perjanjian usahasama

12
DRAF PERJANJIAN USAHASAMA Perjanjian ini diperbuat pada diantara pihak yang nama dan huraian seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 1 Jadual A (Selepas ini dirujuk sebagai ’Pemilik Tanah’) yang turut akan meliputi pewaris, penerima hak dan pentadbir sebagai pihak pertama dan pihak yang nama dan huraiannya seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 2 Jadual A Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai ’Pemaju’) yang turut akan meliputi pewaris, penerima hak dan pentadbir sebagai pihak kedua. BAHAWASANYA:- A) Pemilik Tanah adalah pemilik berdaftar dan pihak yang mempunyai hak dan kepentingan ke atas tanah yang seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 3 Jadual A Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai ’Tanah tersebut’). B) Tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah Simpanan Melayu, tiada syarat nyata dinyatakan dan kategori kegunaan tanah ialah pertanian. C) Tanah tersebut adalah bebas daripada sebarang bebanan dan sekatan kepentingan. D) Pemaju adalah sebuah syarikat yang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk menjalankan projek-projek pembinaan perumahan. E) Pemaju dengan ini menawarkan untuk memajukan Tanah tersebut dan Pemilik Tanah dengan ini bersetuju melantik Pemaju untuk 1

Upload: hati-jantung

Post on 30-Sep-2015

580 views

Category:

Documents


50 download

TRANSCRIPT

DRAF PERJANJIAN USAHASAMA

Perjanjian ini diperbuat pada diantara pihak yang nama dan huraian seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 1 Jadual A (Selepas ini dirujuk sebagai Pemilik Tanah) yang turut akan meliputi pewaris, penerima hak dan pentadbir sebagai pihak pertama dan pihak yang nama dan huraiannya seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 2 Jadual A Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai Pemaju) yang turut akan meliputi pewaris, penerima hak dan pentadbir sebagai pihak kedua.

BAHAWASANYA:-

A) Pemilik Tanah adalah pemilik berdaftar dan pihak yang mempunyai hak dan kepentingan ke atas tanah yang seperti mana dinyatakan di dalam Seksyen 3 Jadual A Perjanjian ini (selepas ini dirujuk sebagai Tanah tersebut).

B) Tanah tersebut telah diisytiharkan sebagai Tanah Simpanan Melayu, tiada syarat nyata dinyatakan dan kategori kegunaan tanah ialah pertanian.

C) Tanah tersebut adalah bebas daripada sebarang bebanan dan sekatan kepentingan.

D) Pemaju adalah sebuah syarikat yang mempunyai kemahiran dan kemampuan untuk menjalankan projek-projek pembinaan perumahan.

E) Pemaju dengan ini menawarkan untuk memajukan Tanah tersebut dan Pemilik Tanah dengan ini bersetuju melantik Pemaju untuk memajukan Tanah tersebut kepada sebuah projek perumahan (selepas ini dirujuk sebagai Pemajuan tersebut) dengan syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian ini.

F) Pemaju dengan ini melantik Tetuan Zul Nawawi Raden & Co yang beralamat di No 2-1-1B, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan sebagai peguamcara (selepas ini dirujuk sebagai Peguamcara tersebut)

PERJANJIAN INI MENYAKSIKAN PERSETUJUAN KEDUA-DUA PIHAK SEPERTI BERIKUT:-

1. Pemilik dengan ini bersetuju menyerahkan, memberi kebenaran dan kuasa kepada Pemaju untuk memasuki dan menjalankan tanggungjawab dan kewajiban Pemaju untuk memajukan Tanah tersebut menjadi satu projek perumahan tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan seperti mana yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini.

2. Setelah Perjanjian ini ditandatangani:-

a. Pemilik bersetuju untuk menyerahkan salinan asal Suratan Hakmilik Tanah tersebut kepada Peguamcara tersebut semasa menandatangani Perjanjian ini dan memberi akujanji untuk menandatangani segala borang permohonan yang diperlukan bagi mendapatkan kelulusan menukar kategori kegunaan Tanah tersebut dan kelulusan untuk memecah bahagian Tanah tersebut, sekiranya ia diminta oleh Pemaju.

b. Pemaju hendaklah selepas Perjanjian ini ditandatangani oleh Pemilik, membuat permohonan bertulis kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi permohonan kebenaran menukar kategori kegunaan Tanah tersebut kepada kediaman dan kelulusan untuk memecah bahagian Tanah tersebut, sekiranya ia diminta oleh Pemaju.

c. Pemaju berjanji dan memberikan akujanji dengan ini untuk membayar sebarang kos bagi premium kelulusan memecah bahagian Tanah tersebut yang diperolehi darinya.

d. Pemaju hendaklah menyiapkan kerja-kerja pembinaan rumah atau bangunan di Pemajuan tersebut dalam tempoh tiga puluh enam (36) bulan setelah Lesen Pemajuan dan Permit Iklan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa.

e. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pemajuan dari pihak-pihak yang berkenaan (jika berkenaan) adalah tertakluk kepada pengeluaran Lesen Pemajuan dan Permit Iklan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

3. Dalam Perjanjian ini kedua-dua pihak bersetuju bahawa rumah/ bangunan yang didirikan dalam Pemajuan tersebut akan berasaskan kepada pelan-pelan dan spesifikasi-spesifikasi yang setaraf (common standard plan and specification) yang diluluskan oleh pihak berkuasa dan mengikut nasihat arkitek kepada Pemaju.

4. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa:-

a. Semua bayaran yang dibayar oleh pembeli-pembeli Pemajuan tersebut hendaklah dibayar ke dalam akaun Pemajuan yang telah ditetapkan oleh Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dan yang dikeluarkan dari masa ke semasa, terutamanya Peraturan 5(5)(a),10 dan 11 atau mana-mana pindaan kepada Akta tersebut dari masa ke semasa.

b. Wajib (mandaratori) untuk mematuhi peraturan-peraturan yang dikehendaki di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dan yang dikeluarkan dari masa ke semasa, terutamanya Peraturan 5(5)(a),10 dan 11.

c. Selama mana Pemajuan ini berkuat kuasa, melainkan tanggungan liabiliti/ risiko yang sedia ada, Pemilik Tanah tidak akan menjual, memindahmilik, menyerahkan, mencagarkan, menyewakan atau sebahagian daripadanya atau membenarkan pihak ketiga membina sebarang bentuk bangunan di atas Tanah tersebut atau berurusan dengan sepenuhnya atau sebahagiannya dengan tanpa mendapat persetujuan bertulis daripada Pemaju.

5. Pemilik dengan ini berjanji untuk menandatangani semua dokumen-dokumen dan memberikan kuasa sepenuhnya kepada Pemaju untuk memohon semua kelulusan yang berkaitan termasuk permohonan pecah sempadan, pelan bangunan dan lain-lain dokumen yang perlu untuk dikemukakan bagi mendapat kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan bagi maksud perlaksanaan dan penyempurnaan Pemajuan tersebut.

6. Semua perbelanjaan termasuk perbelanjaan bagi proses kelulusan pelan susunatur, pecah sempadan, pecah bahagian, kelulusan pra-perhitungan, bayaran setem cukai kerajaan, bayaran arkitek, jurutera yang menyediakan pelan, persediaan asas termasuk imbuhan dan peralatan (jika perlu), mendirikan dan menyiapkan bangunan termasuk sambungan dan stesen bekalan air, elektrik, sesalur longkang, pembinaan jalan, jalan masuk dan lain-lain kemudahan yang berkaitan bagi kesempurnaan Pemajuan tersebut akan ditanggung dan dibayar oleh Pemaju sepenuhnya.

7. Pemaju hendaklah melindungi Pemilik agar bebas daripada apa-apa tindakan undang-undang yang timbul di dalam bidang kuasa Pemaju berkaitan dengan perlaksanaan Pemajuan tersebut dan juga apa-apa tindakan yang diambil oleh pembeli kepada rumah atau bangunan yang didirikan kelak di atas Pemajuan tersebut.

8. Pemilik dengan ini berwaad dan bersetuju:-

a. Dengan kelulusan pelan pra-hitungan seperti yang dinyatakan di Klausa 2(a) dan dengan persetujuan untuk menjual Pemilik dikehendaki untuk menandatangani bersama-sama Pemaju akan Perjanjian JualBeli atau wakil sahnya, instrumen Pindahmilik atau apa-apa perjanjian TERTAKLUK KEPADA SYARAT bahawa Pemaju hendaklah melindung Pemilik di atas semua tuntutan perbelanjaan yang ditanggung yang berpunca daripada pembangunan Pemajuan tersebut atau atas alasan-alasan tuntutan oleh pembeli rumah atau bangunan di atas Pemajuan tersebut.b. Selepas Perjanjian ini ditandatangani Pemilik membenarkan Pemaju, ejen, pekerja atau mana-mana orang atau pihak yang diberi kuasa oleh Pemaju untuk memasuki Tanah tersebut dan membenarkan supaya Tanah tersebut diukur oleh juruukur yang bertauliah yang dilantik oleh Pemaju, diratakan dan diatur untuk tujuan-tujuan pembangunan Pemajuan tersebut di atas segala perbelanjaan Pemaju dan tertakluk kepada Klausa 8 (g) dan Klausa 8 (h) untuk Pemilik menyerahkan Tanah tersebut dalam keadaan kosong kepada Pemaju pada masa Perjanjian ini ditandatangani.

c. Untuk mematuhi Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dan yang dikeluarkan dari masa ke semasa, terutamanya Peraturan 5(5)(a),10 dan 11.

d. Untuk membenarkan kontraktor atau kontraktor-kontraktor kecil yang dilantik oleh Pemaju atau mana-mana ejen bagi pihak berkuasa tempatan masuk ke dalam Tanah tersebut pada semua masa yang munasabah dalam masa pembinaan dan perlaksanaan Pemajuan tersebut untuk menyumbangkan kemudahan-kemudahan awam di Pemajuan tersebut.

e. Untuk memajukan kepada pihak awam atau pihak berkuasa tempatan yang berkaitan mana-mana bahagian Tanah tersebut untuk kemudahan awam seperti padang permainan, stesyen Tenaga Nasional Berhad atau kemudahan lain yang difikirkan perlu dan menandatangani segala dokumen yang berkaitan bagi tujuan tersebut.

f. Tidak mengganggu apa-apa tindakan ke atas perjalanan Pemajuan tersebut semasa pembinaan Pemajuan tersebut dijalankan oleh Pemaju atau mana-mana ejen, kontraktor yang dilantik atau yang diberi kuasa oleh Pemaju.

g. Pemilik dengan ini mengesahkan bahawa Tanah tersebut adalah bebas daripada sebarang bebanan (termasuk rumah-rumah setinggan, pajakan, gadaian dan apa-apa sekatan lain (free from all encumbrances).

h. Jika di atas Tanah tersebut terdapat rumah-rumah yang didiami oleh Pemilik atau penyewa-penyewa, Pemilik dengan ini bersetuju untuk mengosongkan rumah-rumah tersebut dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh notis diberikan oleh Pemaju dan jika Pemilik gagal untuk berbuat sedemikian, Pemilik hendaklah memberi gantirugi kepada Pemaju atas apa-apa kerugian yang dialami oleh Pemaju.

9. Pemilik dengan ini bersetuju untuk membenarkan Peguamcara tersebut menyerahkan salinan asal Suratan Hakmilik Tanah tersebut kepada Pemaju bagi membolehkan Pemaju melaksanakan obligasi-obligasi di dalam Perjanjian ini dan dengan syarat sekiranya Perjanjian ini dibatalkan dengan sah, Pemaju hendaklah memulangkan semula salinan asal Suratan Hakmilik Tanah tersebut kepada Pemilik dengan tanpa apa-apa bebanan ke atas pemilikan Tanah tersebut.

10. Pemilik akan diberi balasan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 4 Jadual A Perjanjian ini sama ada dalam bentuk tunai atau unit-unit rumah atau gabungan diantara keduanya yang akan ditentukan oleh Pemaju selepas sijil penyiapan dan pematuhan (certificate of completion and compliance) dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

11. Melalui Perjanjian ini Pemilik memberikan kuasa kepada Pemaju untuk menandatangani semua borang pindahmilik yang boleh didaftarkan kepada pembeli-pembeli yang telah dipilih dan diluluskan oleh Pemaju kelak.

12. Sekiranya Pemilik menerima unit-unit rumah dan ingin membuat pindahmilik hakmilik bagi bahagian kepunyaan Pemilik, semua perbelanjaan berkaitan dengan pindahmilik yang tersebut akan ditanggung oleh Pemilik sepenuhnya.

13. Semua hasil taksiran atau cukai kerajaan berkenaan dengan Tanah tersebut sebelum Perjanjian ini ditandatangani dan dijelaskan sepenuhnya oleh Pemilik dan mana-mana hasil, taksiran dan cukai kerajaan selepas Perjanjian ini ditandatangani siap Pemajuan ini akan ditanggung dan dibayar oleh Pemaju sepenuhnya.14. Tempoh penyempurnaan Pemajuan tersebut dinyatakan di dalam Klausa 2 (d) hendaklah dipatuhi oleh Pemaju melainkan berlaku kelewatan akibat mogok awam, rusuhan, revolusi, bencana alam, malapetaka, kebakaran atau apa-apa bencana di luar kawalan Pemaju dan Pemilik, ia memerlukan pindaan dan satu tarikh lanjutan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak di sini, berdasarkan pendapat bertulis daripada arkitek kepada Pemajuan tersebut.

15. Mana-mana perbelanjaan berkaitan pelupusan, jualan atau pindahmilik hakmilik oleh mana-mana pihak ke atas bahagian masing-masing akan ditanggung oleh pihak-pihak yang melakukan atau mengarahkan pindahmilik.

16. Jika sekiranya Pemilik gagal untuk menyempurnakan tanggungjawabnya yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini maka Pemaju berhak untuk mendapatkan perintah perlaksanaan spesifik terhadap Pemilik dan jika Pemaju tidak memilih untuk mendapatkan perintah perlaksanaan spesifik mahkamah, maka Pemaju berhak menuntut apa-apa bayaran pendahuluan yang telah dibuat kepada Pemilik termasuk apa-apa gantirugi akibat dari pembatalan Perjanjian ini dan Pemaju berhak untuk memasukkan kaveat persendirian ke atas keseluruhan Tanah tersebut.

17. Jika sekiranya Pemaju gagal untuk menyempurnakan tanggungjawabnya yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini maka Pemilik berhak untuk mendapatkan perintah perlaksanaan spesifik terhadap Pemilik dan jika Pemilik tidak memilih untuk mendapatkan perintah perlaksanaan spesifik mahkamah, maka Pemilik berhak untuk menyimpan apa-apa bayaran pendahuluan yang telah dibuat kepada Pemilik termasuk menuntut apa-apa gantirugi akibat dari pembatalan Perjanjian ini.

18. Apabila kerja-kerja pembinaan telah selesai dan Pemajuan tersebut diserahkan oleh arkitek kepada Pemaju berasaskan Perakuan Penyiapan Praktikal Bangunan (Cerificate of Practical Completion). Pemajuan tersebut telah dianggap selesai dan siap jika ianya dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh Klausa 2(d) Perjanjian ini.

19. Untuk maksud yang diterangkan dan untuk maksud-maksud yang terkandung serta dihasratkan oleh Perjanjian ini maka Pemilik hendaklah memberi kepada Pemaju dan/ atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pemaju akan kuasa yang dinyatakan di dalam Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) untuk tujuan memajukan Tanah tersebut dan tujuan lain sekiranya ada yang telah dipersetujui di dalam Perjanjian ini.

20. Jika berlaku pengingkaran oleh mana-mana pihak terhadap Perjanjian ini maka pihak yang mengalami kerugian akan berhak kepada perlaksanaan spesifik (specific performance) dan/ atau mana-mana gantirugi yang diberi oleh undang-undang Malaysia yang berkuat kuasa.

21. Tarikh penyerahan rumah tersebut adalah dianggap pada tarikh notis diberi kepada Pembeli oleh Pemaju yang meminta Pembeli menerima rumah tersebut mengikut Klausa 17 Perjanjian ini.

22. ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI oleh Pemaju dan Pemilik bahawa sekiranya pihak berkuasa menahan atau menolak permohonan pelan susun atur dan pelan bangunan yang telah dibuat oleh Pemaju termasuk mana-mana pindaan yang telah dibuat, maka dalam keadaan ini Perjanjian ini bolehlah ditamatkan oleh Pemaju dengan segala hak-hak yang telah diberi atau diperolehi di atas Tanah tersebut akan termansuh dengan sendirinya. Segala perbelanjaan yang telah dibayar adalah kerugian yang mesti ditanggung oleh Pemaju kecuali segala deposit yang telah dibayar (jika ada) kepada Pemilik ketika Perjanjian ini ditandatangani hendaklah dipulangkan sepenuhnya tanpa faedah oleh Pemilik kepada Pemaju dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh notis yang diberikan kepada Pemaju.

23. ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI oleh Pemaju dan Pemilik bahawa sekiranya Perjanjian ini disepakati untuk ditamatkan secara sukarela atas sebarang faktor sebelum tamat tempoh perjanjian usahasama seperti yang dinyatakan di Seksyen 5 Jadual A, maka segala perbelanjaan yang telah dibayar adalah kerugian yang mesti ditanggung oleh Pemaju dan segala deposit yang telah dibayar (jika ada) kepada Pemilik ketika Perjanjian ini ditandatangani berhak disimpan sepenuhnya tanpa faedah oleh Pemilik. Salinan asal Suratan Hakmilik tanpa sebarang bebanan ke atas pemilikan (encumbrances) hendaklah diserahkan oleh Pemaju kepada Pemilik dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh notis persepakatan untuk penamatan Perjanjian ini ditandatangani. Sebarang persetujuan lanjut berikutan penamatan Perjanjian ini boleh dilaksanakan secara bersama.

24. Semua perbelanjaan berkaitan dengan penyediaan Perjanjian ini akan ditanggung oleh Pemaju.

25. Masa adalah menjadi intipati kepada Perjanjian ini.

26. Sebarang perubahan atau pindaan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

27. Mana-mana pertikaian yang timbul daripada Perjanjian ini selain daripada peruntukan yang sendirinya jelas hendaklah dirujuk kepada satu (1) orang Penimbangtara yang bebas dan keputusan Penimbangtara tersebut adalah muktamad dan hendaklah mengikut Akta Timbangtara 1952.

28. Perjanjian ini akan mengikat pewaris, penerima hak, pentadbir, pemegang amanah dan penguatkuasa kedua-dua pihak.

29. Lain-lain syarat seperti yang tersebut di dalam Jadual A Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan peruntukan di dalam Perjanjian ini.

30. Mana-mana notis yang diperuntukkan oleh Perjanjian ini atau ingin dibuat oleh mana-mana pihak hendaklah dibuat secara bertulis atau dihantar kepada pihak yang lagi satu dengan secara pos berdaftar dan notis yang dihantar tersebut hendaklah dianggap telah dihantar pada masa yang mengikut amalan biasa yang ianya dipos dan dihantar.

31. Tiada apa-apa yang disebut di dalam Perjanjian ini yang membolehkan kedua-dua pihak ditafsirkan sebagai rakan kongsi.

BAGI MENYAKSIKAN PERJANJIAN USAHASAMA ini kami menurunkan tandatangan kami pada hari dan tahun sepertimana yang tercatit diawalannya.

DITANDATANGANI oleh )Pemaju)dihadapan :-) ............. DENGKIL MEWAH SDN BHD

DITANDATANGANI oleh )Pemilik)dihadapan :-) ............. ZAIFUL AMRAN BIN AMAN

) ............. ZAIFUL AZMAN BIN AMAN

) ............. ZAITULAMRAH BINTI AMAN

) ............. ZUBAIDAH BINTI AMAN

JADUAL ASEKSYENBUTIR-BUTIRKETERANGAN

1Nama dan alamat PemilikZAIFUL AMRAN BIN AMAN (K/P: 5743768), ZAIFUL AZMAN BIN AMAN (K/P: 641006-106915), ZAITULAMRAH BINTI AMAN (K/P: 600901-10-5272) dan ZUBAIDAH BINTI AMAN (K/P: 6873544)......................................................................................

2Nama dan alamat PemajuDENGKIL MEWAH SDN BHD (No Syarikat: 1112516P ) .......................................................

3Butir-butir TanahGM 360, LOT 5668, Mukim DengkilDaerah Sepang, Negeri Selangor

4Balasan yang dipersetujui untuk dilakukan oleh Pemaju kepada Pemilika) Empat (4) unit rumah teres 2 tingkat yang berkeluasan binaan 1,400 1,500 kaki persegi dan terletak di lot-lot tengah (intermediate).

5Tempoh perjanjian usahasamaTIGA PULUH ENAM (36) BULAN setelah Lesen Pemajuan dan Permit Iklan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 dan Peraturan-Peraturan 1989 & 1991 dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

11