folio tahun 6 pemimpin dan peristiwa kemerdekaan

20
Kajian Tempatan Tahun 6 Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan SK. ST. Francis, Melaka Kajian Tempatan Pemimpin dan peristiwa- peristiwa kearah Kemerdekaan Nama : Akhilan a/l Loga Nathan Kelas : 6 Neptune No. I/C : 030530 – 04 - 0163 Nama Guru : Puan Rohaidah Akhilan 6 Neptune Page 1

Upload: ginny-ganga-gouri

Post on 09-Apr-2016

107 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

2015

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

SK. ST. Francis, MelakaKajian Tempatan

Pemimpin dan peristiwa- peristiwa kearah

Kemerdekaan

Nama : Akhilan a/l Loga NathanKelas : 6 NeptuneNo. I/C : 030530 – 04 - 0163Nama Guru : Puan Rohaidah

Akhilan 6 Neptune Page 1

Page 2: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Biodata MuridNama : Akhilan a/l Loga NathanUmur : 12 tahunTarikh Lahir : 30.05.2003Nama Ayah : Loga NathanNama Ibu : Ginny Ganga GouriBil. Adik beradik : 1Cita – cita : JuruteraHobi : Memetik gitar dan baca komik.Falsafah Hidup : Don’t worry be happy.

Penghargaan

Akhilan 6 Neptune Page 2

Page 3: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan Rohaidah, ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak bagi menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan sepanjang penghasilan folio ini.

Isi KandunganPerkara Muka

Akhilan 6 Neptune Page 3

Page 4: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

SuratPengenalan Pemimpin Kemerdekaan

a) Tunku Abdul Rahman  Putra b) Tun Abdul Razak

c) Tun Sir Henry H.S. Lee d) Tun V.T. Sambanthan

5

5789

Peristiwa – Peristiwa Kearah Kemerdekaan 10Kesimpulan 17

Pengenalan Pemimpin Kemerdekaan.

Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa. Sikap bekerjasama dan sentiasa mengutamakan perundingan dan

Akhilan 6 Neptune Page 4

Page 5: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik mereka dimana kemerdekaan negara yang dicapai tidak melibatkan pertumpahkan daranh. Antara pemimpin penting kemerdekaan negara termasuklah:

a) Tunku Abdul Rahman  Putra 

 Tunku Abdul Rahman Putra dalam sepanjang hayatnya beliau telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah

Akhilan 6 Neptune Page 5

Page 6: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.

b) Tun Abdul Razak

Akhilan 6 Neptune Page 6

Page 7: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956. Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu, beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

c) Tun Sir Henry H.S. Lee

Akhilan 6 Neptune Page 7

Page 8: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah menjadi salah satu kebanggaan negara.

d) Tun V.T. Sambanthan

Akhilan 6 Neptune Page 8

Page 9: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Tun V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput, Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T. Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat patriotisme pada masa itu.

Pengenalan Peristiwa – peristiwa Kearah Kemerdekaan

Mengimbas kembali sejarah kemerdekaan negara, Kongres Melayu pertama yang diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946

Akhilan 6 Neptune Page 9

Page 10: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

telah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Kebangsaan (UMNO). Usaha ini memantapkan perjuangan dan pembentukan negara dengan bangsa yang berdaulat. Walaupun Tanah Melayu diisytiharkan darurat pada 1948 akibat pemberontakan komunis, namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat para pejuang kemerdekaan tanah air tercinta.Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Walaupun percubaan sulung itu tidak berjaya, kemerdekaan akhirnya tercapai setelah melalui peristiwa seperti kronologi berikut:

27 Julai 1955

Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955

Akhilan 6 Neptune Page 10

Page 11: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India

18 Januari – 6 Februari 1956

Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956

Akhilan 6 Neptune Page 11

Page 12: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956

Akhilan 6 Neptune Page 12

Page 13: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

21 Mac 1956

Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956

Akhilan 6 Neptune Page 13

Page 14: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Dari kiri Rashid Maidi, Chin Peng dan Chen Tien *Sessi Rundingan Baling*

Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957

Akhilan 6 Neptune Page 14

Page 15: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957

Akhilan 6 Neptune Page 15

Page 16: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.

KesimpulanTanggal 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai tarikh penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan

Akhilan 6 Neptune Page 16

Page 17: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

ulang tahun kemerdekaan negara. Namun, slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya.

Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka. Ia merupakan penghayatan dan pemahaman maksud serta kepentingan mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli. Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.

Kemerdekaan ini bukanlah takdir semata-mata tetapi adalah hasil usaha pejuang dan pemimpin terdahulu. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menjaga maruah serta kedaulatan negara. Sematkan juga di dalam diri

Akhilan 6 Neptune Page 17

Page 18: Folio Tahun 6 Pemimpin Dan Peristiwa Kemerdekaan

Kajian Tempatan Tahun 6

Pemimpin dan Peristiwa Kemerdekaan

semangat cintakan negara serta sentiasa menjaga dan menjulang nama baik Malaysia walau di mana kita berada.

Akhilan 6 Neptune Page 18