perjanjian rmt

Download PERJANJIAN RMT

Post on 28-Jun-2015

5.525 views

Category:

Documents

16 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KRITERIA KELAYAKAN 4. Kriteria kelayakan bantuan RMT adalah seperti berikut:i) Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; dan ii) Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan disahkan sebagai kategori miskin atau miskin tegar sahaja.

KADAR DAN TEMPOH PELAKSANAAN 5. Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung

Malaysia dan RM2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempoh pelaksanaan RMT adalah 190 hari setahun. PENYALURAN BANTUAN 6. Penyaluran bantuan RMT diberi kepada murid yang KIR tersenarai dalam Ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Focus Group

data eKASIH.

mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/projek dan bantuan pembasmian kemiskinan.

7.

Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH, mereka boleh

membuat permohonan melalui laman web www.ekasih.gov.my. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/sekolah boleh membantu mendaftar murid di dalam sistem eKASIH.

TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 8. Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan

(KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akuan Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

2

9.

Bahagian

Kewangan,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(KPM)

akan

menghantar surat kepada JPN dan PPD untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank sekolah/PPD. Sekolah/PPD perlu menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Kewangan, KPM. 10. Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank, Resit Rasmi Pejabat (RP.01)

hendaklah dikeluarkan apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan dan dikemukakan kepada Bahagian

Kewangan, KPM dan direkodkan di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan RMT. 11. Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank, Resit Kew.38 hendaklah

dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain - Peruntukan RMT. 12. Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke atas

transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-bank Bil.1/2006 bertarikh 25 Januari 2006 di para 3.5 Minit Mesyuarat tersebut - Tiada caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan.

BAKI PERUNTUKAN TAHUN SEMASA 13. Baki peruntukan tahun semasa ialah amaun/jumlah peruntukan RMT tahun

semasa yang tidak habis dibelanjakan sehingga 31 Disember tahun semasa setelah ditolak semua tanggungan perbelanjaan.

14.

Baki peruntukan yang telah dikenal pasti hendaklah dikemukakan oleh

sekolah/PPD kepada PPD/Ketua PTJ masing-masing melalui cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dikreditkan ke Akaun Hasil Kerajaan (Kod 81101) selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun berikutnya. Sekolah PTJ bertaraf pemungut boleh terus mengkreditkan sendiri baki 3

peruntukan bantuan persekolahan tersebut tanpa melalui PPD/Ketua PTJ masingmasing.

PELANTIKAN PEMBEKAL MAKANAN 15. Bagi nilai perolehan yang tidak melebihi RM50,000 setahun, perolehan

hendaklah dibuat secara lantikan terus kepada pengusaha kantin bagi sekolah yang mempunyai perkhidmatan kantin. Sekiranya sekolah tidak mempunyai perkhidmatan kantin, Jawatankuasa RMT sekolah boleh membuat lantikan terus kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan. Sekiranya ibu bapa murid berkenaan tidak berminat, Jawatankuasa RMT boleh membuat lantikan terus pembekalan RMT kepada keluarga guru/kakitangan sekolah berkenaan.

16.

Bagi nilai perolehan yang melebihi RM50,000 setahun, perolehan hendaklah

dibuat dengan pelawaan sebutharga kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan dan peraturan-peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

PERJANJIAN PENYEDIAAN MAKANAN 17. Pihak sekolah hendaklah menyediakan dokumen perjanjian dengan pembekal

untuk tempoh tertentu dan boleh menamatkan khidmat pembekal tersebut pada bilabila masa sekiranya berlaku perlanggaran terma perjanjian. Dokumen perjanjian adalah seperti di Lampiran I.

18.

Pihak sekolah hendaklah memastikan pembekal makanan mematuhi syarat-

syarat di dalam perjanjian berkenaan.

MENU 19. Penyediaan RMT hendaklah mengikut 20 jenis menu yang ditetapkan seperti

di Lampiran II. Pihak sekolah dicadangkan memilih 5 menu secara bergilir-gilir. Walau bagaimanapun sekolah boleh membuat pilihan daripada 20 senarai menu yang disediakan mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid.

4

s.k: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 9. 10. 11. Ketua Setiausaha,KPM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,KPM Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran,KPM Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM Setiausaha Bahagian, Audit Sekolah,KPM Setiausaha Bahagian, Audit Dalam, KPM Pengarah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM Ketua Akauntan, KPM Pegawai Perhubungan Awam,KPM

6

KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN PERJANJIAN PEMBEKALAN MAKANAN BAGI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

TEMPOH PERJANJIAN

:

(BULAN)

NILAI PERJANJIAN

:

RM

DI ANTARA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DENGAN [NAMA PEMBEKAL MAKANAN]

1

KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERJANJIAN PEMBEKALAN MAKANAN BAGI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

PERJANJIAN INI dibuat pada ini dirujuk sebagai "Perjanjian ini") ANTARA

haribulan

20__ (kemudian daripada

KERAJAAN MALAYSIA yang bagi maksud perjanjian ini diwakili oleh Sekolah......................, yang beralamat di .................................. (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Kerajaan") bagi suatu pihak DENGAN Syarikat/nama individu yang dinyatakan dalam Jadual A (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Pembekal Makanan") sebagai pihak yang satu lagi. Dalam Perjanjian ini, dimana bersesuaian, Kerajaan dan Pembekal Makanan kemudian daripada ini boleh disebut secara perseorangan sebagai "Pihak" dan secara bersama sebagai "Pihak-Pihak". BAHAWASANYA Kerajaan telah menawarkan perkhidmatan yang dinyatakan dalam Pesanan Kerajaan dalam Lampiran A (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Perkhidmatan) dan Pembekal Makanan telah bersetuju untuk melaksanakan Perkhidmatan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini. PIHAK-PIHAK TELAH BERSETUJU seperti yang berikut: 1. TAKRIF, TAFSIRAN DAN KESELURUHAN PERJANJIAN 1.1 Takrif Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki sebaliknya dan jika digunakan dalam atau berkenaan dengan Perjanjian ini, perkataan-perkataan di bawah hendaklah mempunyai makna yang diberikan seperti berikut:

Kerajaan ertinya Kerajaan Malaysia dan termasuklah (a) Kementerian Pelajaran Malaysia; 2

(b) (c)

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; mana-mana Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Negeri, Bahagian, Pejabat, Lembaga, Sektor, Unit, Institusi Pendidikan Guru, Pusat Kokurikulum, Pusat Matrikulasi, agensi atau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkenaan dalam Perjanjian ini; atau mana-mana Ketua Jabatan, Guru Besar, Pengetua, guru, pegawai atau kakitangan atau agen Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Negeri, Bahagian, Pejabat, Lembaga, Sektor, Unit, Institut Pendidikan Guru, Pusat Kokurikulum, Pusat Matrikulasi, agensi atau sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkenaan dalam Perjanjian ini dan diberi kuasa oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia;

(d)

Pembekal Makanan ertinya syarikat atau individu yang dinyatakan dalam Jadual A dan termasuk wakilnya yang diberi kuasa, waris, pentadbir, agen, penerima serah hak, pegawai, kakitangan, Pembekal Makanan, subkontraktor, pekhidmat dan Pekerja; makanan bermasak ertinya apa-apa makanan, minuman, bahan makanan, bahan mentah, perasa atau ramuan yang berkenaan dengan Perkhidmatan dan termasuklah yang (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) beku, basah atau kering; dalam bentuk pepejal atau cecair; sedang, telah atau belum diproses; disajikan, disediakan atau dipamerkan; sedang atau telah dimasak; diangkut, dilindungi atau disimpan; dilupuskan atau dibuang; atau diuji, dimakan atau dirasai,

mengikut mana yang berkenaan; maklumat sulitertinya segala maklumat, sama ada teknikal dan bukan teknikal yang tidak hanya terhad kepada penyiaran multimedia yang terdiri dari data, video dan suara yang dibekalkan oleh sesuatu Pihak kepada Pihak yang satu lagi bagi tujuan Perjanjian ini dan juga segala maklumat yang terbit dari situ selagi dan setakat Pembekal 3

Makanan yang mana pengetahuan atau maklumat tersebut yang pada ketika ianya didedahkan belum menjadi urusan awam; Pekerja ertinya mana-mana orang yang diambil bekerja secara tetap, sementara, kontrak oleh Pembekal Makanan atau bagi pihak Pembekal Makanan untuk melaksanakan Perkhidmatan di Premis dan termasuklah Pembekal Makanan; peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan ertinya apa-apa peralatan atau