projek (iv) Pelaksanaan projek (v) Pengawalan dan post-audit

Peringkat yang disarankan oleh Northcott ini menunjukkan bahawa perbelanjaan pembangunan memerlukan satu tindakan dan aktiviti yang diamalkan secara teratur dan bersistem bagi memastikan perbelanjaan pembangunan tersebut baik

Page 3: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

u Kel~elbu,qa~un lsli dulum Pentudb~ron dun Pernbungwlun dr iMulaysio . ad

dan berjaya. Perbelanjaan pembangunan ini perlu meliputi peringkat tersebut dan ianya tidak lengkap jika dimulakan dengan pelaksanaan tanpa mengidentifikasikan dan mendefinisikan projek terlebih dahulu.

Di samping itu, perbelanjaan pembangunan juga dikenali sebagai belanjawan modal oleh sesetengah pcnulis. Menurut Levy dan Sarnat ( 1994 ), belanjawan modal ini adalah aktiviti yang meliputi: (i) Formulasi dan pembentukan matlanlat jangka masa panjang. (ii) Pencarian untuk melakukan pelaburan baru dan menguntungkan

(berfaedah). (iii ) Persediaan kejuruteraan (teknikal). (iv) Ramalan kewangan dan pemasaran. (v) Persediaan bclanjawan yang sesuai dan terkawal. (vi) Penilaian ekonomi terhadap projek alternatif (terpilih) dan post-auclit

prestasi bagi projek yang telah disiapkan.

Aktiviti ini juga diamalkan secara teratur dan tersusun bagi memastikan peruntukan modal besar yang dilaburkan kepada sesuatu projek perlulah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur. Akhir sekali, aktiviti audit atau penilaian dijalankan bagi memastikan projek mencapai matlamat atau objektif asal yang ditetapkan.

Di Malaysia, istilah belanjawan modal dan pelaburan modal ini lebih tertumpu kepada organisasi swasta. Shaari (1994), mengatakan bahawa belanjawan mo- dal ialah satu teknik kuantitatif yang digunakan oleh akauntan pengurusan (swasta) untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan tentang pelaburan modal. Beliau menambah bahawa pelaburan modal pula bererti perbelanjaan atau komitmcn yang dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu faedah yang diharapkan untuk tcmpoh masa beberapa tahun akan datang. Pelaburan modal memerlukan banyak kajian, analisis dan pemeriksaan untuk mencari bentuk pelaburan yang lebil~ menguntungkan. Antara kajian yang biasa diamalkan ialah kajian kejuruteraan, kajian pemasaran, analisis ekonomi dan lain-lain untuk mengira kemungkinan untung atau faedah yang akan diperoleh daripada setiap pelaburan yang dicadangkan.

Amalan belanjawan dan pelaburan modal tersebut men~punyai banyak persamaan dengan amalan perbelanjaan pembangunan. Perbezaannya hanyalah terletak kepada objektif atau matlamat organisasi awam atau swasta. Bagi helanjawan awam, perbelanjaan pembangunan tidak hanya mengambil kira pulangan keuntungan jangka masa panjang kepada rakyat dan negara malah ia pcrlu mengambil kira juga faedah dan kos yang akan diperoleh. Terdapat projek

Page 4: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

Kel)elbugulun Isu dalanr Penradblruri dart Pen~bang~lnuri dl Makqislu ,*

yang dibangunkan oleh kerajaan tidak menguntungkan tetapi disebabkan adanya permintaan dan keperluan untuk menyediakan faedah tersebut kepada rakyat, maka kerajaan perlu menjalankannya. Dengan kata lain, kerajaan perlu menyediakan barangan awam seperti perkhidmatan ekonomi, perkhidmatan sosial, keselamatan dan pentadbiran am walaupun tidak menguntungkan (INTAN, 199 1 ). Sumber pembiayaan perbelanjaan pembangunan kerajaan pula biasanya diperoleh daripada pinjaman dalam atau luar negara. Hal ini adalah sebaliknya bagi sektor swasta, kerana mereka perlu mengambil kira keuntungan yang akan diperoleh bagi memastikan organisasi mereka dapat merancang kos dan meramalkan sumber hasil perolehannya melalui sumber hasil jualannya (Shaari, 1991).

Pertembungan peranan perbelanjaan pembangunan kepada pihak kerajaan dan pelaburan modal untuk pihak swasta adalah berdasarkan kepada usaha untuk memaksimumkan keuntungan bagi pihak swasta dan menyediakan faedah serta kebajikan kepada masyarakat bagi pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, perbelanjaan pembangunan lebih berperanan untuk menyediakan barangan awam yang sangat diperlukan oleh orang ramai seperti jalan raya, pengangkutan awam. kawasan perindustrian, sekolah, hospital, jambatan, penyiaran dan sebagainya. Kemudahan awam ini merupakan sesuatu yang memerlukan peruntukan yang besar dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana setiap individu masyarakat tidak mampu untuk memperoleh atau menyediakan sendiri.

Menurut Miller (1992). perbelanjaan pembangunan menetapkan arah tujuan pembangunan atau pembangunan semula sesuatu masyarakat dijalankan, apabila kerajaan akan memastikan agar wujud keseimbangan antara aktiviti pembangunan dengan asas sesuatu ekonomi. Perbelanjaan pembangunan memang melibatkan modal peruntukan yang besar kerana projek pembangunan yang akan dibangunkan ialah satu bentuk pelaburan untuk menghasilkan faedah kepada rakyat atau sedikit pulangan kos kepada kerajaan. Kerajaan perlu merancang projek pembangunan yang hendak dibangunkan agar bersesuaian dengan objektif pembangunan sosioekonorni negara. Aktiviti ini memerlukan kepakaran, kemahiran dan tempoh masa yang sesuai bagi memastikan agar perancangan dan pengurusan perbelanjaan pembangunan adalah tersusun dan berkesan.

Perbelanjaan pembangunan sangat bergantung kepada peruntukan negara yang terhad. Miller (1992) juga menambah bahawa perbelanjaan pembangunan memerlukan penganalisisan yang terperinci bagi menetapkan keutamaan yang

ounan perlu diberikan kepada projek yang paling sesuai kerana projek pemban,

Page 5: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

rnernerlukan kos pembiayaan yang besar dan ianya bersifat perbelanjaan yang tidak berulang tetapi memberi faedah kepada rakyat untuk tempoh jangka masa panjang.

CORAK PERBELANJAAN PEMBANGUNAN DI MALAYSIA

Setiap tahun kerajaan perlu membuat perancangan yang teratur untuk memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi kegunaan pemban, nunan sosioekonorni negara. Jadua14.1 dan Rajah 4.1 menunjukkan corak perbelanjaan pernbangunan untuk tempoh dari tahun 1990 hingga 2000. Corak perbelanjaan

Jadual 4.1 Perbelan.jaan Pembangunan Malaysia dari tahun 1990 - 2000

Tahun Jurnlah O/o Perubahan 1990 17,619 35.3

Sumber: Diolah daripada Kedudukan Kewangan Sektor Awam Disatukan dari tahun 1990 hingpa 2000. Laporan Ekonomi. Kcmenterian Kewangan hllalaysia.

Rajah 4.1 Perbelanjaan Pembangunan Malaysia dari tahun 1990 - 2000

- - -- - -- . -

1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1990 1999 2000'

Tahun -~ ~ ~ - ~ ~ - - ~. ~-~ - .

Page 6: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

- $ Kepelbugniun Isw dulorw Penludbirnn dun Pernbarrgunun dr Mr11r1x:nu -T

negara menunjukkan kenaikan untuk tempoh sembilan tahun daripada sebelas tahun iaitu paha tahun 1990, 1992 hingga 1995 dan 1997 hingga 2000. Hanya pada tahun 1991 berlaku penurunan dalam corak perbelanjaan pembangunan negara. Pada tahun 1991 penurunan ini disebabkan oleh tindakan kerajaan yang cuba mengekalkan pel-tumbuhan ekonomi dengan mengawal perbelanjaan bagi mengatasi masalah kenaikan harga yang tinggi atau inflasi (Laporan Ekonomi, 199 1). Seterusnya, pada tahun 1996 pula sedikit penurunan dalam perbelanjaan pembangunan disebabkan oleh tindakan kerajaan yang menjalankan perbelanjaan berhemah bersama-sama dengan dasar kewangan yang lebih ketat bagi menstabilkan harga serta imbangan pembayaran negara.

Walau bagaimanapun, perbelanjaan pembangunan menunjukkan kenaikan untuk sembilan tahun yang lain berasaskan kepada usaha kerqaan untuk memastikan pertumbuhan perkembangan sosioekonomi negara. Kenaikan dalam perbelanjaan pembangunan negara d x i tahun 1990 hingga 1998 adalah dengan pelaksanaan dasar fiskal berhemah dengan pengawalan terhadap pengeluaran, pelaburan, pernintaan agregat dan pencukaian. Selain daripada itu, perbelanjaan untuk projek pembangunan yang menyediakan lebih banyak kemudahan infrastruktur, pelaburan, perdagangan dan sebagainya diteruskan. Tindakan ini dilakukan oleh kerajaan dengan tujuan untuk mengekalkan keadaan perkembangan ekonomi yang untuk pembansunan negara.

Menurut Laporan Ekonomi 1998. pada suku tahun kedua 1998 keadaan kelembapan ekonomi yang melanda nezara telah mendesak kerajaan mengatur strategi menggerakkan semula ekonomi melalui rangsangan fiskal. Tindakan ini dijalankan melalui penstrukturan semula sektor kewangan iaitu dengan menjalankan dasar belanjawan mengembang. Tindakan ini bagi memastikan agar sektor kerajaai: dapat merangsang perkembangan dan pertumbuhan sektor swasta yang banyak terjejas akibat daripada kelembapan ekonomi yang berlaku. Selain daripada itu, tindakan tersebut juga merupakan sebahagian daripada langkah counter cllclical kerajaan bagi mengukuhkan lagi proses pemulihan ekonomi negara.

PERBELAN JAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAIV

Peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada empat sektor yang utama seperti: (i) Perkhidmatan Ekonomi (penpangkutan, perdagangan, pertanian dan

perindustrian); (ii) Perkhidmatan sosial (pendidikan, latihan kemahiran, sumber manusia,

perumahan dan kesihatan):

Page 7: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

(iii) Keselamatan (pertahanan awam dan polis); dan (iv) Pentadbiran Am

J:dual 4.2 menunjukkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan Kzrajaan Persekutuan mengikut sektor bagi tempoh antara tahun 1990 hingza 2000 dan Rajah 5.2 menunjukkan corak perubahan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh tersebut.

Rajah 4.2 jelas menunjukkan bahawa c o r k perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan untuk tahun 1990 hingga 1992 semakin menurun. Kemudian diikuti dengan sedikit kenaikan iaitu daripada RM9,848 juta pada tahun 1992 kepada RM9.921 juta pada tahun 1993. Seterusnya daripada 1994 sehingga ke tahun 2000, kenaikan yang lebih baik iaitu dengan purata kadar kenaikan sebanyak RM1,827 juta setiap tahun. Kenaikan peruntukan perbelanjaan pemban, cunan Kerajaan Persekutuan ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan lagi pei-tumbuhan ekonomi nezara terutama pada saat-saat kelembapan ekonomi yang berlaku pada awal tahun 1997 sehingga tahun 2000.

Secara lebih jelas, peranan perbelanjaan pembangunan ini boleh dilihat berdasarkan pecahan mengikut empat sektor utaina. iaitu: (i) Perkhidmatan Ekonomi (ii) Perkhidmatan Sosial (iii) Keselamatan (iv) Pentadbiran Am

Rajah 4.3 menunjukkan bahawa antara tahun 1990 hingga 2000, perbelanjaan bagi sektor perkhidmatan ekonomi merangkumi jumlah yang terbesar sekali jika dibandingkan dengan sektor lain. Peruntukan yang besar ini dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur, projek pengangkutan seperti lebuh raya, jalan raya dan jambatan, pertanian dan pembangunan luar bandar, pro, oram perdagangan dan perindustrian, dan sebagainya.

Semasa kelembapan ekonomi, kerajaan perlu merangsang pembangunan ekonomi negara dengan menggalakkan perkembangan dan pengeluaran makanan dan barangan per-tanian di samping meningkatkan kemudahan infrastruktur untuk memajukan lagi sektor pembuatan. Ini bagi memastikan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada import makanan dari negara luar yang membolehkan pengaliran mata wang ke luar nesara yang terlalu tinggi. Selain daripada itu. tindakan kerajaan juga bertujuan untuk meluaskan pembangunan sektor pelnbuatan tempatan dengan menarik lebih banyak pelabur asing untuk melabur di dalam negara melalui penyediaan kemudahan dan insentif pelaburan kepada mereka.

Page 8: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

T

Kepelbago~un lru dolon~ Pentadl,ir.an dart Pettlbangunur~ dr Muhyrla

Jadua14.2 Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut Sektor

Tahun Ekonomi Sosial Keselamatan Pentadbiran Am Jurnlah

1990 7,081 2.644 1,005 292 1 1.033 1 0'1 1 5,078 2,580 1.373 332 10.363 1992 4.814 2,576 1,814 444 9,648 1993 4,871 2,401 2,242 407 9,921 1994 6,314 ?,'150 2,488 750 12,502 1995 5,876 3,378 2.478 970 ll,7O? 1996 7,467 3.788 3.840 854 14.949 1097 7,680 4,704 3,498 907 15,790 1998 10,568 4,996 3,5.59 1,255 19,378 1999 12,724 6,988 3,578 1,719 25,009

2000- 11.514 7,909 1,785 3,078 25.286

Rajah 4.2 Corak Perbelan.jaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan dari

tahun 1990 hingga 2000 - -- - --- - .- -- - ~ ~ ~~~

Sektor perkhidmatan sosial pula merupakan sektor yang kedua terbesar selepas perkhidmatan ekonomi. Tumpuan yang mendalaln diberikan dalam bidang pendidikan. kesihatan, perumahan dan sebagainya. Bidang pendidikan dan latihan antara bidang yang memerlukan perbelanjaan yang besar dengan tujuan untuk membangunkan sumber manusia bagi menyumbangkan ke arah pembangunan negara. Selain daripada itu, kesihatan dan perumahan merupakan satu kemudahan jrang cuba disediakan oleh kerajaan kepada rakyat untuk menikn~ati tar-af hidup yang lebih selesa dan sempurna.

Perbelanjaan bagi sektor keselamatan pula bertujuan untuk meningkatkan kecekapan melalui pembelian peralatan pertahanan dan pengurusan angkatan tentera dan polis seperti perumahan. Peruntukan untuk sektor ini sedikit lebih besar jika dibandingkan dengan sektor pentadbiran am yang lneru-juk kepada

Page 9: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

*.. Kepelbugazan Isu dalam Pentadblran dan Pembungumn dl Mulay,rla ' 5

r e

Rajah 4.3 Corak Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan

Persekutuan mengikut Sektor dari Tahun 1990 - 2000

Jadual 4.4 Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1999 dan 2000

RAI lura

I ? I ? Ir)?2 l C ) ? i IV')4 1905 1 9 9 8 9 2000

Hutang d.klarn neperl 70034 73654 76830 78402 78260 78028 79329 78889 86478 9375 106509

BII Pcrbendlharam

4320 4320 4320 432U 41211 4120 4320 4320 4120 4320 4320

Terblran Pclaburan

90(1 900 IOflO 20011 4800 5050 3[)0r7 27511 3750 7000 4000

,. -

Hufang Luar 24819 25418 20922 19834 74818 13902 10675 8881 11934 18369 19386 Pinlmman pasaran 16268 l 6 0 9 i 12832 11635 7350 b5.51 5042 4511 4867 11075 11614

Plnlnmanprolek R l34 8463 7981 8193 -566 736" 5633 4370 '067 7294 7772

Krcdlt Pembekal 417 257 I 0 9 1 0 O

Jurnlah 94853 99072 97005 98236 93078 91930 90004 87770 98412 112119 125895

" Terurarnanya pinjarnan yang dibuat olch Kurnpulan Wanp Pinjarnan Perurnahan Perbcndaharaan Surnbrr: Laporan Ekonomi dari tahun 1990 hingga 7000, Kernenterian Kewangan Malaysia.

I

perbelanjaan untuk perkhidmatan jabatan seperti pembelian peralatan pejabat, pengubahsuaian dan sebagainya.

Secara k e ~ e l u r u h a n n ~ a , perbelanjaan pembangunan yang diamalkan ini bertujuan ulltuk menguruskan dan menggiatkan lagi perkembangan emb ball gun all sosioekonomi negara. Justeru, perancangan, pengawalan dan

Page 10: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

Rajah 4.5 Jumlah Hutang dalam Negeri dan Hutang Luar Kerajaan Persekutuan

dari tahun 1990 - 2000

140000

m 120000 2 100000 .- 80000

60000 40000 20000

0

Tahun ~~- -

in Jurnlah 1 I - 1

penilaian yang teratur diperlukan bagi memastikan agar perbelanjaan pembangunan akan mendatangkan hasil yang dapat dinikmati oleh setiap pihak. Jika ianya tidak dibelanjakan dengan teratur dan tersusun, kemungkinan pembaziran akan berlaku dan ianya akan merugikan negara.

PEMBIAYAAN

Di Malaysia, perbelanjaan pembangunan dibiayai oleh jurnlah wang pinjaman yang diperoleh sama ada dari dalam negeri atau dari luar negeri (INTAN, 199 1 1. Berdasarkan Laporan Ekonomi 2000/2001, kebanyakan pin-jaman dalam negeri oleh Kerajaan Persekutuan adalah melalui terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) yang majoritinya dipegang oleh Kumpulan Wang Simpanan Peker-ja (KWSP) sebanyak 66 peratus dan terbitan Pelaburan Kerajaan Tempatan (PKT) yang majoriti dipegang oleh Bank Islai~i serta lnstitusi Kewangan yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam. Contohnya. pada tahun 2000, pinjaman dalan~ negeri melalui terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia herjumlah RM89,050,000-00 iaitu 83.6 peratus daripada junilah keseluruhan pinjaman dalam negeri (RM 106.509,OOO-00).

Jadual 4.4 menunjukkan komponen hutang di dalani negeri dan luar negeri Kerajaan Persekutuan dari tahun 1990 hinzga 2000. Pinjaman l u x negara pula diperoleh daripada Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia, Kredit Yen dan Kredi t Saudi, Irzter-~zntiorzcrl Market Loan (penjualan bon dan sekuriti antarabangsa) dan konsortium bank antarabangsa. Walau bagaimanapun, rnenurut Laporaii Ekonomi 20001200 1 . kerajaan cuba mengurangkan pinjaman

Page 11: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

m Kepelbugulun Isu dalur~l Penrudb~ran dun Pernbangururr~ di iMaLuyrra

Aa

lux dan cuma nlengamalkan pinjaman bilateral iaitu Kredit Saudi dan Kredit yen dengan merilbuat pinjaman semula (refinancing) bagi tujuan mengelakkan ,ibiko naik tukaran asing serta naik- turun kadar faedah yang dikenkan.

se2anjang sebelas tahun tempoh tersebut, majoriti pembiayaan unluk perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan diperoleh daripada hutang dalaln negeri dan Sekuriti Kerajaan Malaysia mempakan konlponen yang pal-

a hesar menyumbang. Rajah 4.5 menunjukkan corak jumlah pinjaman dalam dan luar negeri oleh Kerajaan Persekutuan dari tahun 1990 hingga 2000. Sepanjang tempoh tersebut, terdapal kenaikan dan penurunan dalam pinjaman. Walau bagaimanapun, pinjaman semakin meningkat kembali pada waktu berlakunya kelembapan ekonon~i negara dalam tahun 1997 hingga tahun 2000. Tahun 2000 menunjukkan jumlah pinjaman yang terbesar yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan sejajar dengan dasar fiskal mengerilbang yang diamalkan bagi manjana pertumbuhan sosioekonomi negara.

KESIMPULAN

Perbelanjaan pembangunan memerlukan satu bentuk penyeliaan dan penyelenggaraan pada masa akan datang serta mempunyai implikasi kepada aliran faedah dan kos kepada rakyat dan negara dan ianya hams dipertimbangkan dengan cara yang terbaik (INTAN, 199 1 & Miller, 1992 ).

Pcrbclanjaan pembangunan secara spesifiknya menyediakan satu cara yang bersistematik untuk mengelakkan keperluan projek yang tidak dirancang, mengelakkan pertindihan projek, mengkoordinasikan projek, menyediakan masa untuk reka bentuk teknikal projek, memenuhi keperluan projek secara teratur, membina perkara keutamaan dan menformulakan perancangan kewangan jangka panjang. Justeru, pengumsan perbelanjaan pembangunan perlu dijalankan secara teratur dan bersistem bagi rnemastikan hasil pelaksanaannya memberikan faedah kepada rakyat dan negara. Kepakaran dan kemahiran yang bersesuaian diperlukan dalam menjalankan penganalisaan dan perancangan perbelanjaan pembangunan supaya matlamat dan dasar utama negara dapat dicapai dengan sebaik mungkin.

RUJUKAN

Institut Tadbiran Awam Negara. (INTAIV) (1 99 1). Malu!~sia kita. Kuala Lumpur: Pencetakan Nasional Bhd.

Kementerian Kewangan Malaybia. ( 199 1). Lupor-urz Ekononzi 1990/1991. Kuala Lumpur: Percetkan Nasional (M) Bhd.

Page 12: ARAH TUJU PERBELANJAAN PEMBANGUNAN d

Kementerian Kewangan Malaysia, (19921, Lapol-arz Ekorzonzi 1991/1992. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd.

Kementerian Kewangan Malaysia. (1993). Lapol-arz Ekorlor~zi 1992/1993. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd.

Kementerian Kewangan Malaysia. (1 994). Laporarl Eknrzor~zi 19931994. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd

Kementerian Kewangan Malaysia. ( 1995). Luporar~ Ekonoini 199411 995. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd.

Kementerian Kewangan Malaysia. (1996). Lapnrarz Ekorzoi~zi 1995/1996. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd.

Kementerian Kewangan Malaysia. (1 997). LJapor-ur? Ekorznnzi 1997/1998. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd.

Kementerian Kewangan Malaysia. ( I 998). Lapor-uiz Ekorzor~zi 1998/1999. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2000). L.upo1-arz Ekonor~zi 1999/2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2001). Lcrpornrz Ekorzonli 2000/2001. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional (M) Bhd.

Levy, H., & Marshall. S. (1994j.Cupitul iizvestrnerzr urzd j?narzcial decisiorzs. (5th end.). Great Britain: Prentice Hall. 1994

Lycnh. T. D. (1 995). P~i27lic 27~tdgeriizg iiz Ai~zericcr. (4th edn.). Englewood C1iffs:Prentice Hall.

Miller, G. J. (1993). Capital iizvcstr~zent arzd Dudgetiizg. Rabin Jack (ed.). New York: Marcel Dekker Inc.

Northcott, D. ( 1992). Capitnl irz ~,estrnerzr decisioiz r~zakiizg. United Kingdom: TJ International.

Shaari, Isa. (1991). Belar~jawar? r~zodal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.