perkhidmatan penyewaan mesin penyalin … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan...

45
1 AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA) DOKUMEN SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR NO. SEBUT HARGA: AAN 013/2016/SH ”JAUHILAH DARI AMALAN RASUAH KERAJAAN MALAYSIA” PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA. PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA TERSEBUT TIDAK DIPERTIMBANGKAN.

Upload: vocong

Post on 21-Jun-2018

330 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

1

AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA)

DOKUMEN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL

BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN

DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53

JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN 013/2016/SH

”JAUHILAH DARI AMALAN RASUAH KERAJAAN MALAYSIA”

PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN

MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG

TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA.

PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK

MEMATUHI MANA-MANA FASAL DI DALAM DOKUMEN INI

BOLEH MENYEBABKAN SEBUT HARGA TERSEBUT TIDAK

DIPERTIMBANGKAN.

Page 2: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

2

KANDUNGAN

BIL.PERKARA MUKA SURAT

1.0 DOKUMEN PELAWAAN SEBUT HARGA 4

2.0 ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA 7

3.0 LAMPIRAN 23

a) LAMPIRAN A - SENARAI SEMAK

b) LAMPIRAN B - PROFIL SYARIKAT

c) LAMPIRAN C - SURAT AKUAN PEMBIDA

d) LAMPIRAN D - BORANG SEBUTHARGA

e) LAMPIRAN E - REKOD PENGALAMAN

f) LAMPIRAN F - SENARAI KONTRAK SEMASA

g) LAMPIRAN G – SALINAN PENYATA BULANAN AKAUN BANK BAGI TIGA

(3) BULAN TERAKHIR

h) LAMPIRAN H – SKOP PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN

DIGITAL BERWARNA DUTI SEDERHANA

i) LAMPIRAN I – PEMOTONGAN BAYARAN PERKHIDMATAN

j) JADUAL 1 - JADUAL TAWARAN HARGA

k) JADUAL 2 - JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL

Page 3: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

3

l) JADUAL 3 - JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

Page 4: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

4

1. DOKUMEN PELAWAAN SEBUT HARGA

Page 5: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

5

DOKUMEN PELAWAAN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL

BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI

PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN

PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN 013/2016/SH

1.1 PERIHAL

Sebut Harga ini bertujuan untuk mempelawa penyebutharga yang berkelayakan

untuk Perkhidmatan Penyewaan Mesin Penyalin Digital Berwarna Duti

Sederhana Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Di Planetarium Negara, 53 Jalan

Perdana, 50480 Kuala Lumpur.

1.3 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Sebut Harga ini mempunyai syarat-syarat dan spesifikasi yang perlu dipatuhi

oleh semua penyebutharga untuk membekal perisian dan melaksanakan kerja-

kerja yang tersebut. Penyebutharga perlu mematuhi keperluan spesifikasi dan

syarat-syarat yang ditetapkan oleh ANGKASA seperti tertera di bawah:

1.3.1 Tawaran adalah dipelawa kepada panel pembekal yang berdaftar

dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya/Kuala Lumpur/Selangor

bawah kod bidang:-

221502 – Perkhidmatan Penyewaan dan Pengurusan Mesin dan

Peralatan Pejabat

Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang

masih mempunyai sah laku dan dokumen-dokumen sokongan yang

berkaitan hendaklah dikemukakan dalam tawaran sebutharga.

Page 6: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

6

1.3.2 Syarikat hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan

apabila menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat

dan terma di bawah ini membolehkan syarikat disenaraihitamkan.

1.3.3 Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut harga

adalah ditanggung sendiri oleh penyebutharga. Kementerian tidak akan

bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang terlibat.

1.3.4 ANGKASA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah

atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas

penolakan sesuatu tawaran sebut harga.

1.4 TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah

sebelum atau pada hari 11 April 2016 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Tawaran

yang diterima lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan diberi

pertimbangan.

Page 7: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

7

2. ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

Page 8: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

8

ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL

BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI

PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN

PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN 013/2016/SH

1.0 TAWARAN SEBUT HARGA

1.1 Tawaran sebut harga hendaklah dibuat secara manual iaitu serahan

tangan atau pos ke alamat yang ditetapkan oleh ANGKASA.

1.2 Dokumen sebut harga boleh dimuat turun dalam laman sesawang

www.angkasa.gov.my.

1.3 Sebut harga yang dibuat tanpa menggunakan dokumen sebutharga

rasmi yang dimuat turun dari laman sesawang ANGKASA tidak akan

dipertimbangkan.

2.0 JAMINAN ATAS SEBUT HARGA

Sekiranya Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum sebut harga

dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Surat Setuju Terima

dikeluarkan, pihak ANGKASA akan menyenaraihitamkan penyebutharga

berkenaan.

3.0 DOKUMEN TAWARAN PENYEBUTHARGA

3.1 Semua cadangan harga yang dikemukakan hendaklah di dalam Ringgit

Malaysia (RM) dan tidak melebihi dua angka perpuluhan. Penilaian

harga antara penyebutharga adalah berasaskan kepada jumlah harga

Page 9: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

9

keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan harga,

harga seunit setiap item akan diambil kira.

3.2 Sebut harga ini ditawarkan dengan melibatkan pembayaran melalui

sistem e-Perolehan. Justeru itu, harga yang ditawarkan hendaklah juga

termasuk caj kenaan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi yang

disempurnakan atau maksimum RM4,800.00 bagi transaksi yang

melebihi RM1.2 juta.

3.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan

tidak boleh dipinda selepas sebut harga ini ditutup dan akan

berkuatkuasa selama tempoh sah laku sebut harga iaitu 90 hari. Harga

yang ditawarkan oleh penyebutharga yang berjaya hendaklah dipatuhi

sepanjang tempoh kontrak dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

3.4 ANGKASA tidak akan bertanggungjawab di atas kegagalan penerimaan

dokumen tawaran sebutharga pada tarikh dan masa tutup yang

ditetapkan.

3.5 Semua dokumen sokongan manual hendaklah ditandatangani oleh

Penyebutharga dan disaksikan di mana berkenaan.

4.0 PENYERAHAN DOKUMEN

4.1 Tawaran sebut harga yang dikemukakan haruslah disediakan

berdasarkan format dan keperluan yang tertera dalam dokumen sebut

harga ini.

4.2 Pihak Penyebut harga hendaklah membaca dengan teliti dokumen sebut

harga ini. Seterusnya Penyebut harga hendaklah mengisi dan

menandatangani serta menurunkan cop syarikat pada lampiran-

lampiran dan jadual-jadual yang berkenaan.

4.3 Setiap tawaran sebut harga hendaklah dikemukakan dalam satu (1)

sampul surat yang mengandungi:-

Page 10: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

10

i. Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(SSM)

ii. Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia

iii. Satu salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera

iv. Satu salinan Sijil Pendaftaran GST (Jabatan Kastam Diraja

Malaysia) (jika ada)

v. Lampiran A – Senarai Semak

vi. Lampiran B – Profil Syarikat

vii. Lampiran C – Surat Akuan Pembida

viii. Lampiran D – Borang Sebut Harga

ix. Lampiran E – Rekod Pengalaman

x. Lampiran F – Senarai Kontrak Semasa

xi. Lampiran G – Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3)

Bulan Terakhir

xii. JADUAL 1 – Jadual Tawaran Harga

xiii. JADUAL 2 – Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal

xiv. JADUAL 3 – Jadual Pelaksanaan Projek

xv. Brosur/Katalog (jika ada)

Page 11: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

11

5.0 PENYERAHAN SEBUT HARGA

Kedua-dua sampul hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlainan

yang berlakri dan ditandakan di bahagian atas sampul surat itu dengan:

PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL

BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN

DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53

JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN013/2016/SH

DITUTUP PADA HARI 11 APRIL 2016 (ISNIN)

JAM 12.00 TENGAHARI

Semua dokumen sebut harga yang telah siap dan lengkap diisi

hendaklah dialamatkan kepada :-

AGENSI ANGKASA NEGARA

PUSAT ANGKASA NEGARA

LOT 2233, JALAN TURI

KAMPUNG SUNGAI LANG

42700 BANTING

SELANGOR

5.4 Penyebutharga dinasihatkan menghantar cadangan sebut harga secara

manual dengan tangan ke Peti Sebut Harga yang disediakan pada atau

sebelum masa yang ditetapkan. ANGKASA tidak akan

bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kelewatan dan

sebagainya ke atas dokumen yang dihantar melalui Pos atau Kurier.

Walau apa pun alasan yang diberikan, sebarang sebut harga yang

diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akan dilayan.

5.5 Penyebutharga tidak boleh memasukkan apa-apa perbelanjaan

berkaitan dengan penyediaan sebut harga ini dalam sebut harga yang

ditawarkan.

Page 12: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

12

6.0 PEMBAYARAN

6.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).

6. 2 Pembayaran hanya akan dibuat setelah kontrak ditandatangani oleh

pembida yang berjaya dan pihak Kerajaan (jika berkaitan).

6.3 Pembayaran akan dibuat sekiranya semua bekalan perkhidmatan atau

bekalan / perkhidmatan bagi setiap satu jenis item dalam kontrak yang

dilaksanakan berperingkat-peringkat telah dilaksanakan dengan

sempurna, sebagaimana yang telah dipersetujui dan disahkan oleh

PIHAK ANGKASA mengikut harga dan masa yang dipersetujui.

6.4 Sekiranya PIHAK ANGKASA tidak berpuas hati dengan bekalan/

perkhidmatan yang dilaksanakan, ANGKASA berhak untuk tidak

membuat pembayaran bagi bekalan/ perkhidmatan dan/atau

penyelenggaraan yang tidak dilaksanakan.

6.5 Bagi kontrak kuantiti bermasa, pembayaran akan dibuat selepas

menerima invois daripada pihak pembida yang berjaya dengan syarat

semua dokumen mencukupi dikemukakan dan mengikut jadual kadar

harga yang dipersetujui.

6.6 Pembayaran akan dibuat pada tiap-tiap bulan (tidak lewat 14 hari)

selepas menerima invois daripada pihak Kontraktor dengan syarat

semua dokumen mencukupi dikemukakan.

7.0. TEMPOH SAH LAKU SEBUT HARGA

Semua tawaran harga (JADUAL 1) yang ditawarkan di dalam dokumen sebut

harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-

kurangnya sembilan puluh (90) hari dari tarikh sebut harga ini ditutup. Tindakan

tatatertib akan diambil sekiranya penyebutharga menarik balik sebut harganya

sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

Page 13: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

13

8.0 TEMPOH KONTRAK / JADUAL PELAKSANAAN

8.1 Penyebutharga yang berjaya mestilah menyempurnakan pembekalan

mengikut tempoh yang dipersetujui dan ditetapkan di dalam Surat Setuju

Terima yang ditandatangani.

8.2 Pelantikan dan penyerahan Surat Setuju Terima kepada Penyebutharga

yang berjaya adalah satu (1) minggu selepas kelulusan Jawatankuasa

Sebut Harga atau sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh

mula kontrak.

8.3 Penyerahan semula Surat Setuju Terima yang telah ditandatangani dan

Bon Pelaksanaan oleh Penyebutharga kepada ANGKASA adalah empat

belas (14) hari selepas penerimaan Surat Setuju Terima. Kegagalan

pematuhan boleh menyebabkan pembatalan Surat Setuju Terima oleh

ANGKASA.

8.4 Semua syarat yang terkandung di dalam dokumen Sebut harga atau di

mana-mana jadual yang terdahulu adalah merupakan sebahagian

daripada kontrak yang akan ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia

dan Penyebutharga yang berjaya. Penyebutharga yang berjaya

dikehendaki menandatangani kontrak (jika berkaitan) dengan pihak

Kerajaan dan membayar segala ganti rugi jika tidak memenuhi syarat-

syarat kontrak.

8.5 Dokumen kontrak yang lengkap akan disediakan selepas sebut harga

ditawarkan kepada Penyebutharga yang berjaya (jika berkaitan).

8.6 Surat Setuju Terima sebut harga yang dihantar oleh ANGKASA kepada

Penyebutharga yang berjaya dan Surat Perakuan Penyebutharga ke

atas Surat Setuju Terima Sebut harga itu akan dianggap sebagai

Kontrak yang mengikat di antara ANGKASA dan Penyebutharga tanpa

mengambil kira sama ada kontrak sebenar akan disempurnakan atau

tidak.

Page 14: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

14

9.0 IKLAN

9.1 Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan dalam akhbar,

majalah atau alat pengiklanan terkini melainkan jika pengiklanan itu telah

pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.

10.0 BANTAHAN SPESIFIKASI

10.1 Penyebutharga boleh membuat bantahan ke atas spesifikasi yang

telah dinyatakan di Jadual Maklumat Spesifikasi Teknikal, sekiranya

Penyebutharga mendapati spesifikasi bekalan menjurus kepada

sesuatu jenama sahaja.

10.2 Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Kerajaan dan

menyalinkan surat bantahan tersebut kepada Perbendaharaan

Malaysia.

10.3 Bantahan berserta bukti-bukti kukuh hendaklah dikemukakan kepada

Kerajaan dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh notis pelawaan

sebut harga ini. Bantahan yang diterima selepas tempoh ini tidak akan

dipertimbangkan.

11.0 TINDAKAN TATATERTIB

11.1 Selaras dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan komuniti perniagaan

yang berdisiplin, bertanggungjawab, berintegriti serta mengamalkan

tadbir urus korporat yang baik semasa berurusan dengan Kerajaan,

maka Kerajaan telah menggubal satu pekeliling bagi mencapai maksud

di atas.

11.2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6 Tahun 2010 – Tindakan

Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan

Kementerian Kewangan; telah menyatakan dengan jelas akan

kesalahan-kesalahan dan juga tindakan tatatertib yang boleh diambil ke

Page 15: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

15

atas syarikat dan firma perunding yang telah melakukan kesalahan

tersebut.

11.3 Jenis-jenis kesalahan tersebut adalah merangkumi tetapi tidak terhad

kepada kesalahan-kesalahan berikut:-

a) Menarik balik sebut harga sebelum tamat tempoh Sah Laku

Tawaran sebut harga atau apa-apa tempoh lanjutan; atau

b) Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh

akhir yang ditetapkan bagi menyerahkan sebut harga (dan dalam

hal yang sedemikian ia hendaklah disifatkan enggan dan tidak

melaksanakan perjanjian kontrak yang normal atau gagal

mendeposit bon pelaksanaan) Kerajaan tanpa menyentuh apa-

apa hak lain yang ada padanya berhak mengambil tindakan

tatatertib terhadap pembida atau memperakukan kepada pihak

berkuasa supaya membatalkan pendaftaran pembida sebagai

kontraktor Kerajaan.

11.4 Tindakan-tindakan tatatertib ini termasuklah:

a) Amaran;

b) Batal Tajuk Pendaftaran;

c) Penarikan Balik Taraf Bumiputera/Pembuat;

d) Gantung Pendaftaran;

e) Batal Pendaftaran;

f) Senarai Hitam Ahli Lembaga Pengarah; dan

g) Senarai Hitam Syarikat Pembida.

11.5 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib boleh

diambil sekiranya didapati pihak syarikat atau firma perunding yang

berdaftar dengan Kementerian Kewangan terlibat dengan mana-mana

kesalahan di bawah pekeliling ini.

Page 16: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

16

12.0 DENDA LEWAT

12.1 Sekiranya penyebutharga gagal menyempurnakan pembekalan pada

tarikh yang dipersetujui, penyebutharga adalah dikehendaki membayar

pampasan wang yang berjumlah satu peratus (1%) daripada nilai

harga pembekalan yang lewat dihantar atau diperbaiki untuk setiap hari

kelewatannya.

12.2 Bagi pelaksanaan perkhidmatan yang terpaksa ditangguhkan kerana

sebab-sebab di luar kawalan penyebutharga seperti rusuhan,

kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, bahaya laut atau yang

seumpama, Kerajaan boleh membenarkan perlanjutan tempoh

penghantaran tersebut dengan syarat penyebutharga perlu

mengemukakan notis sebab-sebab kerja tertangguh dan masa yang

diperlukan.

13.0 TEMPOH JAMINAN

13.1 Bekalan yang ditawarkan mestilah diliputi dengan tempoh jaminan tidak

kurang dari dua belas (12) bulan dari tarikh Penerimaan Awal. Kriteria

jaminan hendaklah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di Jadual

Maklumat Spesifikasi Teknikal.

13.2 Sekiranya, tempoh jaminan didapati kurang dari dua belas (12) bulan,

Kerajaan boleh melanjutkan tempoh tersebut sehingga dua belas (12)

bulan dengan semua kos akan dicajkan kepada penyebutharga atau

ditolak dari mana-mana bayaran yang belum dibayar kepada

penyebutharga.

14.0 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH

14.1 Sebarang Perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada

dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu

Page 17: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

17

kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia 2009 (Akta 694);

14.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan

kepada mana-mana anggota Pentadbiran Awam, maka pihak yang ditawar

atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke

Pejabat Badan Pencegah Rasuah atau Balai Polis yang berhampiran.

Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);

14.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap

anggota Perkhidmatan Awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau

pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan

rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

(Akta 694); dan

14.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan

dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan

diberi dan mana-mana anggota Perkhidmatan Awam yang mengesahkan

tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

15.0 PENYERAHAN

Tempoh penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana adalah

selama tiga (3) tahun.

16.0 PERTANYAAN

16.1 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan syarat dan spesifikasi teknikal

sebut harga boleh menghubungi pegawai berikut :

a) Puan Nur’ Fazilah bt Mohamad Hanafiah (Spesifikasi Teknikal)

Tel : 03-2273 4303 e-mel : [email protected]

Page 18: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

18

b) Puan Nur Aida bt Mohd Lana (Urusetia Sebut Harga)

Tel: 03-3182 4000 e-mel: [email protected]

Page 19: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

19

SYARAT-SYARAT AM

Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di lain-lain tempat

dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai,

melainkan setakat mana syarat-syarat am ini ditolak atau diubah dengan

khususnya oleh Pembida.

1. Keadaan barang-barang

Semua barang hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. Harga

Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua

diskaun dan kos tambahan yang berkaitan.

3. Barang-barang setara

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang-barang setara atau sesuai

dengan syarat butir-butir penuh diberi.

4. Penyetujuan

(i) Kerajaan tidak terikat untuk bersetuju menerima Sebut harga

yang terendah atau mana-mana Sebut harga.

(ii) Tiap-tiap satu butiran akan ditimbangkan sebagai satu Sebut

harga yang berasingan.

5. Pemeriksaan

(i) Kerajaan adalah sentiasa berhak menghendaki barang-barang itu

diperiksa atau diuji oleh seorang pegawai yang dilantik olehnya

dalam masa pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum

penyerahan.

Page 20: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

20

(ii) Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan

atau pengujian apabila dikehendaki.

6. Perbelanjaan Penyediaan Sebut Harga

Semua perbelanjaan bagi penyediaan dokumen sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh Penyebutharga sendiri.

7. Perakuan menyatakan penentuan telah dipatuhi

Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa barang-

barang/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut

penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan didalam pelawaan ini.

8. Penolakan

(i) Barang-barang yang rendah mutunya atau yang berlainan

daripada barang-barang yang telah dipersetujui boleh ditolak.

(ii) Apabila diminta, Penyebutharga hendaklah menyebabkan barang-

barang yang ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan

perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik

kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan

mengenai barang-barang yang ditolak itu.

(iii) Fasa kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa

hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran

kontrak

9. Pengiklanan

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana Sebut

harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain

saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau

Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

Page 21: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

21

10. Tafsiran

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah

diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan

Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa

Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan

juapun yang mungkin timbul mengenai Sebut harga ini atau apa-apa

kontrak yang timbul daripadanya.

11. Insuran

Tiada apa-apa insuran atas barang-barang dalam perjalanan dari negeri

pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan dalam Sebut

harga.

BARANG-BARANG EX-STOCK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN

MALAYSIA

12. Cukai

Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika

berkenaan.

13. Pembungkusan

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan.

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau

pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah

digantikan oleh penjual.

Page 22: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

22

14. Pengenalan

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan

negeri tempat asal barang-barang itu, jika berkenaan, hendaklah

ditunjukkan.

BARANG-BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

15. Cukai

Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai,

unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

16. Matawang

Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

17. Pembungkusan

(i) Barang-barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk

dieksport ke Malaysia melainkan jika mengikut norma

perdagangan barang-barang itu dieksport dengan tidak

membungkus.

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan.

(iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau

pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah

diganti oleh Penyebutharga.

Page 23: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

23

3. LAMPIRAN

Page 24: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

24

LAMPIRAN A

SENARAI SEMAK

(CHECKLIST)

Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.

Bil Perkara Lampiran Untuk Di Tanda

Oleh Syarikat

Untuk Di Tanda Oleh

Jawatankuasa Pembuka

Sebut Harga

1 Satu salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat

Malaysia (SSM)

2

Satu salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan

(pembuat/pembekal tempatan yang berdaftar di kawasan

Putrajaya/Kuala Lumpur/Selangor)

3 Satu salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor

Bumiputera

4 Satu salinan Sijil Pendaftaran GST (Jabatan Kastam Diraja

Malaysia) (jika ada)

5 Profil Syarikat Lampiran B

6 Surat Akuan Pembida Lampiran C

7 Borang Sebut Harga Lampiran D

8 Rekod Pengalaman Lampiran E

9 Senarai Kontrak Semasa Lampiran F

/

Page 25: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

25

10 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga (3) Bulan

Terakhir Lampiran G

11 Jadual Tawaran Harga Jadual 1

12 Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal – Salinan bercetak Jadual 2

13 Jadual Pelaksanaan Projek Jadual 3

14 Brosur/Katalog (jika ada) -

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT

Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan

memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam

dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.

Tandatangan:

Nama:

Jawatan:

Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN

Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen

bertanda kecuali bagi perkara bil. ................... (jika ada).

Tandatangan:

Nama Pengerusi:

Jawatan:

Tarikh:

Page 26: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

LAMPIRAN B

26

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI

PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN013/2016/SH

PROFIL SYARIKAT

Bil. Butiran Maklumbalas

1. Nama Syarikat :

2. Alamat:

3. No. Telefon :

4. No. Faks :

5. E-Mel :

6. Pendaftaran Syarikat

a) No. Pendaftaran :

b) Tarikh ditubuhkan :

7. Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia

a) No. Pendaftaran

b) Tarikh Mula :

c) Tarikh Tamat :

d) Kod dan bidang :

8. Modal Perniagaan

a) Dibenarkan :

b) Dibayar :

9. Komposisi modal dibayar

a) Bumiputera :

b) Bukan bumiputera :

Page 27: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

LAMPIRAN B

27

10. Senaraikan pegawai/kakitangan syarikat yang berkenaan

a) Nama :

b) Jawatan :

c) Kelulusan :

Nama Jawatan

Bil. Butiran Maklumbalas

11. Senarai nama syarikat cawangan dan anak syarikat

12. Senaraikan jenis pembekalan/ perkhidmatan yang pernah diberi

13. Senaraikan pelanggan yang pernah berurusan dengan syarikat tuan

14. Maklumat bank

a) Nama :

b) No. Akaun :

15. Lain-lain maklumat bagi menyokong tawaran ini

Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.

…………………………………………

Nama:

Cop Syarikat:

(Wajib diisi)

Page 28: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

LAMPIRAN C

28

SURAT AKUAN PEMBIDA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL

BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN PERDANA,

50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN013/2016/SH

Saya, …………………………………….................nombor K.P. .........……………..…........yang

mewakili…………………………………........................................................................... Nombor

Pendaftaran…...........……………………………..dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau

mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah

kepada mana-mana individu dalam AGENSI ANGKASA NEGARA atau mana-mana individu

lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut harga seperti di atas. Bersama-sama ini

dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa* bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk

membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam AGENSI ANGKASA

NEGARA atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut harga

seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut harga di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi Sebut harga di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau

mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam

Sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan

tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis

yang berhampiran.

Yang Benar,

……………………………...........

Nama:

No.Kad Pengenalan:

Cop Syarikat :

(Nama Wakil Syarikat)

(Nama Syarikat)

(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

Page 29: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

LAMPIRAN D

29

BORANG SEBUT HARGA

Ketua Pengarah

Agensi Angkasa Negara

Pusat Angkasa Negara

Lot 2233, Jalan Turi

Kampung Sungai Lang

42700 Banting

SELANGOR

Tuan,

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN013/2016/SH

Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi

perkhidmatan/bekalan yang ditawarkan sebanyak RM……………........ (Ringgit

Malaysia: …..………………………………………………………………………… sahaja)

dengan tempoh perkhidmatan yang ditawarkan .................... tahun seperti di

JADUAL 1. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh

(90) hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya:

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk

penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebut harga dengan

harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-

apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian

tawaran penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang

sama lebih daripada satu penyebutharga;

d) Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebut Harga ANGKASA adalah

muktamad;

Page 30: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

LAMPIRAN D

30

e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal

(jika perlu) akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan

selaras dengan tawaran yang diberikan;

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju

Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat

antara Kerajaan dan penyebutharga walaupun kontrak formal (rasmi)

belum dilaksanakan/ditandatangani;

g) Bahawa harga yang kami tawarkan adalah termasuk caj kenaan

sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi yang disempurnakan atau

maksimum RM4,800.00 bagi transaksi yang melebihi RM1.2 juta.

h) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang

diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan

sebut harga yang diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

i) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat seperti mana yang

dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Pembida

Tandatangan Pembida : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cap Syarikat : ________________________________

Di hadapan:

Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi: ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

Page 31: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

31

LAMPIRAN E REKOD PENGALAMAN

(Senarai semua rekod pengalaman dalam 3 tahun lepas)

BIL NAMA KONTRAK

PELANGGAN

(KEMENTERIAN/

AGENSI)

NILAI KONTRAK

(RM)

TEMPOH

KONTRAK

Salinan Perakuan/Pengesahan Siap Kontrak daripada Pelanggan bagi setiap kontrak yang disenaraikan hendaklah

disertakan. Sekiranya tiada rekod pengalaman, sila isikan 'TIADA'.

Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.

…………………………………………

Nama:

Cap Syarikat:

Page 32: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

32

LAMPIRAN F SENARAI KONTRAK SEMASA

(Senarai semua kontrak di dalam tangan/sedang berjalan dan belum selesai termasuk kontrak yang baru ditawarkan)

BIL NAMA KONTRAK

PELANGGAN

(KEMENTERIAN/

AGENSI)

NILAI KONTRAK

(RM)

TEMPOH

KONTRAK

Laporan Pelanggan atas prestasi kontrak semasa hendaklah disertakan. Sekiranya tiada kontrak semasa, sila isikan

'TIADA'.

(Tempoh kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan)

Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.

…………………………………………

Nama:

Cap Syarikat:

Page 33: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

LAMPIRAN G

33

SALINAN PENYATA BULANAN AKAUN BANK BAGI TIGA (3) BULAN TERAKHIR (Sila kemukakan maklumat berkaitan di sini)

Page 34: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

34

LAMPIRAN H SKOP PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DUTI SEDERHANA

1.1 Perkhidmatan Penyewaan Mesin Penyalin Digital Berwarna Duti Sederhana Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun Di Planetarium Negara, Agensi Angkasa Negara, 53 Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Sila rujuk Jadual Pematuhan Spesifikasi Teknikal (Jadual 2).

1.2 Penyebutharga juga adalah dikehendaki untuk mematuhi perkara di bawah bagi penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana iaitu: (a) Document Management

Pembekal bertanggungjawab menyediakan Sistem Pengurusan Dokumen yang meliputi pengendalian penyimpanan, dokumen, penyebaran dan pendigitilan dokumen.

(b) Ruang Penyimpanan Maklumat Pembekal bertangggungjawab menyediakan ruangan storan yang besar untuk penyimpanan maklumat dan pendigitilan dokumen (minimum 1000Gb).

(c) Penyelenggaraan

Pembekal bertanggungjawab menyelenggara mesin fotostat digital berwarna, mesin fotostat digital hitam putih dan Sistem Pengurusan Dokumen yang dibekalkan.

i. Semua kos berkaitan penyelenggaraan mesin fotostat digital dan Sistem Pengurusan Dokumen adalah ditanggung oleh pihak pembekal termasuk perkara berikut:-

a. Penukaran alat ganti berkaitan; b. Penambahan & Penukaran katrij Toner (semua jenis

warna), drum & develepor berkaitan; c. Penambahan & Penukaran bullet stapling / dawai kokot

berkaitan; d. Update software atau patches dan update versi software

berkaitan; e. Upah pakar teknikal dan upah buruh

ii. Pihak pembekal juga akan menyediakan mesin penyalin

tambahan sebagai back-up machine jika berlaku sebarang kerosakan yang memerlukan major repair (kerja pembaikan mengambil masa lebih dari 2 minggu / 14 hari untuk diperbaiki).

iii. Pihak pembekal juga akan menyediakan mesin penyalin tambahan sebagai back-up machine jika Kerajaan perlu melakukan kerja tambahan yang terlalu banyak dan mesin

Page 35: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

35

tambahan ini akan dikenakan caj meter sahaja tanpa bayaran sewaan bulanan.

(d) Tempoh masa penyelenggaraan:

Pihak pembekal perlu memastikan segala kerja-kerja penyelenggaraan mesin penyalin digital dibuat di antara pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari Cuti Umum. Berikut adalah perkara-perkara yang terlibat dalam kerja tersebut:-

i. Kerja-kerja penyelenggaran dilakukan sekurang-kurang 2 kali sebulan seperti pemeriksaan, mengubah dan membaiki tanpa mengenakan sebarang caj tambahan kepada Kerajaan jika di minta oleh pihak Kerajaan;

ii. Kerja-kerja penyelenggaran dibuat dalam tempoh 3 jam dari masa laporan kerosakan diterima (tertakluk pada 5 hari bekerja seminggu);

iii. Mesin yang telah diselenggara perlu mampu beroperasi secara sepenuhnya dan sekurang-kurang telah menghasilkan / mampu 50,000 salinan cetakan tanpa kerosakan (kerosakan tidak melibatkan punca dari kertas tersangkut atau kendalian mesin yang salah oleh individu yang tidak mempunyai kebenaran tidak di ambil kira) sebelum tarikh penyelenggaran berikutnya.

(e) Latihan

Pihak pembekal bertanggungjawab untuk menyediakan latihan pengunaan mesin fotostat digital dan Sistem Pengurusan Dokumen kepada 4 orang kakitangan ANGKASA pada bulan pertama perkhidmatan mesin penyalin digital di mulakan.

Page 36: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

36

LAMPIRAN I

PEMOTONGAN BAYARAN PERKHIDMATAN 1.1 Sebarang kerosakan yang berlaku pada mesin penyalin yang disewa adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk membuat gentian mesin penyalin pada tarikh dan hari tersebut. Sekiranya pihak syarikat gagal, maka pihak Kerajaan berhak mengenakan denda secara harian yang akan dipotong melalui sewa bulanan sehingga mesin penyalin dibekalkan semula.

Page 37: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

37

JADUAL 1

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI PLANETARIUM

NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN013/2016/SH

JADUAL TAWARAN HARGA

Bil Spesifikasi Kuantiti Jumlah Sewaan Satu

(1) Bulan (RM)

Jumlah Sewaan Satu

(1) Tahun (RM)

Jumlah Sewaan Tiga

(3) Tahun (RM)

1 Mesin Fotostat Digital Berwarna Duti Sederhana

1

JUMLAH TAWARAN HARGA

KESELURUHAN (RM)

Bil Spesifikasi

Jumlah (RM)

1 Kadar sesalinan hitam/putih

2 Kadar sesalinan berwarna

TAWARAN HARGA TANPA KENAAN GST 6%

Saya bersetuju untuk menawarkan perkhidmatan ini dengan nilai harga RM ……………………………… bagi tempoh satu (1) tahun. Tawaran ini adalah sah bagi tempoh sah laku : 90 hari dari tarikh buka sebut harga. ………………………………………………. Tandatangan Pemilik/ Wakil Nama : No. K/P : Alamat : Cap Pembekal :

Page 38: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

38

JADUAL 2

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN013/2016/SH

JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL

BIL KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN CATATAN /

CADANGAN LAIN YA TIDAK

1.0 SILA NYATAKAN JENAMA

1.1 Mesin Penyalin Digital Bewarna Duti Sederhana

Mesin yang ditawarkan mestilah mesin baru dan belum pernah diguna

1.2 Fungsi Pelbagai (MFD)

Pelbagai fungsi seperti salin, cetak dan imbas

Menjalankan dua tugas serentak dalam satu masa tanpa gangguan operasi

1.3 Masa Pemanasan

Tidak lebih dari 20 saat

1.4 Kelajuan Menyalin/Mencetak

Tidak kurang daripada: Bewarna: 31 salinan seminit Hitam putih: 31 salinan seminit

1.5 Dokumen Feeder Tidak kurang daripada 100 helaian (A4/A3)

Page 39: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

39

BIL KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN CATATAN /

CADANGAN LAIN YA TIDAK

1.6 Bilangan Dulang (Standard Paper Tray)

Tidak kurang daripada 2 bilangan dulang memuatkan saiz A5 sehingga A3 Dulang 1 – 500 helaian kertas Dulang 2 – 500 helaian kertas Dulang bypass – 100 helaian kertas

Berat stock kertas sehingga 300 gsm

Kapasiti kertas tidak kurang daripada: Dulang sehingga 209 gsm Dulang bypass – 100 helaian kertas

Kapasiti kertas tidak kurang dari 2100 helaian termasuk bypass

1.7 Punca Kuasa Elektrik

Nyatakan Volts yang sesuai

__________volts

1.8 Saiz Tidak lebih daripada 583 x 658 x 834 mm

1.9 Berat Tidak lebih daripada 74kg

1.10 Stapler Finisher

Penyemat kokot ketebalan tidak kurang 50 helaian 80 gsm A4 dan keupayaan mengokot A3

Page 40: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

40

BIL KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN CATATAN /

CADANGAN LAIN YA TIDAK

2.0 PENYALINAN (COPY)

2.1 Kelajuan Salinan Pertama (First Copy Output Time)

Berwarna: tidak melebihi 7.9 saat Hitam putih: tidak melebihi 5.0 saat

2.2 Memori Tidak kurang dari 3GB

2.3 Salinan Depan Belakang (Duplex Copying)

Penyalinan dua belah muka surat secara automatik (duplex copying)

2.4 Ciri-ciri Tambahan Lain Salinan Katalog (Booklet Copying), Card Shot (Penyalinan automatic untuk kad pengenalan/kad nama dalam satu salinan), menyalin pelbagai dokumen asal yang bercampur. Book Copy, Color Stamp

3.0 PERCETAKAN (PRINTING)

3.1 Resolusi

Tidak kurang daripada 600 x 600 dpi

3.2 Memori

Tidak kurang daripada 3GB dan 160GB Hardisk

3.3 Kelajuan Cetakan Minima 31 cetakan seminit

3.4 USB Memory Direct Printing

Membolehkan mencetak dokumen seperti TIFF & JPEG terus dari MFD

Page 41: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

41

BIL KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN CATATAN /

CADANGAN LAIN YA TIDAK

4.0 PENGIMBASAN (SCANNING)

4.1 Resolusi

Minima 600 x 600 dpi

4.2 Kelajuan Imbasan

Mengimbas 2 belah muka surat asal tidak kurang dari 50 helai seminit

4.3 Destinasi Imbasan

Imbasan terus ke e-mel, desktop, FTP, SMB, Internal Hardisk dan USB Memory

4.4 Format Fail yang Dikeluarkan (Output File Format)

Pengeluaran dalam satu langkah ke PDF searchable atau OCR Word

4.5 Fungsi Pengurusan (Remote Administrative Function)

Mengemaskini buku alamat dan menukar Output File Format dari desktop pengguna (remotely). Boleh mengawas melalui web sekiranya keadaan toner rendah. Tanda amaran akan diberi melalui emel

4.6 Perisian Pengurusan Dokumen (Document Handling Software)

Menggabungkan dokumen dari pelbagai aplikasi seperti MS Word, Excel, PDF dan sebagainya menjadikannya satu fail dokumen

Dokumen yang telah digabungkan boleh disusun atur semula muka suratnya

Dokumen yang telah digabungkan boleh disimpan ke fail format PDF

Page 42: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

42

BIL KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN CATATAN /

CADANGAN LAIN YA TIDAK

Minimum tidak kurang daripada 50 lesen pengguna untuk seunit mesin pencetak pelbagai fungsi

4.7 Document Filing Mengimbas dan merekodkan dokumen ke dalam sistem memori hardisk mesin fotostat bagi tujuan percetakan semula jika perlu

Menyimpan sehinggan 45,000 helaian dan merekodkan 500 data fail peribadi dengan dilindungi sistem keselatamatan kata laluan

5.0 KESELAMATAN (SECURITY) - WAJIB

5.1 Common Criteria Validation

Mesti ada Common Criteria Validation yang mengesahkan bahawa produk ini telah mematuhi syarat-syarat kawalan keselamatan tahap keempat

5.2 Fungsi Kawalan Dokumen (Document Control Function)

Mencegah pihak yang tidak dibenarkan menyalin dan mengimbas oleh penyiratan (embedding) pencegahan salinan data ke atas dokumen pertama yang dicetak atau disalin. Jika ada pihak yang cuba melakukan percetakan dan penyalinan semula akan gagal

Page 43: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

43

BIL KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN CATATAN /

CADANGAN LAIN YA TIDAK

5.3 Nyahkod (Encrypted)

Memadam memori data sementara di dalam HDD dengan menindih data nyahkod (encryption) sehingga tujuh kali

5.4 Restrict Access Menghadkan laluan masuk ke MFP melalui rangkaian penyahkod SSL, IPv6 dan IPsec

Saya / Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.

Tandatangan: ……………………………………

Tarikh:

(SILA PASTIKAN RUANGAN INI DITANDATANGANI TANPA NAMA DAN MESTILAH ORANG YANG SAMA DI DALAM DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN)

DILARANG MELETAKKAN PENGENALAN/CAP SYARIKAT ATAU NAMA INDIVIDU

Page 44: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

44

JADUAL 3

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN DIGITAL BERWARNA DUTI SEDERHANA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI PLANETARIUM NEGARA, AGENSI ANGKASA NEGARA, 53 JALAN PERDANA, 50480 KUALA LUMPUR

NO. SEBUT HARGA: AAN013/2016/SH

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

Bil. Perkara Tempoh Masa Patuh Tidak Patuh

1 Menandatangani Kontrak Perjanjian (jika berkaitan)

2 Penyediaan dan Penyerahan Bon Jaminan Bank (jika berkaitan)

3 Penghantaran, Pengujian dan Pentauliahan Mesin Penyalin Digital Berwarna Duti Sederhana Di Planetarium Negara, 53 Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Maksimum 1 minggu

4 Penyewaan Mesin Penyalin Digital Berwarna Duti Sederhana di Planetarium Negara, 53 Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Tiga (3) tahun

Nota:

** Syarikat perlu mengemukakan Jadual Pelaksanaan Projek (JADUAL 3).

Tarikh Penyerahan/ Penyempurnaan Penghantaran, Pengujian dan Pentauliahan ditawarkan:- …...…………...…. hari/minggu Tempoh sewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana ditawarkan:- ………………………….bulan/tahun

Saya/Kami mengaku maklumat yang diberikan adalah benar.

Tandatangan : ……………………………………….

Tarikh :

Page 45: PERKHIDMATAN PENYEWAAN MESIN PENYALIN … · 5 dokumen pelawaan sebut harga perkhidmatan penyewaan mesin penyalin digital berwarna duti sederhana bagi tempoh tiga (3) tahun di …

45