persatuan ibu bapa dan guru

Upload: so-good

Post on 16-Oct-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Berangan

Top of FormBottom of FormMINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE EMPAT TAHUN 2006SMK BERANGAN, TUMPAT, KELANTANTARIKH : 25 MEI 2006MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SRI BERANGAN1. Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tn Hj Alias b. Jaafar)- Salam dan ucapan kesyukuran . Alu- aluan kepada jemputan , ibu bapa, guru- guru dan hadirin sekalian- Ucapan terima kasih kepada pihak sekolah kerana dapat mengatur mesyurat pada kali ini.- Beliau memberitahu bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 4 ini akan dirasmikan oleh Drs Suhaili b Hussin , Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Kelantan (JASA)- Tiada perlantikan AJK PIBG yang baru untuk tahun . Antara AJK PIBG yang dikekalkan ialah:AJK Wakil Ibu Bapa1. Tn Hj Abdullah b Daud2. En Maliki b Ahmad3. En Wan Mohd Azami b Yaacob4. En Nik Hassan b Wan Ahmad5. En Deraman b Hussin6. En Abd Rashid b Mat Amin7. Tn Hj Jaafar b. Ali8. En Ismail b Deris9. Pn Hjh Zaudah bt Yusoff10. Pn Norizan bt HamatAJK Wakil Guru1. En Anuar b Musa (Kaunselor)2. Pn Manirah bt Hassan (Kanselor)3. En Marzuki b Abdullah4. En Alias b Ismail5. Pn Rabiatul Adawiah bt Abdullah- Dengan adanya wakil- wakil PIBG ini akan dapat menjadi perantaraan dalam hubungan antara ibu bapa, guru- guru dan anak- anak sama ada di dalam dan luar sekolah- Pendidikan anak- anak mesti diutamakan dalam semua aspek demi kepentingan dan kesejahteraan masa depan mereka. Ilmu amat penting bukan hanya untuk mendapatkan sebarang pekerjaan tetapi untuk kegunaan dalam kehidupan hari- harian- Beliau memberitahu pada peringkat SPM pihak Kementerian Pelajaran telah menawarkan sebanyak 104 mata pelajaran. Bagi menampung kecemerlangan pelajar- pelajar sebuah universiti tempatan akan ditubuhkan iaitu Universiti Darul Naim- Bagi pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sebanyak 75 buah sekolah yang menawarkan sesi pra universiti ini termasuklah aliran sastera dan sains.- Beliau meminta ibu bapa supaya memberi perhatian yang lebih kepada anak- anak kerana dewasa ini ramai remaja yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral.Sekian.2.Membentang / Meluluskan Laporan Tahunan 2005( En Wan Ahmad Khairuddin b Wan Abdullah- Setiausaha PIBG)- Ucapan alu- alauan kepada YDP PIBG, Pentadbir , AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir pada pagi ini.- Setiausaha membentangkan Laporan Tahunan 2005 untuk disahkanDisahkan oleh : En Ahmad Nordin b Mat NawiDisokong oleh : Pn Asiah bt Hamzah3.Perkara Berbangkit3.1 En Ahmad Nordin bin Mat Nawi- Meminta pihak sekolah memaklumkan tentang yuran tuisyen PMR dan SPM sama ada termasuk dalam budjet PIBGRespon Bendahari PIBG- Segala yuran tuisyen tidak termasuk dalam budjet PIBG3.2 Kumpulan diskus adakah diseliakan oleh guru pembimbing kerana bimbang tentang keselamatan anak- anakRespon Pengetua- Kelas tambahan hanya untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 sahaja. Mana- mana ada kumpulan perbincangan pelajar adalah atas usaha pelajar itu sendiri. Untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini diminta agar ibu bapa pantau anak- anak dan jika perlu boleh berbincang dengan pihak sekolah3.3 Kehadiran bapa dalam majlis ini kurang 50%.Respon YDP PIBG- Terima kasih atas keperihatinan perkara ini. Kebanyakkan bapa bekerja dan tidak dapat cuti3.3 Surat panggilan ke mesyuarat ini terlalu lewat untuk ibu bapa

Respon YDP PIBG dan Pengetua- Pihak AJK memohon maaf atas kelewatan surat panggilan ini disebabkan masalah kekangan masa dan pelbagai aktiviti dan pihak kami akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi4.Membentang / Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Dis Dibentang oleh Bendahari : En Hamdan b Awang Ngah Disahkan oleh : Pn Norizan bt Awang Disokong oleh : Pn Nik Kamariah bt Nik Hassan- Perkara Berbangkit4.1 En Ahmad Nordin bin Mat Nawi- Memaklumkan tentang pegurusan kewangan yang menarik. Beliau meminta agar segala perbelanjaan disertai bil pembayaran. Sekiranya perlu perbelanjaan boleh diminimumkan mengikut keperluan. 5. Hal hal lain5.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (En Ahmad b Abdul Rahman)- Beliau mengalu- alukan kehadiran ibu bapa kemajlis pada hari ini- Beliau memaklumkan tentang beberapa masalah disiplin pelajar termasuklah berkenan dengan ponteng sekolah.- Ramai pelajar yang tidak hadir terus ke sekolah, datang lewat , ponteng kelas dan sebagainya- Situasi ini sering dilakukan oleh pelajar yang bermotosikal.- Selain daripada itu, terdapat juga pelajar ponteng kelas tambahan siang atau malam terutamanya pelajar- pelajar tingkatan 3 dan 5. Meminta supaya ibu bapa memastikan anak-anak berada dirumah selepas jam 4.30 petang kerana kelas tambahan tamat selepas waktu tersebut6. Ucapan Penangguhan- Sekali lagi pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini dan berharap agar kaum bapa lebih ramai lagi pada masa akan datang- Pengerusi juga meminta kerja sama dikalangan ibu bapa atau penjaga supaya mengambil berat tentang akademik dan sahsiah anak- anak agar dapat melahirkan genarasi yang berilmu dan berakhlak mulia.- Sekain, wassalam.Mesyuarat ditangguhkan jam 10.25 pagi

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 4SMK BERANGAN, TUMPAT1. Ucapan Tuan Pengetua SMK Berangan(Tn Hj Sahiful Bahari b Abdul Rahman)- Beliau mengucapkan alu- aluan dan ribuan terima kasih kepada atas kehadiran perasmi jemputan sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke 4 SMK Berangan iaitu YABrs Drs Suhaili bin Husin iaitu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Kelantan (JASA), Yang Dipertua PIBG , AJK PIBG, guru- guru dan ibu bapa.- Beliau juga mengharapkan dengan kehadiran YABrs Drs Suhalili akan dapat memberi suntikan untuk kejayaan anak- anak.- Sepintas lalu tentang keputusan peperiksaan SPM 2005: Pencapaian keseluruhannya ialah 95.1% . Pencapaian yang cemerlang berdasarkan kepada mata mata pelajaran Bahasa Melayu mengikut persijilan terbuka Pada peringkat PPD Pasir Mas / Tumpat, SMK Berangan menduduki tempat ke 15 daripada 27 buah sekolah Mata pelajaran yang mencapai tahap kecemerlangan 100% iaitu Biologi, EST dan Pendidikan Seni Visual. Senarai pelajar yang cemerlang sila rujuk buku program Seramai 69 pelajar yang ditawarkan ke tingkatan 6 sastera dan seramai 5 pelajar ke aliran sains- Keputusan Peperiksaan PMR 2005 Pada peringkat PMR keputusan keseluruhan ialah 56.6 % Menduduki tempat ke 18 daripada 26 buah sekolah menengah di peringkat PPD Pasir Mas / Tumpat Pencapaian gred Purata Sekolah berada ditangga ke 10- Berikut adalah program- program yang telah dijalankan untuk menjana kecemerlangan pelajar- pelajar Mengadakan kelas tambahan dalam cuti Mengadakan kelas tambahan waktu siang ( 2.30 4.30 ptg) dan malam ( 8.00 10.00 mlm). Bagi kelas malam peringkat PMR ialah RM 70 dan SPM RM 80. Mengadakan kem kecemerlangan akademik SPM dan PMR- Pengetua juga meminta ibu bapa dapat menghantar dan mengambil anak- anak yang belajar kelas malam bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini- Beliau juga menekankan beberapa masalah disiplin yang timbul tetapi masih terkawal seperti datang lewat ke sekolah walau pun berbasikal atau bermotor sikal, membawa telafon bimbit , ponteng sekolah dan kelas .- Masih ramai pelajar yang tidak menjelaskan yuran persekolahan, kelas tambahan siang atau malam. Diharap ibu bapa dan penjaga lebih perihatin tentang isu ini.- Sekali lagi pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada perasmi jemputan, AJK PIBG dan ahli- ahli PIBG yang menderma bagi menampung tabung dana PIBG SMK Berangan- Sekian, Wassalam2. Ucapan Yang Dipertua PIBG (En Alias b Jaafar)- Beliau mengucapkan alu-aluan atas kehadiran perasmi jemputan YABrs Drs Suhaili b Hussin.- Beliau juga menekankan betapa pentingnya ilmu Pendidikan untuk anak- anak sama ada untuk dunia dan akhirat.- Beliau juga menyarankan agar setiap rumah menpunyai sebuah komputer untuk bersaing dalam ledakan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi . Walau pun begitu penggunaan harus terkawal supaya tidak disalahgunakan oleh anak- anak.- Ibu bapa perlu memberi Pendidikan Agama kepada anak- anak sebagai asas dalam kehidupan harian mereka kerana dewasa ini pelbagai masalah yang timbul dan pelbagai cabaran yang luas terpaksa dihadapi.- Beliau juga mengharapkan agar ada diantara anak- anak yang akan berjaya kemenara gading.- Sekain, Wassalam3. Ucaptama Perasmian Penutup Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 4(YABrs Drs Suhaili b Husin)- Beliau berasal dari Kampung Menjual berasa sangat bertuah kerana dijemput hadir kemajlis Mesyuarat Agung PIBG SMK Berangan kali ini- Beliau mengucapkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat hadir untuk menunaikan tanggung jawab kepada anak- anak tempatan.- Beliau menyatakan bahawa sekarang ini kebanyakkan ibu bapa lebih menyerahkan tanggung jawab mendidik anak- anak kepada pihak sekolah- Dengan adanya PIBG ini akan dapat menjadi pautan antara ibu bapa dan sekolah untuk mengetahui matlamat dan perkembangan akademik anak- anak.- Sekarang ini kalau dilihat dari isu semasa terdapat ramai remaja khususnya dikalangan pelajar sekolah yang terlibat dalam gejala yang kurang sihat seperti menghisap rokok, vandelisme, gangster, kongsi gelap , peras ugut dan sebagainya.- YABrs Drs Suhaili b Husin juga mengenang kembali sejarah penubuhan SMK Berangan dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tokoh- tokoh yang terlibat .- Beliau juga mengemukakan isu tentang masyarakat yang masih kurang menguasai 2M iaitu sebanyak 162 ribu orang. 42 ribu daripadanya terdapat di Semenanjung Malaysia.- Ini menunjukkan kegagalan ibu bapa dalam memberi pendidikan yang sempurna kepada anak- anak .- Kalau dilihat diperingkat dunia , sekarang ini masyarakat dunia lebih mngejar kemajuan tetapi kita masih lagi gagal menguasai membaca dan menulis- Kalau mengikut contoh orang India, mereka mensasarkan dalam satu keluarga mesti ada dikalangan anak- anak mereka yang menjadi doctor atau peguam. Jadi kita perlu mengambil contoh ini sebagai satu pengajaran untuk bersaing hebat dalam mengejar ilmu .- Kita sebagai seorang Islam harus menyahut cabaran dan bertanggung jawab dalam memperkasakan ilmu ini.- Pendidikan agama adalah wajib diberikan kepada anak- anak untuk menyahut cabaran akan datang.- Terdapat anak-anak yang tidak mengenal alif, ba, ta. Ini bukan hanya tanggung jawab sekolah tetapi semua pihak harus memainkan peranan dalam merealisasikan perkara ini.- Sekali lagi beliau memohon kerjasama dan keperihatinan daripada ibu bapa agar sama- sama berganding bahu melahirkan generasi yang cemerlang dan gemilang- Akhirnya beliau akhiri ucapannya dengan menyerahkan sumbangan peribadinya berjumlah RM1000 untuk kecemerlangan PMR dan SPM- Dengan lafaz Bismillah hirahmanirahim beliau akhiri masjli penutupan rasmi Mesyuarat Agung PIBG SMK Berangan kali ke 4.Majlis bersurai jam 11.30 pagi

MINIT MESYUARAT PENGARAH-PENGARAHJKR NEGERI/ WILAYAH PERSEKUTUAN BIL. 5/99Tarikh : 22 Julai 1999 (Khamis)Masa : 12.00 tengahariTempat : Bilik Mesyuarat Utama,Tingkat 5, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur

YANG HADIR:Ibu Pejabat JKR Malaysia1. Tan Sri Ir. Hj. Omar b. Ibrahim - Ketua Pengarah Kerja Raya (Pengerusi)2. Dato Ir Hj. Zaini bin Omar - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I3. Dato' Ir. Dr. Wahid b. Omar - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II4. Ir. Low Chee Par - Pengarah Cawangan Bekalan Air5. Pn. Hjh. Noorisah bt. Abd. Shukor - Pengarah Cawangan Bangunan6. Ir. Loh Tee Kok - Pengarah Cawangan Jalan7. Ir. Ashari b. Mohd. Yakub - Pengarah Cawangan Kej. Elektrik8. Ir. Hj. Mohamad b. Husin - Pengarah Caw. Perancangan & P/Korporat9. Ir. Wong Hai Lim - Pengarah JKR Wilayah Persekutuan K. Lumpur10. En. Noor Rahmat b. Hj. Salleh - Pengurus Pengurusan Projek A, Caw. Bangunan11. Pn. Zahariah bt. Mohamed - Pengurus Pengurusan Projek B, Caw. Bangunan12. Ir. Joseph Lim Chan San - Pengurus Pengurusan Projek C, Caw. Bangunan13. Pn. Nur Haizi bt. Abdul Hai - Pengurus Pengurusan Projek D, Caw. Bangunan14. Cik Nik Nazirah bt. Nik Ismail - Pengurus Pemb. R/Bentuk S/Bina Caw. Bangunan15. Ir. Abd. Rahim b. Ahmad - Wakil Pengarah Cawangan Kej. Mekanikal16. Ir. Soo Tian Tiong - Wakil Pengarah Caw. Struktur & Kej. PakarJKR Negeri/Wilayah Persekutuan1. Tn. Hj. Ibrahim b. Hj. Yakub - Pengarah JKR Selangor2. Dato Ir. Kalid b. Hj. Alias - Pengarah JKR Pahang3. Dato Ir. I. Dorairajoo - Pengarah JKR Perak4. Dato Ir. Tan Boo Dik - Pengarah JKR Terengganu5. Datuk Ir. Hj. Yusof b. Ismail - Pengarah JKR Kelantan6. Ir. A. Rashid b. Omar - Pengarah JKR Johor7. Ir. Dr. Nordin b. Yunus - Pengarah JKR Kedah8. Ir. Mohd. Noor b. Yaacob - Pengarah JKR Negeri Sembilan9. Ir. Abdul Rashid b. Yusof - Pengarah JKR Pulau Pinang10. Ir. Wong Hai Lim - Pengarah JKR W. Persekutuan Kuala Lumpur 11. Ir. Dr. Ashaari b. Mohamad - Pengarah JKR Perlis12. Haji Rosly b. Zainal - Pengarah JKR Melaka13. Ir. Zulkifly b. Madon - Pengarah JKR W. Persekutuan Labuan14. Ir. Asri b. Arjan - Wakil Pengarah JKR Negeri Sembilan

Cawangan Perancangan & Perkhidmatan Korporat/Urusetia1. Ir. Chang Kuan Weng - Penolong Pengarah Kanan2. En. Rosman b. Yahya - Penolong Pengarah Kanan3. Tn. Hj. Suhaimi b. Rafei - Ketua Pusat Teknologi Maklumat4. En. Hamizol b. Ngah - Penolong Pengarah Kanan5. Dr. Roslan b. Md Taha - Penolong Pengarah Kanan6. En. Mohamed b. Besah - Penolong Pengarah7. Ir. Nor Azman b. Ismail - Penolong Pengarah8. Pn. Zalina bt Mat Zain - Penolong Pengarah9. En. Redzuan b. Jaafar - Penolong Pengarah10. En. Shahruddin b. Shahril - Penolong Pengarah Kanan (urusetia)11. En. Ismail b. Abd. Aziz - Penolong Pengarah (urusetia)Tidak Hadir Dengan Maaf1. Ir. Hj. Nik Mahmood b. Mat Yunus - Pengarah Cawangan Kej. Mekanikal2. Ir. George George - Pengarah Cawangan Struktur & Kej. Pakar3. Ir. Chin Wei Choong - Pengurus Reka Bentuk Kej. Awam, Caw. Struktur & Kej. Pakar1. Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengalu-alukan serta mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan seterusnya mengucapkan tahniah di atas perlantikan berikut:i. Ir. Mohd. Noor b. Yaacob sebagai Pengarah JKR Negeri Sembilan, danii. Ir. Abdul Rashid b. Yusof sebagai Pengarah JKR Pulau Pinangdan berharap supaya Pengarah-pengarah tersebut dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dan menunjukkan prestasi yang tinggi di dalam mentadbir JKR Negeri masing-masing. Beliau kemudiannya mengulangi saranannya supaya semua Pengarah memberikan keutamaan di dalam aspek teknikal selain daripada aspek pengurusan di dalam mentadbir JKR Negeri di samping sentiasa meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa.Tindakan: Pengarah JKR Negeri/WP1.2 Mempercepatkan Bayaran Kepada Kontraktor1.2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa beliau telah menghadiri mesyuarat di Perbendaharaan pada pagi ini susulan daripada isu bayaran tertunggak oleh JKR kepada kontraktor yang didakwa sebanyak RM 60 juta. Beliau telah menerangkan mengenai konsep dan proses bayaran kepada kontraktor di JKR.

Pihak Perbendaharaan telah bersetuju untuk mengecualikan had kelulusan seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan dengan bersetuju terhadap beberapa cadangan. Bagi Perubahan Kerja dan Pengukuran Semula Kuantiti, cadangan-cadangan yang telah dipersetujui adalah:i. Had KPKR meluluskan kuantiti tambahan bagi pengukuran semula dinaikkan daripada RM 4.5 juta kepada RM 6 juta. KPKR boleh memberikan kuasa meluluskan ini kepada pegawai yang diberi kuasa olehnya.ii. Bagi Perubahan Kerja, had kelulusan KPKR untuk kontrak tidak melebihi RM 30 juta ialah 30% daripada nilai kontrak atau tidak melebihi RM 9 juta yang mana lebih rendah. KPKR berkuasa membentuk sebarang jawatankuasa perubahan kerja dan memilih ahli yang difikirkan sesuai.Sehubungan dengan itu pihak Perbendaharaan akan menyediakan satu kertas kerja berhubung dengan cadangan-cadangan tersebut kerana ianya melibatkan perubahan kepada Arahan Perbendaharaan. Sementara menunggu kertas kerja ditandatangani oleh Menteri Kewangan, pihak JKR masih memakai peraturan yang sedia ada. Jika cadangan di atas dilaksanakan nanti, pihak Perbendaharaan akan menghantar juruaudit untuk mengaudit pelaksanaannya. Tindakan: Makluman1.2.2 Pengerusi menyatakan bahawa JKR telah diminta untuk memberi pengakuan akan menyelesaikan semua bayaran tertangguh kepada kontraktor dalam tempoh 3 bulan. Sehubungan dengan itu cadangan berikut telah dipersetujui untuk dilaksanakan:i. JKR tidak perlu bersetuju dengan kontraktor terhadap harga Perubahan Kerja dan hendaklah terus membuat pembayaran berdasarkan harga JKR dan seterusnya,ii. berdekatan tempat tandatangan pada borang PPJHK hendaklah ditambah dengan perkataan yang bermaksud jika kontraktor tidak bersetuju dengan jumlah harga perakuan tersebut, ianya tidak perlu ditandatangani oleh kontraktor.Mengenai Tuntutan, Pengerusi menyatakan ianya sesuatu yang perlu dibuktikan dan oleh yang demikian proses menyelesaikannya yang mengambil masa yang panjang harus dibenarkan. Mengenai Perakuan Muktamad pula, bayaran hendaklah dibuat walaupun akaun tidak boleh ditutup.Seterusnya Pengerusi meminta PCKUB berbincang dengan pegawai-pegawai yangberkenaan dan juga beberapa Pengarah JKR Negeri bagi menguruskan berkenaan cadangan mempercepatkan bayaran tertangguh kepada kontraktor ini di peringkat JKR Negeri. Beliau berharap dalam tempoh sebulan ini dapat memberikan angka sebenar yang jauh berkurangan daripada RM 60 juta kepada Menteri Kerja Raya. Tindakan: PCKUB/Pengarah JKR Negeri/WP1.2.3 Mengenai kajian yang dijalankan oleh syarikat Arthur Andersen terhadap kelewatan pembayaran interim oleh JKR, ahli mesyuarat telah membangkitkan perkara-perkara berikut:i. Kelewatan pembayaran adalah disebabkan waran peruntukan lambat diterima

daripada Jabatan Pelangganii. Dakwaan mengatakan JKR lewat membuat bayaran kerana menunggu tuntutan daripada kontraktor adalah tidak benar kerana penilaian kerja dibuat tiap bulaniii. Bagi projek menggunakan perunding, didapati terdapat kelewatan perunding membuat pembayaran yang mana berlawanan dengan cadangan yang dikemukakan oleh syarikat Arthur AndersenSehubungan dengan itu, Pengerusi meminta supaya semua Pengarah JKR Negeri membangkitkan sebarang perkara yang menolak dakwaan syarikat Arthur Andersen untuk dikumpulkan dan dikemukakan kepada Perbendaharaan. Tindakan: Pengarah JKR Negeri/WP2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 4/992.1 Mesyuarat Bil. 4/99 disahkan, dengan pindaan kepada para 3.14 berkenaan SPP Bil. 6/99 di mana yang diminitkan seperti berikut:Wakil Pengarah CKUB memaklumkan bahawa pihak Perbendaharaan akan mengeluarkan surat pekeliling (SPP) yang mewajibkan kontraktor melaksanakan kerja dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh milik tapak atau 6 minggu daripada tarikh Surat Setujuterima dikeluarkan, di mana sekiranya gagal kontrak akan ditamatkan. Pengerusi menyatakan bahawa jika SPP tersebut telah dikuatkuasakan nanti, dan jika terdapat kes sedemikian, nama kontraktor yang berkaitan hendaklah dihantar ke JKPPS untuk dipilih kontrakor yang baru,didapati maksud bermula daripada barisan ke 5 tidak mengikut seperti SPP Bil. 6/99 yang telah dikeluarkan dan sepatutnya ianya adalah seperti berikut:Sekiranya kontrak telah ditamatkan disebabkan kontraktor tidak memulakan kerja dalam tempoh 2 minggu dari tarikh milik tapak, agensi Kerajaan berkenaan perlu mengemukakan semula kertas-kertas tender projek tersebut kepada Lembaga Perolehan asal untuk memilih kontraktor lain.Tindakan: Makluman3. Maklumbalas Mesyuarat Bil. 4/993.1 Kelulusan ATDA (para 1.2)Pengarah-Pengarah JKR Negeri/WP telahpun ambil maklum dan juga ambil tindakan di mana Surat Setujuterima dikeluarkan setelah tender diawad tanpa menunggu kelulusan ATDA. Bagi Kelantan pula, Surat setujuterima (JKR203D-pin 1/98) dikeluarkan terus oleh JPPK kepada kontraktor yang berjaya tanpa dihantar balik ke JKR Kelantan sepertimana yang dibincangkan di antara JKR/JPPK pada 24/5/99. Tindakan: Makluman

3.2 Pelaksanaan Penyelesaian Projek Sakit (para 1.3)Berikutan kuasa yang telah diberikan kepada JKR dengan penubuhan Jawatankuasa Penyelamat Projek Sakit (JKPPS) di Ibu Pejabat JKR oleh Kementerian Kewangan, Pengarah-Pengarah JKR Negeri/WP yang mempunyai projek sakit yang boleh diambil tindakan sedang dan telah mengambil tindakan membawa ke JKPPS.Tindakan: Makluman3.3 Arahan Supaya Menteri Berjumpa Pegawai Dua Kali Seminggu (para 1.4) Mengenai arahan supaya Menteri di semua Kementerian berjumpa dengan pegawainya dua kali dalam seminggu, di mana Pengerusi mahukan semua Pengarah bersedia dengan maklumat-maklumat yang terperinci dan terkini mengenai projek dan selalu bergerak melawat projek adalah didapati semua Pengarah-Pengarah JKR Negeri telah ambil maklum dan tindakan.Tindakan: Makluman3.4 Perbincangan Mesyuarat Jemaah Menteri (para 1.5) Pengarah-Pengarah JKR Negeri telah ambil tindakan serta memaklumkan kepada Ketua bahagian dan Jurutera Daerah mengenai isu bayaran dan isu pelaksanaan projek yang dibangkitkan oleh Jemaah Menteri itu.Tindakan: Makluman3.5 Projek JKR Yang Dikendalikan Oleh Perunding (para 1.6) Mengenai saranan Pengerusi supaya disemak rekabentuk perunding serta diambil tindakan terhadap perunding yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan, semua Pengarah JKR Negeri/WP telah ambil maklum dan ambil tindakan serta memaklumkan perkara tersebut kepada PP/JD masing-masing untuk diikuti.Tindakan: Makluman3.6 Ketrampilan (Competency) Pengarah/Jurutera (para 1.8) Mengenai saranan Pengerusi yang mahu Pengarah mengutamakan etika kerja sebagai jurutera dahulu selain daripada pengurus, semua Pengarah JKR Negeri/WP telah ambil maklum dan ambil tindakan serta memaklumkan perkara tersebut kepada PP/JD masing-masing untuk diikuti.Tindakan: Makluman3.7 Tembok Penahan Konkrit Bertetulang (para 1.9)

Semua Pengarah JKR Negeri/WP telah ambil maklum dan ambil tindakan serta memaklumkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat/PP/JD masing-masing terhadap permintaan Pengerusi supaya disemak kembali lukisan tembok penahan konkrit bertetulang yang terlalu lama.Tindakan: Makluman3.8 M/balas Mesy. Bil. 3/99 para 1.3 (para 3.1)Mengenai permohonan untuk menghadiri Kongres Jalan Sedunia Ke 21, semua Pengarah JKR Negeri/WP telah mencalonkan namaTindakan: Makluman3.9 M/balas Mesy. Bil. 3/99 (Taklimat Mengenai TERAS) (para 3.7)Semua Pengarah JKR Negeri/WP telah menghantar jawapan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat mengenai keupayaan kakitangan, komputer dan sistem rangkaian. Tindakan: Makluman3.10 Projek Luar Bandar (para 4.1)Semua Pengarah JKR Negeri/WP yang mempunyai projek luar bandar telah ambil maklum dan ambil tindakan melaporkan sebarang masalah seperti masalah tanah kepada ICU selain daripada Kementerian Luar Bandar.Tindakan: Makluman3.11 Projek Pendidikan (para 4.3)Mengenai 3 isu yang telah dibangkitkan di dalam mesyuarat penyelarasan bersama-sama dengan Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan yang telah diadakan pada 10 Mei 1999 berkenaan Pelaksanaan Projek Rumah Guru, Pelaksanaan Projek Sekolah Secara Rundingan Terus Design & Build dan Projek-Projek Di Bawah Pinjaman Bank Dunia, semua Pengarah JKR Negeri/WP telah ambil maklum dan ambil tindakan melainkan Perlis tiada memberi maklumbalas.Tindakan: Pengarah Perlis3.12 Pelaksanaan ISO 9000 (para 5) Pengarah JKR Negeri/WP di mana terdapat NCR yang belum dibuat tindakan pembetulan sedang dan telah mengambil tindakan.Tindakan: Makluman3.13 Jawatankuasa Pengurusan Alam Sekitar (para 6)Pengarah Perak menyatakan bahawa atas permintaan Pengarah Pahang, senarai semakan untuk alam sekitar telah diemel kepada semua.Tindakan: Makluman

3.14 Pelaksanaan Projek Pembangunan di JKR (Perbelanjaan) (para 7.4)Semua Pengarah JKR Negeri/WP telahpun mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan sedang berusaha membelanjakan peruntukan.Tindakan: Makluman3.15 Pelaksanaan Projek Pembangunan di JKR (Pelaporan) (para 7.6)Semua Pengarah JKR Negeri/WP telahpun mengambil maklum dan ambil tindakan mengenai arahan Pengerusi terhadap kemaskini laporan pelaksanaan projek tersebut.Tindakan: Makluman3.16 Kontrak Belum Ada Kos Muktamad (dari SKALA) (para 8)Pengarah JKR Negeri/WP telah dan sedang menyemak dan mengemaskinikan SKALATindakan: Makluman4. Perkara-Perkara Berbangkit4.1 Sekolah Menggunakan Struktur KeluliPengerusi meminta supaya tapak projek di Seksyen 10 Sg. Buloh, Shah Alam dirizab untuk sekolah menggunakan struktur keluli yang akan dilaksanakan nanti. Seterusnya beliau meminta PPP D menulis surat kepada Perbendaharaan dan EPU berkenaan perkara tersebut.Tindakan: Pengarah Selangor/PPP D4.2 Pelaksanaan Sekolah Satu Sesi4.2.1 PPP D menerangkan mengenai Pelaksanaan Sekolah Satu Sesi Kementerian Pendidikan Beliau memberitahu bahawa satu mesyuarat telah diadakan di UPE, JPM pada 16 Jun 1999 dan antara perkara yang berbangkit adalah:i. Kerajaan akan melaksanakan sebilangan 500 buah sekolah satu sesi secara rundingan terus melalui kontrak design & build dengan kontraktor bumiputra berwibawa yang telah dikenalpasti dan Perunding Pengurusan Projek (PMC) akan dilantik untuk melaksanakan program ini. ii. JKR diminta untuk menyerahkan projek yang telah dikenalpasti untuk dirunding terus. Walau bagaimanapun projek JKR tidak menggunakan PMC di mana JKR sendiri akan bertindak sebagai PMC.

Seterusnya beliau memberitahu bahawa JKR hanya ada 50 projek sahaja bagi tujuan ini dan senarainya telah diedarkan kepada semua JKR Negeri. Beliau menambah bahawa UPE telah mengesahkan bahawa projek-projek Sekolah Rendah dan Menengah yang tersenarai di bawah pembiayaan Pinjaman Bank Dunia tidak termasuk di dalam program ini.Pengerusi meminta JKR Negeri supaya menangguhkan pemanggilan tender bagi projek-projek yang tersenarai di bawah program ini sehingga mendapat nama kontraktor yang dilantik oleh Perbendaharaan untuk dibuat rundingan terus. Tindakan: Pengarah JKR Negeri/WP4.2.2 PCKUB menyatakan bahawa sebelum proses rundingan dibuat, JKR akan meneliti nama 50 kontraktor yang disenaraikan oleh Perbendaharaan bagi memastikan tiada kontraktor yang berprestasi rendah atau mempunyai projek sakit dan memaklumkan balik kepada Perbendaharaan untuk pertimbangan semula. Seterusnya beliau menerangkan mengenai cadangan untuk kaedah rundingan terus bagi program ini iaitu:i. Pengarah Ukur Bahan akan menyediakan panduan kos dan data harga yang konsisten untuk semua negeriii. Kontraktor akan ditawarkan harga tender jabatan untuk disetujuterimaiii. Jika harga tender jabatan tidak diterima, kontraktor hendaklah mengemukakan harga yang dikehendakinya dan seterusnya JKR akan mengemukakannya terus kepada Perbendaharaan untuk keputusanTindakan: Pengarah JKR Negeri/WP4.3 Projek HospitalPPP A melaporkan bahawa bagi projek Kementerian Kesihatan, unjuran yang dijanakan sebanyak RM 40 juta sehingga Jun 1999 tidak dapat dibelanja sepenuhnya dan hanya RM 16 juta sahaja yang dapat dibelanjakan. Menurut beliau antara masalahnya adalah kontraktor gagal mendapatkan Bon Pelaksanaan. Seterusnya beliau memaklumkan bahawa untuk keseluruhan projek hospital yang dicadangkan dalam RMK 7, 3 projek sedang dalam pembinaan dan 1 projek dalam peringkat perundingan kewangan akhir. Di dalam mesyuarat yang diadakan dengan pihak UPE minggu lepas, beliau telah dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan 1 telah menegur mengenai harga bagi 3 projek yang sedang dalam pembinaan tersebut agak terlalu tinggi. Beliau menambah bahawa kontraktor bagi Hospital Lahat Datu telah merayu supaya dipertimbangkan semula harga projek yang ditawarkan oleh JKR dan mereka telah merujuk perkara ini kepada Menteri Kerja Raya. Sehubungan itu beliau sedang menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Menteri Kerja Raya.Beliau seterusnya memberitahu bahawa 7 Hospital iaitu Kepala Batas, Pekan, Bawan, Pitas, Kunak, Kuala Penyu dan Alor Setar sedang dalam penilaian teknikal terakhir. Sementara itu unjuran perbelanjaan sehingga Oktober 1999 untuk projek-projek hospital adalah sebanyak RM180 juta di mana sehingga Jun 1999, RM102 juta telah dibelanjakan.

Sehingga kini perbelanjaan untuk keseluruhan projek pembangunan Kementerian Kesihatan adalah sebanyak 34.8% (iaitu RM173,227,913.32) daripada peruntukan untuk tahun 1999 (iaitu RM553,065,000.00).Tindakan: PPP A4.4 Projek Institut Latihan Perindustrian (ILP)Pengarah Bangunan memaklumkan telah mengadakan mesyuarat antara JKR Negeri dan kontraktor yang terlibat dengan projek ILP pada 19.7.99. Hasil daripada mesyuarat tersebut beliau telah memaklumkan:i. Kebanyakan kontraktor telah memenuhi keperluan kontraktual ii. 6 projek telah sampai ke peringkat proses rekabentuk dan pihak JKR telah menyediakan bayaran berjadual untuk kontraktor yang berkenaaniii. 2 projek masih di peringkat penyelarasan lukisan iaitu ILP Kuala Terengganu dan ILP Kuala Lumpur. JKR telah memberikan kontraktor 2 bulan untuk menyelesaikan perkara tersebut Tindakan: Pengarah Bangunan/PPP B4.5 Projek KEMASPPP B melaporkan mengenai projek bangunan KEMAS. Menurut beliau keseluruhannya terdapat 31 projek bangunan KEMAS di mana 2 di Kedah dan 1 di N. Sembilan baru diawad. Seterusnya beliau memaklumkan:i. Masalah cerucuk di projek Kuala Selangor telah diatasiii. Projek Pusat Latihan KEMAS di Sri Iskandar, Perak mempunyai masalah tiada jalan masuk. Pengarah Perak akan cuba dapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk pembinaan jalan masukiii. Masalah saiz cerucuk di projek Air Kuning telah diatasiiv. Projek di Batu Pahat dan Bukit Kepong sedang sakit. Pengerusi mahu kontraktor diberi masa 2 minggu untuk meningkatkan prestasi sebelum dibawa ke JKPPS dan meminta Pegawai Penguasa memastikan peningkatan kemajuan kerja kontraktorSeterusnya PPP B menyatakan bahawa prestasi kewangan keseluruhan projek KEMAS sehingga Jun 1999 adalah sebanyak 42% berbanding peruntukan diterima.Tindakan: PPP B/Pengarah JKR Negeri/WP5. Pelaksanaan Projek Pembangunan di JKRPengarah Perancangan melaporkan mengenai pelaksanaan projek-projek Pembangunan di JKR Malaysia sehingga 30 Jun 1999. Kertas kerja bagi laporan tersebut telah diedarkan untuk rujukan dan makluman ahli mesyuarat.

5.1 Beban KerjaAntaranya beliau telah melaporkan bahawa setakat 30 Jun 1999, beban kerja di JKR adalah sebanyak 4,528 projek di mana pecahannya adalah seperti berikut:1. Bilangan projek yang tiada peruntukan sebanyak 7202. Bilangan projek dalam peringkat Pra Tender sebanyak 587 3. Bilangan projek di peringkat tawaran adalah sebanyak 399 4. Bilangan projek dalam pembinaan sebanyak 1,316 (160 projek sakit)5. Bilangan projek yang telah siap adalah sebanyak 1,845Untuk Makluman5.2 Kewangan dan PerbelanjaanAdalah didapati sehingga 30 Jun 1999, secara keseluruhannya JKR telah membelanjakan 54.3% daripada jumlah peruntukan yang diterima dan 31.7% ke atas peruntukan yang diluluskan. Bagi JKR Negeri, JKR P. Pinang mencatat pencapaian terendah iaitu 14.3% ke atas peruntukan diluluskan dan 26.3% ke atas peruntukan yang diterima. Manakala JKR Perlis pula mencatat pencapaian tertinggi iaitu 54.3% ke atas peruntukan diluluskan dan 90.1% ke atas peruntukan yang diterima.Sementara itu bagi perbelanjaan mengikut Kementerian, masih terdapat pencapaian yang begitu rendah bagi beberapa Kementerian iaitu yang terendah sehingga 2.2/0.4% ke atas peruntukan diterima/dilulus. Pihak Cawangan diminta untuk memastikan perbelanjaan Kementerian ditingkatkan kerana ianya boleh menjejaskan prestasi JKR.Tindakan: Pengarah JKR Negeri/WP5.3 TenderBagi pemanggilan tender setakat Jun 1999, terdapat 240 projek yang telah ditender berbanding 448 projek mengikut jadual di mana ianya merupakan 85.7%. Sektor Jalan didapati telah mencatat kenaikan ketara kerana projek Luar Bandar/KESBAN baru diambilkira pada bulan Jun 1999. Secara keseluruhannya adalah didapati terdapat shortfall sebanyak 64 projek yang tidak dapat ditender mengikut jadual dan Pengerusi mahu semua Pengarah meningkatkan usaha.Tindakan: Pengarah JKR Negeri/WP5.4 Projek SakitAntara JKR Negeri yang terdapat banyak bilangan projek sakit sehingga Jun 1999 ialah Selangor (35), Perak (31) dan Pahang (18) sementara mengikut Kementerian pula ialah Kementerian Pendidikan (89) dan Kementerian Kesihatan (29). Tindakan: Pengarah JKR Negeri/WP

6. Pelaksanaan Projek Jalan Luar Bandar Dan Jalan Keselamatan/KESBANPengarah Perancangan melaporkan mengenai status pelaksanaan fizikal dan kewangan projek-projek jalan luar bandar dan jalan keselamatan/kesban yang dilaksanakan oleh JKR Negeri di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kertas kerja bagi laporan tersebut telah diedarkan untuk rujukan dan makluman ahli mesyuarat.Adalah didapati bahawa antara isu dan masalah pelaksanaan projek-projek tersebut ialah:i. Peruntukan tidak mencukupi yang berpunca daripada perancangan serta anggaran yang tidak tetap atau tidak diluluskan sebagaimana yang dimintaii. Walaupun perunding digunakan untuk kerja rekabentuk, pelaksanaan adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut jadualiii. Proses pengambilan balik tanah mengambil masa yang lama kerana melibatkan kawasan kampung dan melibatkan banyak lotSeterusnya dicadangkan supaya dibuat penilaian semula unjuran kewangan dengan mengambil kira tempoh kerja reka bentuk dan pengambilan tanah. Selain daripada itu dicadangkan juga supaya strategi pelaksanaan diubah dengan menyiapkan semua kerja rekabentuk dan pengambilan tanah untuk tempoh RMK 7 di mana kerja fizikal dimasukkan dalam perancangan RMK 8.Tindakan: Pengarah JKR Negeri/WP7. Kontrak Lewat 30% dari Jadual dan Tamat TempohEn. Hamizol melaporkan mengenai bilangan projek yang lewat 30% dari jadual dan telah tamat tempoh dan membuat analisa terhadap projek sakit. Kertas kerja bagi laporan tersebut telah diedarkan untuk rujukan dan makluman ahli mesyuarat.Daripada senarai projek yang dikumpulkan, adalah didapati:i. Terdapat perbezaan antara bilangan projek yang dijanakan daripada SKALA dan telah ditentusahkan dengan JKR Negeri melalui Urusetia Projek Sakit Negeri dengan laporan bulanan bagi projek yang dikategorikan sakit. ii. Terdapat kontrak yang dilaporkan sebagai projek sakit tidak ada dalam SKALA dan juga data dalam SKALA tidak dikemaskinikan.Analisa yang telah dilakukan terhadap projek sakit adalah dengan membuat agihan kontrak-kontrak sakit mengikut harga kontrak daripada yang kurang daripada RM 0.5 juta hingga yang melebihi RM 2.0 juta dan didapati:i. Terdapat 3 projek sakit di bawah harga kontrak RM 200,000.00 ii. Terdapat 6 kontraktor yang sedang menjalankan 14 projek sakit sama ada dalam 2 atau 3 buah negeri

iii. Terdapat kontraktor yang mempunyai lebih daripada 2 projek sakit dalam satu-satu negeriSeterusnya dicadangkan supaya JKR Negeri memantau dan mengambil tindakan memulihkan kontrak sedemikian melalui J/kuasa Penyelamat Projek Sakit (JKPPS). Disamping itu pelaporan hendaklah menggunakan SKALA. Tindakan: Pengarah JKR Negeri/WP8. Hal-Hal Lain8.1 Jawatankuasa Bertindak Jurutera Daerah JKRPengerusi meminta supaya cadangan beliau yang dibuat semasa Mesyuarat Jurutera Daerah pada Mei 1999 dahulu supaya ditubuhkan Jawatankuasa Bertindak Jurutera Daerah JKR dilaksanakan. Mesyuarat bersetuju supaya Jurutera Daerah Temerloh iaitu Ir. Lee Ho Sing dilantik sebagai Pengerusi. Sehubungan itu beliau meminta Pengarah Perancangan menulis surat kepada kepada Ir. Lee Ho Sing untuk memaklumkan:i. Pengurusan Atasan telah melantik beliau sebagai Pengerusi pro-tem kepada Jawatankuasa Bertindak Jurutera Daerah JKRii. Beliau dikehendaki untuk memanggil mesyuarat bagi tujuan pembentukan jawatankuasa berkenaaniii. Agenda pertama mesyuarat jawatankuasa tersebut ialah mengenai pelaksanaan ISO 9000Tindakan: Pengarah Perancangan8.2 Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) 7/99Pengerusi meminta Pengarah Perancangan menulis surat kepada Perbendaharaan untuk mendapatkan pengecualian kepada proses rundingan di dalam pemakaian SPP 7/99 iaitu meminta supaya keputusan rundingan tidak perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan dan hanya perlu dikemukakan kepada Lembaga Perolehan untuk kelulusan. Tindakan: Pengarah Perancangan8.3 Lukisan StrukturMesyuarat diberitahu bahawa terdapat banyak kes di mana Unit Struktur tidak memberikan kerjasama sepenuhnya di dalam membekalkan lukisan struktur bagi digunakan untuk projek-projek. Pengerusi meminta Pengarah Perancangan menyemak perkara tersebut dengan Unit Struktur.Tindakan: Pengarah Perancangan9. PenutupMesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.00 petang dengan ucapan terima kasih oleh Pengerusi.

Disediakan oleh:..........................(Ismail b. Abd. Aziz)Penolong Pengarah,Caw. Perancangan dan P/Korporat.Disemak oleh:...................................(Ir. Shahruddin b. Shahril)Penolong Pengarah Kanan,Caw. Perancangan dan P/Korporat.

Diluluskan oleh:...................................(Ir. Hj. Mohamad b. Husin)Pengarah,Caw. Perancangan dan P/Korporat.