perkahwinan

27
BERPEGANG TEGUH PADA ADAT RESAM UPACARA PERINGKAT PERKAHWINAN AKAN DIJALANKAN DGN MERIAH DAN PENUH ADAT ISTIADAT. TERDAPAT PELBAGAI PERINGKAT DLM UPACARA PERKAHWINAN.

Upload: tinagaran-magisparan

Post on 23-Jun-2015

2.170 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkahwinan

 

BERPEGANG TEGUH PADA ADAT RESAM

UPACARA PERINGKAT PERKAHWINAN AKAN DIJALANKAN DGN MERIAH DAN PENUH ADAT ISTIADAT.

TERDAPAT PELBAGAI PERINGKAT DLM UPACARA PERKAHWINAN.

Page 2: Perkahwinan

AKAD NIKAH

upacara dijalankan slps perjanjian yg dikenakan kpd pihak lelaki dilaksanakan sprt wang belanja dan

mas kahwin.

dijalankan di masjid, pejabat kadi dan rumah pengantin perempuan.

upacara dijalankan oleh tok kadi atau imam.

bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali utk menikahkan anaknya.

ia blh diwakili oleh tok kadi atau imam.

majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.

tok imam atau tok kadi akan:-

• menemui pengantin perempuan bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan ini.

• membacakan khutbah nikah

• bacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki

mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya.

lafaz nikah berbunyi "aku nikahkan dikau(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak

(mengikut negeri) tunai" dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "aku terima nikahnya..

(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi).

doa selamat akan dibaca sebagai tanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat

diijabkabul.

pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang.

si suami akan menyarungkan cincin atau rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias

indah sambil keduanya bersalaman

Page 3: Perkahwinan

ADAT BERINAI

adat berinai akan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar.

beras kunyit dan bertih ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin.

jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.

bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar.

adat berinai

• ia diadakan secara berperingkat-peringkat.

berinai curi

• diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.

berinai kecil

• diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

berinai besar

• diadakan selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

selepas adat berinai besar pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan.

pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak.

Page 4: Perkahwinan

MAJLIS PERKAHWINAN 

majlis perkahwinan dikenali sebagai hari bersanding.

mempelai akan memakai baju songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali.

pengantin perempuan akan diandam oleh mak andam.

pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga

manggar dari rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan.

kedatangan rombongan pengantin lelaki akan disambut dengan taburan beras

kunyit.

pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang

sediakan untuk adat bersanding.

wakil pengantin lelaki perlu membayar tebus pintu atau tebus pelamin.

majlis makan berdamai dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa atau

air limau.

seminggu selepas perkahwinan adat menyambut menantu akan diadakan.

ia dijalankan dengan hanya mengadakan doa selamat.

beberapa hari kemudian, pasangan suami-isteri akan dibawa melawat ke rumah

kaum keluarga dan sanak saudara.

tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim

Page 5: Perkahwinan

Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga

Pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.

Terdapat dua bentuk perkahwinan :

Eksplisit→ perkahwinan yang diatur ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin)

Implisit→ perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih

pasangan masing-masing.

Page 6: Perkahwinan

MERISIK

ia dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.

perbincangan diadakan di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.

MEMINANG

seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan

perkahwinan.

ibu pengantin berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan

makan dan memilih hari yang paling sesuai.

ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak

perempuan.

setelah kedua-dua pihak saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

Page 7: Perkahwinan

BERTUNANG

hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar cina

ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan pengantin.

tarikh ditetapkan berpandukan kepada sebuah buku iaitu toong-su

upacara bertukar cincin dilakukan

◦ disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.

bagi membukitkan persetujuan,

◦ gadis menyerahkan nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada

tukang tilik

◦ nyen-sang kepunyaan si gadis akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang

pihak lelaki.

tukang tilik akan,

◦ menghitung kedua-dua nyen-sang pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.

◦ membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan.

◦ menye diakan dua keping nyik-kor dan diber ikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. nyik-

kor mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin

merangkumi adat-adat tertentu.

hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai.

pihak lelaki menyediakan sejumlah besar wang tunai akan diberi kepada pengantin perempuan

hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan

Page 8: Perkahwinan

MAJLIS PERKAHWINAN

akan dilangsungkan setelah setahun bertunang

Jika terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan

pada tahun hadapan

Pakaian pengantin:-

◦ diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.

◦ berwarna putih, kuning, dan merah.

Pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan

Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu

Pengantin sama – sama memperkenalkan keluarga masing – masing.

Kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua.

Upacara meminum teh sangat penting bagi mengeratkan hubungan keluarga.

Pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki.

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan yang

diadakan di dewan, restoran, atau di rumah.

Sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan

iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

Page 9: Perkahwinan
Page 10: Perkahwinan

MERISIK

Beberapa aspek diberi perhatian iaitu etnik, sub etnik, kasta dan agama.

Bagi mengetahui latar belakang keluarga pengantin mereka dibantu oleh tirumana taraga.

KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN

Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa

dan perawakan calon isterinya.

Ia dipanggil sebagai sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal

isteri

Barangan yang dibawa bersama

◦ sirih

◦ kelapa

◦ pinang

◦ cendana

◦ buah – buahan

◦ serbuk kum kum

Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman

Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan tetapi pengantin perempuan tidak turut serta.

Page 11: Perkahwinan

KAJI KECOCOKAN PENGANTIN

ia dikenali sebagai thairumanam poruttam paartal

daripada 21 kesesuaian dan tilikan agama hindu masih lagi yang diamalkan ialah :

◦ natcattira poruttam,

◦ kana poruttam,

◦ mahentira poruttam

◦ pentiikka poruttam,

◦ yooni poruttam,

◦ raasi poruttam,

◦ raasiyaati paati poruttam,

◦ vaiya poruttam,

◦ racau poruttam

◦ veetai poruttam.

IKAT JANJI

dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dengan hantaran

bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut.

bakal pengantin lelaki akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal

pengantin perempuan

tarikh perkahwinan akan diumumkan didepan orang ramai.

kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal sebagai tanda

ikatan.

pertukaran kalungan bunga akan dilaksanakan.

Page 12: Perkahwinan

PARISAM

dibahagi kepada dua:-

◦ parisam → pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan

◦ udan parisam→ pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum

perkahwinan dilangsungkan.

parisam umpama sebuah majlis pertunangan.

hantaran yang diambil ke rumah pengantin perempuan akan disediakan oleh chumangali.

rombongan lelaki diikuti muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan.

pihak perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum

lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai

menunjukkan kurniaan tuhan.

bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya.

pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan.

bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu.

kalungan tunggal ialah pengantin perempuan akan dikalungkan bunga malai oleh saudara mara.

Page 13: Perkahwinan

KAD JEMPUTAN

dibuat berdasarkan almanak Hindu.

disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian

dibawa bersama ke kuil untuk bersembahyang (arccanai) dalam bilangan yang ganjil.

Paanam paaku, kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang untuk diberi kepada

pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya.

PENYEDIAAN THAALI (TJRUMAANGGALYAM)

lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan

diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit.

Terdapat pelbagai jenis thaali

◦ ingath thaali,

◦ pottut thaali,

◦ ennant thaali

Page 14: Perkahwinan

MUKUURTTA KAAL

dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan.

diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India

menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu

tersebut dari pangkal hingga hujung

hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah

sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan

dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci agar kekal hingga ke akhir hayat

Terdapat tiga jenis perkahwinan:

Vaitikat Thairumanam,

Tamil Thairumanam

Diya Thairumanam

Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua

Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga paras

dada.

menghormati dan mendapat restu dengan mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa)

pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu

bercampur pisang di dalam sebiji gelas.

Page 15: Perkahwinan

SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN

pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami

pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.

jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah perkahwinan.

Page 16: Perkahwinan
Page 17: Perkahwinan

PENGENALAN

Kaum perempuan ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak lebih daripada usia kaum lelaki

bakal pengantin perempuan perlu mengikut suami, dengan kata lain bakal isteri perlu memasuki suku

kaum suami.

HANTAR TANDA

Hari menghantar tanda diketuai oleh seorang wakil ketua kampong

menghantar cincin tanda ini dilakukan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.

Page 18: Perkahwinan

MEMINANG

upacara meminang diwakili oleh Tok Batin/ Jenang/Penghuhu/Jungkerah dan Penggawa sekiranya berlainan suku

kaum

mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar

UPACARA PERKAHWINAN

dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua mempelai yang bertujuan membuang sial

membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing.

pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai

pelamin diperbuat daripada anyaman daun kelapa atau rumbia

semua ahli keluarga akan menepung tawar pengantin dengan merenjis air mawar dan pulut sebagai merestui

perkahwinan

pengantin mengikut pakaian tradisional

aksesori yang dipakai oleh pengantin perempuan ialah gelang, kalung yang diperbuat daripada manik-manik

lilitan kepala pula diperbuat daripada daun

akhirnya upacara memandikan kedua-dua mempelai sebagai tanda mereka selamat dikahwinkan.

Page 19: Perkahwinan

SELEPAS PERKAHWINAN

pengantin perempuan akan mendiami rumah pengantin lelaki beberapa hari sebelum pulang ke rumah

pengantin perempuan

Kunjungan dari rumah pengantin lelaki dan perempuan adalah sebagai mendekatkan lagi tali

kekeluargaan

Page 20: Perkahwinan

PERSAMAAN

BUDAYA DAN ADAT RESAM

DALAM PERKAHWINAN MASYARAKAT MALAYSIA

Masyarakat melayu

Masyarakat india

Masyarakat cina

Masyarakat orang asli

Menyarungkan cincin tanda disahkan menjadi suami isteri.

Mengadakan majlis perkahwinan

Mengadakan majlis makan berdamai setelah tamat majlis perkahwinan

Meminta restu pada yang tua

Jika terdapat kematian di kalangan ahli keluarga perkahwinan bakal pengantin itu akan ditangguhkan pada tahun

hadapan atau seterusnya

Setelah tamat majlis perkahwinan pengantin akan menziarahi sanak saudara bagi mengeratkan silaturahim.

Page 21: Perkahwinan

CIRI-CIRI MSYT MELAYU

MSYT CINA MSYT INDIA MSYT ORG ASLI

AKAD NIKAH ada - - -

MAS KAHWIN ada ada ada -

ADAT BERINAI - - ada ada

BYRN TEBUS PINTU

ada - ada -

ADAT MERISIK ada ada ada -

ADAT M’IKAT THALI

- - ada -

KAD JEMPUTAN

ada ada ada -

TILIK NASIB - ada aa -

P’BERIAN CNDMATA

bunga telur - manisan -

PAKAIAN b’unsur’n songket

kain sutera disulam

benag emas

sari & dhoti tradisional

ALAT MUZIK kompang gong-gong meelam & naasthasawar

am

-

Page 22: Perkahwinan
Page 23: Perkahwinan
Page 24: Perkahwinan
Page 25: Perkahwinan
Page 26: Perkahwinan
Page 27: Perkahwinan

IYYAMAH DEVI MANIVELOOIYYAMAH DEVI MANIVELOOTHILAGARASI SUBRAMANIAMTHILAGARASI SUBRAMANIAMBAANUREKHA BAANUREKHA K.RAVIHCHANDRANK.RAVIHCHANDRAN