tesis sejarah perkahwinan campur di malaysia

26
1 Keunikan Perkahwinan Penganut Agama Kristian Dalam Kalangan Masyarakat Bangsa India Di Bandar Taiping, Perak. SINOPSIS Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat unik dan penting. Bermula dari zaman Adam dan Hawa hingga kini generasi ke generasi semakin berkembang melalui perkahwinan. Kajian ini bertujuan melihat keunikan perkahwinan penganut agama Kristian dalam kalangan masyarakat bangsa India di bandar Taiping, Perak. Tumpuan kajian  adalah mengenalpasti adat istiadat dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan Kristian masyarakat ini dan persamaan budaya atau tradisi yang diamalkan dalam kalangan masyarakat bangsa India  beragama Kristian dengan Hindu dalam melakukan upacara perkahwinan. Kawasan kajian dipilih kerana lokasinya yang strategik dan relevan dengan subjek kajian. Kaedah kualitatif  seperti temubual, pemerhatian dan kaedah perpustakaan digunakan.

Upload: cikgu-bala

Post on 18-Oct-2015

199 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perkahwinan Kristian Di malaysia

TRANSCRIPT

Keunikan Perkahwinan Penganut Agama Kristian Dalam Kalangan Masyarakat Bangsa India Di Bandar Taiping, Perak.

SINOPSIS

Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat unik dan penting. Bermula dari zaman Adam dan Hawa hingga kini generasi ke generasi semakin berkembang melalui perkahwinan. Kajian ini bertujuan melihat keunikan perkahwinan penganut agama Kristian dalam kalangan masyarakat bangsa India di bandar Taiping, Perak. Tumpuan kajian adalah mengenalpasti adat istiadat dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan Kristian masyarakat ini dan persamaan budaya atau tradisi yang diamalkan dalam kalangan masyarakat bangsa India beragama Kristian dengan Hindu dalam melakukan upacara perkahwinan. Kawasan kajian dipilih kerana lokasinya yang strategik dan relevan dengan subjek kajian. Kaedah kualitatif seperti temubual, pemerhatian dan kaedah perpustakaan digunakan.

KANDUNGAN HalamanSINOPSIS1KANDUNGAN 2-3

SENARAI PETA4SENARAI RAJAH4SENARAI JADUAL5

SENARAI FOTO6PENGHARGAAN7

1.0 PENGENALAN81.1 OBJEKTIF KAJIAN8

2.0LOKASI KAJIAN92.1 DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA10-112.2HUTAN PAYA BAKAU KUALA SEPETANG PERAK12-13

3.0KAEDAH KAJIAN133.1PERSAMPELAN143.2PENGUMPULAN DATA143.2.1 Data Sekunder143.2.2Data Primer153.3TEKNIK PENGANALISAAN DATA16

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Tarmizi selaku penyelia saya atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar beliau amat dihargai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kepada ibu bapa tercinta iaitu Encik Anthonisamy a/l Arokiasamy dan Puan Adilachami a/p Pencilkan kerana banyak membantu dan tidak jemu memberikan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan moral dan kewangan. Tidak lupa juga buat saudara mara yang dikasihi dan pasangan yang baru berkahwin saudara Arun Peter dan saudari Noweeltina Anthony yang banyak memberi kerjasama dalam menyempurnakan kerja kursus ini.Penghargaan ini juga buat kawan-kawan yang disayangi, Balakrishnan a/l Arumugam dan Malaniysamy a/l Baskaran , terima kasih kerana sudi membantu. Jasa anda semua amat dihargai.Sekian, Terima kasih kepada semua.1.0 PENGENALAN

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.Top of Form

Perkahwinan Kristian ialah satu hubungan persepakatan, bukan suatu kontrak. Untuk tujuan ini, lambang persepakatan Tuhan dengan Abraham di Genesis 15 dirujuk dalam kebanyakan perkahwinan biasa tradisi hari ini. Perkahwinan ini sah selepas pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

1.1OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

i. Mengenalpasti adat istiadat yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan Kristian dalam kalangan masyarakat penganut agama Kristian berbangsa India di bandar Taiping.

ii. Mengenalpasti persamaan budaya atau tradisi yang diamalkan dalam kalangan masyarakat bangsa India beragama Kristian dengan Hindu dalam melakukan upacara perkahwinan.

2.0LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan kajian ini adalah berfokus di bandar Taiping yang terdapat di Daerah Larut,Matang dan Selama Perak. Lokasinya terletak di antara kira-kira 84 km dari Bandaraya Ipoh melalui Jalan Ipoh Taiping dan 77 km dari Pulau Pinang. Kira-kira 3.5 jam memandu di Lebuhraya Utara Selatan dari Kuala Lumpur. Keluar di persimpangan Changkat Jering, dan memandu ke Jalan Simpang .

Peta 1 : Bandar Taiping PerakSumber: http://maps.google.com

2.1 BANDAR TAIPING

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.Mengikut sejarah, bandar Taiping telah dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada awal tahun 1880-an yang mana pada ketika itu, daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sg. Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut. Pada 1880-an ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.Pada 1937 Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak.

2.2 DEFINISI TERMINILOGI

Bagi konteks tesis ini, takrif terminologi berikut diguna pakai.a) Adati) Penggunaan istilah adat resam adalah bermaksud adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat resam seperti makan bertertib, bersopan santun ketika bertutur adalah menjadi sifat dan tabiat manusia secara semula jadi yang diikuti turun-temurun (Teuku Iskandar , 1984, 975).ii) Pendapat di atas berkait pula dengan pendapat yang mengatakan adat resam adalah kebiasaan daripada suatu perbuatan yang diulang-ulangkan dan telah diterima oleh masyarakat sebagai suatu peraturan hidup yang mesti dipatuhi (Van Dijk, 1974,4).iii) Manakala perkataan adat dalam Bahasa Inggeris iaitu custom mamberi maksud suatu adat dan kebiasaan (Mansur Ahmad Saman,1997 )

b) Budaya i) Setengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996).ii) Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985). iii) Perkataan budaya di dalam Bahasa Inggeris disebut culture yang memberi maksud kebudayaan (Mansur Ahmad Saman,1997 ).

c) Tradisionali) Traditional memberi maksud suatu tradisi, kepercayaan, adat resam dan suatu adat tradisional yang menurut adat resam dan kebiasaan ( Mansur Ahmad Saman,1997 )

3.0KAEDAH KAJIAN Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan/objektif kajian dengan hasil kajian. Rekabentuk kajian adalah kaedah bagi membolehkan maklumat diperolehi untuk menjawab masalah kajian yang dibina. Rekabentuk kajian adalah sebagai keseluruhan rangkakerja penyelidikan bagi menjawab dan mencapai objektif kajian. Kajian tinjauan (survey) berbentuk deskriptif ini dilaksanakan untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap perkahwinan penganut agama Kristian dalam kalangan masyarakat bangsa India di bandar Taiping Perak. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995). Kajian ini menggunakan pemerhatian dan temubual untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan.. Penggunaan temubual merupakan cara yang menjimatkan masa untuk mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

3.2 INSTRUMENT KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, yang mana isu yang dikaji adalah menfokuskan kepada persepsi penduduk terhadap perkahwinan penganut agama Kristian dalam kalangan masyarakat bangsa India di bandar Taiping, Perak. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temuramah, yang mana kajian ini menumpukan kepada aspek aspek seperti apakah adat dan budaya yang diamalkan, bila, di mana dan bagaimana ia dilakukan.

3.3 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan temu bual dan pemerhatian. Soalan temu bual telah dibentuk untuk mendapatkan persepsi penduduk terhadap perkahwinan penganut agama Kristian dalam kalangan masyarakat bangsa India di bandar Taiping, Perak.

3.3.1Data Sekunder

Data sekunder diperoleh dari Perpustakaan dan Majlis Perbandaran Taiping. Data-data penting termasuklah buku-buku, majalah, keratan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain. Selain itu, peta dan gambar diperoleh daripada laman sesawang peta google dan album perkahwinan.

3.3.2Data Primer

Kaedah temubual bersemuka dilakukan dengan penduduk tempatan, ibu bapa dan saudara mara pengantin. Selain itu, kaedah pemerhatian turut digunakan untuk meninjau keadaan rumah perkahwinan.

SOALAN-SOALAN UNTUK TEMUBUAL PENDUDUK BANDAR TAIPING1) Apakah adat-adat yang masih diamalkan oleh penduduk kaum India beragama Kristian bandar Taiping ?2) Apakah adat resam dan budaya tradisional yang diamalkan oleh masyarakat ini yang mempunyai persamaan dengan adat perkahwinan kaum India yang beragama Hindu?

PROSEDUR KAJIAN

Setelah soalan temubual dibaiki, penyelidik sendiri telah menemubual responden iaitu penduduk di bandar Taiping. Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah:

i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan responden bagi setiap kursus. ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian yang dijalankan. iii. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soalan temubual.

4.0DAPATAN KAJIANI. Adat Istiadat Sebelum, Semasa Dan Selepas Perkahwinan Penganut Agama Kristian Berbangsa India Di Bandar Taiping, Perak.Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Begitu juga dengan kaum India yang menganuti agama kristian mempunyai tradisi mereka yang tersendiri, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India beragama kristian di Bandar Taiping secara umum.

4.1 Sebelum Perkahwinan

4.1.1 Merisika) Adat MerisikMerupakan permulaan adat perkahwinan yang juga proses awal untuk menentukan calon gadis bakal tunang seseorang teruna. Adat merisik adalah istilah komunikasi lisan yang difahami oleh penduduk bandar Taiping tersebut yang memberikan pengertian bahawa seseorang gadis itu sedang diintip, diselidiki ataupun ditinjau oleh wakil pihak lelaki ataupun lelaki itu .Apabila seseorang berhajat untuk berkahwin, ibu bapanya akan melantik wakil daripada keluarga ibu bapanya sendiri ataupun jiran tetangga untuk merisik seseorang gadis untuk dijadikan calon isteri. Rupa paras dan tingkah laku merupakan ciri-ciri penting yang diperlihatkan sebagai penilaian oleh wakil yang mengintip. Perbuatan mengintip dalam adat merisik merupakan komunikasi bukan lisan iaitu gadis itu menjadi objek yang dinilai melalui tingkah laku, cara berjalan, cara pertuturan dan sebagainya.

Setelah pemerhatian dibuat dalam adat merisik, si pemerhati akan melaporkan keputusan itu kepada ibu bapa si pemuda. Biasanya wakil yang membuat tinjauan itu berpengalaman melihat tingkah laku seseorang gadis sama ada sesuai ataupun serasi dengan pemuda itu.

4.1.2 Kunjungan Ke Rumah PengantinAdat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat ini juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

4.1.3 Ikat JanjiIkat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambulam mattruthal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga dan bertukar cincin. Selepas itu, paderi akan berdoa dengan semua hadirin dan jamuan kecil diadakan.

Hantaran Pertunangan

Cincin Pertunangan

Pengansebelum perkahwinancincin kepada pengatin permpuanntin Lelaki Mensebelum perkahwinancincin kepada pengatin permpuannyarungkan Cincin Kepada Pengatin Perempuan

4.1.4 Kad JemputanKad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India beragana Kristian bandar Taiping. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Kristian. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

sebelum perkahwinancincin kepada pengatin permpuannsebelum perkahwinancincin kepada pengatin permpuannKad Jemputan Kahwin4.2 Semasa PerkahwinanMerupakan upacara kemuncak bagi pasangan pengantin yang disatukan, mereka disahkan menjadi suami isteri mengikut adat. Dalam adat perkahwinan, pengantin akan melalui tiga proses adat iaitu tahap pertama penyerahan , tahap kedua mengikat thali, tahap ketiga adat bersanding dan makan malam besar. Ketiga-tiga tahap dalam proses adat perkahwinan ini dijalankan mengikut tertib. 4.2.1 Penyerahan Pengantin Perempuan Oleh Bapa Atau Abang. Merupakan adat wajib kerana adat ini menggambarkan kesucian kedaraan pengantin tersebut . Adat ini dilakukan sebelum melakukan majlis mengikat thali. Adab ini juga merupakan penyempurnaan tanggungjawab pihak pengantin perempuan. Kini anak dara mereka diserahkan sepenuhnya kepada bakal suami. Pengantin perempuan wajib mengenakan saree sutera yang tinggi nilainya berserta veil atau kain putih halus menutupi kepala dan muka. Veil atau tudung melambangkan kedaraan mereka. Tudung melindungi rambut dan muka menjadi satu rujukan simbolik bagi kedaraan pengantin perempuan selepas itu.

4.2.2 Adat Mengikat ThaliMerupakan satu upacara kemuncak dalam perkahwinan masyarakat ini. Si suami mengikat thali pada leher isteri setelah selesai bacaan doa thali dan perestuan oleh paderi. Kebiasaannya, majlis ini diadakan di hadapan tempat pemujaan Tuhan dalam gereja. Peristiwa ini yang disaksikan oleh ibu bapa pengantin perempuan dan pengantin lelaki serta semua hadirin. Thali melambangkan ikatan kesatuan antara suami dan isteri. Perempuan yang sudah berkahwin berhak untuk memakai thali sepanjang hidup mereka kerana diyakini bahawa ia akan meningkatkan kesejahteraan suami dan keluarga dan tidak boleh dipaparkan di depan umum. Hal ini juga dianggap bahawa thali melindungi institusi perkahwinan dari segala kejahatan. Tiga simpul melambangkan tiga aspek yang berbeza pada seseorang wanita yang berkahwin. Simpulan pertama merupakan ketaatan pada suami, yang kedua untuk orang tuanya dan ketiga merupakan dirinya menghormati Tuhan.

Adat Mengikat Thali

ThaliThali terdiri daripada benang kuning atau rantai emas dengan menggantungkan loket emas dan dipersiapkan dengan lambang Kristus. Boleh dikatakan bahawa thaali setanding dengan cincin dalam perkahwinan orang Barat. Seorang wanita yang sudah berkahwin diharapkan untuk memakai thaali sehingga kematian suaminya. Dharanam Mangalya atau Kattu Thaali bermaksud mengikat mangalya atau thaali adalah upacara yang paling penting dalam sebuah perkahwinan masyarakat ini.

4.2.3 Adat Bersanding/ Makan Malam Besar Merupakan tahap terakhir dalam adat perkahwinan. Kebiasaannya, kedua-dua mempelai akan dibawa untuk pengamatan orang ramai. Orang-orang yang berpeluang menghadiri perkahwinan dapat peluang untuk berjumpa mempelai. Kemudian kedua-dua mempelai akan dibawa duduk di pelamin yang telah disediakan di hadapan para hadirin. Ketika itu,kedua-dua pengantin diperlakukan seolah-olah mereka sebagai raja. Jamuan makan besar ini biasanya diadakan oleh pihak pengantin perempuan. Majlis ini dimeriahkan dengan lagu dan pelbagai tarian. Majlis ini akan sentiasa menjadi kenangan manis kepada pasangan suami isteri tersebut.

Adat Bersanding

Makan malam besa

4.3 Selepas Majlis Perkahwinan

Merupakan adat yang diamalkan oleh masyarakat India beragama Kristian di bandar Taiping selepas selesai adat perkahwinan. Kebiasaannya sanak saudara pengantin akan mengundang kedua-dua mempelai ke rumah mereka. Adat menziarah ini dilakukan bertujuan merapatkan lagi silaturahin sesama keluarga dan jiran tetangga. Selepas itu pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan mengadakan jamuan sebagai tanda hormat kepada pasangan suami isteri.

II. Mengenalpasti Persamaan Budaya Atau Tradisi Yang Diamalkan Dalam Kalangan Masyarakat Bangsa India Beragama Kristian Dengan Hindu Dalam Melakukan Upacara Perkahwinan

Terdapat beberapa persamaan dalam upacara perkahwinan kaum India beragama Hindu dapat dikenalpasti melalui kajian yang telah dijalankan, antaranya adalah :

5.1 Pemakaian Sari Pada Hari Perkahwinan Masyarakat India yang beragama Hindu memang sudah lama dikenali dengan pakaian tradisional mereka iaitu sari, sudah menjadi amalan mereka sejak turun-temurun mengenakan sari pada hari perkahwinan. Amalan ini juga diikuti oleh masyarakat India beragama Kristian di bandar Taiping. Ini menunjukkan amalan tradisi dijadikan ikon masyarakat kaum India di bandar Taiping walaupun agama yang dianuti berbeza.

Pemakaian Sari Pada Hari Perkahwinan

5.2 Mengikat Thali Thali merupakan komponen yang penting dalam adat perkahwinan penganut beragama Hindu, dimana ia melambangkan ikatan padu dan suci antara suami isteri. Adat ini juga diamalkan dan diambil kira secara serius oleh masyarakat India beragama Kristian dibandar Taiping.

5.3 Adat Menukar Kalungan Bunga Terdapat persamaan juga dalam adat pertukaran kalung bunga antara masyarakat beragama Hindu dan masyarakat India beragama Kristian di bandar Taiping. Kedua-dua masyarakat ini melakukan adat ini dalam upacara perkahwinan masing-masing untuk maksud yang sama.

Adat menukar kalung bunga

6.0 KesimpulanKajian bertujuan mengenalpasti persepsi. Mengenalpasti adat istiadat yang dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan Kristian dalam kalangan masyarakat penganut agama Kristian berbangsa India di bandar Taiping dan mengenalpasti persamaan budaya atau tradisi yang diamalkan dalam kalangan masyarakat bangsa India beragama Kristian dengan Hindu dalam melakukan upacara perkahwinan.Konklusinya, sebagaimana kaum-kaum lain di Malaysia, kaum India juga mempunyai adat resam perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu berlaku, terdapat beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya kaum India itu sendiri. Adat resam dan tradisi memainkan peranan penting dalam mengekalkan budaya. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam konteks masyarakat kaum India beragama Kristian di bandar Taiping yang masih mewarisi budaya kaum India, walaupun mereka menganuti agama Kristian. Mereka tidak mengamalkan budaya barat walaupun kebanyakkan upacara perkahwinan Kristian dilaksanakan mengikut budaya barat. Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan, tidak ada banyak perbezaan antara perkahwinan kaum India beragama Hindu dengan kaum India yang beragama Kristian. Memandangkan Malaysia merupakan satu negara yang unik dan kaya dengan budaya masyarakat majmuknya, perkahwinan semupama ini menambahkan lagi keceriaan warna budaya masyarakat majmuk negara Malaysia yang harmoni sentiasa.

RUJUKAN

Buku

Che Su Mustaffa, Abdul Rahman Abdul Aziz, Rohani Ab. Ghani, Jamaludin Mustaffa, Nuredayu Omar. ( 2005). Isu-Isu Budaya Dalam Pembangunan Sosial. Sintok. Universiti Utara Malaysia.

Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi. ( 2006 ). Ajaran Sesat Di Negeri Terengganu, Kajian Terhadap Faktor Penyebaran dan Langkah Mengatasinya. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Joyce M. Hawkins. ( 1991 ). Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Taib Osman, Wan Kadir Yusoff. (1987). Kajian Budaya Dan Masyarakat Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia.

Internet http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm

http://www.ashtech.com.my/adat/

http://yudhim.blogspot.com/2008/01/pengertian-kebudayaan.html

http://pmr.penerangan.gov.my/images/stories/ingin_tahu/budaya/thali2.jpg

25