permainan congkak

Upload: ellychia-ason

Post on 17-Jul-2015

203 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Isi kandunganPerkara Muka Surat 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0 12.0 13.0 Biodata Guru Pelatih Penghargaan Pengenalan Sejarah permainan congkak Peraturan permainan Peralatan permainan Cara bermainan Skor permainan Jadual pertandingan Rumusan Refleksi Bibliografi Lampiran 10 11 12-16 17 18 5 6-7 7 8 9 2 3 4

1

Biodata Guru Pelatih

2

PenghargaanTerlebih dahulu, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia dan berkatnya, akhirnya kami berjaya menyiapkan kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani Asas dengan sempurna dan dihantar pada masa yang tepat. Kami percaya bahawa tanpa berkat-Nya proses menyiapkan kerja kursus pendek ini amat sukar bagi kumpulan kami dan mungkin kurang berjaya kerana penghasilan tugasan ini memerlukan sokongan dan kekuatan mental kerana banyak masalah yang kami hadapi semasa menyelesaikan tugasan ini. Di sini juga, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru pensyarah kami iaitu En.Syhibin Bin Japar selaku pensyarah pembimbing Pendidikan Jasmani Asas dalam Pendidikan Jasmani unit PPISMP PRASEKOLAH (SK) ambilan JUN 2010 semester 2 atas jasa baik kerana telah banyak membantu kami dalam proses menyiapkan kerja kursus ini dengan sokongan moral, teguran dan nasihat serta panduan yang kumpulan kami perlukan dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, kepada rakan-rakan sekumpulan dalam melaksanakan tugasan ini kerana sudi memberi kerjasama dan komitmen yang amat memberangsangkan, tidak lupa juga kepada rakan sekelas yang banyak membantu kami dalam menyempurnakan kerja kursus ini kerana sudi berkongsi pendapat, maklumat dan sokongan kepada ahli kumpulan kami semasa menyiapkan kerja kursus ini. Dengan bantuan yang mereka berikan penghasilan tugasan ini telah menjadi lebih mudah untuk kami melaksanakannya. Akhir kata, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas bantuan dan sokongan kepada ahli kumpulan kami sehingga berjaya melaksanakan Kerja Kursus Pendek bagi subjek Pendidikan Jasmani. Jasa dan budi baik anda semua akan kami kenangi sampai selamanya. maka

Pengenalan3

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. Dalam tugasan tugasan pendidikan jasmani asas pada kali ini menghendaki kami membuat kertas konsep tentang permaian tradisional congkak. Melalui kertas konsep ini, pengetahuan dan pengalaman untuk menjalankan pertandingan atau permainan congkak akan lebih baik dan teratur. Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain. Ia merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk mengumpul dan giliran menapak akhir. Bilangan pemain ialah seorang sepasukan. Permaian congkak ini perlu dikekalkan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum agar tidak lenyap. Ini kerana ia adalah permainan yang perlu dibanggakan kerana ada sejak pada zaman nenek moyang lagi. Permainan ini juga boleg diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dalam pembelajaran di sekolah. Bukan setakat itu sahaja, permainan ini patut dihidupkan sehingga di peringkat antarabangsa. Kerana permaian ini bukan boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia sahaja. Jika ia berjaya diperkenalkan di peringkat yang lebih tinggi akan lmenjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

4

SEJARAH CONGKAKCongkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli. Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan. Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka

memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba Melaka turut meminati permainan Congkak. Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Permainan Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Masyarakat Carribbean menamakan congkak sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, sementara di Filipina, dipanggil sebagai sungka. Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan

menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.

Peraturan bermain congkak5

1) Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak. 2) Kemudian, permainan dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri iaitu mengikut arah jam hingga ke rumah dan kampung lawan. 3) Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan. 4) Pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut atau mengambil kesemua buah di dalam kampung tersebut (jika ada), hanya selepas membuat satu pusingan. 5) Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. 6) Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain walaupun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. 7) Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah. Perbezaan peraturan

6

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi peraturan. Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang bergerak secara melawan arah jam.

Peralatan Permainan Congkak.Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak yang biasanya berbentuk perahu dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebarnya 18 cm.

Cara Permainan7

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong. Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan. Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

BORANG PENGSKORAN PERMAINAN CONGKAK

8

Borang Pengskoran Permainan Congkak Nama Peserta : Pusingan 1 Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Pusingan 5 Pusingan 6 Masa Mata Jumlah Markah

Jadual pertandinganA9

B

C

Pusingan 3

DPusingan 1

Pusingan 2

Berdasarkan jadual di atas, sistem permainan yang akan digunakan adalah sistem kalah mati. Dimana, terdapat 4 kumpulan yang menyertai, setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk mengikuti pertandingan.

Pada pusingan pertama, wakil kumpulan A akan berlawan dengan wakil kumpulan B. Sementara pada masa yang sama wakil kumpulan C akan berlawan dengan kumpulan D.

Pemenang bagi perlawanan pusingan pertama ini akan berlawan di pusingan ke 2 untuk menentukan pemenangnya. Dan pada masa yang sama perlawanan untuk menentukan pemenang tempat ke 3 akan dilangsungkan dalam pusingan ke 3.

RUMUSANPermainan congkak mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah budaya melayu dan juga harta sebuah negara. Kini permainan congkak mula popular dikalangan masyarakt bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan congkak ini juga telah dimodenkan mula memasuki peringkat antarabangsa.

10

Selain itu, permainan ini juga mempunyai peraturan-peraturannya yang tersendiri. Apabila kita mengetahui dan mengenali permainan ini dengan lebuh lanjut, kita akan mendapat tahu bahawa ia adalah antara permainan tradisional yang sangat menyeronokkan, dan boleh di mainkan dalam semua peringkat umur.

Alat permainan ini juga sangat unik dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Di samping itu kita juga boleh membuat alatnya sendiri tanpa menggunakan alat yang sebenarnya. Maka, dengan itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan permainan tradisional yang menjadi lambang kebudayaan bagi masyarakat kini untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

BIBLIOGRAFI11

Tiada nama pengarang. Warisan Budaya Malaysia. Dilayari pada 10 Mac 2011 di URL http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm.

Tiada nama pengarang.Permainan Tradisional. Dilayari pada 10 mac 2011 di URL http://tradisional-bib.blogspot.com/.

Tiada

nama pengarang. Congkak. Dilayari http://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak.

pada

12

Mac

2011

di

URL

Tiada nama pengarang. Permainan congkak. Dilayari pada 21 Mac 2011 di URL http://kudeed.tblog.com/post/1969982773.

Affendi.

Permainan Congkak Digital. Dilayari pada 22 http://www15.brinkster.com/affendi/new/hcongkak.htm

Mac

2011

di

URL

12

LAMPIRAN

Lampiran

13

Gambar 1.1 Menunjukkan seorang kanak-kanak yang bermain permainan tradisional iaitu congkak. Permainan tradisional ini, tidak mengira agama, bangsa, umur dan juga darjat.

Gambar 1.2 Menunjukkan papan bagi permainan congkak. Papan congkak dibina daripada kayu yang keras untuk digunakan untuk tempoh masa yang lama.

14

Gambar 1.3 Menunjukkan bahawa alat lain yang digunakan untuk bermain permainan ini adalah kulit kerang sebagai alat mainan.

Gambar 1.4 Menunjukkan bahawa selain itu, alat yang sering digunakan dalam permainan ini ialah guli.

15

Gambar 1.5 Menunjukkan bahawa dalam bidang teknologi, permainan ini turut dimuatkan bagi mengelakkan permainan tradisional ini hanyut ditelan zaman.

16