14. lighting

18
Institut Kemahiran MARA Jasin, Melaka INFORMATION SHEET PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN SESSION : SEMESTER : 2 CODE/COURSE : TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC SHEET NO : A14/M01/IS03 LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 15 TOPIC : M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC SUB-TOPIC : 01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENT 01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT LEARNING OUTCOME : Pelajar-pelajar mesti boleh : 1. Terangkan fungsi sistem lampu pada kenderaan. 2. Nyatakan jenis-jenis mentol pada sistem lampu. 3. Nyatakan bahagian-bahagian lampu kenderaan. TAJUK : SISTEM LAMPU KENDERAAN TUJUAN : Sistem lampu merupakan salah satu sistem yang terpenting di dalam sesebuah kenderaan. Ianya membekalkan sumber cahaya yang mencukupi untuk kegunaan tertentu khususnya pergerakan pada waktu malam. Kertas peneranagan ini akan menerangkan maksud tersebut. 1

Upload: md-hafizi-mohamad

Post on 06-Dec-2014

3.022 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 14. lighting

Institut Kemahiran MARAJasin, Melaka

INFORMATION SHEET

PROGRAMME : A14 - SIJIL TEKNOLOGI BAIKPULIH BADAN KENDERAAN

SESSION : SEMESTER : 2

CODE/COURSE :TAB 2042 / BASIC AUTOMOTIVE ELECTRICAL AND ELECTRONIC

SHEET NO : A14/M01/IS03

LECTURER : MD HAFIZI BIN MOHAMAD WEEK : 15

TOPIC : M01 BASIC AUTOMOTIVE ELECTRIC

SUB-TOPIC :01.01 DIRECT ELECTRICAL COMPONENT01.02 ELECTRONIC CONTROL COMPONENT

LEARNING OUTCOME :

Pelajar-pelajar mesti boleh :

1. Terangkan fungsi sistem lampu pada kenderaan.2. Nyatakan jenis-jenis mentol pada sistem lampu.3. Nyatakan bahagian-bahagian lampu kenderaan.

TAJUK : SISTEM LAMPU KENDERAAN

TUJUAN :

Sistem lampu merupakan salah satu sistem yang terpenting di dalam sesebuah kenderaan. Ianya membekalkan sumber cahaya yang mencukupi untuk kegunaan tertentu khususnya pergerakan pada waktu malam. Kertas peneranagan ini akan menerangkan maksud tersebut.

1

Page 2: 14. lighting

PENERANGAN: Sistem lampu termasuklah mana-mana litar atau sistem yang menghasilkan pencahayaan. Lampu bukan sekadar penerangan. Jenis dan penempatan pun memiliki persyaratan, agar bias / pembalikkan cahaya berfungsi maksima. Setiap kenderaan pasti dilengkapi lampu. Di bahagian depan, berfungsi menerangi jalan di malam hari, sementara lampu belakang sebagai tanda / isyarat bagi kendaraan lain. Pada setiap sisi, masih dipasang lampu (isyarat) sebagai petunjuk arah saat membelok. Lampu-lampu yang disebutkan ini dikategorikan sebagai lampu utama. Namun masih ada berbagai lampu tambahan yang memiliki nama dan fungsi masing-masing.

FUNGSI SISTEM LAMPU

Sistem lampu berfungsi sebagai :

1. Membolehkan kenderaan bergerak dengan selamat khususnya pada waktu malam.2. Sebagai tanda amaran atau peringatan tentang sesuatu sistem yang mengalami kerosakan.

JENIS-JENIS MENTOL

Ia berkaitan dengan binaan mentol yang mengandungi bentuk mentol dan bilangan filamen serta sesentuh. Kebanyakan mentol adalah jernih dan dipasang di belakang kanta berwarna. Sesetengahnya mentol itu sendiri berwarna merah ataupun kuning yang ditandakan dengan merah ‘R’(red) dan kuning ‘NA’ (natural amber).Pangkal mentol dibuat daripada loyang atau kaca berbentuk baji,yang disesuaikan dengan soketnya yang tersendiri. Ia mempunyai sama ada sesentuh tunggal yang mengandungi satu filamen atau sesentuh berkembar yang mengandungi dua filamen. Mentol bersentuh kembar hanya boleh masuk satu hala sahaja ke dalam soketnya disebabkan kedudukan pin tidak sama tempat. Ini dinamakan ‘indered base’. Ada juga mentol mempunyai tiga sesentuh pada pangkalnya. Mentol berpangkal baji digunakan untuk lampu panel (dash board) dan lain-lain lampu dalaman. Reka bentuknya menentukan ia dapat dipasang dengan betul di dalam soketnya dengan cara menolak terus ke dalam soket.

Rajah di bawah menunjukkan contoh-contoh mentol yang biasa digunakan dan bentuk-bentuk pangkalnya (base).

2

Jenis pangkal (base type) adalah jenis baji (Wedge)

Jenis pangkal (base type) adalah jenis Single contact bayonet Mentol yang mempunyai sesentuh tunggal (Single Contact) yang mengandungi satu filamen

Jenis pangkal (base type) adalah jenis Double contact bayonetMentol yang mempunyai sesentuh kembar (Double Contact) yang mengandungi dua filamen

Page 3: 14. lighting

Lampu Halogen

Lampu pijar biasa berisi filamen tungsten, dibungkus dengan kaca dan disertakan di dalamnya campuran gas (umumnya Nitrogen, Argon dan Krypton). Ketika elektrik disalurkan, maka filamen akan menjadi panas (sehingga mencapai 2.000°C) dan kemudian terbakar membara. Bara terang tersebut kemudian menjadi sumber cahaya. Lampu halogen termasuk dalam jenis lampu pijar. Lampu halogen diciptakan dengan memperbaiki proses lampu pijar biasa di atas, iaitu dengan mengurangi masalah menguapnya tungsten. Kaca lampu dibuat dari kaca kuarsa yang tipis dan tahan panas, kemudian gas yang diisikan ditambahkan sedikit gas halogen.Pada tahun 1959 lampu halogen diperkenalkan untuk kepentingan komersil. Umumnya umur lampu pijar biasa hanya sekitar 750 hingga 1500jam, sementara umur lampu halogen bisa mencapai 2000 hingga 4000jam.

Faktor yang mempengaruhi ketahanan mentol halogen adalah:

1. Kaca lampu disentuh 2. Kaca lampu terkena titisan air akibat kebocoran kotak lampu 3. Tegangan elektrik yang kurang (membuat filamen tidak menyala maksima). 4. Banyak getaran / vibrasi

Lampu halogen harus menyala sempurna sesuai dengan tegangan dan daya yang diperlukannya.Jika daya atau tegangan lampu kurang, maka lampu akan menyala malap/redup. Menyala redup menyebabkan Halogen Cycle tidak akan terjadi kerana suhu kerja yang rendah dan umur lampu halogen tersebut tidak akan panjang.

Gambar foto : Lampu Halogen

Light Emitting Diodes (LED)

LED digunakan untuk lampu penunjuk (indicator lamp) dan back light. Hampir 50% produksi LED di

3

Jenis pangkal (base type) adalah jenis Miniature bayonet (single contact)

Jenis pangkal (base type) adalah jenis Double end cap festoon

Page 4: 14. lighting

Jepun berkaitan dengan telefon genggam, mulai dari lampu untuk keypad, indicator signal atau panggilan masuk, backlight, sampai aksesori-aksesorinya. Selain itu LED juga banyak digunakan pada alat elektronik seperti kamera video, PDA. Untuk teknologi outdoor, LED digunakan untuk display berukuran raksasa, penunjuk lalu lintas, lampu-lampu kendaraan bermotor dan lain sebagainya.

Gambar foto : Jenis-jenis lampu LED (Light Emitting Diodes)

Lampu Jenis LED adalah diod yang mana ianya cuma membenarkan arus mengalir dalam satu hala sahaja, iaitu arus positif perlu melalui terminal positif barulah ianya mengeluarkan cahaya. Jika terminal dipasang terbalik lampu LED tidak akan menyala malah ianya boleh terbakar / rosak.

Lampu LED bagi kegunaan kenderaan (automotive) jenis pangkal dan sesentuhnya dibuat sama seperti mentol jenis biasa. Cuma jenis LED tidak memerlukan filemen seperti lampu biasa. LED cahayanya lebih terang berbanding dengan lampu-lampu biasa

LED (Light Emitting Diode), secara bahasa bererti diod yang memancarkan cahaya bila dialirkan arus elektrik. Akhir-akhir ini cukup besar harapan terhadap LED sebagai sistem penerangan generasi keempat, iaitu menjadi peran utama dalam sistem penerangan masa datang menggantikan lampu neon, sistem penerangan generasi ketiga, lampu bohlam / pijar adalah generasi kedua, lilin adalah generasi pertama

Punca Positif dan Negatif Lampu LED

4

Lampu LED hanya akan menyala apabila terminal positif disambungkan ke terminal anod manakala terminal negative disambung ke terminal cathode.

ANODCATHOD

Page 5: 14. lighting

Kelebihan LED

Mengapa harapan pada LED demikian besar? Sudah tentu ada beberapa keunggulan LED dibandingkan pendahulunya (neon (fluorescent lamp), bohlam / pijar (incandescent lamp) dalam menjalankan fungsi sebagai alat penerang.

1. Tahan Lama

Jangka hayat sesebuah lampu LED sekitar 20 kali lampu pijar / bohlam (incandescent lamp), dan 3 kali lampu neon (fluorescent lamp). Secara teori, usia mutlak LED lebih dari 100,000 jam. Sementara jangka hayat lampu neon (fluorescent lamp) sekitar 20,000 jam. Sedangkan jangka hayat lampu pijar / bohlam, adalah putusnya filamen. lampu LED berumur panjang sehingga dapat bertahan hingga lebih dari 10 tahun pemakaian.

2. Jimat tenaga LED yang menjimatkan kuasa

Dari segi penjimatan tenaga, tenaga yang digunakan oleh LED sekitar 1/10 dari lampu pijar (incandescent lamp), dan 1/2 dari lampu neon (fluorescent lamp). Angka ini diperkirakan akan terus menurun dalam waktu dekat, dengan aktifnya kajian dan peningkatan teknologi dalam hal ini. Secara aplikatif, dengan lampu LED sebanyak empat buah, hanya membenarkankan daya sebesar 625 miliwatt dan langsung dari tegangan DC bateri.

3. Kecil

Dari segi ukuran, tentunya LED jauh lebih kecil, lebih tipis dan lebih ringan, daripada pendahulunya baik pijar (incandescent lamp) apalagi neon (fluorescent lamp). Ukuran yang sangat kecil ini sangat memudahkan dalam rekabentuk, sehingga meningkatkan faktor keindahan juga.

4. Terang dan focus

Faktor lain adalah directivity, iaitu hanya menerangi daerah tertentu bergantung dari sudut pancarannya.

5

Page 6: 14. lighting

Karenanya LED juga banyak digunakan untuk lampu fokus, menggantikan lampu pijar / bohlam (incandescent lamp) biasa. ultra bright white LED berwarna putih yang bisa memancarkan sinar terang. Sekarang kita masih pakai lampu LED 1.600 lumen, tapi sudah muncul yang 30.000 lumen.

Selain itu, ada beberapa kelebihan lain dari LED. Misalnya kepanasan yang dipancarkan terlalu kecil, lebih tahan goncangan kerana tidak menggunakan gas dan filamen, menggunakan arus searah sehingga lebih jimat elektrik.

Gambar foto : LED

High Intensity Discharge

Unlike Halogen bulbs, HID bulbs DO NOT have filaments. Instead, HID bulbs are filled with a mixture of gases, including Xenon.

Ignition of the HID bulbs create an ARC between two electrodes. Not only is HID a new type of bulb, it redesigns the whole lighting system. This new system includes a pair of HID bulbs, an electronic starter and a ballast.

Kelebihan lampu HID

6

Page 7: 14. lighting

HID Lights provide 4-5 times more light (lumens) than halogens and last 10 times longer. ( See Light Box)

They also produce “ Daylight Color Impression” ( blue/white light) to provide brighter, cleaner and crisper visibility, making objects appear more recognizable from greater distances.

HID Lights improves safety by making the user more visible to others. Because HID lights DO NOT use filaments, breakage from shock and car vibration is eliminated .

BAHAGIAN-BAHAGIAN LAMPU KENDERAAN

Antara sistem Lampu yang terdapat pada kenderaan :

1. Headlights system2. Tail light2. Turnlight system3. Brake light system4. Cornering light5. Fog Light6. Side Marker Lights

Sistem lampu pada bahagian luar dan dalam pada sesebuah kenderaan.

1. HEADLIGHT

7

Page 8: 14. lighting

Lampu ini juga dikenali sebagai lampu memandu yang berfungsi membantu menerangkan permukaan jalan dengan sinar difokuskan ke bawah bahagian sinar paling rendah yang dihasilkan lampu utama. Lampu jenis ini umumnya hanya boleh dihidupkan dan dimatikan melalui suis yang disediakan.

Lampu hadapan ini biasanya direka dengan dua keadaan iaitu :

1. Jenis seal beam. - mentol dan lens dibuat tanpa boleh dibuka.

Bahagian lampu jenis ‘seal beam’

8

Page 9: 14. lighting

Gambar foto :‘Seal beam’ jenis bulat Gambar foto : ‘Seal beam’ jenis empat segi

2. Jenis separuh seal beam - mentol boleh ditukar sekiranya rosak.

Mentol yang boleh digunakan bagi lampu jenis ini ialah1. Double filament single end bulb2. Halogen bulb3. HID

Multi Reflector Headlight

Projector HeadlightThis headlight effectively uses the light source by converging the light into a small area. It casts a bright

9

Page 10: 14. lighting

light despite its compact package. It contains an oval reflector and a convex lens. The convex lens refracts the light that is reflected by the reflector, in order to cast the light forward.

2. TAIL LIGHT Merupakan lampu dibahagian belakang kenderaan. Lampu ini akan menyala apabila suis utama

dihidupkan. Tujuan utama lampu ini adalah untuk memberitahu kenderaan dibelakang akan kehadiran kenderaan dihadapan. Biasanya menggunakan mentol jenis :

1. Single filament single end bulb 2. Double filament single end bulb (digunakan bersama lampu brek) 3. Single filament wedge base bulbs 4. Double filament wedge base bulbs (digunakan bersama lampu brek)

3. STOPLIGHTS (BRAKE LIGHTS)Lampu ini berfungsi untuk memberitahu kenderaan di belakang bahawa brek kenderaan sedang

10

Page 11: 14. lighting

digunakan. Biasanya lampu brek ini diletakkan di dalam perumah yang sama dengan lampu belakang. Menggunakan mentol jenis :

1. Single filament single end bulb 2. Double filament single end bulb (digunakan bersama lampu brek) 3. Single filament wedge base bulbs 4. Double filament wedge base bulbs (digunakan bersama lampu brek)

4. TURN SIGNAL LIGHTSLampu ini bertujuan untuk memberitahu kenderaan lain dalam arah yang sama atau bertentangan bahawa kenderaan ini hendak membuat pusingan ke kanan atau ke kiri dan juga untuk menukar lorong perjalanan. Dipasang pada ketinggian antara 50 sampai 150 sentimeter dari permukaan jalan. Menggunakan mentol jenis :

1. Single filament single end bulb 2. Single filament wedge base bulbs

5. HAZARD WARNING LIGHTSLampu ini bertujuan memberitahu kenderaan lain yang berhampiran bahawa kenderaan ini membuat pemberhentian kecemasan atau telah meletakkan kenderaan akibat kecemasan. Menggunakan mentol jenis :

1. Single filament single end bulb 2. Single filament wedge base bulbs

6. BACK-UP LIGHTSLampu ini berfungsi memberitahu kenderaan lain bahawa kenderaan ini sedang bergerak kebelakang

11

Page 12: 14. lighting

atau mengundur. Menggunakan mentol jenis :1. Single filament single end bulb

2. Single filament wedge base bulbs

7. CLEARANCE LIGHTS (POSITION LIGHTS)Lampu ini bertujuan untuk memaklumkan kenderaan berhampiran kedudukan sesebuah kenderaan dan juga tinggi serta lebar kenderaan tersebut pada waktu malam. Lampu ini digunakan oleh kendaraan besar dan berat seperti lori atau bas berbadan panjang dan tinggi. Menggunakan mentol jenis :

1. Single filament single end bulb 2. Single filament wedge base bulbs

8. LICENSE PLATE LIGHTSLampu ini bertujuan untuk membolehkan nombor plat kenderaan dilihat pada waktu malam. Menggunakan mentol jenis :

1. Single filament single end bulb 2. Single filament wedge base bulbs

9. Front & rear fog lightsThese auxiliary indicator lights are used under poor visibility conditions such as fog or rain. Fungsinya untuk membolehkan pemandu memandu dicuaca berkabus, salji, hujan lebat, atau melalui jalan berdebu tebal. Bentuk sinar lampu kabus seperti lampu hadapan, menyebar ke samping. Sinarnya seolah dibatasi secara horizontal sehingga hanya menerangi permukaan jalan, tidak mengarah ke atas. Lampu kabut umumnya ditempatkan di bawah atau di bahagian atas bumper, namun ketinggiannya tidak boleh melebihi lampu utama. Sementara jarak terendah dari permukaan jalan, tidak kurang dari 25 sentimeter. Untuk alasan keserasian dan unsur aerodinamik, beberapa lampu kabut sengaja dipasang 'di dalam' bumper, spoiler atau dibina bersama dengan lampu utama. Fog lamp harus mempunyai suis

12

Page 13: 14. lighting

atau tombol tersendiri sehingga boleh berfungsi secara sendirinya (independent).

MENTOL

Mengenal Bahagian – Bahagian Mentol Pijar (Incandescent lamp)

1. Glass bulb (or "envelope") 2. Low pressure inert gas 3. Tungsten filament 4. Contact wire (goes to foot) 5. Contact wire (goes to

base) 6. Support wires 7. Glass mount/support 8. Base contact wire 9. Screw threads 10. Insulation

11. Electrical foot contact

Rajah di atas menunjukkan binaan bahagian-bahagian luar dan dalam sesebuah mentol1. Glass bulb (or "envelope") ( diperbuat daripada kaca)

2. Low pressure inert gas ( Gas lengai atau hampa gas )

3. Tungsten filament ( Gelungan filemen diperbuat daripada logam tungsten )

4. Contact wire (goes to foot) ( Dawai yang disambungkan ke terminal positif )

5. Contact wire (goes to base) ( Dawai yang disambungkan ke terminal negatif )

6. Support wires ( Penyokong dawai )

7. Glass mount/support ( Penyokong dari kaca dan juga sebagai penebat )

8. Base contact wire ( Diperbuat daripada logam dan disambung ke terminal negative )

9. Screw threads ( Bebenang sekru untuk memegang perumah )

10. Insulation ( Penebat yang diperbuat daripada kaca )

11. Electrical foot contact (Pangkal mentol dibuat daripada loyang dan disambung ke terminal positif)

KESIMPULANSistem lampu merupakan salah satu sistem yang amat penting di dalam sesebuah kenderaan. Ia

13

Page 14: 14. lighting

membolehkan penumpang sesebuah kenderaan rasa selamat apabila memandu terutamanya pada waktu malam. Selain itu juga ia merupakan pemberi isyarat bagi sesuatu komponen dihidupkan.

EXERCISE

1. Berikan 4 jenis mentol yang anda ketahui ?

2. Berapakan sesentuh terminal yang terdapat pada lampu halogen?

3. Apakah singkatan bagi Light Emitting Diod?

4. Lampu LED mempunyai berapa terminal? Nyatakan.

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran Otomobil Nasional Berhad.

3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems4. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor Corporation.5. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes Ltd.

System6. Automotif Electrical/electronic System7. Automotive Electrical and Electronic System, James D. Halderman8. Automotive Electrical and Electronic System, Harper Collins9. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox Company,

Inc.

14