perincian 17 nilai murni (1)

5
NILAI-NILAI MURNI 1. BAIK HATI - Belas kasihan : bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain. - Bertimbang rasa : mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu keputusan. - Murah hati : memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya. - Saling memahami : sanggup memberi serta menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing. - Saling bermaafan : sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan. 2. BERDIKARI - Berupaya bertindak sendiri : sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain. - Yakin pada diri sendiri : percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba. 3. HEMAH TINGGI - Kesopanan : berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan. - Mengakui kesilapan sendiri : sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat. - Ramah mesra : sedia bergaul mesra dengan semua orang. 4. HORMAT - Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga : memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga. - Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin : menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan

Upload: khairunnisa-mahat

Post on 14-Feb-2015

55 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nilai murni

TRANSCRIPT

Page 1: PERINCIAN 17 Nilai Murni (1)

NILAI-NILAI MURNI

1. BAIK HATI- Belas kasihan : bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.- Bertimbang rasa : mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu keputusan.- Murah hati : memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.- Saling memahami : sanggup memberi serta menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.- Saling bermaafan : sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

2. BERDIKARI- Berupaya bertindak sendiri : sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.- Yakin pada diri sendiri : percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.

3. HEMAH TINGGI- Kesopanan : berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan.- Mengakui kesilapan sendiri : sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.- Ramah mesra : sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4. HORMAT- Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga : memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.- Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin : menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.- Hormat kepada institusi kerajaan dan negara : menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.- Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan : menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.- Patuh kepada undang-undang negara : mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.- Patuh kepada ketepatan masa : menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah.

5. KASIH SAYANG- Sayangkan diri sendiri dan orang lain : menyayangi diri sendiri dan orang lain.- Sayangkan alam sekitar : memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.- Cintakan negara : bangga dan taat setia kepada negara.

6. KEADILAN- Adil : mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif,

Page 2: PERINCIAN 17 Nilai Murni (1)

menyeluruh, dan bersesuaian.- Saksama : tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman.

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.

8. KEBERANIAN- Berani mencuba : berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.- Berani kerana benar : berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.

9. KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL- Kebersihan diri : merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup yang sihat.- Kebersihan persekitaran : pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.- Kebersihan mental : pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain.

10. KEJUJURAN- Amanah : bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.- Bercakap benar : menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.- Ikhlas : melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.

11. KERAJINAN- Daya usaha : berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.- Dedikasi : berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.

12. KERJASAMA- Gotong-royong : melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.- Toleransi : bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.- Perpaduan : bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa.

13. KESEDERHANAAN- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana : bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.

Page 3: PERINCIAN 17 Nilai Murni (1)

- Kesedarhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain : membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

14. KESYUKURAN- Berterima kasih : melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

15. RASIONAL - Membuat pertimbangan : berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.

16. SEMANGAT BERMASYARAKAT- Bermuafakat : mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.- Kejiranan : berbaik-baik, bertolak ansur, tolong menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat : menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.

17. PATRIOTISME

MDYUSRI BIN HJ. MD SAID PJK GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU SKDS