peristiwa dilembah semut

8
PERISTIWA DILEMBAH SEMUT-NABI SULAIMAN A.S (PEREMPUAN) PERISTIWA DILEMBAH SEMUT, NABI SULAIMAN A.S TEKS CATATAN Assalamualaikum……………….. Terima kasih Tuan pengerusi majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati. Kisah peristiwa dilembah semut, tajuk cerita saya. SOLUTASI Tersebutlah kisah suatu cerita, Nabi Sulaiman yang bijaksana, Memerintah kerajaan adil dan saksama, Bersama haiwan boleh berbicara. Nabi Sulaiman adalah anakanda kepada Nabi Daud, berketurunan Yahudza. Mendapat gelaran al-Hakim kerana kebijaksanaannya disamping keistimewaan yang ada padanya. Ya kawan-kawan, Mukjizat adalah satu keistimewaan yang Allah telah berikan kepada rasulNya. Kita hendaklah percaya akan kekuasaan Allah. Janganlah kita bersandarkan kuasa yang lain (ISI 1) SYAIR Huraian dan isi Pengajaran TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2013. USTAZAH HAZLINA BINTI RAMLI SK FELDA SUNGAI SIBOL 1

Upload: ahmad-taqiyyuddin

Post on 22-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Sirah

TRANSCRIPT

Page 1: PERISTIWA DILEMBAH SEMUT

PERISTIWA DILEMBAH SEMUT-NABI SULAIMAN A.S(PEREMPUAN)

PERISTIWA DILEMBAH SEMUT, NABI SULAIMAN A.S

TEKS CATATAN

Assalamualaikum………………..

Terima kasih Tuan pengerusi majlis, yang dihormati

barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya

hadirin dan hadirat yang dihormati.

Kisah peristiwa dilembah semut, tajuk cerita saya.

SOLUTASI

Tersebutlah kisah suatu cerita,

Nabi Sulaiman yang bijaksana,

Memerintah kerajaan adil dan saksama,

Bersama haiwan boleh berbicara.

Nabi Sulaiman adalah anakanda kepada Nabi Daud,

berketurunan Yahudza. Mendapat gelaran al-Hakim

kerana kebijaksanaannya disamping keistimewaan yang

ada padanya.

Ya kawan-kawan,

Mukjizat adalah satu keistimewaan yang Allah telah

berikan kepada rasulNya. Kita hendaklah percaya akan

kekuasaan Allah. Janganlah kita bersandarkan kuasa

yang lain selain dari kuasa Allah.

Imej Pulau Besar yang sering dikaitkan dengan pelbagai

amalan khurafat kini mulai pulih apabila pihak berkuasa

agama negeri melakukan pemantauan yang kerap di

pulau berkenaan sejak dua tahun lalu.

Allah berfirman di dalam Surah az-zariyat ayat 47

(ISI 1)

SYAIR

Huraian dan isi

Pengajaran

Isu

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2013.USTAZAH HAZLINA BINTI RAMLI

SK FELDA SUNGAI SIBOL

1

Page 2: PERISTIWA DILEMBAH SEMUT

PERISTIWA DILEMBAH SEMUT-NABI SULAIMAN A.S(PEREMPUAN)

Maksudnya:

Dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami dan

Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang

Luas tidak terhingga.

Ayat al-Quran

Hadirin dan hadirat sekalian.

Ketika rombongan Nabi Sulaiman a.s melintasi lembah

yang dikenali sebagai sarang semut, tiba-tiba….nabi

sulaiman telah mendengar ucapan Raja semut.

"Hai semut-semut sekalian, masuklah kamu ke dalam

sarang agar selamat dan tidak terpijak oleh rombongan

Nabi Sulaiman,"

Nabi Sulaiman hanya tersenyum dan tertawa kerana

mendengar kata si semut itu. Nabi sulaiman sabar

menunggu kaum semut itu menyelamatkan diri dan

menyuruh rombongannya untuk terus bersabar dan

bersyukur kepada Allah swt sebelum meneruskan

perjalanan.

Hadirin hadirat sekalian.

Meskipun diberi kekuatan yang hebat, Nabi Sulaiman

tidak pernah sombong, rasa sabar dan syukur yang selalu

baginda ucapkan.

Berita seorang ibu memukul anaknya baru-baru ini

sehingga mati disebabkan anaknya tidak mahu berhenti

menangis sangat memilukan. Sebagai umat Islam kita

(ISI 2)

Isi

Huraian

Pengajaran

Isu

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2013.USTAZAH HAZLINA BINTI RAMLI

SK FELDA SUNGAI SIBOL

2

Page 3: PERISTIWA DILEMBAH SEMUT

PERISTIWA DILEMBAH SEMUT-NABI SULAIMAN A.S(PEREMPUAN)

perlu sentiasa bersabar dan berfikir sebelum membuat

sesuatu tindakan.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 200 yang

berbunyi:

Maksudnya:

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu dan

kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran

musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah serta

bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya.

Ayat al-Quran

Kawan-kawan nak tahu apa berlaku selanjutnya?

Nabi sulaiman duduk menikmati,

Ciptaan Allah sangatlah indah,

Baginda melihat sekawan semut,

Sedang mencari makanan.

Lalu baginda bertanya semut,

makanan semut dalam sebulan,

Hanyalah sebiji gandum,

Menjadi santapan.

Ya kawan-kawan mulianya hati baginda….

Baginda berniat mahu membantu semut-semut itu agar

tidak perlu bekerja setiap hari untuk mencari makanan

lagi.

(Isi 3)

Nasyid

Rasulullah

Hijaz

Huraian

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2013.USTAZAH HAZLINA BINTI RAMLI

SK FELDA SUNGAI SIBOL

3

Page 4: PERISTIWA DILEMBAH SEMUT

PERISTIWA DILEMBAH SEMUT-NABI SULAIMAN A.S(PEREMPUAN)

Sebagai umat Islam kita perlu saling bantu membantu

sesama kita, agar yang kaya dapat membantu yang

miskin, yang kuat boleh membantu yang lemah.

Lihatlah rakyat negara kita yang sangat bermurah hati

membantu negara palestin yang diserang oleh tentera

Israel dengan tenaga dan wang ringgit, moga usaha kita

ini akan diberkati Allah hendaknya. Amin…

Dalam surah al-Anfaal ayat 9 Allah berfirman :

Maksudnya :

(ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada

Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu

(dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan

membantu kamu Dengan seribu (bala tentera) dari

malaikat Yang datang berturut-turut.

Pengajaran

Isu

Ayat al-Quran

Hadirin dan hadirat sekalian,

Nabi Sulaiman merasakan ada tugasan yang paling

mudah untuk Baginda lakukan untuk membantu kaum

semut.

Gandum diberi pada sang semut,

Buat bekalan selama sebulan,

Janji nabi akan datang sebulan lagi,

Untuk memberi bekalan makanan,

Agar semut tidak kelaparan.

(ISI 4)

Sajak

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2013.USTAZAH HAZLINA BINTI RAMLI

SK FELDA SUNGAI SIBOL

4

Page 5: PERISTIWA DILEMBAH SEMUT

PERISTIWA DILEMBAH SEMUT-NABI SULAIMAN A.S(PEREMPUAN)

Ya kawan-kawan,

Sebulan berlalu,datanglah Nabi Sulaiman seperti yang

telah dijanjikan. Namun, baginda hairan memandangkan

gandum masih berbaki separuh lagi.

kawan-kawan nak tahu apa jawapan semut?

Kata semut… Mereka bimbang jika Nabi Sulaiman lupa

untuk datang seperti di janjikan dan pada saat itu mereka

sudah kehabisan makanan dan pasti akan mati

kebuluran.

Semut mengajar kita agar beringat di hari-hari kesusahan

dan berjimat cermat.Contohnya….apabila kita mendapat

sesuatu atau rezeki janganlah kita habiskan kesemuanya.

Lihatlah kawan-kawan….

Semut yang kecil pun pandai untuk mengamalkan sifat

berjimat-cermat, kerana sesungguhnya berjimat-cermat

itu merupakan suatu amalan yang mulia.

Hari ini banyak majlis perkahwinan dibuat tidak mengikut

kemampuan hingga mendatangkan pembaziran. majlis

perkahwinan yang sangat dituntut oleh islam adalah

secara sederhana dan jangan berlebih-lebihan hingga ke

tahap membazir.

Di dalam surah al-Isra’ ayat 27 Allah menyatakan tentang

jimat cermat.

Maksudnya:

Huraian

Pengajaran

Isu

Ayat al-Quran

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2013.USTAZAH HAZLINA BINTI RAMLI

SK FELDA SUNGAI SIBOL

5

Page 6: PERISTIWA DILEMBAH SEMUT

PERISTIWA DILEMBAH SEMUT-NABI SULAIMAN A.S(PEREMPUAN)

Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah

saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah

makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Pergi ke belukar memasang pikat,

Pulangnya lewat di hujung petang,

Jikalau sentiasa berjimat cermat,

Rezeki secupak terasa segantang.

Sekian dulu cerita saya, semoga kisah nabi Sulaiman

menjadi panduan kita. wabillahitaufiq wal hidayah

wassalamuaalaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Pantun

Penutup

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2013.USTAZAH HAZLINA BINTI RAMLI

SK FELDA SUNGAI SIBOL

6