perkembangan hery

Upload: khairul

Post on 07-Mar-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teori perkembangan kanak-kanak

TRANSCRIPT

HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK JANUARI 2008

BAHAGIAN A

1. Nyatakan EMPAT peringkat teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Georges-Henri Luquet (1926).Jawapan: Topik 1 ms 15

a. Peringkat Fortuitous Realism:Merupakan peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar secara tidak sengaja.

b. Peringkat Failed Realism: Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali tetapi tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.

c. Peringkat Intelectual Realism: Kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya dalam bentuk ringkas namun dilukis dengan agak baik.

d. Peringkat Visual Realism:Keupayaan kanak-kanak melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan adalah satu penghasilan yang baik.

2. Di dalam teori Sosial-Interaksi yang diperkenalkan oleh Piaget, terdapat DUA proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran. Nyatakan proses-proses tersebut.Jawapan: Topik 2 ms 28a. Penyerapan (Assimilation):Proses penerimaan rangsangan dari luar dan individu mentafsir serta memproses rangsangan mengikut pengalaman sedia ada. Individu tidak perlu membuat modifikasi diri kerana pengalaman sedia ada mampu membantu menghadapi rangsangan.

b. Ubahsuai (Accomodation): Penglibatan aktif individu dalam membuat modifikasi tertentu pada diri dan perlakuan agar dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Modifikasi terpaksa dibuat kerana individu berhadapan dengan sesuatu yang baru dan belum pernah dialaminya sebelum ini.

3. Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual. Nyatakan EMPAT daripada enam unsur seni tersebut.Jawapan: Topik 3 ms 39a. Garisan: Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual.

b. Rupa: Rupa 2 dimensi (tidak berjisim) yang mempunyai outline dan sempadan yang mengelilinginya. Rupa geometri : mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik : bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus.

c. Bentuk: Mempunyai sktruktur jisim dan isipadu serta lebih dari satu permukaan datar. Pelbagai sudut pandangan : karya 3 dimensi, juga disebut bentuk konkrit. Satu sudut pandangan : karya 2 dimensi, juga disebut bentuk ilusi.

d. Jalinan: Kesan rasa dan ekspresi yang terdapat pada permukaan sesuatu objek.Jalinan sentuh : boleh dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian.Jalinan tampak: boleh dilihat tetapi tidak boleh dirasa, contohnya kulit timun.

4. Pelajar visual secara amnya dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Jelaskan DUA peranan yang boleh dimainkan oleh guru di dalam meransang pelajar mempelajari secara visual.

Jawapan: Topik 4 ms 59

Bagi memastikan pelajar dapat memahami maklumat yang disampaikan serta berlakunya penyerapan maklumat, guru perlu:

a. Memperbanyakkan paparan visual di dalam pengajaran. Diagram, video atau carta mempunyai ilustrasi yang menarik untuk menimbulkan rangsangan.

b. Memberi masa yang secukupnya kepada pelajar untuk menyalin informasi pengajaran dengan cara yang terperinci. Pelajar dapat belajar secara efektif sekiranya dapt melihat maklumat di dalam format bertulis yang lengkap.

1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges-Henri Luquet Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermula daripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti melukis kanak- kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkat Fortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja, peringkat kedua adalah Failed Realism, dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkat akhir adalah Visual Realism. (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja. (b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi. (c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. (d) Peringkat Visual Realism Peringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK MENURUT GEORGES HENRI-LUQUET

Diperkenalkan pada tahun 1926.

Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan bermula dari peringkat contengan.

Pada peringkat ini, lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan melalui contengan

Dibahagikan kepada empat peringkat:

1.Peringkat Fortuitous realism2.Peringkat Failed Realism3.Peringkat Intelectual Realism4.Peringkat Visual Realism

Peringkat Fortuitous Realism

Peringkat awal lukisan kanak-kanak - gambaran yang dihasilkan pada peringkat contengan membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.

Menarik kerana imej yang hampir sama itu dihasilkan dengan secara tidak sengaja.

Peringkat Failed Realism

Imej secara tidak sengaja itu diperbaiki dan diperhalusi supaya dapat imej yang sebenar.

Lukisan hampir sama dihasilkan berulang kali.

Namun tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut sentiasa berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.

Peringkat Intelectual Realism

Kanak-kanak mula melukis ikut apa yang mereka tahu dan lihat.

Penghasilan karya adalah dalam bentuk lukisan yang ringkas namun dilukis dengan baik.

Peringkat Visual Realism

Memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang ada perspektif dan kadar banding.Ada percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dan percubaan ini dianggap satu pencapaian yang baik.

5