permai ‘14

Download PERMAI ‘14

Post on 23-Feb-2016

51 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PERMAI ‘14. 18-20 JANUARI 2014. KAMPUNG POS MENDROP,GUA MUSANG. 18 januari 2014. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

PERMAI 14

PERMAI 1418-20 JANUARI 2014KAMPUNG POS MENDROP,GUA MUSANG.18 januari 2014

Kami bertolak dari Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi jam 11.00 mlm untuk menuju ke perkampugan orang asli Kg. Mmendrop,Gua Musang dan alhamdulillah selamat sampai pada jam 4.00 pg di rumah MAIK(Majlis Agama Islam Kelantan) menggunakan 2 buah bas.Sepanjang perjalanan banyak cabaran yang kami hadapi termasuklah kesukaran untuk teruskan perjalanan akibat kabus tebal di kawasan Gua Musang dan bas mengalami kerosakan di bahagian tayar akibat penggunaan break yang tinggi semasa menuruni dan menaiki kawasan berbukit.

Selepas selesai urus diri dan solat Subuh,kami bersarapan dan diberi taklimat oleh Ustaz Mat mengenai apa yang harus kami lakukan dan tidak boleh semasa berada di perkmpungan orang asli.Saya mendengar penuh khusyuk dan memberi sepenuh perhatian semasa taklimat kerana bagi saya yang tidak pernah jejakkan kaki di perkampungan orang asli berasa sedikit takut kerana kita masih belum kenal adat dan pantang larang orang asli.

Selepas bersarapan dan mendengar taklimat,tepat jam 8.30 pg,kami bergerak ke perkampunagn orang asli yang kira-kira 3 km berjalan kaki kerana bas sukar untuk masuk disebabkan jalan yang berbukit bukau.

Ustaz Mat sedang memberi taklimat

Pemandangan dari jauh menunjukkan jalan yang terpaksa kami redah.Kepenatan kami semasa memasuki kampung ibarat terus hilang melihat masyarakat orang asli yang menunggu ketibaan kami di sana.Perasaan terharu dan gembira dengan keterujaan mereka menyambut kedatangan kami.Betullah pepatah mengatakan jangan menilai pada luaran sahaja jika kita tidak pernah alaminya sendiri.

Saya mengambil peluang untuk berjalan dan beramah mesra bersama-sama dengan masyarakat menuju ke dewan serbaguna untuk sesi perasmian dan penyerahan anak angkat.Mereka sedikit pemalu apabila kita mendekati mereka sebenarnya.

Beginilah suasana ketika kami sedang menunggu untuk sesi penyerahan anak angkat.Perasaan yang sangat gembira tidak dapat diungkapkan apabila nama saya diumumkan.

Saya diberi kepada sebuah keluarga kristian .Ibu yang digelar amek dan ayah abeh.Mereka mempunyai 9 orang anak dan 4 masih belum mendirikan rumah tangga.

Beginilah keadaan rumah keluarga kami yang memuatkan 6 orang ahli keluarga.Pada waktu tengahari,saya bersama amek,kakak ipar dan kak Ija pergi ke dewan untuk menikmati jamuan tengahari.Sebelum makan,kami bebas untuk membaca doa dahulu dan mereka sangat menghormati bahkan mereka juga menadah tangan berasama-sama.

Di sinii saya sertakan video yang sempat saya rakam ketika sesi beramah mesra dengan keluarga angkat.

Saya banyak bertanya mengenai latarbelakang keluarga dan kisah abeh dan amek sebelum menetap di Kg. Mendrop ini.Video yang sempat dirakam.Selepas makan,tepat jam 3.30 petang,amek mengajak kami untuk kenal kawasan kebun berdekatan dengan sungai yang diusahakan sendiri dibantu oleh anaknya Atoh.Kebun yang diusahakn amek sangat luas dan antara tanaman yang ditanam adalah ubi keledek dan pisang.

Amek dan abang Atoh mengajar kami menggali ubi.Amek mengutip hasil tanamannya untuk dibuat ubi goreng kepada kami dengan dibuang kulit terlebih dahulu dan doreng.

Video

Hasil jualan yang mereka peroleh agak lumayan apabila tiba musim mengutip ubi keledek yang biasanya RM1000 seminggu.Harga penolakan hanyalah RM3 untuk 1 kg tetapi,pembekal meletakkan harga sehingga RM8 1kg di kawasaan tanah tinggi Cameron Hingland.19 Januari 2014Pada sebelah pagi,program permainan tradisional diadakan. Permainan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kanak-kanak dan dewasa.Antara permainan kanak-kanak adalah tiup tepung dan berebut kerusi .

Antara pertandingan orang dewasa adalah sumpit dan bola sepak.Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan sumpit yang jarang-jarang sekali dapat dilihat dan dipegang.Harga sumpit di pasaran boleh mencecah RM800++ tetapi,masyarakat orang asli hanya meletakkan harga RM150++.

Selepas permainan tradisional, diadakan pertandingan memasak berasaskan ubi keledek. Kami bercadang untuk buat masakan ubi rendam kari. Saya membeli semua bahan-bahan yang diperlukan tanpa menggunakan duit amek dan kami menolong mereka menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan.Hasilnya sangat sedap!!!!10 kumpulan telah terpilih dsebagai juara dan kami hanya mendapat tempat saguhati.Alhamdulillah..seronok..

Juri sedang memberi markah kepada peserta.Ubi rendam Kari yang kami hasilkan.

Pada sebelah petang ketika kaum adam sibuk dengan aktiviti mereka,amek mengajak kami mandi sungai. Saya yang jarang mandi sungai ini,apa lagi,tidak lepaskan peluang keemasan untuk mandi.Air sungai semakin jernih berbanding semalam dan sangat sejuk sehingga saya menggigil kesejukan. Saya juga sempat berbual-bual dengan amek ketika mandi dan amek memberitahu kami,kawasan ini dulu pernah berlaku banjir besar sehingga memusnahkan kampung seberang.Pada sebelah malam .

Selepas mendirikan solat maghrib,tibalah masa untuk kami mengajar masyarakat orang asli Muslim tentang fardhu ain terutama solat.Apa yang menyedihkan adalah masih ada lagi,muslim yang tidak pernah solat.Ada juga di kalangan mereka masih belum jelas adakah mereka muslim atau tidak. Alhamdulillah saya sempat mengajar seorang makcik tua dan seorang remaja perempuan untuk solat.

20 Januari 2014Sebelum pulang ke Kota Bharu,kami sempat bergambar.Dari kiri saya,amek,abeh,Abng Atoh,Afifah dan yang berbaju merah,Syakirin.Kenangan bersama sukar untuk dilupakan walaupun hanya 3 hari 2 malam.Segala kesusahan di sini yang tidak mempunyai bekalan elektrik ,mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih bersyukur dengan kemewahan yang saya kecapi berbanding mereka.