dokumen sebutharga tajuk : penjualan mesin ......2. mesin penyalin terpakai akan dijual tertakluk...

145
N00014-89-J-3155 Final Technical Report Proof Theoretic Concepts for. the Semantics of Types and Concurrency MS-CIS-95-19 LOGIC & COMPUTATION LAB 90 S DTIC ~ Edited by Carl Gunter L F University of Pennsylvania School of Engineering and A-pplied Science Computer and Information Scienrne Department Philadelphia, PA 19104-6389 JkVP~v~ fo pu-rho releoill April 1995 .9I QUALMITYM MICD 5 19950628 041

Upload: others

Post on 11-Feb-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

    JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL

    DOKUMEN SEBUTHARGA

    TAJUK :

    PENJUALAN MESIN PENYALIN TERPAKAI

    Sebutharga ini adalah terbuka dan dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang

    berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kod buangan SW 110 beserta

    lesen Fasiliti dan Pengangkutan. Sebutharga yang telah lengkap diisi perlu

    dimasukkan ke Peti Sebutharga, Jabatan Pentadbiran (Bahagian Pengurusan

    Perolehan) Tingkat 32, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.

  • KEW.PA-24

    DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

    JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL

    KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

    PELUPUSAN MESIN PENYALIN TERPAKAI

    1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat yang berdaftar dengan Jabatan

    Alam Sekitar dengan kod buangan SW 110 dan mempunyai lesen fasiliti dan

    pengangkutan untuk membeli barangan berikut:

    2) Barangan boleh dilihat pada 19 Januari 2021 sehingga 21 Januari 2021 di

    antara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Bahagian Pengangkutan, Jabatan

    Kejuruteraan Mekanikal DBKL, Km. 4 Jalan Cheras 56100 Kuala Lumpur.

    3) Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan menggunakan Borang

    Sebutharga Pelupusan Aset Datuk Bandar Kuala Lumpur (KEW.PA 25). Tawaran

    hendaklah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh tutup sebutharga.

    4) Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan

    sampul surat berlakri dan ditanda No. Sebutharga _______/_________ dan dihantar

    melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Pentadbiran

    (Bahagian Pengurusan Perolehan) Tingkat 32, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah,

    50300 Kuala Lumpur.

    Bil

    Perkara

    Kuantiti

    Harga Anggaran

    (RM)

    1.1

    Mesin penyalin

    pelbagai jenama

    terpakai

    104 unit

    RM 20,000.00

  • KEW.PA-24

    5) Tarikh tutup sebutharga pada 05 Februari 2021 jam 12.00 tengahari.

    Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

    ( MOHAMMAD AZMI BIN SAARI )

    Pengarah,

    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal & Elektrikal

    b.p: Datuk Bandar Kuala Lumpur

  • SYARAT DAN PERATURAN SEBUTHARGA

    1. Penyebutharga yang berminat WAJIB menyertakan salinan lesen SW 110 dari

    Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Kegagalan penyebutharga menyertakan

    lesen tersebut boleh menyebabkan tawaran ditolak.

    2. Mesin penyalin terpakai akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

    3. Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebutharga

    sebanyak 5% daripada harga tawaran atau RM 1,000.00 mengikut mana

    yang terendah. Deposit akan dikembalikan jika pembeli tidak berjaya.

    Deposit sebutharga hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf

    bank atau Cashier’s Order sahaja atas nama Dewan Bandaraya Kuala

    Lumpur.

    4. Tawaran tanpa/kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.

    5. Semua aset/barangan yang dijual sebagaimana keadaannya semasa

    dilihat (as-is-where-is basis).

    6. Datuk Bandar tidak bertanggungjawab ke atas aset/barangan yang telah

    dijual.

    7. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset/barangan seperti kos

    mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

    8. Penyebutharga yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh

    dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan keputusan di pejabat

    Bahagian Hasil, Jabatan Bendahari, Tingkat 6 Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut,

    50350 Kuala Lumpur. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut,

    deposit sebutharga tidak akan dikembalikan.

    9. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset/ barangan dalam tempoh

    tujuh (7) hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang

    telah dibuat tidak akan dikembalikan.

  • 10. Penyebutharga dikehendaki mengemukakan satu (1) salinan fotokopi bagi

    setiap bil pembayaran yang dibuat semasa mengambil barang di Bahagian

    Pengangkutan JKME. Pengambilan dan pengeluaran sesuatu

    barangan yang berjaya dibeli mesti dilakukan di dalam waktu pejabat

    sahaja. Pembeli yang berjaya perlu mengambil keseluruhan barangan

    yang dilelong dan melakukan kerja pembersihan di tapak jika perlu.

    11. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab di atas keselamatan

    dan sebarang kecacatan, kerosakan atau kehilangan sesebuah atau

    sebahagian dari barangan selepas sesuatu jualan diputuskan. Oleh itu

    adalah dinasihatkan supaya pembeli yang berjaya mengambil dengan

    segera segala barangan yang telah dijelaskan bayarannya.

  • KEW.PA-25

    BORANG SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH

    DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

    Nama Syarikat :

    No. Kad Pengenalan/ :

    Pendaftaran Syarikat

    Alamat :

    Kepada:

    Bahagian Pengurusan Perolehan,

    Jabatan Pentadbiran,

    Tingkat 32, Menara DBKL 3,

    Jalan Raja Abdullah,

    50300 Kuala Lumpur.

    Tuan,

    Tawaran Untuk Sebutharga No. _________/_____________

    Merujuk kepada perkara di atas, saya/syarikat berminat menyertai sebutharga tersebut.

    1. Tawaran saya/syarikat adalah seperti berikut:

    Bil

    Perkara

    Kuantiti

    Harga Tawaran

    (RM)

    1.1

    Mesin penyalin pelbagai

    jenama terpakai

    104 unit

  • KEW.PA-25

    2. Bersama-sama ini disertakan deposit sebutharga (sebanyak 5% daripada harga

    tawaran aset/barangan di atas atau RM 1,000.00 mengikut mana yang terendah)

    yang bernilai RM ________________ (Ringgit Malaysia

    ________________________________________________________ ) dalam bentuk kiriman

    wang/wang pos/draf bank/Cashier’s Order atas nama Dewan Bandaraya Kuala

    Lumpur.

    3. Saya/syarikat memahami dan bersetuju dengan semua syarat-syarat yang

    ditetapkan.

    Sekian, terima kasih.

    Tandatangan : __________________________________________

    Nama/Cop Syarikat : __________________________________________