49769429 perkahwinan melayu brunei (1)

Upload: onesmies

Post on 14-Apr-2018

354 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    1/27

    Perkahwinan Melayu Brunei

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    2/27

    Pengenalan

    Seperti adat istiadat melayu, etnik Melayu Brunei

    juga mempunyai istiadat yang unik dalampengendalian majlis perkahwinan. Pada zaman

    dahulu, majlis perkahwinan melayu Brunei

    dijalankan dalam masa 2 minggu. Akan tetapi dengan

    kekangan masa pada zaman ini menyebabkan masa

    untuk majlis ini semakin singkat.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    3/27

    Bedudun / berjarum-jarum

    Lawatan berkali-kalidilakukan oleh kedua

    keluarga pihak pengantin

    lelaki akan memulakanlawatan untuk melamar

    Jawapan tidak akandiperoleh dalam hari yang

    sama

    Setelah mengetahuijawapan, pihak pengantin

    lelaki akan pergi sekalilagi ke rumah pengantin

    perempuan

    Rombongan untukbertanyakan tentangtanda pertunangan

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    4/27

    Pertunangan

    Simbol ikatan perhubunganantara lelaki dan perempuan

    yang akan menjadi suamiisteri

    Pembuka Mulut

    Menandakan permulaanpertunangan

    (bayaran antara $100 - $150)

    Mas Kawin / Berian

    Dalam bentuk wang,barangan sebagai tanda

    penghargaan kepadaperempuan yang ingin

    dikahwini. Wajib dalam Islam

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    5/27

    Pertunangan'Sepengadak Kain Teruna

    Disertakan dalam (hantaran berian) yang terdiri daripada baju cara melayu dan songkok

    dikembalikan semasa upacara 'akad nikah'.

    Sepengadak kain teruna tidak diperlukan seandainya bakal pengantin lelaki hadir semasa

    menghantar tanda pertunangan.

    Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan untuk memberi cenderamata yang lain kepada bakal

    pengantin perempuan.

    Pihak lelaki akan membawa tanda pertunangan ke kediaman bakal tunangnya dan

    menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan.

    Kadang-kadang, keluarga pihak perempuan akan membalas dengan memberikan kek atau

    baju cara melayu.

    Dalam tempoh bertunang, lelaki teresbut hendaklah memberikan 'belanja hangus' kepada

    tunangnya untuk perbelanjaannya.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    6/27

    Pertunangan

    Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai,

    lelaki tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang

    ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan.

    Langkah Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendakdi kahwini ini mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi

    sementara Langkah Sungai ialah seandainya lelaki itu bukan

    dari Puak Tutong manakala perempuan tersebuat adalah dari

    Puak Tutong.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    7/27

    Majlis Pertunangan

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    8/27

    Perkahwinan

    - adat berbedak dan berinai

    - adat penghantaran berian- istiadat akad nikah

    - istiadat bersanding

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    9/27

    Istiadat badak badak mandi

    Hanya terdiri daripada keluarga pengantin

    Pengantin perempuan memulakan malam berbedak

    Pengantin ditepung tawar dengan bedak (tepung beras,bunga melor)

    Pengantin dilulur dengan bedak tradisional dari mukahingga ke hujung kaki

    Pengantin disiram dengan air (langgir dan limau nipis)dikelilingi 7 orang kanak-kanak memakai selendangberlainan warna dan memegang lilin.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    10/27

    Istiadat badak- badak mandi

    Pengantin akan mematikan lilin yangdipegang dengan menyembur denganair melalui mulut sebanyak 3 kali

    Setelah selesai bersiram,

    pengantin akan berkurung danbedak tidak akan ditanggalkandari badan pengantin dan makanminum akan dihidangkan olehpengangun di bilik beangun

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    11/27

    Malam Bebadak

    Pengantin perempuandigendong ke pelamin

    Pengantin duduk ditikar khas( baldu yang

    bersulam emas

    berbentuk segiempat)

    Di setiap penjurutempat duduk

    diletakkan dian atau

    lilin bewarna kuning

    Bedak tradisional

    diwarnakan dengan 7warna dan diletakkan

    tempat khas

    Para tetamu akan

    menculiki dan bakalpengantin lelaki akan

    diiringi ke pelamin

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    12/27

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    13/27

    Adat berinai / berpacarUpacara ini kebiasaannya mengambiltempat tengah malam sebelum hari

    perkahwinan dan di langsungkanberasingan pada kediaman masing-masing.

    Majlis Masuk Adat Berinaipengantin akan berdiri diatas katil dengan

    didahului pengangun.

    Selepas itu pengantin tersebut akandisuruh duduk dikatil untuk sementarawaktu sambil pengangun menunjukkan

    tapak tangannya dengan berhajat.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    14/27

    Adat Berinai / berpacar

    Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantindimana seterusnya pengangun akan memegang

    tangan pengantin teresbut sambil membacakan doa.

    Pengantin itu kemudiannya akan diarahkanuntuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil

    sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk tempat yangtelah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik.

    Selepas itu, orang-orang tua keluarga akanmengambil giliran untuk menampal pengantin

    dengan inai.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    15/27

    Istiadat Akad Nikah

    Akad Nikah ialah upacara agama Islam dimana Ijab danKabul akan dilaksanakan bagimengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalahsudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah.

    Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayuberwarna putih dengan bertopikan songkok/destar dan sinjang.

    Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapikyang didudukinya. Semasamelangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akanbersalam dengan jurunikah (tok Kadi).

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    16/27

    Istiadat Akad Nikah

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    17/27

    Istiadat Bersanding

    Bersanding adalah tradisi dimana kedua-dua pengantin

    akan duduk bersebelahan di atas pelamin. Istiadat

    Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin

    perempuan.

    Di sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin pengantin

    perempuan akan dimandikan dengan campuran air wangi.

    Pengantin lelaki akan makan terlebih dahulu daripada

    semua dan selepas itu baru ia di bawa untuk bertemu dan

    berjarah (bersalaman) dengan jemputan-jemputan lelaki,

    dan memberikan penghargaan diatas kehadiran mereka.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    18/27

    Istiadat bersanding

    Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara

    perempuan pula akan berjarah di khemah jemputan

    perempuan.

    Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur,tapi sekarang, buah tangan telah digantikan dengan

    pelbagai barangan seperti roti, cawan, kontainer dan

    sebagainya.

    Selepas berjumpa dengan tetamu, pengantin lelakiakan bertukar memakai pakaian perkahwinannya

    bagi acara bersanding.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    19/27

    Istiadat bersanding

    Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan

    memedankan warna dan corak yang sama.

    Setelah siap berpakaian, pengantin lelaki tersebut pun akan

    berangkat untuk ke rumah pengantin perempuan. Serentak di tempat pengantin perempuan, pengangun untuk

    pengantin perempuan akan memulakan adat pengarusan di

    mana pengangun akan memasang lilin dan membakar

    benang dari tujuh warna yang dipakai oleh pengantinperempuan di lehernya. Pengantin perempuan akan meniup

    padam api kecil itu yang di lakukan sebanyak 3 kali.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    20/27

    Istiadat bersanding

    Apabila tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantinperempuan, dia akan ditemani oleh seorang lelaki tua yangberperanan sebagai penjaganya.

    Orang tua tersebut kebiasaannya seorang yang dihormati

    dan mempunyai ilmu agama yang teguh bagi melindungipengantin lelaki dari ancaman sihir dan sebagainya.

    Di kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akandi payungi dan ianya akan disuruh berjalan dalam pusingankecil sebanyak 3 kali yang dikenali sebagai Pusing Naga yang

    masih lagi diamalkan.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    21/27

    Istiadat bersanding

    Seterunya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh yangdiletakkan di pintu depan rumah sebelum masuk rumah.

    Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebutdangan memijak-mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan olehpengantin lelaki itu sendiri.

    Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki dipelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnyadi pelamin tersebut, adat 'mencabut keris' akan di lakukan.Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keristersebut dan apabila ianyadimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat

    bersanding dilaksanakan. Sebelum duduk, pengantin lelaki akan di bantu oleh penjaganya

    untuk menaruh tangannya di ubun-ubun pengantin perempuan, dibahu kiri dan bahu kanan seterusnya.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    22/27

    Istiadat bersanding

    Apabila kedua pasangan pengantin sudah duduk di ataspelamin, penjaga pengantin lelaki akan membaca'selawat' sebanyak 3 kali untuk kedamaian dankebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut yangakan disahut oleh para hadirin, diikuti dengan bacaan'doa selamat' untuk keselamatan dan memohonrahmat.

    Yang berikutnya, pasangan akan keluar ke verandahuntuk di perlihatkan kepada para hadirin ataudiikuti dengan acara adat basuh kaki bagi adat Tutong.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    23/27

    Istiadat Bersanding

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    24/27

    Adat Basuh Kaki Basuh kaki or Buri Pu'o dalam bahasa Tutong ialah adat resam

    dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air. Barang yangdiperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah.

    Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan

    masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan denganmeletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantinlelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan.\

    Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut denganmembasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian

    duit atau barang kemas kepada orang yang telah dilantik sebagaihadiah.

    Di masa silam, kebiasaan para jemputan akan memberikan ternakanseperti kerbau dan pokok buah-buahan, dimana pada hari tersebuthanya akan membawa tanda seperti buah dari pokok tersebut.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    25/27

    Adat Basuh kaki

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    26/27

    Adat makan bersuap

    Ini ialah adat resam di mana pengantinperempuan akan menyuap pengantin lelakidengan tangannya

    sendiri. Ini dijalankan selepas adat basuh kakidan di niatkan untuk menambahkankemesraandiantara pengantin baru itu. Ia adalah

    kemestian untuk menyediakan nasi kuning, air,garam dan asamuntuk adat makan bersuap.

  • 7/29/2019 49769429 Perkahwinan Melayu Brunei (1)

    27/27

    Adat mulih 3/7 hari

    Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si

    pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal

    dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7

    hari di kediaman isterinya. Kebiasaannya keluargapihak lelaki akan memberikan hadiah seperti

    barang rumah dan barangan dapur kapada

    pasangan ini.

    Inin menandakan penamatnya upacara

    perkahwinan orang Brunei.