marilah berfikir kebesaran allah dalam kejadian semut

5
 Marilah berfikir kebesaran Allah dalam kejadian semut 1. Terdapat kira-kira 10,000 spesis semut yang wujud di dunia.Semut boleh dijumpai di mana-mana kecuali di bahagian bumi yang sejuk seperti di kawasan artik.Semut mempunyai 6 pasang kaki.Setiap kaki mempunyai 2 pasang “kuku” yang membolehkan semut untuk mendaki pokok-pokok,dinding dsb.Semut mempunyai deria yang istimewa dan dapat membezakan rasa manis,pahit,mas am dan masin.Sesungut semut digunakan untuk merasa,menghidu dan menyentuh. 2. Terdapat banyak spesis serangga yang terdapat di bumi.Serangga ini mempunyai ciri berlainan seperti warna,bentuk dan saiz.Tetapi terdapat beberapa perkara yang menyebabkan mereka sama iaitu,semua serangga mempunyai 6 kaki dan tubuh mereka terdiri daripada 3 bahagian utama ,kepala,thorax dan abdomen.Justeru,semut juga mempunyai persamaan ini,iait u mempunyai kaki dan mempunyai 3 bahagian utama di badan iaitu kepala,thorax dan abdomen. Komuniti semut  1. Semut sama seperti lebah.Mereka adalah haiwan bersosial.Mereka hidup dalam sebuah koloni yang besar dan saling melindungi antara satu sama lain.Kehidupan dalam koloni semut sangat teratur.Setiap semut mempunyai peranan dan tanggungjawab masing- masing. 2. Di dalam sesebuah koloni ,terdapat beratus,beribu,malaha n berjuta-juta ekor semut.Keadaan ini membuatkan sesebuah sarang menjadi sangat sibuk dan sesak.Tetapi

Upload: fizikrmedia

Post on 23-Jul-2015

92 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Marilah berfikir kebesaran Allah dalam kejadian semut

1. Terdapat kira-kira 10,000 spesis semut yang wujud di dunia.Semut boleh dijumpai di mana-mana kecuali di bahagian bumi yang sejuk seperti di kawasan artik.Semut mempunyai 6 pasang kaki.Setiap kaki mempunyai 2 pasang kuku yang membolehkan semut untuk mendaki pokok-pokok,dinding dsb.Semut mempunyai deria yang istimewa dan dapat membezakan rasa manis,pahit,masam dan masin.Sesungut semut digunakan untuk merasa,menghidu dan menyentuh. 2. Terdapat banyak spesis serangga yang terdapat di bumi.Serangga ini mempunyai ciri berlainan seperti warna,bentuk dan saiz.Tetapi terdapat beberapa perkara yang menyebabkan mereka sama iaitu,semua serangga mempunyai 6 kaki dan tubuh mereka terdiri daripada 3 bahagian utama ,kepala,thorax dan abdomen.Justeru,semut juga mempunyai persamaan ini,iaitu mempunyai kaki dan mempunyai 3 bahagian utama di badan iaitu kepala,thorax dan abdomen.

Komuniti semut1. Semut sama seperti lebah.Mereka adalah haiwan bersosial.Mereka hidup dalam sebuah koloni yang besar dan saling melindungi antara satu sama lain.Kehidupan dalam koloni semut sangat teratur.Setiap semut mempunyai peranan dan tanggungjawab masingmasing. 2. Di dalam sesebuah koloni ,terdapat beratus,beribu,malahan berjuta-juta ekor semut.Keadaan ini membuatkan sesebuah sarang menjadi sangat sibuk dan sesak.Tetapi

percayalah,semut-semut ini pandai mengawal keadaan dan mereka sentiasa berada dalam aturan yang betul. 3. Komuniti semut terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu,permaisuri,semut lelaki dan pekerja.Dalam koloni semut,akan ada seekor permaisuri.Tetapi terdapat juga beberapa kes iaitu dalam sebuah koloni terdapat beberapa ekor permaisuri.Semut lelaki hanya berfungsi untuk menghasilkan benih bagi permaisuri untuk bertelur. 4. Manakala semut pekerja mempunyai tugas mencari makanan,melindungi sarang,juga melindugi semut kecil dan permaisuri semut.Semua pekerja adalah semut betina.Semutsemut inilah yang berperanan membaiki sarang andaikata mengalami kerosakan.

5. Semut-semut pekerja mempunyai ciri fizikal yang berbeza mengikut tugas yang mereka lakukan.Tugas-tugas diberikan melalui bahasa badan yang mereka ada dan juga melalui pheromones.Pheromones adalah sejenis cecair yang disingkirkan oleh serangga untuk berkomunikasi antara satu sama lain. 6. Permaisuri semut boleh hidup dari 5 hingga ke 30 tahun lamanya.Manakala pekerja semut boleh hidup kira-kira setahun hingga ke 3 tahun.Manakala semut lelaki hanya hidup ketika musim mengawan.Selepas musim mengawan,mereka akan mati.Biasanya tempoh mengawan mengambil masa selama beberapa minggu atau bulan.Semut jantan tidak bekerja,dan akan mati sebaik sahaja mengawan dengan permaisuri.

Habitat dan pemakanan1. Semut membina habitat samada di dalam tanah atau di atas permukaan tanah.Sarang semut dipenuhi dengan terowong-terowong yang akan berakhir pada sesuatu ruang khas.Ruang-ruang ini adalah gudang bagi menyimpan makanan ataupun tempat bagi

semut-semut yang masih kecil.Terdapat juga ruang-ruang yang disediakan untuk pekerja semut berehat setelah penat lelah bekerja.Sungguh menarik!

2. Terdapat juga semut-semut yang tidak hidup di dalam ataupun di atas tanah.Ada semut yang hidup di dalam kayu-kayu pokok.Terdapat spesis semut yang membina sebuah sarang dan menetap disitu.Terdapat juga semut yang membina sarang, kemudian berpindah.Setiap kali berpindah,mereka akan membina sarang baru. 3. Malah,terdapat juga spesis semut yang berkongsi sarang dengan spesis semut yang berlainan dengan spesis mereka.Lebih takjub lagi,ada spesis semut yang berkongsi sarang dengan serangga yang langsung tidak sama dengan spesis mereka seperti labahlabah. 4. Kebanyakan semut membina sarang di dalam tanah.Sarang ini dipenuhi dengan terowong-terowong kecil yang membolehkan semut-semut melaluinya.Seandainya komuniti semut semakin bertambah,pekerja semut akan mengorek lebih banyak terowong dan ruang untuk mengimbangi kapasiti semut yang ada.Semut boleh membina sarang sedalam 6 meter dari permukaan tanah.Malah semut boleh membina sarangnya seluas gelanggang tenis. 5. Dalam aspek pemakanan,semut makan serangga-serangga yang masih hidup.Terdapat juga spesis semut yang makan bangkai-bangkai haiwan ataupun kulat.Semut mempunyai mulut yang digunakan untuk menyepit,makan dan melawan musuh.Mulut semut ini dikenali sebagai mandibles.

Bagaimana semut mengenali satu sama lain

1. Semut-semut dalam sebuah koloni mempunyai bau tertentu bagi membolehkan mereka kenal antara satu sama lain.Semut-semut yang tidak mempunyai bau yang sama akan dikesan sebagai penceroboh.Mereka akan dibunuh oleh askar semut. 2. Semut tidak boleh menghidu.Sesungut adalah organ penting semut yang membolehkan dia merasa dan menyentuh.Inilah sebabnya jika diperhatikan,sesungut semut sentiasa bergerak-gerak.Sesungut adalah mata kepada pergerakan semut.Sesungut malah berfungsi membantu semut-semut yang keluar jauh mencari makanan untuk kembali ke sarang.

Beberapa spesis semut1. Terdapat spesis semut yang dikenali sebagai army ants.Spesis ini sentiasa bergerak dan tidak mempunyai sarang untuk menetap.Semut ini mempunyai penyengat yang mengandungi racun.Mereka mampu membunuh haiwan yang lebih besar dari mereka seperti seekor ayam.Malah mereka mampu untuk membunuh haiwan yang lebih besar dari itu.Semut jenis ini adalah semut pemangsa. 2. Army ants akan memakan apa sahaja yang berada di sepanjang laluan yang mereka lalu.Semut spesis ini akan terus berjalan dalam kawananya yang besar dan hanya berehat di waktu malamnya. 3. Terdapat juga spesis semut yang dikenali sebagai fire ants ataupun semut api.Semut ini dipanggil begitu kerana gigitannya yang sangat menyakitkan.Semut api dikenali

serangga perosak kerana potensinya untuk menghancurkan tanaman para petani.Semut hitam / black ants adalah spesis yang suka pada makanan manusia.Mereka akan mengerumuni makanan-makanan yang ditinggalkan manusia dan akan membawanya ke sarang-sarang. Bermacam-macam kejadian makhluk yang Allah ciptakan

FizikrMedia.com// Menerokai semut