malam kebudayaan · perkhemahan ini, bagi memupuk semangat integrasi nasional sesama ahli yang...

2
mukasurat 1 Penaung : YBhg. Tuan Haji Aminudin bin Adam Pengarah Pendidikan Negeri Johor YBhg. Brig Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM Asisten Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Udara Penasihat : Tuan Hj. Md. Hasidin b. Hj. Zaini Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor Kol Mohd Suhaimi bin Hj. Sahri TUDM Pengarah Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara Pengerusi Tuan Haji Yasman b. Jamsir Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Kapt Khairul Ashinar TUDM Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara Setiausaha Tuan Hj. Kamarudin b. Mohamad Tahir Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor Lt Mohd Faizli b. Zulkifli TUDM Pegawai Latih PSTU Sidang Editorial Lt Kizzy Nyuak AK Augustine TUDM Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin Mohd Hunaidi bin Ismail Mohd Iswandy bin Sahlan Yu Kok Hui Dewi Sulastri binti Partan Norila binti Simpol Disiplin Teras Kejayaan” Buletin Online https://pkbmudara2015.wordpress.com/ Imsak 5:34 Subuh 5:44 Syuruk 7:01 Zohor 1:08 Asar 4:20 Maghrib 7:11 Isyak 8:21 WAKTU SOLAT BULETIN PKBM UDARA mukasurat 4 Bil. 04 14.04.2015 Selasa Keputusan Pertama : Kontinjen Pulau Pinang Kedua : Kontinjen Terengganu Ketiga : Kontinjen Pahang Peribahasa tak lapuk dihujan, tak lekang dek panas sangat sinonim dengan budaya iaitu untuk diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Walaupun kadet-kadet dilatih untuk menjadi individu yang mempunyai jati diri yang tinggi, namun bakat-bakat seni yang terpendam tidak dilupakan. Seiring dengan objektif perkhemahan ini, bagi memupuk semangat integrasi nasional sesama ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat, persembahan malam ini dapat membuka mata dan minda semua kadet untuk mengenali budaya Malaysia. Sebanyak 11 kumpulan membuat pelbagai persembahan dari 11 buah negeri yang hadir. Terdapat persembahan sketsa, nyanyian, muzik dan tarian yang menarik perhatian penonton. Namun yang menariknya malam ini, setiap persembahan diakhiri dengan nyanyian lagu negeri masing-masing. Kadet-kadet telah berjaya mengongsikan budaya dari negeri mereka dan mempelajari banyak nilai murni dari malam kebudayaan. MALAM KEBUDAYAAN Aktiviti hari ini, kadet-kadet perlu menjalani abseiling, repelling, flying fox dan merentas halangan. Aktiviti- aktiviti ini telah diadakan di tapak merentas halangan Kem Kokurikulum, Tasek Utara. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti, kadet-kadet dibahagi kepada 2 kumpulan bagi memudahkan pergerakan aktiviti. Usaha gigih yang ditunjukkan kadet-kadet untuk mengharungi setiap halangan menunjukkan semangat kental mereka dalam melakukan aktiviti- aktiviti ini. Cabaran Hari ke-4

Upload: others

Post on 09-Nov-2020

55 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAM KEBUDAYAAN · perkhemahan ini, bagi memupuk semangat integrasi nasional sesama ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat, persembahan malam ini dapat membuka

mukasurat 1  

Penaung : YBhg. Tuan Haji Aminudin bin Adam Pengarah Pendidikan Negeri Johor

YBhg. Brig Jen Dato’ Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM Asisten Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Udara   Penasihat : Tuan Hj. Md. Hasidin b. Hj. Zaini Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor

Kol Mohd Suhaimi bin Hj. Sahri TUDM Pengarah Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara   Pengerusi Tuan Haji Yasman b. Jamsir Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Johor Kapt Khairul Ashinar TUDM Jabatanarah Pasukan Simpanan Tentera Udara

Setiausaha Tuan Hj. Kamarudin b. Mohamad Tahir Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor Lt Mohd Faizli b. Zulkifli TUDM Pegawai Latih PSTU Sidang Editorial Lt Kizzy Nyuak AK Augustine TUDM Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin Mohd Hunaidi bin Ismail Mohd Iswandy bin Sahlan Yu Kok Hui Dewi Sulastri binti Partan Norila binti Simpol

“Disiplin Teras Kejayaan”

Buletin Online https://pkbmudara2015.wordpress.com/

 

   

Imsak 5:34 Subuh 5:44 Syuruk 7:01 Zohor 1:08 Asar 4:20

Maghrib 7:11 Isyak 8:21 W

AK

TU S

OLA

T

BULETIN PKBM UDARA

mukasurat 4  

Bil. 04 14.04.2015 Selasa

Keputusan Pertama : Kontinjen Pulau Pinang Kedua : Kontinjen Terengganu Ketiga : Kontinjen Pahang

Peribahasa tak lapuk dihujan, tak lekang dek panas sangat sinonim dengan budaya iaitu untuk diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Walaupun kadet-kadet dilatih untuk menjadi individu yang mempunyai jati diri yang tinggi, namun bakat-bakat seni yang terpendam tidak dilupakan. Seiring dengan objektif perkhemahan ini, bagi memupuk semangat integrasi nasional sesama ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat, persembahan malam ini dapat membuka mata dan minda semua kadet untuk mengenali budaya Malaysia.

Sebanyak 11 kumpulan membuat pelbagai persembahan dari 11 buah negeri yang hadir. Terdapat persembahan sketsa, nyanyian, muzik dan tarian yang menarik perhatian penonton. Namun yang menariknya malam ini, setiap persembahan diakhiri dengan nyanyian lagu negeri masing-masing. Kadet-kadet telah berjaya mengongsikan budaya dari negeri mereka dan mempelajari banyak nilai murni dari malam kebudayaan.

MALAM KEBUDAYAAN

Aktiviti hari ini, kadet-kadet perlu menjalani abseiling, repelling, flying fox dan merentas halangan. Aktiviti-aktiviti ini telah diadakan di tapak merentas halangan Kem Kokurikulum, Tasek Utara. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti, kadet-kadet dibahagi kepada 2 kumpulan bagi memudahkan pergerakan aktiviti. Usaha gigih yang ditunjukkan kadet-kadet untuk mengharungi setiap halangan menunjukkan semangat kental mereka dalam melakukan aktiviti- aktiviti ini.

Cabaran Hari ke-4

Page 2: MALAM KEBUDAYAAN · perkhemahan ini, bagi memupuk semangat integrasi nasional sesama ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang masyarakat, persembahan malam ini dapat membuka

mukasurat 2   Mukasurat 3  

Hari ke- 4 : Sekitar Aktiviti Lasak Apa Kata Mereka ?

Muhammad Fauzam  

Shahida Emylia bt Zakaria dari SMK Kepala Batas, Kedah juga ada berkongsi pengalaman dalam melakukan aktiviti flying fox. Rasa takut, gayat dan gementar menyelubungi dirinya sebelum melakukannya. Namun demikian, rasa lega dan puas akhirnya dinikmati selepas melakukan aktiviti itu dan jika diberi peluang ingin melakukannya sekali lagi. Aktiviti flying fox ini memang sangat menguji mental, keberanian fizikal dan keyakinan diri...

Muhammad Fauzam bin Che Din dari SMK Dato Ismail,Kelantan sudah 5 tahun mengikuti Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Udara dan sudah 3 tahun menyertai perkhemahan di peringkat Kebangsaan. Antara elemen yang diuji dalam aktiviti merentas halangan ini ialah lari dalam tayar,monkey rack ,lari atas titi,komando crawl, mendaki bukit dan melintasi halangan. Perasaan gembira jelas terpancar apabila berjaya melakukan semua tugasan . Selain aspek menguji ketahanan fizikal dan mental,aktiviti rentas halangan ini juga dapat membina sikap kerjasama antara peserta. Impian ingin menjadi kadet terbaik keseluruhan pada perkhemahan tahun ini merupakan harapannya.

Shahida Emylia  

INFO : Tempat Menarik

Berikut merupakan antara tempat menarik yang anda boleh lawati semasa berada di Johor Bahru khususnya. 1) Bazar Karat 2) Johor Premium Outlet 3) Nusajaya

1

2

3