perlembagaan kelab olahraga

3
Perlembagaan 1. Nama dan alamat Kelab Olahraga, SMK Sacred Heart, KM3, Jalan Oya, 96000 Sibu. 2. Matlamat Melahirkan bakat atlet profesional dan bertaraf antarabangsa. 3. Objektif Mencungkil dan melatih serta melahirkan bakat, semangat kesukanan. 4. Keahlian Dibuka kepada semua pelajar sekolah. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara menghadiri mesyuarat agong. 5. Guru Penasihat Guru Penasihat terdiri daripada guru sekolah ini. Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak untuk merancang, melaksana dan membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Setiap aktiviti kelab mesti diketuai oleh Guru Penasihat. 6. Ahli Jawatankuasa Ahli dikehendaki menghadiri mesyuarat agung. Ahli dilantik semasa mesyuarat agung. Setiap ahli yang hadir ataupun yang tidak hadir layak (dengan alasan yang munasabah) boleh dicalonkan sebagai AJK. Pemilih AJK adalah melalui undian. AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. AJK kelab hendaklah terdiri daripada : I. Pengerusi II. Timbalan Pengerusi III. Setiausaha I IV. Setiausaha II V. Bendahari I VI. Bendahari II VII. AJK Publisiti VIII. AJK Kebersihan IX. AJK Peralatan X. Wakil Tingkatan Guru penasihat boleh menambah AJK jika difikirkan perlu. Setiap AJK yang dilantik haruslah bertanggungjawab dan menyelesaikan tugas yang dibahagikan oleh guru penasihat. 7. Kewangan Segala aktiviti yang berkaitan dengan kewangan adalah tugas bendahari dan atas nasihat guru penasihat. Bendahari akan menutup akaun pada setiap akhir aktiviti yang diadakan. Segala perbelanjaan kelab akan dikendali oleh bendahari dan penolongnya atas nasihat guru penasihat.

Upload: fakhriyah-said

Post on 02-Oct-2015

518 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Perlembagaan1. Nama dan alamatKelab Olahraga, SMK Sacred Heart, KM3, Jalan Oya, 96000 Sibu.2. MatlamatMelahirkan bakat atlet profesional dan bertaraf antarabangsa.3. ObjektifMencungkil dan melatih serta melahirkan bakat, semangat kesukanan.4. Keahlian Dibuka kepada semua pelajar sekolah. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara menghadiri mesyuarat agong.5. Guru Penasihat Guru Penasihat terdiri daripada guru sekolah ini. Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak untuk merancang, melaksana dan membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu. Setiap aktiviti kelab mesti diketuai oleh Guru Penasihat.6. Ahli Jawatankuasa Ahli dikehendaki menghadiri mesyuarat agung. Ahli dilantik semasa mesyuarat agung. Setiap ahli yang hadir ataupun yang tidak hadir layak (dengan alasan yang munasabah) boleh dicalonkan sebagai AJK. Pemilih AJK adalah melalui undian. AJK kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. AJK kelab hendaklah terdiri daripada :I. PengerusiII. Timbalan PengerusiIII. Setiausaha IIV. Setiausaha IIV. Bendahari IVI. Bendahari IIVII. AJK PublisitiVIII. AJK KebersihanIX. AJK PeralatanX. Wakil Tingkatan Guru penasihat boleh menambah AJK jika difikirkan perlu. Setiap AJK yang dilantik haruslah bertanggungjawab dan menyelesaikan tugas yang dibahagikan oleh guru penasihat.7. Kewangan Segala aktiviti yang berkaitan dengan kewangan adalah tugas bendahari dan atas nasihat guru penasihat. Bendahari akan menutup akaun pada setiap akhir aktiviti yang diadakan. Segala perbelanjaan kelab akan dikendali oleh bendahari dan penolongnya atas nasihat guru penasihat.8. Kehadiran / Penyertaan Latihan diadakan setiap hari keculai hari Ahad dan ujian sekolah. Tapi ahli hanya perlu hadir latihan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (ikut jadual latihan). Setiap ahli dan AJK dikehendaki menghadiri sesi latihan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kehadiran yang disasarkan bagi AJK dan ahli-ahli adalah 100% Sesiapa yang tidak hadir semasa latihan dikehendaki menulis surat dan mempunyai alasan yang kukuh.9. Peraturan-peraturan Semua AJK wajib untuk menghadiri setiap mesyuarat. Peraturan sekolah mesti dipatuhi. Bagi mesyuarat yang dijalankan pada hari persekolahan, setiap ahli dan AJK diwajibkan untuk memakai T-Shirt sekolah. Setiap mesyuarat mesti diketuai oleh guru penasihat. Semua perbicaraan mesti diketuai oleh guru penasihat. Semasa menjalankan latihan, semua ahli wajib memakai kasut. Yuran adalah percuma kepada semua ahli. Memastikan setor sentiasa bersih dan kemas. Kebajikan setiap ahli dan AJK mesti dijaga. Setiap ahli mesti saling menghormati dan membantu dan mengelakkan sebarang persengketaan.10. Aktiviti Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung dan mesyuarat AJK. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.11. Tindakan disiplin Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :a) Amaran lisanb) Amaran bertulisc) Gantung keahliand) Pecat keahlian Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akah hilang semua hak keahlian. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah mutakmad.12. Pindaan perlembagaan Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuara khas yang dihadiri guru penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab dan disahkan oleh pengetua.13. Pembubaran persatuan Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan baki kewangan diputuskan dalam mesyuarat agung tergembar.14. Hal-hal lain Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Ahli-ahli hendaklah peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.