peristiwa ke arah kemerdekaan

Upload: lee-san

Post on 14-Apr-2018

325 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    1/24

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENINGAU, SABAH

    BEG BERKUNCI 11,

    89007 KENINGAU,

    SABAH.

    KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)

    KURSUS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

    (PPISMP)

    NAMA PELAJAR : WONG LI YANG

    NOMBOR KAD PENGENALAN : 900108-13-7337

    KUMPULAN / UNIT : PPISMP BM/PJ/KS SEMESTER 1

    KOD MATA PELAJARAN : PENGAJIAN SOSIAL 1

    NAMA PENSYARAH : PUAN AFINAH BINTI A. D. MATSUD

    ENCIK ZAKARIA ABDUL HAMID

    TARIKH SERAHAN : 7 SEPTEMBER 2009

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    2/24

    ISI KANDUNGAN

    PERKARA HALAMAN

    Halaman pengakuan i

    Penghargaan ii

    Soalan iii

    Pengenalan 1

    Pembentukan Parti Perikatan 2 - 3

    Pilihan Raya Umum 1955 4 - 5

    Zaman Darurat 6 - 7

    Rundingan Baling 8

    Suruhanjaya Reid 9 - 11

    Rundingan dan Perisytiharan Kemerdekaan Persekutuan

    Tanah Melayu

    12 - 14

    Refleksi 15 - 16

    Kesimpulan 17

    Jadual pelaksanaan tugas 18

    Borang kolaborasi 19

    Bibliografi 20

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    3/24

    HALAMAN PENGAKUAN

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

    tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    Tandatangan :

    Nama penulis : WONG LI YANG

    Tarikh : 7 SEPTEMBER 2009

    i

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    4/24

    PENGHARGAAN

    Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana

    dengan berkat dan izin-Nya, saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu

    (KKBI) ini dengan jayanya.

    Di sini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima

    kasih kepada kedua ibu bapa yang memberi bantuan dari segi kewangan dan sokongan

    moral kepada saya. Tanpa mereka siapalah saya.

    Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pn. Afinah binti A.D. Matsud dan

    En. Zakaria bin Abdul Hamid di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah

    diberikan dari semasa ke semasa mengenai kerja kursus ini . Semua bimbingan dan

    tunjuk ajar yang diberikan banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

    Tidak lupa penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak

    memberi pendapat serta pandangan yang bernas kepada saya sewaktu sesi

    perbincangan. Tanpa kerjasama mereka semua, sukar untuk saya menyiapkan kerja

    kursus ini.

    Sekian, terima kasih.

    ii

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    5/24

    SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)

    Garis panduan tugasan :

    1. Membentuk kumpulan dan memilih mengikut tajuk/tema berikut :

    I. Institusi Kesultanan Melayu Melaka dan jajahan takluk

    II. Sistem ekonomi zaman tradisional, zaman penjajahan dan zaman pasca

    kemerdekaan

    III. Kebangkitan nasionalisme

    IV. Peristiwa ke arah kemerdekaan

    V. Penubuhan Malaysia

    Arahan :

    1. Pelajar secara berkumpulan (3 4 orang) dikehendaki melaksanakan

    tugasan berkaitan perkara di atas.

    2. Panjang laporan antara 1 500 2 000 patah perkataan, bertaip dengan

    menggunakan font Arial 12, langkau sebaris dengan jarak 1.5.

    Disediakan oleh :

    (PUAN AFINAH A.D. MATSUD)

    Pensyarah,

    Jabatan Sains Sosial.

    iii

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    6/24

    1.0 Pengenalan

    Menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), nama negara kita Malaysia, adalah

    satu nama yang baharu, dari segi makna nama ini tidak menyimpang jauh dari keadaan

    dan perkembangan sejarah di rantau ini. Nama itu ganjil bagi semua orang, penduduktempatan dan orang luar, tetapi tepat membayangkan wataknya yang tersendiri dan

    istimewa. Nama Malaysia di sebalik bunyinya yang agak ganjil masih berlandaskan

    peribadinya yang paling asas dan dominan yakni Melayu.

    Di sebalik namanya yang unik, negara tercinta kita Malaysia telah mengharungi

    pelbagai rintangan dan dugaan dalam perjalanannya 6utomat mencapai kemerdekaan.

    Pelbagai peristiwa dan nostalgia yang telah berlaku. Menurut International Law Book

    Services (2009), peristiwa tersebut termasuklah perkembangan parti-parti politik,pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM), perisytiharaan Darurat di Tanah Melayu,

    Pilihan Raya Umum 1955, Rundingan Baling dan Rundingan Kemerdekaan. Pada

    tahun 1951, kerajaan British telah mengubah dasar pentadbiran persekutuan Tanah

    Melayu dengan memperkenalkan Sistem Ahli. Menerusi sistem ini, beberapa orang

    warganegara Persekutuan Tanah Melayu telah dilantik sebagai ahli Majlis Persekutuan

    atau Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan. Matlamat sistem ini ialah untuk 6utoma

    peluang kepada orang Melayu memerintah negara sendiri dan juga melatih warga

    tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi. Pemilihan ini

    memberikan pengalaman yang amat berguna dan berharga kepada wakil-wakil yang

    terpilih kerana proses ini merupakan latihan awal 6utomat mentadbir dan membentuk

    kerajaan yang berlandaskan prinsip demokrasi.

    1

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    7/24

    2.0 Pembentukan Parti Perikatan

    Menurut Ruslan Zainuddin (2003), Parti Perikatan telah ditubuhkan pada

    Januari 1952 dan dianggotai oleh dua buah parti terbesar di Persekutuan Tanah Melayu

    iaitu UMNO dan MCA.

    Perikatan ini dibentuk bagi menghadapi Pilihan Raya MajlisPerbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Mengikut persetujuan yang telah

    dicapai oleh kedua-dua parti ini, MCA tidak akan bertanding di kawasan UMNO dan

    UMNO tidak akan bertanding di kawasan MCA. Hasil kerjasama ini, Parti Perikatan

    memenangi 9 daripada 13 kerusi yang dipertandingkan. UMNO dan MCA juga telah

    mencapai satu persetujuan untuk menubuhkan Parti Perikatan di peringkat kebangsaan

    bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955.

    Menurut penjelasan International Law Book Services (2009), MIC telahmenyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Objektif utama Parti Perikatan adalah

    menamatkan darurat, memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan

    memenangi Pilihan Raya Umum 1955. Pada tahun 1953, Parti Perikatan muncul

    sebagai parti yang paling berpengaruh dan penting di Persekutuan Tanah Melayu

    (Mohd. Ashraf Ibrahim, 162). Kita dapat perhatikan bahawa perubahan dan

    transformasi mendadak ini berlaku selepas ketiga-tiga kaum besar di Tanah Melayu

    bersatu.

    Parti Perikatan membuat dua tuntutan kepada kerajaan British. Pertama, pilihan

    raya umum hendaklah diadakan dengan segera, selewat-lewatnya tahun 1954. Kedua,

    ahli Majlis Undangan Persekutuan yang dipilih menerusi pilihan raya hendaklah

    mempunyai suara yang terbanyak dalam Majlis tersebut. Pihak British telah

    menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji tuntutan Parti Perikatan itu. Sebahagian

    besar ahli jawatankuasa ini terdiri dari ahli Majlis Undangan Persekutuan. Mereka

    merupakan penyokong Parti IMP (Independent Malayan Party) yang dipimpin oleh Dato

    Onn Jaafar. Tuntutan Parti Perikatan tidak dipersetujui oleh IMP kerana mereka

    bimbang kedudukan mereka dalam Majlis Perundangan Persekutuan akan tergugat.

    2

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    8/24

    Pada 27 Julai 1953, kerajaan British memberi persetujuan dan sokongan ke atas

    tuntutan Parti Perikatan bagi mengadakan pilihan raya untuk memilih sebahagian dari

    ahli dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

    3

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    9/24

    3.0 Pilihan Raya Umum 1955

    Pada 17 Julai 1955, pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah

    Melayu telah diadakan. Menurut International Law Book Services (2009), Parti

    Perikatan yang dianggotai oleh tiga buah parti politik terbesar iaitu UMNO, MCA dan

    MIC telah meletakkan 35 orang calon, dengan 15 orang calon daripada MCA dan dua

    orang calon daripada MIC. Antara parti-parti yang turut bertanding dalam pilihan raya

    ini adalah Parti Islam SeMalaya (PAS), Parti Buruh, Parti Negara dan Parti Progresif

    Rakyat.

    Jadual 1 : Keputusan Pilihan Raya 1955

    4

    Parti yang bertanding Jumlah kerusi yangdipertandingkan

    Jumlah kerusi yangdimenangi

    Parti Perikatan 52 51

    Parti Negara 30 -

    *PAS 11 1

    *LMP 9 -

    Malayan Party 3 -

    Parti Buruh 4 -

    *PPP 2 -

    Bebas 18 -

    Petunjuk :

    *PAS Persatuan Islam SeMalaya *PPPPeoples Progressive Party

    *LMP Liga Melayu Perak Undi rosak = 0.9

    Sumber : Disesuaikan daripada G.P Means. 1976. Malaysian Politics. London. Hodder and Stoughlon.

    Hlm. 167 dan hlm. 253 dalam Ramlah Binti Adam dan rakan-rakan. 2005. Buku Teks Sejarah Tingkatan 5.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Halaman 122.

    Keputusan Pilihan Raya 1955

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    10/24

    Daripada laporan yang dipaparkan pada Jadual 1, Parti Perikatan telah

    memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. PAS hanya memenangi satu

    kerusi sahaja, manakala parti-parti lain telah mengalami kekalahan teruk. Menurut

    Mohd. Ashraf Ibrahim (2004), undi yang diperolehi oleh Parti Perikatan adalah 81.7%

    daripada keseluruhan iaitu 1 001 527. Daripada 77 calon yang menentang Parti

    Perikatan, 43 calon kehilangan wang pertaruhan mereka. Dengan kemenangan ini,

    Parti Perikatan berjaya mencapai matlamat untuk menjadi kumpulan majoriti dalam

    Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan.

    Kerajaan ini diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Dengan kemenangan

    Pilihan Raya Umum 1955, Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara

    yang memiliki pemerintahan sendiri.

    Walaupun negara ini masih di bawah jajahan British, namun pemimpin-pemimpin

    tempatan mampu menunjukkan kewibawaan untuk mentadbir tanah air sendiri. Dalam

    kempen Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan telah mengemukakan satu dasar

    politik iaitu kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu mesti diperolehi dalam tempoh

    empat tahun.

    Namun demikian, dalam tempoh dua tahun Persekutuan Tanah Melayu telah

    10utomat mencapai kemerdekaan. Faktor utama yang menyumbang 10utomat

    pencapaian ini adalah perpaduan antara tiga kaum terbesar di negara ini. Faktor kedua

    ialah keadaan darurat yang berlaku pada ketika itu. Kerajaan British telah

    mengemukakan satu syarat untuk Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan

    iaitu tiga kaum utama di Tanah Melayu hendaklah bersatu dan bekerjasama dalam

    bidang politik. Perpaduan ini akan dapat mempercepatkan lagi proses kemerdekaan

    Persekutuan Tanah Melayu.

    5

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    11/24

    4.0 Zaman Darurat

    Menurut International Law Book Services (2009), darurat merupakan satu

    istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk merujuk kepada kekacauan yang

    meletus di Tanah Melayu. Kekacauan yang berlaku adalah disebabkan oleh

    kebangkitan Parti Komunis Malaya (PKM).

    Menurut Wan Hamzah Awang (1994), PKM ialah satu organisasi parti politik

    yang bersifat internasional yang mempunyai cita-cita tertentu untuk menukar wajah

    dunia atau menukar sistem pemerintahan dunia kepada apa yang dinamakan komunis

    sejagat. Komunis sejagat bermaksud satu corak pemerintahan di mana kebebasan

    bersuara, beragama dan kebebasan individu tidak wujud sama sekali. Ini bermakna,

    ahli komunis perlu mematuhi segala yang telah ditetapkan dalam parti mereka

    termasuklah dalam hal peribadi dan agama.

    Menurut International Law Book Services (2009), PKM menentang penubuhan

    Persekutuan Tanah Melayu dan telah melancarkan pemberontakan yang ganas.

    Tindakan PKM ini adalah untuk menentang kerajaan. PKM tidak menyokong perkara

    yang ingin dilakukan oleh kerajaan. PKM mempunyai hasratnya yang tersendiri, iaitu

    ingin menubuhkan Republik Komunis Malaya.

    International Law Book Services (2009) menerangkan lagi, pemberontakan

    bersenjata yang dilancarkan oleh PKM telah melumpuhkan ekonomi Persekutuan

    Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa PKM merupakan sebuah parti yang

    sememangnya tidak boleh diiktiraf di Tanah Melayu kerana mempunyai fahaman yang

    tidak sesuai diamalkan oleh mana-mana kerajaan.

    6

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    12/24

    Menurut Wan Hamzah Awang (1994), zaman darurat di Tanah Melayu bermula

    pada 16 Jun 1948 dan berakhir pada 31 Julai 1960. Kerajaan telah berusaha untuk

    melumpuhkan kegiatan komunis di Tanah Melayu dengan pelbagai cara. Operasi-

    operasi sering dijalankan untuk menggempur mereka. Dalam masa darurat,

    pertempuran-pertempuran sering berlaku di hutan-hutan. Ramai yang terkorban sama

    ada di pihak musuh mahupun di pihak keselamatan. Tindakan kerajaan akhirnya

    12utomat menamatkan kegiatan PKM dan darurat 12utomat ditamatkan.

    7

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    13/24

    5.0 Rundingan Baling

    Rundingan Baling merupakan peristiwa yang penting dalam sejarah perjuangan

    kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah

    British. Menurut International Law Book Services (2009), rundingan ini berlangsung

    pada 28 Disember 1955 hingga 29 Disember 1955, bertempat di Sekolah Baling,

    Kedah. Rundingan ini berlangsung selama dua hari.

    Menurut Wan Hamzah Awang (1994), Rundingan Baling adalah di antara Parti

    Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. PKM diwakili oleh

    Chin Peng (Setiausaha Agung), Chin Tien dan Rashid Maidin manakala kerajaan

    Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri), Tan

    Cheng Lock dan David Marshall.

    Menurut Wan Hamzah Awang (1994) lagi, PKM bersedia untuk berunding

    dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu disebabkan kedudukan PKM di Tanah

    Melayu yang semakin tergugat. PKM takut parti mereka akan lenyap sekiranya tiada

    tindakan yang diambil. Oleh itu, mereka memilih untuk melakukan rundingan dengan

    kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membangkitkan semula parti mereka di

    Tanah Melayu. Dalam rundingan itu, Chin Peng meminta agar PKM diiktiraf oleh

    kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah parti politik yang sah. Namun,

    kerajaan Persekutuan Tanah Melayu enggan bersetuju dengan permintaan tersebut.

    Hal ini kerana PKM ingin menubuhkan Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu.

    Rundingan Baling ini telah gagal. Ini bermakna, Rundingan Baling tidak memberikan

    apa-apa faedah kepada PKM malah menjadikan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

    mudah menumpaskan PKM. Kegiatan PKM akhirnya 13utomat dilumpuhkan pada

    tahun 1960.

    8

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    14/24

    6.0 Suruhanjaya Reid

    RAJAH 1 : Suruhanjaya Reid

    Menurut International Law Book Services (2009), pada tahun 1955, satu

    suruhanjaya telah dibentuk sebagai persiapan untuk mencapai kemerdekaan

    Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Reid, sempena

    nama pengerusinya, Lord Reid. Menurut Abdul Rahman Haji Ismail (2005), tujuan

    suruhanjaya ini dibentuk adalah untuk merangka Perlembagaan Persekutuan TanahMelayu. Menurut Mohd Ashraf Ibrahim (2004), suruhanjaya ini dianggotai oleh Sir Ivor

    Jennings dari United Kingdom, Sir William Mckell dari Australia, B. Malik dari India dan

    Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. H. P. Hall adalah setiausaha manakala K. J.

    Henderson adalah penolong setiausaha suruhanjaya ini. Tugas utama suruhanjaya ini

    ialah untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atas dasar

    pemerintahan demokrasi berparlimen. Pada tahun 1956, suruhanjaya ini telah meminta

    beberapa buah pertubuhan dan orang perseorangan untuk mengemukakan

    memorandum mengenai pembentukan sebuah Kerajaan Demokrasi Berparlimen,

    kedudukan Raja-Raja Melayu, memilih seorang Ketua Negara di kalangan 14utomati

    orang Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum-kaum lain serta

    9

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    15/24

    satu rupa bangsa bagi seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu iaitu kerakyatan

    yang sama. Sebanyak 131 memorandum telah diterima oleh Suruhanjaya Reid,

    termasuk memorandum dari Parti Perikatan dan Raja-Raja Melayu. Suruhanjaya Reid

    telah 15utoma pertimbangan yang utama ke atas memorandum Parti Perikatan yang

    mewakili tiga parti terbesar di Persekutuan Tanah Melayu iaitu UMNO, MCA dan MIC.

    Antara kandungan memorandum Parti Perikatan (Abdul Rahman Haji Ismail, 335)

    ialah :

    1) Pembentukan sebuah Kerajaan Pusat yang mempunyai kuasa ke atas

    negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

    2) UMNO mengesyorkan Malaysia sebagai nama baru Persekutuan Tanah

    Melayu, manakala MCA pula mengesyorkan nama Malaya.

    3) Bagi menggantikan Pesurujaya Tinggi British, Institusi Yang di-Pertuan

    Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan.

    4) Majlis Raja-Raja perlulah dikekalkan.

    5) Parlimen Persekutuan Tanah Melayu hendaklah mengandungi dua Dewan

    (Dewan Rakyat dan Dewan Negara).

    6) Tiga badan pemerintah yang mempunyai kuasa yang berasingan hendaklah

    diwujudkan.

    7) Agama Islam agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.

    8) Bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa kebangsaan bagi Persekutuan

    Tanah Melayu.

    9) Kedudukan istimewa orang Melayu.

    Kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, agama dan

    bahasa merupakan agenda utama UMNO menerusi pakatan bersama kaum-kaum lain

    dalam Parti Perikatan. Orang bukan Melayu pula telah diberi keistimewaan apabila

    UMNO bersetuju melonggarkan syarat kerakyatan iaitu melalui prinsip Jus Soli

    (kerakyatan mengikut tempat lahir). Walaupun memorandum Parti Perikatan ini telah

    dirangka bersama oleh UMNO, MCA dan MIC, namun terdapat bantahan-bantahan

    10

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    16/24

    daripada beberapa pihak yang mewakili tiga kaum terbesar di Persekutuan Tanah

    Melayu. Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah Melayu tidak bersetuju

    dengan perkara berkaitan keistimewaan orang Melayu. Persatuan Dewan Peniagaan

    Cina SeMalaya pula membantah tentang kerakyatan Jus Soli. Dewan Perniagaan

    Melayu membantah kelonggaran syarat-syarat kerakyatan bagi orang bukan Melayu,

    manakala Persatuan Tamil Seluruh Malaya mendesak keturunan Tamil yang lahir di

    Persekutuan Tanah Melayu diberi kerakyatan secara 16utomatic. Persatuan British

    Cina Negeri-Negeri Selat pula menuntut supaya Melaka dan Pulau Pinang dikekalkan

    sebagai tanah jajahan British. UMNO membantah pemberian dua kerakyatan kepada

    rakyat Komanwel. Berdasarkan bantahan, pandangan, syor dan tuntutan ini,

    Suruhanjaya Reid telah mengadakan 118 persidangan bagi mengkaji rangka

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1 Mei 1957, sebuah jawatankuasa

    kerja telah dibentuk. Tujuannya adalah untuk menyemak Laporan Suruhanjaya Reid

    dan merumuskan rangka perlembagaan ini dengan beberapa pindaan. Jawatankuasa

    kerja ini telah mengemukakan Rang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

    menerusi rundingan kemerdekaan yang berlangsung di London. Pada 5 Ogos 1957,

    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan

    Pesuruhjaya Tinggi British. Perjanjian ini membekalkan persetujuan untuk menubuhkan

    Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Pada 15 Ogos 1957, Rang

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipinda telah diluluskan oleh Majlis

    Undangan Persekutuan dan berkuat kuasa pada 27 Ogos 1957.

    11

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    17/24

    7.0 Rundingan dan Perisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

    Menurut International Law Book Services (2009), dalam Pilihan Raya Umum

    1955, Parti Perikatan telah berjanji akan membebaskan Persekutuan Tanah Melayu

    daripada jajahan British dalam jangka masa empat tahun. Pada Januari 1956, satu

    rombongan yang diwakili oleh pemimpin-pemimpin Parti Perikatan dan disertai oleh

    wakil Raja-Raja Melayu telah berangkat ke London. Matlamat utama delegasi ini adalah

    untuk rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan British.

    Rundingan ini telah menjurus kepada persetujuan iaitu :

    1) Kerajaan British bersetuju untuk 17ember kemerdekaan kepada Persekutuan

    Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Negara ini hendaklah berada dalam

    Commonwealth dan mengamalkan pemerintahan secara demokrasi.

    2) Jawatankuasa Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti

    dengan jawatan Ketua Kewangan dan Menteri Pertahanan. Berikutan dengan

    kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan British akan membayar

    ganti rugi kepada pegawai-pegawai dagangan British yang kehilangan jawatan

    mereka.

    3) Kerajaan British diberi hak untuk menempatkan angkatan tenteranya, manakala

    pangkalan tentera British di Persekutuan Tanah Melayu dikekalkan supaya

    British dapat melindungi negara ini dan juga menjaga kepentingan mereka di

    kawasan serantau.

    4) Penubuhan sebuah badan bebas untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan

    Tanah Melayu yang berdaulat. Badan bebas ini dinamakan Suruhanjaya Reid.

    Perisytiharan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya telah

    ditandatangani di Melaka pada 20 Februari 1956 oleh Tunku Abdul Rahman Putra.

    Beliau juga telah mengumumkan tarikh kemerdekaan di satu perhimpunan besar-besaran bertempat di Padang Pahlawan Bandar Hilir, Melaka. Pada pukul 12.00 tengah

    malam 31 Ogos 1957, bendera Kerajaan British, Union Jack telah diturunkan di depan

    12

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    18/24

    Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Bendera Persekutuan Tanah Melayu

    dikibarkan dengan rasminya. Pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra selaku

    Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan Hari Merdeka dengan

    teriakan MERDEKA berkumandang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Dokumen

    perisytiharan merdeka disampaikan kepada Tunku Abdul Rahman Putra oleh wakil

    Queen Elizabeth II, pemerintah Kerajaan British. Parti Perikatan telah Berjaya

    melaksanakan janjinya untuk membawa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

    dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh dua tahun.

    RAJAH 2 : Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman

    melaungkan seruan Merdeka pada 31 Ogos 1957

    13

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    19/24

    RAJAH 3 : Bendera Malaysia buat pertama kali dinaikkan pada 31 Ogos 1957

    14

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    20/24

    Kesimpulan

    Setelah mengharungi pelbagai dugaan yang pahit, akhirnya Malaysia berjaya

    mencapai kemerdekaan yang ditunggu-tunggu pada detik 31 Ogos 1957. Detik

    bersejarah ini telah menjadi sejarah paling manis dalam sanubari kita sebagai rakyat

    berdaulatnya. Secara ringkasnya, semangat bersatu padu menjadi asas kekuatan kita

    dalam usaha mencapai kemerdekaan. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai

    kita roboh. Semangat Allahyarham Tunku Abdul Rahman yang begitu cekal dan tabah

    dalam usaha beliau memerdekakan tanah air haruslah kita contohi dan tanamkan

    dalam hati kita. Erti berputus asa hendaklah dikikis sepenuhnya demi mencapai

    kejayaan.

    Oleh itu, pemuda-pemudi masa kini hendaklah mencintai negara kita dan

    menjaga kedaulatan negara kita demi mengenang jasa para pejuang kemerdekaan

    negara. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

    15

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    21/24

    Refleksi

    Setinggi-tinggi syukur saya ucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana

    dengan berkat dan limpah kurnia-Nya, saya berjaya menyiapkan Kerja Kursus

    Berasaskan Ilmu (KKBI) Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

    (PPISMP) ini dengan jayanya dan tepat pada masanya.

    Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, sememangnya banyak dugaan dan

    rintangan yang telah saya tempuhi. Tarikh Ogos 2009 merupakan detik saya mendapat

    tugasan ini. Pada ketika itu, perasaan risau dan gementar bermaharajalela dalam hati

    saya yang kerdil ini. Saya amat khuatir tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dan

    seterusnya menghantar tugasan ini pada tarikh yang ditetapkan. Inilah kali pertama

    saya mendapat tugasan seumpama ini yang akan menyumbang separuh markah dalam

    peperiksaan saya.

    Saya kerapkali berkunjung ke Pusat Sumber IPGM Kampus Keningau bersama-

    sama rakan-rakan. Di situ, saya mendapat banyak buku-buku rujukan berkenaan

    tugasan saya ini. Selain itu, saya juga telah meluangkan banyak masa melayari Internet

    bagi mengumpul maklumat-maklumat yang berkenaan. Malangnya, sistem wireless

    kerapkali terputus-putus. Masalah ini sememangnya menguji kesabaran saya. Sedikitsebanyak, semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini terhakis. Namun, di mana

    ada kemahuan, di situ ada jalan.

    Kerja kursus ini telah memberikan peluang kepada saya untuk berkolaborasi

    dengan para pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan. Secara tidak langsung,

    hubungan yang erat dan mesra berputik. Melalui kolaborasi ini jugalah segala persoalan

    mengenai cara-cara menjalankan tugasan ini terjawab. Para pensyarah dengan sabar

    dan ramah mesra menjalankan sesi kolaborasi dengan kami walaupun sibuk.

    16

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    22/24

    Melalui kerja kursus ini, saya telah mempelajari tentang peristiwa-peristiwa yang

    berlaku sebelum kemerdekaan. Ini telah menambahkan ilmu pengetahuan saya. Selain

    itu, saya juga telah mempelajari sejarah ke arah penubuhan Malaysia yang penuh

    dengan liku-liku dan cabaran. Secara tidak langsung, semua ini telah menanamkan

    semangat cintakan negara dalam sanubari dan hati saya. Tambahan pula, saya

    mempelajari cara-cara membuat analisis dengan terperinci dan mendalam. Dalam

    masa yang sama, tugasan ini membantu saya berfikir secara kritis ketika membuat

    ulasan.

    Bukan itu saja, kerja kursus seperti ini mengajar saya cara-cara membuat

    rujukan secara tidak langsung. Ini kerana, sewaktu saya menjalankan tugasan ini, saya

    perlu banyak membuat rujukan dari buku-buku dan media massa. Perbincangandengan rakan-rakan dan pensyarah juga dipraktikkan. Bak kata pepatah, sambil

    menyelam sambil minum air.

    Akhir kata, jutaan terima kasih kepada para pensyarah, kedua ibubapa saya dan

    rakan-rakan kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk

    menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa anda semua, siapalah saya.

    17

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    23/24

    JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

    18

    Langkah Aktiviti/Tindakan Tempoh Penglibatan Tarikh

    1 Menerima tugasan serta sedikit

    penerangan tentang tugasan

    Minggu 1 Pelatih dan

    pensyarah

    7 Ogos 2009

    2 a) Cuba memahami

    kehendak tugasan

    b) Mula mengumpul

    maklumat

    Minggu 1 Pelatih 8 - 14 Ogos

    2009

    3 Berbincang mengenai tugasan

    dengan rakan-rakan

    Minggu 2 Pelatih 15 - 16 Ogos

    20094 Berbincang mengenai tugasan

    dengan senior-senior dan para

    pensyarah

    Minggu 2 Pelatih dan

    pensyarah

    17 - 21 Ogos

    2009

    5 Mula membuat tugasan Minggu 2

    dan 3

    Pelatih 22 Ogos 4

    September

    2009

    6 Melakukan penyusunan

    tugasan

    Minggu 3 Pelatih 5 September

    2009

    7 Membuat penyemakan teakhir

    bersama rakan-rakan

    Minggu 3 Pelatih 6 September

    2009

    8 Menghantar tugasan Minggu 4 Pelatih 7 September

    2009

  • 7/30/2019 Peristiwa Ke Arah Kemerdekaan

    24/24

    BIBLIOGRAFI

    Abd. Rahim Abd. Rashid. 2004. Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Kuala

    Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia. Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala

    Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    International Law Book Services. 2009. Malaysia. Panduan Dan Rujukan Untuk

    Peperiksaan Am Kerajaan. Selangor Darul Ehsan. Golden Book Centre Sdn. Bhd.

    Mohd. Ashraf Ibrahim. 2004. Gagasan Bangsa Malayan Yang Bersatu. Kuala Lumpur.

    Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.

    Bhd.

    Wan Hamzah Awang. 1985. Detik Sejarah Rundingan Baling. Kuala Lumpur. Utusan

    Publication & Publishing Sdn. Bhd.

    Wan Hamzah Awang. 1994. Baling Membuka Jalan Damai . Kajang. Masa Enterprise.

    20