perkahwinan campur di malaysia
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama,
bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara
dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggil
Epistonolgical.
Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk
mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan
Mansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia.
Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak
dulu hingga kini.
Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinan
campur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti dinyatakan dalam ayat al Quran,
“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan
lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara
isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan seorang sahaja”. (Surah An-Nisaa’ - ayat 3)
Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk mengupas persoalan perkahwinan campur antara
etnik di Malaysia serta mengkaji implikasi-implikasi perkahwinan campur terhadap individu,
masyarakat dan negara. Selain itu, kertas kerja ini juga turut mengupas isu perkahwinan campur
antara muslim dan bukan muslim. Antara topik yang akan diketengahkan juga adalah undang-
undang perkahwinan campur di Malaysia.
1
2.0 OBJEKTIF
Mengkaji pandangan masyarakat terhadap perkahwinan campur.
Mengkaji kebaikan dan keburukan disebabkan perkahwinan campur.
Mengkaji hubungan perkahwinan campur dan perpaduan rakyat.
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Masih terdapat masyarakat yang berfikiran tertutup dan mengganggap bahawa
perkahwinan campur merupakan sesuatu yang tidak baik.
Kesan negatif yang disebabkan oleh perkahwinan campur seharusnya dipandang serius.
Masalah- masalah ini patut dikaji dan diselesaikan.
Hubungan antara kaum yang berasaskan sifat hormat-menghormati semakin pudar
kebelakangan ini.
2
4.0 LOKASI/SKOP KAJIAN
1) Responden : Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
2) Skop : a) Umur : 18 tahun hingga 25 tahun
b) Jantina: Lelaki dan perempuan
c) Agama : Terdiri daripada agama Islam,Hindu, Budha, Kristian
dan lain-lain.
5.0 KAEDAH/METODOLOGI
a) Menggunakan kaedah perpustakaan dan kaedah lapangan
i) Kaedah perpustakaan
- internet
- buku
ii) Kaedah lapangan
- Soal selidik
3
5.0 PERKAHWINAN CAMPUR
5.1 DEFINISI
Kahwin campur asalnya digunakan oleh pihak gereja Katholik untuk menyatakan sebuah
perkahwinan antara seorang Kristian dan seorang bukan Kristian. Tapi, pada hari ini, perkataan
kahwin campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang mempunyai
agama, kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu, kahwin campur boleh dikelaskan
kepada 3 kategori, iaitu, kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin
campur antara agama.
Kahwin campur antara kaum melibatkan dua individu yang berlainan kaum, sebagai
contoh, seorang lelaki India berkahwin dengan seorang perempuan Cina. Kahwin campur antara
negara melibatkan kewarganegaraan, sebagai contoh, seorang muslim yang berbangsa Melayu
berkahwin dengan seorang muslim yang berbangsa Arab . Kahwin campur antara agama
melibatkan dua idividu yang menganut agama yang berbeza, sebagai contoh, seorang seorang
Hindu berkahwin dengan seorang Buddha.
4
5.2 SEJARAH
Kahwin campur di Malaysia dipraktikkan lama lagi sebelum Malaysia mencapai
kemerdekaan. Pada masa itu, Malaysia masih dikenali sebagai Tanah Melayu. Pada kurun ke-15
kesultanan Melaka, Sultan Mansur Shah telah menjalin hubungan diplomatik dengan China, dan
maharaja Yongle telah menghadiahi puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri sultan. Hang Li Po
datang ke Tanah Melayu bersama dengan Laksamana Cheng Ho dan 500 pengiring perempuan.
Pengiring puteri menetap di Bukit Cina dan akhirnya berkahwin dengan pengawai Sultan Mansur
Shah. Maka, hasil kahwin campur antara kaum melayu dan kaum cina pada masa itu dikenali
sebagai baba-nyonya.
Penghijrahan kaum India dalam jumlah yang besar ke Tanah Melayu adalah pada akhir
kurun-19 semasa Tanah Melayu dijajahi oleh orang Portugal dan Belanda. Menurut Datuk Haji
Omar Hashim, pengerusi Jawatakuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dalam temu
ramahnya yang bertajuk ‘Rentetan Sejarah Kedatangan Kaum India’, kaum India datang secara
sukarela kerana India ketika itu menghadapi masalah kemiskinan, oleh itu mereka datang sebagai
buruh dan telah melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan dan
perdagangan. Kahwin campur antara kaum India dan kaum cina juga amat dikenali dalam
Malaysia, malah, generasi yang dari keluarga kahwin campur ini dikenali sebagai ‘Chindian’.
Sejak tahun 1882, orang Sikh telah menjejak kaki ke Sabah apabila pasukan polis
ditubuhkan ketika Kompeni Borneo Utara menubuhkan Constabulari Bersenjata Borneo Utara.
Oleh sebab kaum Sikh amat pegang kuat kepada agama, maka pihak yang ingin berkahwin
dengan kaum Sikh mestilah memahami serta memeluk agamanya. Perkahwinan campur antara
orang Sikh dengan orang Cina dan Kadazan telah mewujudkan sebuah komuniti yang dikenali
sebagai komuniti peranakan Punjabi.
5
Selain daripada yang atas, di Malaysia juga terdapat komuniti India muslim di Pulau
Pinang yang membentuk Jawi Peranakan hasil daripada perkahwinan antara lelaki India Muslim
dari Selatan India dan perempuan Melayu di Pulau Pinang. Seterusnya komuniti Ceti yang
menganut agama Hindu di Melaka hasil daripada perkahwinan pedagang India Selatan dengan
wanita pribumi.
6
5.3 UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN
Perkahwinan di Malaysia, sama seperti di negara-negara lain tertakluk di bawah
peratturan dan undang-undang. Terdapat perbezaan yang ketara di antara perkahwinan bagi
seorang muslim dan bukan muslim dengan bukan muslum dan bukan muslim.
PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM
[PERMOHONAN PENDAFTARAN BIASA]
Pemohon perlu hadir ke kaunter JPN/Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara semasa
permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada alamat yang tertera dalam Mykad
(warganegara) dan alamat tempat tinggal (bukan warganegara) di Malaysia.
Pemohon bukan warganegara hendaklah bermastautin di daerah perkahwinan selama
tempoh 7 hari sebelum membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di pejabat JPN
yang berkenaan.
Pengupacaraan akan dilakukan selepas 21 hari tetapi tidak melebihi tempoh 6 bulan
daripada tarikh permohonan.
Dokumen sokongan :
i. Kad Pengenalan bagi warganegara.
ii. Pasport bagi bukan warganegara beserta salinan fotostat maklumat diri dan tarikh
ketibaan di Malaysia.
iii. Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm) berlatar belakang
BIRU bagi setiap seorang.
iv. Sekiranya pemohon bertaraf Duda/Janda sila kemukakan Dekri Nisi Mutlak
7
v. Sekiranya pemohon bertaraf Duda/Balu sila kemukakan Sijil Kematian pasangan
vi. Pemohon bukan warganegara - kemukakan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan
dari negara pemohon yang telah diendorskan oleh pihak Kedutaan Malaysia di
negara pemohon ATAU Kedutaan negara pemohon di Malaysia seterusnya
disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra),
Putrajaya
Borang Permohonan – JPN.KC02
Bayaran:-
i. Sijil Perkahwinan = RM20.00
ii. Perakuan =RM10.00
PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PEMOHON BERAGAMA ISLAM
* Bagi yang bukan Muslim, mesti memeluk agama islam terlebih dahulu sebelum berkahwin
dengan seorang Muslim.
* Pendaftar Perkahwinan , Perceraian dan Rujuk hendaklah memastikan pasangan bagi
warganegara Malaysia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran
berkahwin telah menghadiri dan memiliki Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI.
Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin
Pengesahan Permohonan Berkahwin
i) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan pemohon yang membuat permohonan
kebenaran berkahwin adalah tinggal atau bermastautin di kawasan kariahnya.
8
ii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan permohonan untuk berkahwin
menggunakan borang yang ditetapkan.
iii) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan di isi dengan lengkap
oleh pemohon
iv) Penolong Pendaftar hendaklah memastikan borang permohonan kebenaran berkahwin
dilampirkan bersama dokumen-dokumen berkaitan seperti berikut:
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
- Surat akuan teruna yang dikeluarkan oleh majikannnya atau surat akuan sumpah teruna
sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki.
- Surat perakuan cerai jika pemohon bercerai hidup.
- Surat perakuan mati jika pemohon bercerai mati.
- Surat akuan memeluk agama Islam jika saudara baru.
- Surat kebenaran daripada Jabatan polis jika pemohon anggota polis.
- Surat kebenaran dari angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera.
9
V) Setelah berpuashati Penolong Pendaftar hendaklah mengesahkan status pemohon di
dalam ruang yang disediakan dalam borang permohonan perkahwinan berkenaan.
Kebenaran Permohonan Berkahwin
i) Pendaftar hendaklah menerima permohonan yang telah disahkan oleh penolong
pendaftar kecuali bagi sub peraturan ( iii )
ii) Pendaftar hendaklah memastikan borang perkahwinan diterima selewatnya tujuh hari
sebelum tarikh perkahwinan yang dicadangkan.
iii) Pendaftar boleh menerima borang permohonan perkahwinan bagi kes-kes tertentu.
iv) Setelah berpuashati Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran berkahwin melalui
catatan dalam borang permohonan bagi perkahwinan dalam negeri. Manakala bagi
permohonan perkahwinan luar negeri dan tempat lain dikeluarkan melalui surat
kebenaran.
Proses Permohonan Perkahwinan
Yang Memerlukan Kebenaran Mahkamah
i) Pendaftar hendaklah memastikan kes-kes berikut dirujuk kepada Mahkamah apabila:
a) Perempuan tidak mempunyai wali nasab atau wali enggan
b) Pasangan atau salah seorang kepada perkahwinan itu masih dibawah umur.
10
c) Perkahwinan itu secara poligami.
d) Perempuan yang bercerai dan belum disetubuhi oleh suami
( jika perkahwinan itu dalam tempoh iddah perceraian biasa )
ii) Pendaftar hendaklah menyemak permohonan tersebut sebelum dikemukakan ke
Mahkamah.
iii) Setelah berpuas hati terhadap borang permohonan berkahwin dan dokumen-dokumen
yang dilampirkan, Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat dan laporan kepada Pendaftar
Mahkamah melalui pemohon.
iv) Pendaftar hendaklah menguruskan perkahwinan setelah mendapat kebenaran daripada
Mahkamah.
Tempoh Sah Kebenaran Berkahwin
i) Pendaftar hendaklah mengeluarkan kebenaran kahwin bagi tempoh sembilan puluh(90)
hari dari tarikh dikeluarkan.
ii) Pendaftar boleh dengan permohonan melanjutkan tempoh sah kebenaran berkahwin
selama sembilan puluh ( 90 ) hari lagi bagi kes-kes tertentu.
iii) Pendaftar hendaklah memastikan bahawa kebenaran berkahwin lanjutan dibuat dalam
tempoh empat belas ( 14 ) hari dari tarikh tamat kebenaran berkahwin kali pertama.
11
iv) Pendaftar hendaklah memastikan permohonan lanjutan kebenaran berkahwin dibuat di
pejabat Pendaftar di mana kebenaran asal dikeluarkan.
v) Pendaftar hanya boleh menerima permohonan kebenaran berkahwin yang baru setelah
tamat tempoh lanjutan kebenaran berkahwin.
Akad Nikah
i) Pendaftar hendaklah memastikan akad nikah dilangsungkan dalam kariah di mana
perempuan itu tinggal atau bermastautin.
ii) Pendaftar boleh memberi kebenaran akad nikah dilangsungkan di tempat lain.
iii) Pendaftar hendaklah memastikan majlis akad nikah dilangsungkan oleh:
- Wali di hadapan Pendaftar.
- Wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar.
- Pendaftar sendiri sebagai wakil wali.
- Pendaftar sebagai Wali Raja ( Hakim ) bagi perempuan yang tidak ada wali nasab atau
wali enggan.
12
5.4 IMPLIKASI PERKAHWINAN CAMPUR
Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di Malaysia meninggalkan impak
bukan sahaja terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga terhadap masyarakat
sekeliling dan keadaan sosiologi sesebuah negara. Impak tersebut dapat dilihat daripada dua
sudut, iaitu sudut positif dan sudut negatif.
Kesan postif perkahwinan campur
Secara individu, pasangan dan ahli keluarga yang terlibat dapat mengetahui dan
mempelajari bangsa dan budaya lain. Selain itu, kadar maksiat seperti bersekedudukan juga
dapat dikurangkan. Dari aspek masyarakat pula, kahwin campur dapat menyebarkan dakwah
keagamaan, misalnya agama Islam. Ini kerana, apabila seseorang yang bukan Muslim ingin
berkahwin dengan seorang Muslim, beliau mesti menukar agamanya kepada agama Islam.
Dengan itu, dapatlah ajaran Islam yang murni dapat diajarkan kepada bukan Muslim tersebut
dengan harapan beliau akan mendapat hidayah daripada Allah. Secara tidak langsung, anak-anak
yang lahir dari hasil perkahwinan itu juga beragama Islam. Tambahan lagi, generasi yang lahir
dari perkahwinan campur juga tidak bersikap perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya
lain. Disebabkan terdapatnya variasi dalam keluarga, baka yang dihasilkan akan lebih berkualiti
dari segi fizikal dan mental. Dari aspek negara, kahwin campur dapat memupuk sikap perpaduan
dan keharmonian di antara kaum-kaum di negara ini. Di samping itu, ekonomi juga dapat dijana
melalui pelbagai upacara perkahwinan yang dijalankan.
Kesan negatif perkahwinan campur
Secara idealnya, perkahwinan campur dapat memupuk persefahaman antara pelbagai
kaum namun realitinya konflik kadang-kadang terjadi sekiranya pasangan tidak dapat mengadaptasi
13
perbezaan budaya, di tambah pula dengan tiadanya tolak ansur di antara kedua-dua belah pihak.
Pegangan agama juga mudah goyah dan sesat disebabkan terikut-ikut budaya asing yang lebih
terbuka. Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara pasangan dan ahli
keluarga dan kadangkala akan timbul pula masalah, khususnya bagi kita umat Islam. Jika pasangan
tersebut bukan Muslim tentulah sukar bagi kita untuk menerima sesetengah adat serta amalan yang
mereka lakukan. Misalnya, meminum arak, pergaulan bebas, berzina, berjudi adalah di antara
amalan biasa dalam era globalisasi ini.
Dari aspek masyarakat, akan wujud masalah perbalahan kaum disebabkan oleh sikap
etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain. Tambahan lagi, jika terdapat halangan keluarga, di
mana keluarga pasangan tidak mahu pasangan bertukar agama. Contohnya, hubungan kekeluargaan
yang erat dianggap penting dalam masyarakat Melayu justeru, mereka lebih gemar membina
hubungan perkahwinan dalam kelompok mereka sendiri. Masyarakat Melayu tidak menggalakkan
anak mereka mengahwini ‘orang luar’ seperti bangsa India atau Serani kerana dikhuatiri akan
kehilangan anak serta sering dipukul atau didera. Mereka juga khuatir jika anak-anak mahu
berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Mereka tidak mahu anak-anak ini terpengaruh
dengan ajaran agama lain dan yang paling membimbangkan mereka ialah anak-anak akan hilang
akidah lalu menganut agama lain. Antara risiko yang mungkin dihadapi juga adalah, peningkatan
kadar penceraian dan masalah sosial, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri
Dr. Rais Yatim berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini
antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur, hanya tiga berjaya.
Ringkasnya, bertambahnya kesedaran terhadap bangsa lain, warna kulit tidak lagi dilihat
sebagai adanya perbezaan. Perkahwinan antara bangsa berlainan adat, budaya dan agama ini
semakin diterima rakyat secara keseluruhan. Ikatan perkahwinan tidak kira sama ada yang
sebangsa atau pun tidak, masalah biasa alam perkahwinan tetap timbul. Setiap individu perlu
14
bersikap rasional dalam menangani masalah tersebut serta mencari jalan penyelesaian yang
terbaik.
5.5 PERKAHWINAN CAMPUR – MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM
Perbezaan dari segi Kaum (bukan muslim)
Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari dalam kalangan masyarakat.
Malaysia sendiri merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama. Perkahwinan
sebegini sama ada antara Melayu dengan Cina, India atau bangsa lain senegara melahirkan
generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya.
Perkahwinan campur yang melibatkan perbezaan bangsa (bukan muslim) dilihat menjadi
trend pada masa kini. Ini kerana ia melibatkan kebebasan terhadap dua pihak yang berkahwin
serta anak-anak mereka. Salah satunya adalah kebebasan beragama dan bangsa. Kedua-dua
pasangan yang berkahwin boleh memilih dan meneruskan agama dan budaya bangsa yang
masing-masing. Sementara itu, nama individu yang hendak berkahwin tidak perlu diubah.
Lantaran itu, perkahwinan campur jenis ini diterima baik oleh kedua-dua pihak keluarga yang
berkahwin. Kebiasaannya kedua-dua budaya bangsa dan agama diamalkan dalam keluarga
mereka. Jadi terpulanglah kepada anak-anak individu terbabit untuk memilih agama yang sesuai
dengan mereka.
Dari segi bahasa, kedua-dua jenis bahasa diamalkan dalam keluarga mereka. Anak-anak
pula lebih bersikap berfikiran terbuka dan dilihat memperolehi gen-gen yang baik daripada ibu
bapa mereka. Yang menariknya, dilihat pengambilan kedua-dua budaya turut diamalkan kedua-
dua pihak pasangan dan anaknya. Hal ini dapat dilihat melalui sambutan perayaan yang disambut
15
oleh kedua-dua pasangan yang berlainan bangsa/kaum. Ini membuktikan indentiti /jati diri
sebuah bangsa/kaum tidak terhapus walaupun telah berkahwin campur.
Perkahwinan campur seharusnya sudah menjadi gejala sosial yang biasa di Malaysia,
memandangkan perlunya interaksi dan saling bergantungan sesama kaum, lebih-lebih lagi setiap
kaum itu perlu hidup aman damai, selain ia juga boleh menjadi faktor penting dalam mengikis
perasaan perkauman. Pendek kata, dari perkahwinan campur diharap akan terbentuk generasi
baru dengan sikap yang lebih terbuka terhadap perbezaan antara kaum, maka dapat memahami
dan menerima budaya lain dengan lebih mudah. Itulah juga yang diharapkan daripada golongan
‘peranakan’ kerana mereka dijangka sudah memiliki perwatakan yang unik, selain mempunyai
pendirian yang lebih liberal. Pendek kata, mereka tidaklah ‘rigid’ kepada satu jenis kebudayaan
sahaja setelah mengamalkan percampuran budaya yang diwarisi (Serjit Sahib 1992: 3).
Antara Agama
Kebelakangan ini kita melihat bilangan perkahwinan campur semakin bertambah dalam
masyarakat kita. Perkahwinan campur di sini merujuk kepada seorang yang asal Islam ingin
berkahwin dengan seorang yang bukan Islam dan kemudiannya, pihak yang bukan Islam tersebut
telah memeluk Islam sebelum perkahwinan dan dikenali sebagai saudara baru. Saudara baru
tersebut boleh jadi dari pelbagai bangsa dan agama. Secara lazimnya, golongan berbangsa lain
yang kebiasaannya merupakan penganut agama lain akan memeluk agama Islam untuk
membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim. Jabatan Kefahaman Islam Malaysia
dan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan bantuan dalam soal
pemahaman Islam dan bimbingan untuk tujuan tersebut
16
Perkara seperti ini sebenarnya diterima dan ia selari serta tidak bercanggah dengan ajaran
Islam yang tidak membezakan di antara bangsa dan warna kulit. Ini kerana perkahwinan ini telah
memenuhi syarat utama di dalam Islam iaitu pasangan tersebut mestilah beragama Islam.
Larangan hanya terdapat di dalam perkahwinan dengan mereka yang bukan Islam. Pada dasarnya
Islam tidak melarang perkahwinan seumpama ini jika sekiranya pasangan tersebut sudah
memeluk Islam. Sebab pertamanya ialah pasangan itu berpeluang untuk berkenalan di antara
satu sama lain. Bukan sahaja dengan pasangannya bahkan seluruh keluarga yang terlibat dan ini
bertepatan dengan hikmah atau tujuan Allah mencipta manusia dari berbilang bangsa, puak dan
kaum.
Namun dari segi perkahwinan campur yang melibatkan agama iatu di antara non muslim
dan muslim berkait rapat dengan persepsi dalam masyarakat. Walaubagaimanapun terdapat
perubahan persepsi dalam masyarakat dahulu dan sekarang terhadap perkahwinan campur yang
melibatkan perbezaan agama iaitu agama Islam. Berikutan hal demikian, perkahwinan campur
berbeza agama kian diterima oleh masyarakat.
Di Malaysia, orang Islam di sinonimkan sebagai Melayu. Manakala orang Melayu adalah
diwajibkan beragama Islam. Rata-rata masyarakat dahulu, mempunyai strereotaip terhadap
bangsa lain. Masyarakat Cina menganggap orang Melayu adalah bangsa yang malas berusaha.
Melayu juga disinonimkan layu, maka berkahwin dengan orang Melayu dikatakan masuk
Melayu bukannya masuk Islam. Selain itu, tanggapan bahawa berkahwin dengan agama lain
hanya akan menghapuskan tradisi dan identiti bangsa itu contohnya, nama keluarga.
Malahan nenek moyang mereka akan marah pada si terbabit dan keturunannya.
Tambahan pula, masyarakat zaman dahulu kurang terdedah dan kurang bergaul dengan
17
masyarakat yang berbeza agama dan bangsa. Tahap pendidikan yang terbatas meyempitkan
fikiran mereka. Sekaligus menghalang usaha perkahwinan campur yang melibatkan perbezaan
iaitu agam Islam. Walaubagaimanapun, pada zaman abad ke 20 ini, perkahwinan campur
berbeza agama tidak asing di kalangan masyarakat. Masyarakat lebih terdedah dengan budaya
dan memahami sedikit sebanyak mengenai agama Islam. Masyarakat semakin memahami
bahawa bangsa dan budaya mereka tetap sama. Cuma yang berubahnya adalah agama yang
dianuti.
Jika galakan perkahwinan campur dimulakan dari sekarang dengan matlamat akan
lahirkan rakyat yang sedarah sedenyut nadi, maka dalam tempoh 50 tahun akan datang, Malaysia
akan mampu mewujudkan bangsa Malaysia. Namun, perkara yang perlu diberi perhatian serius
di sini ialah tentang komitmen suami terhadap isteri yang baru memeluk Islam. Isteri seharusnya
diberi kefahaman sebenar tentang Islam. Niat mereka perlu diperbetulkan. Memeluk Islam bukan
kerana ingin berkahwin tetapi kerana keyakinan dan kebenaran Islam yang telah mula dilihat.
Keyakinan, keikhlasan di dalam memeluk Islam adalah amat penting bagi menjamin seseorang
yang memeluk Islam kekal berada di dalam agama yang suci meskipun jodoh mereka
kadangkala tidak kekal.
Ramai yang memeluk Islam hanya kerana cinta dan ingin berkahwin tetapi apabila
berpisah lantas kembali kepada agama asal. Suami di dalam hal ini perlu memainkan peranan
mereka di dalam mendidik isteri agar benar-benar faham akan agama Islam yang suci ini.
Sememangnya di dalam perkahwinan, perceraian adalah antara perkara yang lumrah berlaku.
Namun, perkara seperti ini perlulah dijauhi. Amalan talak atau cerai adalah satu amalan yang
dibenci oleh Allah meskipun ia adalah harus pada hukum syarak
18
Terdapat juga kes-kes istimewa di Malaysia melibatkan seorang warganegara yang
beragama selain Islam yang telahpun berkahwin dan akhirnya memeluk agama Islam walaupun
pasangan dan keluarga tidak turut serta. Ini merupakan salah satu contoh perkahwinan campur
yang terdapat di negara kita. Datuk Faiza Thamby Chik, seorang mantan Hakim Mahkamah
Tinggi dalam ucaptamanya dalam sebuah konferens perundangan kekeluargaan antarabangsa
mengatakan perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannya tetap wujud
walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun Seksyen 51 Akta Mempebaharui Undang-
undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 membenarkan pasangan bukan Islam untuk
menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur- prosedur penceraian tidak
dijalankan
Perkahwinan adalah ikatan untuk hidup sepanjang hayat dan ia berkait rapat dengan
kesediaan menerima dan memberi hak dan tanggungjawab antara pasangan. Tidak dapat
dinafikan ada di antara pasangan kahwin campur yang berbahagia sehingga ke akhir hayat dan
menjadi contoh untuk pasangan lain.
19
6.0 HASIL KAJIAN
Kaedah Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi masyarakat mengenai
perkahwinan campur di Malaysia. Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu,
bahagian A, latar belakang responden, bahagian B, pengetahuan responden mengenai
perkahwinan campur dan bahagian C, pandangan responden tentang perkahwinan campur.
Borang ini mengandungi 19 soalan. (Lihat Lampiran A)
Sebanyak 30 orang responden yang terdiri daripada pelbagai fakulti di kampus Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Responden-
responden yang mengambil bahagian pula berumur dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun.
13%
43%20%
7%
10%
7%
Umur Responden
192021222325
Terdapat 8 orang responden lelaki dan 22 orang responden perempuan yang terlibat
dalam soal selidik ini. Manakala, terdapat 22 orang responden dari bangsa Melayu, 3 orang dari
bangsa Cina, seorang dari bangsa India dan 3 orang dari lain-lain bangsa.
20
77%
10%
3%
10%
Kaum Responden
MelayuCinaIndiaLain-Lain
Terdapat 24 orang responden yang beragama Islam, 3 orang yang beragama Buddha,
seorang beragama Hindu, Kristian dan lain-lain agama.
80%
10%
3%3% 3%
Agama Responden
IslamBuddhaHinduKristianLain-lain
21
Bahagian B merujuk kepada pengetahuan responden tentang perkahwinan campur.
Bahagian ini terdiri daripada 5 soalan. Soalan 1, ‘adakah anda tahu apa itu perkahwinan
campur?’. Sebanyak 29 orang responden menjawab Ya, dan seorang menjawab Tidak.
97%
3%
1. Adakah anda tahu apa itu perkahwinan campur?
YaTidak
Soalan 2 tentang pengetahuan responden terhadap sejarah perkahwinan campur.
Sebanyak 22 orang responden menjawab Tidak dan 8 orang menjawab Ya.
22
27%
73%
2. Adakah anda tahu tentang sejarah perkahwinan campur?
YaTidak
Soalan 3 dan soalan 4 pula tentang pengetahuan responden mengenai perkahwinan
campur dari sudut agama.
83%
17%
3. Adakah agama anda membenarkan anda berkahwin campur?
YaTidak
23
73%
27%
4. Sekiranya anda berkahwin campur, adakah pasangan anda perlu menukar agama?
YaTidak
Soalan 5 pula adalah tentang pengetahuan responden mengenai undang-undang dan
prosedur untuk berkahwin campur di Malaysia. Sebanyak 6 orang responden telah menjawab Ya,
manakala 24 orang lagi menjawab Tidak.
20%
80%
5. Adakah anda tahu prosedur untuk berkahwin dengan bangsa berlainan di ne-
gara ini?
YaTidak
24
Bahagian C pula berkisar tentang pendangan responden terhadap isu-isu berkaitan
perkahwinan campur. Bahagian ini mempunyai 14 soalan. Soalan 1 hingga 4 berkaitan dengan
penerimaan responden sekiranya diri sendiri, rakan atau ahli keluarga berkahwin dengan bangsa
berlainan.
70%
30%
1. Adakah anda ingin atau tidak kisah untuk berkahwin campur?
YaTidak
93%
7%
2. Bolehkan anda menerima sekiranya rakan anda berkahwin campur?
YaTidak
25
90%
10%
3. Adakah anda dapat menerima perkahwinan campur dalam keluarga anda sendiri?
YaTidak
47%53%
4. Adakah anda memilih bangsa sekiranya anda, rakan atau keluarga anda ingin
berkahwin campur?
YaTidak
Soalan 5 hingga 10 pula merangkumi isu-isu terkini dan permasalahan berkaitan
perkahwinan campur dan pendapat masyarakat samada bersetuju atau tidak.
26
83%
17%
5. Bolehkan perkahwinan campur bertahan lama?
YaTidak
87%
13%
6. Adakah perkahwinan campur mempunyai lebih banyak konflik daripada perkahwinan
biasa?
YaTidak
27
73%
27%
7. Bolehkah perkahwinan campur meng-hasilkan zuriat yang lebih cerdik berbanding
perkahwinan biasa?
YaTidak
43%
57%
8. Adakah anda bersetuju dengan seruan kera-jaan untuk mewujudkan konsep 1 Malaysia
melalui perkahwinan campur?
YaTidak
28
27%
73%
9. Adakah perkahwinan campur boleh menghi-langkan identiti sesebuah bangsa?
YaTidak
43%
57%
10. Adakah bahasa akan menjadi masalah dalam keluarga perkahwinan campur?
YaTidak
Soalan 11 hingga 14 pula berkaitan tentang persepsi masyarakat terhadap bengsa
berlainan dan implikasi berkahwin dengan mereka.
29
47%
53%
11. Pasangan dari bangsa India cenderung untuk melakukan keganasan rumah tangga.
YaTidak
57%
43%
12. Keluarga pasangan dari bangsa Melayu lebih sukar untuk menerima bangsa lain.
YaTidak
30
57%
43%
13. Pasangan dari bangsa Cina tidak sanggup mengadaptasi gaya hidup pasangan.
YaTidak
37%
63%
14. Pasangan orang asli Malaysia tidak boleh menerima perubahan dari segi permodenan
YaTidak
Hasil kajian ini mendedahkan pelbagai respon dan tanggapan masyarakat, mahasiswa
UKM khususnya mengenai isu-isu berkaitan perkahwinan campur.
31
7.0 RUMUSAN
Perkahwinan campur kini merupakan suatu yang sering kita dengar dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Namun begitu, masyarakat secara umumnya masih sangsi dengan
keberkesanan penyatuan dua budaya yang berbeza sama ada dari segi bangsa atau agama.
Pandangan masyarakat yang skeptikal dan masih berfikiran tertutup juga menyumbang kepada
kesukaran pasangan dalam perkahwinan campur dalam menjalani hidup seharian.
Masyarakat muslim di Malaysia sendiri sering beranggapan bahawa golongan bukan Muslim
yang memeluk Islam hanyalah semata- mata untuk perkahwinan sekaligus melemahkan
semangat saudara baru ini untuk lebih mendalami Islam.
Tekanan dari pihak sekeliling juga menjadi penyumbang mengapa kadang- kala saudara
baru seagama ini kembali kepada kepercayaan lama sekali gus membawa kepada keruntuhan
perkahwinan dan kemusnahan unit keluarga. Pihak berkuasa juga memainkan peranan dalam
memastikan perkahwinan campur antara kaum atau agama untuk berjaya. Saluran - saluran
bantuan untuk tujuan tersebut tidak diwar-warkan secara luas mengakibatkan ramai pasangan
yang menjadi tawar hati untuk meneruskan perkahwinan campur.
Dalam memupuk keharmonian antara semua kaum di Malaysia, harus wujud sikap
memahami dan bertolak ansur dalam diri masing-masing. Kegagalan sesebuah perkahwinan
campur tidak seharusnya dijadikan faktor prejudis dan sterotaip terhadap sesuatu kaum.
Kerjasama dari semua pihak perlu dalam menjayakan perpaduan di Malaysia melalui kahwin
campur.
32
33